Rabu, 5 Januari 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Rogol Amah : Patutlah Rais Yatim kelam kabut menafikannya..

Posted: 05 Jan 2011 08:06 AM PST

Segalanya bermula pada Khamis, 23 Disember 2010 bila pengarang Malay Mail Datuk Rocky Bru menulis didalam blognya rockybru.com.my mengenai pendedahan oleh WikiLeaks yang mendakwa seorang Menteri Kabinet Pak Lah telah merogol amahnya pada tahun 1997.

Kemudiannya pula sekitar 28 Disember, blog BigDogDotCom menyiarkan pula keseluruhan laporan dari NGO yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia diluar Negara ,MIGRANT CARE. Dengan melindungi atau memadam nama Menteri yang didakwa itu dengan dakwat hitam, tapi laporan yang terakhir bayangan nama Datuk Seri Utama Rais Yatim kelihatan juga (lihat di SINI).

Menurut Rocky's Bru, The Unspinners telah mendesak Menteri berkenaan meletakkan jawatan..

Nama-nama diatas bolehlah dikategorikan sebagai nama-nama besar blogger penyokong UMNO/BN.

Hari ini 5 Januari 2011 setelah hampir dua minggu berlalu, tiba-tiba Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim telah menafikan tuduhan bahawa beliau adalah Menteri yang dituduh merogol amah itu..


Antara kata-katanya sebagaimana yang disiarkan oleh The Malaysian Insider (boleh dibaca di SINI).

"Saya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan di sini.

Rais berkata "alegasi liar yang ditujukan terhadap diri saya susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."

Rais Yatim menyalahkan laporan oleh blog dan parti-parti politik pembangkang pula, padahal yang memulakan isu ini adalah blog-blog Pro-UMNO.

Tapi kalau anda membaca laporan yang disiarkan FreeMalaysiaToday pula Rais Yatim mengatakan tuduhan yang tidak berasas ini dilemparkan terhadapnya semata-mata henya mahu mengalihkan perhatian rakyat dari kesalahan yang lebih besar iaitu kes liwat yang melibatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim (sila baca di SINI)

Beberapa kes terdahulu yang melibatkan pemimpin UMNO, antaranya kes Altantuya kita melihat Najib tidak perlu hadir ke mahkamah cukup sekadar mengadakan Sidang Media sahaja, begitu juga kes yang memerlukan kehadiran Mahathir ke Mahkamah kita juga melihat Tun menafikannya melalui media juga..

Hanya sidang Media atau menjawab melalui media sahaja cukup bagi mereka untuk membela diri dan ini terus diterima pakai oleh pihak berkuasa yang menjalankan siasatan dan apa saja siasatan melibatkan pemimpin UMNO itu akan dihentikan..

Sebenarnya aku tertanya-tanya mengapa Rais Yatim memerlukan hampir dua minggu untuk membuat penafian, adakah mungkin selama ini beliau tidak diberitahu oleh sesiapa saja yang berada di sekelilingnya tentang tuduhan itu?

Adakah pembantu-pembantu yang berada disekeliling Rais Yatim itu buta IT hingga tidak tahu bagaimana dan dimana hendak membaca laporan oleh blog?

Meleset rupanya sangkaan aku itu..

Rupa-rupanya Chegu Bard sudah melaporkan kepada polis dan memberikan kata dua kepada pihak berkuasa itu dan Samsul Iskandar pula akan menjejak berdasarkan laporan oleh Migrant Care itu..


Two-week ultimatum for cops to probe Rais
Zefry Dahalan | January 5, 2011


SEREMBAN: The police have been given a two-week ultimatum to start a probe on Information, Communication and Culture Minister Rais Yatim who was implicated in an alleged rape case.

Failing which, NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hinted that it might consider organising a mass protest.

This morning, SAMM, led by PKR's Badrul Hisham Shaharin, filed a police report with the district police headquarters here on the allegation that the minister had raped his Indonesian maid three years ago.

Speaking to reporters later, Badrul said: "If the police do not act within 14 days, then we'll move into phase two of our action. The police must clear Rais' name or punish him."

Badrul said that while everyone was innocent until proven otherwise, Rais' offence, however, was to remain silent on the matter.

"As the culture minister, he must understand that in the Malaysian culture, silence is an admission of guilt," he added.

Badrul also urged the police to act swiftly as this case could jeopardise the relationship between Malaysia and Indonesia.

"We don't want any conflict with Indonesia. If the police keep silent on this allegation, then it will send a wrong message to the public and foreign countries that the police are protecting the minister.

"The police must conduct a thorough investigation and question the related parties, including the minister, and must make public the outcome of the investigation to clear the air," he said.

Badrul also said that he sent a letter to Migrant Care, a Jakarta-based NGO which looked after the welfare of Indonesian workers, offering SAMM's assistance in this issue.

Yesterday, PAS had also filed a police report on the matter and challenged the 69-year-old Umno minister to refute the charge.

The report was based on a purported disclosure by WikiLeaks that former premier Abdullah Ahmad Badawi had allegedly covered up the matter.

Following this, Federal CID director Mohd Bakri Zinin told FMT that an investigation would be launched.

'Victim was threatened'

Meanwhile, PKR Youth chief Shamsul Iskandar Mohd Akin said that he would follow up on a report by Migrant Care regarding the alleged rape.

He claimed that although the alleged incident happened on Feb 19, 2007, the victim was "forced to keep silent because of threats made against her."

Shamsul called on the minister to clear his name, and warned Prime Minister Najib Tun Razak of the repercussions if the allegation was proven true.

"Najib still retains this person in the Cabinet although he is an alleged sexual criminal. This will (erode) ties between Malaysia and Indonesia if the govenrment keeps silent," he said.

In view of this, Shamsul said the prime minister should kickstart an in-depth investigation.

Free Malaysia Today

Jahatnya penulisan dia ni...

Posted: 05 Jan 2011 06:08 AM PST

Penulis dari Media tunggangan UMNO ini menulis.. Ingatlah, Sultan sebenarnya ialah kubu dan barisan pertahanan akhir (the last bastion) orang Melayu. Diandaikan jika orang Melayu kelak menolak orang politik bagi mempertahankan nasib mereka, maka sultan dan rajalah tempat mereka menyerah diri. Selain Allah SWT yang wajib disembah, di Malaysia ini - pada zaman ini, sultan dan rajalah khalifah kita yang ada untuk dirujuk.

Kalau begitu malanglah rakyat Indonesia Negara yang mempunyai penduduk berbangsa Melayu yang jauh lebih besar jumlahnya dari Melayu yang ada di Malaysia kerana mereka tidak punya Sultan untuk mempertahankan nasib mereka..

Tulis dia lagi.. Saya amat bimbang dengan corak politik yang berlaku di Selangor itu. Pas Selangor juga difahamkan turut bimbang dengan corak politik ini. Itu sebab saya difahamkan mereka mengambil langkah berdiam diri.


Kemudiannya.. Pada masa itu wahai Khalid Bin Ibrahim, wahai Anwar Bin Ibrahim, wahai Khalid Bin Samad (yang dikatakan antara penentang kuat Khusrin), orang Melayu hanya akan tinggal nama sahaja.

YB Khalid Bin Samad tu dari PAS Kelantan kah?


SUK Khusrin diludah air liur siapa...?
Oleh Zaini Hassan

SIMPATI dan kasihan yang amat sangat dengan nasib Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru. Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dikenali sebagai pegawai kerajaan yang amat digeruni semasa perkhidmatannya, kini sedang dihina.

Sebenarnya Khusrin ialah contoh pegawai kerajaan yang kita perlu ada. Tegas, berani dan tidak boleh 'main- main'. Dari segi profesionalisme, Khusrin memang layak duduk di kerusi baru itu. Tapi sebaliknya beliau kini sedang dihina sehina-hinanya.

Jika dulu pegawai kerajaan Selangor dihina dengan pemberian penyapu, kini institusi itu sedang dihina dengan lebih kejam lagi. Mereka telah diludah.

Dikhabarkan, Isnin lalu pada hari dia melaporkan diri dan mahu masuk ke pejabatnya di tingkat 19 bangunan SUK Selangor, ada halangan besar yang ditempuhinya.

Kunci pintu ke biliknya telah ditukar. Tombol pintu itu semuanya ditukar bagi menghalangnya masuk dan duduk di atas kerusinya.

Saya tersentak mendengar cerita itu. Nak tergelak pun ada, sedih pun ada. Jika benarlah cerita itu, maka tersangat teruklah perangai mereka yang mengarahkan perkara itu dibuat.

MB Selangor, Khalid Ibrahim yang sedang bertungkus-lumus menghalang Khusrin itu patut merasa malu pada dirinya sendiri.

Sudahlah titah Sultan Selangor pun dibantah, lebih daripada itu beliau telah memutar-belitkan apa yang Tuanku Sultan pertitahkan kepadanya. Apa nak jadi dengan Khalid ini?

Dari awal lagi Cuit telah memberi peringatan kepada rakyat Selangor, perkara-perkara sebegini akan berlaku. Maka dalam satu tulisan, saya meminta kita semua Selamatkanlah Selangor.

Jika rakyat Selangor dulu telah membuat silap memangkah juak-juak itu atau merosakkan undi kerana marah kepada pentadbiran Pusat dulu, kini mereka harus kembali ke pangkal jalan.

Institusi kesultanan kini sedang diancam dengan acaman yang tidak pernah berlaku dulu. Orang sudah boleh kurang ajar dengan baginda Sultan. Baginda Sultan telah diadu-dombakan dalam kancah politik kotor oleh kerajaan Selangor. Sultan titah lain kepada MB, MB kata benda lain kepada orang ramai. Itu derhaka namanya.

Saya difahamkan oleh orang Istana, sebenarnya Sultan Sharafuddin telah pun meminta MB berunding dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan JPA mengenai calon SUK, sebelum nama Khusrin disebut lagi. Tapi MB tak buat apa yang dititah. Namun selepas nama Khusrin disebut, dan mungkin kerana kemarahan konco-konco dalam DAP dan PKR yang terkejut Khusrin dilantik, maka barulah Khalid melatah.

Saya mahu bertanya kepada MB Khalid, Exco DAP, PKR dan Pas mengapa anda semua amat bencikan Khusrin? Soalan ini belum dijawab lagi sampai sekarang.

Yang kita tahu semasa Khusrin merajui JAIS, beliau banyak membantah perkara-perkara 'gila' yang diminta oleh Exco-Exco Selangor. Ia termasuklah soal wang zakat yang mahu diagihkan kepada penganut agama lain, saiz rumah ibadat agama lain yang tiada had, isu azan, selain isu ceramah politik di masjid dan surau.

Kebencian terhadap Khusrin ini sehinggakan Khalid sanggup mahu meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor bagi memberi kuasa kepada mereka untuk menentukan siapa yang mahu mereka lantik.

Tapi kita bimbang, jika Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dipinda kelak maka, Sultan akan terus dipermainkan. Pada masa itu Sultan akan diminta mempersetujui saja apa yang dikehendaki oleh orang seperti Khalid yang di belakangnya juak-juak DAP dan PKR yang mempunyai kepentingan.

Seorang dalam kerajaan Selangor memberitahu saya semalam: ''Sebenarnya apa yang berlaku ini bukan soal teknikal sehingga memerlukan perlembagaan negeri dipinda.
''Ia lebih kepada soal ketamakan, agenda projek dan mahu mengadjas (adjust) kenyangan mereka. Mereka mahukan seorang SUK yang boleh dicucuk hidung."

Itu orang dalam kata. Disebabkan nafsu-nafsi yang tidak terbendung ini Sultan turut dihina sehina-hinanya.

Menurut 'orang dalam' itu lagi, PKR dan DAP sedang dalam proses mengumpulkan dana sebesar mungkin sebagai modal untuk menghadapi pilihan raya umum kelak. Selangor adalah lubuk emas. Banyak projek besar boleh diwujudkan. Selangor sebenarnya ialah penjana kewangan untuk membolehkan PKR dan DAP menggerakkan jentera pilihan raya untuk menawan Putrajaya.

Itulah yang menyebabkan Khalid begitu kalut sekali. Beliau mahukan seorang SUK yang boleh 'kaw-tim' dengan beliau dan juak-juaknya, termasuk Penasihat Ekonomi Negeri bergaji seringgit iaitu, Brother Anwar Bin Ibrahim.

Patik sebagai hamba rakyat Selangor ini berharap Tuanku Sultan bertenang dalam menghadapi krisis ini. Tuanku harus tegas, jangan goyah dengan tindakan MB 'bengong' itu. Berdiri teguhlah atas keputusan yang Tuanku telah putuskan. Seperti Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin cadangkan, pihak yang menentang perkenan Tuanku itu boleh didakwa di bawah Seksyen 121 kanun Keseksaan kerana 'Perbuatan memerangi Raja-Raja Melayu'.

Saya amat bimbang dengan corak politik yang berlaku di Selangor itu. Pas Selangor juga difahamkan turut bimbang dengan corak politik ini. Itu sebab saya difahamkan mereka mengambil langkah berdiam diri.

Ingatlah, Sultan sebenarnya ialah kubu dan barisan pertahanan akhir (the last bastion) orang Melayu. Diandaikan jika orang Melayu kelak menolak orang politik bagi mempertahankan nasib mereka, maka sultan dan rajalah tempat mereka menyerah diri. Selain Allah SWT yang wajib disembah, di Malaysia ini - pada zaman ini, sultan dan rajalah khalifah kita yang ada untuk dirujuk.

Jika fungsi UMNO gagal, Pas gagal, PKR gagal - kepada sultan dan rajalah tempat kita berlindung. Akhir sekali jika institusi sultan dan raja pun runtuh, maka pada hari itu kita semua akan menjadi satu republik seperti Singapura - yang amat-amat dihajati oleh juak-juak DAP dan PKR.

Pada masa itu wahai Khalid Bin Ibrahim, wahai Anwar Bin Ibrahim, wahai Khalid Bin Samad (yang dikatakan antara penentang kuat Khusrin), orang Melayu hanya akan tinggal nama sahaja.

Saya bukanlah seorang rasis apabila memberikan kebimbangan ini, tapi itulah hakikatnya. Itulah juga yang dilakukan oleh negara-negara tamadun besar dunia lain apabila mereka mempertahankan ke'bangsa'an mereka.

Republik Rakyat China akan mempertahankan habisan-habisan keturunan Cina Han yang membentuk 92 peratus rakyatnya daripada kebangkitan keturunan etnik yang lain. Contohnya, mana-mana wilayah autonominya yang cuba memberontak, akan diganyang habis-habisan.

Begitu juga di India. Kerajaan Hindu India akan mempertahankan kedaulatan dan kebangsaannya dalam pemerintahan negara itu. Itu pasallah mereka akan mempertahankan hak Hindu melebihi hak orang Islam India. Begitulah juga dengan rejim laknat Israel terhadap penduduk Arab dan Palestin.

Oleh itu, orang Melayu di Tanah Melayu ini haruslah mempunyai semangat yang sama seperti Republik Rakyat China, India dan Yahudi Israel.

Apakah kita, orang Melayu (yang sekerdil ini) mahu membenarkan sebuah lagi negara kepunyaan Cina atau India di luar benua masing-masing. Cukuplah dengan apa yang ada di Singapura (negara kepunyaan Cina di luar Tanah Besar China). Apakah tanah air ini juga mahu diberikan...?

Saya harap saya tidak akan dituduh sebagai rasis lagi dengan pandangan itu, kerana ia adalah pandangan yang logikal dan berasas. Saya juga bukan menyimpang isu sebenar daripada isu SUK itu, tapi dalam konteks Selangor dan kerajaan pakatan pembangkang ini, ia ada kaitan dan ada relevansinya.

Rakyat Selangor sekarang berada dalam krisis, pegawai pentadbir telah diketepikan dan kuasa politik telah digunakan sepenuhnya untuk menyelesaikan krisis pengurusan kerajaan.

Dalam keadaan sekarang, saya difahamkan moral dan semangat pegawai-pegawai kerajaan Selangor telah jatuh. Pegawai kerajaan negeri dan Persekutuan negara ini diketahui sebagai sangat protected terhadap birokrasi.

Penolakan Khusrin telah menunjukkan bahawa kerajaan negeri tidak menghormati birokrasi. MB tidak tahu menilai pegawai kerajaan yang mahu menjalankan tugas dengan adil dan tegas tanpa dieksploitasi oleh kuasa politik. Pelantikan Khusrin itu sebenarnya tidak terkeluar daripada peraturan undang- undang, tetapi hanya terkeluar daripada kehendak politik pakatan pembangkang.

Jika BN Selangor ditolak oleh pegawai-pegawai kerajaan kerana dihadiahkan penyapu maka apa yang dilakukan oleh Khalid ialah dia meludah ke muka mereka, tapi dengan air liur orang lain...?

Air liur siapa yang dimaksudkan itu, sama-sama anda tafsirkan


Media UMNO

Rogol Amah : Setelah hampir 2 minggu, baru Rais Yatim menafikannya..

Posted: 05 Jan 2011 04:46 AM PST

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

Katanya, "tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."

Ehhh.. orang tua ni.. sudahlah nak menafikan pun mengambil masa yang panjang, bila menafikan blog penyokong Pakatan Rakyat pula yang dipersalahkan.. ini dah jadi lembu punya susu sapi dapat nama ni..

Hampir dua minggu rasanya baru dia nak nafikan..


Dalam masa dua minggu tu mesti banyak perkara yang dah dirundingkan agaknya..

Buat Rais Yatim yang nampak macam buta IT tu.. yang mula menyiarkan isu Menteri Rogol Amah ni blog penyokong UMNO/BN Datuk Rocky Bru dan yang menyiarkan seluruh laporan Migrant itu pula ialah BigDogDotCom..

Blog-blog penyokong Pakatan Rakyat cuma memanjangkan lagi isu ini.. jadi siapa yang melonggok fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat diatas kepala Rais Yatim?

Blog Penyokong UMNO/BN, Migrant atau Blog Penyokong Pakatan Rakyat termasuk aku?
Lagi satu.. kalau laporan oleh Migrant itu adalah fitnah.. samanlah!!


Rais Yatim nafi tuduhan perkosa amah Indonesia

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

"Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, "tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."

"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.

Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

Beliau berkata "sementara siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, pihak-pihak yang rakus mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain diminta menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik."

"Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di internet setakat ini berkaitan dakwaan salahlaku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek,
berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa lunas sahih di sisi undang-undang," katanya.

Rais berkata, perkara berkenaan adalah mainan politik jahat dan kotor yang sengaja digembar-gemburkan bagi tujuan memperolehi dividen politik pembangkang.

Tambah ahli parlimen Jelebu itu, laporan polis oleh PAS dan sekutunya di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada Selasa lalu susulan pendedahan blogger itu adalah bukti bahawa dakwaan tersebut bermotifkan politik kotor dengan tujuan supaya rakyat di Jelebu memihak kepada pembangkang sedangkan mereka tiada kesahihan hak untuk membuat laporan sedemikian dari sudut perundangan.

"Dakwaan pemerkosaan seperti yang dikarang penulis blog tiada kaitan langsung dengan dedahan yang kononnya dipanggil Wikileaks." katanya.

Tiada ulasan: