Anak Sungai Derhaka |
- Sejarah mengatakan Penderhaka itu UMNO!!
- PRK Tenang : 35 orang Asal di DUN Tenang sertai KEADILAN
- Rogol Amah : Ada yang terselamat nampaknya..
- PRK Tenang : UMNO mula ugut orang kampung
- PRK Tenang : Pengarah Pelajaran gila nak jadi Ahli Politik (Video Inside)
- 1998, Clinton denied having had an affair with Monica
- Rumah Rocky's Bru dipecah masuk.
- Di mana peruntukan hampir RM1 bilion Skim Penstabilan Harga Minyak Masak?
- Rais baru sembuh dari ‘demam panas’ ?
- 'Balik India' : ADUN Komtar nafi menyebutnya..
| Sejarah mengatakan Penderhaka itu UMNO!! Posted: 07 Jan 2011 03:13 AM PST By: Khairul Anuar Othman Mereka cuba memainkan sentimen bahawa sekarang ada pihak yang hendak menggugat Raja-Raja Melayu. Tindakan Umno sama seperti pepatah Arab yang mengatakan "dia pukul aku, dia menangis, dia maki aku maka dia mengadu orang yang maki dia". Sebenarnya pemimpin Umno silap, bahawa sejarah tidak boleh menipu, walaupun pemimpin Umno kaki penipu dan putar alam dalam isu Raja-Raja Melayu. Di bawah ini sebagai bukti yang menghina Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno. 1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar dibuang daripada Istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta. 2. Tahun 1974, Tan Sri Ghazali Jawi (bapa Datuk Seri Tajol Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya? Tiba-tiba Datuk Seri Tajol Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.(UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya. 3. Begitu juga pada tahun 1979 kes Datuk Rahim Bakar bekas Menteri Besar Pahang yang berselisih dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka. 4. 1983 Umno hendak meminda supaya kuasa Yang di-Pertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut. 5.P ada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan. 6. Dalam Persidangan Agung Umno juga, perwakilan Umno meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan. Apakah ini bukan derhaka? 7. Satu demonstrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas? Apakah ini bukan derhaka namanya? 8. Pada 18 Januari 1993, Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dibawa ke mahkamah. Apabila Raja-Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja. (BH 19/1/1993) 9. Beberapa siri rapat umum haram Umno di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Tun Mahathir dan mengecam Raja-Raja Melayu. 10. Sebab itu Ku Li dengan sinis menyatakan "Mana satukah yang lebih merbahaya Pindaaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat pada Sultan Perak pada 6/2/09. Ku Li tidak bersetuju dengan tindakan Karpal saman Sultan Perak, tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang pemimpin Umno yang beri laluan pada tahun 1993. (Star On Line 17/2/09). Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno kena buat demo depan pejabat Umno. Saya yakin hak yang pergi demo itu memang zero IQ, yang tidak sedar bahawa pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh dibawa ke mahkamah. 11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Petra untuk mengganti Sutan Ismail Petra pada 29 April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Datuk Annuar Musa. Ini lagi memalukan, apakah ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya? Budaya mana pemimpin umno ambil? 12. Kenyataan biadab Shahidan Kasim, bekas MB Perlis mengatakan "Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dia ada bukti" (BH 11 Jun 1993.) 13. Datuk Mohd Taib kata Nizar derhaka. Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka? 14. 23 daripada 24 Adun BN Terengganu ugut boikot angkat sumpah Datuk Ahmad Said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Idris Jusoh juga jadi MB Terengganu. Manakala penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina sultan? Apakah pihak polis buta sampai tidak tahu siapa yang pegang kain rentang yang menghina sultan sebagai binatang? Kenapa polis boleh tangkap mereka yang demo di depan Istana Kuala Kangsar pada 6 Feb 2009. 15. Datuk Seri Shahidan Kassim boikot perlantikan Dr Mohd Isa Sabu sebagai MB Perlis. Bukankah ini derhaka namanya? 16. Tan Sri Rahim Tamby Chik sewaktu menjadi Ketua Menteri Melaka meminta supaya amalan panggilan 'patik' yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan 'saya tuanku'. BH 3/2/1993. Ini ungkapan yang biadab dan derhaka kepada Raja Melayu. 17. Datuk Zahid Hamidi ketika menjadi ketua pemuda Umno mencabar supaya Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra turun takhta kerana beliau bukan waris yang sah (BH 11/2/1993). Ini sikap biadab yang ditunjukkan oleh Zahid Hamidi terhadap sultan yang cuba campur tangan soal pelantikan Raja-Raja Melayu. Banyak kenyataan yang berupa penghinaan kepada Raja-Raja Melayu ketika pemimpin Umno bergaduh dengan Raja-Raja Melayu. Dr Mahathir mengatakan Raja tidak henti meminta daripada kerajaan BH 30/1/1993. Berita Harian pada 23/1/1993 mengaibkan mendedahkan pesta arak di majllis sultan dan membawa perempuan cantik kadang-kadang lapan orang. Sekarang jelas siapa derhaka dan tidak hormat Raja. Siapakah penderhaka sebenarnya di negara ini? Jawabnya tentulah pemimpin Umno. Pemimpin Umno hanya menggunakan istana untuk talian hayat mereka sahaja. Mereka bukan jujur, merekalah yang menjatuhkan martabat Raja-Raja Melayu. |
| PRK Tenang : 35 orang Asal di DUN Tenang sertai KEADILAN Posted: 07 Jan 2011 01:29 AM PST Sidiqin Omar 7 Jan 2011 TENANG: Muak dengan janji-janji kerajaan Umno Barisan Nasional (BN), sekumpulan orang Asal dari Kampung Segamat Kecil, Tenang menyertai KEADILAN. Seramai 35 orang menyerahkan 35 borang kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis makan malam bersama masyarakat Cina, di Restoran G & D di pekan Tenang, malam tadi. Seorang wakil masyarakat orang Asal, Azhar Pek, 33, berkata kerajaan Johor mahupun kerajaan Persekutuan sentiasa mengabaikan kebajikan dan pembangunan di kawasan yang diduduki orang Asal dan hanya datang menghulur bantuan menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang. Beliau yang berasal dari suku Jakun berkata, pelbagai masalah orang Asal belum diselesaikan sehingga kini, antaranya berkaitan pemilikan tanah adat. "Semenjak merdeka sehingga ke hari ini, perkara berkenaan masih belum selesai. Rumah dan kampung yang kami duduki sekarang ini adalah dalam rizab JHEOA (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli). "Itu tak termasuk lagi hal-hal asas seperti jalan raya, bekalan air, dan talian elektrik. "Janji hanya tinggal janji. Dari wakil rakyat yang dahulu hingga kini, apa yang dijanjikan waktu pilihanraya atau pun bukan (musim pilihanraya) tidak ditunaikan. Azhar berkata, gelombang kebangkitan orang Asal di seluruh Semenanjung turut melanda Tenang, terutama golongan muda yang mulai sedar hak mereka dan muslihat Umno BN yang melengah-lengahkan kemajuan golongan orang Asal. "Untuk DUN Tenang ini, akan ada lagi kemasukan ke dalam KEADUILAN. Kita tunggu masa sahaja," jelas Azhar. KeadilanDaily |
| Rogol Amah : Ada yang terselamat nampaknya.. Posted: 07 Jan 2011 12:59 AM PST Demi menghormati hak seorang amah Indonesia yang didakwa dirogol oleh seorang menteri Malaysia, NGO - Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta memutuskan utuk tidak akan membawa perkara berkenaan kepada mahkamah, lapor Kompas.com."Kami berada pada posisi menghormati permintaan mangsa supaya kes ini tidak dihebahkan dan dibawa ke muka pengadilan," kata penganalis dasar, Migrant Care, Wahyu Susilo, hari ini dalam sidang media di Warung Daun, Cikini, Jakarta. Menurut Wahyu, Migrant Care berharap kejadian itu dijadikan teladan kepada kerajaan Indonesia supaya tidak mengabaikan nasib pekerjanya di luar negara. "Pemerkosaan perlu dibuktikan dan harus ada laporan sebelum membolehkan tindakan lanjut diambil. Tetapi sehingga malam semalam, mangsa masih belum mahu membuat laporan, maka kami hanya menghormati. "Saya kira dalam keadaan ini kami tidak boleh ke mahkamah tetapi hanya ingin menegakkan hak asasi manusia dan mahu kes tersebut dijadikan pelajaran kepada kedua-dua kerajaan untuk benar-benar serius soal perlindungan buruh asing," katanya. Wahyu juga mengakui memang tidak ada tindakan yang boleh diambil pihaknya dan kerajaan Indonesia. "Mereka (Kerajaan Malaysia) juga tidak boleh berbuat apa-apa, kerana laporan kami sifatnya hanya untuk melindungi mangsa yang saat itu belum ada Lembaga Perlindungan Saksi dan Korban," kata Wahyu. Ditanya wartawan mengenai kemungkinan mangsa disogok wang untuk menutup kes berkenaan, Wahyu berkata mereka tidak dimaklumkan mengenainya. "... hanya terima gajinya yang jadi haknya. Tidak ada masalah penggajian. Setelah laporan ini dibuat di tahun 2007, kami tidak pernah juga memberitahu atau berhubungan dengan menteri itu," kataya. Menurut Wahyu, yang penting, mangsa sekarang berada di tempat yang aman dan sudah kembali ke Indonesia pada tahun 2007. "Tapi lagi-lagi kami tidak boleh memberitahu keadaannya," kata Wahyu. Malaysiakini |
| PRK Tenang : UMNO mula ugut orang kampung Posted: 07 Jan 2011 12:25 AM PST KUALA LUMPUR : Walaupun hari penamaan calon belum tiba, pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang didakwa mula menerima ugutan daripada Umno supaya tidak memihak kepada PAS.Pengarah Operasi Pilihan Raya Kecil (PRK) PAS Dun Tenang, Onn Jaafar mendakwa ugutan tersebut dilakukan ke atas orang-orang kampung sekarang. "Kami mendapat laporan, sekarang ini Umno mula mengugut orang kampung supaya tidak mengundi PAS," katanya semasa dihubungi Harakah Isnin lalu. Dengan itu katanya, menunjukkan Umno sedang berkempen di Dun Tenang biarpun masa berkempen yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum tiba. Sebaliknya beliau berkata, PAS hanya menjalankan gerak kerja di kesemua Unit Peti Undi (UPU) yang berjumlah 12 lokasi, "Kita belum berkempen lagi cuma kita bermesra dengan masyarakat dahulu," ujarnya. Menurutnya, petugas-petugas luar pun belum turun lagi dan mungkin mereka akan turun selepas hari penamaan calon yang jatuh pada 22 Januari depan. Mengulas mengenai persoalan gender dalam menentukan calon Onn berkata, semua kriteria sama ada lelaki atau wanita ada dalam senarai calon PAS. Calon-calon itu katanya, orang tempatan dan memenuhi semua kategori. Sumber : Blog Rasmi PRK Tenang |
| PRK Tenang : Pengarah Pelajaran gila nak jadi Ahli Politik (Video Inside) Posted: 06 Jan 2011 10:41 PM PST PAS Johor hari ini membuat laporan polis mendakwa Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran mengajak pengetua dan guru sekolah di sekitar DUN Tenang merayu undi untuk membantu BN dalam pilihan raya kecil hujung bulan ini.Laporan polis itu dibuat oleh timbalan pesuruhjaya PAS Johor Zulkefli Mohamad di Balai Polis Labis kira-kira jam 10.45 pagi ini. Turut hadir bersama-samanya, pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mahfodz Mohamed dan ketua penerangannya Mazlan Aliman. Dalam laporan polis itu, Mazlan mendakwa Markom telah menyalahgunakan kuasa sebagai pengarah pelajaran Johor untuk berkempen secara terang-terangan untuk BN. Zulkefli juga turut menyerahkan rakaman video yang didakwa menunjukkan Markom berucap kepada para guru untuk tujuan tersebut. "Bagi PAS, tindakan Haji Markom sangat bertentangan dengan etika sebagai penjawat awam yang tertakluk kepada peraturan 21 bagi pegawai pengurusan tertinggi dan profesional. "Bagi (jawatan berpangkat) DG 54, mereka tidak boleh membuat kenyataan yang menyebelahi mana-mana parti politik atau menerbitkan risalah, atau merayu undi atau bertindak merayu dalam pilihan raya," kata Mazlan. Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat mendakwa Markom turut berkempen di beberapa buah sekolah di sekitar DUN Tenang. Dakwanya, bukti yang diperolehi menunjukkan Markom pernah berkempen di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah, Labis pada 31 Disember lalu dan empat buah sekolah kebangsaan di sekitar DUN Tenang pada 3 Januari lalu. "Semua pertemuan ini, (guru-guru) diminta menyokong BN," kata Mazlan. "Kita mempunyai rakaman video bagaimana beliau memberi tekanan kepada guru merayu undi untuk BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang," katanya. Sehubungan itu, katanya, PAS meminta polis menjalankan siasatan dan mendesak supaya Markom dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib. Ini kerana, katanya, Markom "menjejaskan reputasi Jabatan Pelajaran dan menunjukkan contoh yang tidak baik kepada guru-guru". Dalam perkembangan berkaitan, Mazlan berkata pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas untuk memantau pegerakkan agensi kerajaan yang berkempen dalam pilihan raya kecil tersebut. "Sebanyak 20 pemantau telah dilantik yang diletakkan di bawah (pengawasan) saya (sebagai ketua penerangan). Kita sudah mula memantau aktiviti jentera kerajaan. "Kita guna maklumat (yang diterima) dan serahkan kepada polis, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap minggu," katanya. |
| 1998, Clinton denied having had an affair with Monica Posted: 06 Jan 2011 08:36 PM PST Lewinsky scandal sensation that enveloped the presidency of Bill Clinton in 1998–99, leading to his impeachment by the U.S. House of Representatives and acquittal by the Senate.Paula Corbin Jones, a former Arkansas state worker who claimed that Bill Clinton had accosted her sexually in 1991 when he was governor of Arkansas, had brought a sexual harassment lawsuit against the president. Seeking to show a pattern of behavior on Clinton's part, Jones's lawyers questioned several women believed to have had a liaison with him. On Jan. 17, 1998, Clinton himself was questioned, becoming the first sitting president to testify as a civil defendant. In his testimony, Clinton denied having had an affair with Monica S. Lewinsky, an unpaid intern and later a paid staffer at the White House, in 1995–96. Lewinsky had earlier, in a deposition in the same case, also denied having such a relationship. Kenneth Starr, the independent counsel in the Whitewater case, had previously received tape recordings made by Linda R. Tripp (a former coworker of Lewinsky's) of telephone conversations in which Lewinsky described her involvement with the president. Asserting that there was a "pattern of deception," Starr obtained from Attorney General Janet Reno permission to investigate the matter. The president publicly denied having had a relationship with Lewinsky and charges of covering it up. His adviser Vernon Jordan denied having counseled Lewinsky to lie in the Jones case, or having arranged a job for her outside Washington, to help cover up the affair. Hillary Clinton claimed that a "vast right-wing conspiracy" was trying to destroy her husband, while Republicans and conservatives portrayed him as immoral and a liar. In March, Jordan and others testified before Starr's grand jury, and lawyers for Paula Jones released papers revealing, among other things, that Clinton, in his January deposition, had admitted to a sexual relationship in the 1980s with Arkansas entertainer Gennifer Flowers, a charge he had long denied. In April, however, Arkansas federal judge Susan Webber Wright dismissed the Jones suit, ruling that Jones's story, if true, showed that she had been exposed to "boorish" behavior but not sexual harrassment; Jones appealed. In July, Starr granted Lewinsky immunity from perjury charges, and Clinton agreed to testify before the grand jury. He did so on Aug. 17, then went on television to admit the affair with Lewinsky and ask for forgiveness. In September, Starr sent a 445-page report to the House of Representatives, recommending four possible grounds for impeachment: perjury, obstruction of justice, witness tampering, and abuse of authority (in claiming executive privilege and other actions). The report, detailed not only in its reporting of claimed misdeeds but also its description of sexual acts, was condemned by many as prurient. The House Judiciary Committee considered the report in October and November. In mid-November it sent Clinton 81 formal inquiries; his answers, seen as legalistic and combative, were thought to hurt his case. On Dec. 12, in party-line votes, the committee approved four impeachment counts, rejecting a resolution of censure drafted by Democrats as an alternative. House Republicans had unexpectedly lost seats in the Nov. elections, and it was widely held that the impeachment proceeding was one reason, since polls showed the public did not favor impeachment. It was also said that there was no chance the Senate would convict on any charge. The White House hoped that these facts and its own campaign against impeachment would prevent it, but on Dec. 19 Clinton became the second president (after Andrew Johnson) to be impeached, on two charges: perjury—in his Aug., 1998, testimony—and obstruction of justice. The vote, again, was largely along party lines. In Jan., 1999, the trial began in the Senate. On Jan. 12, Clinton settled the Paula Jones suit, disposing of any threat her case might hold for him. On Feb. 12, after a trial in which testimony relating to the charges was limited, the Senate rejected both counts of impeachment. The perjury charge lost, 55–45, with 10 Republicans joining all 45 Democrats in voting against it; the obstruction charge drew a 50–50 vote. Subsequently, on Apr. 12, Judge Wright, who had dismissed the Jones case, found the president in contempt for lying in his Jan., 1998, testimony, when he denied the Lewinsky affair. In July, Judge Wright ordered the president to pay nearly $90,000 to Ms. Jones's lawyers. During that same month a Maryland grand jury indicted Linda Tripp for illegally taping phone calls (Tripp had been granted immunity from federal prosecution but not from state charges), but the charges were later dropped when crucial evidence was ruled inadmissable. On Jan. 19, 2001, the day before he left office, President Clinton agreed to admit to giving false testimony in the Jones case and to accept a five-year suspension of his law license and a $25,000 fine in return for an agreement by the independent counsel, Robert W. Ray (Starr's successor), to end the investigation and not prosecute him. Read more: Lewinsky scandal — Infoplease.com |
| Rumah Rocky's Bru dipecah masuk. Posted: 06 Jan 2011 07:36 PM PST 2011/01/07 KUALA LUMPUR: Rumah Penasihat Editorial Kumpulan Malay Mail Datuk Ahirudin Attan yang juga dikenali sebagai blogger Rocky's Bru dipecah masuk dan kereta Peugeot 470 miliknya dicuri awal pagi ini, di Taman Damai Utama, Puchong.Ahirudin, 49, yang juga Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan ketika dihubungi Bernama berkata, kejadian itu berlaku sekitar 3 pagi ketika beliau, isteri dan ibu mentua, dan tiga anak serta tiga anak saudara, sedang tidur. "Kejadian itu disedari apabila ibu mentua saya bangun kira-kira 5 pagi dan melihat pintu utama rumah terbuka luas," katanya. Ahirudin berkata bahawa sebaik menyedari perkara itu, ibu mentuanya memanggilnya dan beliau mendapati keretanya yang bernilai lebih RM100,000 dilarikan penjenayah. Turut dibawa lari jam tangan isterinya yang diletakkan di atas meja di ruang tamu. "Mungkin barang rumah kami tak banyak, jadi bila nampak kunci kereta mereka terus mengambilnya. Saya bertanya kepada pengawal keselamatan di kawasan perumahan ini dan mereka nampak kereta saya dibawa keluar kira-kira jam 3 pagi," katanya. Ahirudin berkata kawasan perumahannya itu yang terletak dalam Bandar Kinrara baru tiga bulan menggunakan perkhidmatan pengawal keselamatan untuk menjaga kawasan itu. Ketua Polis Dearah Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias ketika dihubungi berkata polis sedang menyiasat kes itu. BERNAMA |
| Di mana peruntukan hampir RM1 bilion Skim Penstabilan Harga Minyak Masak? Posted: 06 Jan 2011 07:28 PM PST KUALA LUMPUR: Harga minyak masak di negara ini tidak sepatutnya dinaikkan memandangkan kerajaan melalui Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi memperuntukkan sebanyak hampir RM1 bilion bagi tujuan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) semasa pembentangan bajet 2011."Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi telah memperuntukkan RM927 juta untuk tujuan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak. Belanja ini adalah hampir RM1 bilion dari bajet keseluruhan kementerian berkenaan," kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail. Beliau mempersoalkan di mana peruntukan bagi skim berkenaan yang dibentangkan bagi mengawal harga minyak masak yang kini berhadapan dengan krisis kekurangan bekalan barangan kawalan itu dipasaran. "Perkara ini yang sebenarnya tidak disedari rakyat di negara ini. Apabila skim ini diumumkan kerajaan, pemain industri ini ternanti-nanti suntikan dana dari skim ini yang menyebabkan berlaku kekurangan bekalan dan belian panik," jelas beliau. Menurutnya, COSS tidak membantu secara terus kepada pengguna tetapi hanya memberi keuntungan kepada pemain-pemain industri di peringkat atasan seperti pengeluar, pengilang dan pemborong pukal. "Skim ini berhubung secara terus dengan pembekal, pengedar, pengilang yang tidak ada kaitan dengan peruncitan dan pengguna. Contohnya seperti pemborong pukal dan sektor pengedaran yang di peringkat atas. Mereka ini yang menerima peruntukan berkenaan," katanya kepada Keadilandaily.com. Menurutnya, kaedah ini sama seperti pemberian subsidi kepada Syarikat tenaga bebas (IPP) yang lebih menguntungkan pemain industri berkenaan. Sementara itu, Azan berkata kenaikan dalam Indeks Harga Pengguna (CPI) yang meningkat sebanyak 2.23 peratus daripada 1.9 peratus sepertimana yang diumumkan dalam Laporan Ekonomi kerajaan 2010, akan melonjakkan peningkatan belanja isi rumah, ditambah pula dengan peningkatan harga barangan disebabkan peningkatan cukai perkhidmatan. Menurutnya, perkara itu diperkukuhkan lagi dengan laporan Bank Dunia dan Bank Negara Malaysia dalam laporan suku terakhir menyatakan hutang perbelanjaan isi rumah di Malaysia adalah yang tertinggi di dunia. Menurutnya, indikator terbaru dari maklumat yang diperolehinya pula menunjukkan unjuran CPI kemungkinan mencecah sehingga tahap 3.33 peratus bagi tahun ini. Manakala cukai perkhidmatan pula naik sebanyak 1 peratus dari 5 kepada 6 peratus, akan terus membebankan pengguna dan meningkatkan perbelanjaan isi rumah. "Asas cukai perkhidmatan yang naik dari 5 peratus kepada 6 peratus sebenarnya meningkatkan kira-kira 25 peratus perbelanjaan isi rumah di negara kita. Kenaikan ini menyebabkan kenaikan kos sara hidup sebanyak 25 peratus dalam setiap isi rumah sekiranya tiada penambahan pendapatan sebanyak 25 peratus lagi. "Sebagai contoh mudah, sekiranya seseorang individu membelanjakan RM100, dia terpaksa meningkatkan sebanyak RM1 untuk cukai perkhidmatan dari RM5 kepada RM6. kenaikan RM1 dari RM5 Ini bermakna kenaikan perbelanjaan tersebut naik sebanyak 20 hingga 25 peratus dari nilai RM5 yang dibelanjakan," katanya. "Jadi sekiranya berlaku kenaikan mendadak perbelanjaan isi rumah ini akan menyebabkan terbentuknya kitaran hutang belanja isi rumah yang tinggi yang akan menyebabkan usaha kerajaan untuk mencapai tahap negara penduduk berpendapatan tinggi gagal," ujarnya. Selain itu, katanya, kerajaan pula memindahkan beban cukai perkhidmatan dengan cara mengurangkan cukai import barangan sebanyak 300 item kepada golongan kaya yang menyebabkan harga barangan import bertambah murah. "Golongan yang mendapat faedah ialah golongan kaya yang mendapat barangan import dengan harga yang lebih murah. Golongan kaya ini populasi mereka hanya 10 peratus dari jumlah penduduk. Manakala golongan miskin dan sederhana pula adalah 90 peratus. Jadi dengan kata lain kerajaan telah memindahkan beban cukai perkhidmatan ini kepada golongan miskin," katanya. Keadilandaily |
| Rais baru sembuh dari ‘demam panas’ ? Posted: 06 Jan 2011 07:11 PM PST Harakahdaily KUALA LUMPUR, 7 Jan: Drs Khalil Idham Lim menyifatkan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim sudah sembuh dari 'demam panas' dengan memberi kenyataan yang menafikan dakwaan terlibat dalam satu kes pada 2007 lalu.Katanya, sehari selepas itu dia cuba menyerang Pakatan Rakyat dengan lupa bahawa masalah yang membelit dirinya tidak akan berakhir dengan penafian. Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak itu menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Rais yang mendakwa kononnya Pakatan Rakyat dalam keadaan terdesak dan 'tersudut' sehingga sanggup bertindak di luar adab serta menyalahgunakan laman web termasuk khidmat blogger upahan. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata, dengan munuduh tanpa bukti yang kukuh kononnya tindak tanduk tidak beradab Pakatan Rakyat termasuk mencerca kesultanan atau mempertikai konvensyen dan perlembagaan. Malah, katanya, yang ketara ketika ini dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor. "Yang menghairankan saya adakah Rais ingat dengan menafikan dia sudah jadi bersih macam bayi yang baru dilahirkan sedangkan dia juga tidak sedikitpun nampak berani untuk menggunakan segala bala tentera yang ada kementeriannya untuk menampilkan blogger dan apa saja pihak yang didakwanya memfitnah beliau ke muka pengadilan," kata Khalil kepada Harakahdaily. Justeru itu, beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak mencabar Rais yang baru dapat ilham untuk menyerang kembali Pakatan Rakyat apabila baru menafikan skandalnya untuk mendakwa para blogger yang dianggap sebagai upahan. Tambahnya, atau paling kurang membuat laporan polis untuk mereka disiasat dengan undang-undang yang ada bagi memastikan dakwaan Pakatan Rakyat mengupah mereka benar atau tidak. "Tetapi setahu saya Rais pun sudah tidak sanggup untuk mengupah mana-mana blogger yang pro Umno kerana usianya dalam kabinet Najib nampaknya semakin singkat dengan isu tersebut. "Malah saya meneliti banyak dari blogger Umno yang nampak seiring dengan blogger pro Pakatan dalam isu tersebut," katanya yang juga Adun Titi Serong. Baginya, lebih baik Najib menasihatkan Rais agar duduk diam dahulu sebelum banyak lagi telur busuk dilempar kepadanya, nanti busuknya akan merebak sehingga ke Dun Tenang. Khalil menambah, dan tidak mustahil sampai PRU ke 13 untuk membuktikan itulah watak sebenar pimpinan BN yang pandai berlakon demi untuk kekal berkuasa. |
| 'Balik India' : ADUN Komtar nafi menyebutnya.. Posted: 06 Jan 2011 05:47 PM PST Ng Wei Aik telah mengarahkan peguamnya supaya menghantar surat tuntutan terhadap Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) kerana menuduh beliau menggunakan perkataan "tutup kedai, balik India, terhadap pemilik restoran, Syed Kassali Mohamad Aliyar sedangkan beliau tidak menyebutnya.. Haa.. tengok, betapa cepatnya beliau menafikan, tak perlu mengambil masa yang panjang untuk merancang bagaimana untuk menjawab.. Saya tak sebut 'balik India', kata ADUN Komtar ADUN Komtar Ng Wei Aik telah mengarahkan peguamnya supaya menghantar surat tuntutan terhadap Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) kerana menuduh beliau mengeluarkan kenyataan rasis untuk menghina umat Islam di Pulau Pinang. Ng, yang juga setiausaha politik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng, mahu kongres itu menjelaskan, menarik kembali dan memohon maaf kerana menuduhnya menggunakan perkataan "tutup kedai, balik India, terhadap pemilik restoran, Syed Kassali Mohamad Aliyar . Ng dilaporkan telah mengeluarkan kata-kata tersebut terhadap beberapa pekerja Syed Mohamad ketika menutup kedai nasi kandar bersama-sama dengan pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang dua hari lalu. Ditanya wartawan di Pulau Pinang mengenainya, Ng mengulangi apa yang ditulis dalam tweetnya pagi ini di mana beliau bersumpah tidak pernah mengatakan 'balik India' terhadap sesiapa pun. Ng berkata, beliau berada di premis tersebut pada malam berkenaan ketika dia dituduh mengeluarkan kata-kata tersebut apabila berlaku satu kemalangan di sana, yang melibatkan sebuah kereta dan sebuah warung pemilik berkenaan. "Kereta itu telah melanggar sebuah gerai yang dimiliki oleh restoran itu... nasib baik ia tidak melanggar pelanggan mereka... Jika tidak, apakah pemilik kedai itu boleh dipertanggungjawabkan?" soalnya. "Jadi, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kami terpaksa membuang sebarang halangan di sepanjang kedai tersebut untuk menjaga keselamatan awam," katanya sambil menambah, tindakan itu boleh dipertahankan dan pihaknya tidak melanggar sebarang undang-undang. "Saya tidak pernah menyebut India atau orang India ketika kejadian tersebut... kita mengambil tindakan bukan kerana seseorang itu Melayu, Cina atau India ... tapi menurut undang-undang." Ng berkata, jika benar beliau menyebut kata-kata rasis tersebut, maka sudah tentu pemilik kedai itu atau kumpulan Melayu-Muslim akan terus bertindak. "Mengapa Kimma hanya bertindak sekarang? Sesudah tiga hari," katanya. "Saya yakin Kimma tidak akan boleh menjawab soalan ini," tambahnya. Semalam, pengerusi Kimma Pulau Pinang, Faruk Raja Muhammad mempersoalkan sama ada seseorang wakil rakyat boleh melemparkan ucapan rasis dan bertindak kasar terhadap rakyat. "Dia tidak profesional dalam melaksanakan tugasnya," kata Faruk kepada wartawan semalam. Oleh itu, katanya, Kimma mahu kerajaan negeri bertanggungjawab terhadap tindakan tersebut dan memohon maaf kepada masyarakat India Muslim di negara ini. Malaysiakini |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









Tiada ulasan:
Catat Ulasan