Sabtu, 29 Januari 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


PRK Tenang - Antara Dua Darjat

Posted: 28 Jan 2011 09:07 AM PST

Wawancara mStar dengan Cikgu Mala dan Tok Ai

Anak Johor

mStar: Adakah anda mempunyai blog atau akaun laman web sosial seperti Facebook?

Tok Ai: Saya tidak mempunyai blog, tetapi saya mempunyai akaun Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan saya sejak enam bulan yang lalu.

Cikgu Mala: Saya ada laman blog dan akaun Facebook. Saya akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk mengemaskini medium online ini. Kedua-duanya saya gunakan untuk berkomunikasi dengan masyarakat mengenai pandangan serta masalah mereka.

Ulasan : Tok Ai hanya ada facebook, Cikgu Mala ada kedua-duanya, kemas kini pula setiap hari. Toi Ai hanya berhubung dengan kawan-kawan, tapi Cikgu Mala berkomunikasi dengan masyarakat

Pemenang : Cikgu Mala



Mstar: Adakah anda meminati apa-apa cabang seni?

Tok Ai: Kalau menari dengan main alat muzik rasanya tak ada. Tapi kalau menyanyi adalah, saya suka karaoke. Saya suka dengan muzik R&B.
(GAMBAR: Azhar kelihatan segan-segan untuk harungi air banjir manakala Cikgu Mala dilihat melakukannya dengan gembira)

Cikgu Mala: Saya tidak pernah belajar bermain apa-apa alat muzik tetapi saya suka dengar muzik nasyid kerana melodi dan liriknya memberi ketenangan kepada saya. Kumpulan nasyid yang saya gemari ialah, In Team dan Hijjaz.

Ulasan : Tok Ai kaki karaoke R&B sedangkan Cikgu Mala minat lagu ketuhanan

Pemenang : Cikgu Mala


Mstar: Adakah anda suka menonton wayang?

Tok Ai: Kadang-kadang, saya suka menonton filem aksi terutamanya Die Hard 3, End of Days dan 2012.

Cikgu Mala: Saya bukan kaki tengok wayang dan saya tak ada filem yang betul-betul saya minati. Ini disebabkan tugas saya sebagai seorang ibu dan sibuk dengan aktiviti parti menyebabkan saya tidak mempunyai masa untuk menonton wayang.

Ulasan : Haha Tok Ai kaki wayang sedangkan Cikgu Mala lebih memperuntukkan masa kaki wayang untuk mendidik anak-anak

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Anda suka membaca? Buku apa yang anda gemari?

Tok Ai: Majalah Asia Week, Civil War dan buku berkaitan politik seperti Kronologi Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Obama.

Cikgu Mala: Saya suka baca buku agama dan perjuangan nasionalisme kerana di sini saya mendapat inspirasi untuk amalan kehidupan seharian.

Pemenang : Seri


mStar: Makanan kesukaan anda?

Tok Ai: Ikan baung masak lemak cili api.

Cikgu Mala: Saya suka makan nasi goreng kampung dan ikan siakap masak stim.

Pemenang : Seri


mStar: Apakah yang anda gemar lakukan pada waktu lapang?

Tok Ai: Saya suka melancong dengan keluarga pada masa lapang. Antara tempat yang pernah saya lawati, Sydney, England, Ireland, Russia, Dhaka, Scotland dan Beijing.

Cikgu Mala: Saya suka membaca buku pada waktu lapang dan saya suka pergi sauna selepas melalui aktviti yang meletihkan. Namun disebabkan oleh jadual yang padat, saya hanya dapat tidur tiga jam sehari dan yang mengejutkan ini tidak langsung memenatkan saya kerana saya sentiasa teruja untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Ulasan : Tok Ai kaki melancong dan bangga tempat-tempat luar negara yang dilawati. Banyak tempat dilawati (duit ambik mana ni), tapi sayang Makkah tiada dalam senarai. Cikgu Mala lebih guna masa terluang untuk aktiviti bermanfaat dan khidmat pada masyarakat

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Sukan apa yang anda gemari?

Tok Ai: Saya suka main golf dengan kawan-kawan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Cikgu Mala: Saya suka bermain bola jaring dan aktif di sekolah. Saya juga suka menyaksikan pelajar saya bermain bola jaring ketika saya menjadi guru.

Ulasan : Golf permainan untuk orang malas dan buncit perut, bukan sukan untuk masyarakat. Tok Ai suka bersama kawan-kawan kaya, Cikgu Mala lebih bersama masyarakat

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Bahasa yang anda kuasai?

Tok Ai: Bahasa Melayu dan Inggeris.

Cikgu Mala: Selain Bahasa Malaysia. Saya boleh berbahasa Inggeris dan cakap bahasa Jawa. Selalunya saya lebih banyak bercakap dalam Bahasa Malaysia.

Ulasan : Jelas Cikgu Mala kuasai 3 bahasa

Pemenang : Cikgu Mala


Mstar: Adakah anda mempunyai nama samaran atau timbangan?

Tok Ai: Arwah ayah saya dulu Ketua Kampung. Ketika saya darjah lima, kawan-kawan dan orang kampung mula panggil saya, 'Tok Ai'. Gelaran itu dipanggil kerana gabungan nama ayah sebagai ketua kampung, 'Tok' dan 'Ai' itu merujuk kepada saya sebagai anaknya. Sampai sekarang gelaran itu lekat pada saya.

Cikgu Mala: Teman rapat dan ahli keluarga memanggil saya Nor tetapi sejak saya menjadi cikgu mereka panggil saya Cikgu Mala dan gelaran itu kekal hingga hari ini.

Ulasan : Tok 'dot dot' adalah gelaran kuno untuk golongan atasan, sedangkan cikgu adalah gelaran mulia orang berilmu

Pemenang : Seri


mStar: Binatang peliharaan yang anda sukai?

Tok Ai: Saya tak suka bela haiwan, tapi sejak anak saya suka bela sepasang kura

-kura, 'Lulu dan Lala' saya jadi suka kepadanya.

Cikgu Mala: Saya suka haiwan dan saya ada bela kucing namanya 'Mickey'.

Ulasan : Kucing adalah haiwan yang Rasulullah SAW minta kita sayangi. Juga mencontohi sifat sahabat nabi, Abu Hurayrah. Kura-kura? Heheh, haiwan yang suka mencari kelemahan orang untuk tonjolkan kepadanya!

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Siapakah idola anda?

Tok Ai: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya meminati gaya kepimpinan dan kebolehan beliau mentadbir negara selama lebih 21 tahun.

Cikgu Mala: Idola saya, Nabi Muhammad SAW. Baginda sumber insipirasi kepada saya dan kegigihan, ketabahan serta kepayahan yang dihadapinya merupakan contoh kepada orang Islam.

Ulasan : Allahu Akhbar! Jawapan ini menghurai segala-galanya untuk insan bernama manusia

Pemenang : Cikgu Mala (2 kali menang untuk soalan ni)


Mstar: Pelakon yang anda sukai?

Tok Ai: Kalau artis saya minat pelakon aksi, Steven Seagal.

Cikgu Mala: Saya suka P. Ramlee. Dia seorang legenda dan salah seorang artis tempatan yang paling berbakat kita pernah miliki.

Ulasan : Jelas siapa yang mengagungkan mat saleh kera di hutan dan siapa yang bangga dengan produk tempatan

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Perkara yang anda sukai tentang Malaysia?

Tok Ai: Saya suka tempat-tempat pelancongan menarik yang ada di Malaysia terutamanya taman negara, air terjun, pulau-pulau cantik seperti Pulau Langkawi.

Cikgu Mala: Kepelbagaian budaya, agama serta adat resam yang kita miliki. Kepelbagaian budaya dan masyarakat menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa dan unik untuk dikunjungi.

Ulasan : Jawapan Cikgu Mala sekali lagi menonjolkan ciri-ciri pemimpin kepada mayarakat

Pemenang : Seri

Kedahlanie

PRK Tenang - Calang-Calang Wanita, Pasti Rebah Dengan Finah Umno/BN

Posted: 28 Jan 2011 05:17 AM PST

UNDI ORANG PEREMPUAN MEMIHAK KEPADA CIKGU MALA?

Menjelang hari pengundian 30 Januari ini walau apa pun keputusan yang dibuat Cikgu Mala sebenarnya telah memenangi hati rakyat Tenang sebagai seorang wanita yang cekal dan gigih. Menyedari bahawa keputusan memikul amanah dicalonkan sebagai ADUN Tenang bukanlah satu pekara yang mudah. Kita harus ingat beliau adalah calon wanita dan lebih hebat lagi dia adalah calon parti PAS yang berkedudukan sebagai pembangkang di Johor. Apa pun keputusan yang diterima bakal merubah corak kehidupan seharian beliau dan keluarga beliau. Dugaan pertama yang diterima ialah cubaan menukar tempat suaminya mengajar.

Menyedari akan perjuangan beliau itu telah mengamit ribuan muslimat dari segenap pelusuk tanah air untuk turun bersama berkempen termasuk dari Bangi. Kak Ton salah seorang dari mereka walau pun sering mengeluh tidak boleh berdiri lama kerana keuzuran dan faktor umur begitu bersemangat sekali menyertai rombongan ke Tenang yang diketuai oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Serdang, Pn. Zuriati.


"PRK ini berlainan sekali dengan PRK yang lain kerana buat pertama kali dalam sejarah muslimat PAS akan bertanding dalam satu PRK. Biasanya orang lelaki aje yang bertanding. Jadi semangat nak berkempen untuk beliau amat-amat tinggi,'' jelas beliau dengan wajah yang ceria sebelum berangkat pergi dengan kumpulan muslimat menaiki dua buah kenderaan berasingan.

Maklumat lain yang diterima ialah sumbangan infak yang diterima adalah lebih tinggi berbanding PRK yang lain dan masih berterusan hingga ke hari ini. Kita boleh menjangkakan siapa mereka yang begitu bersemangat untuk menghulurkan bantuan itu – golongan muslimat.

Pencalunan muslimat PAS sebagai calon PRK DUN Tenang telah berjaya membawa PAS kesatu dimensi yang baru. Muslimat PAS yang selama ini dilihat kurang menyerlah sebenarnya memiliki kekuatan yang tersendiri. Jika diberikan ruang dan peluang serta digembelengkan usaha mereka tidak mustahil PAS mampu membariskan lebih ramai ADUN atau MP dari kalangan musllimat itu sendiri. Sebagaimana sedia ada dalam DAP dan PKR.

dun26bangi

PRK Tenang - Cikgu Mala Jawab Fitnah Kepada Suaminya

Posted: 28 Jan 2011 04:09 AM PST

Terkini...Jawapan Cikgu Mala berkaitan Tomahan Cuti Sakit Suaminya..


Calon PAS, Normala Sudirman mendakwa suaminya, Maarof Abdul Mutalib diberikan cuti sakit sehingga tempoh dua minggu berturut-turut disebabkan oleh masalah kemurungan akibat arahan pertukaran dalam tempoh 24 jam ke sebuah sekolah di Johor Bharu sebelum ini.

Beliau berkata, bagaimanapun jika media berminat menyiasat lebih lanjut mengenai kesahihan sijil cuti sakit kepada suaminya itu, dinasihatkan bertemu terus dengan doktor yang berkenaan.

"Lebih baik media berjumpa dengan doktor yang mengeluarkan cuti sakit tersebut kerana sebagai doktor beliau lebih profesional dan tahu kenapa dan mengapa surat itu dikeluarkan kepada pesakitnya.


"Media kalau nak tahu lebih baik tanya pada doktor itu lebih baik dan ada ketelusan," katanya kepada pemberita di Dataran Wayang Pacak di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan suaminya mendapat cuti sakit selama 21 hari daripada dua pusat kesihatan di Segamat namun pada masa yang sama Maarof sering didapati menemani isterinya sepanjang musim kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Dalam pendedahan yang dibuat oleh sebuah blog http://marahku.blogspot.com/ mendakwa suami calon PAS itu telah mengambil cuti sakit selama dua hari pada 6 dan 7 Januari dari Pusat Perubatan Keluarga di Jalan Segamat-Labis, Johor.

Ia diikuti dengan cuti sakits selama dua minggu bermula 10 hingga 23 Januari yang dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat dan tambahan cuti lima hari lagi yang diperoleh daripada pusat kesihatan yang sama.

Dalam salinan surat sakit tersebut, dimaklumkan Maarof yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen diberikan cuti sakit selama 2 minggu berturut-turut kerana beliau menghadapi masalah kemurungan yang serius.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Normala yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala berkata, suaminya berdepan dengan tekanan yang hebat ketika mendapat tahu mengenai pertukaran yang diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Johor sebelum tindakan tersebut ditarik balik dalam tempoh 24 jam selepas itu.

"Ya, hal penukaran itu memberikan kesan di hati suami saya kerana pada hari yang sama juga anak saya dimasukkan ke wad," katanya.

Ketika ditanya bagaimana dengan keadaan suaminya ketika ini, Cikgu Mala berkata, emosi suaminya sangat stabil dan beliau juga menegaskan dirinya tidak langsung tertekan dengan isu sijil cuti sakit suaminya yang dijadikan bahan kempen dalam pilihan raya kali ini.

"Saya yakin dengan integriti pihak yang mengeluarkan sijil cuti sakit ini. Apa pun tohmahan atau fitnah yang tidak benar akan berbalik kepada orang yang menyebarkan fitnah itu. Insya-Allah, Allah akan memelihara saya daripada sebarang fitnah dan hasad dengki," katanya.

Jelasnya isu serangan peribadi sudah tidak relevan untuk memancing undi pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

"Isu ini telah disensasikan dengan kaitan peristiwa yang tidak berasas. Isu sakit ini perlu tanya kepada doktor," katanya.

Anwar Disiasat Kerana Penglibatan Dengan Pengganas Antarabangsa

Posted: 28 Jan 2011 04:05 AM PST

Hishammuddin: Najib tiada kaitan laporan CNN, Anwar disiasat

LABIS, 28 Jan — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan Datuk Seri Najib Razak tiada sebarang kaitan dengan laporan CNN bahawa beliau meminta Arab Saudi menyiasat pembiayaan dana pilihan raya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Hishammuddin berkata, beliau telah mengarahkan pihak berkuasa agar menyiasat dakwaan bahawa Anwar ada kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa.

"Ia tiada kaitan dengan Najib. Itu hanya satu laporan CNN mengaitkan beliau dengan sebuah pertubuhan pengganas," kata Hishammuddin kepada pemberita di sini.


"Saya telah meminta pasukan khas (anti) pengganas dan saya telah meminta Cawangan Khas, dan mereka berhubung dengan (agensi) risikan Saudi untuk mengetahui sejauh mana Anwar Ibrahim dikaitkan dengan kumpulan pengganas ini," kata beliau di sini petang ini.

Hishammuddin menambah kementeriannya melihat isu itu dengan serius memandangkan ia melibatkan keselamatan negara.

"Ini bukan isu politik. Ini adalah isu keselamatan, suka atau tidak kita mesti mengambil serius perkara ini," kata beliau.

Najib yang ditemui pemberita di Putrajaya tengah hari tadi enggan mengulas isu itu dengan hanya berkata, "itu siasatan Saudi".

Dalam ulasan pagi tadi, Anwar mendakwa laporan CNN menyerlahkan "ketakutan dan rekayasa" Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13.

Dalam pendiriannya yang tegas, Anwar berkata beliau tidak terkejut sekiranya Perdana Menteri yang juga presiden Umno sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmahnya.

Laporan CNN itu muncul ketika tinggal tiga hari sebelum hari pengundian pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang dan di tengah-tengah spekulasi negara bakal menyaksikan pilihan raya umum ke-13.

Dakwaan itu dilihat sebagai yang paling keras daripada Najib ke atas Anwar sejak menjadi perdana menteri keenam pada April 2009.

Satu laporan risikan Saudi berkata tiada bukti mana-mana pegawai negara itu membiayai Anwar yang mengetuai Pakatan Rakyat, tetapi mengesan sebuah pertubuhan fundamentalis Islam yang ada hubungan dengan pemimpin pembangkang telah memanfaatkan rangkaian Al-Qaeda menerusi sokongan ahli-ahli politik negara-negara Islam.

CNN juga menamakan satu siasatan sulit telah dijalankan ekoran aduan Najib bahawa Saudi membiayai Anwar menjelang pilihan raya umum ke-13.

Malah rangkaian itu juga mendakwa pihak berkuasa Malaysia telah mengesyaki dua pegawai kanan kerabat diraja Saudi terlibat dalam pembiayaan kepada Anwar dan ini menyebabkan Riyadh memulakan siasatan sulit.

Laporan siasatan itu memutuskan bahawa tiada bukti menunjukkan pegawai-pegawai Saudi terlibat menyokong Anwar, yang bulan lalu digantung daripada menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan.

Sebelum ini Anwar dilabelkan oleh Umno sebagai ejen Yahudi.

"Dakwaan sokongan daripada keluarga raja Saudi yang dinamakan dalam laporan awal didapati tidak berasas," kata laporan CNN lagi.

"Laporan CNN yang baru sahaja beredar beberapa jam lalu menyebut antara lainnya, Presiden Umno itu menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada kerajaan Arab Saudi kerana terdapat dua Putera Arab Saudi yang menyokong dan membiyai saya untuk pilihan raya umum yang akan datang," kata Anwar lagi.

Anwar menambah gerakan politik Pakatan Rakyat setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha kami demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah. - MI

Tiada ulasan: