Khamis, 6 Januari 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Rogol Amah : Mana SKMM? Kenapa Rais lambat menafikan? tanya Rocky Bru

Posted: 06 Jan 2011 03:30 AM PST

Sebelum itu... aku jealous tengok gambar kat bawah ni..


Datuk Ahirudin Atan (Rocky) bersama TG Nik Aziz

Ada pihak yang memberikan jawapan tentang kenapa Rais Yatim mengambil masa yang panjang untuk menafikan tuduhan Merogol Amah yang dilemparkan terhadapnya oleh Rocky Bru..

Katanya pada masa Rocky Bru menyiarkan artikel mengenai isu ini, Rocky Bru hanya menulis "seorang menteri" telah terlibat dalam kes rogol pembantu rumah pada tahun 2007 dan bukannya ditulis Rais Yatim telah terlibat dalam kes rogol pembantu rumah pada tahun 2007.


Rasanya nama Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim itu telah mula tersebar dan menjadi bahan siaran selepas tiga hari sahaja Rocky Bru menyiarkan artikelnya itu..

Nama Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim itu walaupun telah dihitamkan tapi bayangnya masih kelihatan pada dokumen terakhir yang disiarkan oleh BigDogDotCom.. kemudiannya tersebar didalam artikel ini "Nah!! Nama menteri itu jelas terpapar dalam laporan ini" pula..

Kalau dikira dari tarikh dokumen itu disiarkan oleh BigDogDotCom iaitu 28 Disember hingga ke semalam iaitu 05 Januari 2011 ianya lebih kurang satu minggu..

Satu minggu?? Lama lah tu.. kalau nak dibandingkan dengan penafian yang Anwar buat mengenai pendedahan oleh WikiLeaks bahawa beliau telah masuk perangkap liwat yang hanya dinafikan dalam masa kurang dari 24 jam rasanya..


Dakwaan amah dirogol: Mana SKMM, tanya Rocky

Penulis blog, Datuk Ahirudin Atan mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) lambat bertindak berhubung dakwaan terhadap menterinya, Datuk Seri Rais Yatim berkaitan kes rogol membabitkan seorang amah Indonesia.

Sedangkan, katanya, SKMM tangkas bertindak ke atasnya apabila menteri yang bertanggjungjawab ke atas suruhanjaya itu membuat laporan polis ke atasnya sebelum ini.

"Dakwaan yang dibuat dalam blog itu di dalam bidang kuasa SKMM, jadi mereka mesti siasat," kata Ahiruddin (foto atas bersama TG Nik Aziz) ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, SKMM perlu menjalankan siasatan memandangkan Rais ketika menafikan dakwaan tersebut semalam mendakwa, ia antaranya dicetuskan oleh "penulis liar blog di Internet."

Katanya, SKMM perlu segera menyiasat dakwaan berkenaan, sepertimana yang dilakukan suruhanjaya itu ke atasnya berhubung satu tulisannya pada Oktober tahun lalu di laman Rocky's Bru.

"Jika tidak, ia akan menunjukkan double standard kerana dakwaan itu melibatkan menteri yang bertanggungjawab ke atas SKMM," kata Ahirudin yang juga penasihat editorial kumpulan akhbar The Malay Mail, The Malaysian Reserve dan juga stesen Bernama TV.

Ahirudin disiasat oleh suruhanjaya itu berhubung tulisan di blognya itu yang mendakwa seorang anak lelaki Rais memperoleh geran RM1 bilion untuk menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara.

Manakala dalam tulisannya pada 23 Disember pula, Ahirudin mendakwa seorang pembantu rumah warga Indonesia telah diperkosa oleh seorang menteri kabinet pada 2007.

Mengulas lanjut, Ahirudin yang lebih dikenali sebagai Rocky, bagaimanapun membersoalkan mengapa Rais mengambil masa yang lama untuk tampil menafikan dakwaan itu.

"Tidak cukup sekiranya (Rais) sekadar berkata dia tidak buat. Laporan polis sudah dibuat dan sekarang polis ada tanggungjawab untuk siasat," tambahnya.

Jelasnya, walaupun menteri tersebut telah menafikan dakwaan itu, Migrant Care masih berdiam diri dengan dakwaan berkenaan.

"Itu juga perlu menjadi sebahagian daripada (aspek) yang polis perlu siasat," katanya lagi.

Tegasnya, Rais juga sepatutnya memfokuskan kepada dakwaan tersebut dan bukannya mempolitikkan isu berkenaan dengan menyifatkan dakwaan itu cubaan untuk menggagalkan usaha 1Malaysia perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.


Malaysiakini

Tenang tetap tenang jika ceramah tidak diganggu Polis.

Posted: 06 Jan 2011 02:44 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Jan: Pengarah Pilihan Raya Kecil Dun Tenang, Salahuddin Ayub kesal dengan tindakan pihak keselamatan mengganggu ceramah anjuran Pakatan Rakyat meskipun telah memberi jaminan ianya berlangsung secara aman.

Beliau berkata, kehadiran anggota polis yang ramai ke setiap ceramah Pakatan Rakyat yang sebenarnya memburukkan keadaan yang pada asalnya berlangsung dalam suasana aman.

"Saya mengharapkan suatu padang permainan yang sama rata dan saya mengharapkan pihak polis dapat memberikan kerjasama kerana kita menjanjikan ceramah dan perhimpunan yang aman yang seharusnya tidak ada masalah untuk pihak keselamatan memberikan kita permit," katanya.


Beliau yang juga Naib Presiden PAS turut berkata, pihaknya sedaya upaya memastikan tidak berlakunya kekecohan di setiap program Pakatan Rakyat jika pihak polis sedia memberikan kerjasama.

"Kita pun tidak mahu berlakunya keadaan yang tegang dan melibatkan ramai pegawai polis yang hadir dalam setiap ceramah Pakatan Rakyat.

"Jadi saya harap perkara ini tak akan berlaku lagi pada masa akan datang dan harap pihak keselamatan memberikan kita permit dan kita bersedia mematuhi segala peraturan dan arahan," katanya.

Ceramah Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tenang Isnin lalu dikawal ketat oleh pihak polis malah mereka bertindak menghalang Anwar daripada terus menyampaikan ceramah menggunakan mikrofon.

Menurut ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi, rakyat Tenang sebenarnya ternanti-nanti kehadiran pimpinan Pakatan Rakyat untuk turun menyampaikan maklumat isu-isu semasa.

Tambahnya, kesepakatan yang ditunjukkan pimpinan Pakatan dalam setiap program penerangan memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa Pakatan masih kukuh.

"Rakyat Tenang sebenarnya cukup selesa apabila pimpinan Pakatan Rakyat dapat tampil menunjukkan kesepakatan dan komitmen yang tinggi dalam kita memastikan kita benar-benar dapat menawan hati pengundi Tenang.

"Ini satu peluang untuk kita membuktikan bahawa segala tohmahan dan propaganda yang dimainkan kerajaan BN dapat kita kikis daripada minda mereka.

"Sebab itu kita tetap turun walau apa pun persepsi negatif yang cuba dibina terhadap Pakatan Rakyat.

Mengulas mengenai tindakan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Markom Giran turun ke sekolah untuk merayu guru-guru membantu jentera BN menghadapi pilihan raya kecil ini, beliau berkata, tindakan itu jelas menunjukkan pelanggaran etika kempen yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kalau BN nak jabatan-jabatan kerajaan untuk berkempen, ini bermakna mereka sendiri yang melanggar etika.

"Saya diberi faham mereka melbatkan guru-guru dan jelas mereka bercakap supaya mereka memberikan sokongan kepada Barisan Nasional. Ini pelanggaran etika yang saya rasa cukup serius dan peguam-peguam kita sedang menunggu untuk kita membuat tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil Tenang, Mazlan Aliman memberitahu, pihaknya akan membuat laporan polis berhubung perkara itu jam 10.30 pagi esok di Balai Polis Labis.

SPR sebelum ini mengeluarkan kenyataan melarang mana-mana parti politik berkempen di Tenang sebelum penamaan calon pada 22 Januari ini.


HarakahDaily

Rogol Amah : Penafian Rais, menghentikan siasatan?

Posted: 05 Jan 2011 11:56 PM PST

AMPANG 6 JAN : Zuraida Kamaruddin mempersoalkan penafian Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang menyalahkan Pakatan Rakyat dan media mengenai kes Rogol Amah sedangkan tiada tindakan dan siasatan dilakukan.

Menurut Ketua Wanita PKR itu Rais dan kabinet Umno-Barisan-Nasional(BN) bersikap sambil lewa dan berbaur politik dengan mengabaikan siasatan kes sejak beberapa tahun dahulu sebelum disensasikan semula oleh internet.


"Sebagai respon kepada penafian Rais Yatim terhadap isu ini, saya mempersoalkan tindakan Rais yang seolah-olah cuba menyalahkan pihak Pakatan Rakyat, bloggers dan media bahawa kononnya insiden ini ialah ciptaan permainan politik berkepentingan. Wanita Keadilan menganggap ini sebagai satu tuduhan keras dan Rais patut segera memohon maaf," tegas Zuraida dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Semalam Rais buat pertama kali sejak kes ini didedahkan wikileaks dan laman web beberapa minggu lalu menafikan beliau terlibat dalam kes rogol seorang amah berbangsa Indonesia tiga tahun lalu.

Pada hari yang sama juga, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pimpinan Badrul Hisham Shaharin membuat laporan polis menggesa siasatan dilakukan.

Zuraida turut mempersoalkan kelesuan, dan tindakan dari Menteri Pembangunan Keluarga Wanita dan Masyarakat Datuk Shahrizat Abdul Jalil walaupun Malaysia menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).

Oleh itu adalah perlu bagi Shahrizat mengambil serius mengenai kes mendiskrimasikan wanita di peringkat tertinggi ini.

"Setakat ini belum lagi dengar dari pihak Shahrizat walaupun telah tandatangani Cedaw.

"Atas dasar itu, Kementerian Wanita menampakkan kelesuan ini bila kali pertama mereka begini.. ini menunjukkan mereka tidak tegas dan tiada 'political will' dan sering terbengkalai setengah jalan," katanya.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang menambah beliau akan mengajukan hal ini ke Parlimen untuk disiasat Kaukus Pekerja asing dan Imigran di bawah ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid.

Beliau juga telah berhubung dengan NGO Migrant Care yang berpengkalan di Jakarta yang sebelum ini telahpun menemuramah dan mendapatkan pengakuan dari Amah tersebut.


TVSelangor

Anti-Melayu : Utusan dah kena saman...

Posted: 05 Jan 2011 11:36 PM PST

Oleh Adib Zalkapli



KUALA LUMPUR, 6 Jan — Ketua Menteri Pulau Pinang memfaikan saman terhadap Utusan Malaysia hari ini berhubung satu artikel bulan lalu mendakwa beliau seorang anti-Melayu.

Lim menggambarkan artikel yang disiarkan 20 Disember lalu, bertajuk "Kebiadaban Guan Eng" sebagai fitnah dan menjatuhkan reputasi beliau sebagai ahli politik dan ketua kerajaan negeri.


Dalam samannya beliau memohon mahkamah memutuskan satu jumlah ganti rugi am termasuk ganti rugi teruk dan ataupun teladan untuk fitnah bertulis berkenaaan.

Artikel itu dikeluarkan sehari selepas konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Dalam rencana itu, Lim didakwa tidak membenarkan perarakan Maulidur Rasul, tidak membenarkan Pasar Ramadan di Komtar dan juga bahawa telah memrobohkan kampung-kampung Melayu.

Rencana itu antara lain berkata, "jika ucapan Lim Guan Eng di Konvensyen Pakatan Rakyat yang berlangsung di Kepala Batas, semalam diambil kira, Setiausaha Agung DAP itu tidak boleh marahkan sesiapa kalau beliau dianggap bersikap rasis dan menentang apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu.

"Tindakan biadab beliau yang menuduh pendokong dan peminat Utusan Malaysia sebagai bukan rakyat Malaysia sebenar dengan tafsiran akhbar ini mengamalkan ekstremisme sudah menunjukkan siapa Guan Eng.

"Tidak cukup dengan itu Guan Eng juga menyerang Barisan Nasional (BN) dengan tuduhan yang sama dengan mendakwa BN hanya tahu memperalatkan 3R iaitu Race (bangsa), Religion (agama) dan Raja.

"Gambaran yang cuba diberikan oleh Guan Eng secara tersirat ialah apa sahaja perjuangan yang berkaitan dengan Melayu tidak harus dibiarkan dan harus ditentang oleh pakatan pembangkang yang turut dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat dan PAS.

"Kedua-dua parti berkenaan sememangnya diketuai oleh orang Melayu tetapi apabila Guan Eng menyerang orang Melayu dan institusi Melayu mereka hanya menyokong.

"Persoalannya baik sangatkah insan bernama (Lim) Guan Eng ini yang baru sepenggal memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang?"

Lim menafikan kesemua dakwaan yang dibuat oleh Utusan Malaysia.

Selain Utusan Malaysia, pentadbiran Lim juga berhadapan dengan serangan berterusan daripada pertubuhan-pertubuhan yang pro-Umno dengan mendakwa beliau bertindak bertentangan dengan masyarakat Melayu.- TMI




Pinda Perlembagaan : Noh Omar tolak tapi Khir Toyo pula sokong..

Posted: 05 Jan 2011 09:01 PM PST


Dua berita mengenai panda perlembagaan yang disyorkan oleh Khalid Ibrahim MB Selangor yang disiarkan di bawah ini menunjukkan kepada kita memang wujud ketidaksefahaman antara Noh Omar dan juga Khir Toyo..

Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata Barisan Nasional (BN) Selangor menolak usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mahu meminda perlembagaan negeri berikutan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri..


Manakala Khir Toyo pula berkata Barisan Nasional Selangor akan menyokong cadangan pindaan perlembagaan yang dicadangkan oleh Khalid Ibrahim tetapi ianya bergantung kepada apa yang akan dipinda, jika pindaan itu memberi kebaikkan kepada Tuanku Sultan, Barisan Nasional Selangor akan menyokong.


BN tolak usul pinda perlembagaan

Barisan Nasional (BN) Selangor menolak usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mahu meminda perlembagaan negeri berikutan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dengan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, Undang-undang Tubuh Negeri Selangor tidak perlu dipinda kerana ia telah diamalkan sekian lama dan tidak timbul sebarang masalah kepada kerajaan terdahulu terhadap pelantikan pegawai tertinggi kerajaan negeri yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

"Apa yang berlaku sekarang adalah kerana kerajaan Pakatan Rakyat memainkan isu pelantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor yang baru demi survival politik mereka dan untuk memuaskan nafsu dan kehendak pentadbiran PR yang didalangi oleh DAP," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Kata beliau, untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri tergempar, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sudah lupa daratan dan gila kuasa sehingga terlupa bahawa pindaan terhadap Undang-undang tubuh tersebut perlu mendapat sokongan dua pertiga yakni 38 undi sedangkan anggota mereka miliki cuma 35 orang.

"Maka dengan itu saya berpendapat cadangan tersebut adalah lebih kepada emosi dan tak dilakukan secara bijaksana.

"Saya melihat apa jua tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bersabit dengan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor adalah mainan politik untuk meningkatkan populariti mereka menjelang pilihan raya umum ke-13.- berita penuh sila baca di SINI


BN may back MB to amend constitution, says Khir
Syed Jaymal Zahiid January 6, 2011

KUALA LUMPUR: Former Selangor Menteri Besar Dr Khir Toyo said today the state's Barisan Nasional (BN) lawmakers may back its rivals move to amend the state constitution.

"Depending on what they amend. If we see that the amendments is good and favourable to Tuanku (Sultan), we may back it," the former Selangor opposition chief and Sungai Panjang assemblyman told FMT.

Khir's statement came just after BN's Selangor deputy liaison chief, Noh Omar, hinted at snubbing any such move by Pakatan Rakyat.

Nevertheless, Khir's statement may give current Menteri Besar Khalid Ibrahim a glimpse of hope to solve the state's constitutional crisis involving his Pakatan administration, the BN-led federal government and the Selangor palace.

The impasse was triggered by Putrajaya's move to appoint its man, former Selangor Islamic Religious Department, Khusrin Munawi, as the state secretary.

The conservative Khusrin is known to be at odds with the Pakatan government, but his appointment was consented by Sultan Sharafuddin Idris Shah amid Khalid's insistence that the move was unconstitutional.- full article please read here


Angkat Sumpah SUK : Khalid Hadir tanda hormat kepada Sultan

Posted: 05 Jan 2011 08:05 PM PST

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

SHAH ALAM, 6 Jan — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan Exconya menghadiri majlis angkat sumpah taat setia melibatkan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi pagi ini walaupun sebelum ini mengatakan akan memulaukannya.

Bagaimanapun Khalid menegaskan beliau masih tetap menolak pelantikan Khusrin.

Awal minggu ini, Khalid berkata, kerajaan negeri akan memulau majlis itu sebagai tanda tidak mengiktiraf pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.


Khalid tidak menyatakan pendiriannya dengan jelas semalam apabila ditanya sama ada akan hadir majlis yang diadakan di Istana Bukit Kayangan pagi ini.

Dalam mesej menerusi Twitter pagi ini pula, Khalid berkata, "hadir majlis sebagai tanda hormat kepada DYMM Sultan dan Raja, tetap tidak iktiraf Datuk Khusrin."

Selasa lalu, Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata majlis angkat sumpah taat setia oleh Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, yang dipertikaikan kerajaan negeri akan tetap diadakan hari ini.

Ini kerana pada pengetahuan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Khusrin telah dilantik mengikut prosedur yang ditetapkan dan selaras dengan peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Munir menjelaskan bahawa hari ini akan diadakan upacara pengurniaan darjah kebesaran negeri Selangor kepada Raja Muda Selangor sempena ulang tahun keputeraan ke-65 Sultan Selangor kerana ketika istiadat pengurniaan darjah kebesaran pada 11 Disember lepas, Raja Muda Selangor berada di luar negara.

"Pada majlis tersebut juga akan diadakan upacara angkat sumpat taat setia penjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, pelantikan dan angkat sumpah Ahli Dewan di-Raja Selangor, pelantikan dan angkat sumpah Jaksa Pendamai Selangor, pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Selangor dan pelantikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor.

"Semua upacara diadakan pada satu masa adalah untuk menjimatkan masa dan kewangan," kata Munir.


The Malaysian Insider

Beng Hock tidak dibunuh, bukan bunuh diri, tapi mati?

Posted: 05 Jan 2011 07:47 PM PST

Daam penghakiman bertulis setebal 20 muka surat dan dibaca oleh Koroner Azmil Muntapha Abasa 40 minit itu hanya memberikan keputusan terbuka setelah beliau menolak teori mangsa membunuh diri atau dibunuh apabila mengetepikan penglibatan pihak ketiga.

Apa cerita ni?? tidak dibunuh, tidak pula bunuh diri tapi mati..


Adik tak puas hati



SHAH ALAM: "Selepas terlalu lama menunggu, ini saja keputusannya? Saya tidak berpuas hati," kata Teoh Lee Lian, 31, adik mendiang Teoh Beng Hock, di luar Mahkamah Koroner, semalam.

Dia yang bertindak sebagai jurucakap keluarga, dilihat sungguh emosional sehingga menangis teresak-esak dan kadangkala seperti meraung apabila ditanya media mengenai reaksinya terhadap keputusan itu.

Malah, wanita itu yang hadir bersama ahli keluarganya dilihat mula mengalirkan air mata sebaik memasuki galeri awam di Mahkamah Koroner, jam 2.15 petang.


Lee Lian yang terlampau kecewa dengan keputusan itu berkata, dia akan mengadakan program jelajah ke seluruh negara sehingga Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian abangnya.

"Keputusan ini tidak membawa apa-apa makna," katanya.

Ibu Teoh, Teng Shuw Hor, 57, yang cuba mengelak daripada dikerumuni media hanya berkata: "Siapa menyebabkan kematian anak saya, dia patut beri jawapan kenapa anak saya mati."

Seperti prosiding terdahulu, Teng membawa bersama bingkai gambar dengan foto Teoh, 30.

Terdahulu, keputusan inkues yang sudah berlangsung lebih setahun setengah itu menarik perhatian ratusan wakil media tempatan dan antarabangsa, yang membanjiri pekarangan kompleks mahkamah sejak 11 pagi.

Sementara itu, peguam mewakili keluarga mangsa, Gobind Singh Deo berkata, keluarga mendiang Teoh akan memfailkan permohonan bagi menyemak semula keputusan inkues yang mendapati kematian mangsa bukan disebabkan bunuh diri, homisid atau penglibatan pihak ketiga.

"Kami berpendapat keputusan ini tidak dapat diterima. Walaupun tiada elemen jenayah, tetapi mahkamah bersetuju bahawa wujudnya kecederaan di bahagian leher mangsa sebelum mendiang jatuh dari bangunan itu.

"Persoalan tentang bagaimana Teoh mendapat kecederaan itu dan menemui ajalnya, masih menjadi tanda tanya dan mengganggu fikiran keluarganya. Kami perlu mendapat jawapan daripada SPRM," katanya.


myMetro

Tiada ulasan: