Anak Sungai Derhaka |
- Rosmah Menderhaka! Di mana PERKASA?
- Debat?? sorry... dalam UMNO hanya ada BODEK!
- Waduhhh.. Wak Tempe lagi..
- ‘Rosmah semakin Angkuh’ Istana akan dimohon campurtangan..
- "Hang jangan cabar aku Anwar.. satlagi demam kot.." kata Najib
- Ummi buat Malu Bangsa!! - kata Azwan
- PRK Tenang : Bekas Cikgu lawan Bekas Cikgu?
- Pelajar hilang dibunuh kejam.
- Rugi RM30 Juta : Jawapan BODOH dari Koh Tsu Koon..
| Rosmah Menderhaka! Di mana PERKASA? Posted: 18 Jan 2011 08:59 AM PST Bagi memperkasakan Islam Sebagai Agama Persekutuan, Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Memperkasakan Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Mempertahankan hak-hak keistimewaan Orang Melayu, Memperkasakan kaum Pribumi, Menyatupadukan kaum Pribumi dan perpaduan rakyat Malaysia dan Mempertahankan kedaulatan Negara.Kesemua diatas adalah asas atau tujuan PERKASA ditubuhkan. Namun begitu motif yang diperjuangkan kononnya untuk membela nasib orang Melayu itu dengan mengadakan demontrasi jalanan dan menyemai sentimen perkauman secara melampau mengundang pelbagai persoalan. Sasaran mereka juga kelihatan terpilih, mereka hanya dilihat vokal atau lantang memperjuangkan nasib Melayu di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat dan mereka juga amat lantang bila isu yang melibatkan kedaulatan Raja-Raja Melayu disentuh oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Hinggakan ada pihak yang telah mentafsirkan tindakan mereka mengadakan demontrasi dan mengemukakan memorandum bantahan sekadar gimik politik murahan yang dipimpin oleh ahli politik yang semakin dipinggirkan. Kita telah membaca suatu masa dulu Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah pernah menyifatkan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai 'pelacur politik' kerana sanggup melakukan segala-galanya demi meraih sokongan daripada masyarakat Cina dan India, hanya kerana Dr Wan Azizah mencadangkan agar konsep 'ketuanan Melayu' ditinggalkan. Arman Azha Abu Hanifah juga melabelkan Dr Wan Azizah sebagai pengkhianat dan bagai kacang lupakan kulit. Ketika Presiden PKR DS Wan Azizah menganggap bahawa suaminya itu sebagai pemimpin yang dianugerahkan Allah untuk membebaskan rakyat Malaysia dari cengkaman kuasa jahat UMNO, Ketua Wanita PERKASA Zaira Jaafar pula mengatakan Anwar adalah utusan dari Neraka untuk memusnahkan Melayu.. Oleh sebab itu Zaira mahu darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri dan segala darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan dilucutkan dari Anwar kerana mempertikaikan ketuanan Melayu.. Dan ketika timbulnya krisis mengenai perlantikan SUK Negeri Selangor pula, PERKASA muncul bersama Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Barisan Nasional mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Besar ekoran menderhaka kepada perintah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) itu. Yang terbaru pula PERKASA juga telah bersama Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) membuat laporan polis berhubung kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, yang dianggap menghina Sultan Selangor. Menurut mereka ADUN Sri Muda itu terang-terangan menentang keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang memperkenankan pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor yang baru dalam kenyataan melelui blognya http://srimuda.blogspot.com pada 30 Disember. Bagi mereka "Kenyataan ADUN itu seolah-olah memberi amaran bahawa Sultan Selangor akan berdepan dengan tindakan rakyat. Ia berunsur fitnah, menghina, menggertak, menggugut dan derhaka kepada institusi raja di Selangor. Tetapi!! Dimana PERKASA? Dimana PERKASA ketika Rosmah jelas melanggar peruntukan Perlembagaan dan menderhaka kepada Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong sebagai Ketua Negara dengan menganggap dirinya sebagai 'First Lady of Malaysia'? Selain dari menyalahi protokol Negara Rosmah juga tidak menghormati kedudukan mulia Permaisuri Agong dengan menganggap dirinya sebagai 'First Lady of Malaysia'. Apa Ibrahim Ali masih tidak menyedari akan ujudnya Perkara 32 (2) dalam Bab 1 berkaitan "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya" jelas dinyatakan, " Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong". Dan Perkara 70 (1) berhubung "Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri" menyatakan "Tertakluk kepada keutamaan Yang di-Pertuan Agong dan Isterinya, Raja dan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri-Negeri hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain dan setiap Raja atau Yang di-Pertua Negeri hendaklah, di dalam Negerinya sendiri, diberi keutamaan daripada Raja dan Yang di-Pertua Negeri yang lain". Perkara 70 (2) pula menyatakan, "Tertakluk kepada Fasal (1), Raja hendaklah diberi keutamaan daripada Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan, antara mereka sendiri, mengikut tarikh mereka menjadi Raja, dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri hendaklah, antara mereka sendiri, diberi keutamaan mengikut tarikh mereka dilantik sebagai Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri; dan jika Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dilantik pada hari yang sama, maka yang lebih tua hendaklah diberi keutamaan daripada yang lebih muda". "Maksud kedua-dua fasal dalam Perkara 70 tersebut ialah selepas YDP Agong dan Permaisuri kekananan atau "seniority" Sultan, Raja dan Yang DiPertua Negeri adalah mengikut tarikh mereka dilantik memegang jawatan masing-masing. Umpamanya yang paling kanan selepas YDP Agong dan Permaisuri Agong ialah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan diikuti oleh yang lain. Jadi dimana Ibrahim Ali, Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah dan Ketua Wanita PERKASA Zaira Jaafar? Kenapa kini membisu pula? Sudah buta atau hilang suara untuk berkata-kata.. Adakah kerana yang menderhaka kepada Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong itu Rosmah Mansor ianya tidak mengapa?? |
| Debat?? sorry... dalam UMNO hanya ada BODEK! Posted: 18 Jan 2011 07:22 AM PST Pemimpin-pemimpin UMNO berfikir bahawa semakin bodoh ahli-ahli UMNO maka semakin mudah mereka dapat mengendalinya "macam kerbau…" Sebab itu media-media arus perdana tidak bekerja membangunkan fikiran sebaliknya memperbodohkan rakyat. Lagi bodoh lagi bagus. Lagi bodoh lagi senang suap. Lagi bodoh lagi senang kelentong. DEBAT ANWAR – NAJIB Ditulis oleh Tongkat Bahaman Debat politik secara terbuka bukanlah sesuatu yang baru. Dua ribu tahun yang lalu masyarakat Athens telah pun menjadikan perdebatan secara terbuka ini bagi memberi pilihan terbaik untuk rakyat mereka. Di Amerika dan England berpuluh-puluh tahun lalu ia telah menjadi amalan menyemarakkan sistem demokrasi anutan mereka. Dalam isu debat antara Anwar – Najib, jika kita banci pendapat rakyat sudah tentu majoriti akan minta agar ia diadakan. Ini selaras dengan slogan yang sering dilaung-laungkan kerajaan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" Kita tidak nampak sebarang sebab untuk Najib berdolak dalih mengenai cabaran ini. Tidak ada sebab juga mengapa Najib perlu takut untuk berdepan dengan Anwar! Hadiahkanlah sebuah kesempatan paling berharga buat rakyat, menyaksikan detik bersejarah ini. Benar-benar rakyat ingin menyaksikannya. Biarlah ia menjadi satu perkembangan baru ke arah pembangunan politik yang lebih sihat di negara ini. Apabila Najib berdolak dalih untuk mengelak, rakyat sudah dapat membaca bahawa Najib yang selalunya gemar berseloka, tidak sanggup berdepan dengan Anwar. Kemunculan KJ dan Nazri Aziz pula dilihat sebagai langkah untuk menyelamatkan air muka boss mereka sekaligus juga membodek. Dalam UMNO tidak pernah ada budaya debat. Yang ada adalah budaya angguk dan bodek. Bila boss buat sedikit lawak, walaupun tidak lucu satu dewan ketawa berdekah-dekah. Jika ada idea baru dari muka baru cepat-cepat dicantas. Sebarang komen dilihat sebagai kritikan. Setiap kritikan adalah ancaman. Dalam mesyuarat UMNO, bukan sahaja tidak ada perbahasan malah yang ada drama "cadang.. sokong.. dan cadangan ditutup" 15 minit mesyuarat selesai. Pemimpin-pemimpin UMNO berfikir bahawa semakin bodoh ahli-ahli UMNO maka semakin mudah mereka dapat mengendalinya "macam kerbau…" Sebab itu media-media arus perdana tidak bekerja membangunkan fikiran sebaliknya memperbodohkan rakyat. Lagi bodoh lagi bagus. Lagi bodoh lagi senang suap. Lagi bodoh lagi senang kelentong. Rancangan 100 hari yang dicadangkan Anwar kali ini benar-benar suatu yang menakjubkan. Belum pernah tercetus sebelum ini yang memberi tumpuan secara objektif terhadap kepentingan rakyat. Ia akan menjadi lebih anjal jika rakyat dapat memahaminya dengan jelas. Rancangan ini juga anjal terhadap menjana pertumbuhan ekonomi negara, pendapatan benar isirumah dan sokongan terhadap penurunan kos pihak swasta. Rancangan ini akan menamatkan ISA. Sebuah akta yang merembat pemimpin-pemimpin progresif negara berwibawa sebelum ini. Akta warisan penjajah yang berasal dari Undang-Undang Darurat 1948 yang digunakan oleh rejim kolonial Inggeris melumpuhkan gerakan progresif di Malaya suatu ketika dulu. Selepas itu ISA menjadi alat UMNO pula bagi musuh-musuh politiknya atas alasan palsu "keselamatan negara". Sepatutnya pemimpin UMNO perlu melihat lebih jauh kerana sekiranya kuasa bertukar tangan dan tumpas, sekurang-kurangnya ISA tidak akan membidas ! Rancangan pengambilan Asset Lebuh Raya oleh Khazanah dan KWSP yang dicadangkan dalam Rancangan 100 hari itu juga suatu yang dinanti-nantikan rakyat. Ia akan mengurangkan beban kos begitu besar yang ditanggung oleh isirumah/swasta selama ini. Harga barang dan perkhidmatan juga akan menggelungsur turun kerana selama ini kos angkutan ini telah dipindahkan kepada pengguna dalam bentuk harga di pasar yang ditentukan pengeluar. Kos ini juga sebenarnya suatu hambatan kepada pertumbuhan KDNK kerana ia mengekang luncuran aktiviti ekonomi. Penurunan kos juga akan memberi Malaysia lebih daya saing secara berbanding kerana harga domestik produk yang lebih rendah di samping nilai buruh yang lebih baik. Mengurangkan atau membebaskan kos ini dari ditanggung oleh rakyat akan menyebabkan ekonomi mampu bertumbuh lebih pantas dan rakyat akan menikmati kos sara hidup yang lebih rendah. Secara tidak langsung pendapatan benar isirumah bertambah baik. Pemimpin-pemimpin UMNO dan BN tidak pernah merasa kesengsaraan yang dialami oleh rakyat termasuk kakitangan kerajaan bergaji tetap. Keperitan hidup yang berpunca oleh kos sara hidup yang tinggi mengheret mereka kepada gejala rasuah! Kerana tekanan hidup mereka tidak peduli halal dan haram rezeki yang mereka bawa balik untuk keluarga. Tidak ada lagi Jabatan Kerajaan yang tidak rasuah termasuk Jabatan Agama Islam. Tidak usah kita menuding jari kepada anggota polis yang menahan motorsikal dan kereta di lorong-lorong sunyi atau mengganggu pekerja-pekerja asing untuk pau gaji mereka. Dalam UMNO, rasuah telah jadi air minum. UMNO hanya perangi rasuah dengan papan-papan tanda bagi mengelirukan rakyat. Papan tanda ini sendiri satu projek rasuah yang lumaian tendernya. Pendedahan Ketua Audit Negara bahawa jumlah nilai rasuah atau tirisan yang berlaku dari wang perbendaharaan negara di Malaysia adalah sebanyak RM28,000,000,000 (dua puluh lapan billion setahun) menunjukkan ia satu ancaman yang besar terhadap rakyat. Memerangi rasuah secara habis-habisan dalam Rancangan 100 hari itu paling tidak ia dapat mengurangkan kesan tirisan ini yang bukan sahaja ditanggung oleh rakyat secara langsung malah sebenarnya telah memberi kesan berganda kepada rakyat yang perlu membayar harga yang lebih tinggi bagi setiap barangan dan perkhidmatan yang mereka gunakan. Harga yang tinggi itu termasuk kos rasuah yang terlibat dalam transaksi yang melibatkan orang yang berkuasa dengan pihak kedua yang mungkin terdiri daripada pengusaha-pengusaha swasta. Rancangan 100 hari itu juga sebenarnya suatu yang sangat hebat, dicetuskan oleh orang-orang yang benar-benar pakar melihat reformasi bukan sahaja pada soal pemimpin tetapi juga pada sistem dan nilai. Begitu juga dengan rancangan mengembalikan penghormatan rakyat terhadap guru. Ia boleh dilihat sebagai satu langkah awal ke arah itu. Guru adalah agen pembinaan insan paling mulia. Jika langkah awal ini berjaya, guru-guru tidak lagi perlu menjual buku-buku kerja di sekolah atau mengajar tuisyen demi untuk mencari pendapatan tambahan keluarga. Imej guru sebenarnya telah hancur sejak tahun 1980an lagi, selepas Dr. Mahathir memperkenalkan dasar Malaysia Incorporated. Bila Malaysia sudah jadi sebuah syarikat korporat, semua orang termasuk guru juga ingin hidup mewah. Pengetua dan guru-guru mula berlegar-legar di stock market. Jika rancangan awal ini berjaya, pengetua-pengetua sekolah juga tidak perlu ambil komisyen jualan daripada pengedar buku di sekolah. Suatu ketika dulu golongan pendidik begitu dihormati dalam masyarakat. Panggilan "cikgu" kekal hingga di saat dia sedang nazak. Hari ini guru di pandang sebelah mata… ! Najib tidak perlu berdolak dalih. Pelan 100 hari ini adalah suatu yang masuk akal. Sebagai pemimpin tertinggi ia perlu berani turun gelanggang. Tidak perlu hantar KJ atau Nazri kerana kedua-dua bocah ini sama sekali bukan lawannya. Rakyat ingin melihat Najib menikam Anwar di gelanggang jika benar rancangan Anwar ini suatu yang karut yang boleh membawa negara muflis. Tidakkah angka hutang negara yang sudah melebihi 53 % berbanding KDNK kita itu satu indikator ke arah negara muflis ? Bukankah Dasar 19 Program Penjualan Bon baru juga telah meningkatkan hutang tambahan negara bernilai RM58.1 bilion." Juga akan membebankan rakyat ? Rakyat sebenarnya sedang memerhati segala tindakan yang dilakukan oleh kerajaan termasuk segala operasi saman di jalan-jalan raya. Lebuh raya telah menjadi lukah menjana hasil dan bukan demi keselamatan rakyat. Jika untuk keselamatan banyak lagi cara yang boleh dilakukan termasuk mengenakan sistem "demerit mata" seperti yang dilakukan oleh banyak negara-negara di dunia. Semakan semula cukai pendapatan secara berulang kali terhadap isirumah dan mengenakan cukai dan taksiran tambahan juga sebenarnya disedari terutama bagi orang-orang yang tinggal di bandar. Pemimpin-pemimpin BN tidak tahu bagaimana peritnya rakyat bekerja untuk mencari wang. Segala pendapatan mereka dihisap dengan begitu rakus oleh pihak kerajaan dalam bentuk cukai, lesen, saman, bil-bil, denda dan sebagainya. Kepada kedua-dua bocah iaitu Nazri dan KJ kami ingin berpesan supaya jauh dari gelanggang ini. Jangan kacau daun. Rakyat ingin menyaksikan pertikaman antara Anwar dan Najib. Rancangan 100 hari oleh Anwar sebenarnya membawa cahaya baru untuk rakyat Malaysia terutama rakyat yang miskin. 53 tahun merdeka dalam sebuah negara yang kaya, namun rakyatnya tetap susah dan sengsara. tongkatbahaman.com |
| Posted: 18 Jan 2011 05:55 AM PST KUALA LUMPUR, 18 Jan – Selangor mendakwa Dr Mohd Khir Toyo pernah menganugerahkan lima tender secara langsung bernilai RM244 juta kepada pengarah Ditamas Shamsuddin Haryoni ketika beliau masih menerajui kerajaan negeri.Kedua-dua Dr Khir (gambar) dan Shamsuddin merupakan defendan dalam kes rasuah menerima dua lot tanah daripada Shamsuddin pada harga RM3.5 juta sedangkan ia bernilai RM6 juta pada 2007. Setiausaha politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, butiran tender langsung ini didedahkan kepada umum bagi mengelakkan spekulasi dan andaian negatif terhadap kerajaan negeri semasa apabila perbicaraan Dr Khir berlangsung Jun ini. "Kerajaan negeri percaya bahawa maklumat ini akan membantu pihak berkuasa dalam siasatan mereka," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini. Faekah menambah, pentadbiran Dr Khir juga ada menganugerahkan dua projek kepada syarikat dimiliki Shamsuddin, masing-masing bernilai RM30 dan RM14 juta, yang telah dibatalkan oleh kerajaan negeri tahun lalu. Beliau berkata pendedahan maklumat itu adalah penting bagi memastikan kerajaan Selangor dan kakitangannya tidak dikaitkan kan dengan perbicaraan Dr Khir kelak. Awal bulan lalu, Dr Khir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan mendapatkan dua lot tanah di Seksyen 7 Shah Alam pada harga yang lebih rendah daripada nilai pasaran. Dr Khir, 45, didakwa mendapatkan tanah tersebut bagi dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat No 8 & 10, Jalan Suara 7/1L di sini daripada Shamsuddin yang diketahui ada hubungan dengan kerja rasminya pada harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah tersebut telah dibeli oleh syarikat tersebut pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu pada 29 Mei 2007, di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor. |
| ‘Rosmah semakin Angkuh’ Istana akan dimohon campurtangan.. Posted: 18 Jan 2011 01:38 AM PST Aku tahu selain dari penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, ramai juga ahli-ahli UMNO yang meluat atau menyampah dengan perangai Rosmah Mansor yang over ni.. cuma bezanya penyokong Pakatan Rakyat meluahkan secara terang-terangan didalam blog-blog mereka tapi penyokong UMNO pula hanya berani meluahkan perasaan menyampah mereka di kedai-kedai kopi sahaja.. kecuali Tuan Aspan Alias. Mohon campur tangan istana untuk tegur Rosmah Nazli Ibrahim January 18, 2011 PETALING JAYA: Dua memorandum akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agung dan Perdana Menteri berhubung tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang dianggap biadap serta derhaka ekoran menggunakan gelaran wanita pertama dan mencampuri urusan rasmi kerajaan.Seorang jurucakap memberitahu bahawa kumpulan dari pelbagai latar belakang akan dianggotai oleh pertubuhan politik dan pertubuhan bukan kerajaan dalam isu yang melibatkan isteri Datuk Seri Najib Tun Razak ini. Menurut jurucakap kumpulan yang bakal menggerakkan penyerahan memorandum ini menjelaskan dua memo berasingan dengan isu yang hampir sama akan diserahkan kepada Seri Paduka dan Najib setiap satu. Menurut sumber itu, antara isi kandungan memorandum kepada Seri Paduka ialah memohon agar pihak istana campur tangan atau menyatakan pendirian berkenaan penggunaan gelaran Wanita Pertama oleh Rosmah. "Sebagai rakyat yang kasihkan Rajanya, kami hanya memohon pihak istana menyatakan pendirian dan membuat teguran tegas kepada sesiapa sahaja yang menggunakan gelaran Wanita Pertama selain Permaisuri Agung. Katanya lagi, lebih malang lagi apabila Rosmah turut menunjukkan sikap angkuhnya apabila dengan beraninya menggunakan gelaran Wanita Pertama walaupun telah dikritik hebat sebelum ini. 'Rosmah semakin angkuh' "Rosmah semakin angkuh dan keterlaluan nampaknya. Ini bukan kali pertama. Dahulu pun masa lawatannya ke Amerika Syarikat dan menganjurkan Persidangan Wanita Pertama pun telah dikritik hebat tetapi mungkin tidak ditegur oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional menyebabkan dia semakin berani. Ini adalah biadap dan derhaka kepada Agong dan Permaisurinya. "Tindak-tanduk Rosmah semacam mahu cuba menjadikan gelaran wanita pertama sebagai gelaran yang sah dan gelaran rasmi untuk isteri PM, iaitu dia sendiri," menurutnya lagi. Beliau juga memberitahu, keputusan untuk menghantar memorandum kepada Istana Negara tersebut dibuat apabila melihat Najib dan pemimpin Umno lain gagal menasihati Rosmah apatah lagi untuk mengambil tindakan yang wajar. "Memandangkan situasi sekarang seolah-olah menggambarkan tiada apa yang dapat dibuat oleh Najib dan pemimpin Umno lain, maka kerana itulah kami berharap pihak istana campur tangan dalam hal ini. Lebih-lebih lagi isu wanita pertama ini memang melibatkan pihak istana secara langsung," ujar beliau. Perkasa tidak bersuara Menurut salah seorang dari kumpulan tersebut yang mengaku sebagai ahli Perkasa berkata, beliau kecewa apabila pemimpin tertinggi Perkasa tidak bersuara berhubung isu yang melibatkan pihak istana ini. "Selalunya Perkasa tegas dengan sebarang isu yang membabitkan institusi raja-raja Melayu. Tetapi dalam isu ini, yang jelas nampak ada pihak yang sewenang-wenangnya guna gelaran yang sepatutnya untuk Permaisuri Agung, Perkasa tak keluar apa-apa kenyataan pun. "Itu yang saya kecewa. Sebab itulah saya sertai kumpulan ini tetapi bukannya kapasiti sebagai ahli Perkasa, ini adalah secara peribadi saya dan dua rakan saya yang lain juga dari Perkasa. Menurutnya lagi, selain individu dari Perkasa, beberapa pemimpin dan ahli beberapa parti politik yang berlainan idealogi daripada Pakatan Rakyat dan BN turut terlibat dalam rancangan itu. "Selain saya dan dua rakan dari Perkasa, rakan kami yang lain ialah dari Umno, PKR dan PAS. Mereka sama juga seperti saya, bertindak bukan atas kapasiti parti politik masing-masing. "Lagipun tiada sesiapa di antara kami yang memegang sebarang jawatan di peringkat pusat dalam parti atau pertubuhan masing-masing. Paling tinggi pun hanya dua, tiga orang peringkat daerah dan mungkin akan disertai oleh seseorang di peringkat negeri nanti," katanya lagi. Menyeru parti politik dan NGO turut bertindak Jurucakap kumpulan ini juga menyeru agar mana-mana pihak tanpa mengira parti politik yang mampu mengatur gerakan penyerahan memorandum ini turut berbuat demikian. "Saya menyeru kepada mana-mana pemimpin tak kira parti politik atau NGO, agar turut mengatur satu rancangan untuk menyerahkan memorandum ini kepada Seri Paduka seperti yang telah dibuat dalam isu air negeri Selangor. Mungkin jika mereka yang mengaturnya ia lebih mendapat sambutan rakyat, ada pengalaman untuk menyusun dan merancang strategi berbanding kami dan boleh beri kesan yang lebih baik," ujar beliau. Manakala, memorandum yang dirancang untuk diserahkan kepada PM pula akan menyentuh penglibatan Rosmah dalam urusan rasmi kerajaan termasuk membantah kewujudan Pejabat Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di Putrajaya. Menurut mereka penglibatan Rosmah dianggap semakin serius sehingga membelakangkan menteri-menteri yang bertanggungjawab dalam sesuatu kementerian seperti Kementeriaan Pelajaran dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Rosmah mencampuri urusan negara "Nampaknya semakin lama, Rosmah semakin galak mencampuri urusan kerajaan hinggakan kadang-kala lagaknya seperti seorang Menteri Pelajaran, Menteri Hal Ehwal Wanita pun ada dan sebagai duta pun ada," menurut sumber itu lagi. Beliau turut mempersoalkan dan melahirkan kekesalan apabila Najib bukan sahaja dilihat gagal untuk menegur isterinya itu, malahan turut pada masa tertentu menyerlahkan pendirian beliau yang menggalakkan tindakan isterinya itu. "Mengapa Najib tidak menegur atau mungkin juga PM sendiri yang memberikan galakan kepada Rosmah?" soal beliau. "Yang hairannya, takkanlah Najib tidak nampak apa-apa yang tak kena tentang ini? Penasihatnya butakah untuk memahami ia memberi impak negatif kepada PM? "Terus terang saya katakan isu ini bukan sahaja menjadi bahan serangan PR tetapi orang-orang dalam Umno sendiri pun ramai yang mengadu meluat dengan situasi ini," tambah beliau. Free Malaysia Today |
| "Hang jangan cabar aku Anwar.. satlagi demam kot.." kata Najib Posted: 18 Jan 2011 01:05 AM PST Banyak alasan pulak Najib ni.. sambut cabaran debat tu dulu.. LABIS, 18 Jan – Datuk Seri Najib Razak berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya jangan terlalu mendesak untuk berdebat kerana beliau mempunyai pelbagai maklumat yang boleh menyebabkan ketua pembangkang itu "demam" kelak jika dibongkarkan ketika berdebat.Perdana Menteri (gambar) menegaskan bahawa beliau sebenarnya tidak gentar untuk berdebat dengan Anwar tetapi menyifatkan tindakan berdebat itu hanya akan membuang masa kerana pembohongan ketua pembangkang itu dan kegagalannya menunaikan janji. "Dah cukuplah pembohongan, janji banyak tak boleh buat, ini nak debat dengan saya pula, buang masa. Saya boleh debat dengan dia, saya tak takut, saya dengan menteri saya tahu segala maklumat. "Jangan cuba nak cabar saya, kalau saya dedahkan segala-galanya, ada orang yang demam nanti," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Peneroka di Felda Chemplak di sini hari ini. Najib berkata Anwar seharusnya membereskan janji seperti menubuhkan kerajaan baru 16 September dan masalah "peribadinya" ekoran kes liwat yang dihadapinya daripada asyik mencabar beliau berdebat mengenai "Program 100 Hari" Pakatan Rakyat. "Nak tubuh kerajaan pada 16 September, tak tubuh lagi. Ini dah tahun 2011. Kita tunggu sehari demi sehari tak jadi, dia kata 30 anggota Parlimen dari BN (Barisan Nasional) nak seberang masuk pembangkang. Kita tengok-tengok, belek-belek mana dia 30, rupanya lima anggota Parlimen dia (pembangkang) (yang keluar) jadi (anggota) Bebas. "Tak payahlah debat, banyak hal lagi (Anwar) tak selesai. Bukan kerajaan yang bawa dia ke mahkamah, yang buat laporan polis ni Saiful (bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan)," katanya. Najib berkata Anwar tidak perlu bersusah payah memikirkan soal debat kononnya demi kebajikan rakyat kerana Barisan Nasional akan bertanggungjawab dalam memastikan soal kebajikan rakyat dipelihara. Dalam perkembangan lain, Najib yang juga Presiden Umno melahirkan rasa terharunya atas sambutan warga Felda dan orang ramai khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. "Saya tak tahulah, tapi pengalaman saya ni, bila jumpa dengan orang ramai, bila dia bersalaman dengan kita, cara dia pegang tangan kita pun kita dapat rasa. Kita rasa macam genggaman tu ada 'current'. Ini bukan current lain, ini current sokongan rakyat pada BN. "Inilah gambaran perjuangan kita, inilah rahmat kita, kita sokong BN, saya sebagai PM, Datuk Ghani Othman sebagai Menteri Besar Johor, kita akan terus bersama sebagai satu gandingan yang baik untuk perjuangkan nasib rakyat di Johor dan DUN Tenang secara khususnya," katanya. The Malaysian Insider |
| Ummi buat Malu Bangsa!! - kata Azwan Posted: 17 Jan 2011 10:27 PM PST Pekakas terbaru Utusan Malaysia untuk memalukan pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Ummi Hafilda Ali melalui cadangan saman jutaan ringgitnya mendapat reaksi dari adik beradiknya sendiri. Kali ini beliau bukan diserang dari Timbalan Presiden PKR yang juga anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali tetapi dari pengacara rancangan hiburan terkenal, Azwan Ali. "Slm. Buat malu bangsa nak saman owang berjuta juta! Sedangkan dosa n***** pada adik beradik tak ter ampun! Poodahhhh," tulis Azwan Ali dalam Twitternya. Selain dari itu, Azwan juga menulis beberapa mesej lain dalam Twitternya terhadap Ummi Hafilda tetapi oleh kerana bahasanya terlalu kasar, Harakahdaily tidak bercadang untuk menyalinnya di sini. Baru-baru ini, Utusan menyiarkan di muka depannya laporan Ummi Hafilda, yang berwajah baru, mahu menyaman RM700 juta terhadap para pimpinan Pakatan Rakyat. Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, abangnya Azmin Ali, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Karpal Singh dan juga Mohamad Sabu. Karpal dalam kenyataannya meminta Ummi Hafilda merujuk dahulu peguamnya sebelum menyaman beliau. Namun, lain-lain pihak tidak memberikan sebarang reaksi terhadap kenyataan Ummi itu sehinggalah reaksi dibuat oleh Azwan Ali ini. Harakahdaily |
| PRK Tenang : Bekas Cikgu lawan Bekas Cikgu? Posted: 17 Jan 2011 08:04 PM PST LABIS 17 Jan. – Mungkinkah Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini menyaksikan pertembungan antara dua bekas guru? Dengan Pas telah mempertaruhkan calon bekas guru iaitu Normala Sudirman (gambar), untuk menghadapi Barisan Nasional (BN), kini sembang-sembang politik tertumpu kepada siapa calon daripada UMNO untuk mewakili BN.Dua nama yang kini menjadi sebutan sama ada di peringkat pucuk pimpinan atau akar umbi, pastinya adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labis, Rusdin Mahmud dan Naib Ketuanya, Hashim Daud yang masing-masing mempunyai latar belakang dalam bidang perguruan. Di kalangan masyarakat tempatan di kawasan Labis, nama Cikgu Rusdin yang merupakan sebagai Guru Penolong Kanan di sebuah sekolah rendah di Chaah bukan asing, manakala Cikgu Hashim yang juga seorang pesara guru besar turut disenaraikan dalam pertimbangan pucuk pimpinan parti bagi menghadapi PRK DUN berkenaan. Dari satu sudut, kedua-dua pemimpin ini mempunyai kelebihan masing-masing, namun jika diukur dari segi kematangan politik, Cikgu Hashim yang jauh lebih berusia terlebih dahulu bergiat aktif dalam UMNO Bahagian Labis dan merupakan anak tempatan. Beliau dikenali sebagai seorang yang tegas, namun amat disenangi masyarakat Cina dan India di kawasan DUN Tenang serta mesra dengan masyarakat di peringkat akar umbi. Sifat peramah turut dimiliki Cikgu Rusdin dan walaupun berasal dari Negeri Sembilan, beliau mengajar selama belasan tahun di Chaah dan cukup dikenali oleh generasi belia di kawasan Labis ini. Sekiranya UMNO serta BN turut memilih calon wanita untuk berdepan dengan Pas, nama yang pastinya diberi pertimbangan ialah Haslina Saleh yang kini menjadi Ketua Wanita UMNO Bahagian Labis serta seorang usahawan. Andai Haslinda diberi tugas menggalas tanggungjawab itu, UMNO dan BN harus menanggung risiko kerana faktor pengalaman politiknya yang baru 'naik pangkat' menjadi Ketua Wanita setelah menerajui Pergerakan Puteri UMNO bahagian berkenaan sebelum ini. Satu lagi nama yang turut menjadi sebutan sebagai calon BN dalam PRK DUN Tenang ialah seorang anak tempatan Labis iaitu Mohd. Azhar Ibrahim yang kini merupakan Penolong Pegawai Daerah Rengit. Bagaimanapun, beliau hanya merupakan ahli biasa dalam UMNO Bahagian Labis tetapi pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Belia 4B Parlimen Labis sebelum menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kerjayanya dalam pentadbiran negeri. Siapa pun yang akan dipilih untuk mewakili UMNO dan BN pada pilihan raya kecil itu, calon berkenaan harus mampu memberi kemenangan dan menjadi wakil rakyat yang rajin bekerja, mesra dengan masyarakat, prihatin masalah sekeliling dan boleh bertindak sebagai pemudah cara kepada urusan antara kerajaan dengan rakyat. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual mengumumkan calon BN, Rabu ini. Media UMNO |
| Posted: 17 Jan 2011 07:22 PM PST Oleh SOPI SAMAILE SAMARAHAN 17 Jan. – Seorang remaja yang dilaporkan hilang oleh keluarganya pada Sabtu lalu ditemui mati dibunuh secara kejam hari ini. Mayatnya ditanam dalam tanah sedalam kira-kira 0.5 meter di belakang rumah salah seorang suspek di Kampung Sadong Jaya dekat sini, hari ini. Mangsa, Taufik Abdul Rahim, 15, seorang pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera meninggal dunia selepas dipercayai dipukul di kepala dengan sebatang kayu oleh sekumpulan enam lelaki. Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Supritendan Abdul Rahman Ahmad berkata, sebelum penemuan mayat remaja itu, bapanya yang berusia 42 tahun membuat laporan di Balai Polis Asajaya mengenai kehilangan anaknya pada pukul 1.30 petang semalam. Menurutnya, dalam laporan tersebut, mangsa dikatakan tidak pulang seperti kebiasaan selepas keluar rumah dengan menunggang sebuah motosikal jenis Modenas Kriss. "Bagaimanapun, polis telah menerima maklumat mengenai motosikal mangsa dilihat digunakan oleh seorang remaja lain di kawasan Sadong Jaya, malam tadi. "Berdasarkan maklumat tersebut, polis telah melakukan siasatan hingga membawa kepada penangkapan seorang suspek berusia 19 tahun di kediamannya di Kampung Sadong Jaya, berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Pendam pada pukul 7 pagi ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini. Abdul Rahman berkata, menerusi siasatan awal polis, suspek mengaku terbabit dalam kejadian tersebut dan turut mendedahkan lokasi di mana mangsa ditanam kira-kira 10 pagi ini. Katanya, pemeriksaan awal di lokasi yang dinyatakan oleh suspek mendapati tanah di belakang rumah itu mempunyai kesan seperti baru digali. Sepasukan anggota Forensik yang tiba di tempat kejadian menggali semula tanah berkenaan sebelum menemui mangsa yang masih lengkap berpakaian dan berlumuran darah di dalamnya. Tambah beliau, polis turut menemui sebatang kayu yang dipercayai digunakan oleh kumpulan tersebut untuk memukul kepala mangsa. "Siasatan awal polis mendapati, sebelum dipukul, sekumpulan lelaki yang dipercayai ahli geng sindiket curi motosikal dan pecah rumah cuba memujuk mangsa untuk menyertai kumpulan mereka, namun mangsa enggan. "Suspek yang ditahan itu pula tinggal bersendirian di rumahnya dan dipercayai menjadi orang tengah untuk menjual barang-barang curi," ujarnya. Dalam pada itu, Abdul Rahman memberitahu, polis kini turut memburu suspek lain yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan berkenaan termasuk seorang daripadanya yang menjadi dalam utama dalam geng sindiket terbabit. Mangsa merupakan anak ketiga daripada lima adik beradik dan berasal dari Kampung Iboi, Sadong Jaya. Media UMNO |
| Rugi RM30 Juta : Jawapan BODOH dari Koh Tsu Koon.. Posted: 17 Jan 2011 09:44 AM PST Ini adalah penjelasan dari Koh Tsu Koon setelah diminta menjelaskan tentang kerugian sebanyak RM30 Juta yang di tanggung oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang turut terlibat dengan pembangunan Pulau Jerejak. Untuk makluman projek itu adalah kerjasama antara Penang Development Corp (PDC) dan Urban Development Authority (UDA), dan prohek ini ialah membangunkan resort peranginan yang dikenali sebagai Tropical Island Resort (TIR) telah dimulakan pada tahun 2001. Artikel lengkap berkenaan projek sila baca di SINI. Menurut Koh Tsu Koon Projek Pulau Jerejak itu adalah mangsa dari krisis ekonomi dunia dan ianya adalah diluar kawalan, jadi kerajaan negeri yang ada sekarang wajar meneruskannya. Jawapan-jawapan bodoh oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang diluahkan dengan penuh emosi oleh Koh Tsu Koon menurut Media UMNO ialah: - Krisis ekonomi atau kewangan yang telah melanda dunia pada tahun 1997 dan 1998 telah menyebabkan kedudukan kewangan kurang stabil. - Tragedi 911 yang melanda World Trade Centre di Amarika Syarikat, yang menyebabkan masyarakat dunia menghadkan perjalanan keluar Negara mereka. - Epidemic atau wabak SAR yang melanda pada tahun 2003 juga antara sebab kerugian projek itu. - Dan Tsunami politik pada tahun 2008 juga telah menyebabkan projek itu tidak dapat diteruskan ke fasa seterusnya. Kenapa alasan itu dikatakan bodoh? Kerana projek dimulakan pada pertengahan Januari 2001 tanpa menyedari pada tahun 1998 dunia dilanda krisis kewangan, setelah ianya dikatakan rugi krisis kewangan itu dikatakan antara puncanya jadi mengapa tidak dikaji dahulu kesan krisis kewangan tersebut terhadap projek sebelum ianya dimulakan? Ketika tragedy 911 melanda projek sepatutnya sedang berjalan, walaupun gempa bumi melanda Amarika Syarikat, pembangunan projek tidak sepatutnya terhenti. Dan syndrome SAR yang melanda dunia pada tahun 2003 sepatutnya tidak menghentikan perjalanan pembangunan projek, takkanlah projek yang belum siap lagi akan dibuka kepada pelancung?? Dari tahun 2001 hingga ke tahun 2008 masanya ialah lapan tahun dan projek masih belum lagi siap, hingga ketahun ini 2011 projek masih berada di fasa pertama, tetapi tsunami politik dijadikan alasan.. Jika projek itu tidak dipolitikkan oleh Koh Tsu Koon sendiri tsunami politik pada tahun 2008 bukanlah satu alasan.. Macam ni punya bodoh pun Barisan Nasional Pulau Pinang simpan lagi??. Jerejak losses beyond control By JOSEPHINE JALLEH josephine@thestar.com.my GEORGE TOWN: Former chief minister Tan Sri Dr Koh Tsu Koon has called on the state government to revive the Pulau Jerejak project, which he said was a victim of global financial crisis, instead of pointing fingers. He said Chief Minister Lim Guan Eng, who had urged him to explain the alleged RM30mil losses incurred by the state in the redevelopment of Jerejak into an island resort, should stop harping on the issue. He said Lim should instead consider UDA Holdings Bhd's willingness to cooperate with the state to develop the place. "I have contacted UDA chairman Datuk Nur Jazlan Mohamed and he is interested in its revival," Dr Koh said after opening a workshop for Penang Barisan Nasional leaders at Pantai Jerejak Resort yesterday. Dr Koh, who is Minister in the Prime Minister's Department, cited the world financial crisis, the Sept 11 World Trade Centre tragedy in the United States and the severe acute respiratory syndrome epidemic in 2003 for the losses. "The financial situation was unstable in 1997 and 1998. When 9/11 happened, people did not want to travel for a year. "The project, which is still in its first phase, did not progress to the next phase due to the 2008 political tsunami," he said, adding that there were four phases. It had been reported that Penang Development Corporation and UDA were involved in the joint venture to develop the Tropical Island Resort on the island. The corporation holds a 49% stake in Tropical Island Resort while UDA Holdings holds the remaining stake. He also took Pakatan Rakyat to task for its continuous campaigning and neglect of governing duties. "They keep talking over and over again about their annual RM100 contribution to senior citizens in the state. "We have given free books to students and scrapped examination fees. "If there are a few children in a family, the family would have saved a few hundred ringgit," he said of a similar Barisan policy. |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









Tiada ulasan:
Catat Ulasan