Selasa, 4 Januari 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Minyak Naik lagi? tak apa.. kita guna Nuklear pula..

Posted: 04 Jan 2011 08:15 AM PST

Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Beliau berkata dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Kenaikkan yang menepati slogan 1Malaysia Najib "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"..

Rakyat memang didahulukan bagi menghadapi kenaikkan harga minyak ini..

Aku dah letih nak hentam Najib dan Muhyiddin apalagi Rais Yatim.. pasal kawan aku kat hang ni kritik saja pandai.. cuba hang bagi cadangan pulak..


Cadangan aku dibawah... tapi sebelum itu..

Ahli dan Penyokong tegar UMNO tak perlu risau kerana kebanyakkan mereka menggunakan kereta buatan Malaysia yang menggunakan kereta-kereta import yang memerlukan penggunaan minyak RON97 pula akan mendapat diskaun istimewa dengan hanya menunjukkan kad keahlian UMNO mereka.

Lagipun setakat naik 10sen tu apalah sangat jika dibandingkan dengan harga rokok yang naik hingga menjadi RM10 sekotak menurut mereka..

Lagipun kenaikan esok dikatakan tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram…

Alasan untuk menaikkan harga RON 95 juga sudah ada.."Menurut laporan hari ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini"

Jadi untuk mengelakkan kita dari terus menanggung beban kerana kenaikkan minyak ini apa kata kita guna kereta yang menggunakan tenaga nuclear pula?

Ford dah buat research pada tahun 1958 dulu.. kita gunakan saja.. biar kali ini bila kemalangan bukan saja terbakar tapi meletup terus..


Ford Nucleon
From Wikipedia, the free encyclopedia

The Ford Nucleon was a nuclear-powered concept car developed by Ford Motor Company in 1958. The design did not include an internal-combustion engine, rather, the vehicle was to be powered by a small nuclear reactor in the rear of the vehicle. The vehicle featured a power capsule suspended between twin booms at the rear. The capsule, which would contain a radioactive core for motive power, was designed to be easily interchangeable, according to the performance needs and the distances to be travelled.

The passenger compartment of the Nucleon featured a one-piece, pillar-less windscreen and compound rear window, and was topped by a cantilever roof. There were air intakes at the leading edge of the roof and at the base of its supports. An extreme cab-forward style provided more protection to the driver and passengers from the reactor in the rear. Some pictures show the car with tailfins sweeping up from the rear fenders.

The drivetrain would be integral to the power module, and electronic torque converters would take the place of the drive-train used at the time. It was said that cars like the Nucleon would be able to travel 8000 km (5,000 miles) or more, depending on the size of the core, without recharging. At the end of the core's life, it would be taken to a charging station, which research designers envisioned as largely replacing gas stations. The car was never built and never went into production, but it remains an icon of the Atomic Age of the 1950s.

The mock-up of the car can be viewed at the Henry Ford Museum in Dearborn, Michigan.

Rampas Selangor, projek terbesar UMNO?

Posted: 04 Jan 2011 07:27 AM PST

Zaid Zakaria

Seperti dinyatakan oleh Harakahdaily dalam satu tulisan tidak lama dulu, Selangor bakal menjadi medan pertempuran utama Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Usaha terbaharu Umno telah dimulakan dengan mengeksploit konflik berkaitan pelantikan setiausaha kerajaan negeri.

Dalam kes terbaharu, pertikaian berhubung pelantikan setiausaha kerajaan negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi menjerumuskan lagi negeri paling diidamkan Umno ini dalam kemelut.

Seperti yang biasa, Umno dan media dikuasainya mengeksploit sepenuhnya episod ini dengan meletakkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam keadaan defensif dan memperlihatkan beliau sebagai melawan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.


Bagi orang ramai, terutama orang Melayu, drama yang dipersembahkan melalui media Umno ini menjadikan Khalid dan seluruh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebagai penentang raja Melayu.

Imej negatif yang dikemukakan ini bermatlamat menghakis sokongan orang Melayu terhadap Pakatan seperti yang pernah dilakukan di Perak.

Sama seperti yang dilakukan di Perak, kerajaan Pakatan dan menteri besarnya didakwa melawan sultan dan mesej ini disampaikan melalui permainan media Umno.

Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang sebenarnya sebahagian daripada jentera Umno menyokong dan menguatkan lagi serangan yang diprogram oleh Umno.

Pertubuhan-pertubuhan ini jelas sekali menjalankan program Umno untuk memburukkan imej kerajaan Pakatan Selangor kerana isu-isu yang ditangani semuanya yang dipolitikkan, daripada mempertahankan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hingga kepada pelantikan Khusrin.

Buktinya, mereka hanya terlibat dalam perkara-perkara yang boleh memberi manfaat kepada pembangkang di negeri Selangor, yakni Umno, dan merugikan kerajaan Pakatan.

Kempen mereka juga dipertingkatkan menjelang pilihan raya umum yang dijangka beberapa bulan lagi.

Akhbar harian dikuasai Umno telah menjadikan isu kemelut Selangor sebagai berita muka depannya selama dua hari berturut-turut.

Laporan-laporan lain, seperti dakwaan menghasut oleh Shuhaimi Shafie, wakil rakyat Seri Muda kesemuanya bermatlamat menguatkan persepsi negatif terhadap Pakatan Selangor di mata orang Melayu.

Di sinilah kumpulan-kumpulan Melayu pro-Umno memainkan peranan Mereka, menjadi penyerang barisan hadapan bagi Umno yang tidak mahu mengotorkan tangan mereka dan meletakkan kempen 1 Malaysia dalam risiko.

Mesej yang disampaikan oleh kumpulan-kumpulan itu, termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Perkasa, kesemuanya berperanan mengukuhkan imej tidak mesra Melayu kerajaan Pakatan di Selangor.

Berdasarkan perkembangan sejak Pilihan Raya Umum ke-12, Umno dan BN menyedari undi bukan Melayu di Selangor tidak boleh diharapkan sangat untuk memenangi semula Selangor.

Kerana inilah, Umno berusaha memenangi hati dan minda orang Melayu, seperti yang disebut Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam ucpaan semasa konvensyen Pakatan, menggunakan race (bangsa), religion (agama) dan raja.

Seperti juga yang telah berlaku di Perak, kempen menggunakan formula bangsa di negeri itu berjaya menjejaskan sokongan orang Melayu terhadap Pakatan.

Apa yang dilakukan oleh Umno ini ditujukan kepada satu perkara dasar dalam Pakatan iaitu kerjasama melibatkan PAS dengan DAP dan PKR.

Dengan menggugat kerjasama ini, hubungan ketiga-tiga parti dalam Pakatan boleh terjejas dan memudahkan usaha Umno dalam pilihan raya umum nanti.

Di negeri-negeri Pulau Pinang dan Selangor, dua negeri yang PAS tidak menguasai pentadbiran negeri, isu Melayu terpinggir dimainakan oleh Umno.

Negeri Pulau Pinang dikatakan dikuasai sepenuhnya oleh DAP sehingga mengabaikan orang Melayu manakala Selangor pula dikatakan didominasi PKR dan DAP dengan kesan yang sama seperti Pulau Pinang.

Ini membolehkan sentimen Melayu dimanipulasi oleh Umno dan mendorong sejumlah pengundi memikirkan lebih baik memilih Umno kerana sekurang-kurangnya parti Melayu itu dominan dalam Barisan Nasional.

Di sinilah Umno berjaya menarik sokongan Melayu, yang dibina sedikit demi sedikit sejak tewas di beberapa negeri dalam Pilihan Raya Umum ke-12.

Umno yang terjejas teruk selepas kalah di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-12 sedang menumpukan kekuatan untuk merampas Selangor.

Pakatan perlu strategi yang kuat dan setara untuk menentang kempen Umno menggunakan sentimen Melayu ini.

PAS sebagai parti dianggotai Melayu terbesar selepas Umno dan berhasrat menggantikan Umno sebagai pejuang utama orang Melayu Muslim di negara ini perlu menunjukkan peranannya sebagai pemelihara kepentingan Melayu.

Tindakan ekstrem Umno menggunakan agama dalam kes Selangor ini perlu ditangani oleh PAS dengan menunjukkan ada ruang yang lebih sederhana dalam membela kepentingan Melayu tanpa bertindak seperti Umno.

Episod Selangor ini mendedahkan sensitiviti isu bangsa yang masih boleh dimanipulasi oleh Umno di Selangor, selepas berjaya mempalitkan imej negatif pada Pakatan selepas episod Perak.

Pakatan kini perlu lebih berhati-hati supaya tidak mudah diperlihatkan sebagai menentang raja di Selangor dalam pertikaian pelantikan setiausaha kerajaan negeri.


HarakahDaily

Pakar Perlembagaan sangkal laporan Utusan.

Posted: 04 Jan 2011 05:23 AM PST



Pakar Perlembagaan mempertikaikan laporan Utusan Malaysia hari ini yang menyebut bahawa Sultan Selangor mempunyai kuasa eksekutif dan boleh memberikan perkenan dalam perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Malaysia, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berpendapat, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani sama ada tidak memahami ataupun salah mentafsir kedudukan Sultan seperti termaktub dalam perlembagaan.


"Saya rasa memeranjatkan dan bertentangan dengan apa yang disebut oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor selepas menghadap Ke Bawah Duli Tuanku semalam, di mana kata Tan Sri, Sultan mengaku bahawa baginda sudah tidak ada kuasa dalam hal ini kerana sudahpun dipindahkan ke Persekutuan melalui satu pindaan yang dibuat oleh pentadbiran Umno pada tahun 1993," jelas beliau.

Beliau berkata, kenyataan Munir yang disiarkan dalam Utusan hari ini bercanggah dengan kenyataan Khalid selepas menghadap sultan semalam, yang menyebut berkenaan titah Tuanku dalam usaha mencari penyelesaian kepada isu perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru.

"Kalau dah peruntukkan itu dipinda, maknanya Sultan sudah tidak ada kuasa dan pada saat ini bagaimana Setiausaha Sulit Sultan boleh mengatakan bahawa Sultan masih ada kuasa eksekutif, begitu juga dengan pihak kerajaan, khususnya Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan yang menyebut soal perkenan Tuanku," kata beliau lagi.

Katanya lagi, kuasa eksekutif itu tak boleh disamakan dengan kuasa eksekutif dalam syarikat sebab yang disebut dalam perlembagaan adalah 'authority' atau kuasa pemerintahan yang diletakkan di dalam tangan Sultan tetapi dilaksanakan atau dijalankan oleh kerajaan yang memerintah yakni MB dan Exconya.

Tambah Aziz lagi, kenyataan yang dibuat oleh setiausaha Sultan tidak selari dengan KSN; satu pihak mengatakan kuasa itu telah dipindahkan dan sebagainya, dan satu pihak lagi mengatakan kuasa itu masih ada di tangan Tuanku.

Aziz mendakwa, upacara mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor tidak relevan kerana perlembagaan negeri memperuntukkan SUK yang baru perlu mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar.

"Anehnya pula, terus mahu buat upacara angkat sumpah di depan Tuanku, jadi kalau sudah tidak ada kuasa melantik, nak angkat sumpah buat apa?" Katanya.- Selangorkini


Sultan ada kuasa eksekutif

Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 3 Jan. – Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menegaskan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tetap mempunyai kuasa eksekutif bagi memperkenankan sebarang pelantikan pegawai kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang dilakukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Justeru beliau menjelaskan, kenyataan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh suruhanjaya berkenaan adalah dikeluarkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

''Itu tidak tahulah tetapi semasa perjumpaan Menteri Besar ketika menghadap Tuanku
hari ini, beliau ada menerangkan kepada baginda bahawa kuasa tersebut telah dipinda, iaitu Tuanku tiada mempunyai kuasa memerintah membuat pelantikan yang kini dilakukan oleh SPA.

''Bagaimanapun, baginda sebagai Ketua Esksekutif Negeri tetap mempunyai kuasa eksekutif dan sebarang pelantikan perlu mendapat perkenan Tuanku.

''Menteri Besar pula berperanan menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang telah diturunkan oleh baginda kepada beliau," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid hari ini yang menyebut Sultan Selangor telah berpandangan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA.

Ini kerana katanya, kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa Persekutuan.

Kenyataan itu menyebut, Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik.

Utusan Malaysia difahamkan, baginda murka dan berkecil hati ekoran sikap pentadbiran Abdul Khalid yang mempertikaikan dan enggan menerima pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK yang telah diperkenankan oleh baginda.

Menurut Mohamad Munir, semasa perjumpaan Sultan Selangor dengan Menteri Besar hari ini, baginda ada bertanya mengapa kerajaan negeri tidak mahu menerima pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK.

''Tuanku ada bertanya, mengapatidak suka Khusrin, adakah dia ada melawan tetapi Menteri Besar tidak kata apa-apa," katanya.

PRK Tenang : Video Pidato Anwar mengocak ketenangan UMNO Tenang .

Posted: 04 Jan 2011 01:43 AM PST

Di sebalik reputasi sebagai kubu kuat BN, kehadiran ketua umum PKR untuk kempen pilihan raya kecil Tenang menimbulkan peluh dingin di kalangan pemimpin BN.

Di dua ceramah malam tadi, polis terus bertindak sebaik sahaja Anwar mengambil tempatnya untuk berpidato.

Sebagai kontras, ucapan beberapa pemimpin Pakatan rakyat yang lain tidak dihiraukan dan dibiarkan berlarutan.

"Bila pemimpin lain berucap, tiada ganguan. Bila Anwar berucap, polis akan terus menganggu dan menghentikannya.


"Umno Johor cukup gusar dengan kehadiran Anwar kerana beliau cukup berpengaruh di sini, khususnya ketika menjadi timbalan perdana menteri," kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman.

Pada majlis pertama di Kampung Ayer Panas, jalan menuju ke tempat itu dibarisi kenderaan polis dan sekatan jalan raya.

Menurut orang ramai, kehadiraan polis yang ramai itu menakutkan masyarakat setempat untuk keluar menghadiri majlis berkenaan. Hanya kira-kira 300 orang hadir.

Apabila tiba giliran Anwar berucap pada jam 9.45 malam semalam, polis terus bertindak dan mengarahkan ceramah berkenaan dihentikan. Anwar akur dan bergerak menuju majlis keduanya di Felda Cempelak.

Meriam air

Ceramah di Felda Cempelak berjaya menarik lebih ramai hadirin - kali ini sekitar 3,000 orang, meskipun dengan kehadiran anggota polis yang tetap ramai dan diperlengkapkan dengan dua trak meriam air.

Anwar mengambil tempatnya di pentas utama pada jam 10.45 malam selepas ucapan pemimpin lain seperti ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Mazlan.

Sebaik sahaja mahu mula berucap, polis naik ke pentas untuk menghentikan ketua pembangkang itu. Pihak penganjur juga gagal memujuk polis supaya membenarkan Anwar untuk berucap dan semua peralatan pembesar suara juga dirampas.

Tanpa menghiraukan larangan itu, Anwar meneruskan ceramah menggunakan hailer. Namun hanya mereka yang berada berdekatan dapat mendengar.

Polis membiarkan ceramah itu berterusan selama kira-kira 40 minit sehinggalah Anwar menimbulkan isu Apco Worldwide, sebuah firma antarabangsa yang diupah oleh pentadbiran Najib.

"Apabila Anwar timbulkan Apco Worldwide, polis terus mengepung kawasan itu. Bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini kami terpaksa menamatkan ceramah itu," kata Mazlan yang juga timbalan pengarah kempen pilihan raya kecil PAS bagi kerusi Tenang.

Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Tenang dijadualkan pada 22 Januari ini, manakala pengundian ditetapkan pada 30 Januari jika ada pertandingan.






Berita dari : Malaysiakini
Videoclip dari : Mediarakyat

PRK Tenang : Tenang kini mula bergelora...

Posted: 03 Jan 2011 11:13 PM PST



LABIS 4 JAN : Warga FELDA dan masyarakat umumnya digesa agar menunaikan tanggungjawab dengan mengubah kepimpinan yang sudah rosak hari ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu juga mengingatkan warga FELDA dan masyarakat agar tidak terus menjerumuskan keadaan masa kini ke era 'zaman edan' seperti yang dizahirkan dalam penulisan pujangga besar Jawa, Ronggowarsito.


Menjelaskan kepada hampir 500 hadirin yang bersesak mendengar ceramah beliau di FELDA Chemplak, Labis, Johor malam semalam.

Zaman Edan bererti 'Zaman Gila' dimana orang baik disisihkan manakala mereka yang jahat mendapat pengiktirafan.

"Rompak harta rakyat, jadi Tan Sri, kes rogol ditutup. Kes bunuh, tak boleh dibuka. Masalah FELDA, tak boleh cerita. Orang bincang masalah, dia kata khianat. Orang FELDA miskin, dia kata tak. Semua kaya..Inilah Zaman Edan," kata beliau.

Ceramah Anwar di Felda Chemplak dan Kampung Air Panas, yang terletak kira-kira 10 km dari Pekan Labis dilihat tegang apabila sepasukan hampir 50 polis dan tiga trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) lengkap dengan meriam air telah pun bersedia awal-awal di Labis.

Polis juga turut cuba menghalang Anwar dari berucap tetapi akhirnya membenarkan 30 minit ucapan beliau di kedua-dua tempat ini.

Antara pemimpin lain yang hadir ialah Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PKR Tian Chua, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin dan ramai lagi.

Malah sekatan jalan turut dilakukan di jalan-jalan utama ke FELDA Tenang, Jalan Muar-Labis dan FELDA Chemplak.

Anwar yang baru digantung enam bulan dari sidang parlimen akibat mendedahkan peranan kerajaan Malaysia dengan APCO, menyatakan betapa ideal FELDA gagasan Tun Abdul Razak menunjukkan keteguhan dan konsisten beliau sebagai pemimpin, berbeza dengan Najib Razak, yang menurutnya banyak beretorik.

"Tun Razak dah janji. Kita buka tanah ini, dan kita tak akan rampas. Itu hak milik mereka. Dia kata dan dia terus laksana. Kerana pada masa itu dia sebagai PM, Menteri Pembangunan. Masa Datuk Najib. ETP, NKRA, macam-macam banyak sangat saya pun tak dapat ikut," komen beliau.

Anwar turut membidas tuduhan Umno bahawa PAS dan Pakatan Rakyat telah mengkhianati rakyat dan merancang ingin merampas tanah FELDA.

Beliau menganggap penduduk Felda kini telahpun mendapat pelbagai maklumat dan tak boleh diperkotak-katik atau dibodohkan pengurusan Felda dan memuji peranan yang dimainkan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) pimpinan Mazlan Aliman.

"Ini bukan FELDA zaman saya hantar pakcik saya dulu. Sekarang ramai dah tahu cerita. Anak-anakpun dah cerdik. Mazlan Aliman dan kawan-kawannya. Jadi bukan setakat cerdik, dia berani. Bagilah peluang dia bincang. Berapa ramai lagi yang cerdik? Bagi dia tolong urus. Yang nak marah kita sangat ni kenapa? Umno marah PAS. Nak khianat apa? Nak rampas tanah FELDA? itu Haram," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.


Itu dari TVSelangor sementara artikel dibawah pula dari Suara Keadilan

Umno-BN Semakin Angkuh, Bongkak, Gila Kuasa, Membelakangkan Perlembagaan
Oleh Dzulkarnain Taib

LABIS 4 Januari - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap Umno dan Barisan Nasional sudah sampai ke tahap terlalu bongkak, takbur dan angkuh sehingga sanggup membelakangkan perundangan negara demi menjayakan agenda politik jijik pimpinan mereka.

Menyentuh berkaitan isu perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru, Ketua Pembangkang berkata belum pernah dalam sejarah lantikan itu tidak dirujuk terlebih dahulu kepada Menteri Besar.

"Umno dan BN sudah terlalu bongkak, sombong dan takbur. Saya nasihatkan mereka supaya jangan khianat (kepada rakyat Selangor), zalim dan fitnah.

"Pagi tadi Menteri Besar mengadap Tuanku Sultan dan Tan Sri Khalid (Ibrahim) diberitahu baginda tidak masuk campur dalam perlantikan ini. Jadi sekarang mudah bagi Menteri Besar untuk terus berunding dengan SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) untuk selesaikan masalah ini," kata Anwar dihadapan lebih 2,000 penyokong Pakatan Rakyat dan peneroka pada Majlis Mesra Bersama Rakyat di Dataran Niaga, Felda Cempelak di Labis malam tadi.

Majlis tersebut merupakan ceramah pertama Pakatan Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang selepas pelancaran jentera pilihan raya kecil PAS di di sini Sabtu lalu.

Walaupun tiga trak Unit Simpanan Persekutuan, puluhan anggota polis serta lebih lima sekatan jalanraya dilakukan bagi menghalang kejayaan program Pakatan Rakyat namun golongan peneroka Felda Cempelak yang dianggap 'jantung Umno' tidak mengendahkan segala bentuk ugutan pihak keselamatan untuk mendengar amanat Anwar.

Anwar sempat menyentuh mengenai penubuhan Felda oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein yang menjanjikan tanah untuk golongan Melayu miskin.

"Tun Razak berjanji untuk beri tanah kepada orang Melayu miskin dan berkata tidak akan rampas tanah mereka. Beliau janji dan beliau laksana janjinya.

"Anaknya, Datuk Seri Najib janji macam-macam, ETP, NKRA, KPI tapi satu pun tak jadi dan satu pun tidak ditunaikan," tegas Anwar.

Beliau berkata PRK Tenang adalah penting kepada Pakatan Rakyat kerana kemenangan di negeri yang dianggap kubu kuat Umno bermakna isu serta perjuangan menegakkan keadilan untuk negeri Johor akan lebih berjaya.

"Kemenangan di Tenang tidak mudah, ini kami akui tetapi apa yang penting ialah istiqomah dan yakin serta terus berjuang. Kita tidak lagi boleh bergantung kepada Umno-BN kerana mereka bercakap tiga bahasa - di depan orang Melayu mereka menakutkan-nakutkan dengan isu Cina, di depan orang Cina dan India pula cakap lain.

"Pakatan Rakyat mempertahankan hak orang Melayu sebagaimana dalam Perlembagaan tetapi pada masa yang masa hak kaum lain juga dipertahankan. Inilah pendekatan kita.

Sementara itu Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin memberi amaran kepada Umno-BN suoaya jangan terlalu yakin kerana mungkin Tenang akan menjadi 'ribut' bagi mereka.

"PRK Tenang penting kerana ia akan menjadi pencetus kepada gelombang perubahan di bahagian selatan Semenanjung. Jadi pilihan raya kecil ini adalah peluang kepada rakyat Tenang khususnya dan Johor untuk membuat perubahan penting," kata Shamsul.

ADUN Batu Caves Amirudin Sahri pula mengatakan pengundi di DUN Tenang akan membuat keputusan penting 30 Januari nanti yang bakal merubah landskap politik Johor dan seterusnya di seluruh kawasan Felda yang mempunyai majoriti pengundi Melayu.

Sebelum itu di Kampung Air Panas yang terletak kira-kira 10 km dari Labis, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Abdul Rahman Yusof berkata perubahan amat perlu pada PRK Tenang dan Pilihan Raya Umum ke 13 kerana kerajaan Umno-BN kini lebih mementingkan golongan kroni dan kaum keluarga serta membebankan rakyat dengan kenaikan harga barangan keperluan.

"Keadaan ekonomi Malaysia ama berbeza ketika Datuk Seri Anwar menjadi Menteri Kewangan di mana
beliau pernah terpilih Di pilih sebagai Menteri Kewangan terbaik oleh akhbar Financial Times dan negara menyaksikan pertumbuhan ekonomi terbaik semasa beliau dipertanggungjawab mengurus kewangan negara.

"Sekarang ekonomi dan sumber kekayaan negara semuanya dibolot secara rakus oleh pemimpin Umno-BN dengan rakus sekali, Kata Abdul Rahman.

PRK Tenang diadakan berikutan kematian ADUN Tenang Datuk Sulaiman Taha, 59, pada 17 Disember lalu di Hospital Ampang Puteri akibat komplikasi penyakit kencing manis.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon pada 22 Januari dan hari pembuangan undi pada 30 Januari.

Rogol Amah : Di mana mereka?

Posted: 03 Jan 2011 09:03 PM PST



Ketika Bung Mokhtar sedang dibicarakan di Mahkamah Rendah Gombak Timur pada pertengahan bulan Mei 2010 yang lalu (kalau dah lupa sila baca di SINI) atas tuduhan berpoligami tanpa kebenaran.

Muncul beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat kecoh apabila mereka tidak dibenarkan masuk sehingga ahli keluarga tertuduh dan wartawan masuk dahulu ke kamar mahkamah berikutan tempat duduk yang terhad.


NGO yang diterajui oleh kumpulan bertindak untuk kesetaraan gender (JAG) itu telah mengadakan demo diperkarangan Mahkamah mendesak supaya Bung Moktar mengosongkan kerusi parlimennya kerana melanggar undang-undang ekoran berpoligami tanpa kebenaran.

Sekarang kemanakah pula mereka menghilang bila satu isu yang hangat diperkatakan sekarang mengenai laporan seorang Menteri merogol amahnya disebarkan diserata blog.

Tidakkah mereka mahu melihat laporan tersebut dan mengadakan demonstrasi sekali lagi bagi mendesak Menteri yang namanya kelihatan dalam laporan itu meletakkan jawatan pula?

Bagaimana pula dengan Menteri Wanita, Shahrizat Abdul Jalil yang diamanahkan untuk memelihara kesejahteraan? Kenapa berdiam diri pula?

Sudahlah dalam isu wanita kaum Penan beliau tidak tegas serta berdolak dalik mengenai permasalahan tersebut, kali ini hendak berdiam diri juga?

Laporan kes rogol Wanita Penan sila lihat di (SINI)

Minyak Masak : Harga kekal tetapi dijangka naik 15 peratus tahun ini

Posted: 03 Jan 2011 08:13 PM PST

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe, semalam memberikan jaminan kepada pengguna bahawa harga minyak masak tidak akan berubah buat WAKTU INI.

Faham betul-betul dengan apa yang dimaksudkandengan waktu ini itu.. maknanya esok atau lusa mungkin akan naiklah..


Harga kekal tetapi dijangka naik 15 peratus tahun ini

Negara tidak menghadapi kekurangan bekalan minyak masak tetapi 'belian panik' menyebabkan satu lagi pusingan kekurangan 'palsu', kata seorang peserta industri.

Minyak masak berasaskan sawit segera disambar di kedai-kedai, dan yang tinggal hanyalah minyak makan diimport yang mahal, yang diperbuat daripada minyak jagung, minyak kanola dan lain-lain.

Minyak masak merupakan barangan kawalan harga di Malaysia.


Peserta industri berkata belian panik dicetuskan oleh khabar-khabar angin tentang kemungkinan harga dinaikkan, seperti yang dinyatakan dalam cadangan skim pengurangan subsidi oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), yang diterajui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

Sumber yang enggan disebut namanya berkata bahawa kebanyakan usahawan kecil dan sederhana dalam perniagaan makanan membeli barangan kawalan mereka dalam jumlah yang besar kerana bimbang harga akan naik dalam tahun ini.

"Belian panik biasanya berlaku apabila tercetus khabar-khabar angin tentang kenaikan harga. Kekurangan bekalan minyak masak akan berlaku kerana orang ramai akan mula menyorok minyak makan. Inilah juga yang terjadi bila harga gula naik," kata peniaga itu.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe, semalam memberikan jaminan kepada pengguna bahawa harga minyak masak tidak akan berubah buat waktu ini.

Di bawah pengurangan subsidi, harga minyak masak akan meningkat sebanyak 15 peratus sekilogram pada 2010 dan 15 peratus sekilogram pada 2011 dan selepas itu, lima peratus setiap tahun hingga Januari 2014.

Sementara itu, ada kemungkinan penyeludupan minyak masak ke Indonesia, Thailand dan Singapura menyebabkan kekurangan itu.

Peniaga-peniaga berhasrat menjual minyak makan yang diseludupkan itu pada harga yang lebih tinggi dalam pasaran-pasaran ini, kata seorang peniaga.

Seorang peniaga lain mengaitkan kekurangan ini kepada harga minyak sawit mentah (MSM) yang tinggi kerana kebanyakan pengilang tidak dapat membeli dan menjualnya pada harga semasa.

Harga semasa MSM berlegar sekitar RM3,800 setan metrik.

Harga MSM di kilang adalah RM70-RM80 setan metrik lebih tinggi dan kebanyakan pengilang bukan sahaja tidak mampu membayar harga yang tinggi itu malah juga menjualnya pada harga terkawal sekarang.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang berkata kekurangan minyak masak tidak seharusnya berlaku di negara ini kerana Malaysia merupakan pengeksport utama produk minyak sawit.

"Kerajaan harus memantau kegiatan membeli dan menjual untuk menyelesaikan masalah ini dan menjadikan harga lebih rendah," kata Presidennya, SM Mohamed Idris.

Pengguna-pengguna dinasihati supaya tidak mendengar khabar-khabar angin tentang harga yang "bakal" naik dan melaporkan kegiatan menyorok.


Bernama

2 laporan polis Blog dianggap hina sultan

Posted: 03 Jan 2011 08:04 PM PST


Gambar tuan punya blog YB Shuhaimi Shafie


2 laporan polis kenyataan dianggap hina sultan

2011/01/04
SHAH ALAM: Tiga puluh ahli Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Selangor membuat dua laporan polis berhubung kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafie yang dianggap menghina Sultan Selangor.

Shuhaimi pada 30 Disember lalu dalam blognya menulis artikel yang disifatkan menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan memberi amaran bahawa Sultan Selangor akan berdepan tindakan rakyat.


Kedua-dua laporan polis itu dibuat pada jam 3.30 petang di Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam oleh Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin dan Yang Dipertua PERKASA Selangor, Abdullah Mansor. Dalam laporan polis yang dibacakan di hadapan pemberita, Hamidzun berkata, laporan dibuat berdasarkan kenyataan Shuhaimi laman blognya di alamat http://srimuda.blogspot.com/2010/12/pandangan-saya-berasaskan-undang-undang.html.

Beliau berkata, antara tulisan dalam blog itu berbunyi:
"Begitu juga dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang lain. Mengikut amalan dan konvensyen, ia akan dirujuk dan dibincangkan antara Ketua Negeri dan Ketua Kerajaan.

"Tetapi, apabila Selangor diperintah pakatan pembangkang, amalan dan konvensyen ini tidak dibuat. Saya yakin dan percaya rakyat Selangor mahu Menteri Besarnya dihormati oleh semua pihak termasuk pihak istana."


Berita Harian Online

Jawablah Rais… Kenapo sonyap ajo??

Posted: 03 Jan 2011 10:30 AM PST

Kisah atau tragedy malang buat seorang perempuan ini telah dikatakan berlaku pada sekitar 1997 dan ianya telah timbul pula pada akhir 2010 berikutan pendedahan oleh WikiLeaks.

Kisah yang menceritakan kepada kita semua betapa sebagai seorang amah yang menjaga hal ehwal keluarga tuannya itu, beliau juga terpaksa melayan nafsu seks tuannya itu kerana terpaksa..

Pendedahan oleh WikiLeaks ini telah ditulis oleh oleh Rocky Bru yang merupakan Pengarang kepada Malay Mail didalam blognya seterusnya BigDogDotCom pula mendedahkan laporan penuh oleh Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta.


Pendedahan dari mereka itu menjadikan mereka sebagai sasaran serangan oleh Blogger Pro-UMNO yang setia kepada pemimpin UMNO membuta tuli kerana pada anggapan mereka pendedahan ini adalah tidak tepat pada masanya dan memberikan peluru kepada pihak Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRK DUN Tenang.

Sebagaimana blogger-blogger Pro-UMNO itu mempercayai pendedahan oleh WikiLeaks yang mengatakan Anwar masuk perangkap liwat itu, mereka juga sebenarnya tidak bersikap Hipokrit bila menghadapi pendedahan oleh Wikileaks mengenai Menteri yang merogol amahnya ini..

Ketika WikiLeaks mendedahkan mengenai kes tuduhan liwat keatas Anwar Ibrahim boleh dikatakan seluruh Media yang menjadi talibarut UMNO telah menyairkannya, memaksa rakyat mempercayai pendedahan itu biarpun ianya tidak mendedahkan adakah benar Anwar Ibrahim meliwat Saiful.

Namun apabila nama pemimpin UMNO pula didedahkan mereka berusaha menyembunyikannya sebaik mungkin tetapi mereka terlupa bahawa bangkai babi tidak boleh ditutup dengan tudung saji saja..

Terima Kasih diucapkan kepada Tun Mahathir yang telah berjasa dalam menyediakan prasarana IT melalui Multimedia Super Corridor agar rakyat mudah mendapatkan maklumat dari alam cyber.

Dalam isu ini juga Malaysiakini yang kebiasaannya terkehadapan dalam sebarang berita dilihat agak jauh terkebelakang jika dibandingkan dengan HarakahDaily yang telah memainkan isu ini sejak dari minggu lepas lagi..

Nama Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim itu tidak disebut sama sekali didalam pendedahan oleh Rocky Bru itu, ianya dikesan secara tidak sengaja sebenarnya kerana nama tersebut telah dihitamkan, ianya bermula kerana sikap ingin tahu dan melihat nama siapa yang dihitamkan itu.

Memang sukar pada mulanya untuk mempercayai apa yang dilihat disebalik garis yang hitam itu kerana Menteri ini biasanya bercakap dalam nada yang kelihatan lembut gigi dari lidah..

Imej dokumen itu telah dibesarkan dan dalam meneliti nama yang dihitamkan itu dokumen yang terakhir , bayang nama tetap kelihatan biarpun ianya telah dihitamkan.. sila lihat di SINI.

Kini isu ini telah berlanjutan melebihi satu minggu dan masih tiada sebarang penafian dari penama yang telah dilaporkan merogol amah yang telah bekerja hampir lapan tahun untuk keluarganya itu.

Pada kebiasaannya Menteri ini merupakan seorang Menteri yang agak vocal dan terdepan dalam membicarakan tentang sesuatu isu terutama sekali yang melibatkan Pakatan Rakyat.

Sekarang kenapo sonyap ajo??

Pada 5 Januari 2011 ini edyesdotcom melaporkan (baca di SINI..) Chegu Bard dan Aoladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengadakan satu sidang media bagi mendedahkan pula Dokumen mengenai Menteri yang merogol amah ini dan seterusnya satu laporan polis akan dibuat terhadap Menteri yang bernafsu binatang itu.

Bersamalah kita nantikan apakah Sidang Media oleh Chegu Bard itu akan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan dan adakah laporan polis itu akan digunakan oleh pihak Polis untuk menyiasat yang didakwa merogol amah itu atau pihak Polis akan menyiasat Chegu Bard pula kerana menyerahkan dokumen itu kepada mereka.

Bersamalah juga kita nantikan adakah Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim akan menjawab tuduhan terhadap beliau atau bersikap memekakkan telinga..

Selagi isu ini tidak dijawab dengan fakta-fakta yang boleh menafikan kesahihah dokumen laporan terhadap beliau itu percayalah isu ini akan dibawa ke DUN Tenang bagi rakyat membuat penilaian seterusnya dibawa pula ke PRU 13 bagi rakyat mengadili sendiri Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim itu..

Jawablah Rais… kenapo sonyap ajo??

Kalau takut nak buat sidang media sahutlah cabaran PKR supaya bersumpah laknat (baca di SINI).. jangan pegang Al-Quran macam si Saiful tu buat tapi junjung Al-Quran.. junjung Al-Quran yang asal yang telah ditulis diatas kulit-kulit lembu dan pelepah-pelepah tamar itu..

Biar semua orang Melayu yang mempercayai sumpah laknat Saiful itu percaya bahawa Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim itu tidak pernah merogol amahnya….

The most dangerous man in Malaysia is Najib

Posted: 03 Jan 2011 09:08 AM PST

Najib's greed is to stay on in power. His fear is to be charged with the various crimes that he is suspected of having committed.Najib is prepared to risk the future of the monarchy by using the Sultan as a pawn.

The most dangerous man in Malaysia
Written by Mariam Mokhtar

Prime Minister Najib Abdul Razak is running scared. Shah Alam MP Khalid Samad did not mince his words when he accused the federal government of manoeuvring to dissolve the Selangor state legislative assembly by appointing Mohd Khusrin Munawi as the state secretary.

Khalid said, "This is the evil and despicable plan of BN. Najib wants to create chaos in Selangor and force the dissolution of the state legislative assembly."

Khusrin, the former private secretary to former-Selangor Menteri besar Muhammad Muhammad Taib and outgoing Selangor Islamic Religious Department (Jais) director, has been commanded by Prime Minister Najib Abdul Razak to initiate moves to create dissent.


This deliberate attempt by Putrajaya to cause turmoil in Selangor is reminiscent of the debacle that Najib engineered in Perak last year. The ousted Perak Menteri Besar Nizar Jamaluddin who suffered at the hands of Najib has already warned Selangor of the fate that will befall them if they do not take precautions.

If Najib was surprised at the way the rakyat reacted to his machinations, none was more surprised than the Sultan of Perak. His Royal Highness was taken aback at how Najib managed to galvanise the rakyat. In the end, evil may have triumphed but as they say, elephants never forget…..and others might even add, they never forgive either.

Najib is desperate. And a desperate man will resort to desperate measures.

He has to call an election before long. But his knows that his 1Malaysia is falling apart. Even his one-time mentor former Prime minister Mahathir Mohamad is confused by 1Malaysia. His deputy has rejected it outright. His Cabinet is seen as corrupt, inept and not practising his 1Malaysia views.

Worst of all, his non-Malay BN component parties such as MCA and MIC, are toothless and do not attract popular support. Whenever there is a racial or religious infringement, the best they can do is wring their hands in mock horror. They are what can be termed as "wasted space".

In the first year of being in office Najib spent most of his time overseas and neglected to attend to matters of state. His reputation abroad needs to be propped up by centre-fold advertisements costing USD5million highlighting his wife's achievements. His wife invites Hollywood celebrities, who visit under the cloak of secrecy, to be shown "the real Malaysia". We ask, which version of the "real" Malaysia?

Najib knows that under normal circumstance Pakatan will triumph in the general elections. That is why he has to do his preparatory work first.

This man is dangerous. He was not elected as Prime Minister and has no known credentials of being a leader. Being a career politician by piggy-backing on the name of his father is no real test of leadership. What true experience has he of the real world?

No leader blatantly offers the people of a town RM5 million in exchange for votes. No leader tries to influence voting by offering to repair schools. Broken-down schools should be repaired as a matter of course.

Najib's cabinet is in disarray and tainted with known charges of corruption, sexual scandals including rape, and mismanagement of the public purse.

Najib knows he has a lot to lose. He is also aware that if he goes down, he drags others down too - People who rose up the ranks not through merit, strength of character and their policies. These people are dependent on him to stay in power, to protect them.

Just like Najib, these sycophants fear for their positions, ill-gotten wealth and reputation. They know that with the Opposition in power, they will be stripped of all these and may face ruin in prison.

These people used bribery and blackmail to serve themselves, robbed us of our democratic rights, and in some cases eliminated others so that they could achieve what they have always craved for – power.

Najib believes he can take Selangor by his underhand tactics. Just like he what did in Perak. So how deep are his pockets? What sort of leader pits its own people against each other? Is he so morally banrkrupt?

Perak's experience was not a fight of non-Malays versus Malays, like what his father engineered just over four decades ago.

This time, Selangor's power tussle involves a people who have are oppressed and who are fighting for the simple desire to enjoy their democratic right. These people dare pit their wills against those who gladly accept further ruin by Najib.

Najib has conveniently forgotten his "People First, Performance Now" slogan. He is on shaky ground and he does what he knows best - sowing the seeds of confusion and discontent. He is no true patriot. He is a deceiver and suffers amongst other things from crab-mentality.

The Opposition win of 2008 was a humiliating blow for Umno. Najib cannot afford another defeat.

He is aware of the people's support for Pakatan. So he pulls out his remaining trick, which involves royalty.

This is Najib's most dastardly act, to involve the Sultan. He has everything to lose so he does not care if he compromises the neutrality of the Sultan.

Najib is prepared to use the Sultan against his people. Just like what he did with the Perak Sultan whose popularity plummeted after the fiasco in Perak.

How does one know? You can gauge it from the lack of warmth that the people normally have reserved for the Sultan of Perak.

These days there is neither spontaneity nor depth of feeling and sincerity when Perakians meet their Sultan. The Perak Sultan's drop in popularity is directly attributed to Najib.

Najib's greed is to stay on in power. His fear is to be charged with the various crimes that he is suspected of having committed.

Najib is prepared to risk the future of the monarchy by using the Sultan as a pawn.

That is why the most dangerous man in Malaysia is Najib Abdul Razak.


Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: