Sabtu, 1 Januari 2011

Biaqpila

Biaqpila


PRK Tenang; SPR Diminta Bertindak Adil

Posted: 01 Jan 2011 02:00 PM PST


LABIS - Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) diminta bersikap adil dan mengambil tindakan kepada parti Umno dan Barisan Nasional (BN) yang telah pun melanggar arahannya supaya tidak berkempen di luar waktu.

Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman mendedahkan beliau telah menerima aduan daripada penduduk Felda setempat bahawa Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan telah pun masuk ke kawasan Felda untuk berkempen.

"Saya telah menerima aduan, (Datuk) Ahmad Maslan (Ketua Penerangan Umno) telah masuk berkempen dalam kawasan Felda, saya baru menerima SMS, esok beliau akan berkempen di Felda Tenang,"kata Mazlan dalam Majlis Pelancaran Gerakkerja PAS dekat sini semalam.

Program yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Johor semalam adalah secara rasminya meruapakan acara sulung 'pemanas badan' bagi jentera PAS bagi menghadapi pilihanraya kecil N.05 Tenang.

Lebih 3,000 orang hadir dalam Majlis tersebut, yang disempurnakan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Turut berucap dalam Majlis itu adalah Timbalan Presiden Ustaz Nasharudin Mat Isa, Pengarah Jentera PAS bagi PRK Tenang yang juga Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob, Bendahari Dr Mohd Hatta Ramli serta wakil-wakil parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

BO

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Keputusan BPL 1/1/11

Posted: 01 Jan 2011 11:30 AM PST

Rumah diganggu makhluk halus jadi tumpuan

Posted: 01 Jan 2011 05:55 AM PST

Rumah misteri yang dikatakan diganggu makhluk halus di Kampung Bunga Emas, Panambang, dekat Kota Bharu sejak seminggu lepas, terus mendapat perhatian dan dikunjungi orang ramai.

Kemuncak kepada perhatian orang ramai apabila pemilik rumah berkenaan, Zainab Sulaiman, 75, memanggil bomoh untuk menghalau makhluk halus itu petang semalam.

Malah ketika bomoh berkenaan, Abdul Razak Mohamad, 50, melakukan kerja-kerja menjampi di ruang tamu rumah itu tiba-tiba keluarga itu dikejutkan dengan kejadian kebakaran pada kain dan tilam di bahagian dapur dan bilik tidur Zainab.

Zainab berkata gangguan itu agak reda sedikit selepas penduduk kampung mengadakan solat hajat secara beramai-ramai selepas solat Jumaat semalam.

"Kira-kira pukul 3 petang semalam, saya terjumpa sekeping wang kertas bernilai RM10 yang tercatat dakwat merah ditulis perkataan "Selamat Tinggal Semua" dipercayai dilakukan oleh makhluk halus itu," katanya kepada pemberita.

Sejak seminggu lalu, gangguan makhluk halus itu semakin kerap apabila beratus-ratus helai pakaian Zainab dan cucunya dibakar dan dikoyakkan selain membakar tilam, selain merosakkan beras dengan mencampurkan dengan pewarna serta budu.

"Memang cara makhluk halus ini mengganggu kami seolah-olah sengaja mengkhianati dan mendendam keluarga kami," kata Zainab, seorang ibu tunggal yang kematian suami sejak 30 tahun lepas.

Zainab berkata, beliau sudah puas berikhtiar sehinggalah Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kijang, Wan Ubaidah Wan Omar membantu mendapatkan bomoh.

Gangguan makhluk halus itu kebiasaannya berlaku antara pukul 7 pagi hingga malam pada setiap hari.

"Kadang-kadang kelihatan api menyala di bahagian tamu rumah, apabila kami berkejar memadamkan kebakaran itu, kelihatan pula api menyala di bahagian dapur dan dalam bilik pula.

"Kami sudah membaca ayat Quran dan berdoa supaya dilindungi daripada gangguan makhluk halus itu, tetapi tidak juga dapat dihapuskan, sehinggalah kami panggil bomoh dan solat hajat beramai-ramai," katanya.

- Bernama

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Bekas Presiden Israel bersalah merogol

Posted: 01 Jan 2011 02:00 AM PST

Mahkamah dapati Moshe Katsav terbabit jenayah perkosa, gangguan seksual


BAITULMAQDIS: Bekas Presiden Israel, Moshe Katsav, didapati bersalah semalam atas tuduhan merogol seorang kakitangan kerajaan ketika beliau memegang jawatan Kabinet dan boleh dihukum penjara sehingga 16 tahun.
Dalam kes yang menggemparkan negara itu, Katsav, 65, dituduh memperkosa seorang kakitangan kerajaan ketika beliau memegang jawatan Menteri Pelancongan pada 1998.
Mahkamah Daerah Tel Aviv juga mendapatinya bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan dan melakukan gangguan seksual membabitkan dua lagi wanita yang pernah berkhidmat di pejabatnya ketika beliau Presiden Israel.

Panel tiga hakim yang memutuskan kes juga menyifatkan keterangan Katsav penuh dengan pembohongan, lapor akhbar Haaretz.

Kes Katsav terbongkar pada 2006 apabila beliau yang masih Presiden mengadu bahawa seorang kakitangan kerajaan memeras ugutnya.

Wanita itu kemudian membuat aduan kepada polis, menceritakan serangan seksual ke atasnya dan menyebabkan beberapa lagi wanita turut mengadu kepada pihak berkuasa atas sebab yang sama.
Menurut pendakwaan, Katsav merogol mangsa A selepas memaksa mangsa pergi ke pejabatnya di Kementerian Pelancongan pada 1998.

Beliau juga memaksa mangsa ke sebuah hotel di Baitulmaqdis dan memperkosanya buat kali kedua di bilik tempat penginapan itu.

Kertas pendakwaan juga menuduh Katsav cuba menenangkan mangsa dengan berkata: "Bertenang, kamu akan sukakannya."

Pendakwa juga menuduhnya mengganggu dua wanita lain ketika masih Presiden termasuk memeluk mereka tanpa izin dan membuat ulasan berbaur seks.

Pada ulang tahun ke-60 Katsav pada 2005, seorang pembantunya yang menawarkan ucapan selamat hari jadi kepadanya.

Katsav dituduh memeluknya, mencium leher mangsa yang mengadu kepada polis.
Tertuduh juga cuba memujuk mangsa mengubah keterangannya menyebabkan defendan didakwa cuba menyekat keadilan.

Katsav berkhidmat sebagai menteri dalam beberapa pentadbiran Likud sebelum dipilih sebagai Presiden pada 2000.

Beliau mendakwa menjadi mangsa perangkap politik atas alasan berasal daripada kaum Yahudi Sephardic yang dianggap berstatus rendah di negara Yahudi itu.
Katsav dilahirkan di Iran dan berhijrah ke Israel ketika masih kanak-kanak. – Agensi

BH

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Al-gojo Muncul DiSeptember?

Posted: 31 Dec 2010 11:00 PM PST

Oleh wakjeng

"
Diambang masuk 2011, kita akan disambut dengan percikan bunga api, hiburan dan adengan terkinja-kinja. Sudah lama ia dijadikan tradisi oleh anak-anak muda zaman sekarang hasil tunjuk ajar orang sebelumnya. Malahan orang yang berkuasa penuh atas undang-undang, menggalakkan parti-parti New Year di pelusuk 1Malaysia.

Teringat penulis pada zaman muda dahulu, yang ingin membuat tesis masalah sosial pada tahun 1998 dan turun padang ke tempat gelap. Penulis sendiri menyaksikan pelbagai tawaran premise kelab malam menawarkan 1 jug carlsberg dijual hanya RM10 sahaja. Dan wanita/lelaki pelbagai bangsa turut menyertai tanpa malu dan segan menonggak minuman keras tersebut. Semasa itu, ramai anak-anak penjual tanah di kawasan sekitar KLIA turut menyertai parti tersebut hasil mak dan bapa mereka yang baru menjadi OKB.


Pada waktu ini, kebanyakkan mereka sudah berumur dan kewangan mereka sudah merundum. Maka waris/anak-anak mereka hanya mampu menjadi mat rempit yang hanya tahu prengg sana dan prenggg sini disekitar Lembah Klang, Seremban dan Port Dickson. Penulis sedikit ralat kalau ke Port Dickson untuk melihat keindahan malam tahun baru di PD disebabkan masalah roadblock untuk mat rempit dan aksi-aksi merbahaya mereka disana.

Mat-mat motorkar pun tidak kurang hebatnya disana, sehinggakan untuk berhenti makan pun susah hasil kebanjiran mereka di ambang tahun baru. *Chikaro jangan dicerita, berpeluk manja disebalik lelaki dahagakan ?"!@#$%^.

Apalah ertinya menyambut tahun baru, tetapi tradisi gelap tetap dijunjung saban tahun tidak lekang dimamah usia bumi ini. Apabila musibah atau bala berlaku terhadap mereka baru nak tersedar agaknya betapa murahnya nyawa dan maruah mereka. Jangan lupa, bulan September 2011 akan muncul statistik pembuangan bayi paling besar dan mungkin sekolah mengandung IsketamBola pun tak tertampung atau takde murid kerana mereka masih dengan sifat pembunuh bayi.

5-4-3-2-1 Selamat tahun Baru..


Al-gojo bayi akan muncul di September.

kiriman Algojo September.

chikaro = awek/perempuan
 
dari laman Wakjeng
"


DD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Selebriti Indonesia terpikat dengan bintang bola Malaysia

Posted: 31 Dec 2010 08:00 PM PST


RAHMA AZHARI

JAKARTA - Bintang sinetron dan model Indonesia, Rahma Azhari sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia mengakui terpikat dengan penyerang skuad bola sepak Malaysia yang dikenalinya sebagai Safee, lapor sebuah akhbar semalam.

Rahma, 29, atau nama sebenarnya, Rahma Syahidah Azhari, merupakan adik kepada aktres popular Indonesia, Ayu Azhari, 41.

Dia mencurahkan isi hatinya itu di akaun Twitter miliknya sebelum perlawanan akhir antara Malaysia dengan Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta pada Rabu lalu.

"Sasaran saya seterusnya ialah SAFEE…," katanya.

Penyerang Malaysia yang dimaksudkan oleh bintang sinetron itu dipercayai ialah Mohd. Safee Bin Mohd. Sali.

Rahma dalam komennya di Twitter memberitahu, dia mahu keluar menonton wayang bersama Safee.

Sebelum ini, Rahma telah beberapa kali mencetuskan kontroversi apabila gambarnya dalam keadaan intim dengan beberapa lelaki tersebar di Internet. - Agensi

kosmo

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Wakaf remaja bercumbu di Umbai

Posted: 31 Dec 2010 05:00 PM PST



MELAKA: Tindakan segelintir pasangan remaja memadu kasih di beberapa wakaf di Perkampungan Ikan Bakar Terapung (PIBT) Umbai, dekat sini, menimbulkan rasa kurang senang pengunjung medan selera berkenaan.

Pasangan remaja terbabit yang datang menaiki motosikal sering duduk di wakaf berkenaan sambil bercumbuan, malah ada yang melakukan aksi lebih daripada itu.


Pekerja di PIBT Umbai, Sapiah Khamis, 50, mendakwa perbuatan segelintir remaja terbabit ada kalanya melakukan perbuatan terkutuk sambil berbaring dalam keadaan telanjang di atas bangku wakaf.

Menurutnya, perbuatan sumbang remaja yang berusia 20-an itu sudah lama berlaku dan mereka mudah berbuat begitu kerana tiga wakaf itu terlindung pokok bakau serta tumbuhan lain yang merimbun.


"Pernah satu ketika saya menegur satu pasangan remaja yang duduk bermesra di satu wakaf di situ, tetapi menyakitkan hati apabila mereka dengan sengaja melakukan aksi bercium di depan saya.


"Saya hanya mampu menegur perbuatan mereka itu. Bagaimanapun, saya kecewa dan terkilan apabila remaja terbabit sanggup berbuat demikian tanpa malu," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Sementara itu, Sapiah berkata, pasangan remaja terbabit berkunjung ke wakaf di situ hampir setiap hari dan tidak mengira waktu iaitu dari pagi hingga Maghrib.


Sehubungan itu, dia berharap pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani kegiatan kurang sihat di situ.


"Selain itu, pihak berkenaan perlu mencantas bahagian bawah setiap pokok bakau yang merimbun dan melindungi pemandangan wakaf dari bangunan PIBT dan kawasan lapang lain supaya mereka tidak berani atau mempunyai peluang melakukan perbuatan keji itu," katanya.


Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, masalah berkenaan perlu diatasi segera sebelum ia menjadi kawasan tumpuan pasangan memadu kasih.


Katanya, kemudahan itu disediakan untuk tujuan bersantai dan bukan melakukan perkara tidak sepatutnya.


"Malah, perbuatan tidak sopan dilakukan sesetengah pasangan terbabit dianggap tidak wajar dan bertentangan hukum agama serta nilai budaya bangsa kita.


"Bagaimana jika ada keluarga yang membawa anak masing-masing bersiar-siar di sekitar wakaf berkenaan dan terserempak mereka yang sedang bercumbuan. Sudah tentu ia boleh menimbulkan perasaan malu bagi keluarga berkenaan," katanya.

HM

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: