| Silang Petang Posted: 18 Jan 2011 02:04 AM PST Anwar Ulangi Ajak Najib Berdebat
MOHD Najib Razak memperli Anwar Ibrahim di Labis hari ini, katanya Anwar akan demam kalau berdebat dengannya. Katanya, Anwar tidak perlu berdebat sebaliknya selesaikan dulu isu peribadi yang mengelilingi diri ketua pembangkang berkenaan. Najib juga dipetik sebagai bertanya kepada hadiri pada himpunan di sebuah tanah rancangan Felda itu sama ada wajar atau tidak beliau berdebat. Mereka yang hadir dilaporkan sebagai berkata, "tidak perlu". Minggu lepas Anwar mengajak Najib berdebat mengenai ekonomi negara dan juga pelan 100 Hari Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Buku Jingga. Hari ini Anwar telah menulis sepucuk surat meminta Najib berdebat dengannya. Keenggnan Najib menyahut cabaran Anwar itu disifatkan oleh penyokong pembangkang PM itu sebagai penakut dan tidak berani untuk mendedahkan fakta sebenar mengenai ekonomi negara sebaliknya berani bercakap di layar atau skrin tv saja. Dalam surat berkenaan Anwar mengatakan keperluan mengenai debat itu bagi membincangkan isu kenaikan harga barang yang ketara waktu ini di mana sesetengah barang keperluan melonjak sehingga 50%. Menjawab dakwaan Najib mengatakan pelan 100 Hari yang yang tidak berjejak di bumi nyata dan menyebabkan negara akan muflis, Anwar membalas dengan mengatakan belum pernah berlaku dalam sejarah di mana-mana negara yang melaksanakan tatakelola ekonomi akan muflis. Adalah molek juga kalau debat di antara kedua mereka itu diadakan di Tenang sempena berlangsungnya pilihan kecil di situ. Debat berkenaan boleh dijadikan bahan kempen untuk meraih undi bagi kedua calon dokongan tokoh berkenaan. [ttdi.kl 6:20 pm 18/01/11] Di atas salinan surat Anwar yang diemailkan kepada blog Merah Tinta.
|
| Apakhabar Tenang? Posted: 17 Jan 2011 09:52 PM PST Tenang Masih Tenang, Tapi Umno Bergelora
[kemaskini] Besar kemungkinan Umno tidak akan mencalon wanita untuk bertanding dalam pilihan kecil Dun Tenang yang akan berlangsung 30 Januari ini. Seorang calon wanita yang disebut-sebut akan diletakkan bertanding dikatakan ada masalah. Umno akan mengumumkan calonnya petang esok. Muhyiddin Yassin dijangka melakukannya.
HAMPIR 72 jam lalu Pas telah pun mengumumkan calonnya untuk diletakkan pada pilihan raya kecil Dun Tenang pada 30 Januari nanti. Calon Pas seperti diduga awal, Normala Sudirman, 35 seorang bekas guru. Sambutan dan komen awal terhadap Normala sebaik diumumkan sebagai calon memberangsangkan. Blog Merah Tinta sendiri menimangkan Normala sebagai Shopia Loren.
Umno dijangka mengumumkan calonnya esok. Ia mungkin dilakukan sendiri perdana menteri. Najib kena turun sendiri sebab pilihan raya Tenang tidak berapa tenang buatnya. Pilihan raya Tenang akan dijadikan petunjuk. Najib perlu Tenang menang bagi menolak analisa sesetengah pihak mengatakan pengaruh Umno di Johor sudah mulai berkurangan sejak kebelakangan ini.
Najib juga perlu Tenang dimenangi Umno untuk membuktikan bahawa orang Cina masih menyokong Umno. Undi orang Cina yang beralih angin pada pilihan raya umum lalau dikatakan sudah berjangkit ke Johor. Sejauh mana wabak "PRU12" itu benar akan terjawab menjelang malam 31 Januari nanti.
Pilihan raya Tenang juga akan membuktikan sejauh mana pengaruh peribadi Chua Soi Lek dan Chua Jeng Meng di Johor. Mudah saja.. kalau Tenang dimenangi dengan majoriti besar oleh Umno bermakna Jeng Meng tidak mempunyai pengaruh besar dan mampu merubah suasana. Kehadiran Jeng Meng dalam PKR tidak lebih dari gendang naga saja. Kemenangan Umno di Tenang juga memberi gambaran bahawa Umno masih kuat dan totok di negeri berjiran dengan Singapura itu.
Sebaliknya kalau Umno kalah dan Pas menang, maka Umno Johor perlu bersiap sedia untuk membungkus diri. Selat Johor terbatang luas untuk menerima bangkai dan jenazah Umno dalam pilihan raya ke -13 kelak.
Perkembangan hari ini menggambarkan bukan senang untuk Umno menang besar di Tenang. Bukan saja kerana Pas menurunkan "Shopia Loren" tetapi antara puncanya nakti kerana masalah dalaman parti tersebut. Tenang sebenarnya bergelora bagi Umno.
Sehingga kini khabarnya Umno belum memutuskan siapa yang akan diletakkan berdepan dengan Shopia Loren. Ada empat nama yang disebut-sebut akan dipataruhkan oleh Umno. Mereka ialah timbalan ketua Umno Labis, Rsudin Mahmud, naib ketuanya, Hashim Daud. Dua nama lagi ialah ketua wanita Haslina Salleh dan seorang ahli biasa, Mohd Azhar Ibrahim.
Rusdin dan Hashim masing-masing adalah guru. Rusdin pernah berkhidmat di sekolah di Chaah manakala Hahsim adalah pesara. Haslina pula seorang ahli perniagaan dan Azhar penolong pegawai Daerah Rengit.
Itulah mpat nama yang disebut-sebut dan sedang berebut. Lobi melobi hangat dijalankan sehingga sampai ke Oman katanya? Kenapa Oman, tanya Mat Maslan ibnu Felda?
Selain dari empat nama itu ada satu lagi nama yang bergerak dari bawah dan mendapat sokongan ramai. Dia dimaksudkan ialah bekas Pegawai Khas bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Ghafar Baba, Rahman Yunus. Walaupun Rahman ahli biasa tetapi mempunyai pengaruh meluas di Labis. Sudah timbul cerita kalau beliau tidak dicalonkan, beliau akan membuat onar. Katanya 12 cawangan sudah berada di tangannya yang akan dibubarkan bila-bila masa saja kalau Rahman tidak dicalonkan.
Sama ada benar atau tidak, katanya berdasarkan sumber yang layak dipercayai, Rahman juga sudah menemui Anwar Ibrahim. Apa cerita sila telefon Tamrin Ghafar.
Sekiranya isu Rahmat ini tidak dapat diselesaikan Umno akan menghadapi masalah besar di Tenang. Isu Rahman inilah juga menjadikan Umno tidak tenang dan akan bergelora sehingga ke hari mengundi di Tenang. Apakah sempena dengan kunjungan Najib untuk meletak kerja hari ini, Rahman sudah dibawah berjumpa Najib? Apakah? [ttdi.kl2:00 pm 18/01/11] |
| Termakan Lada Burung Posted: 17 Jan 2011 04:09 AM PST Kisah Orang Melayu Panas Tahi AyamORANG Melayu lembut, pemaaf dan mudah lupa. Apakah penyakit ini menggambarkan akan kelemahan genetik Melayu? Orang Melayu lekas marah, tetapi lekas sejuk. Orang Melayu macam tahi ayam monel. Dua tiga hari lepas orang Melayu ramai-ramai angkat sepanduk (tenguk gambar sebelah) marahkan orang Cina yang minta supaya azan di sebuah surau atau masjid diperlahankan. Mereka keluar ramai-ramai tunjuk perasaan. Kalau baca apa yang ditulis di sepanduk atau manila kad, kecut perut sampai leper macam papan. Bukan main lagi garang dan bengisnya orang Melayu.
Dikatakan orang Cina yang membuat permintaan itu sebagai kurang ajar. Sebagai pengkhianat. Dan Cina itu juga diberi ingatan supaya tidak melampau, jangan cabar Islam. Ditulis di manila kad kononnya negeri ini negeri Melayu. Saya rasa Cina itu pun tahu juga negeri ini negeri siapa?
Melihat kepada gelagat Melayu itu macamlah Cina itu tidak akan tinggal lagi di negara ini. Dia akan keluar dan mengungsi di mana-mana negara. Tidak katakan kepada Cina itu, saya sendiri pun takut menyaksikan gelagat sekumpulan Melayu bersongkok mereng itu.
Tetapi orang Melayu marahnya seketika saja. Rajuknya sekerat hati saja. Hatinya akan sejuk jadi macam peti sejuk bila diberikan segelas sirap atau serbat Arab. Marah orang Melayu yang keras macam kayu akan jadi macam tapai ubi kayu basi. Wehhhh...
Hari ini bila orang Cina itu dibawa oleh seorang menteri berjumpa dengan orang Melayu dan Cina itu memohon maaf orang Melayu pun memaafkannya. Imam sendiri yang memaafkan, yang kata isu sudah selesai? Sebab sikap orang Melayu seperti itulah menyebabkan orang politik tidak kisah, boleh jadikan pengundi macam lembu. Hari ini orang Melayu boleh mengeluarkan kata-kata yang berapi-api esok dia boleh memuji, walaupun apa yang dijilat itu najis sendiri.
Sesiapa pun tidak mahu bergaduh dalam hal-hal yang remeh temeh. Tetapi orang Melayu janganlah lekas menyentak. Kalau kita tahu marah kita tidak ke mana dan kita boleh dipujuk usahlah tunjuk lagak awal-awal lagi. Lebih baik diam daripada mempamerkan muka berani walhal kita pengecut.
Ini bukan kali pertama orang Melayu jadi layu begitu. Sebelum ini ada anak Cina lempar cat ke dalam masjid di Melaka. Mulanya bukan main lagi orang Melayu bingkas macam Hang Tuan dan Hang Jebat yang dogenagnya itu. Ooiiii... bukan main lagi. Alih-alih bila anak Cina yang lempar cat itu mohon maaf, marah orang Melayu pun ranap dan jadi debu macam bara api kena simbah air. Sebab itu orang Melayu tidak hairan kalau ada orang kafir heret anak dara mereka.
Apakah boleh disimpulkan Melayu yang angkat sepanduk, yang melaung takbir Allahuakbar di kampung Kerinchi beberapa hari lalu adalah Melayu yang menjadi watak dalam sandiwara? Mereka sebenarnya diupah untuk menunjukkan orang Melayu tinggi semangat tolenrasaninya. Mereka diajar buat-buat marah kemudian untuk menakutkan orang Cina. Begitukah? Puihiiii...
Lagi sekali duhai orang Melayu, usahlah bersikap bodoh macam lembu Makkah. Kalau kita penakut, tunjukkan yang kita penakut. Kalau kita lemah dan bertolanrasi tunjukkan kita ada semangat tolanransi yang tinggi. Jangan pula kita jadi macam kacang hijau dalam kawah syura. Mulanya kita keras melenting lepas tu bila dikacau dan diunggul api kita lembik kemudian hancur.
Kerana sikap demikianlah menyebabkan akan berlaku lagi apa yang tidak perlu kita tenguk itu. Orang Cina, India dan lain-lainnya berani mempermainkan Melayu kerana Melayu tidak ada prinsip dalam mempertahankan hak dan agamnya. Itu sebabnya. Seperkara lagi Melayu hanya berani tunjuk belang sesama sendiri saja...
Yang lebih afdal bagi orang Melayu ialah berpijak di bumi nyata. Jangan mengaku bumi ini hak Melayu kalau kaki orang lain juga tetap terpancang di sini. Sebaik-baiknya jangan berpura-pura dalam hidup. Hiduplah dengan seadanya. Kalau tidak lebih banyak bidalan dan perumpamaan terhadap Melayu akan direka dan menjelma. [wm.kl 10:00 pm 17/01/11] |
| Berita Cili Padi Posted: 17 Jan 2011 03:48 AM PST Kerabat Diraja Dijangka Akan Disoal Polis
Polis akan mengambil kenyataan dari seorang kerabat di raja lusa. Polis dikatakan akan ke rumah kerabat di raja berkenaan jam 4:00 petang di Kuala Lumpur. Kerabat di raja berkenaan diminta memberi kenyataan kepada polis behubung kenyataan beliau di dalam sebuah akhbar tidak lama dulu.
Kenyataan beliau dianggap sebagai mempertikaikan mengenai status dan martabat seorang Sultan.
Kerabat di raja berasal dari negeri Pantai Timur itu dikatakan sudah maklum mengenai perkara itu. Beliau juga dijangka akan mengumumkan perkara itu selewat-lewatnya besok. [wm.kl. 7:50 pm 17/01/11] |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan