Anak Sungai Derhaka |
- Bila Penembak Babi menembak Aduka...
- Pakatan ke Putrajaya: Realiti atau fantasi?
- Belasah Ahli Perniagaan, lima Polis Jahat didakwa
- "Kontraktor Melayu Minta Maaf" the Video..
- "Tutup Kedai, Balik India".. Mana? tak dengarpun dalam Video ni..
- Rogol Amah : Siapa arahkan Sumati bercakap dalam Video ini?
| Bila Penembak Babi menembak Aduka... Posted: 11 Jan 2011 08:29 AM PST Ada beberapa orang sahabat bertanya kenapa aku tidak mengulas mengenai isu Aduka Taruna dibelasah di Rusila.. Ini jawapan aku.. Bagi aku aku rasa aku tak layak untuk mengulas pasal isu ini kerana aku tidak tahu hujung pangkal cerita ini.. aku juga tidak berada ditempat kejadian jadi biarlah yang berada di sana sendiri melaporkan, lagipun aku tak setuju langsung dengan Projek Langgar Hadi Aduka Taruna tu.. Bagaimanapun korang boleh baca artikel dari Penembak Babi ni.. Coretan Pasal Adoka lagi... Oleh Penembak Babi Kalu luorang minat Keanu Reeves, pelakun Hollywood yang ada campor dgn Red Indian tuh, lu musti tak lupa dgn citer famous dia, The Matrix.Bila wa ingat balik, citer Matrix neh, wa nak gelak bila baca n3-n3 bebudak gelabah macam cipan++ dan edyes (yang tak ada masa aduka kena cepuk..huhuh). Dalam kesah Matrix, ada scene yang wa tengok, Neo (Keanu Reeves) lawan seorang je dgn beratus-ratus owang yang sama. Yang best sunglasses dia tak de jatuh pun rilex je...huhuuhu Ini lah yang memeningkan puak pemfitnah Pas, dgn pelbagai citer-citer bohong. Ada kata Suhaimi Embong boleh jelma dalam dua tempat berbeza, ada kata batu api kat sini, dalam masa yang sama muncul pulak ditempat len. Maka wa pun terfikir, yang sebenarnya alam fiksyen Matrix dah mula wujud...huuhu Wa secara peribadi tak salahkan luorang dalam masalah pengiraan. Mungkin lu betul-betul tak pandai mengira atau pun sesaja nak buat sensasi dalam blog! Namun wa ada dua teori dalam hal neh: Teori 1: TGHH seorang yang cukup istimewa pada Pas, malamnya berhajjud dan siangnya berjuang untuk Islam. Itu semua orang akur dan percaya. Walaupun si Adoka pergi dengan niat tak lain ingin menanyakan soalan-soalan cepumas, tapi pada wa dan semua owang setuju, adab bersama owang tua kena jaga! Maka teori wa yang pertama, kalaulah benar bagai dikata kekawan Aduka yang bacul tuh, maka mungkin apa yang dilihat bukannya manusia sebenar(???). Wa tak nak la cakap mereka itu malaikat ker atau haper, nanti luorang tuduh wa jadi fanatik Hadi sehingga terlampau memuliakan Hadi. Tapi, kalaulah wa berat nak percaya pada geng-geng Adoka, maka yang mereka tengok bukannya jemaah Rhusila (yang turut berjemaah dibelakang Hadi??) ditunjukkan sebagai 'orang'! Mmm...tapi yang 'cepuk' aduka dari belakang sape pulak....huhuhuhu...Wallahu a'lam bhai...wa pun tengah carik jugak...Ntah-ntah 'jin Islam'...huhuhuuu Teori 2: Kalaulah wa menolak angka-angka yang diberi, maka teori wa yang kedua adalah; mereka ini memang jahat dan musti ditentang habis-habisan! Mereka sengaja mencipta isu-isu jahat terhadap TGHH agar imej beliau tercalar! Pelbagai usaha dijalankan bagi memburuk-burukan Presiden Pas dalam blog mereka, tidak cukup dgn gelaran-gelaran jahat dan penipuan fakta yang songsang, mereka menggunakan tektik kotor dalam menjahanamkan karier politik Tok Guru! Siapa upah, wa tak tak peduli, tapi yang wa pelik, macamana ada blogger yang bangga mengaku Pas turut sama membela puak-puak yang terang-terang memusuhi Pas! Adoka dengan jahatnya, seolah-olah menyamakan jemaah Rhusila dgn 'jemaah Balakong yang curi motor kawan lu Si Din Zaini! Lu tak pasal-pasal bagi menyirap lagi darah jemaah Rhusila! Bhai, Orang Mujahideen masa kena serang kat Russia bukan sekadar ada sakinah, tapi diorang jugak ada perasaan mahmudah dan mujahadah yang tinggi terhadap Allah Ta'ala...setakat sakinah saja tak cukup, kalau mati, mati sia-sia bhai! Sifat penipu, menghina orang, memutar belit fakta, subuh jam 9 pagi....lu ingat lu ada beza ke dengan puak-puak Mujahideen?? Heheheheh, lu sepatut samakan dgn puak Kamikazee yang tak sembahyang tuh, bukannya Mujahideen bhai! Kalu lu nak link pasal kamikazee wa boleh kasik! Dengan dua teori yang wa kasik tuh, kedua-duanya sebenarnya tidak menjejaskan imej Tok Guru. Yang wa makin nampak, dgn n3-n3 luorang kaki pemfitnah, semakin hari semakin menonjolkan sifat buruk luorang terhadap pemimpin Pas dan parti keseluruhannya! Kalaulah dalam TKO dah siar gambar dari depan, wa jugak carik gambar dari posisi belakang. nak tengok, sapa yang pukul 'curik' si Adoka neh..huhuhu "Cuba kira berape orang (mungkin boleh masuk bebudak kecik sekali..huhuhu) yang tengah menonton aksi raja lawak di atas, luorang musti baca dua teori wa kat atas!, selamat mengira!" http://penembakbabi.blogspot.com |
| Pakatan ke Putrajaya: Realiti atau fantasi? Posted: 11 Jan 2011 03:30 AM PST Nazli Ibrahim PETALING JAYA: Gembar-gembur pilihanraya umum ke-13 semakin hari semakin hangat diperkatakan dengan pelbagai versi dan spekulasi tarikh pembubaran parlimen sekaligus memberi laluan pilihanraya umum diadakan.Antara spekulasi yang semakin kencang bertiup pada masa ini ialah jangkaan ia akan diadakan pada tahun ini khasnya setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) hujung minggu lalu. Dua parti utama ketika ini melahirkan keyakinan masing-masing untuk meraih kejayaan dalam pilihanraya nanti. Masing-masing BN dan Pakatan Rakyat (PR) ketika ini mula mencongak kekuatan dan kelemahan mereka dan juga pihak lawan. Di pihak PR pada masa ini sedang menjulang harapan dan keyakinan yang cukup tinggi untuk menyingkirkan BN daripada Putrajaya sekaligus buat pertama kalinya menamatkan dominasi 53 tahun BN. PRU-13 peluang terbaik PR Bagaimanapun, benarkah pada masa ini PR sedang berada di atas landasan yang betul untuk menerjah ke Putrajaya? Apakah faktor yang menyumbang kepada keyakinan mereka itu? Pada masa ini faktor utama kelebihan PR bukanlah kekuatan PR itu sendiri tetapi ianya lebih merupakan kelemahan BN dengan pelbagai isu rasuah, penyelewengan, skandal dan yang paling utama keputusan-keputusan BN yang memberi kesan secara langsung kepada kehidupan rakyat negara ini. Walaupun kerajaan berusaha menerangkan kepada rakyat negara ini tentang pemulihan ekonomi negara dengan menghidangkan angka-angka keluaran dalam negara kasar (KDNK), indeks saham, unjuran pertumbuhan ekonomi dan sebagainya gagal menarik minat rakyat . Pada masa ini, perkara utama yang menjadi pertimbangan umum ialah tekanan terhadap kos sara hidup yang semakin memuncak sekaligus menjadikan ianya isu utama yang mempengaruhi undi dalam pilihanraya kelak. Tatkala BN di bawah pimpinan Najib masih lagi terus membuat keputusan yang kurang disenangi rakyat terbanyak dengan siri-siri kenaikan harga barangan keperluan, PR pula dilihat bijak memainkan peranan maksima bagi mendapatkan sokongan rakyat. Malahan bagi sesetengah pihak, imej dan tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sedikit sebanyak turut menambah memberatkan lagi langkah BN untuk terus berkuasa selepas pilihanraya umum kelak. Bagaimanapun sedikit sebanyak konsep 1Malaysia Najib mampu memulihkan kembali sokongan pengundi bukan Islam yang beralih kepada pembangkang akibat penolakan konsep 'Islam Hadhari' ketika era Tun Abdullah Badawi sebagai PM. Sekiranya arus utama tsunami politik dalam pilihanraya umum lalu adalah manifestasi penolakan terhadap konsep Islam Hadhari, Abdullah oleh golongan tersebut, maka sekurang-kurangnya Najib sedikit mampu menarik nafas lega dengan slogan 1Malaysianya. Suka atau tidak, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah salah satu faktor kelebihan bagi PR. Dalam keadaan kredibiliti beliau yang mulai terhakis disebabkan isu pemilihan PKR mahupun keputusan dan tindakan kontroversinya, beliau masih lagi merupakan salah satu sumber kelebihan PR. Imej Anwar pada masa ini, dilihat hampir menyamai imej lima tahun terakhir Tun Dr Mahathir Mohamad bergelar Perdana Menteri. Walaupun ketika itu Dr Mahathir merupakan ketua yang mempunyai kekuatan tersendiri ketika mengepalai BN tetapi pada masa yang sama, sedikit demi sedikit beliau mula dianggap sebagai liabiliti kepada partinya itu. Pengundi muda undi penentu Anggapan PR bahawa majoriti anak-anak muda menyebelahi mereka hanyalah satu tanggapan berdasarkan kepercayaan terhadap mood anak-anak muda yang mahukan perubahan. Hakikatnya, tiada parti yang boleh mendakwa peratusan sokongan kelompok ini akan memihak kepada mereka. Tambahan pula, kebanyakkan anak-anak muda ini merupakan pengundi baru dalam pilihanraya yang masih tidak dapat dicula undian mereka nanti. Meskipun ada kajian-kajian yang dijalankan oleh badan-badan tertentu terhadap pendirian politik kelompok anak muda ini, ia masih tidak boleh dijadikan gambaran sepenuhnya mood kelompok ini. Menurut hasil kajian penganalisis politik terkenal, Profesor Abu Hassan Hasbullah, golongan pengundi berumur 21 hingga 40 tahun ini merupakan kelompok penentu dalam pilihanraya nanti nanti. Salah satu faktor yang boleh dianggap sebagai kekuatan PR di peringkat pusat pada masa ini ialah dengan menjadikan contoh kerajaan PR Pulau Pinang yang dianggap berjaya menguruskan pentadbiran negeri yang dianggap cemerlang berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara. Pada masa ini kerajaan PR Pulau Pinang dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk memperolehi mandat semula dalam pilihanraya umum berbanding Selangor walaupun kerajaan negeri di bawah pimpinan Lim Guan Eng itu turut diserang dari segenap sudut. Serangan bertali arus Umno terhadap kerajaan negeri dianggap tidak mampu memberi kesan yang maksima terhadap pengundi majoriti berbangsa Cina di Pulau Pinang berbanding serangan yang sepatutnya datang dari parti Gerakan. Umno, dengan berbekalkan isu yang banyak menyentuh kepentingan kaum Melayu sahaja, maka isu yang dibawakan oleh Umno telah gagal menarik perhatian masyarakat bukan Melayu di Pulau Pinang. Bagaimanapun, Gerakan yang sepatutnya memegang peranan sebagai penyerang utama bagi menarik kembali sokongan majoriti bukan Melayu Pulau Pinang bagi pihak BN berbanding Umno, ketika ini hanya mampu melancarkan serangan yang hambar. Sebenarnya keadaan ini wujud apabila Lim sendiri agak bijak meminimakan kesilapan percaturan tatkala membuat keputusan-keputusan penting, mampu menutup titik-titik kelemahan yang ada dan akhirnya menyempitkan peluang serangan di pihak pembangkang negeri itu. Secara umumnya, masyarakat Cina di Pulau Pinang dianggap tidak menghadapi sebarang masalah dengan kehadiran Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Bagi masyarakat Melayu dan India pula, pertambahan sokongan terhadap kepimpinan Lim dari golongan ini juga dikatakan meningkat ekoran beberapa pendekatan kerajaan negeri yang dilihat menguntungkan penduduknya. Faktor kerajaan negeri yang berbelanja dengan berhemah, menaikkan peruntukan kepada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, sekolah agama dan madrasah, keupayaan memberi bonus tahunan, satu-satunya kerajaan negeri yang memberi bonus tahun baru hijrah dan lain-lain telah berjaya memikat hati pengundi golongan ini. Kerajaan PR Selangor bermasaalah pertahankan kerajaannya? Kerajaan PR Selangor pula, walaupun bermula baik pada dua tahun pertamanya namun pada masa ini mulai dihantui dengan pelbagai kontroversi berhubung politik dalaman PKR. Menjadikan keadaan lebih malang lagi apabila kerajaan PR Selangor bukan sahaja terpaksa menghadapi serangan tanpa henti dari pihak lawan dari luar, malahan kewujudan 'parasit-parasit' di dalam kem lebih banyak menyumbang kepada kerosakkan dalam parti. Sekiranya PR gagal mempertahankan kerajaan di negeri terkaya negara ini, ianya bukanlah sekadar disebabkan serangan bertali arus atau kebangkitan Umno dan BN Selangor tetapi juga disebabkan pertelagahan sesama mereka sendiri. Tan Sri Khalid Ibrahim dianggap oleh sesetengah pihak di Selangor gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Besar dengan baik disebabkan terdapat gangguan daripada pihak dalaman PKR sendiri. Antara teori yang menjelaskan keadaan tersebut ialah tindakan Khalid yang tidak bertanding dalam perebutan jawatan timbalan presiden PKR walaupun sebelumnya telah menawarkan diri untuk menyertai persaingan itu. Khalid dikatakan menerima 'wahyu' supaya menyatakan kesediaan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dengan tujuan memancing Datuk Zaid Ibrahim keluar dari pertandingan jawatan nombor dua itu sekaligus memberi laluan mudah kepada Azmin Ali. Sebelum itu, Zaid berkata dalam satu kenyataan medianya, beliau akan menarik diri sekirannya Khalid turut menyertai persaingan tersebut dan memberi sokongan kepada Khalid. Bagaimanapun helah tersebut tidak berkesan apabila Zaid masih meneruskan hasratnya untuk bertanding dan memaksa Khalid menolak pencalonan di saat-saat akhir bagi mengelak perpecahan undi di cabang-cabang negeri Selangor dan menjejaskan peluang kemenangan Azmin. Sebelum itu, Zaid berkata dalam satu kenyataan medianya, beliau akan menarik diri sekirannya Khalid turut menyertai persaingan tersebut dan memberi sokongan kepada Khalid. Dari sudut kelebihan yang ada pada kerajaan PR Selangor pula, pada masa ini tertumpu kepada beberapa program yang dijalankan oleh kerajaan negeri khususnya berkaitan isu kembalikan hak air Selangor yang masih belum dapat dimuktamadkan lagi. Melalui isu air ini, masyarakat di Selangor lebih cenderung untuk memberikan sokongan kepada kerajaan negeri kecuali penyokong tegar dalam BN dan golongan kelas atasan. Juga merupakan bonus bagi PR apabila bekas Menteri Besarnya, Dato Sri Dr Khir Toyo terjerumus dalam dakwaan kancah rasuah dan bakal didakwa pada bulan Jun nanti. Harapan PR Selangor untuk kembali berkuasa selepas PRU-13 tetap masih ada walaupun mereka sendiri telah memilih jalan paling sukar dengan membiarkan permainan politik dalaman menguasai pentadbiran kerajaan negeri itu. Free Malaysia Today |
| Belasah Ahli Perniagaan, lima Polis Jahat didakwa Posted: 11 Jan 2011 02:47 AM PST Lima anggota polis hari ini dihadapkan ke mahkamah majistret Petaling Jaya hari ini berhubung dakwaan membelasah ahli perniagaan Chia Buang Hing, 35.Daripada lima anggota itu, empat konstabel didakwa mengikut seksyen 323, Kanun Keseksaan kerana dakwaan mencederakan mangsa. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu ke atas Chia di balai polis Kota Damansara daripada jam 12.30 pagi hingga 3 pagi pada 19 Disember tahun lalu. Keempat-empat mereka adalah Konstabel Mohd Azwan Hassan, Konstabel Norzali Rosle, Konstabel Ahmad Saifullah Osman dan Konstabel Alizulhafiz Abdul Ghafar. Mohd Azwan dan Norzali menghadapi pertuduhan kedua atas akta yang sama kerana mencederakan Chia di Jalan PJU 3/15, Persiaran Tropicana, Petaling Jaya antara jam 11.30 malam 18 Disember hingga 12.30 awal pagi hari keesokannya. Keempat-empat mereka mohon dibicarakan. Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Seorang lagi anggota yang didaakwa adalah lans korporal Mohadi Adam. Beliau turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama atas tuduhan mengingkari suatu arahan undang-undang di bawah Seksyen 20 (3) Akta Polis 1967, dengan mengetahui bahawa dengan keingkaran itu telah menyebabkan bencana kepada Chia. Mohadi mohon dibicarakan. Jika bersalah dia menghadapi hukuman penjara maksimun setahun, denda dan juga kedua-duanya. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Amirah Mohamed Yusoff memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM3,000 ke atas kesemua anggota polis itu. Peguam Suraj Singh yang mewakili Norzali dan Mohd Azwan dan peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili Ahmad Saifullah, Alizulhafiz dan Mahadi membantah permohonan itu atas alasan tiada peruntukan undang-undang untuk mengenakan jaminan bagi kesalahan saman. "Anak guam saya hadir ke mahkamah seawal 9 pagi selepas mereka menerima panggilan telefon daripada pihak polis dan hanya menerima surat saman beberapa minit sebelum prosiding kes itu pada 3.40 petang tadi. "Semua mereka hadir tanpa dipaksa walaupun surat saman belum dikemukakan kepada mereka," katanya. Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwaan untuk mengenakan jaminan terhadap kesemua anggota polis itu dan menetapkan 14 Feb untuk sebutan kes. Chia sebelum ini juga mendakwa anggota polis berkenaan bukan sahaja menyerang tetapi merompak wang tunai RM13,000 daripadanya. Malaysiakini |
| "Kontraktor Melayu Minta Maaf" the Video.. Posted: 10 Jan 2011 11:02 PM PST Pada 7 Januari lalu Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzil telah datang bersama kepimpinan persatuan berkenaan ke Pejabat Ketua Menteri di tingkat 28 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.Laporan dari HarakahDaily mengatakan Mohamed Fadzil dengan rombongan telah dating untuk berbincang dengan Ketua Menteri sendiri sebelum bertindak memohon maaf secara terbuka pada Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri kerana sering melemparkan kenyataan yang kadang-kadang tidak munasabah.(baca di SINI) Bagaimanapun keesokan harinya Sinar Harian edisi cetak (Maaf kalau silap) telah melaporkan Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, Datuk Mohmad Fadzil Hasan telah menafikan permohonan maafnya itu.. Dan sebuah blog Pro-UMNO menulis.. Perjumpaan yang pada mulanya atas dasar gentleman di antara Lim Guan Eng, KM Pulau Pinang dan AJK Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang telah berakhir dengan kenyatan Lim Guan Eng DAP yang didakwa memutarbelitkan 'maaf yang dihulurkan' oleh Datuk Mohamed Fadzil Hassan, Pengerusi Kontraktor Melayu Pulau Pinang!Bagaimanapun tindakan Datuk Mohamed Fadzil itu telah dibidas oleh Guan Eng dengan menyifatkannya sebagai 'tidak serupa bikin' "Kenapa beliau sanggup memutar belitkan kenyataan walhal beliau sendiri mengungkapkanya di hadapan media serta salah seorang Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malek Abul Kassim. "Kenapa beliau putar belitkan kenyataan yang dibuatnya sendiri. Tak apa kita ada bukti rakaman sidang media itu. Dan, ia boleh memalukanya dirinya sendiri," jelasnya. Lim tidak faham kenapa tiba-tiba Mohamed Fadzil bertindak seumpama itu dengan menggunakan media pro Barisan Nasional (BN) bagi memperbetulkan dirinya semula dengan membelakangkan fakta sebenar. Tak apa biar apapun yang dikatakan oleh Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzil itu.. lihat dan nilaikan sendiri apa yang terkandung dalam Video dibawah ini… Saksikan bermula pada minit yang ke 1:25 |
| "Tutup Kedai, Balik India".. Mana? tak dengarpun dalam Video ni.. Posted: 10 Jan 2011 07:24 PM PST Video diakhir entry.. kalau korang berjaya tunjukkan akan ada satu lagi PRK!! Mungkin kerana terasa dengan ayat "tutup kedai, balik India" (berita sila baca di SINI) Ahad lalu, Pemuda UMNO melalui Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata tindakan Ng secara kasar terhadap pemilik restoran dengan menyita serta merampas barangan di premis itu tanpa sebarang perbincangan juga adalah tidak wajar.Katanya "Beliau tunjuk sikap rakus... datang dengan gaya mafia dan mengarahkan penguatkuasa mengambil tindakan terhadap restoran terbabit," katanya kepada pemberita di sini. Ng, yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, didakwa mengeluarkan ungkapan "tutup kedai, balik India" terhadap pemilik restoran berkenaan pada Ahad lepas. Oleh itu Pemuda UMNO mendesak kerajaan negeri mengambil tindakan tegas terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsurkan perkauman terhadap peniaga nasi kandar Syed Kassali Mohamad Aliyar. Dan semalam pula The Malaysian Insider melaporkan (baca di SINI) Setiausaha politik Lim Guan Eng, Ng Wei Aik, yang didakwa berkata "tutup kedai, balik India" terhadap seorang pengusaha restoran nasi kandar di sini, bersedia untuk meletakkan jawatan jika ada bukti beliau mengeluarkan kenyataan berbaur rasis itu. Ini berikutan pada minggu yang lalu, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) mendesak Ng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar agar memohon maaf berhubung dakwaan beliau mengeluarkan ungkapan seumpama itu 2 Januari lalu. Pengerusi Badan Perhubungan Kimma Pulau Pinang, Faruk Raja Mohamed berkata, pihaknya memberi tempoh seminggu kepada Ng, setiausaha politik kepada Ketua Menteri berbuat demikian dan menarik balik kata-kata unsur perkauman itu. Ok.. kata Ng beliau akan letak jawatan kalau benar dakwaan itu.. dakwaan hendaklah disertakan dengan bukti kukuh seperti rakaman suara kalau setakat cakap-cakap saja tak payah nak dakwa.. Sekarang aku letakkan VideoClip dari Pisau.net (blogger upahan UMNO) yang memaparkan akan insiden tersebut, cuba korang dengar ada atau tidak Ng berkata "tutup kedai, balik India", kalau ada tulis dalam ruangan komen, pada minit keberapa beliau menyebutnya.. Dan tunjukkan juga dimana sikap rakus dan gaya Mafia sebagaimana yang dikatakan mamak Reezal itu.. |
| Rogol Amah : Siapa arahkan Sumati bercakap dalam Video ini? Posted: 10 Jan 2011 09:40 AM PST Beberapa hari yang lalu setelah melebihi dua minggu isu Menteri Rogol Amah dibangkitkan, Najib telah mempersoalkan kenapa isu Menteri merogol Amah ini ditimbulkan sekarang sedangkan kes tersebut dikatakan telah berlaku pada tahun 2007?Agak lama masa yang diperlukan untuk menafikan itu,mungkin kerana penasihatnya pada ketika isu ini dibangkitkan sedang bercuti bagi merayakan Krismas dan juga sambutan tahun baru, jadi masa yang diperlukan oleh Najib dan Rais untuk menafikannya agak panjang. Keesokan harinya secara tiba-tiba muncul video (lihat video di bawah) Sumati yang dikatakan pernah berkerja untuk Rais Yatim menafikan tuduhan bahawa Menteri itu telah merogol Robengah kerana menurutnya sepanjang lapan tahun berkhidmat di rumah Rais beliau tidak pernah mendengar sebarang cerita mengenai rogol ini.. Video yang memaparkan Sumati iaitu sahabat kepada Robengah yang dikatakan sebelum ini diperkosa oleh seorang Menteri telah disiarkan oleh kebanyakkan blog-blog UMNO pada 6 Januari yang lalu. Kedua-dua mereka dipercayai telah berkerja untuk Rais Yatim, Menteri dari Zaman Pak Lah yang masih digunapakai oleh Najib. Kata Sumati dalam video itu "Sepanjang saya berkerja di sini, saya tidak pernah mendengar sebarang cerita tentang kejadian rogol". Adalah memadai bagi sesetengah media untuk melaporkan bahawa Rais tidak merogol amah itu kerana sahabat amah itu sendiri iaitu Sumanti juga telah menafikan insiden rogol itu. Lebih menakjubkan lagi bila lokasi Sumati bekerja sekarang berjaya dikesan dengan begitu cepat untuk diadakan sidang media bagi menyokong penafian Rais. Dan Sumati pula kelihatan amat bersedia bagi membuat kenyataan untuk menyokong penafian Rais itu, seolah-olah beliau telah mengikuti isu ini sejak dari mula ianya tersebar di internet. Jadi bagaimana pula kita boleh memastikan yang Sumati itu adalah benar-benar rakan kepada Robengah. Dan yang lebih penting siapa memberikan arahan kepada Sumati agar bercakap bagi pihak Robengah? Jangan lupa baca juga kisah dibalik pintu di SINI |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan