Khamis, 6 Januari 2011

Anak Cucu Nabi Adam

Anak Cucu Nabi Adam


Paksa Guru Sokong BN

Posted: 06 Jan 2011 02:27 AM PST

PAS Johor akan membuat laporan polis di Labis esok mengenai satu rakaman video seorang pegawai tinggi kerajaan negeri menggesa para guru menyokong kempen BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang.

Pencalonan ditetapkan pada 22 Januari dan pengundian pada 30 Januari bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut ekoran kematian penyandangnya dari BN Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu.

Timbalan pesuruhjaya PAS Johor, Zulkifli Ahmad memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa rakaman video itu akan dimuat-naik di YouTube.

"Kami akan membuat laporan polis mengenai perkara itu di balai polis Labis bersama bukti untuk menyokongnya," kata beliau.

Zulkifli berkata, pihaknya melihatnya sebagai satu bukti jelas pegawai dan jentera kerajaan diguna untuk membantu BN mendapatkan sokongan melalui cara yang melanggar sikap tidak memihak kakitangan awam dalam politik.

Menurutnya lagi, jika pegawai kanan kerajaan negeri mahu mengambil bahagian dalam politik, mereka mesti meletak jawatan terlebih dahulu sebelum memasuki gelanggang politik.

Sementara itu, Zulkifli berkata, partinya juga tidak bimbang dengan pengedaran dua buku berjudul 'DAP Anti-Islam' dan 'Khawarij dan Parti PAS ', menjelang kempen pilihan raya Tenang.

~MK~

Raja Tempe hadapi perbicaraan 28 hari Jun ini

Posted: 06 Jan 2011 02:26 AM PST

Kes rasuah membabitkan menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo akan ditetapkan pada 6 hingga 24 Jun ini, kata hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohtarudin Baki.

Beliau juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi meminda kes itu ke mahkamah tinggi. Kali pertama, pertuduhan ke atas Mohd Khir dibacakan di mahkamah sesyen.

Pada 6 Disember tahun lalu, Mohd Khir dan pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Shamsuddin pula didakwa mengikut seksyen yang sama dan dikenakan pertuduhan tambahan mengikut Seksyen 109 kerana membantu Mohd Khir melakukan kesalah berkenaan.

Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Mohd Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007. Kedua-duanya tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.

~MK~

Dakwaan Rais rogol amah

Posted: 06 Jan 2011 02:24 AM PST

Penulis blog, Datuk Ahirudin Atan mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) lambat bertindak berhubung dakwaan terhadap menterinya, Datuk Seri Rais Yatim berkaitan kes rogol membabitkan seorang amah Indonesia.

Sedangkan, katanya, SKMM tangkas bertindak ke atasnya apabila menteri yang bertanggjungjawab ke atas suruhanjaya itu membuat laporan polis ke atasnya sebelum ini.

"Dakwaan yang dibuat dalam blog itu di dalam bidang kuasa SKMM, jadi mereka mesti siasat," kata Ahiruddin ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, SKMM perlu menjalankan siasatan memandangkan Rais ketika menafikan dakwaan tersebut semalam mendakwa, ia antaranya dicetuskan oleh "penulis liar blog di Internet."

Katanya, SKMM perlu segera menyiasat dakwaan berkenaan, sepertimana yang dilakukan suruhanjaya itu ke atasnya berhubung satu tulisannya pada Oktober tahun lalu di laman Rocky's Bru.

"Jika tidak, ia akan menunjukkan double standard kerana dakwaan itu melibatkan menteri yang bertanggungjawab ke atas SKMM," kata Ahirudin yang juga penasihat editorial kumpulan akhbar The Malay Mail, The Malaysian Reserve dan juga stesen Bernama TV.

Ahirudin disiasat oleh suruhanjaya itu berhubung tulisan di blognya itu yang mendakwa seorang anak lelaki Rais memperoleh geran RM1 bilion untuk menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara.

Manakala dalam tulisannya pada 23 Disember pula, Ahirudin mendakwa seorang pembantu rumah warga Indonesia telah diperkosa oleh seorang menteri kabinet pada 2007.

Mengulas lanjut, Ahirudin yang lebih dikenali sebagai Rocky, bagaimanapun membersoalkan mengapa Rais mengambil masa yang lama untuk tampil menafikan dakwaan itu.

"Tidak cukup sekiranya (Rais) sekadar berkata dia tidak buat. Laporan polis sudah dibuat dan sekarang polis ada tanggungjawab untuk siasat," tambahnya.

Jelasnya, walaupun menteri tersebut telah menafikan dakwaan itu, Migrant Care masih berdiam diri dengan dakwaan berkenaan.

"Itu juga perlu menjadi sebahagian daripada (aspek) yang polis perlu siasat," katanya lagi.

Tegasnya, Rais juga sepatutnya memfokuskan kepada dakwaan tersebut dan bukannya mempolitikkan isu berkenaan dengan menyifatkan dakwaan itu cubaan untuk menggagalkan usaha 1Malaysia perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

~MK~

PAS setuju tuduhan menteri rogol amah disiasat

Posted: 06 Jan 2011 02:23 AM PST

PAS menyambut baik cadangan Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang mahu isu dakwaan seorang menteri merogol pembatu rumah Indonesia, diselesaikan mengikut lunas undang-undang.

Sambil mengalukan penafian keterlibatan yang dibuat Rais semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mahu isu itu disiasat dengan segera kerana ianya membabitkan nama baik negara dan mampu menjejaskan hubungan serantau Malaysia-Indonesia.

Di Indonesia, NGO yang mendedahkan isu ini, Migrant Care akan membuat satu sidang media khas sebagai menjawab isu ini selepas laporan mereka didedahkan oleh WikiLeaks dan kemudiannya media khasnya laman web dan blog di Malaysia.

"Kita setuju bahawa isu ini perlu disiasat. Kita minta polis menyiasat dakwaan dalam blog-blog yang telah mendedahkan perkara ini.

"Kita tidak mahu nama baik Malaysia terjejas dan juga menjatuhkan imej Rais Yatim," kata Mahfuz ketika mengulas kenyataan Rais.

Semalam, Rais yang juga Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan membuat penafian berhubung dakwaan bahawa beliau terlibat mrogol pembantu rumah warga Indonesia.

Penafian itu dibuat selepas banyak pihak mendesak beliau tampil membersihkan nama ekoran beberapa blog melaporkan penglibatannya dalam kes itu.

Beliau mendakwa ianya tuduhan yang dicetuskan penulis liar blog dan parti politik pembangkang.

Sehubungan itu beliau pihak yang terlibat membuat tuduhan tersebut disiasat mengikut lunas undang-undang.

Rais turut memaklumkan beliau dan keluarga, sedia memberi kerjasama membantu siasatan dan menerima apa sahaja keputusan siasatan akhir nanti.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mahu siasatan menyeluruh dan telus dilakukan.

"Siasatan mesti menyeluruh. Kalau ada nama yang pelu untuk polis pergi ke Indonesia, polis kena pergi la," katanya lagi.

Sementara itu Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mempersoalkan tindakan Rais yang seolah-olah cuba menyalahkan pihak Pakatan, bloggers dan media bahawa kononnya insiden ini adalah ciptaan permainan politik berkepentingan.

"Wanita Keadilan menganggap ini sebagai suatu tuduhan keras dan Rais Yatim patut segera memohon maaf," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau juga mendesak kerajaan mengantung tugas menteri penerangan itu buat sementara dan berkuat-kuasa serta merta bagi menjamin sebuah pentadbiran yang benar-benar bersih, sehingga keputusan siasatan selesai.

~harakah~

Minyak masak memang tidak cukup

Posted: 06 Jan 2011 12:40 AM PST

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas dengan segera terhadap pengeluar minyak masak bagi menangani masalah kekurangan bekalan itu yang semakin menular ke seluruh negara.

Walaupun menteri berkenaan memberikan jaminan kepada pengguna bahawa harga minyak masak tidak akan berubah pada waktu ini dan jaminan bekalan yang mencukupi tetapi ia tidak menggambarkan keadaan sebenar.

Menurut Presidennya, SM Mohamed Idris tindakan tegas terhadap pengeluar perlu diambil memandangkan terdapat mereka yang mengambil kesempatan untuk mendapat keuntungan dengan mengeksport minyak masak ke luar negara kerana ia lebih menguntungkan.
"Sikap pengeluar yang lebih mementingkan keuntungan ini telah membebankan rakyat biasa yang terpaksa berdepan dengan ketiadaan bekalan minyak masak terutama sekali minyak masak yang dijual dalam bentuk paket kecil.

"Dalam perkara ini kerajaan perlu bertindak tegas dengan membatalkan dengan segera lesen pihak pengeluar yang melakukan kegiatan ini demi untuk memastikan jaminan keselamatan makanan negara terjamin," katanya.

Tinjauan yang dibuat di beberapa kedai runcit dan pasar raya di Pulau Pinang juga ujarnya mendapati bekalan minyak masak terutama sekali di dalam bungkusan paket kecil tidak dapat diperolehi oleh pengguna.

"Isu bekalan minyak masak di dalam paket kecil sering menjadi masalah kerana pihak pengeluar tidak dapat menaikkan harganya kerana ia dikategorikan di bawah barangan kawalan harga.

"Kerajaan juga perlu menangani segera masalah ini kerana ia juga melibatkan jaminan keselamatan makanan negara yang amat penting sekali kerana ia merupakan keperluan asas bagi rakyat," tambahnya.

Jika bekalan minyak masak mencukupi di pasaran sudah tentu pengguna tidak akan melakukan pembelian panik akibat dicetuskan oleh kekurangan bekalan di pasaran dan kebimbangan akan berlakunya kenaikan harga.

Oleh itu kerajaan perlu memastikan keadaan bekalan sentiasa terkawal dan terjamin terutama sekali bekalan minyak masak dalam paket yang mampu dibeli dan menjadi keperluan utama golongan bawahan.

Kerajaan juga perlu mengambil tindakan terhadap kegiatan orang tengah yang sering memanipulasi keadaan dan mengambil kesempatan terutama sekali di peringkat ladang sehinggalah kepada pihak pengilang.

"Ini semua melibatkan masalah sistem pemasaran sedia ada yang perlu disemak semula oleh kerajaan terutama sekali dalam masalah yang melibatkan sistem pengedaran daripada peringkat pengeluar sehinggalah kepada pengguna.

"Kekurangan bekalan minyak masak ini tidak seharusnya berlaku di negara kita kerana Malaysia merupakan negara pengeluar dan pengeksport utama produk minyak sawit dunia," katanya.

~harakah~

CAP bimbang minyak masak tidak cukup

Posted: 06 Jan 2011 12:38 AM PST

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mahu kerajaan mengambil tindakan tegas dengan segera terhadap pengeluar minyak masak bagi menangani masalah kekurangan bekalan itu yang semakin menular ke seluruh negara.

"Tindakan tegas terhadap pengeluar perlu diambil memandangkan terdapat mereka yang mengambil kesempatan untuk mendapat keuntungan dengan mengeksport minyak masak ke luar negara kerana ia lebih menguntungkan.

"Sikap pengeluar yang lebih mementingkan keuntungan ini telah membebankan rakyat biasa yang terpaksa berdepan dengan ketiadaan bekalan minyak masak terutama sekali minyak masak yang dijual dalam bentuk paket kecil," kata presiden, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris.

Katanya, kerajaan perlu bertindak tegas dengan membatalkan dengan segera lesen pihak pengeluar yang melakukan kegiatan ini demi untuk memastikan jaminan keselamatan makanan negara terjamin.

Tidak dapat diperolehi

Menurut SM Mohamed, tinjauan CAP di beberapa kedai runcit dan pasar raya di Pulau Pinang juga mendapati bekalan minyak masak terutama sekali di dalam bungkusan paket kecil tidak dapat diperolehi oleh pengguna.

Beliau berkata walaupun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberikan jaminan kepada pengguna bahawa harga minyak masak tidak akan berubah pada waktu ini dan jaminan bekalan yang mencukupi tetapi ia tidak mengambarkan keadaan sebenar.

"Jika bekalan minyak masak mencukupi di pasaran sudah tentu pengguna tidak akan melakukan pembelian panik akibat dicetuskan oleh kekurangan bekalan di pasaran dan kebimbangan akan berlakunya kenaikan harga.

"Oleh itu kerajaan perlu memastikan keadaan bekalan sentiasa terkawal dan terjamin terutama sekali bekalan minyak masak dalam paket yang mampu dibeli dan menjadi keperluan utama golongan bawahan," katanya.

SM Mohamedjuga mahu kerajaan bertindakan terhadap kegiatan orang tengah yang sering memanipulasi keadaan dan mengambil kesempatan terutama sekali di peringkat ladang sehinggalah kepada pihak pengilang.

"Ini semua melibatkan masalah sistem pemasaran sedia ada yang perlu disemak semula oleh kerajaan terutama sekali dalam masalah yang melibatkan sistem pengedaran daripada peringkat pengeluar sehinggalah kepada pengguna," katanya.

Menurut beliau, kekurangan bekalan minyak masak tidak seharusnya berlaku di negara kita kerana Malaysia merupakan negara pengeluar dan pengeksport utama produk minyak sawit dunia.

~MK~

Kronologi surat mengenai pelantikan SUK Selangor

Posted: 06 Jan 2011 12:37 AM PST

Berikut adalah kronologi perutusan surat mengenai isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di antara Jabatan Perkhidmatan Awam, SUK, Menteri Besar dan Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor.

3 Disember 2010

Surat rujukan JPA(S) 328/2/1-1 Klt.22/(73) dari JPA mencadangkan tiga (3) nama untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru kepada Datuk Ramli Mahmud, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

3 Disember 2010

Surat rujukan IPK.Sel.(S)1095/6 Jld. 44 dari SUK Selangor memanjangkan tiga (3) calon untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bagi mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor kepada Datuk Lela Bakti Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

10 Disember 2010

Surat rujukan (37)dlm.Pej.DYMM.Sul.Sel.M/3/301.Jld.19 dari Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor menyatakan perkenan Tuanku mengenai pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi bagi mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor kepada Datuk Ramli Mahmud, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

17 Disember 2010

Datuk Menteri Besar Selangor mengutus surat kepada DYMM Sultan Selangor mengesyorkan tiga (3) nama untuk calon Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

21 Disember 2010

Surat rujukan (65)dlm.Pej.DYMM.Sul.Sel.M/3/01.Jld.19 dari Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor menyampaikan satu (1) salinan surat kepada Pejabat Menteri Besar Selangor, iaitu surat rujukan (37)dlm.Pej.DYMM.Sul.Sel.M/3/01.Jld.19 bertarikh 10 Disember 2010, mengenai perkenan DYMM Sultan Selangor, Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

27 Disember 2010

Ketua Setiausaha Negara mengumumkan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di dalam akhbar-akhbar tempatan.

27 Disember 2010

YAB Datuk Menteri Besar Selangor mengutus surat kepada DYMM Sultan Selangor mohon mengadap bagi membincangkan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

(DYMM Sultan Selangor sedang bercuti dalam tempoh ini dan kembali bertugas pada 3 Januari 2011).

~MK~

Pusat perlu fahami hasrat negeri

Posted: 06 Jan 2011 12:36 AM PST

Tindakan Pusat melantik Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor dengan membelakangkan kerajaan negeri membuktikan Umno tidak pernah menghormati undang-undang yang digubal mereka sendiri, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Melalui satu kenyataan kepada Harakahdaily beliau berkata, perlantikan itu juga dibuat secara tidak bertamadun dan merupakan cubaan Umno BN merampas kerajaan Selangor.

"Kita semua menyedari bahawa Umno BN tidak pernah menghormati undang-undang yang mereka sendiri gubal, sehingga mereka sanggup melanggarnya demi kepentingan politik sempit mereka.

"Kerajaan Umno BN ini berusaha untuk merampas kerajaan Selangor dengan menggunakan peruntukan pentadbiran bagi mewujudkan suasana keresahan dalam pentadbiran kerajaan, semuanya dengan cara yang tidak bertamadun dan di luar batas demokrasi," katanya.

Beliau mengulas isu perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor yang baru yang ditentang kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana didakwa membelakangkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Tambahnya, segala peraturan pengurusan perjawatan dan perkhidmatan pegawai adalah sebenarnya dirangka dengan matlamat melaksanakan urusan pentadbiran sesebuah kerajaan supaya lebih efisyen, menjaga kepentingan rakyat, jauh dari sikap menekan apatah lagi menzalimi mana-mana kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Pusat tegasnya, perlu menghormati kerajaan negeri yang telah dipilih rakyat, termasuk dalam membuat pelantikan perkhidmatan awam.

"Mereka sepatutnya mengambilkira budi bicara dalam membuat pelantikan, dengan memahami hasrat serta kehendak kerajaan negeri Selangor ini khususnya dalam perlantikan SUK.

"Sikap melawan kehendak pentadbiran kerajaan Selangor ini dilihat suatu tekanan dan berlaku akibat dari fahaman salah konsep federalisma yang dianut oleh kerajaan pusat pimpinan Umno BN," tambahnya lagi.

Beliau turut mengingatkan bahawa usaha pencabulan konsep federalisma oleh Umno BN ini, hanya akan mengakibatkan berlakunya kebangkitan luar biasa rakyat di peringkat nasional.

Umno katanya, menggunakan teknik yang sama yang mereka telah lakukan di negeri Perak dengan menjadikan rakyat sebagai pertaruhannya.

"PAS juga ingin mengingatkan kepada Umno BN, bahawa langkah apa sekalipun yang digunakan untuk menongkat kelemahan di pihak mereka, ianya tidak akan menjamin BN untuk terus kekal sebagai pemerintah.

"Dunia telah membuktikan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya termasuk Umno BN," tegasnya.

~harakah~

Hadir tak bermakna rela

Posted: 06 Jan 2011 12:33 AM PST

Kehadiran menteri besar dan seluruh exco kerajaan Selangor ke majlis angkat sumpah Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) yang baru tidak bermakna tindakan itu direlakan, kata Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Memandangkan hari ini juga ditetapkan untuk majlis angkat sumpah Datuk Khusrin, kami ingin menegaskan kehadiran kami tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA(Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) terhadap pentadbiran kami.

"Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan SUK belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," katanya dalam kenyataan bertulis kepada media yang diedarkan di Istana Bukit Kayangan Shah Alam.

Katanya, kerajaan negeri juga telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan dan menyatakan rasa terkilan Negeri Selangor di dalam isu pelantikan SUK.

"Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan semangat Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan.

"Kerajaan Negeri juga memohon agar proses perbincangan dapat dilakukan dan akhirnya penyelesaian terbaik boleh dicapai," katanya.

Menurut Khalid, kerajaan negeri Selangor juga kesal apabila berlaku manipulasi pihak tertentu dan berkepentingan dalam isu tersebut.

"Media perdana pula menggambarkan seolah-olah berlaku krisis di antara Istana dan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

"Justeru, kehadiran seluruh exco kerajaan negeri hari ini di dalam majlis penuh istiadat iaitu Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran Dato' Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) Darjah kelas Pertama kepada Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor - sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor," katanya.

Menurut Khalid oleh kerana hari ini juga ditetapkan untuk majlis angkat sumpah Khusrin, kehadiran beliau dan anggota exco tidak bermakna mereka rela dengan tindakan arbitrasi SPA.

"Kita juga telah memberi maklum kepada Sultan bahawa pentadbiran kerajaan negeri akan mengadakan sidang dewan negeri Selangor dalam tempoh terdekat untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar khusus dalam melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.," katanya.

Khalid berkata tindakan ini sekali gus menolak dakwaan pihak-pihak yang menuduh mereka menderhaka dengan sultan.

"Sebaliknya kamilah yang akan mengembali dan mempertahan kuasa Sultan dan Negeri yang terhakis sejak 1993 kesan dari krisis Perlembagaan," akhiri kenyataan media itu.

~MK~

UMNgOk takut undi kaum India tergugat

Posted: 06 Jan 2011 12:33 AM PST

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan Jawatankuasa Khas Kementerian Pelajaran bagi mengkaji semula penggunaan novel bertajuk "Interlok" sebagai buku teks subjek Sastera Bahasa Malaysia tingkatan lima sekolah menengah mulai tahun ini.

Menurut Timbalan Menteri Pelajaran Puad Zarkashi, kajian itu perlu dilakukan secara serius supaya penggunaan novel itu tidak mendatangkan pelbagai masalah terutamanya membabitkan keharmonian kaum di negara ini.

"Tan Sri Muhyiddin (Menteri Pelajaran) berharap kajian itu akan merumuskan satu keputusan yang baik bagi memuaskan semua pihak," kata Puad kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Gali, Raub hari ini.

Beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mengemukakan bantahan kepada kerajaan kerana muka surat 211 dan 220 novel itu didakwa mengandungi unsur sensitif yang boleh menyentuh perasaan sesetengah kaum.

Novel berdasar apa yang berlaku

Sebelum itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah mendakwa, buku teks sastera tingkatan lima itu telah ditarik balik kerana dikatakan mengandungi unsur sensitif serta boleh menyinggung perasaan kaum Melayu dan India.

Puad berharap agar semua tidak mempolitikkan isu novel itu kerana niat kerajaan adalah untuk menambahkan pengetahuan di kalangan pelajar dan rakyat negara ini.

"Sepatutnya tidak timbul masalah itu kerana novel yang tulis Abdullah Hussain itu adalah berdasar kepada apa yang berlaku pada masa lampau.

"Sebarang keputusan untuk menentukan sama ada novel komponen sastera itu akan digunakan atau tidak akan diketahui dalam masa terdekat nanti," katanya.

~MK~

Dialog novel Interlok Sabtu ini

Posted: 06 Jan 2011 12:30 AM PST

Seluruh warganegara Malaysia terutama yang tinggal di sekitar ibu negara yang berminat untuk mengikuti dialog mengenai novel Interlok, berpeluang menyertainya pada hari Sabtu, 8 Januari ini.

Peluang tersebut terbuka kepada orang ramai apabila Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) mengambil inisiatif menganjurkannya dengan mengadakannya di Rumah Pena, Jalan Dewan Bahasa, di sini, mulai jam 10 pagi.

Setiausaha Agung Pena, Syed Mohd Zakir Syed Othman dalam satu kenyataan akhbarnya menjelaskan, majlis tersebut akan dipengerusikan oleh Presiden Pena, Mohamad Saleeh Rahamad, manakala panelnya pula terdiri daripada Dr Ilias Zaidi dan Dr Fatimah Busu.

Menurut beliau, dialog tersebut diadakan bagi menjelaskan isi kandungan novel Interlok secara ilmiah kepada semua pihak dan memberikan kewajaran novel itu dikekalkan sebagai teks Komsas.

Katanya, sehubungan itu, satu sidang akhbar akan turut diadakan oleh pihak Pena pada hari dan tempat yang sama pada jam 12.30 tengah hari.

"Sidang akhbar itu diadakan bagi menyatakan pendirian Pena menyokong novel Interlok dikekalkan sebagai teks Kamsas tanpa sebarang perubahan terhadap mana-mana isi kandungannya," jelasnya.

Interlok merupakan sebuah novel bermutu yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussein yang mengambil latar masa sekitar tahun 1910 hingga 1957. Ia mendapat hadiah saguhati dalam peraduan menulis novel sempena 10 tahun merdeka, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Dalam peraduan itu, novel Sandera terpilih memenangi tempat ketiga, manakala hadiah pertama dan kedua tidak dimenangi sebarang novel.

Novel Interlok adalah satu rakaman sejarah dalam bentuk fiksyen. Ia adalah rakaman realiti semasa yang cukup baik, mengenai masyarakat Malaysia waktu itu iaitu zaman pra merdeka dan ia sangat sesuai dijadikan teks sekolah. Oleh itu, ia tidak sewajarnya menjadi mangsa politik perkauman di negara ini.

Bagaimanapun, kontroversi mengenai Interlok timbul apabila MIC dan Gabungan NGO India memandangnya sebagai sebuah novel yang menghina kaum India, khususnya pada bahagian-bahagian tertentu, sehingga ia dikatakan sebagai karya bentuk 'rasis'.

Lebih jauh dari itu, Pengerusi Gabungan NGO India Malaysia, Datuk A Vaithilingam, dalam kenyataannya, mengancam untuk mengadakan satu upacara membakar novel tersebut sekiranya ia tidak ditarik balik daripada menjadi sebahagian teks sastera SPM.

Tindakan dan bangkangan mereka itu dilihat tidak berasas dan melampau oleh pelbagai pihak. Bagi menjawabnya, semalam, Seniman Paksi Rakyat Malaysia (PAKSI), telah mengadakan sidang medianya di rumah Pena untuk menyuarakan pandangannya dalam mempertahankan novel itu.

Pada sidang media itu, Presiden PAKSI, Dinsman, ketika menjawab soalan wartawan menjelaskan, jika kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran gagal mempertahankan novel itu dan gagal menangani masalah itu dengan baik dalam masa terdekat, pihaknya juga turut bercadang untuk mengadakan forum terbuka secara bersiri.

Forum tersebut akan diadakan di tempat yang dikunjungi orang ramai. Dalam konteks semasa, mereka bercadang untuk mengadakannya di Dun Tenang, memandangkan kawasan itu kini menjadi tumpuan orang ramai dari seluruh negara, sempena pilihanraya kecil kawasan itu yang akan berlangsung 30 Januari ini.

Selain itu, beliau yakin, beberapa persatuan penulis lain juga sedang merancang untuk mengadakan tindakan tersendiri bagi menyuarakan pandangan mereka berhubung perkara itu.

~harakah~

PM kaji tubuh suruhanjaya diraja

Posted: 06 Jan 2011 12:28 AM PST

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dilapor mengadakan mesyuarat peringkat tertinggi semalam bagi meninjau kemungkinan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon kepada lamanweb Nanyang Siang Pau. Ia melaporkan, turut menghadiri mesyuarat itu adalah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Najib dijangka membuat pengumuman rasmi berhubung perkara itu dalam beberapa hari lagi. Menurut laporan itu, Koh dilaporkan berkata Kabinet meninjau beberapa perkara yang boleh diambil sebelum Mahkamah Koroner semalam membuat penghakiman terbuka.

Katanya, jemaah menteri ingin memastikan bahawa keluarga Teoh, khususnya dan orang ramai diberi penjelasan memuaskan berhubung perkara berkenaan.

"Dua minggu lalu, saya adakan perbincangan terperinci dengan Perdana Menteri mengenai kemungkinan keputusan inkues dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan," kata Koh.

Berikutan kematian Teoh pada 16 Julai 2009, Kabinet pada 22 Julai memutusan suruhanjaya diraja ditubuhkan selepas inkues membuat keputusannya.

~MK~

Kimma Jangan Nak Jadi Barua UMNgOk

Posted: 06 Jan 2011 12:27 AM PST

ADUN Komtar Ng Wei Aik telah mengarahkan peguamnya supaya menghantar surat tuntutan terhadap Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) kerana menuduh beliau mengeluarkan kenyataan rasis untuk menghina umat Islam di Pulau Pinang.

Ng, yang juga setiausaha politik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng, mahu kongres itu menjelaskan, menarik kembali dan memohon maaf kerana menuduhnya menggunakan perkataan "tutup kedai, balik India, terhadap pemilik restoran, Syed Kassali Mohamad Aliyar .

Ng dilaporkan telah mengeluarkan kata-kata tersebut terhadap beberapa pekerja Syed Mohamad ketika menutup kedai nasi kandar bersama-sama dengan pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang dua hari lalu.

Ditanya wartawan di Pulau Pinang mengenainya, Ng mengulangi apa yang ditulis dalam tweetnya pagi ini di mana beliau bersumpah tidak pernah mengatakan 'balik India' terhadap sesiapa pun.

Ng berkata, beliau berada di premis tersebut pada malam berkenaan ketika dia dituduh mengeluarkan kata-kata tersebut apabila berlaku satu kemalangan di sana, yang melibatkan sebuah kereta dan sebuah warung pemilik berkenaan.

"Kereta itu telah melanggar sebuah gerai yang dimiliki oleh restoran itu... nasib baik ia tidak melanggar pelanggan mereka... Jika tidak, apakah pemilik kedai itu boleh dipertanggungjawabkan?" soalnya.

"Jadi, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kami terpaksa membuang sebarang halangan di sepanjang kedai tersebut untuk menjaga keselamatan awam," katanya sambil menambah, tindakan itu boleh dipertahankan dan pihaknya tidak melanggar sebarang undang-undang.

"Saya tidak pernah menyebut India atau orang India ketika kejadian tersebut... kita mengambil tindakan bukan kerana seseorang itu Melayu, Cina atau India ... tapi menurut undang-undang."

Ng berkata, jika benar beliau menyebut kata-kata rasis tersebut, maka sudah tentu pemilik kedai itu atau kumpulan Melayu-Muslim akan terus bertindak.

"Mengapa Kimma hanya bertindak sekarang? Sesudah tiga hari," katanya.

"Saya yakin Kimma tidak akan boleh menjawab soalan ini," tambahnya.

Semalam, pengerusi Kimma Pulau Pinang, Faruk Raja Muhammad mempersoalkan sama ada seseorang wakil rakyat boleh melemparkan ucapan rasis dan bertindak kasar terhadap rakyat.

"Dia tidak profesional dalam melaksanakan tugasnya," kata Faruk kepada wartawan semalam.

Oleh itu, katanya, Kimma mahu kerajaan negeri bertanggungjawab terhadap tindakan tersebut dan memohon maaf kepada masyarakat India Muslim di negara ini.

~MK~

Utusan Disaman Kerana Memfitnah

Posted: 06 Jan 2011 12:25 AM PST

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ke atas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia atas dakwaan sebuah artikelnya memfitnah DAP.

Lim memutuskan untuk menyaman Utusan setelah akhbar harian itu menyiarkan sebuah artikel pada Disember lalu yang mendakwa DAP adalah alat kerajaan asing dan mahu parti berkenaan diharamkan.

Sebelum itu, Lim mengutuskan sepucuk surat tuntutan meminta Utusan menarik balik beberapa perkataan yang didakwa memfitnahnya dalam berita yang bertajuk 'Kebiadaban Guan Eng'.

Utusan telah menuduh Lim sebagai seorang 'rasis' dan 'anti-Melayu' dalam artikel yang disiarkan sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat bulan lalu.

Lim dalam notis tuntutanya menafikan dakwaan berkenaan dan memohon akhbar itu menyiarkan permohonan maaf dan pampasan daripada Utusan kerana memfitnahnya.

Kehadiran Lim hari ini diiringi peguam yang juga ADUN Dato Keramat, Jagdeep Singh Deo dan juga beberapa ahli exco dan ADUN yang lain.

Mengenai jumlah pampasan yang dituntut, Lim berkata beliau menyerahkan perkara berkenaan kepada mahkamah untuk menentukkannya.

"Jika menang, apa-apa wang yang diterima akan kami dermakan kepaada program membasmi kemiskinan," katanya kepada wartawan.

~MK~

LGE Saman Utusan

Posted: 06 Jan 2011 12:24 AM PST

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berjanji akan menyerahkan semua wang hasil kemenangan tindakan menyaman Utusan Malaysia kepada tabung Program Miskin Tegar bagi mengembalikan hak kepada rakyat yang kuat menyokongnya.

Lim terpaksa ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kerana tidak tahan dengan berita fitnah yang saban hari disiarkan dengan matlamat menjatuhkan maruah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Beliau yang datang tepat pukul 12.00 tengah hari bersama peguamnya, Jagdeep Singh Deo terus di bilik mahkamah bagi memfailkan saman terhadap akhbar berkenaan.

Lim kesal kerana Utusan Malaysia terus melancarkan serangan berbau fitnah terhadap kerajaan pimpinanya tanpa menghiraukan jawapan yang dikeluarkan bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada umum.

Bukan itu sahaja malahan Utusan juga bertanggungjawab melaga-lagakan kepimpinan DAP, PAS dan KeAdiLan supaya wujud persengketaan dalaman yang boleh menjejaskan perpaduan yang terjalin erat dalam Pakatan Rakyat.

"Selama ini kita diam sahaja tidak bertindak apa-apa tetapi bila melihat terlalu melampau kita terpaksa mencari jalan untuk saman akhbar itu," tegasnya.

~harakah~

Kenapa tak siasat Rais

Posted: 06 Jan 2011 12:21 AM PST

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin hari ini mempersoalkan mengapa pihak berkuasa tidak bertindak atau menyiasat penafian Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berhubung kes rogol amah, lapor TV Selangor.

"Sebagai respon kepada penafian Rais Yatim terhadap isu ini, saya mempersoalkan tindakan Rais yang seolah-olah cuba menyalahkan pihak Pakatan Rakyat, bloggers dan media bahawa kononnya insiden ini ialah ciptaan permainan politik berkepentingan.

"Wanita Keadilan menganggap ini sebagai satu tuduhan keras dan Rais patut segera memohon maaf," kata Zuraida dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Menurut Ketua Wanita PKR, Rais dan kabinet Umno-BN bersikap sambil lewa dan berbaur politik dengan mengabaikan siasatan kes sejak beberapa tahun dahulu sebelum disensasikan semula oleh internet.

Semalam Rais buat pertama kali sejak kes ini didedahkan Wikileaks dan laman web beberapa minggu lalu menafikan beliau terlibat dalam kes rogol seorang amah berbangsa Indonesia tiga tahun lalu.

Pada hari yang sama juga, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pimpinan Badrul Hisham Shaharin membuat laporan polis menggesa siasatan dilakukan.

Zuraida turut mempersoalkan kelesuan, dan tindakan dari Menteri Pembangunan Keluarga Wanita dan Masyarakat Datuk Shahrizat Abdul Jalil walaupun Malaysia menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Cedaw).

Oleh itu adalah perlu bagi Shahrizat mengambil serius mengenai kes mendiskrimasikan wanita di peringkat tertinggi ini.

"Setakat ini belum lagi dengar dari pihak Shahrizat walaupun telah tandatangani Cedaw.

"Atas dasar itu, Kementerian Wanita menampakkan kelesuan ini bila kali pertama mereka begini.. ini menunjukkan mereka tidak tegas dan tiada 'political will' dan sering terbengkalai setengah jalan," katanya.

Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang menambah beliau akan mengajukan hal ini ke Parlimen untuk disiasat Kaukus Pekerja asing dan Imigran di bawah ahli parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid.

Beliau juga telah berhubung dengan NGO Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta yang sebelum ini telahpun menemuramah dan mendapatkan pengakuan dari amah tersebut.

~MK~

DAP dah mula faham Islam dari UMNgOk

Posted: 06 Jan 2011 12:19 AM PST

Penulis veteran, Haji Subky Latif yakin hubungan PAS dan DAP tidak akan putus walaupun usaha ke arah itu sedang diusahakan oleh musuh kedua-duanya.

Katanya, hubungan baik PAS dan DAP yang diasaskan oleh bekas pemangku Setiausaha Agung DAP, Mendiang Fan Yew Teng akan kekal selama-lamanya.

Subky berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis memperingati mendiang Fan Yew Teng di Dewan YMCA, Brickfield malam tadi.

Majlis itu dianjurkan oleh DAP dengan penasihatnya, Lim Kit Siang menjadi tuanrumahnya. Kira-kira 250 tetamu dari pelbagai kalangan menyertai majlis malam tadi.

Turut serta isteri beliau, Dr Noeleen Hayzel dan pasangan kembar anak mereka Lilianne Fan dan Pauline Fan. Dr Noeleen adalah Penolong Setiausaha Agung dan Setiausaha Eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-bangasa Bersatu (PBB) untuk Asia dan Pasific.

Fan Yew Teng yang juga kolumnis kolumnis Harakah, meninggal dunia pada 7 Disember lepas di Bangkok selepas menderita cancer tulang dan prostat.

Menurut Subky, jasa paling besar yang ditinggalkan oleh Fan Yew Teng adalah sebagai penghubung PAS dengan masyarakat Cina di negara ini.

"Ketika PAS takutkan Umno dan DAP takutkan MCA, Fan Yew Teng lah yang menghubungkan PAS dengan orang-orang Cina di negara ini.

"Hasilnya, PAS dan DAP kini tak mungkin dipecahkan lagi dan ia bermula dari mendiang Fan Yew Teng," kata Subky dengan disambut tepukan gemuruh para hadirin.

AJK PAS Pusat, Muhamad Anuar Tahir yang turut berucap di majlis itu sebagai bekas Setiausaha Agung Abim memberitahu, Fan Yew Teng pernah menjadi kakitangan kontrak Abim di samping guru Bahasa Inggeris untuk ahli Abim.

(Gambar: Antara yang memenuhi dewan YMCA bagi memperingati Fan Yew Teng)

Mendiang juga pernah bersama-sama dengan beliau menggerakkan kempen anti Perancis apabila kerajaan negara itu mengharamkan pemakaian scaf untuk wanita Islam.

"Niat saya untuk membeli kereta jenis Citroen pada ketika itu terpaksa saya batalkan kerana kami sedang kempen anti Perancis dan apabila saya ditempelak oleh mendiang Fan.

"Hajat untuk memakai Citroen hanya dapat saya penuhi beberapa tahun kemudian...namun selepas kematian Fan, saya telah menjual kembali kereta itu kerana teringatkan beliau," cerita Anuar Tahir penuh imosi.

Seorang lagi bekas pemimpin Abim, Dr Mohamad Nor Manuty yang kini Ketua Penerangan PKR memberitahu, semasa beliau menjadi Presiden Abim, Fan Yew Teng dikenali sebagai Ustaz Fan.

"Bayangkan, apabila ada masa lapang di pejabat Abim, Fan ini sentiasa memenuhkannya dengan membaca al Quran dan terjemahannya.

"Semasa satu simposium tentang Profesor Dr Hamka di Indonesia, Fan turut membentangkan satu kertas kerja mengenai ulamak Islam tersohor ini. Saya diberitahu, kertas beliau antara yang terbaik mengenai Hamka," cerita Dr Mohamad Nor kepada para hadirin.

Ketika ditemui selepas majlis ini, Haji Subky memberitahu Harakahdaily, Fan Yew Teng dikatakan pernah diura-urakan mahu memeluk Islam.

"Saya melihat kalau tidak memeluk Islam pun, dia antara orang bukan Islam yang sangat kenal dan rapat dengan Islam," katanya lagi.

Di samping mereka, turut berucap di majlis itu adalahLim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, isterinya Dr Noeleen dan anaknya Lilianne serta adiknya Farn Seong Than di samping ramai lagi pemimpin politik dan NGO yang rapat dengan beliau.

~harakah~

5 Perkara Tentang Seks Yang Malu Ditanyakan Perempuan

Posted: 05 Jan 2011 07:02 PM PST

Berikut adalah beberapa pertanyaan yang sering terlintas difikiran seorang wanita mengenai seks yang dikumpulkan oleh situs Sheknows:

1. Apa yang menentukan "aroma" di area V?

Menurut dr Handrawan Nadesul, dalam seminar "Sekolah Menjadi Ibu" yang berlangsung beberapa waktu lalu di The Park, Kelapa Gading, "Vagina itu boleh membersihkan dirinya sendiri.
Namun, tetap harus dijaga kebersihannya dengan mengenakan celana dalam dari bahan yang menyerap keringat. Keputihan akibat bakteria adalah hal yang paling sering terjadi. Biasanya ini terjadi jika Anda malas membersihkan atau terinfeksi bakteri dari air kotor, misalnya."
Disarankan untuk membersihkan menggunakan cairan pembersih khusus daerah V sesekali saja, jangan terlalu sering, karena boleh mengacaukan keasidan di area V. Adakalanya, memang, area V beraroma lebih kencang dari biasanya. Tetapi jika terjadi keputihan berwarna kehijauan dan berbau tidak sedap, sebaiknya Anda bicarakan dengan dokter Anda.

2. Bagaimana mengatasi gas yang keluar dari area V?

Gas yang keluar dari area V, atau dikenal dengan sebutan "vaginal flatulence" adalah udara yang terperangkap dalam area V saat ada udara dari luar yang masuk ke dalam vagina dan keluar mendadak.
Beberapa posisi, seperti saat melakukan "doggy style" memungkinkan hal ini terjadi. Jika bunyi dari gas yang terperangkap dalam vagina ini mengganggu Anda, cuba lakukan gaya lain, seperti missionary atau woman on top.

3. Beberapa film porno menggambarkan pemerannya menukar posisi dari hubungan seks vagina lalu anal, atau sebaliknya. Apakah aman untuk melakukan hal ini?

Diterangkan pula oleh dr Handrawan, vagina cukup rentan terkena kotoran. Karena itu saat membasuh vagina pun sebaiknya dari arah depan ke belakang, bukan sebaliknya, karena ditakutkan akan membawa bakteria dari kotoran di rektum terbawa ke liang vagina.
Sama seperti hal itu, saat akan menukar posisi, dari seks vaginal ke anal, atau dari vaginal ke oral, dan lainnya, disarankan untuk menyeka bersih penis, bagian tubuh yang berkenaan, atau mengganti kondom yang digunakan. Ini akan mencegah perpindahan bakteria dari mulut, anus, atau vagina ke area tubuh lain yang boleh menyebabkan infeksi.

4. Si dia gemar mengumpulkan film-film porno. Aktris-aktris yang ada di film-film itu sangat berbeda penampilan dan bentuk tubuhnya dari saya. Apakah hal ini harus dikhawatirkan?

Pornografi umumnya bermakna sebagai fantasi, karena itulah ada begitu banyak kategori pornografi. Intinya lebih kepada hal-hal ekstrem yang tak akan Anda lihat di dunia nyata. Seorang lelaki boleh saja menatap lamat-lamat payudara yang sangat besar dari si aktris porno, namun ia mungkin akan kebingungan begitu berhadapan dengan payudara besar itu di ranjangnya, bahkan boleh jadi ia malah ilfeel saat bertemu aslinya.
Ada kalanya, film porno tak berguna sebagai peningkat gairah, tetapi sebagai hal-hal yang bersifat lucu-lucuan, aneh, atau mengejutkan, sama seperti kita yang sulit memalingkan pandangan saat melihat kemalangan kereta.
Si dia boleh saja terangsang ketika melihat wanita-wanita di film porno itu karena mereka berbeda, tetapi bukan berarti itu yang ia inginkan dalam kehidupan nyata. Jika ia bersama Anda, berarti ia menginginkan Anda.

5. Normalkah membayangkan orang lain saat sedang berhubungan seks dengan suami? Bila hal itu dihitung sebagai masalah?

Menurut survei yang dilakukan Sassyvibes.com.au, sekitar 50 persen wanita dan 75 persen lelaki membayangkan hal lain saat berhubungan seks dengan pasangannya. Adalah hal yang sehat untuk membuat diri terangsang dan menjaga kehidupan seks yang aktif, dan ini tidak berarti Anda tidak mencintai pasangan Anda.

Fantasi menjadi masalah ketika ini berpengaruh terhadap kemampuan Anda untuk terhubung dengan pasangan Anda di dunia nyata. Anda seharusnya tak harus selalu membayangkan orang lain untuk dapat mencapai orgasme.
Cubalah berfokus pada si dia, tatap matanya, sentuh wajahnya, bahu, atau punggungnya. Kontak-kontak semacam ini akan membuat Anda merasa lebih "terhubung" saat berhubungan seks dengannya.

~Nadia Felicia~

Cadangan Pindaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor

Posted: 05 Jan 2011 06:39 PM PST

Kenyataan bahawa DYMM Sultan Selangor mempunyai kuasa eksekutif dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri hanyalah pandangan peribadi Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor, Dato' Mohamad Munir Bani.

YAB Menteri Besar, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pindaan Perlembagaan pada 1993 secara jelas telah menghapuskan kuasa Sultan dalam pelantikan tiga pegawai eksekutif.

"Sebelum 1993 (sebelum Perlembagaan dipinda), dinyatakan dengan jelas bidang kuasa Sultan dalam pelantikan pegawai eksekutif," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini.

YAB Menteri Besar berkata, cadangan meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 akan mengembalikan kuasa kepada Sultan untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.

"Saya yakin DYMM Sultan memahami situasi yang berlaku selepas 1993 dan keadaan yang berlaku sekarang," katanya.

Beliau berkata, Penasihat Undang-undang Negeri telah diminta melihat cadangan pindaan ini. Selain itu, Kerajaam negeri melantik dua pakar undang-undang, Prof Dr Aziz Bari dan Dato' Param Cumaraswamy untuk memberi nasihat dan pandangan.

YAB Menteri Besar, cadangan pindaan ini akan dibuat dengan tertib dan akan dimaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor sebelum dibentangkan pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.

Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, berkata mesyuarat MMKN hari ini bersetuju menyerahkan usul untuk mengadakan sidang DNS dan surat mengenai perkara itu telah dihantar kepada Speaker DNS, Dato' Teng Chang Khim.

Dikeluarkan oleh:
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Bunuh, rogol, rasuah & nilai Melayu

Posted: 05 Jan 2011 06:38 PM PST

Dunia Melayu kini telah berubah. Ini bukan sekali air bah, sekali emak meninggalkan abah. Yang berubah ini bukan emak dan abah. Yang berubah ialah nilai manusia Melayu. Ini satu perubahan yang amat besar. Dalam masa hanya satu generasi telah dilihat satu perubahan budaya nilai Melayu yang amat jelas. Satu anjakan atau lebih tepat lagi satu lonjakan nilai telah berlaku.

Lonjakan nilai manusia Melayu ini bukan dibawa oleh tok lebai atau oleh sasterawan negara atau cikgu sekolah. Nilai ini bukan datangnya dari sekolah pondok atau sekolah kebangsaan. Yang bertanggungjawab membawa nilai baru ini ialah struktur ekonomi.

Struktur ekonomi ini telah diperkenalkan kepada manusia Melayu oleh United Malays National Organisation. Selama hampir 30 dahulu, Mahathir Mohamad melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah memasukkan satu nilai dan budaya baru dalam roh manusia Melayu.

Tiga puluh tahun sebelum hari ini, manusia Melayu adalah manusia pertanian. Ekonomi Melayu adalah ekonomi pertanian. Justeru, nilai yang dilahirkan oleh manusia Melayu ketika itu menggambarkan sopan santun dan damai mesra masyarakat pertanian.

Apabila DEB diperkenalkan, dasar ini menolak manusia Melayu ke satu dunia dan alam yang baru – alam jual beli atau alam perniagaan. Pada tahun tahun 70-an, manusia Melayu telah digalakkan datang berhijrah ke bandar dan kota. Dari kampung yang permai, manusia Melayu telah mula memasuki pekan dan bandar yang adat budayanya amat berbeza.

Perubahan yang dibawa oleh DEB ini bukan satu perubahan yang perlahan lahan, bukan evolusi. DEB ini telah mengheret dan memaksa manusia Melayu untuk menerima satu nilai dan budaya yang baru. Justeru, roh manusia Melayu ini pada tahun-tahun 90-an dahulu telah dipopularkan sebagai roh Melayu baru. Ini adalah garis pisah antara Melayu pertanian dengan Melayu peniagaan.

Sistem ekonomi yang dimunculkan oleh DEB pada asasnya ialah ekonomi sistem kapitalis. Tetapi dengan United Malays National Organisation, sistem kapitalis ini telah diubahsuai. Sistem kapitalisme ini tidak lagi menjadi satu perniagaan bebas, tetapi kapitalisme kroni.

Kapitalisme jenis ini telah memilih anak bini kawan dan sahabat menjadi rakan niaga untuk menerima dana dan kontrek dari kerjaaan. Kapitalisma kroni inilah yang selama ini bertanggung jawab melahirkan satu nilai baru kepada manusia Melayu.

Asas nilai baru yang sedang dianjurkan oleh United Malays National Organisation ialah mengumpul pangkat, darjat, harta dan kekayaan. Tamak dan haloba dianggap nilai yang baik dalam budaya niaga.

Mementingkan kontrak dan tender

Hari ini jati diri Melayu - siapa Melayu, apa kepercayaan manusia Melayu, apa agama manusia Melayu – semuanya telah didifinasikan oleh United Malay National Organisation. Semua pengtakrifan baik dan buruk sedang dimonopoli oleh United Malays National Organisation.

Naratif yang berbeza dari apa yang diajar oleh United Malays National Organisation akan dianggap salah atau akan termasuk ke dalam bab ajaran sesat. Ajaran agama Islam juga telah didifinasi oleh United Malays National Organistation. Halal haram, baik dan buruk bukan lagi dirujuk melalui kitab kitab suci, tetapi melalui 'juruheboh' dan jurucakap agama yang dilantik oleh United Malays National Organistion.

Tidak dibenarkan, malah dilarang dan diharamkan apa sahaja naratif yang berlainan dari cerita yang dimulutkan oleh penyokong United Malays National Organistion. Kebenaran kini, telah dan sedang dimonopoli oleh United Malays National Organistion.

Rasuah yang pada satu ketika dahulu tidak ditemui atau berani menyerang masyarakat pertanian kini telah menjadi satu jalur budaya Melayu. Rasuah kini dilihat sebagai ciri budaya untuk menjalankan apa sahaja bentuk perniagaan.


Malah kaum pemodal dan orang berniaga kini telah menerima pakai budaya rasuah. Dalam perhitungan jual beli, mereka telah menyediakan belanjawan khusus untuk merasuah sesiapa yang patut dirasuah – dari budak pejabat hingga ke ketua pegawai eksekutif (CEO).

Nilai Melayu baru ini tidak berhenti di tahap rasuah sahaja. Satu contoh klasik: Lebih dari satu dekad dahulu ada satu kes di mana seorang ketua menteri dikaitkan dengan anak sekolah bawah umur yang hamil. Kes ini menjadi heboh. Tetapi dengan nilai Melayu baru, kes 'rogol bawah umur' ini tidak mendatangkan mudarat kepada si perogol.

Manusia Melayu yang menganuti nilai baru ini telah tidak menyatakan rasa mual, benci atau merasa bersalah kerana kes rogol anak bawah umur telah dikaitkan dengan seorang ketua menteri. Nilai baru yang dihayati oleh manusia Melayu ini lebih mementingkan kontrak dan tender yang akan diperolehi daripada mementingkan salah atau benar seorang budak bawah umur yang dirogol.

Ketika tulisan ini ditulis, satu lagi kes rogol sedang heboh dan rancak dibincangkan dalam laman sesawang. Telah diperkatakan bahawa seorang menteri kanan dalam pentabiran Abdullah Badawi dahulu dikatakan terlibat merogol seorang pembantu rumah dari Indonesia.

Sama ada kes ini sahih atau tidak, bukan persoalannya. Apa yang menjadi persoalan ialah bagaimana manusia Melayu baru ini telah menjadi lali. Mereka tidak lagi teperanjat apabila membaca berita ini. Malah mereka tidak hairan yang berita ini telah tenggelam timbul selama dua tahun.

Nilai salah dan benar

Rasuah, rogol dan tipu ini telah menjadi satu yang lumrah. Ini kerana, ia sering berlaku atau dilakukan oleh mereka duduk di puncak kuasa, maka orang awam kini telah mula menerima perkara ini sebagai jalur nilai dan budaya Melayu.

Mari kita lihat satu lagi kes klasik yang telah membuktikan lonjakan perubahan nilai manusia Melayu ini. Kes yang dimaksudkan ini ialah kes pembunuhan model dari Mongolia. Dari apa yang umum baca, dengar dan lihat - ketika kes ini dibicarakan - umum telah tahu tentang kawan baik kepada Najib Razak (ketika itu timbalan perdana menteri) telah dituduh bersubahat dalam pembunuhan ini.

Malah dari apa yang umum diberitahu, mengikut laporan mahkamah Najib Razak bukan hanya kawan kepada orang yang tertuduh. Dari mulut saksi, perbicaraan umum telah diberitahu bahawa model yang dibunuh ini telah bertemu dengan Najib Razak di Paris. Malah melalui satu akuan bersumpah umum juga telah diberitahu yang Najib Razak ini adalah bekas kekasih model yang terbunuh. Najib bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Persoalan yang timbul di sini, bukan siapa yang membunuh. Atau siapa yang memberi arahan agar model ini dbunuh. Bukan ini yang ingin dibincangkan. Apa yang ingin ditimbulkan ialah bagaimana tiga juta manusia Melayu yang menjadi ahli United Malays National Organisation telah menjadi lali dan tuli bila berhadapan dengan kes pembunuhan model dari Mongolia ini.

Ketulian dan kelalian perasaan tiga juta ahli parti United Malays National Organisation ini terjadi kerana mereka telah menerima dan menghayati nilai dan budaya baru. Tiga juta manusia Melayu ini kini hanya boleh melihat melihat kontrak dan tender. Mata dan jiwa mereka tidak berupaya lagi melarikan diri dari kuasa, pangkat dan harta benda.

Jalur nilai baru ini tidak memiliki nilai salah dan benar. Malah salah dan benar telah pun ditakrif oleh juruheboh dan 'juruagama' United Malays National Organisation. Apabila juruheboh dan juruagama mengatakan Najib Razak ini suci dan bersih, maka tiga juta manusia Melayu ini juga akan mengangguk menerima perkara ini umpama wahyu.

Nilai baru ini menjadi amat merbahaya kerana sesiapa yang menghayati nilai ini tidak lagi ada keupayaan untuk menilai mana yang salah dan mana yang betul. Kerana ramai yang sanggup menerima dan berkongsi dengan nilai ini maka mereka merasa selamat dan betul. Angka dan jumlah yang banyak menjadikan mereka merasa kebal.

Anjakan nilai manusia Melayu ini telah menjadi bagitu songsang. Dari manusia pertanian yang jujur dan bersopan santun kini manusia Melayu akan berkira-kira tentang untung rugi sebelum membuat apa-apa keputusan.


Mereka tidak lagi menilai sesuatu dengan salah benar atau halal haram. Akhirnya, tiga juta manusia Melayu yang menjadi ahli United Malays National Organisations bukan hanya menganggap sosok Najib ini suci dan bersih malah Najib Razak ini telah diangkat dan dinobatkan untuk menjadi ketua mereka.

Inilah krisis yang sedang dihadapi oleh manusia Melayu – krisis nilai. Maka terpulang kepada manusia Melayu lain – yang bukan termasuk dalam kategori tiga juta ini - jika mereka masih memiliki nilai salah benar untuk bangun dan bersuara.


Krisis nilai orang Melayu ini akan berpanjangan dan membawa mudarat yang amat sangat ke atas negara bangsa. Mudarat akan sampai jika ramai orang Melayu yang bersopan santun dan jujur tidak melakukan sesuatu.

~zulmamakpng~

Bukti DNA kes liwat Anwar dipalsu

Posted: 05 Jan 2011 06:30 PM PST

Seorang bekas pegawai penyiasat dalam kes 'mata lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bukti DNA dalam perbicaraan kes liwat melibatkan bekas timbalan perdana menteri itu pada 1998 telah dipalsukan.

Bekas ketua jabatan siasatan jenayah (CID) Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim menyatakan demikian sepintas lalu dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun pagi ini.

Salinan surat berkenaan dihantar kepada media. Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Mat Zain berkata beliau telah menjelaskan perkara itu dalam suratnya bertarikh 27 Disember tahun lalu kepada ketua polis negara.

Surat sepanjang 13 halaman itu juga telah dihantar kepada perdana menteri dan juga kepada Idrus sendiri, kata Mat Zain dalam surat berkenaan.

"Dalam surat saya itu juga, saya telah jelaskan bahawa sebarang siasatan mengenai maklumat diatas perlu merujuk kepada kertas siasatan kes mata lebam oleh kerana beberapa insiden yang berlaku adalah bertindih.

"Lebih-lebih lagi 'pemain utama' kedua-dua kes pemalsuan dalam insiden mata lebam dan pemalsuan DNA adalah sama," katanya lagi.

'Kes mata lebam' itu merujuk insiden ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor yang menumbuk Anwar pada 20 September 1998.

Berdasarkan keterangan dalam inkuiri oleh Suruhanjaya Diraja ke atas insiden itu, Rahim kemudiannya didakwa di mahkamah dan mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan.

Mat Zain berkata, tujuan utama surat berkenaan adalah untuk memberitahu Idrus bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Undang-undang Datuk Seri Mohd Nazri Aziz membuat kenyataan yang mengelirukan di Parlimen berhubung dakwaan tersebut.

"Saya percaya Datuk turut sedar bahawa pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua menteri berkenaan mengandungi fakta dan/atau maklumat mustahak yang tidak benar dan/atau mengelirukan dan/atau telah dipesongkan.

"Saya juga percaya Datuk turut sedar bahawa peguam negara sama ada sengaja atau sebaliknya, telah menyebabkan YB Hishammuddin atau YB Nazri membuat pengumuman yang mengelirukan dalam parlimen," kata Mat Zain lagi.

~MK~

Siasat Kes Teoh Oleh Suruhanjaya Diraja

Posted: 05 Jan 2011 06:29 PM PST

Pakatan Rakyat mendesak Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan segera bagi mendapatkan keadilan bagi pihak Teoh Beng Hock yang ditemui mati pada 16 Julai 2009. Desakan ini ekoran Mahkamah Koroner hari ini tidak dapat memutuskan sama ada Beng Hock membunuh diri atau dibunuh.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Yaakob Sapari menganggap keputusan Koroner Azmil Muntapha Abas sebagai satu drama.

"Kita harap rakyat buka mata bahawa kematian pegawai khas kepada exco ini satu perkara serius.

"Kita menuntut supaya kes ini dibawa ke Suruhanjaya Diraja untuk kita meneliti kes ini. Siasatan awam dan keputusan hari ini satu drama sahaja," kata beliau yang juga Adun Kota Anggerik.

Adun Pandamaran, Ronie Liu pula berkata, Malaysia memerlukan mahkamah rakyat memandangkan mahkamah yang ada ketika ini tidak dapat membuat keputusan secara adil.

"Kita perlukan mahkamah rakyat dan mahkamah tuhan kerana mahkamah yang ada hari ini tidak dapat membantu lagi," katanya.

Sementara itu, bekas majikan Beng Hock, Ean Yong Hian Wah yang merupakan Adun Sri Kembangan melahirkan kesedihan di atas keputusan tersebut dan turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja.

"Saya berasa sedih dengan keputusan hari ini kerana koroner sudah mengesahkan beberapa bukti tapi katanya masih tidak cukup.

"Inilah masanya Perdana Menteri membuat kenyataan adakah beliau akan tubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk siasat kes ini sebab tidak ada satu jawapan yang konkrit," katanya.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin yang turut hadir mendengar keputusan hari ini pula berkata, adalah sesuatu yang sangat malang apabila persoalan selama 18 bulan siasatan tidak dapat dirungkai hari ini.

"AMK dan Pakatan Rakyat kesal kerana persoalan tidak terungkai dalam tempoh 18 bulan siasatan sedangkan kita ada pasukan peguam.

"Rakyat tak tahu siapa sebenarnya yang bertanggungjawab terhadap kematian ini dan keptusan ini tidak dapat memberikan keadilan kepada keluarga Beng Hock.

"Saya tegaskan sudah sampai masanya SPRM mengambil sikap yang lebih bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan siasatan terhadap mana-mana suspek dalam kes rasuah ini," katanya.

Pengerusi Persatuan Pegawai-pegawai Khas Wakil Rakyat Selangor, Abdul Razak Ismail pula mendakwa keputusan itu menggambarkan tidak ada perlindungan terhadap pegawai-pegawai khas exco yang disoal siasat atas dakwaan tertentu.

"Open verdict ini menunjukkan tidak ada perlindungan terhadap pegawai-pegawai khas Exco Pakatan Rakyat dan ini menidakkan hak kami.

"Tak mungkin Beng Hock mati begitu sahaja. Oleh itu beliau perlukan pembelaan yang sewajarnya," katanya.

Terdahulu, Koroner Azmil Muntapha Abas yang membacakan keputusan kes kematian Teoh Beng Hock hari ini tidak dapat memutuskan samaada mendiang dibunuh atau membunuh diri, justeru mengumumkan kes tersebut "open Verdict".

Keputusan terbuka itu bermaksud keterangan yang ada tidak mencukupi atau tidak mencapai tahap yang dikehendaki untuk merekodkan keputusan. Berikutan itu, Azmil memutuskan kematian Teoh bukan kerana bunuh diri.

Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai, 2009, selepas beliau memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza itu.

~harakah~

Minyak naik untuk bela korporat

Posted: 05 Jan 2011 06:28 PM PST

Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak RON 97 sebanyak 10 sen bermula tengah malam tadi dilihat untuk membela korporat dengan membiarkan rakyat hidup semakin melarat.

Sehubungan itu, PAS merakamkan perasaan sedih yang menimpa kepada rakyat Malaysia kerana terpaksa membayar kos hidup yang mahal dengan kenaikan harga minyak RON 97 sebanyak sepuluh sen menjadikan sekarang harga RM2.40 sen seliter bermula tengah malam 4 Januari 2011.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, sebelum pilihan raya kecil (PRK) Galas, minyak RON 97 naik 15 sen, selepas BN menang pilihanraya kecil RON 95 pula naik 5 sen.

Katanya, senario yang sama juga akan berlaku sebelum dan selepas PRK Tenang pada 30 Januari 2011 jika BN menang.

Menurutnyas, menjadi kelaziman biasa, ketika minyak naik kerajaan memberi alasan untuk mengurangkan subsidi petrol untuk 27 juta rakyat sebanyak RM11 bilion, tetapi untuk penjana bebas (IPP) milik kroni tidak dikurangkan subsidi sebanyak RM19 bilion.

Rakyat Malaysia, ujarnya tidak dengar sepatah perkataan daripada pemimpin yang kononnya rakyat didahulukan akan menarik balik subsidi untuk IPP.

"Apa yang kita kedengaran ialah subsidi untuk rakyat ditarik setiap bulan dengan kenaikan harga minyak," ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, kerajaan yang ada tidak pernah memikirkan penderitaan dan keperitan rakyat sehingga berkerut dahi membayar yuran sekolah anak di awal pengajian. Baginya, belum sempat bernafas, datang pula berita kenaikan harga minyak RON 97.

"Layaklah singkatan BN, ialah barang naik, bila naik baru naik, berapa naik, banyak naik dan BN - Bala Nanti," ujarnya.

~harakah~

Rais Yatim nafi perkosa amah Indonesia

Posted: 05 Jan 2011 06:27 PM PST

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

"Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, "tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."

"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.

Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

Beliau berkata "sementara siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, pihak-pihak yang rakus mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain diminta menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik."

"Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di internet setakat ini berkaitan dakwaan salahlaku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek,
berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa lunas sahih di sisi undang-undang," katanya.

Rais berkata, perkara berkenaan adalah mainan politik jahat dan kotor yang sengaja digembar-gemburkan bagi tujuan memperolehi dividen politik pembangkang.

Tambah ahli parlimen Jelebu itu, laporan polis oleh PAS dan sekutunya di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada Selasa lalu susulan pendedahan blogger itu adalah bukti bahawa dakwaan tersebut bermotifkan politik kotor dengan tujuan supaya rakyat di Jelebu memihak kepada pembangkang sedangkan mereka tiada kesahihan hak untuk membuat laporan sedemikian dari sudut perundangan.

"Dakwaan pemerkosaan seperti yang dikarang penulis blog tiada kaitan langsung dengan dedahan yang kononnya dipanggil Wikileaks." katanya.

~MK~

Inkues putuskan 'open verdict'

Posted: 05 Jan 2011 06:26 PM PST

Koroner Azmil Muntapha Abas yang membacakan keputusan kes kematian Teoh Beng Hock hari ini tidak dapat memutuskan samaada mendiang dibunuh atau membunuh diri, justeru mengumumkan kes tersebut "open Verdict".

Azmil ketika membuat penghakiman terbuka tersebut berkata masih ada isu-isu yang belum diselesaikan pada kes bunuh diri dan menegaskan bahawa untuk menentukannya secara telahan adalah tidak boleh diterima.

Berikutan itu, Azmil memutuskan kematian Teoh bukan kerana bunuh diri. Ekoran itu juga, ahli keluarga mendiang menggesa supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi mendapatkan keadilan TBH.

Sebelum itu, suasana penuh sesak di tingkat dua, bangunan Mahkamah Majistret Shah Alam ekoran menunggu keputusan inkues kematian pembantu politik kepada seorang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Teoh Beng Hock.

Selain anggota keluarga Teoh dan peguam yang mewakili pelbagai pihak, turut kelihatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bersama barisan exco dan beberapa pemimpin pakatan rakyat.

Antaranya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengarah Strategi PKR, Tian Chua, Naib Presiden baru PKR, Nurul Izzah Anwar dan AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkely Ahmad.

Para petugas media dan orang ramai mula memenuhi perkarangan mahkamah sejak jam 1.45 petang tadi.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai, 2009, selepas beliau memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza itu.

~harakah~

Tiada ulasan: