Blog-list Malaysia |
- PRK Tenang - Anak Pelakon Porno MCA Ikut Bapa Tabur Fitnah
- PRK Tenang - Calon BN Ditolak Rakyat. Tidak Popular?
- PRK Tenang - PAS Akur Kesilapan Nizar
- Pindaan Untuk Atasi Penghinaan Kepada Sultan Selangor
- Umno Selangor Tegas Tolak Pindaan Kembalikan Kuasa Sulltan
- Langsung Dari Dun Selangor
- Takziah Buat Adun Pelabuhan Klang.. Hahaha
- Kerusi Pelabuhan Klang - Sah SPR Ambil Alih Kuasa Sultan Selangor
- Status Adun Pelabuhan Klang Dari Pandangan Peguam Umno
- PRK Tenang - Inilah Pembangunan Pesat Yang Dibawa Oleh Ayah Calun BN Tenang
- PRK Tenang - Rakyat Johor Jangan Jadi Bodoh
- PRK Tenang - Queen Elizabeth Kurang Ajar Macam Cikgu Mala Juga
| PRK Tenang - Anak Pelakon Porno MCA Ikut Bapa Tabur Fitnah Posted: 23 Jan 2011 11:08 PM PST PAS nafi calonnya tanya 'kenapa jual arak' PAS menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina - China Press - yang memetik ahli parlimen Labis Chua Tee Yong sebagai berkata calon PAS Normala Sudirman bertanya kepada seorang peniaga Cina "kenapa jual minuman arak". "Cikgu Mala telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa itu adalah tuduhan berniat jahat," kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub. "(Ia) satu perancangan yang jahat untuk menimbulkan keresahan dan ketakutan orang Cina," katanya dalam satu sidang media di bilik operasi PAS di Tenang hari ini. Sehubungan itu, Salahudin yang juga bekas ketua pemuda PAS Pusat mencabar Chua menyatakan di mana, bila dan tempat, calon PAS Normala (kiri) bercakap sedemikian. "Itu tidak benar sama sekali,"tegas Salahudin. Mengulas mengenai kejadian provokasi seperti membakar bendera, pengedaran risalah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dan kumpulan bermotor membuat bising di tengah malam, Salahudin berkata semua perkara tersebut bukan daripada PAS. |
| PRK Tenang - Calon BN Ditolak Rakyat. Tidak Popular? Posted: 23 Jan 2011 10:59 PM PST Maklumat yang Tulang Besi dapat dari kawan yang berada di Tenang adalah calon BN Tenang ini ditolak oleh UMNO tempatan. Tulang Besi tidak boleh memastikan kesahihan kesah ini, terpulang kepada pembaca untuk membuat penilaian sendiri.Maklumat yang Tulang Besi dapat adalah: 1.0 Calon BN ini adalah pilihan Muhyiddin Yaasin 2.0 Najib Tun Razak sendiri dalam satu majlis tertutup menolak calon pilihan Muhyiddin ini 3.0 Calon ini pernah bertanding di dalam Pemilihan UMNO Bahagian Labis dan kalah dengan begitu teruk sekali 4.0 Lebih 20 Cawangan UMNO memboikot calon BN ini sehingga ada markas UMNO yang ditutup. 5.0 Mereka yang tidak terpilih sebagai calon juga mengambil langkah memboikot calon BN ini. Antaranya adalah Ketua Wanita Labis Haslinda Salleh. 6.0 Kalau mengikut populariti, calon BN ini tidak akan terpilih. Namun, Muhyiddin Yaasin sendiri mengambil keputusan dan menaikkan seorang yang tiada jawatan langsung dalam UMNO Labis. 7.0 Dikatakan juga calon BN ini walaupun pernah menjadi DO namun tidak pernah disukai rakyat. Secara mudahnya calon PAS Cikgu Normala Sudirman jauh lebih popular berbanding dengan calon BN itu Tulang Besi |
| PRK Tenang - PAS Akur Kesilapan Nizar Posted: 23 Jan 2011 10:18 PM PST PAS tegur Nizar, boleh terus beri ceramah di Tenang PAS mempertahankan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang sebelum ini didakwa telah mengeluarkan "fatwa" baru dalam satu ceramah menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang di sini, minggu lalu.Bagaimanapun, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, beliau telah menegur Nizar kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya ketika berceramah. "Bagi saya itu biasa bagi mana-mana penceramah yang terlepas cakap, itu tidak bermakna kita akan halang beliau (Nizar) daripada memberikan ceramah di sini (Tenang). "Bagaimanapun apa yang beliau cakap kita dah sedia maklum dan kita harap ia tidak berulang lagi. "Saya juga dah menghubungi beliau tentang perkara itu," kata beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang ketika ditemui The Malaysian Insider hari ini. Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Nizar adalah seorang individu yang bersemangat terutamanya ketika memberikan ceramah. "Beliau sangat bersemangat ketika berkempen khasnya kepada pengundi Cina dan India," katanya. Nizar dalam kempen ceramahnya di Kampung Ayer Panas di sini mengatakan mengundi untuk calon Umno-BN adalah haram di sisi agama, sebaliknya wajib menyokong calon PAS, Normala Sudirman. Beliau berkata, pengundi Islam adalah wajib di sisi agama untuk menyokong calon PAS. |
| Pindaan Untuk Atasi Penghinaan Kepada Sultan Selangor Posted: 23 Jan 2011 08:55 PM PST ![]() Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat menegaskan pindaan perlembagaan negeri terpaksa dibawa untuk membetulkan "penghinaan" yang diakibatkan oleh langkah kerajaan persekutuan membelakangi peranan dan kedudukan kerajaan negeri dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Khusrin Munawi. "... tindakan kerajaan persekutuan atas tiket Ketua Setiausaha Negara melantik Pegawai Eksekutif Ex-officio dengan membelakangkan Menteri Besar yang dipilih rakyat lantas berselindung pula di sebalik istana yang ditaati rakyat adalah amalan salah, menghina kebijaksanaan rakyat dan kedaulatan negeri. "Penghinaan ini wajib kita perbetulkan. Berpegang pada tanggungjawab itulah, maka kita kembali ke Dewan yang mulia ini untuk mengadakan Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor," kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ketika membentangkan usul pindaan perlembagaan negeri pada sidang khas DUN pagi ini. "Mesyuarat kali ini adalah untuk membuat pembentangan bagi mengemukakan pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959, khususnya pada Perkara 52(1)," katanya. Khalid berkata selaku Menteri Besar, beliau berasa bertanggungjawab untuk memperbetul amalan sumbang yang selama ini dilakukan pentadbiran Umnbo sejak pindaan Perlembagaan 1993. "Pindaan tersebut ternyata mengakibatkan peranan negeri dan Sultan bercelaru dan kabur. "Justeru, hari ini kita hendak meletakkan duduk perkara dengan sejelas-jelasnya. Pentadbiran sebelum ini gagal dan tidak mampu membetulkannya kerana walaupun mereka mentadbir negeri, namun pemikiran mereka terpasung dan hati mereka berkiblatkan Putrajaya," kata beliau. Khalid berkata, dalam perkataan lain mereka tidak mempunyai kekuatan diri untuk bangun mempertahankan hak rakyat negeri ini hatta hak Sultan. Bagaimanapun menurut Khalid, walaupun peristiwa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri mempunyai hikmah tersendiri tetapi tidak menganggapnya kemelut besar, bukan juga krisis perlembagaan. "Natijahnya, kita menerimanya dengan hikmah. Ia memberi peluang kepada kita untuk memperbetul perkara salah yang menjadi amalan selama ini. "Prinsip "biasakan yang betul dan betulkan yang biasa" adalah prinsip murni yang dapat dijadikan amalan harian kita selepas ini," kata menteri besar penggal pertama ini. Katanya, berbeza daripada kerajaan terdahulu, kini kerajaan Pakatan Rakyat hendak melakukan pindaan dan perubahan agar generasi mendatang tidak lagi berada dalam kekaburan hatta kecelaruan. Tambah Khalid, selaku penggubal undang-undang yang bertangggungjawab dan mempunyai kekuatan ilmu, iman dan jati diri, pihaknya hendak melakukan yang terbaik. "Akhirnya, tidak ada lagi individu mahupun puak yang berani melanggar kuasa negeri mahupun kuasa Sultan," katanya lagi. |
| Umno Selangor Tegas Tolak Pindaan Kembalikan Kuasa Sulltan Posted: 23 Jan 2011 08:42 PM PST BN bidas k'jaan negeri 'syok sendiri' Ketua pembangkang DUN Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman - ketika membahaskan cadangan meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri - mendakwa kerajaan negeri 'syok sendiri'.Katanya, Umno Selangor tidak akan sesekali menyokong cadangan itu kerana menurutnya ia bertentangan dengan perlembagaan persekutuan dan bermotifkan politik. Menurutnhya lagi, kerajaan BN terdahulu tidak pernah membelakangi Sultan, berbeza dengan menteri besar baru yang didakwa tidak dapat menerima pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK yang telah mendapat perkenan Sultan. Satim mula membahaskan usul tersebut selepas selesai ucapan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ketua pembangkang itu turut mempersoalkan tindakan Speaker Datuk Teng Chang Khim memanggil sidang DUN tanpa notis 14 hari. Teng bagaimanapun menegur kembali Satim supaya mengingat peraturan tetap dewan sebelum membangkitkan sebarang perkara atau beliau akan diminta keluar untuk mengingatinya. Penyokong Pakatan ketawa besar. Dewan mula bersidang jam 10 pagi. ADUN Pelabuhan Kelang Badrul Hisham Abdullah - yang kerusinya diisytihar kosong oleh speaker - duduk di bilik yang dikhaskan kepada petugas media, tingkat atas di dalam dewan. Setiausaha dewan membacakan ucapan diraja bagi pihak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Dalam ucapannya, Sultan bertitah supaya ADUN membahaskan cadangan pindaan itu dengan sebaiknya tanpa beranggapan pekenan yang diberikan baginda sebagai menyokong mana-mana pihak dalam dewan. Baginda juga memberitahu ADUN supaya tidak menariknya sama dalam politik. Istana sentiasa tidak mencampuri urusan politik, titahnya lagi. Ia diikuti dengan ucapan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurutnya, berdasarkan perkara 10(3) peraturan dewan, kerajaan Selangor membentangkan pindaan terhadap Undang-undang Tubuh Selangor 1959 terhadap perkara 52(1). Katanya, pindaan itu dicadangkan supaya generasi akan datang tidak lagi tertanya-tanya dan tiada pihak yang berani melanggar kuasa kerajaan negeri dan Sultan, kata Khalid. Pakatan Rakyat, tegas Khalid lagi, memberikan komitmen menjunjung perlembagaan negara dan undang-undang tubuh negeri serta Rukun Negara, yang menjadi asas kepada kerajaan Selangor hari ini. Pakatan juga, tambahnya, berhasrat menegakkan kedudukan dan peranan Raja-raja Melayu yang dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan. |
| Posted: 23 Jan 2011 07:45 PM PST 9.32 pagi: Kira-kira 200 berkumpul di Dataran Shah Alam bawa pengawasan ketat polis. Sebahagian peserta memakai ikat kepala bertulis GAPS (Gagasan Anti Penyelewengan Selangor). Empat unit pasukan polis berkawal di depan pintu SUK.9.40 pagi: Didesak pemberita, Badrul Hisham Abdullah memberitahu akan memfailkan saman bagi mencabar keputusan itu tengah hari ini selepas menghadiri sidang DUN. Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada beliau dibenarkan memasuki dewan ekoran kerusinya telah diisytihar kosong. 10 pagi: Dewan mula bersidang. Badrul Hisham Abdullah - yang kerusinya diisytihar kosong oleh speaker - duduk di bilik yang dikhaskan kepada petugas media, tingkat atas di dalam dewan. Setiausaha dewan membacakan ucapan diraja bagi pihak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Dalam ucapannya, Sultan bertitah supaya ADUN membahaskan cadangan pindaan itu dengan sebaiknya tanpa beranggapan perkenan yang diberikan baginda sebagai menyokong mana-mana pihak dalam dewan. Baginda juga memberitahu ADUN supaya tidak menariknya sama dalam politik. Istana sentiasa tidak mencampuri urusan politik, titahnya lagi. 10.24 pagi: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membacakan ucapannya. Berdasarkan perkara 10(3) peraturan dewan, kerajaan Selangor membentangkan pindaan terhadap Undang-undang Tubuh Selangor 1959 terhadap perkara 52(1), kata menteri besar. Pindaan itu dicadangkan supaya generasi akan datang tidak lagi tertanya-tanya dan tiada pihak yang berani melanggar kuasa kerajaan negeri dan Sultan, kata Khalid. Pakatan Rakyat memberikan komitmen menjunjung perlembagaan negara dan undang-undang tubuh negeri serta Rujun Negara, yang menjadi asas kepada kerajaan Selangor hari ini, tambahnya. Pakatan juga, tambah Abdul Khalid, berhasrat menegakkan kedudukan dan peranan Raja-raja Melayu yang dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan. 10.35 pagi: Selepas duduk di bilik khas media kira-kira 30 minit, Badrul meninggalkan bilik itu dan bercadang mengadakan sidang media di luar. 10.50 pagi: Dalam sidang media selepas itu, Badrul Hisham mengaku beliau masih merupakan wakil rakyat yang sah dan akan terus berkhidmat kepada rakyat. Bagaimanapun, ditanya lagi sama ada beliau mahu memfailkan tuntutan di mahkamah, beliau hanya menjawab "mungkin". Beliau juga memberitahu, setelah menunjukkan surat jemputan bertarik 11 Januari daripada speaker, pihak keselamatan masih tidak membenarkannya masuk ke dalam dewan. 11.20 pagi: Abdul Khalid selesai berucap. Ketua pembangkang negeri yang baru dilantik Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) berucap mempersoalkan tindakan Teng memanggil sidang DUN tanpa notis 14 hari. Speaker menegur kembali Mohamad Satim supaya mengingat peraturan tetap dewan sebelum membangkitkan sebarang perkara atau beliau akan diminta keluar untuk mengingatinya. Penyokong Pakatan ketawa besar. 11.25 pagi: Mohamad Satim ketika membahaskan pindaan itu mendakwa kerajaan negeri 'syok sendiri'. Katanya, Umno Selangor tidak akan sesekali menyokong cadangan itu kerana bertentangan dengan perlembagaan negara dan bermotifkan politik. Menurutnhya lagi, kerajaan BN terdahulu tidak pernah membelakangi Sultan, berbeza dengan menteri besar baru yang didakwa tidak dapat menerima pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK yang telah mendapat pekenan Sultan. |
| Takziah Buat Adun Pelabuhan Klang.. Hahaha Posted: 23 Jan 2011 07:42 PM PST |
| Kerusi Pelabuhan Klang - Sah SPR Ambil Alih Kuasa Sultan Selangor Posted: 23 Jan 2011 05:52 PM PST Mandat isytihar kerusi kosong di tangan SPR, kata Wan Ahmad KUALA LUMPUR, Jan 24 — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempertahankan Perlembagaan Persekutuan memberi mandat kepada badan pengendali pilihan raya itu untuk menentukan kekosongan sesebuah kerusi.Justeru kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, dalam hal tersebut perlembagaan negeri tidak seharusnya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. "Pada akhirnya, Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi (negara)," kata Wan Ahmad kepada The Malaysian Insider. "Jadi, perlembagaan negeri tidak seharusnya bercanggah dengan semangat Perlembagaan Persekutuan," tambah beliau. Wan Ahmad berkata Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada SPR untuk mengisytiharkan kekosongan sementara yang disebabkan oleh faktor kematian, muflis, letak jawatan ataupun kehilangan kerusi di bawah undang-undang. Peruntukan itu digariskan di bawah Artikel 54(1) Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun menurut Wan Ahmad, SPR akan mengkaji perlembagaan negeri Selangor dan Perlembagaan Persekutuan sebelum memutuskan status kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang dan sama ada perlu dipanggil pilihan raya kecil. "Jika kekosongan didapati wujud, kami akan menentukan tarikh pilihan raya kecil," jelas Wan Ahmad lagi. Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan SPR adalah badan yang memutuskan sesebuah kerusi itu kosong ekorann krisis perlembagaan negeri Perak pada 2009. Bagaimanapun, penghakiman itu tidak diguna pakai membabitkan kedudukan di Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Terengganu memandangkan perlembagaan mereka memperuntukkan bahawa kekosongan biasa hendaklah diisi dalam masa 60 hari dari tarikh ia diumumkan kosong. Jumaat lalu, Speaker Selangor Datuk Teng Chang Khim berkata SPR boleh dianggap sebagai menghina Dewan dan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor jika tidak mahu memanggil pilihan raya kecil. Wan Ahmad mengetepikan kenyataan Teng itu. "Itu hak beliau untuk kata," kata Wan Ahmad. "Jika wakil rakyat terbabit (Badrul) membawanya ke mahkamah, kami menyerahkan kepada mahkamah," katanya. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pula berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan penasihat undang-undang untuk menentukan status kerusi DUN Pelabuhan Klang. "Kami akan mengadakan mesyuarat dan merujuk kepada pakar-pakar perundangan," kata Abdul Aziz kepada The Malaysian Insider. Wan Ahmad juga berkata, pihaknya tidak boleh mengisytiharkan sama ada Badrul Hisham harus dibenarkan menghadiri sidang khas DUN hari ini. "Bukan SPR yang boleh kata," katanya. "Ia antara Speaker Selangor dan YB Badrul. Jika YB Badrul mahu hadir, dia boleh hadir. Jika Teng tidak membenarkannya hadir, beliau boleh memilih untuk tidak membenarka dia hadir," kata beliau. Laporan sebelum ini menyebut Badrul Hisham akan menggunakan saluran undang-undang bagi mempertahankan kedudukannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang selepas Teng mengisytihar kerusi DUN itu sebagai kosong ekoran kegagalan beliau menghadiri persidangan dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah. Badrul Hisham berkata beliau akan memfailkan permohonan di mahkamah hari ini bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau masih lagi wakil rakyat Pelabuhan Klang yang sah. Beliau seterusnya mengesahkan akan menghadiri persidangan khas hari ini. Teng mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang yang disandang Badrul Hisham kosong kerana kegagalannya menghadiri persidangan Dewan dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah, berdasarkan Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri dan tiada peruntukan untuk rayuan. Badrul Hisham memenangi kerusi DUN Pelabuhan Klang atas tiket Parti Keadilan Rakyat pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 4,407 undi menewaskan calon BN serta calon bebas, sebelum meninggalkan PKR pada Oktober 2009 untuk menjadi Adun bebas mesra BN pada 2009, dan menyertai Umno pada April tahun lepas. Oleh Boo Su-Lyn |
| Status Adun Pelabuhan Klang Dari Pandangan Peguam Umno Posted: 23 Jan 2011 08:44 AM PST Persidangan khas DUN Selangor esok bukan sahaja menarik perhatian ramai untuk melihat sama ada pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri itu diluluskan, tetapi juga kedudukan ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah.Bagi pengamal undang-undang Datuk Mohd Hafarizam Harun katanya walaupun Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim mempunyai kuasa mengosongkan kerusi itu, ia hanya boleh disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "Sama ada kerusi itu kosong atau tidak, ia akan hanya ditentukan oleh SPR. Jadi tindakan menghalang Badrul Hisham menghadiri sidang DUN adalah tidak wajar. Ini dilihat seperti mahu mengurangkan jumlah yang hadir pada sidang itu (esok) yang akan melakukan pindaan pada perlembagan negeri. Notis itu (melarang hadir) jelas Speaker ada agenda tersembunyi," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini. Mohd Hafarizam berkata demikian bagi mengulas kenyataan Teng pada Jumaat lepas bahawa Badrul Hisham tidak lagi layak menghadiri persidangan DUN esok kerana beliau bukan lagi seorang ADUN. Rabu lepas, Teng mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang sebagai kosong berkuatkuasa 16 Jan lalu berikutan kegagalan penyandangnya Badrul Hisham, ADUN Bebas menghadiri persidangan DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah. Teng menghantar notis pemberitahuan tentang kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang kepada SPR pada Jumaat lepas. Mohd Hafarizam berkata isu kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang itu sepatutnya dibahaskan dalam dewan, dengan Badrul Hisham dibenarkan hadir untuk memberi penjelasan. "Apa yang diputuskan Speaker itu sebenarnya tidak muktamad. Memang Speaker mempunyai kuasa penuh dalam dewan, tetapi mengenai pilihan raya atau kekosongan kerusi, ia menjadi kuasa SPR," katanya. --Bernama |
| PRK Tenang - Inilah Pembangunan Pesat Yang Dibawa Oleh Ayah Calun BN Tenang Posted: 23 Jan 2011 07:02 AM PST |
| PRK Tenang - Rakyat Johor Jangan Jadi Bodoh Posted: 23 Jan 2011 04:11 AM PST Siapa bodoh: Rakyat Johor bayar air 60sen berbanding P.Pinang 22sen 20m3 air pertama di Selangor adalah percuma. Semua orang tahu, termasuk cukong2 Syabas dan juga para pencacai terhormat. Pulau Pinang, 20m3 pertama rakyat cuma perlu bayar 22sen sahaja berbanding Johor negeri yang diperintah oleh BN rakyatnya perlu bayar 60sen. Kata Datuk Chua Jui Meng, isu hutang yang ditanggung kerajaan Johor melibatkan Johor Corporation sebanyak RM6 billion sehingga berlakunya defisit, bekalan air yang paling tinggi harganya di Malaysia. Johor cukup kaya dengan bekalan air sehingga mampu menjualkanya kepada Singapura dan Melaka, sebaliknya rakyat sendiri terpaksa membayar pada harga tingggi. Kereta Buruk |
| PRK Tenang - Queen Elizabeth Kurang Ajar Macam Cikgu Mala Juga Posted: 23 Jan 2011 03:55 AM PST Chua hina Queen Elizabeth dan PM India? ![]() Serangan peribadi Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap calon PAS, Normala Sudirman kononnya 'kalau dia bersalam pun dengan memakai sarung tangan' adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. (Gambar atas: Queen Elizabeth bersalam dengan Perdana Menteri India Manmohan Singh dalam keadaan bersarung tangan.) Bahkan ia dianggap merendah-rendahkan pengetahuan dan budaya orang Cina sendiri seolah-olah mereka bodoh untuk menerima pandangan bekas menteri kesihatan itu. Ini kerana bersalam dengan memakai sarung tangan bukannya merendahkan martabat mana-mana pihak dan tidak ada kesalahanpun dari segi moralnya. Bagi kebanyakan pihak, kenyataan Chua ini sesuatu yang sangat naif dan menyerang pribadi pihak lain ketika moral beliau sendiri sangat dipertikaikan sehingga terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Menteri Kesihatan sebelum ini. "Baginda Queen Elizabeth, Ratu England juga memakai sarung tangan ketika bersalam dengan mana-mana pihak hatta pemimpin negara lain. "Adakah Chua Soi Lek mahu berkata, Queen Elizabeth mahu menghina Perdana Menteri India, Manmohan Singh ketika bersalam dengan beliau dalam keadaan memakai sarung tangan," kata seorang pemerhati politik. Bagi keluarga diraja British, tidak memakai sarung tangan ketika bersalam dengan pihak lain adalah satu yang tidak beradab. Bagi Islam pula, bersalam dengan lelaki atau perempuan yang boleh dinikahi (bukan muhrim) adalah satu kesalahan (dosa). Normala Sudirman pula menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita. Merujuk kepada isu tidak bersalam yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Normala meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi. Menurut Normala, 38, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA yang dipimpin Dr Chua sudah memahami tertib seorang wanita Islam. "Saya secara peribadi berpendapat bahawa sudah tiba masa pihak lawan (BN) matang setelah 53 tahun kita merdeka... apa yang paling penting adalah dasar-dasar atau komitmen perkhidmatan yang mahu dibawa kepada rakyat khususnya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. "Bukan menyentuh isu peribadi atau serangan peribadi yang saya kira ia satu perkara yang sangat jauh daripada apa yang kita fokus. "Saya kira perkara yang paling penting adalah setelah 53 tahun merdeka, MCA sepatutnya sudah lama memahami konsep sebagai individu Muslim yang perlu kerana mereka berkawan dengan komponen BN iaitu Umno," kata beliau dalam temu bual ekslusif bersama The Malaysian Insider hari ini. Exco Dewan Muslimat PAS pusat ini berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Dr Chua mengenai Islam apabila secara sindiran membuat perbandingan cara Normala bersalaman dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa berkempen di Tenang. "Dia tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini. "Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS," kata Chua. |
| You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










Tiada ulasan:
Catat Ulasan