Isnin, 31 Januari 2011

Biaqpila

Biaqpila


DAP dakwa berlaku beli undi di Tenang Station

Posted: 31 Jan 2011 02:00 PM PST

Berlaku Beli Undi Di Tenang Station

LABIS . : DAP mendakwa berlaku pembelian undi di SJK (C) Ai Chun yang terletak dalam daerah pengundian Tenang Station. Illustrasi FMT

Menurut Teo Chin Liang iaitu bapa kepada ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching, dia dan agen undi DAP, Liew Choan Chee, pergi ke dewan sekolah tersebut apabila mendapati pintunya terbuka luas, yang menurut mereka tidak biasa berlaku pada hujung minggu.

Setibanya di situ, kata Teo, dia nampak beberapa orang lelaki Cina sedang duduk di sebuah kaunter. Dia kemudiannya didatangi tiga orang, yang bertanyakan mengapa dia berada di situ, lapor Malaysiakini.

Teo menjawab dia hanya mahu melihat yang apa yang sedang berlaku di situ. Mengesyaki sesuatu, dia kemudiannya memanggil Liew yang berada di dalam kereta dan Liew datang serta mengambil gambar tiga orang berkenaan.

Melihatkan foto mereka diambil, ketiga-tiga mereka menjadi marah.

Menurut Teo, seorang daripada mereka yang berbaju putih, mengejar Liew hingga ke keretanya dan mengarahkannya menyerah kameranya, dan mengancam akan menggunakan kekerasan jika Liew enggan berbuat demikian.

Liew, bagaimanapun, memberi amaran kepada penyokong ketiga-tiganya bahawa penyokong PAS akan sampai beberapa minit lagi.

Mereka kemudiannya jadi takut lalu beredar dari tempat tersebut.

Bagaimanapun, setelah mereka pergi, kelihatan beberapa orang masih datang ke dewan sekolah berkenaan.

Teo kemudiannya menemui mereka dan diberitahu, mereka datang setelah diminta oleh seorang yang dipanggil 'Ah Teck' untuk mengundi di situ, walaupun sekolah berkenaan bukanlah pusat mengundi.

Tertinggal di situ ialah cek RM3,000 yang telah dikoyak, dengan tandatangan ketua kampung yang juga pengerusi MCA Kampung Sawah Padi, Kok Yun Keong.

Cek bertarikh 27 Januari itu, ditulis "MCA cawangan Tenang" di atasnya, namun tiada nama penerima.


MK


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

HADIAH KEMENANGAN BN

Posted: 31 Jan 2011 07:00 AM PST

SEPERTI BIASA...
HADIAH UNTUK KEMENANGAN BN KEPADA SELURUH RAKYAT 1MALAYSIA
KAH!KAH!KAH!
UNDILAH LAGI BARANG NAIK...
LAGI DAN LAGI...
KAH!KAH!KAH!
ANDA TENTU TAK RUGI...

RON97 naik 10 sen lagi


Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri. Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).
Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.


Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.
Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.
Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.
Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.
Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.
Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

MK


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Rupa - Rupanya Ali Rustam Tak Tahu Politik Tu Apa - Angkasanuri

Posted: 31 Jan 2011 04:00 AM PST

Ketua Pemuda Pas Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek sebelum ini mempersoalkan tindakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Muhd. Ali Rustam yang mengadakan perjumpaan dengan jentera pilihanraya Umno/BN di Dewan Politeknik Merlimau.


Politeknik Merlimau merupakan premis kerajaan yang dibina hasil daripada duit rakyat tanpa mengira fahaman politik.Jika Umno/BN boleh guna maka PAS,PKR dan DAP sepatutnya boleh guna sama. Namun, semua tu mustahil selagi Umno/BN berkuasa yang menganggap semua premis dan prasarana serta aset milik kementerian, jabatan dan agensi kerajaan adalah milik Umno/BN.


Saya tak nak sentuh isu Umno/BN guna premis kerajaan kerana kita tahu kalau Umno/BN tak boleh guna premis kerajaan seperti di negeri ditadbir Pakatan Rakyat mereka akan melalut dan meragam tak tentu pasal.



Apa yang saya hendak bangkitkan, Umno/BN menafikan bahawa perjumpaan di Dewan PoliteknikMerlimau bukan program politik tetapi dialog pemimpin bersama rakyat.




Perkara itu turut dinafikan Setiausaha Khas IPTA/S Majlis Belia Malaysia, Shahrul Azuwar Abdul Aziz.




Cuma saya nak tanya yang ramai-ramai bertudung dan berbibir pink dan merah serta berbaju biru dengan cop keris tak bersarung dan dacing senget sebelah tu apa? Kalau bukan perjumpaan dengan jentera Umno/BN, perjumpaan apa pula? Perjumpaan dengan hantu raya?

atsixty-zakriali


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

PELAJAR MESIR: JAWAPAN MUHYIDDIN DIKESALI

Posted: 31 Jan 2011 02:00 AM PST



Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah hari ini mengesahkan bahawa semua pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir selamat setakat 4.30 petang ini (waktu di Malaysia). Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika di Labis hari ini memberitahu bahawa tiada keperluan untuk membawa balik pelajar-pelajar Malaysia buat masa ini. Jika pelajar-pelajar berkenaan ingin pulang, mereka boleh melakukannya dengan membiayai sendiri perjalanan pergi dan balik dari negara itu, menurut Muhyiddin lagi.

Wisma Putra dalam satu kenyataan pula turut menasihati ibu bapa dan anggota keluarga agar tidak terlalu bimbang kerana kedutaan serta Jabatan Penuntut Malaysia sentiasa memantau perkembangan terkini, selain berhubung dengan pelajar dan rakyat Malaysia berkenaan.

Dua bilik operasi juga telah ditubuhkan iaitu di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya dan di Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah.

Ia boleh dihubungi di talian 03-88892746 / 03-88874570 (Putrajaya), dan 00-202-37610013 sambungan 116, atau 00-202-37610164 (Kaherah) dan bercakap dengan Penasihat Menteri Saharudin Hassan, Setiausaha Kedua Samsul Kahar Kamarudin serta Setiausaha Ketiga Iskandar Harman.


Bagi Majlis Amanah Rakyat (MARA) pula, pihak MARA masih meneliti perkembangan pelajar Malaysia di sana dari masa ke semasa dan menganggap keadaan adalah terkawal. Ketua Pengarahnya, Ibrahim Ahmad akan bekerjasama dengan Wisma Putra bagi mendapatkan nasihat dan arahan untuk tindakan selanjutnya.

Namun begitu tindakan oleh kerajaan Malaysia, ibu bapa kepada para pelajar Malaysia di sana dimaklumkan oleh kebanyakan anak-anak mereka ialah keadaan mereka di sana dalam keadaan yang perang yang menyebabkan mereka terpaksa tinggal di dalam kediaman mereka sahaja.

Bukan itu sahaja, masalah keselamatan amat teruk di sana kerana penduduk yang berdemonstrasi mengambil peluang untuk mencuri, merompak dan melakukan jenayah di dalam situasi anarki buat masa ini.

Malah, pelajar-pelajar Malaysia semakin kekurangan bekalan makanan kerana keadaan anarki di Mesir menyebabkan banyak kedai dan pasaraya ditutup. Tindakan kerajaan Malaysia yang enggan menghantar kapal terbang tentera udara bagi mengambil pelajar Malaysia adalah dikesali, menurut kebanyakan ibu bapa di sini.

Mereka hairan tindakan kerajaan Malaysia yang ada hingga menyifatkan kerajaan BN berbuat demikian kerana 'menghukum' pelajar-pelajar Malaysia di Mesir yang didakwa mereka ramai yang tidak menyokong parti pemerintah BN. Malah, ada yang beranggapan kerajaan BN bimbang pelajar-pelajar ini akan membawa sentimen yang berlaku di Mesir dan Tunisia yang boleh menggugat kerajaan BN.

Insiden yang semakin memburuk di Mesir itu telah menyebabkan beratus-ratus penduduk negara itu telah terbunuh. Malah, wujudnya kumpulan militan bermaharajalela mengambil kesempatan yang berlaku itu untuk menggempur penjara-penjara seluruh negara itu bagi membebaskan rakan-rakan mereka.

Keadaan yang semakin getir ini boleh dilihat apabila kerajaan Amerika Syarikat, India dan United Kingdom telah menghantar pesawat bagi mengambil pulang rakyat mereka yang berada di Mesir yang mahu pulang.

Ramai ibu bapa di Malaysia berasa kesal dengan keputusan Muhyiddin yang disifatkan sebagai mempunyai agenda tertentu. Namun begitu, mereka berharap kerajaan Malaysia berfikiran professional dan bertanggungjawab di atas nyawa anak-anak muda pembina Malaysia di masa hadapan dengan menghantar pesawat mengambil mereka pulang buat sementara waktu.

-KLToday.com


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Asingkan taik cicak tu...

Posted: 30 Jan 2011 11:00 PM PST

Salam semua...



Sejuk la pulak petang nih... nak keluar ambik angin petang pun jadi segan. Kena la jugak dok ngadap muka Mak Long hang, sapa lagi yang Pak Long ada kann... haha... tapi sib baik la muka Mak Long hang pun lawa jugak. Tu la gunanya cari bini lawa dan cantik. Tak la kita kalut sangat nak tutup lampu time tidoq, gelap tak pa lagi asai jangan tengok muka bini... hihi...



Tapi bukan yang tu yang Pak Long nak cerita. Pasai, kalau kita tak dapat bini yang anggun dan cantik macam Rosmah pun tak pa, asaikan sedap sedap mata memandang macam Maya Karin pun jadik laa... Lagi satu hangpa kena ingat, lawa ngan cantik ni berbagai... tak serupa dari sorang ke sorang punya pandangan. Lain orang lain pulak cara pandangnya. Ada orang kata Rosmah tu hodoh, tapi hangpa tak boleh kata apa bila dah Najib pi tangkap lentok ngan dia. Hangpa menilai cantik ikut mata hangpa, tapi tentu ada mana mana part yang Najib terkelu lidah... tercantik ikut mata Najib... haha...



Tapi bukan yang tu yang Pak Long nak cerita. Pasainya... kecantikan kalau kat luaran manusia ni, Tuhan janji sementara saja, mai beralih umoq cam Mak Long hang tu dah koi koi nak hilang dah. Berapa lama sangat pompuan nak boleh jalan ginjat, tergedik gedik bertumit tinggi depan laki... haha... Tapi, ingat hanya satu... cantik dalaman tu yang kita mahu... sampai ke tua dok tak jemu... haha...



Tapi bukan yang tu yang Pak Long nak cerita. Sebenaqnya Pak Long nak bawak hangpa tengok Islam tu pakat pakat bagi lawa. Jangan dok ingat nak me'lawa' anak bini saja... haha...



Sebagai penganut Islam, tiap dari kita ni dah jadi macam duta pada agama Islam tu sendiri. Tiap sorang dari kita kena main peranan memasing. Nak cantikkan Islam pun kita... nak perlingkupkan Islam pun kita jugak. Ambik Islam ni pun sebenaqnya tak boleh dok ambik sekerat sekerat, kalau dah ambik... kena ambik semua. Baru kita tau manih dan cantiknya Islam tu. Sebab tu Pak Long sampai ke hari ni, insyaallah... masih setia mempertahankan berpolitik cara Islam. Letakkan Islam sebagai cara hidup. Sebagai umat Islam, kita hendaklah jujur dan istiqamah dengan kehendak agama sekiranya kita ingin sangat membuktikan cantiknya Islam tu sebagai satu agama dari Allah s.w.t. Berpolitik hanya kerana hendakkan kuasa pemenrintahan dalam negara supaya dapat kita menegakkan syiar Islam. Supaya dapat kita buktikan kesempurnaan Islam itu sendiri sebagai suatu cara hidup.



Pak Long tengok kalau Islam dan politik disatukan bagi membentuk kesempurnaan, maka wajarlah setiap ahli politik terutamanya beragama Islam dipastikan benar benar Islam, memahami Islam, malah meletakkan Islam mengatasi segalanya dalam jiwa, keluarga, maysarakat malah negara keseluruhannya.


Ca hangpa tengok, masyarakat kita ni sebenaqnya dah lama buat silap masa nak tentukan kelayakan sesorang tu jadi ahli dalam politik. Orang dedulu dah kelabu dalam menilai mana intan dan mana kaca, dah dialpakan dengan materialistik lalu lupa menilai dari jiwa Islam. Mereka telah lalai memastikan Islam sebagai syarat utama untuk berpolitik pada setiap ahli politik. Maka itu lah timbuinya ahli ahli politik yang hipokrit dan rendah akhlaknya, yang kini makin menjadi jadi malah bermaharajalela. Inilah bahayanya apabila kita sebagai rakyat membiarkan ahli politik yang buruk akhlaknya timbui dicelah celah masyarakat yang kononnya kuat berpegang pada ajaran Islam.



Akibatnya, generasi sekarang telah ditimpa bencana dan malapetaka. Pak Long menyeru pada anak anak dan orang ramai supaya sedaq untuk melakukan sesuatu membersihkan pekong yang membaham bangsa dan menghodohkan agama nih. Kita kena pastikan, beraih ngan taik cicak jangan dicampoq adukkan...

paklongonline


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Pakai Honda 70 Pun Kena Speed Trap

Posted: 30 Jan 2011 08:00 PM PST


Gambaq hiasan-kakimotodotcom

DEY MACHA!!! NI LAGI SATU KES NAYA DALAM NEGARA 1MALAYSIA.RAKYAT DIDAHULUKAN,KERETA MENTERI-MENTERI,ORANG-ORANG BESAQ YANG LAJU-LAJU BOLEH LEPAS.MOTOR KAPCAI 70CC YANG TAK BOLEH CECAH 110KM/J PULAK KENA SAMAN.KAH!KAH!KAH!

AGAK-AGAK LA BAI..NAK CEKAU DUIT RAKYATPUN...

Terkejut terima saman menunggang laju
30/01/2011

KANGAR – Seorang warga emas, Bakar Ismail, 85, tidak pernah memiliki motosikal berkuasa 500cc tetapi beliau menerima saman kerana menunggang motosikal berkuasa besar itu melebihi had laju di lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban pada 30 Julai lepas.

Petani yang hanya memiliki motosikal jenama Honda berkuasa 70cc itu dan telah lama tidak ke Kuala Lumpur bimbang namanya akan disenarai hitam oleh pihak berkuasa jika tidak membayar saman itu.

Bakar yang menetap di Kampung Sungai Padang, Simpang Empat, dekat sini, berkata, beliau dikehendaki membayar saman itu secepat mungkin atau sebelum 28 Februari ini sebelum dikenakan tindakan senarai hitam.

Beliau berkata, selepas menerima saman itu, anaknya, Mohd Noor, 47 telah mengemukakan masalah itu kepada cawangan Trafik Perlis yang kemudian memintanya merayu kepada Ibu Pejabat Trafik Bukit Aman dengan bukti kukuh bagi membatalkan saman itu. – Bernama


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Sekular Itulah Jahiliyyah

Posted: 30 Jan 2011 05:00 PM PST


Tuan Guru berdoa selepas menyampaikan ucapan di hadapan pelawat berbangsa India / Hindu.

Kelmarin setibanya saya di rumah selepas berada di Tenang, Johor selama tiga hari, saya dikejutkan dengan satu rombongan bas kaum India dari Hulu Selangor yang siap menunggu ketibaan saya. Mereka meminta saya untuk berucap sepatah dua kata dan saya menjemput mereka naik ke masjid jika ingin mendengar ucapan saya. Alhamdulillah, tanpa fobia dan takut, mereka naik ke masjid. Tidak tahulah pula saya jika langkah saya itu boleh menjadi isu kepada pihak-pihak tertentu. Namun bagi saya, Islam perlu diperlihatkan dengan wajahnya yang sebenar bukan hanya melalui lidah orang-orang Islam sendiri yang jahil tentang Islam. Hasilnya, biarpun 50 tahun negara merdeka, orang bukan Islam masih belum memahami Islam sehinggalah perkara yang paling asas seperti soal larangan bersalaman antara bukan mahram pun masih dipertikaikan!

Islam adalah rahmat. Sekular pula warisan jahiliyyah. Ada yang nampaknya memarahi saya apabila saya membangkitkan soal jahiliyyah. Bahkan ada yang menafsirkan jahiliyyah hanyalah orang-orang Arab yang kafir di zaman Nabi Muhammad SAW. Sukalah saya ingatkan terhadap satu buku yang dikarang oleh Dr Muhammad Qutb yang bertajuk Jahiliyyah fil Qarnil Isyrin (Jahiliyyah di Kurun ke-20). Ini bukti saya bukannya orang pertama yang menyatakan jahiliyyah wujud di zaman ini.

Sukalah saya ulangi, setiap perkara yang bertentangan dengan Islam ialah jahiliyyah. Datangkanlah apa jua jenis nama ideologi sekalipun, jika tidak selari dengan Islam, pastinya ia jahiliyyah walaupun tidak memakai nama jahiliyyah. Ia seperti menggelarkan zina dengan seks bebas, sekalipun nama berbeza dan dilembutkan nadanya, ia tetap zina. Dadah disebut morfin, heroin dan sebagainya, ia tetap dadah. Arak pula digelar minuman keras dengan pelbagai jenama, hakikatnya ia tetap arak yang diharamkan. Demikianlah sekularisme, nasionalisme, komunisme, sosialisme dan ism-ism yang diasaskan oleh manusia moden tetap merupakan benih jahiliyyah. Setiap masa dan saat, kita diberikan dua pilihan, Islam atau jahiliyyah. Pilih Islam ertinya selamat, menentang Islam bererti memilih jahiliyyah.

Ada yang berkata jahiliyyah hanyalah bermakna bodoh. Ini satu tanggapan yang salah. Tidakkah orang-orang Arab di zaman nabi merupakan orang-orang yang cerdik. Mereka pakar di dalam perniagaan, pakar peperangan dan pakar bahasa. Gelaran jahiliyyah bukanlah kerana mereka bodoh tetapi kerana mereka menolak Islam. Justeru Allah SWT berfirman :
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Yang bermaksud : "Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin." Surah Al-Maidah ayat 50.

Saya ingin bertanya kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang begitu kuat menghentam saya, benarkah perjuangan UMNO berlandaskan Islam? Jika benar, rujuklah kembali kepada al-Quran dan al-Hadis sebagai dasar. Hairan saya, Timbalan Perdana Menteri sendiri boleh menakut-nakutkan kaum Cina di Tenang, Johor dengan negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Dalam masa yang sama, PAS dituduh sebagai kuda tunggangan DAP. Jika TPM sendiri menyebut PAS tidak pernah menggugurkan agenda negara Islam, UMNO pula bagaimana? Difahami daripada kenyataan tersebut, UMNO tidak akan membawa Islam sebagai agenda perjuangannya. Hairan, jika disebut jahiliyyah mereka melenting, tetapi mereka sendiri menolak Islam. Situasi ini mengingatkan saya kepada bait-bait syair Iqbal, seorang penyair Paskitan ketika mengumpamakan senario umat Islam pada hari ini : Ke bumi tidak jatuh, ke langit tidak naik, sembah berhala pun tidak, sembah tuhan pun enggan.

Islam mengajar selepas mati ini akan nada hidup di akhirat. Sayang sekali, hidup akhirat ini tidak pernah meniti di bibir pimpinan UMNO. Sedangkan kepercayaan kepada hari akhirat merupakan tonggak kepada rukun iman dan Nabi Muhammad SAW seringkali mengingatkan dalam banyak hadisnya : "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat……" Islam mengajar dunia ini milik Allah SWT, dipinjamkan kepada manusia sebagai khalifah. Sekular mengajar bahawa manusia berhak melakukan apa saja yang dikehendakinya apabila berkuasa. Islam mengajar bahawa setiap perbuatan manusia akan diadili di akhirat, jika baik natijahnya syurga dan jika tidak, natijahnya ialah neraka. Pernahkah syurga dan neraka disebut di daam ajaran sekular yang didokong oleh UMNO?

Ajaran sekular hanya memikirkan soal bagaimana untuk berkuasa. Etika dan undang-undang boleh diketepikan apabila tidak berpihak untuk mereka. Lihatlah di Tenang, dijanjikan peruntukan RM30 juta tanpa sedikitpun dijeling oleh SPRM. Barangkali bagi mereka, pengundi di Tenang boleh dibeli seperti membeli binatang ternakan. Rasulullah SAW hadir dengan membawa makanan roh bukannya makanan fizikal semata-mata seperti yang diamalkan oleh UMNO. Rasulullah SAW hadir bukan dengan menjanjikan projek seperti yang diibawa oleh UMNO kerana manusia memerlukan bukan hanya makanan fizikal tetapi juga makanan roh. UMNO masih beum cukup serik mempermainkan rakyat kerana hanya itu yang termampu dilakukan oleh mereka.

Seruan saya, baliklah kepada Islam. Islam yang adil, Islam yang membawa rahmat dan Islam yang menjanjikan kemenangan. Saya ulangi kembali pesanan saya kepada jentera pilihanraya PAS di Dun Tenang, kita bukannya memburu kemenangan di dalam pilihanraya di dunia semata-mata, tetapi kita memburu kemenangan di akhirat. Hari ini, PAS tewas di Tenang, namun PAS berpuas hati kerana telah melaksanakan tugas amar makruf nahi munkar. Adapun UMNO, bolehkah perjuangan mereka dibawa ke akhirat? Fikirkanlah.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Kg Pulau Melaka.
Bertarikh : 25 Safar 1432H / 30 Januari 2011M

sumber


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: