Rabu, 19 Januari 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Pelik Bila Peguam Negara Suruh Khir Diam

Posted: 19 Jan 2011 12:36 AM PST

Dr Khir: Peguam negara arah saya diam

Dr Mohd Khir Toyo enggan menjawab sebarang dakwaan mengenai dakwaan pemberian projek bernilai RM273 juta secara runding terus kepada sebuah syarikat ketika beliau menjadi menteri besar Selangor sebelum ini.

NONE"Saya telah diarah oleh AG (peguam negara) untuk diam (berhubung dakwaan itu)," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini hari ini.

Semalam, setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin mendakwa beberapa syarikat milik seorang tertuduh dalam kes melibatkan tuduhan rasuah ke Dr Khir didakwa menerima projek lebih RM273 juta dalam tempoh pentadbiran BN.

Pendedahan mengejutkan itu melibatkan lima kontrak yang didakwa telah diberikan secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat milik Shamsudin Hayroni.


Sementara itu, menulis di blognya hari ini, Dr Mohd Khir berkata, buat masa ini beliau tidak akan menjawab kenyataan Faekah kerana ia boleh menjadi subjudis kepada kesnya yang akan dibicarakan Jun nanti.

"Ini merupakan kali pertama saya tidak menjawab sebarang tuduhan yang dilemparkan kepada saya kerana telah terikat dengan kes mahkamah dan mengelakkan sebarang keadaan yang boleh menjejaskan pembelaan saya," katanya.

faekah husin selangor khir toyo 020810Dr Mohd Khir juga mempersoalkan keikhlasan kerajaan negeri untuk membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), seperti yang didakwa Faekah.

"Jika mahu mencari kebenaran mereka sepatutnya mendedahkan berbulan yang lalu agar saya dapat menjawabnya bukannya sekarang ketika mana mereka tahu saya terpaksa mendiamkan diri," katanya.

"Ini merupakan tindakan bacul dan tidak bermaruah kerajaan negeri Selangor."

Sehubungan itu, ADUN Sungai Panjang itu menyifatkan "serangan" daripada pejabat menteri besar padanya saya kali ini "tidak lebih cuba menunjuk jaguh kepada orang buta."

"Itu sahajalah kemampuan kerajaan yang penuh dengan kacau bilau, pembohongan dan pendustaan," sindirnya lagi dalam artikel berjudul 'Menyerang Si Buta yang Tidak Bertongkat'.

Dun Pelabuhan Klang Kosong - Apa Pula Helah SPR Kali Ini

Posted: 19 Jan 2011 12:28 AM PST

Speaker isytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong

Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.

Pengumuman itu dibuat petang tadi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Sebelum ini, khabar angin mengenai kekosongan itu bertiup kencang apabila Badrul Hisham Abdullah didakwa telah gagal menghadiri sidang DUN selama lebih setengah tahun.

Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.



Najib Masih Takut Untuk Berdebat Dengan Anwar

Posted: 18 Jan 2011 11:24 PM PST

Sedih hati Tulang Besi. Perdana Menteri MAlaysia MASIH TAKUT untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim setelah mengeluarkan kata-kata nista terhadap cadangan Pakatan Rakyat yang terkandung dalam "Buku Jingga".

Kalau saya jadi Najib pun saya takut jugak nak berdebat sebab saya tahu saya akan kalah. Polisi UMNO dan BArisan Nasional adalah menjadikan kekayaan Malaysia sebagai hak milik UMNOPUTRA serta kroni-kroni mereka.

Najib kelak terpaksa menjawab mengapa subsidi dan bantuan kepada kroni tidak dipotong sedangkan subsidi pada rakyat yang pertama sekali dipotong.

Najib juga pasti sukar menjawab mengapa 1/3 pekerja-pekerja di Malaysia mendapat pendapatan di bawah kadar kemiskinan?(pendapatan di bawah RM700 sebulan)


Najib tentu sukar menjawab kenapa kontrak-kontrak yang besar mudah sahaja diberi kepada kroni tanpa ada proses tender terbuka?

Najib juga susah menjawab mengapa gaji siswazah baru tamat belajar tidak banyak berubah dari tahun 1980an?

Najib juga harus menerangkan mengapa 30% dari pendapatan rakyat terpaksa dibelanjakan untuk kenderaan?

Najib pasti sukar menerangkan mengapa harga minyak dinaikkan ke tahan yang hampir sama pada tahun 2008?

dan banyak lagi yang Najib tahu dia tidak dapat jawab. Sebab tu dia kata:

"Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat....adoi... dia akan demam,"


Dia memang tahu semua maklumat. Pasal tu dia takut nak berdebat. Hahahahaha.

Bagi saya kalau mereka ada maklumat pasal Anwar Ibrahim, dah lama maklumat ni keluar. Tak payah nak pukul, nak sumbat penjara, nak kena telanjang dsbnya. Hahahaha lagi satu kenyataan bebal dari Najib. Kes Saiful ni pun, tiada rakyat Malaysia yang berani mengaku secara terang-terang mereka mempercayai Saiful Bukhari. Hahahaha lagi sekali Tulang Besi gelak.

Najib juga kata:

"Nak tubuh kerajaan pada 16 September, tak tubuh lagi. Ini dah tahun 2011. Kita tunggu sehari demi sehari tak jadi, dia kata 30 anggota Parlimen dari BN (Barisan Nasional) nak seberang masuk pembangkang. Kita tengok-tengok, belek-belek mana dia 30, rupanya lima anggota Parlimen dia (pembangkang) (yang keluar) jadi (anggota) Bebas.

Sebenarnya Najib kena jawab, mengapa beliau bawa 30 MP pergi ke Taiwan kalau perancangan 16 September Anwar Ibrahim tidak benar?????

Tulang Besi

Kerja Budak Mabuk Yang Pengecut Dan Tak Ada Telor

Posted: 18 Jan 2011 08:00 PM PST

Teo Nie Ching terima nota ugutan

Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching tengah hari ini akan membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Kajang selepas menerima sepucuk surat ugutan terhadapnya.

Pembantu peribadinya, Chen Fan Dao yang dihubungi Harakahdaily memberitahu, seorang kakitangan yang bertugas di pejabat DAP cawangan Kajang Baru menemui seekor ayam yang dipenuhi darah digantung pada pintu masuk pejabat mereka.

Ayam tersebut diletakkan bersama sekeping nota yang dilekatkan pada pintu tersebut bertulis 'Ingat, ini satu peringatan Teo Nie Ching! Tentera Jihad'.


"Kita jumpa benda itu lebih kurang jam 8.30 pagi ini.

"Darah masih lagi keluar dari ayam ini, dan kita rasa ia baru disembelih," katanya.

Ekoran itu, beliau bersama Teo akan membuat laporan polis berhubung perkara itu jam 11.30 pagi ini.

Teo Nie Ching sebelum ini pernah menjadi sasaran kecaman oleh akhbar Utusan yang mendakwa beliau memakai baju kebaya ketat dan tidak memakai tudung ketika hadir di sebuah surau di Kajang Ogos tahun lalu.

Manakala serangan kedua pula pada Disember lalu apabila Teo sekali lagi didakwa tidak menutup aurat ketika menyertai senamrobik anjuran sebuah masjid di Cheras.

KITA - Parti Orang Kecewa Tak Menang Pemilihan Dirasmikan

Posted: 18 Jan 2011 07:54 PM PST


Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang diterajui Datuk Zaid Ibrahim dirasmikan pagi ini dengan dibarisi nama-nama terkenal daripada pelbagai parti.

NONEAntara mereka termasuk ahli parlimen Padang Serai dari PKR, N Gobalakrishnan dan presiden PPP Datuk M Kayveas. Selain itu perwakilan daripada Snap dan bekas pemimpin PKR yang lain termasuk bekas setiausahanya, Datuk Salahuddin Hashim dan bekas timbalan setiausahanya yang dipecat P Jenapala juga hadir.


"Kita tidak lagi berseorangan," kata Zaid dalam ucapan perasmiannya.

Beliau yang juga bekas ahli majlis tertinggi PKR meninggalkan parti itu dengan alasan tidak berpuas hati dengan cara pemilihan kepimpinan.

Zaid mengambil kepimpinan sebuah parti kecil yang berpangkalan di Kelantan, Akim sebelum menamakannya semula sebagai KITA pada mesyuarat agung luar biasa parti berkenaan pada Disember lalu.

Umno Selangor Keluarkan Akhbar Haram

Posted: 18 Jan 2011 07:42 PM PST

"Selangor Terkini" yang Guna Logo Kerajaan Negeri Secara Haram


Hari Isnin lalu, Kerajaan Negeri Selangor membuat laporan polis berhubung dengan penerbitan akhbar Selangor Terkini yang menggunakan logo kerajaan negeri tanpa kebenaran. Laporan berkenaan dibuat oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri yang mewakili Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pukul 4.30 petang.

Menurut laporan MStar, laporan itu dibuat agar pihak polis menyiasat penyalahgunaan logo pada akhbar yang tidak diketahui penerbitnya itu. Sumber kerajaan negeri mendakwa kandungan akhbar itu adalah usaha untuk menghentam pentadbiran kerajaan negeri dan mencemarkan imej Selangor, malah mengelirukan orang ramai kerana akhbar rasmi kerajaan negeri ialah "Selangor Kini".


Beberapa blog pro-UMCO membuat kewajaran penerbitan akhbar menggunakan logo kerajaan negeri secara haram itu dengan hujah bahawa logo itu bukan milik MB Khalid. Dangkalnya hujah. Walhal kerajaan negeri bertindak kerana pihak yang menerbitkan akhbar itu menggunakan logo kerajaan negeri yang secara haram, tanpa keizinan pihak yang memegang kuasa. Jika Noh Omar seperti yang tertera pada halaman hadapan Selangor Terkini itu adalah MB Selangor, maka sudah Khalid Ibrahim tidak sibuk-sibuk meminta pegawainya membuat laporan polis.

Laporan polis dibuat atas dakwaan akhbar itu menggunakan logo kerajaan negeri secara salah, bukan menghalang penerbitan akhbar itu. Jangan pusing dengan mengatakan bahawa kerajaan negeri menghalang penerbitan akhbar itu pula. - DCM

PRK Tenang - Imam Sibuk Layan Najib, Lupa Sembahyang Jenazah

Posted: 18 Jan 2011 04:25 PM PST


(Gambar: Cikgu Normala Sudirman mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham ketika menziarahi jenazah Setiausaha Umno cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi, di masjid pagi Selasa semalam)

[HD] LABIS, 19 Jan: Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia hari ini apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.

Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau kerana risau menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.


"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,"kata seorang saksi kejadian itu pagi Selasa lepas.

Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pagawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.

"Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.

"Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri," kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.

Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa lepas. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.

Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka.

Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak jam 10 pagi, ia tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tida

kafesantai.blogspot.com

Janji Santa Claus Di FELDA

Posted: 18 Jan 2011 04:20 PM PST

Pengumuman peruntukan RM1.6 bilion bagi memajukan masyarakat FELDA di seluruh negara oleh Perdana Menteri disifatkan sebagai 'janji Santa Claus' oleh Mazlan Aliman.

Ini kerana katanya yang juga Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan atau ANAK, Datuk Seri Najib Razak tampak jelas berniat untuk meningkatkan sokongan peneroka menjelang pilihanraya umum ke-13

Taktik ini sering diutarakan pemimpin Umno-Barisan Nasional(BN) setiap kali menjelang atau menghampiri kemuncak pilihanraya. Tetapi mengabaikan nasib peneroka selepas berakhir.

"Bila berlaku pilihanraya, barulah mereka hadir dengan pelbagai janji seperti 'Santa Clous', sedangkan dari pemantauan selepas pilihanraya kecil janji itu tidak dilaksanakan.


"Sememangnya menjadi tabiat pemimpin BN, sering kali mengunakan angka mengelirukan rakyat apabila beliau (Najib Razak) mengumumkan RM1.6 billion itu menggunakan wang siapa.

"Jadi kita sebagai rakyat perlu tahu, RM1.6 billion itu beliau menggunakan wang siapa, samada diambil dari wang rezab FELDA ataupun wang kerajaan,"katanya.

Mazlan ketika dihubungi Tv Selangor turut menjelaskan ada dikalangan penduduk menyatakan inilah kali pertama Perdana Menteri melawat kawasan mereka.

Hari ini Najib yang juga Pengerusi BN mengadakan lawatan ke Tenang dan pada majlis Pemimpin Bersama Peneroka di FELDA Chemplak, Najib turut mengumumkan peruntukan RM8.5 juta untuk program pembangunan prasarana 500 buah lot yang akan diberi kepada generasi kedua peneroka FELDA.

Realitinya, Felda menjadi kubu kuat Barisan Nasional khususnya Umno selama ini.

Mengulas pengumuman tersebut, Mazlan menyatakan ia hanya satu gimik yang sama dilakukan pada PRK Hulu Selangor April lalu dan sehingga kini tiada sebarang pembangunan projek dilakukan seperti yang dijanjikan kepada penduduk di FELDA Soeharto.

Pengumuman tersebut dibuat ketika BN bersedia menghadapi PRK DUN Tenang hujung bulan ini jelas membuktikan FELDA bukan sahaja kubu kuat mereka malah ia juga merupakan talian hayat buat mereka.

Noh Omar Ugut Adun Umno Jangan Undi Pindaan Kembalikan Kuasa Sultan Selangor

Posted: 18 Jan 2011 08:44 AM PST

ADUN Umno Di Ugut - Saari Sugib

Bunyi yang sedap didengar,bahawa Sultan telah perkenan Sidang Dun diadakan pada 24 Januari ini.Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sedangkan menurut Adun Hulu Kelang,YB Saari Sugib keadaan ini mungkin telah dijangkakan kerana PR memerlukan 2/3 undi daripada ADUN untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri yang telah dibaculkan oleh Mahathir Kuty pada tahun 1993 dahulu sehingga hilang kekuasaan mereka.


Menurut YB Saari Sugib,"Kalau ikutkan memang ada dikalangan ADUN BN yang berjanji akan mengundi pindaan tersebut,tetapi telah di beri amaran keras oleh YB Noh Omar dan barang siapa yang didapati mengundi maka pada PRU kelak nama mereka tidak akan dicalonkan kembali."katanya.

Jadi,PR walaupun diluluskan dengan 24 undi di mana kesemua ADUN PR mengundi namun ia tetap tidak akan berlaku pindaan kerana 4 undi lagi tidak mencukupi untuk mendapat 2/3 undi.

Jadi,jelaslah kepada rakyat negara ini terutamanya bangsa melayu yang dah layu,siapa sebenarnya yang DERHAKA terhadap raja dan sultan.Buktinya,Almarhum Sultan Selangor yang dengan terang dan jelas menyatakan bahawa suatu hari nanti "Beta akan tinggal di Pulau Ketam" kerana takut akan kerakusan Umno menyapu segala kazanah yang ada di Selangor apabila mereka diberikan kuasa...jadi...Lagi mau kasi Umno perintah ka???....

Karat E-jau

Khir Toyo beri projek RM244 juta kepada tertuduh bersama kes rasuahnya

Posted: 18 Jan 2011 06:18 AM PST

Selangor mendakwa Dr Mohd Khir Toyo pernah menganugerahkan lima tender secara langsung bernilai RM244 juta kepada pengarah Ditamas Shamsuddin Haryoni ketika beliau masih menerajui kerajaan negeri.

Kedua-dua Dr Khir (gambar) dan Shamsuddin merupakan defendan dalam kes rasuah menerima dua lot tanah daripada Shamsuddin pada harga RM3.5 juta sedangkan ia bernilai RM6 juta pada 2007.

Setiausaha politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, butiran tender langsung ini didedahkan kepada umum bagi mengelakkan spekulasi dan andaian negatif terhadap kerajaan negeri semasa apabila perbicaraan Dr Khir berlangsung Jun ini.

"Kerajaan negeri percaya bahawa maklumat ini akan membantu pihak berkuasa dalam siasatan mereka," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.


Faekah menambah, pentadbiran Dr Khir juga ada menganugerahkan dua projek kepada syarikat dimiliki Shamsuddin, masing-masing bernilai RM30 dan RM14 juta, yang telah dibatalkan oleh kerajaan negeri tahun lalu.

Beliau berkata pendedahan maklumat itu adalah penting bagi memastikan kerajaan Selangor dan kakitangannya tidak dikaitkan kan dengan perbicaraan Dr Khir kelak.

Awal bulan lalu, Dr Khir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan mendapatkan dua lot tanah di Seksyen 7 Shah Alam pada harga yang lebih rendah daripada nilai pasaran.

Dr Khir, 45, didakwa mendapatkan tanah tersebut bagi dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat No 8 & 10, Jalan Suara 7/1L di sini daripada Shamsuddin yang diketahui ada hubungan dengan kerja rasminya pada harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah tersebut telah dibeli oleh syarikat tersebut pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu pada 29 Mei 2007, di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.

Dalam kenyataan hari ini, Faekah juga berkata kerajaan negeri Selangor yang kini ditadbir Pakatan Rakyat tidak terlibat dengan pemberian projek secara runding terus kepada syarikat-syarikat dimiliki Shamsudin.

Katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 16 Disember lalu telah membuat keputusan supaya maklumat tentang jenis projek dan nilai projek yang diberikan kepada syarikat milik Shamsuddin didedahkan untuk pengetahuan umum.

"Sebanyak lima projek runding terus telah diberikan kepada Majulia Sdn Bhd dengan nilai projek berbeza," katanya lagi.

Projek-projek itu ialah pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 Fasa 1 dengan nilai RM22,880,000, kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 fasa 2 dengan nilai RM61 juta, cadangan mereka bentuk, membina dan menyaipkan bangunan Perpustakaan Selangor Maju bernilai RM71,080,000, membina dan menyiapkan jalan dari Simpang B15/B11 Lama Daerah Sepang bernilai RM73,750,871.53 dan cadangan projek pembangunan sebuah stadium terbuka, sebuah pencawang elektrik, dua kebuk dan satu unit loji kumbahan atas sebahagian tapak Kompleks Sukan atas tanah kerajaan mukim Dengkil bernilai RM14,999,000.

"Sementara itu, dua lagi syarikat milik Shamsuddin iaitu Getrahome Sdn Bhd dan Kanasutra Sdn Bhd telah diberikan projek secara penswastaan," jelas beliau.

Getrahome Sdn Bhd mendapat projek pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah seluas 134.57 ekar mukim Dengkil, Daerah Sepang bernilai RM16 juta pada 2000 dan Kanasutra Sdn Bhd pula diberikan projek cadangan pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah kerajaan lot 5395 dan 5396 Mukim Dengkil pada 2005 bernilai RM14 juta.

"Bagaimanapun, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 27 Januari 2010 telah membatal dan menarik balik projek berkenaan," katanya.

Jelas beliau, langkah itu juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didokong oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi.

PRK Tenang - Cikgu Mala bakal disabotaj ?

Posted: 18 Jan 2011 05:37 AM PST

Setelah usaha menukarkan suami kepada calon Pas, Puan Normala Sudirman ke sekolah lain yang terletak 200km dari rumahnya gagal berikutan bantahan yang dibuat oleh pasangan itu. Kini BN berusaha menjatuhkan imej bersih Cikgu Mala. BN akan melakukan apa sahaja, termasuk memfitnah dan memburukkan imej muslimat Pas.

Pihak saraf BN sedang mengatur strategi memburukkan imej Islam yang dibawa oleh beliau. Apa yang dimaksudkan ialah semasa calon berkenaan mengunjungi tempat awam termasuk pasar perhentian bas, lawatan rumah ke rumah dan sebagainya, dari kalangan yang ramai tersebut akan ada seorang atau beberapa orang lelaki yang sudah tentu bukan muhrim, berebut menghulurkan tangan untuk bersalam.


Mereka juga menyediakan kamera dan media seperti TV3 dan RTM untuk merakamkan peristiwa itu. Walau apapun reaksi Cikgu Mala terhadap lelaki-lelaki ini, pihak media akan memutar belit isu ini bagi mengelirukan pengundi dan orang ramai. Gambar itu bakal diulang tayang bagi menimbulkan persepsi negatif terhadap bakal calon Pas ini.

Semua petugas Pas terutama muslimat, diingatkan agar berhati-hati dengan provokasi pihak BN yang sanggup berbuat apa sahaja. Mereka begitu terdesak dalam usaha memenangi kerusi Tenang yang sememangnya dilihat sebagai kubu kuat mereka.

Ummi Hafida Anak Derhaka Kini Sendirian

Posted: 18 Jan 2011 03:57 AM PST

Anwar Tak Takut Demam Dan Terus Desak Najib Debat

Posted: 18 Jan 2011 01:09 AM PST

Tolak Alasan Murahan: PKR Terus Cabar Najib Debat Dengan Anwar

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyeru Datuk Seri Najib Razak tidak berdolak dalih memberikan alasan dan helah murahan seperti mengutus pihak lain berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu sidang media di Ibupejabat PKR, Kelana Jaya pagi tadi, Ketua Penerangannya, Dr Muhamad Nor Manuty berkata keengganan Perdana Menteri untuk debat terbuka mengenai janji reformasi 100 hari Pakatan Rakyat amat mendukacitakan.

Ini berikutan dakwaan Najib baru-baru ini ini bahawa sekiranya janji dalam Buku Jingga itu dilaksanakan, ia boleh menjerumuskan negara menjadi muflis seperti Greece dalam masa dua tahun.


"Kita menuntut beliau segera menerima seruan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar diadakan perbincangan atau debat terbuka seperti yang dicadangkan. Hanya dengan cara ini rakyat Malaysia dapat dimartabatkan ke arah masa depan negara yang lebih cerah di masa hadapan," katanya.

Beliau menjelaskan, memandangkan kenyataan Najib merupakan suatu tuduhan yang serius sedangkan Pakatan Rakyat (PR) pula berkeyakinan tinggi bahawa dasar-dasar yang dibentangkan benar-benar akan dapat dilaksanakan, maka kedua-dua pihak perlu bertanggungjawab menjelaskannya kepada rakyat bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul.

Tambah beliau, debat atau perbincangan terbuka ini amat sesuai dan merupakan satu peluang terbaik untuk kedua-dua pihak bersemuka secara terbuka dan membincangkannya secara serius dalam keadaan sekarang di mana semua pihak bekerja keras mencari jalan keluar daripada kemelut ekonomi negara yang makin meruncing kini demi menyelamatkan rakyat dari tekanan hidup yang berterusan.

Katanya lagi, PKR juga telah berbincang dan memutuskan bahawa satu penyelesaian terbaik bagi situasi ini ialah mengadakan debat terbuka yang sistematik dengan pengibatan semua pihak yang terlibat.

"Keadilan akan terus mendesak supaya Perdana Menteri dapat respons dengan segera terhpadap permintaan Keadilan untuk DSAI berdialog, bincang, berdebat, bukan bertujuan untuk mencari kemenangan, tetapi ialah untuk bertanggungjawab menonjolkan fakta-fakta menjustifikasikan keyakinan kami, PR, bahawa hal ini boleh dilaksanakan," kata beliau.

Katanya lagi, debat atau perbincangan dua pemimpin ini bukan sahaja ditunggu oleh masyarakat tempatan malah juga masyarakat antarabangsa.

Tiada ulasan: