Biaqpila |
- Nasrudin tawar Khairy masuk PAS
- Web lucah: Malaysia di Tuntut mengikuti China
- Telan telur cacing untuk kurus
- Tahun 2011 Akan 'Dimeriahkan' Dengan kenaikan Harga Barang
- Coli laser Julia Perez di rampas
- Utusan macam nasi goreng basi
| Nasrudin tawar Khairy masuk PAS Posted: 03 Jan 2011 02:00 PM PST KUALA LUMPUR, 3 Jan: "Marilah bersama saya dan rakan - rakan Dewan Pemuda PAS untuk menyertai perjuangan Islam," kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin. Kenyataan Nasrudin ini dibuat ekoran kenyataan Khairy yang menyatakan hasrat untuk berundur dari pentas politik dan tidak lagi bersedia untuk mempertahankan kerusi Parlimen Rembau yang beliau wakili sekarang. "Saya mengajak Khairy mempelopori gerakan anak muda yang bangkit seimbang antara tuntutan Amal Islami dengan keperluan Transformasi Politik dalam negara kita," kata Nasrudin. Bagi Nasrudin, Umno di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib jelas tidak mahu menghargai malah tidak menghormati Khairy Jamaludin yang dipilih sebagai pemimpin Pergerakan Pemuda Umno sebaliknya mengambil Datuk Razali orang no 2 dalam Pergerakan Pemuda Umno ke jawatan Timbalan Menteri. "Ini juga dilihat satu tamparan hebat buat Khairy Jamaludin," katanya. Bagaimanapun, kata Nasrudin, beliau menghormati hasrat peribadi Khairy dan menyifatkannya sebagai "satu manifestasi penyisihan beliau dari menganggotai kabinet Datuk Seri Najib Abd Razak sebelum ini sedang beliau adalah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kebangsaan dan Ahli Parlimen Rembau." Menurut Nasrudin, Khairy mempunyai potensi dan bakat kepimpinan yang baik terutama untuk mendekati anak - anak muda negara pada hari ini "dan saya kira ia lebih sempurna serta menjadi nilai tambah yang lebih baik jika Khairy melengkapkan diri dengan ilmu dan fikrah Islam yang mantap lalu menyertai Gerakan Islam ini untuk memperjuangkan Islam dan memimpin anak - anak muda menerajui kebangkitan dan perubahan era ini ke arah membina peradaban yang sejahtera dan negara yang aman membangun." "Tidak baik mempersiakan bakat kepimpinan yang sedia ada sedang ia masih boleh digilap dan disempurnakan untuk menjadi seorang pemimpin anak muda yang berilmu dan beramal soleh," tambahnya. "Jika Khairy sudah berasa letih dan bosan dengan politik lalu memilih untuk berehat , saya jangka ia adalah respon kepada situasi politik dalaman Umno yang beliau hadapi," katanya lagi . Katanya, jiwa seorang pejuang mana mungkin boleh berehat dari perjuangannya. "Justeru itu saya menghulur tangan mengundang Khairy Jamaludin untuk menyertai perjuangan Islam ini kerana indahnya perjuangan ini , ia tidak semata - mata berorientasikan gerakan politik sebaliknya diseimbangkan dengan gerakan tarbiyyah untuk membina aqidah yang benar, pemikiran Islam yang jelas dan syakhsiyah yang soleh serta gerakan dakwah untuk menyedarkan ummah agar kembali mengabdikan diri kepada Allah swt. "Akhirnya saya mendoakan agar rakan sejawatan saya Sdr Khairy Jamaludin dikurniakan Allah swt akan kesejahteraan serta kekuatan untuk mendepani cabaran dan pentunjuk demi membuat pilihan yang tepat dan benar," kata Nasrudin lagi dalam kenyataannya itu. HD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Web lucah: Malaysia di Tuntut mengikuti China Posted: 03 Jan 2011 07:44 AM PST Oleh Ustaz Saiful Bahri Bagaimana China menguruskan hampir 2 billion rakyat negaranya. Dengan bilangan rakyat seramai itu sudah tentu ramai yang kreatif dan ram Sudah tentu juga dikalangan rakyatnya ada yang pakar dalam bidang ini. Samada membawa kebaikan sebagai sumbangan kepada negara dan sudah pasti ramai juga yang membawa kepada permasalahan moral dan akhlak termasuklah penghasilan dan pengedaran bahan lucah. Penyalah-gunaan jaringan internet untuk bahan lucah ini menular kesetiap tempat tanpa sempadan. Penyebaran tanpa kawalan ini menjejaskan moral dan akhlak khususnya dikalangan kanak-kanak dan remaja. Ia membawa kepada penyebaran zina dan jenayah lain termasuk buang bayi dan sebagainya. DD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Telan telur cacing untuk kurus Posted: 03 Jan 2011 02:00 AM PST ![]() CACING gelang hidup di dalam perut manusia dan boleh memudaratkan kesihatan. XIAMEN - Ramai mahasiswi di China sanggup menelan telur cacing gelang supaya mereka kelihatan langsing ketika sesi temuduga, lapor sebuah akhbar semalam. Tindakan ekstrem itu dilakukan berikutan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan bagi golongan wanita di bandar raya ini, wilayah Fujian, tenggara China. Telur-telur itu menetas di dalam perut dengan cacing-cacing gelang memakan zat makanan di dalam perut sekali gus menjadikan mereka kurus tanpa senaman atau diet. Namun, pakar-pakar kesihatan memberi amaran cara tersebut boleh memudaratkan kesihatan. Di China, wanita yang langsing memiliki lebih peluang untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya di bandar-bandar besar di negara itu. - Agensi kosmo KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Tahun 2011 Akan 'Dimeriahkan' Dengan kenaikan Harga Barang Posted: 02 Jan 2011 11:00 PM PST Oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin Jika rakyat 1. Pihak kerajaan; jika mereka tidak mengambil langkah yang berkesan dalam mengawal kenaikan harga barang bererti slogan 1Malaysia: ‘rakyat didahulu’ bermaksud rakyat yang didahulukan dalam menanggung beban hidup, sedangkan golongan pembesar negara dan istana terus kemewahan dan pelbagai peruntukan, mereka dikemudiankan. 2. Golongan agama; jangan menyempitkan Islam dalam batasan yang terhad. Jangan hanya ceramah agama di media elektronik dan cetak sekadar menekan orang bawahan semata, tetapi melupai ‘kerakusan’ sesetengah golongan atasan. Ceramah dalam isu yang remeh temeh tetapi membiarkan rakyat hidup dalam ‘social justice’ yang tidak seimbang. Para penceramah jangan sekadar ‘guna agama untuk cari makan’, tetapi hendaklah agama berfungsi dalam menegakkan hak dan keadilan. 3. Golongan peniaga; mereka wajib beretika dalam perniagaan mereka. Kerakusan peniagaan akan merosakkan negara dalam jangka masa panjang dan akhirnya tiada pihak yang dapat hidup senang. Bagi yang muslim, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dalam urusan perniagaan mereka. 4. Media massa; hendak pro-aktif menentang usaha kenaikan harga barang ini. Golongan yang menindas rakyat bawahan ini hendaklah dikecam dan didedahkan bahaya mereka kepada masyarakat. 5. Rakyat; Pastikan anda menjadi pembeli yang bijak dalam memilih kedai atau pasaraya. Di samping itu, anda juga mesti menjadi pengundi yang bijak yang bersedia menghukum pihak yang membiarkan kenaikan harga barang dan ‘mengumpulkan’ kekayaan negeri atau negara dalam kalangan mereka sahaja. Selamat Tahun Baru DD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Coli laser Julia Perez di rampas Posted: 02 Jan 2011 08:00 PM PST
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Posted: 02 Jan 2011 05:00 PM PST ![]() TASEK GELUGOR, 2 Jan: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan Utusan Malaysia umpama 'nasi goreng basi' kerana terus memainkan isu walaupun tahu isu yang dipaparkan tidak lagi relevan pada masyarakat. Katanya, akhbar tersebut terus menabur fitnah yang boleh dikatakan semua isu sudah dijawab dan ada antaranya telah memakan diri Umno sendiri. Tambahnya, isu wang judi sampai kini menjadi mainan bibir pemimpin Umno dan Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi parti itu sengaja memaparkan isu berkenaan walaupun tahu ia telah selesai. "Utusan Malaysia macam nasi goreng basi senantiasa ulang cerita yang sudah selesai. Mereka terus sebut isu yang berulang walaupun tahu telah menikam Umno sendiri dengan harapan menyerang Kerajaan Pakatan Rakyat secara bertalu-talu," ujarnya ketika berucap di majlis Jubli Perak PAS Kawasan Tasek Gelugor di Dewan Besar Sungai Dua malam tadi. Beliau sebagai peneraju Negeri Pulau Pinang berharap rakyat tidak termakan dakyah jahat Umno dan Barisan Nasional (BN) sebaliknya memberi kepercayaan pada Pakatan Rakyat yang sedang memerintah agar terus melaksanakan berbagai program menjana perubahan pemikiran rakyat. Kerajaan berhati rakyat tambahnya, melakukan berbagai perencanaan untuk meningkatkan sosio ekonomi, kebajikan dan seterusnya memberikan kemudahan terkini seperti Wifi pada rakyat mulai tahun ini. Selain itu, ujarnya kerajaan berkonsepkan Cekap, Akautabiliti dan Telus (CAT) mahukan pembelaan rakyat dijadikan amalan apabila memberikan RM100 kepada ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai rangkaian bantuan kepada warga emas dan miskin tegar. "Negeri berkebajikan menjadi amalan kerajaan bukan macam Umno dan BN asyik memenuhkan poket sendiri dan sanggup melihat rakyat menderita dan sengsara," tegasnya yang juga Setiausaha Agung DAP. HD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
ai juga yang membawa masalah kepada negara. Hari ini kemampuan China dalam industry dan teknologi tidak boleh dipertikaikan. China kini merupakan pengeluar utama dalam peralatan komputer dan IT.
tidak memprotes dari awal, kita akan melihat tahun baru ini menyaksikan kenaikan harga barang yang membimbangkan. Kesannya akan dirasai oleh rakyat bawahan terutama mereka yang berpendapatan rendah. Para peniaga di pelbagai peringkat akan mengambil kesempatan dalam hal ini. Maka beberapa perkara berikut perlu saya katakan;

Tiada ulasan:
Catat Ulasan