Selasa, 4 Januari 2011

Anak Cucu Nabi Adam

Anak Cucu Nabi Adam


Nasruddin Tantawi, Khairy Jamaluddin & PAS

Posted: 04 Jan 2011 02:20 AM PST

Risiko paling besar dalam bidang penulisan ialah apabila kita menulis atau mengeluarkan sesuatu pendapat yang kita tahu ianya amat-amat bertentangan dengan orang ramai dan juga pihak-pihak yang berada disekeliling kita.

Hari ni aku berhajat untuk mengambil risiko tersebut memandangkan pendapat aku dalam hal ini diyakini amat-amat bertentangan dengan orang ramai dan juga pihak-pihak yang berada disekeliling aku.

Mekasih...

Perkara pertama yang menggembirakan aku dalam minggu pertama tahun 2011 ialah apabila terbaca berita dibawah:
Nasrudin tawar Khairy masuk PAS

KUALA LUMPUR, 3 Jan: "Marilah bersama saya dan rakan - rakan Dewan Pemuda PAS untuk menyertai perjuangan Islam," kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Kenyataan Nasrudin ini dibuat ekoran kenyataan Khairy yang menyatakan hasrat untuk berundur dari pentas politik dan tidak lagi bersedia untuk mempertahankan kerusi Parlimen Rembau yang beliau wakili sekarang.

"Saya mengajak Khairy mempelopori gerakan anak muda yang bangkit seimbang antara tuntutan Amal Islami dengan keperluan Transformasi Politik dalam negara kita," kata Nasrudin.

Bagi Nasrudin, Umno di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib jelas tidak mahu menghargai malah tidak menghormati Khairy Jamaludin yang dipilih sebagai pemimpin Pergerakan Pemuda Umno sebaliknya mengambil Datuk Razali orang no 2 dalam Pergerakan Pemuda Umno ke jawatan Timbalan Menteri.

"Ini juga dilihat satu tamparan hebat buat Khairy Jamaludin," katanya.

Bagaimanapun, kata Nasrudin, beliau menghormati hasrat peribadi Khairy dan menyifatkannya sebagai "satu manifestasi penyisihan beliau dari menganggotai kabinet Datuk Seri Najib Abd Razak sebelum ini sedang beliau adalah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kebangsaan dan Ahli Parlimen Rembau."

Menurut Nasrudin, Khairy mempunyai potensi dan bakat kepimpinan yang baik terutama untuk mendekati anak - anak muda negara pada hari ini "dan saya kira ia lebih sempurna serta menjadi nilai tambah yang lebih baik jika Khairy melengkapkan diri dengan ilmu dan fikrah Islam yang mantap lalu menyertai Gerakan Islam ini untuk memperjuangkan Islam dan memimpin anak - anak muda menerajui kebangkitan dan perubahan era ini ke arah membina peradaban yang sejahtera dan negara yang aman membangun."

"Tidak baik mempersiakan bakat kepimpinan yang sedia ada sedang ia masih boleh digilap dan disempurnakan untuk menjadi seorang pemimpin anak muda yang berilmu dan beramal soleh," tambahnya.

"Jika Khairy sudah berasa letih dan bosan dengan politik lalu memilih untuk berehat , saya jangka ia adalah respon kepada situasi politik dalaman Umno yang beliau hadapi," katanya lagi .

Katanya, jiwa seorang pejuang mana mungkin boleh berehat dari perjuangannya.

"Justeru itu saya menghulur tangan mengundang Khairy Jamaludin untuk menyertai perjuangan Islam ini kerana indahnya perjuangan ini , ia tidak semata - mata berorientasikan gerakan politik sebaliknya diseimbangkan dengan gerakan tarbiyyah untuk membina aqidah yang benar, pemikiran Islam yang jelas dan syakhsiyah yang soleh serta gerakan dakwah untuk menyedarkan ummah agar kembali mengabdikan diri kepada Allah swt.

"Akhirnya saya mendoakan agar rakan sejawatan saya Sdr Khairy Jamaludin dikurniakan Allah swt akan kesejahteraan serta kekuatan untuk mendepani cabaran dan pentunjuk demi membuat pilihan yang tepat dan benar," kata Nasrudin lagi dalam kenyataannya itu.
Akhirnya, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat berjaya berfikir dengan cukup-cukup rasional dan melangkau masa labih dari sepenggal. mungkin agak terlambat, tapi cukup awal untuk berada dihadapan mereka-mereka yang berikiran "ortodoks" ataupun "exstremist".

Mungkin ramai yang berselisih pendapat dalam hal membawa KJ kedalam PAS... al-maklumlah KJ bukanlah seorang politikus "suci" dalam persada politik tanahair. 1Malaysia tahu betapa KJ adalah sejenis manusia rakus yang seringkali disabitkan dengan RM, RM, RM, RM & RM yang 100% dipertikaikan sumbernya.

Politik wang tak dapat dipisahkan dengan KJ & KJ juga tak dapat dipisahkan dengan Politik Wang. kemenangan KJ dalam pemilihan disabitkan dengan wang, kemenangan KJ di Rembau disabitkan dengan wang dan kemunculan KJ dimana-mana pelusuk tanahair juga dikatakan membawa aroma wang.

Mungkin KJ dan wang adalah kembar seperanakan. yang tu aku tak tau. kena tanya mak dengan bapak KJ.

Balik pada topik.

Kehadiran KJ didalam PAS pastinya akan mendapat tentangan daripada para pemikir-pemikir "ortodoks" ala-ala "taliban" dan juga "extremist" didalam PAS. dosa-dosa silam KJ akan berkumandang dicorong-corong media tidak rasmi dan juga kedai-kedai kopi dan pasti aroma wang akan kembali subur dibibir para forumer-forumer bebas dimana-mana sekiranya KJ memohon dan diterima menjadi ahli PAS...

Jangan lupa... istilah "beruk" akan kembali hangat dipasaran... beruk, beruk, beruk..!

Aku tak nak ulas panjang hal-hal remeh-temeh (bagi aku la) dekat atas sebab untuk menguasai Putrajaya, PAS & Pakatan Rakyat perlukan seorang yang berfikiran "fresh", "berkarisma" & juga "praktikal" seperti KJ.

Kalau nak harap dekat Ketua Dewan Pemuda PAS & Ketua AMK yang ada sekarang, jangan kata Putrajaya, nak pergi Hentian Putra pun aku tak berapa yakin boleh sampai tanpa bantuan pemandu bas express. sesat dulu la baru sampai beb...

Pada aku, KJ ada semua kriteria-kriteria yang diperlukan untuk menarik sokongan anak muda, baik yang jantan, mahupun yang betina. cuma nasib KJ dalam Pemuda UMNO kurang baik sebab sokongan agak berkurangan kerana tradisi UMNO ialah "pauk kau", "puak aku" tak leh campur-campur walaupun dalam 1 parti. biasa la... UMNO... United Monkeys National Organisation... Organisasi Kera terbesar di Malaysia... jadi kena paham...

Orang yang punya kepala otak bagus macam KJ ni kalau masuk dalam PAS, akan bawa 1 perubahan yang besar dalam politik Malaysia. cuma risiko paling besar yang bakal KJ hadapi sekiranya menyertai PAS ialah - bersedia untuk menjadi "punching bag". bukan mudah bagi seorang yang pernah bergelumang dengan kerja kotor berada dalam PAS.

Cukup-cukuplah berada didalam UMNO yang sudah berada di akhir zaman tetapi masih tak sedar diri. berjuanglah diatas nama Islam dan bukan MeLAYU.

~TPU~

UMNgOk Semakin Tak Tentu Arah

Posted: 04 Jan 2011 02:18 AM PST

Di sebalik reputasi sebagai kubu kuat BN, kehadiran ketua umum PKR untuk kempen pilihan raya kecil Tenang menimbulkan peluh dingin di kalangan pemimpin BN. Di dua ceramah malam tadi, polis terus bertindak sebaik sahaja Anwar mengambil tempatnya untuk berpidato.

Sebagai kontras, ucapan beberapa pemimpin Pakatan rakyat yang lain tidak dihiraukan dan dibiarkan berlarutan.

"Bila pemimpin lain berucap, tiada ganguan. Bila Anwar berucap, polis akan terus menganggu dan menghentikannya.

"Umno Johor cukup gusar dengan kehadiran Anwar kerana beliau cukup berpengaruh di sini, khususnya ketika menjadi timbalan perdana menteri," kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman.

Pada majlis pertama di Kampung Ayer Panas, jalan menuju ke tempat itu dibarisi kenderaan polis dan sekatan jalan raya. Menurut orang ramai, kehadiraan polis yang ramai itu menakutkan masyarakat setempat untuk keluar menghadiri majlis berkenaan. Hanya kira-kira 300 orang hadir.

Apabila tiba giliran Anwar berucap pada jam 9.45 malam semalam, polis terus bertindak dan mengarahkan ceramah berkenaan dihentikan. Anwar akur dan bergerak menuju majlis keduanya di Felda Cempelak.

Meriam air

Ceramah di Felda Cempelak berjaya menarik lebih ramai hadirin - kali ini sekitar 3,000 orang, meskipun dengan kehadiran anggota polis yang tetap ramai dan diperlengkapkan dengan dua trak meriam air.

Anwar mengambil tempatnya di pentas utama pada jam 10.45 malam selepas ucapan pemimpin lain seperti ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Mazlan.

Sebaik sahaja mahu mula berucap, polis naik ke pentas untuk menghentikan ketua pembangkang itu. Pihak penganjur juga gagal memujuk polis supaya membenarkan Anwar untuk berucap dan semua peralatan pembesar suara juga dirampas.

Tanpa menghiraukan larangan itu, Anwar meneruskan ceramah menggunakan hailer. Namun hanya mereka yang berada berdekatan dapat mendengar.

Polis membiarkan ceramah itu berterusan selama kira-kira 40 minit sehinggalah Anwar menimbulkan isu Apco Worldwide, sebuah firma antarabangsa yang diupah oleh pentadbiran Najib.

"Apabila Anwar timbulkan Apco Worldwide, polis terus mengepung kawasan itu. Bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini kami terpaksa menamatkan ceramah itu," kata Mazlan yang juga timbalan pengarah kempen pilihan raya kecil PAS bagi kerusi Tenang.

Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Tenang dijadualkan pada 22 Januari ini, manakala pengundian ditetapkan pada 30 Januari jika ada pertandingan.

~MK~

Himpunan 30,000 pemuda PAS hadapi PRU13

Posted: 04 Jan 2011 02:17 AM PST

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan mengadakan satu himpunan besar sebagai persediaan awal menghadapi pilihan raya Umum ke-13 yang semakin hampir. Setiausaha DPPP, Khairul Faizi Ahmad Kamil, yang juga pengarah himpunan tersebut, berkata ia mengumpulkan para pemuda PAS dari seluruh negara.

Bertemakan "Masa Untuk Berubah" perhimpunan 30 000 pemuda PAS itu akan diadakan pada 19 Februari depan di Kota Sarang Semut, Kedah. Menurutnya, ini merupakan perhimpunan kali ketiga selepas perhimpunan pertama di Markas Tarbiyyah PAS di Taman Melewar pada 2002 yang mengumpulkan 5,000 Pemuda PAS.

Manakala perhimpunan kedua pula di Kota Bharu, Kelantan pada 2006 yang berjaya mengumpulkan 15,000 Pemuda PAS dari seluruh negara, kata Rusli dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, perhimpunan kedua itu telah meletakkan tanda aras serta ukurannya melalui sistem Komuniti UKJ yang dibangunkan setahun sebelum itu.

"Seramai lima pemuda dari setiap cawangan yang telah didaftarkan melalui Sistem Komuniti UKJ telah menyertai perhimpunan tersebut," tambahnya.

Manakala perhimpunan bulan dirancang dengan jangkaan 30,000 peserta sekali ganda lebih besar daripada jumlah peserta tahun 2006, kata Rusli. Menurutnya, bagi merealisasikan kehadiran 30,000 peserta, sasaran kali ini ahli baru dan anak muda yang menyokong PAS dari semua kawasan di seluruh negara.

"Sebagai nilai tambah kepada kekuatan pemuda, himpunan ini juga turut melibatkan anak-anak muda yang telah mendaftarkan diri di dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)," katanya.

Perhimpunan sehari itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak, dan ditutup oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa. Menurutnya, mantan pimpinan Pemuda PAS Pusat seperti Abu Bakar Chik, Mohamad Sabu, Datuk Mahfuz Omar, salahuddin Ayub dan lain-lain akan turut meraikan program tersebut

"Pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukan motosikal, klinik bola sepak, dan pameran pemuda juga bakal diadakan dalam program itu.

"Satu perlawanan bola sepak yang akan menemukan pimpinan Dewan Pemuda PAS dengan bekas pemain bolasepak kebangsaan akan diadakan pada sebelah petang," tambah Rusli.

~MK~

Pertemuan dengan Agong tiada kaitan politik

Posted: 04 Jan 2011 02:15 AM PST

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu, Kuala Lumpur, baru-baru ini yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tiada kaitan dengan isu politik.

Nik Aziz membuat penjelasan itu dalam satu sidang akhbar di Kota Bharu yang turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, lapor Bernama.

Harakahdaily pula memetik Nik Aziz menyeru semua pihak sama ada media atau invidu supaya tidak mengaitkan istana dengan pergolakan politik negara.

Pada masa yang sama juga, beliau turut mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang andaian berhubung pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini.

Ini kerana, katanya pertemuan itu hanyalah jemputan untuk majlis santapan malam bersama baginda sahaja. Menurutnya, sebarang kenyataan tidak tepat itu perlu dihentikan segera demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

"Jangan sekali-kali mengaitkan istana dalam pertemuan baru-baru ini,"ujarnya dalam sidang akhbar tersebut.

Abdul Hadi pula berkata walaupun majlis itu turut dihadiri pemimpin lain termasuk Najib tetapi mereka tidak membincangkan langsung soal-soal politik.

"Tidak ada perjumpaan lain, selain majlis santapan malam itu," katanya.

Harakahdaily melaporkan Hadi sebagai berkata tidak timbul soal perbincangan kerajaan perpaduan atau sebagainya dalam pertemuan itu. Menjawab soalan media beliau seterusnya berkata, majlis itu adalah undangan Yang di-Pertuan Agong, tidak timbul langsung soal perbincangan dengan pemimpin Umno.

"Majlis tu adalah majlis Yang di-Pertuan Agong, nak bincang dengan perdana menteri macamana?,"soalnya.

Kenyataan itu dibuat bagi menjawab pelbagai spekulasi ekoran pertemuan pemimpin tertinggi dua parti - Nik Aziz dan Hadi Awang - yang dikatakan mengadakan pertemuan tertutup dengan dua pemimpin Umno - Najib dan timbalannya - baru-baru ini.

Sementara itu, dalam satu kenyataannya, Nik Aziz berkata beliau dikunjungi bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah Yang di-Pertuan Agong meminta beliau dan beberapa pemimpin menghadiri majlis santapan malam di Istana Terengganu.

Menurutnya, atas dasar menghormati dan menjunjung titah Seri Paduka, beliau menghadiri majlis tersebut.

Nik Aziz menyeru media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan menghentikan seberang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

~MK~

Yang di-Pertuan Agong perintah mengadap

Posted: 04 Jan 2011 02:14 AM PST

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan, beliau dan pemimpin kanan PAS telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam satu majlis santapan malam di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Menurutnya, titah Tuanku Mizan itu telah disampaikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau mengunjunginya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

"Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan beliau dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di kediaman rasmi MB, JKR 10 hari ini.(gambar)

Bagaimanapun, katanya, "Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap."

"Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana," katanya.

Jangan kaitkan istana dengan politik

Sementara itu dalam sidang medianya (gambar bawah), Nik Abdul Aziz menyeru semua pihak sama ada media atau invidu supaya tidak mengaitkan istana dengan pergolakan politik negara.

Pada masa yang sama juga beliau turut mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang andaian berhubung pertemuannya dengan Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini.

Ini kerana, katanya pertemuan itu hanyalah jemputan untuk majlis santapan malam bersama baginda sahaja. Menurutnya, sebarang kenyataan tidak tepat itu perlu dihentikan segera demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak Istana.

"Jangan sekali-kali mengaitkan istana dalam pertemuan baru-baru ini,"ujarnya ketika membaca kenyataan media sebentar tadi di JKR 10.

Hadir sama pada sidang media itu, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agong, Datuk Mustapha Ali.

Menurutnya lagi, sewaktu beliau menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi membawa titah dari Yang Dipertuan Agong.

"Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama pemimpin termasuk Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, iaitu istana baginda di Kuala Lumpur.

"Atas dasar menghormati dan menjunjung titah tuanku, saya telah menghadiri majlis tersebut,"ujarnya lagi.

Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pula berkata tidak timbul soal perbincangan kerajaan perpaduan atau sebagainya dalam pertemuan itu. Menjawab soalan media beliau seterusnya berkata, majlis itu adalah undangan Yang Dipertuan Agong, tidak timbul langsung soal perbincangan dengan pemimpin Umno.

"Majlis tu adalah majlis Yang Dipertuan Agong, nak bincang dengan Perdana Menteri macamana?,"soalnya.

Kenyataan itu dibuat bagi menjawab pelbagai spekulasi ekoran pertemuan pemimpin tertinggi dua parti iaitu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang dikatakan mengadakan pertemuan tertutup dengan dua pemimpin Umno iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya baru-baru ini.

Berikut adalah kenyataan penuh MB Kelantan itu.

Kenyataan Media
Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan
Merangkap al-Mursyidul Am PAS

Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :

Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.

Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Terima kasih. Wassalam.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
MENTERI BESAR KELANTAN
MERANGKAP AL-MURSYIDUL AM PAS.

Pak Lah bawa titah mengadap Agong

Posted: 04 Jan 2011 02:13 AM PST

Menjelaskan kekeliruan berkaitan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Aziz Nik Mat berkata beliau dikunjungi bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah mengadap Seri Paduka.

Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata beliau diminta mengadap bersama-sama beberapa pemimpin, termasuk presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, di ibunegara.

Ketika itu, jelas Nik Aziz, beliau berada di Hosptail Universiti Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

"Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku, saya telah menghadiri majlis tersebut," kata Nik Aziz dalam kenyataan ringkas empat perenggan hari ini.

Sangat tidak beretika

"Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap," tambahnya.

Sehubungan itu, Nik Aziz, menyeru semua pihak - sama ada media atau mana-mana individu - supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu. Oleh itu, menteri besar Kelantan itu berharap supaya dihentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Semalam, Nik Mat dilaporkan mengakui bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhir Disember lalu, tetapi enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana ia pertemuan tertutup.

Sejak minggu lalu, pertemuan itu mencetuskan kebimbangan di kalangan penyokong parti Islam itu, sehingga tersebarnya desas-desus munculnya kembali usaha mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

Ia bermula apabila laporan tabloid mingguan Siasah - berjudul "Nik Aziz, Najib menghadap Agong?" - pada minggu lalu melaporkan di muka depan pertemuan itu. Dilaporkan, Siasah mendakwa perjumpaan "besar" pada 24 Disember di Istana Terengganu, Kuala Lumpur turut melibatkan Timbalan Perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bimbang dengan perkembangan itu, beberapa pihak, antaranya Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Haron pada 29 Disember lalu mengulasnya di laman Facebook, menyatakan kebimbangannya kemungkinan berlaku usaha menghidupkan semula idea kerajaan perpaduan.

Malah, terdapat juga dakwaan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Nasharuddin Mat Isa turut terlibat dalam pertemuan itu.

~MK~

Bakar Kalau Berani?

Posted: 04 Jan 2011 02:11 AM PST

Sebuah gabungan NGO masyarakat India mengancam untuk mengadakan satu upacara membakar novel Interlok sekiranya buku karangan sasterawan negara Datuk Abdullah Hussain itu tidak ditarik balik daripada menjadi sebahagian daripada teks sastera SPM.

Pengerusi Gabungan NGO India Malaysia Datuk A Vaithilingam berkata, tindakan itu akan dijalankan sekiranya kerajaan tetap berdegil untuk tidak menarik balik ketetapan menjadikan buku tersebut sebagai teks komponen sastera untuk pelajar sekolah.

"Kita mahu kerajaan tarik balik kelulusan serta merta. Kita beri masa seminggu untuk mereka berbuat demikian," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Tambahnya, isu yang dipertikaikan bukanlah penggunaan istilah "pariah" yang digunakan dalam Interlok yang ditulis Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu.

"Isu yang sebenar adalah (tindakan) memperkecil-kecilkan masyarakat India (melalui buku tersebut).

'Tak perlu panggil pariah'

"Anda perlu ingat, interpretasi yang diberikan di dalam buku ini tidak boleh diterima. Mungkin benar bahawa pekerja (daripada India) dibawa untuk bekerja di sini, tapi anda tidak parlulah memanggil mereka dengan nama pariah dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, pengerusi bersama gabungan NGO berkenaan, K Arumugam pula berkata, perkara yang perlu diberi perhatian adalah kesan yang wujud dalam pemikiran pelajar, hasil daripada penggunaan buku berkenaan.

"Novel ini ditulis berdasarkan maklumat sejarah jadi ia perlu tepat. Jika gambarannya salah, ia merupakan satu bencana intelektual," katanya dalam sidang media sama.

Katanya, penulis novel berkenaan perlu menjalankan kajian mendalam sebelum buku berkenaan diterbitkan untuk memahami latar belakang sejarah yang berlaku ke atas masyarakat tersebut.

Beliau memberi contoh satu kertas berhubung satu kajian ke atas masyarakat India di kawasan bandar yang dijalankan antara tahun 1920 hingga 1940.

"Perkataan pariah langsung tidak disebut dalam kertas itu," katanya yang menjelaskan bahawa kertas berkenaan telah menjelaskan bagaimana masyarakat India dari golongan pekerja berubah menjadi golongan nasionalis.

"Kenapa perkara itu tidak dimasukkan (dalam Interlok)? Buku seperti ini perlu menjadikan kita bangga dengan negara ini, bukan memecah-belahkan kita," tambahnya.

~MK~

Minyak memang tak ada dipasaran la bangang

Posted: 04 Jan 2011 02:09 AM PST

Negara tidak menghadapi kekurangan bekalan minyak masak tetapi 'belian panik' menyebabkan satu lagi pusingan kekurangan 'palsu', kata seorang peserta industri.

Minyak masak berasaskan sawit segera disambar di kedai-kedai, dan yang tinggal hanyalah minyak makan diimport yang mahal, yang diperbuat daripada minyak jagung, minyak kanola dan lain-lain.

Minyak masak merupakan barangan kawalan harga di Malaysia.

Peserta industri berkata belian panik dicetuskan oleh khabar-khabar angin tentang kemungkinan harga dinaikkan, seperti yang dinyatakan dalam cadangan skim pengurangan subsidi oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), yang diterajui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

Sumber yang enggan disebut namanya berkata bahawa kebanyakan usahawan kecil dan sederhana dalam perniagaan makanan membeli barangan kawalan mereka dalam jumlah yang besar kerana bimbang harga akan naik dalam tahun ini.

"Belian panik biasanya berlaku apabila tercetus khabar-khabar angin tentang kenaikan harga. Kekurangan bekalan minyak masak akan berlaku kerana orang ramai akan mula menyorok minyak makan. Inilah juga yang terjadi bila harga gula naik," kata peniaga itu.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe, semalam memberikan jaminan kepada pengguna bahawa harga minyak masak tidak akan berubah buat waktu ini.

Di bawah pengurangan subsidi, harga minyak masak akan meningkat sebanyak 15 peratus sekilogram pada 2010 dan 15 peratus sekilogram pada 2011 dan selepas itu, lima peratus setiap tahun hingga Januari 2014.

Sementara itu, ada kemungkinan penyeludupan minyak masak ke Indonesia, Thailand dan Singapura menyebabkan kekurangan itu. Peniaga-peniaga berhasrat menjual minyak makan yang diseludupkan itu pada harga yang lebih tinggi dalam pasaran-pasaran ini, kata seorang peniaga.

Seorang peniaga lain mengaitkan kekurangan ini kepada harga minyak sawit mentah (MSM) yang tinggi kerana kebanyakan pengilang tidak dapat membeli dan menjualnya pada harga semasa.

Harga semasa MSM berlegar sekitar RM3,800 setan metrik.

Harga MSM di kilang adalah RM70-RM80 setan metrik lebih tinggi dan kebanyakan pengilang bukan sahaja tidak mampu membayar harga yang tinggi itu malah juga menjualnya pada harga terkawal sekarang.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang berkata kekurangan minyak masak tidak seharusnya berlaku di negara ini kerana Malaysia merupakan pengeksport utama produk minyak sawit.

"Kerajaan harus memantau kegiatan membeli dan menjual untuk menyelesaikan masalah ini dan menjadikan harga lebih rendah," kata Presidennya, SM Mohamed Idris.

Pengguna-pengguna dinasihati supaya tidak mendengar khabar-khabar angin tentang harga yang "bakal" naik dan melaporkan kegiatan menyorok.

~Bernama~

Kes saman Felda RM20 juta dibicara 22 Mac

Posted: 04 Jan 2011 02:08 AM PST

Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan perbicaraan kes saman malu Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman berjumlah RM20 juta pada 22 Mac 2011.

Peguam yang mewakili Mazlan, Wan Rohimi Wan Daud berkata Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Temerloh, Siti Hajar Mustafa menetapkan demikian selepas meneliti dokumen peguam kedua-dua pihak plaintif dan defendan.

Pada 16 Ogos lalu Mazlan selaku plaintif telah memfailkan saman terhadap empat pihak iaitu Pengurus Felda Lembah Klau Awang Sulong, Felda, Inspektor Mohd Azran Rahmat (pegawai polis yang menangkapnya) dan Kerajaan Malaysia.

Menurut fakta kes, pada 9 Mac lalu kira-kira jam 4.15 Mazlan ketika memenuhi satu undangan dialog dan perbincangan dengan peneroka berkaitan dengan masalah-masalah dialami mereka di rumah peneroka Hamidun Yeop Isa, telah dikepung oleh 30 orang polis bantuan Felda yang bersenjata dan diugut secara biadab oleh pegawai-pegawai Felda.

Hamidun merupakan peneroka yang telah melangsaikan semua hutang dengan Felda dan telah mendapat hak milik tanah kediaman dan ladang.

Mazlan kemudian telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub. Namun terdapat satu lagi laporan oleh pengurus rancangan Felda Lembah Klau yang menyebabkan beliau kemudiannya ditahan, direman dan terpaksa merengkok selama dua hari di lokap IPD tersebut.

Dalam pada itu, Wan Rohimi berkata Siti Hajar merupakan majistret yang telah mengeluarkan reman kepada Mazlan ketika beliau merengkok di lokap IPD Raub dahulu.

Wan Rohimi berkata, beliau menganggap kes saman yang dikemukakan ini sangat penting dan keputusannya akan menjadi indikator kepada pemisahan antara kuasa Felda dan kuasa peneroka.

"Saya lihat Felda amat memberi tumpuan kepada kes ini berdasarkan tiga peguam kanan persekutuan yang mewakili defendan kerana mereka amat menyedari implikasi kepada kes ini.

"Keputusan kes ini dengan sendirinya akan menjelaskan had-had kuasa antara Felda dengan peneroka yang telah melunaskan hutang piutangnya dengan agensi tersebut," katanya.

Turut mengiringi Mazlan ke mahkamah Tinggi temerloh hari ini ialah Penasihat Undang-Undang PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid, Naib Presiden Anak Aris Fezul Ismail, Setiausaha PAS Pahang Hashim Abdullah dan kira-kira 30 penyokong.

~harakah~

Risalah fitnah mula disebar

Posted: 04 Jan 2011 02:07 AM PST

Risalah tidak bertuan yang mula tersebar di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang bertujuan mempengaruhi pengundi Melayu, dakwa Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Beliau berkata, pihaknya ada melihat risalah berbentuk buku kecil bertajuk DAP anti-Islam dan 'Khawarij dan Politik PAS' itu namun belum terserempak dengan individu yang melakukan penyebaran itu.

"Sekarang ini dah mula banyak risalah tidak bertuan mula disebarkan di Felda dan nampaknya risalah tu lebih kepada nak mempengaruhi pengundi Melayu.

"Banyak risalah yang kita jumpa telah diedarkan yang ditinggalkan di kedai-kedai makan, bukan sedang diedarkan. Jadi kita tidak boleh tuduh sesiapa sebab tak ada nama," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut beliau, yang merupakan Pengarah Keselamatan Pemuda PAS negeri, pihaknya tidak akan teragak-agak membawa perkara itu kepada pihak polis sekiranya menjumpai individu yang melakukan perbuatan itu.

"Kita minta unit keselamatan pemuda, sekiranya menjumpai risalah yang disebarkan, kita ambil dan buang.

"Kalau kita jumpa mana-mana pihak yang menyebar risalah ini kita tidak akan teragak-agak untuk bawa mereka kepada pihak polis kerana risalah ini lebih kepada menyampaikan fitnah kepada masyarakat," katanya.

Ujarnya, kemunculan risalah-risalah fitnah ini lebih wajar diberi perhatian berbanding menuduh PAS mula turun berkempen.

"Dalam media Umno BN tuduh PAS mula berkempen. Memang kita turun tapi atas nama parti ataupun organisasi seperti melancarkan jentera pilihan raya dan sebagainya. Itu perkara biasa.

"Tapi ada pihak yang turun tanpa menamakan diri mereka siapa dan mengedarkan risalah. Ini satu kempen yang tidak sihat," katanya.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng mendedahkan penyebaran risalah fitnah ini di sekitar Dun Tenang. Risalah DAP anti Islam mengandungi nota yang bertulis DAP akan mengharamkan azan, majlis maulidur rasul dan sebagainya jika Pakatan Rakyat memerintah.

Serah kepada polis

Sementara itu, ketua pemuda sosialis DAP (Dapsy), Anthony Loke tidak menolak kemungkinan penyebaran risalah fitnah itu dilakukan Umno BN yang mula bimbang dengan kemaraan Pakatan rakyat di negeri itu.

"Ini tindakan terdesak Umno, taktik kotor, taktik biasa mereka sebab mereka tak ada isu untuk menentang Pakatan Rakyat kecuali fitnah dan mengelirukan rakyat dan membuat rakyat marah dengan menyebar fitnah bahawa DAP anti-Islam," katanya yang juga dihubungi Harakahdaily hari ini.

Bagaimanapun beliau yang juga ahli Parlimen Rasah yakin rakyat khususnya di Dun Tenang tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang dijangkakan akan lebih meluas sepanjang tempoh kempen nanti.

"Kita jangkakan lebih banyak risalah yang akan keluar menjelang kempen pilihan nanti.

"Tapi saya percaya rakyat tak mudah terpedaya dengan fitnah ini," katanya.

Menurut beliau juga, pakatan Rakyat tidak bimbang dengan fitnah itu sebaliknya telah bersedia untuk memberi penerangan kepada rakyat.

"Kita tak perlu risau sebab kalau kita memberikan penerangan yang cukup, kita boleh mengenepikan segala fitnah itu," katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis segera mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang cuba mencetuskan suasana tidak harmoni antara kaum ketika ini.

"Ini tugas polis untuk menahan sesiapa yang bertanggungjawab dalam perkara ini kerana ia bersifat fitnah dan melanggar dua undang-undang iaitu akta hasutan dan akta percetakan.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak ada bidang kuasa menahan orang awam tetapi hanya bveoleh bertindak ke atas parti politik dan calon yang bertanding sahaja. Jadi kita serah kepada polis," katanya.

~harakah~

Risalah 'DAP anti-Islam' diedar di Tenang

Posted: 04 Jan 2011 02:07 AM PST

Ketua PKR, Johor Datuk Chua Jui Meng mendakwa ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan taktik kotor menyebarkan risalah fitnah terhadap Pakatan Rakyat kepada penduduk Felda di kawasan kerusi undangan negeri Tenang dan kawasan sekitarnya, lapor TV Selangor.

Chua berkata risalah berbentuk buku kecil bertajuk 'DAP anti Islam' dan 'Khawarij dan Politik PAS' yang diedarkan itu dianggap satu pembohongan besar.

"Ini satu pembohongan besar. Kalau nak kata DAP anti Islam. Saya dah lama kenal DAP. Mereka tak bodoh. DAP hormat orang Melayu, Lim Guan Eng sendiri telah banyak membantu orang Melayu di Pulau Pinang," katanya.

Sehubungan itu, Chua juga tidak menolak perbuatan itu sebagai taktik kotor Umno untuk kempen mempertahankan Tenang pada pilihan raya kecil akan datang.

Risalah 'DAP anti Islam' mengandungi nota yangmendakwa parti Cina yang mempunyai kerusi paling banyak di parlimen itu akan mengharamkan azan, majlis Maulidur Rasul dan seumpamnya jika Pakatan Rakyat memerintah.

Chua juga menyatakan kebimbangan mengenai taktik Umno yang cuba menghalang pemimpin Pakatan Rakyat daripada bertemu rakyat. Semalam ceramah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tenang sekali lagi diganggu polis.

"Mungkin selepas ini pemimpin Cina tidak dibenarkan masuk ke kawasan Felda," katanya.

~MK~

UMNgOk Bermisi Besar Rampas Selangor

Posted: 04 Jan 2011 02:05 AM PST

Seperti dinyatakan oleh Harakahdaily dalam satu tulisan tidak lama dulu, Selangor bakal menjadi medan pertempuran utama Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Usaha terbaharu Umno telah dimulakan dengan mengeksploit konflik berkaitan pelantikan setiausaha kerajaan negeri.

Dalam kes terbaharu, pertikaian berhubung pelantikan setiausaha kerajaan negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi menjerumuskan lagi negeri paling diidamkan Umno ini dalam kemelut.

Seperti yang biasa, Umno dan media dikuasainya mengeksploit sepenuhnya episod ini dengan meletakkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam keadaan defensif dan memperlihatkan beliau sebagai melawan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Bagi orang ramai, terutama orang Melayu, drama yang dipersembahkan melalui media Umno ini menjadikan Khalid dan seluruh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebagai penentang raja Melayu.

Imej negatif yang dikemukakan ini bermatlamat menghakis sokongan orang Melayu terhadap Pakatan seperti yang pernah dilakukan di Perak. Sama seperti yang dilakukan di Perak, kerajaan Pakatan dan menteri besarnya didakwa melawan sultan dan mesej ini disampaikan melalui permainan media Umno.

Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang sebenarnya sebahagian daripada jentera Umno menyokong dan menguatkan lagi serangan yang diprogram oleh Umno.

Pertubuhan-pertubuhan ini jelas sekali menjalankan program Umno untuk memburukkan imej kerajaan Pakatan Selangor kerana isu-isu yang ditangani semuanya yang dipolitikkan, daripada mempertahankan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hingga kepada pelantikan Khusrin.

Buktinya, mereka hanya terlibat dalam perkara-perkara yang boleh memberi manfaat kepada pembangkang di negeri Selangor, yakni Umno, dan merugikan kerajaan Pakatan. Kempen mereka juga dipertingkatkan menjelang pilihan raya umum yang dijangka beberapa bulan lagi.

Akhbar harian dikuasai Umno telah menjadikan isu kemelut Selangor sebagai berita muka depannya selama dua hari berturut-turut.

Laporan-laporan lain, seperti dakwaan menghasut oleh Shuhaimi Shafie, wakil rakyat Seri Muda kesemuanya bermatlamat menguatkan persepsi negatif terhadap Pakatan Selangor di mata orang Melayu.

Di sinilah kumpulan-kumpulan Melayu pro-Umno memainkan peranan Mereka, menjadi penyerang barisan hadapan bagi Umno yang tidak mahu mengotorkan tangan mereka dan meletakkan kempen 1 Malaysia dalam risiko.

Mesej yang disampaikan oleh kumpulan-kumpulan itu, termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Perkasa, kesemuanya berperanan mengukuhkan imej tidak mesra Melayu kerajaan Pakatan di Selangor.

Berdasarkan perkembangan sejak Pilihan Raya Umum ke-12, Umno dan BN menyedari undi bukan Melayu di Selangor tidak boleh diharapkan sangat untuk memenangi semula Selangor.

Kerana inilah, Umno berusaha memenangi hati dan minda orang Melayu, seperti yang disebut Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam ucpaan semasa konvensyen Pakatan, menggunakan race (bangsa), religion (agama) dan raja.

Seperti juga yang telah berlaku di Perak, kempen menggunakan formula bangsa di negeri itu berjaya menjejaskan sokongan orang Melayu terhadap Pakatan. Apa yang dilakukan oleh Umno ini ditujukan kepada satu perkara dasar dalam Pakatan iaitu kerjasama melibatkan PAS dengan DAP dan PKR.

Dengan menggugat kerjasama ini, hubungan ketiga-tiga parti dalam Pakatan boleh terjejas dan memudahkan usaha Umno dalam pilihan raya umum nanti. Di negeri-negeri Pulau Pinang dan Selangor, dua negeri yang PAS tidak menguasai pentadbiran negeri, isu Melayu terpinggir dimainakan oleh Umno.

Negeri Pulau Pinang dikatakan dikuasai sepenuhnya oleh DAP sehingga mengabaikan orang Melayu manakala Selangor pula dikatakan didominasi PKR dan DAP dengan kesan yang sama seperti Pulau Pinang.

Ini membolehkan sentimen Melayu dimanipulasi oleh Umno dan mendorong sejumlah pengundi memikirkan lebih baik memilih Umno kerana sekurang-kurangnya parti Melayu itu dominan dalam Barisan Nasional.

Di sinilah Umno berjaya menarik sokongan Melayu, yang dibina sedikit demi sedikit sejak tewas di beberapa negeri dalam Pilihan Raya Umum ke-12. Umno yang terjejas teruk selepas kalah di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-12 sedang menumpukan kekuatan untuk merampas Selangor.

Pakatan perlu strategi yang kuat dan setara untuk menentang kempen Umno menggunakan sentimen Melayu ini.

PAS sebagai parti dianggotai Melayu terbesar selepas Umno dan berhasrat menggantikan Umno sebagai pejuang utama orang Melayu Muslim di negara ini perlu menunjukkan peranannya sebagai pemelihara kepentingan Melayu.

Tindakan ekstrem Umno menggunakan agama dalam kes Selangor ini perlu ditangani oleh PAS dengan menunjukkan ada ruang yang lebih sederhana dalam membela kepentingan Melayu tanpa bertindak seperti Umno.

Episod Selangor ini mendedahkan sensitiviti isu bangsa yang masih boleh dimanipulasi oleh Umno di Selangor, selepas berjaya mempalitkan imej negatif pada Pakatan selepas episod Perak. Pakatan kini perlu lebih berhati-hati supaya tidak mudah diperlihatkan sebagai menentang raja di Selangor dalam pertikaian pelantikan setiausaha kerajaan negeri.

~harakah~

Lebih baik Pak Lah 'Jaga Kebun'

Posted: 04 Jan 2011 02:04 AM PST

Bekas Perdana Menteri, Tuan Abdullah Haji Ahmad Badawi diingatkan agar tidak sibuk dengan usaha untuk menyatukan Umno dan PAS, tetapi lebih baik menumpukan perhatiannya kepada usaha untuk membaiki imej Umno dan BN sendiri yang semakin teruk kini.

Permasalahan yang berlaku dalam BN sendiri, ternyata gagal diselesaikan oleh para pemimpin BN sejak dulu dan ia pasti menjadi bertambah rumit jika para pemimpinnya lebih sibuk dengan usaha untuk menyatukan Umno dan PAS, daripada usaha untuk membaiki parti itu sendiri.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, salah satu contoh jelas termasuklah permasalahan yang berlaku dalam MIC yang telah ditinggalkan oleh Datuk Seri S Samy Velu, tetapi kini ternyata masih gagal ditangani dengan baik oleh para pemimpin BN.

Menurut beliau, jadi tentulah lebih elok jika Pak Lah dan pemimpin Umno BN lain menyelesaikan permasalahan yang berlaku dalam parti-parti komponennya telebih dahulu untuk membaiki prestasinya, daripada memberikan perhatian kepada Pakatan Rakyat.

"Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh Pak Lah. Beliau sepatutnya menjadi ikon dalam BN untuk membaiki parti itu sendiri, bukannya sibuk nak satukan Umno dan Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, semasa menjadi Perdana Menteri dahulu, Pak Lah telah berjaya menubuhkan SPRM dan akta-aktanya, tetapi kini beliau tetap gagal memainkan peranan supaya penggantinya, Datuk Seri Najib Tun Razak memanfaatkannya dengan baik.

"Jadi, Pak Lah sepatutnya lebih vokal dalam hal untuk memerangi rasuah. Apa makna akta SPRM yang diwujudkan itu jika tidak dilaksanakan?" katanya.

Penubuhan SPRM, katanya, hampir 100 peratus disokong oleh Pakatan Rakyat dan ia pasti akan memberikan manfaat besar kepada rakyat dan negara jika para pemimpin Umno BN memberikan perhatian seris dalam usaha memerangi rasuah di tanah air.

"Tetapi apa yang berlaku, 18 kes berprofil tinggi masih juga belum disiasat hingga sekarang. Orang yang didapati bersalah, masih juga memegang jawatan penting dalam kerajaan termasuk kabinet.

"Terbaru, orang yang sudah didapati bersalah dan terbabit dengan rasuah, juga turut diberikan tanggungjawab untuk memainkan peranan penting dalam Felda.

"Jadi, di manakah duduknya Pak Lah dalam semua itu? Itulah antara perkara yang perlu diberikan perhatian oleh Pak Lah. Jika tidak, sia-sialah usahanya dulu sehingga tertubuhnya SPRM," tegasnya.

~harakah~

Habeas corpus Tharmendran ditunda ke 17 Jan

Posted: 04 Jan 2011 02:03 AM PST

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menunda permohonan habeas corpus sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), N Tharmendran kepada 17 Januari ini. Ia berikutan afidavit ketiga difailkan oleh responden daalam permohonan mereka.

Peguam Tharmendran, Amer Hamzah Arshad (kiri) berkata pihaknya bersetuju dengan penundaan itu kerana mereka memerlukan masa bagi menjawap afidavit berkenaan yang difailkan pada Khamis lalu.

"Ini adalah afidavit minit terakhir. Pada mulanya ada dua tetapi kami telah menjawapnya... Kami bersedia untuk meneruskan perbicaraan," katanya.

Amer Hamzah ketika ditemui berkata, mahkamah memberi masa kepada pihaknya untuk membalas afidavit tambahan yang dikemukakan pihak responden pertama iaitu Lt Kol Mohd Razif Ramli, Khamis lalu.

Timbalan Pendaftar, Rusita Md Lazim, menetapkan tarikh itu selepas menemui pihak yang terbabit iaitu peguam N Surendran dan Amer Hamzah yang mewakili Tharmendran serta Peguam Kanan Persekutuan, Mohamad Tarmizi Ahmad dan Asyraf Ashyri yang mewakili semua responden.

Tidak sah

Tharmendran memfailkan permohonan habeas corpus pada 26 November lalu, dengan menamakan Mohd Razif selain Komandan Pusat Tahanan Kem Batu Kentonmen serta Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Menteri Pertahanan sebagai responden.

Dalam afidavit sokongannya, Tharmendran mendakwa penahanan dan penangkapannya pada 25 Nov lalu adalah tidak berasas, salah dan tidak sah mengikut undang-undang dan bersifat jahat.

Tharmendran, 42, mendakwa penahanan itu tidak mengikut undang-undang kerana dia adalah orang awam dan tidak lagi berkhidmat dengan TUDM sejak 28 Mei lalu.

Dia juga mendakwa keempat-empat responden itu bertindak di luar bidang kuasa yang melakukan tangkapan dan tahanan secara tidak sah.

Pada 25 November lalu, Tharmendran ditahan semula oleh TUDM di perkarangan tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Shah Alam kerana kesalahan meninggalkan tugas.

Penahanan itu dilakukan lima pegawai Jabatanarah Provos Marsyal TUDM selepas Tharmendran menghadiri pendengaran permohonannya untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya di mahkamah itu.

Pada 6 Januari tahun lalu, Tharmendran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya terhadap pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F5 milik TUDM.

Dia didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop untuk mencuri dua enjin itu di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi.

~MK~

Hidup mati KJ Demi UMNgOk

Posted: 04 Jan 2011 02:02 AM PST

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi menghormati keputusan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakar untuk terus kekal dalam Umno.

"Saya hormati pilihan dan keputusan saudara Khairy," kata Tantawi dalam twitternya bagi menjawab maklumbalas Khairy terhadap pelawaannya agar anggota Parlimen Rembau itu menyertai PAS.

Khairy dalam twitternya sebelum itu berkata, "Saya ucapkan terimakasih kepada Tantawi atas tawaran beliau. Tapi tetap Umno dulu, kini & selamanya."

Khairy membuat jawapan itu kepada seorang rakannya yang bertanya dalam twitter, "Bro, betul ke hang masuk PAS?"

Semua ini bermula apabila Khairy dalam twitternya memaklumkan dia tidak akan mempertahankan kerusinya di Rembau dalam pilihan raya umum akan datang.

Ia telah dilihat sebagai tindakan merajuk Khairy kesan dari layanan buruk Umno dan pemimpinnya terhadap beliau sebagai Ketua Pemuda. Ini kerana, Khairy tidak diberikan sebarang jawatan dalam kerajaan sedangkan timbalannya, Datuk Razali Ibrahim dilantik sebagai timbalan menteri.

Ekoran itu, Nasrudin dalam kenyataannya mempelawa Khairy menyertai PAS.

"Marilah bersama saya dan rakan - rakan Dewan Pemuda PAS untuk menyertai perjuangan Islam," kata Nasrudin dalam kenyataannya itu.

"Saya mengajak Khairy mempelopori gerakan anak muda yang bangkit seimbang antara tuntutan Amal Islami dengan keperluan Transformasi Politik dalam negara kita," tambah Nasrudin.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong memujuk Khairy secara terbuka agar jangan berhenti dari politik.

"KJ, jangan berhenti. Anda masih muda. Ramai rakyat Malaysia terutama jenerasi juda masih memerlukan anda. Mestilah ada jauh dan bangun," kata Wee Ka Siong melalui twitternya.

Politik matang

Dalam pada itu, langkah Nasrudin mempelawa Khairy menyertai PAS mendapat sokongan dan pujian dari orang ramai termasuk para blogger.

Perisik Rakyat dalam blognya menyifatkan Nasrudin berfikiran cukup rasional dalam hal ini.

"Akhirnya, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat berjaya berfikir dengan cukup-cukup rasional dan melangkau masa labih dari sepenggal. mungkin agak terlambat, tapi cukup awal untuk berada dihadapan mereka-mereka yang berikiran "ortodoks" ataupun "exstremist".

"Mungkin ramai yang berselisih pendapat dalam hal membawa KJ kedalam PAS... al-maklumlah KJ bukanlah seorang politikus "suci" dalam persada politik tanahair. 1Malaysia tahu betapa KJ adalah sejenis manusia rakus yang seringkali disabitkan dengan RM, RM, RM, RM & RM yang 100% dipertikaikan sumbernya.

"Politik wang tak dapat dipisahkan dengan KJ & KJ juga tak dapat dipisahkan dengan Politik Wang. Kemenangan KJ dalam pemilihan disabitkan dengan wang, kemenangan KJ di Rembau disabitkan dengan wang dan kemunculan KJ dimana-mana pelusuk tanahair juga dikatakan membawa aroma wang," tulis Perisik Rakyat.

~harakah~

Khusrin ialah 'hadiah istimewa' buat Sidek Hassan

Posted: 04 Jan 2011 02:01 AM PST

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini diserahkan senaskhah buku Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor sebagai 'hadiah istimewa' kepada beliau.

Hadiah itu diserahkan Pemuda Pakatan Rakyat Selangor beserta memo sebagai membantah perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor yang didakwa mereka dibuat dengan proses yang mencabul kuasa kerajaan negeri.

Mereka diiringi hampir 100 penyokong, berarak dari perkarangan Masjid Putrajaya menuju ke pajabat KSN di Kompleks Jabatan Perdana Menteri kira-kira jam 10.30 pagi dengan dikawal oleh lebih 50 anggota polis.

Hanya tiga dibenar pihak polis masuk membuat penyerahan tersebut iaitu Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridwan, Ketua AMK Selangor, Khairul Anwar Ahmad Zainudin dan Adun DAP Teratai, Janice Lee Ying Ha yang juga ketua DAPSY Selangor.

Pada sidang media selepas itu mereka memaklumkan hadiah dan memo tersebut berjaya diserahkan kepada pembantu peribadi kepada Setiausaha Sulit Kanan KSN. Dalam memo tersebut antara lain menggesa Mohd Sidek menghormati hak kerajaan negeri dalam isu perlantikan Khusrin.

Mereka mendakwa perlantikan Khusrin yang dibuat KSN bukan sahaja membelakangkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, malah mencabul semangat faderalisme.

"Kita kecewa dengan KSN yg mendakwa kerajaan negeri tiada hak dalam isu perlantikan ini.

"Membelakangkan hak kerajaan negeri sama lah juga membelakang hak rakyat Selangor," kata Khairul Anuar.

Selain itu, perlantikan itu juga dakwanya turut mengabaikan Nota Amalan Perkhidmatan Awam yang diamalkan negeri.

"Kita tolak Khusrin kerana ramai calon lain yang lebih layak.

"MB sudah bertemu Tuanku semalam, dan kita mintak KSN menyatakan pendirian beliau selepas penjelasan dibuat MB semalam," gesanya.

Hasbullah dalam pada itu mahu KSN menarik balik perlantikan itu yang disifatkan mampu menyelesaikan kemelut ini. Beliau juga menyeru mana-mana pihak tidak mengheret dan berselindung di sebalik istana dalam isu itu.

"Kita berpandangan jika KSN tarik balik, tidak mencemarkan imej beliau.

"Kita mintak beliau memberi pertimbangan sewajarnya," katanya.

Janice pula mendakwa perlantikan Khusrin adalah usaha mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Sehubungan itu mereka menggesa KSN segera menyelesaikan isu tersebut.
Mereka juga mendakwa akan meneruskan bantahan selagi kemelut itu tidak deselesaikan.

~harakah~

PKR bersyukur sultan serah pada MB

Posted: 04 Jan 2011 02:00 AM PST

PKR bersyukur dan menjunjung kasih setingginya kepada Sultan Selangor yang memperkenan menyerahkan kembali urusan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kepada kebijaksanaan menteri besar untuk mencari penyelesaian terbaik dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

"Baginda memberikan perkenan ini selepas menyatakan pandangan bahawa baginda tidak lagi mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak pelantikan SUK kerana kuasa tersebut ditarik daripada baginda oleh Umno ketika krisis Perlembagaan pada 1993," kata penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

Baginda memberitahu demikian dalam perjumpaan dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Istana Mestika, Shah Alam semalam.

Dr Muhammad Nur berkata, PKR juga menyokong penuh tindakan menteri besar memanggil sidang tergempar DUN bagi meminda undang-undang tubuh negeri bagi mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif - SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang - kepada sultan dan menteri besar.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata PKR yakin ia adalah satu langkah konkrit untuk mengangkat kembali martabat institusi raja berperlembagaan sebagaimana yang diputuskan sebagai Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

"Hakikatnya, kuasa pelantikan para pegawai yang dinyatakan di atas telahpun dihapuskan oleh Umno dalam pindaan perlembagaan yang dilakukan secara paksa pada 1983 dan 1993 meskipun ditolak oleh Majlis Raja-Raja Melayu ketika itu.

"Sesungguhnya, kemelut yang baru sahaja dilalui adalah gambaran jelas kegelojohan pihak Umno dan kuncunya untuk menggugat kedudukan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan percubaan mengulangi semula tragedi rampasan kuasa Kerajaan Negeri Perak pada 2008," tegasnya.

Dr Muhammad Nur berkata, krisis itu juga membuktikan, demi meraih kuasa politik, Umno bersedia melakukan apa sahaja meskipun dengan
mengorbankan keluhuran perlembagaan dan undang-undang.

"Adalah jelas kepada kita bahawa Umno sedang dalam keadaan terhimpit dan menyedari hakikat bahawa mereka semakin hilang kepercayaan dari rakyat Malaysia seluruhnya," tambahnya.

Lantaran itu, katanya, demi mengekalkan kuasa, mereka sedia mempergunakan apa jua slogan '1Malaysia', 'Ketuanan Melayu', 'Kedaulatan Raja-Raja' dan sebagainya.

Sehubungan itu, katanya. PKR ingin menjelaskan kembali komitmennya untuk terus menegakkan keadilan berasaskan keluhuran perlembagaaan dan undang-undang negara yang ada dan memperjuangkan kepentingan semua rakyat Malaysia umumnya.

~MK~

Sidang DUN tergempar boleh diadakan

Posted: 04 Jan 2011 01:58 AM PST

Cadangan pindaan perlembagaan Selangor bagi memberi kuasa kepada kerajaan negeri dan sultan untuk melantik tiga jawatan utama kerajaan negeri itu boleh dilakukan secara retrospektif atau dikebelakangkan, kata speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim.

"Jika rang undang-undang menyatakan bahawa pindaan akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2011, maka ia akan menjadi retrospektif," katanya kepada wartawan di Shah Alam hari ini.

Jika cadangan pindaan itu mempunyai kesan retrospektif, ia akan memberi kesan kepada pelantikkan setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, yang dibidas pemimpin Pakatan Rakyat.

Namun, menurut Teng, adalah terlalu awal untuk menyatakan perkara berkenaan kerana beliau belum melihat rang undang-undang itu ataupun dimaklumkan secara rasmi oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung cadangan beliau untuk memanggil sidang tergempar.

Menjelaskan perkara itu, Teng berkata sidang DUN yang ditangguhkan sehingga Mac ini sebenarnya tidak memerlukan perkenaan Sultan bagi sidang tergempar diadakan. Katanya, di bawah Peraturan 10(3), speaker boleh memanggil sidang tergempar jika mendapati alasan yang diberikan oleh menteri besar mempunyai "kepentingan umum".

Menurut Teng, perkara berkenaan telah disampaikan secara lisan kepadanya oleh Khalid semalam tetapi tiada keputusan boleh dibuat sehingga ia dibuat secara bertulis.

~MK~

PKR sokong penuh kembalikan kepada Sultan dan MB

Posted: 04 Jan 2011 01:57 AM PST

PKR menyokong penuh langkah kerajaan negeri Selangor yang mahu mengembalikan kuasa raja dan menteri besar yang dirampas Umno pada tahun 1993 untuk melantik tiga pegawai kanan kerajaan negeri.

Ketua Penerangannya, Dr. Muhammad Nur Manuty dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya yakin bahawa usaha mengembalikan semula kuasa perlantikan tiga pegawai eksekutif kepada Sultan dan Menteri Besar adalah satu langkah konkrit untuk mengangkat kembali martabat institusi Raja berperlembagaan sebagaimana yang diputuskan sebagai Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Semalam, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim memaklumkan, kerajaan negeri telah berbincang dengan Speaker Dun Selangor, Datuk Teng Chan Khim agar satu sidang Dun diadakan segera untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai kanan kerajaan negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.

Khalid memaklum, baginda tidak mempunyai kuasa untuk menolak perlantikan yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara terhadap Datuk Mohd Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri kerana kuasa itu telah diambil dari baginda melalui krisis Perlembagaan pada tahun 1993.

Tiga pegawai kanan itu adalah Setiausaha Kerajaan, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang.

Begitupun, Parti Keadilan Rakyat (PKR) merakamkan kesyukuran kepada Ilahi dan menjunjung kasih setingginya kepada Sultan Selangor yang telah memberikan perkenan menyerahkan kembali urusan perlantikan SUK kepada kebijaksanaan Menteri Besar untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

"Baginda memberikan perkenan ini selepas menyatakan pandangan bahawa Baginda tidak lagi mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kerana kuasa tersebut ditarik daripada baginda oleh Umno ketika krisis Perlembagaan pada tahun 1993," kata Dr Muhammad Nur (gambar).

PKR juga, tegasnya memberikan sokongan sepenuhnya kepada tindakan pihak Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim Khalid yang akan memanggil sidang tergempar Dun yang bertujuan untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.

Beliau berkeyakinan bahawa usaha mengembalikan semula kuasa perlantikan tiga pegawai eksekutif di atas kepada Sultan dan Menteri Besar adalah satu langkah konkrit untuk mengangkat kembali martabat institusi Raja berperlembagaan sebagaimana yang diputuskan sebagai Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Hakikatnya, jelas beliau kuasa perlantikan para pegawai yang dinyatakan di atas telahpun dihapuskan oleh Umno di dalam pindaan perlembagaan yang dilakukan secara paksa pada tahun 1983 dan 1993 meskipun telah ditolak oleh Majlis Raja-Raja Melayu pada ketika tersebut.

"Sesungguhnya, kemelut yang baru sahaja dilalui adalah gambaran jelas kegelojohan pihak Umno dan para konconya untuk menggugat kedudukan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan percubaan mengulangi semula tragedi rampasan kuasa Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2008 yang lalu," ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Krisis itu juga, katanya membuktikan bahawa sesungguhnya, demi meraih kuasa politik Umno bersedia untuk melakukan apa sahaja meskipun dengan mengorbankan keluhuran perlembagaan dan undang-undang.

"Adalah jelas kepada kita bahawa Umno kini sedang di dalam keadaan terhimpit dan menyedari hakikat bahawa mereka semakin hilang kepercayaan dari rakyat Malaysia seluruhnya," ujarnya.

Sesungguhnya, kata beliau Umno sudah lama hilang keyakinan kepada amalan dan proses demokrasi yang sebenarnya.

Lantaran itu, ujarnya lagi demi mengekalkan kuasa mereka sedia mempergunakan apa jua slogan '1Malaysia', 'Ketuanan Melayu', 'Kedaulatan Raja-Raja' dan sebagainya.

Menurutnya, malah lebih buruk, Umno bersedia mencemar dan memperalatkan apa jua institusi negara demi mengekalkan kuasa dan melindungi amalan rasuah dan pelbagai pengkhianatan yang dilakukan terhadap rakyat dan negara selama ini.

"Sesungguhnya, Keadilan ingin menjelaskan kembali komitmen kita untuk terus menegakkan keadilan berasaskan keluhuran perlembagaaan dan undang-undang negara yang ada dan memperjuangkan kepentingan semua rakyat Malaysia umumnya," ujarnya.

~harakah~

Pemuda Pakatan protes kepada KSN

Posted: 04 Jan 2011 01:56 AM PST

Kira kira 60 pemuda Pakatan Rakyat berhimpun di perkarangan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini untuk menyerahkan memorandum kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan, membantah pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) Selangor.

Bantahan itu bermula dari hadapan masjid Putrajaya seawal jam 10.30 pagi. Ia diketuai ketua pemuda PKR Selangor, Khairul Anwar Zainuddin; ADUN Teratai, Jenice Lee yang juga ketua pemuda DAP Selangor dan Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridwan.

Kumpulan ini juga membawa bersama buku undang-undang tubuh kerajaan Selangor sebagai 'hadiah' untuk diserahkan kepada Sidek. Polis yang mengawal ketat sejak awal pagi hanya membenarkan tiga orang wakil masuk ke pejabat Perdana Menteri.

Pembantu peribadi KSN, Rosli Laji menerima memorandum itu bagi pihak Sidek. Ketiga-tiga mereka beredar kira-kira 16 minit kemudian dengan disambut laungan "reformasi", "hormati kerajaan negeri" dan "tolak Khusrin".

Rampas kain rentang

Sebelum itu, ketika kumpulan berkenaan berarak menuju ke pejabat Perdana Menteri, pihak polis merampas kain rentang yang memangkah muka Khusrin. Kekecohan berlaku seketika namun keadaan berjaya ditenangkan.

Khairul Anwar dalam ucapan ringkasnya berkata kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak sanggup diperlekeh dalam urusan pentadbiran negeri. Memorandum berkenaan, antara lain, menggesa Sidek menghormati hak kerajaan negeri dalam isu perlantikan Khusrin.

Mereka mendakwa pelantikan Khusrin yang dibuat KSN bukan sahaja membelakangkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, malah mencabul semangat faderalisme.

"Kita kecewa dengan KSN yg mendakwa kerajaan negeri tiada hak dalam isu pelantikan ini.

"Membelakangkan hak kerajaan negeri samalah juga membelakangkan hak rakyat Selangor," kata Khairul Anuar.

Selain itu, pelantikan itu juga dakwanya turut mengabaikan Nota Amalan Perkhidmatan Awam yang diamalkan negeri.

Ramai calon lebih layak

"Kita tolak Khusrin kerana ramai calon lain yang lebih layak.

"MB sudah bertemu Tuanku semalam, dan kita minta KSN menyatakan pendirian beliau selepas penjelasan dibuat MB semalam," gesanya.

Dalam pada itu, Hasbullah mahu KSN menarik balik pelantikan itu yang disifatkan mampu menyelesaikan kemelut ini. Beliau juga menyeru mana-mana pihak supaya tidak mengheret dan berselindung di sebalik istana dalam isu itu.

"Kita berpandangan jika KSN tarik balik, tidak mencemarkan imej beliau.

"Kita minta beliau memberi pertimbangan sewajarnya," katanya.

Janice pula mendakwa pelantikan Khusrin adalah usaha mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Sehubungan itu mereka menggesa KSN segera menyelesaikan isu tersebut. Mereka juga mendakwa akan meneruskan bantahan selagi kemelut itu tidak deselesaikan.

~MK~

Umno BN sudah terlalu bongkak isu SUK

Posted: 03 Jan 2011 08:57 AM PST

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap Umno dan Barisan Nasional sudah sampai ke tahap terlalu bongkak, takbur dan angkuh sehingga sanggup membelakangkan perundangan negara demi menjayakan agenda politik jijik pimpinan mereka, lapor Suara Keadilan.

Menyentuh berkaitan isu perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru, Ketua Pembangkang berkata belum pernah dalam sejarah lantikan itu tidak dirujuk terlebih dahulu kepada Menteri Besar.

"Umno dan BN sudah terlalu bongkak, sombong dan takbur. Saya nasihatkan mereka supaya jangan khianat (kepada rakyat Selangor), zalim dan fitnah.

"Pagi tadi Menteri Besar mengadap Tuanku Sultan dan Tan Sri Khalid (Ibrahim) diberitahu baginda tidak masuk campur dalam perlantikan ini. Jadi sekarang mudah bagi Menteri Besar untuk terus berunding dengan SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) untuk selesaikan masalah ini," kata Anwar di hadapan lebih 2,000 penyokong Pakatan Rakyat dan peneroka pada Majlis Mesra Bersama Rakyat di Dataran Niaga, Felda Cempelak di Labis malam tadi.

Majlis tersebut merupakan ceramah pertama Pakatan Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang selepas pelancaran jentera pilihan raya kecil PAS di sini Sabtu lalu.

Walaupun tiga trak Unit Simpanan Persekutuan, puluhan anggota polis serta lebih lima sekatan jalanraya dilakukan bagi menghalang kejayaan program Pakatan Rakyat namun golongan peneroka Felda Cempelak yang dianggap 'jantung Umno' tidak mengendahkan segala bentuk ugutan pihak keselamatan untuk mendengar amanat Anwar.

Anwar sempat menyentuh mengenai penubuhan Felda oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein yang menjanjikan tanah untuk golongan Melayu miskin.

"Tun Razak berjanji untuk beri tanah kepada orang Melayu miskin dan berkata tidak akan rampas tanah mereka. Beliau janji dan beliau laksana janjinya.

"Anaknya, Datuk Seri Najib janji macam-macam, ETP, NKRA, KPI tapi satu pun tak jadi dan satu pun tidak ditunaikan," tegas Anwar.

Beliau berkata, PRK Tenang adalah penting kepada Pakatan Rakyat kerana kemenangan di negeri yang dianggap kubu kuat Umno bermakna isu serta perjuangan menegakkan keadilan untuk negeri Johor akan lebih berjaya.

"Kemenangan di Tenang tidak mudah, ini kami akui tetapi apa yang penting ialah istiqomah dan yakin serta terus berjuang. Kita tidak lagi boleh bergantung kepada Umno-BN kerana mereka bercakap tiga bahasa – di depan orang Melayu mereka menakutkan-nakutkan dengan isu Cina, di depan orang Cina dan India pula cakap lain.

"Pakatan Rakyat mempertahankan hak orang Melayu sebagaimana dalam Perlembagaan tetapi pada masa yang masa hak kaum lain juga dipertahankan. Inilah pendekatan kita.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin memberi amaran kepada Umno-BN supaya jangan terlalu yakin kerana mungkin Tenang akan menjadi 'ribut' bagi mereka.

"PRK Tenang penting kerana ia akan menjadi pencetus kepada gelombang perubahan di bahagian selatan Semenanjung. Jadi pilihan raya kecil ini adalah peluang kepada rakyat Tenang khususnya dan Johor untuk membuat perubahan penting," kata Shamsul.

Adun Batu Caves, Amirudin Sahri pula mengatakan pengundi di Dun Tenang akan membuat keputusan penting 30 Januari nanti yang bakal merubah landskap politik Johor dan seterusnya di seluruh kawasan Felda yang mempunyai majoriti pengundi Melayu.

Sebelum itu, di Kampung Air Panas yang terletak kira-kira 10 km dari Labis, Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan, Abdul Rahman Yusof berkata perubahan amat perlu pada PRK Tenang dan Pilihan Raya Umum ke 13 kerana kerajaan Umno-BN kini lebih mementingkan golongan kroni dan kaum keluarga serta membebankan rakyat dengan kenaikan harga barangan keperluan.

"Keadaan ekonomi Malaysia ama berbeza ketika Datuk Seri Anwar menjadi Menteri Kewangan di mana beliau pernah dipilih sebagai Menteri Kewangan terbaik oleh akhbar Financial Times dan negara menyaksikan pertumbuhan ekonomi terbaik semasa beliau dipertanggungjawab mengurus kewangan negara.

"Sekarang ekonomi dan sumber kekayaan negara semuanya dibolot secara rakus oleh pemimpin Umno-BN dengan rakus sekali," kata Abdul Rahman.

PRK Tenang diadakan berikutan kematian Adun Tenang, Datuk Sulaiman Taha, 59, pada 17 Disember lalu di Hospital Ampang Puteri akibat komplikasi penyakit kencing manis.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon pada 22 Januari dan hari pembuangan undi pada 30 Januari.

~harakah~

Wartawan TV hina orang Melayu

Posted: 03 Jan 2011 08:54 AM PST

Seorang wartawan terkenal sebuah stesen televisyen swasta terpaksa melalui detik mencemaskan akibat dikepung sekumpulan lelaki yang marah dengan tindakannya yang didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.

Dalam kejadian di sebuah restoran di Klang dekat sini beberapa hari lalu, wartawan yang sering muncul di kaca televisyen dengan laporan isu alam sekitar itu mengaku telah mengeluarkan beberapa perkataan yang boleh membangkitkan isu perkauman.

Antaranya wartawan itu mengaku ada menyebut orang Melayu bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia serta tidak pintar. Dia yang dipercayai mengeluarkan perkataan tersebut ketika dalam keadaan mabuk mengakui telah tersalah cakap hingga boleh menimbulkan salah tafsiran.

Berikutan itu, dia memohon maaf daripada kumpulan lelaki berkenaan serta seluruh masyarakat Melayu di negara ini. Wartawan tersebut sebelum ini menarik perhatian orang ramai dengan pendedahan berani berhubung isu pencemaran alam sekitar.

Raja Tempe dan KSN Kedua-duanye bengap

Posted: 03 Jan 2011 08:51 AM PST

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo telah melanggar Perlembagaan apabila beliau membiarkan dirinya dibelakangi dalam urusan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang terdahulu.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata, Khir telah mengizinkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) melantik Datuk Ramli Mahmud sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri tanpa berunding dengan Menteri Besar seperti yang disyaratkan Perlembagaan.

"Beliau telah membina acuan yang bahaya dan sekarang senario ini berulang semula apabila KSN melantik Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu tanpa berunding terlebih dulu dengan Menteri Besar," ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohamad Khusrin Munawi hari ini secara rasmi memulakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri seawal 6.45 pagi tadi.

Minggu lalu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan Khusrin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan, Sultan Sharifuddin Idris Shah.

Khusrin dijadual akan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor pada 6 Januari ini.

Khusrin masuk pejabat

"Saya sudah masuk kerja, saya datang ke pejabat untuk jalankan tugas pada pukul 6.45 pagi tadi.

"Setakat ini tiada apa-apa masalah mengenai kerja," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Perlantikan beliau menimbulkan pelbagai reaksi negatif dari pelbagai pihak kerana ia tidak pernah dirujuk kepada Menteri Besar Selangor terlebih dahulu.

(Gambar: Khusrin di pejabat SUK Selangor hari ini)

Mengulas perkara ini, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin berkata, ia kini tinggal sejarah dan tidak boleh dibuat apa-apa lagi selepas Khusrin dibenarkan masuk ke pejabatnya.

"Tinggal sejarah! Tidak ada apa yang boleh diubah lagi kerana dia telah dibenarkan masuk," tulis Nizar dalam twiiternya.

Nizar juga menghadapi masalah yang sama apabila Setiausaha Kerajaan Negeri Perak adalah antara pihak yang terlibat menjatuhkan kerajaan neheri Pakatan Rakyat sebelum ini.

Media hari ini melaporkan, Exco kerajaan negeri Selangor akan mengadakan mesyuarat mereka hari ini bagi membincangkan tindakan kerajaan negeri ekoran tindakan Khusrin.

"Dalam pengurusan, ketua sepatutnya mempunyai hak untuk memilih anggota pasukannya.

"Kalaulah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tidak boleh memilih Ketua Setiausaha Negara (KSN), apa agaknya perasaan beliau," kata Khalid.

KSN salahguna Perlembagaan

Kerajaan Selangor, kata Faekah enggan meneruskan ketidakpedulian Khir Toyo terhadap Perlembagaan kerana ini akan membolehkan KSN menyalahguna Perlembagaan dan Nota Amalan Perkhidmatan Awam dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Tambahnya, KSN telah mengabaikan kebijaksanan pengurusan yang mana tanggungjawab perlu disertai dengan kuasa kerana KSN melantik Khusrin dengan tidak mengambil kira kelayakan serta kredibiliti dan tanpa berunding dengan Menteri Besar.

"Umno BN telah mengeluarkan kuasa Sultan ketika meminda Perlembagaan Negara pada 1993 tetapi sekarang mereka cuba bersembunyi di sebalik Istana untuk meneruskan agenda politik jahat," tegasnya.

Menurutnya lagi, seperti dalam isu-isu lain, Khir Toyo tidak memiliki moral dan kelayakan untuk mengkritik Kerajaan Selangor termasuk Jawatankuasa Pemilihan yang bertanggungjawab menemubual pegawai kerajaan bagi mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Kami mengulangi kenyataan bahawa jawatankuasa ini dibentuk kerana Menteri Besar mahu memastikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri diisi oleh pegawai kerajaan yang berkelayakan dan mampu menjalankan tugas dengan berkesan.

"Jawatankuasa ini juga mahu memastikan pelantikan dilakukan secara profesional dan adil. Ini juga bagi membolehkan pegawai kerajaan bertindak secara profesional tanpa rasa takut atau menyokong mana-mana parti kerana kenaikan pangkat dibuat berdasarkan prestasi mereka," jelasnya lagi.

Beliau menambah, hanya kerana kerajaan negeri sebelum ini tidak mempunyai rasa hormat terhadap ketelusan dan kebertanggungjawaban, tidak bererti kerajaan sekarang perlu mengikut acuan lapuk dan tidak profesional yang mereka tinggalkan.

~harakah~

Mangsa rogol rayu identiti tidak didedah

Posted: 03 Jan 2011 08:50 AM PST

NGO Indonesia yang memperjuangkan kes dakwaan rogol oleh seorang menteri kabinet semasa pentadbiran mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata mangsa dan keluarganya merayu agar identiti mereka dirahsiakan.

Ini kerana mereka bimbang impak skandal itu ke atas mereka dan kemungkinan menteri berkenaan yang kini berkhidmat di bawah pentadbiran perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mempunyai kesan kepada mereka meskipun berada di Indonesia.

Menurut sepucuk surat yang didakwa ditulis oleh adik perempuan mangsa - yang disiarkan di beberapa blog - dan dihantar ke kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, kejadian rogol itu terus dirahsiakan kerana "menteri berkenaan mempunyai banyak wang dan kenalan di Indonesia."

"Adalah dikhuatiri sesuatu akan berlaku kepada keluarga dan kakak saya seperti yang berlaku dalam kes Altantuya di Malaysia," petik surat yang ditulis pada pertengahan 2007 itu yang merujuk kepada pembunuhan kejam warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ketika dihubungi ketika itu, pengarah Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta, Anis Hidayah memberitahu Malaysiakini mereka tidak boleh menghebahkan kes itu kerana mangsa dan keluarganya- meskipun telah menjalani sesi kaunseling - menolak untuk membuat kenyataan umum dan mengheret menteri berkenaan ke mahkamah.

Isu yang tertersorok selama tiga tahun itu muncul semula di alam siber sejak beberapa minggu lalu apabila ia dikatakan didedah oleh laman WikiLeaks.

Ketua pengarang The Malay Mail, Datuk Ahirudin Attan juga menulis mengenai pendedahan WikiLeak dalam blog Rocky Bru kelolaannya. Menurut beliau Pejabat Perdana Menteri yang ketika itu di bawah Abdullah juga menerima laporan berkenaan.

Pada 27 Disember 2009, kumpulan pelindung pendatang asing, Tenaganita mendesak kejadian rogol yang didakwa berlaku pada 19 Jun 2007 itu disiasat.

Pada laporan bertarikh Ogos 2007, Anis berkata perjumpaannya dengan mangsa berkenaan pada 24 Julai tahun yang sama di rumah mangsa di Madukara, Banjarnegara Jawa Tengah untuk mendapatkan maklumat.

Setelah dipujuk, mangsa berkenaan yang telah bekerja selama lapan tahun sebagai pembantu rumah kepada menteri berkenaan, akhirnya mengakui majikannya itu telah merogolnya.

Mangsa bagaimanapun merayu kepada Anis dan dua aktivis Migrant Care supaya kes perogolannya tidak dihebahkan kerana "bimbang malu ke atas dirinya, keluarga dan juga masyarakat di kampung mereka."

Katanya, "beliau hanya orang kecil berbanding (menteri itu) adalah orang besar, jadi beliau amat takut dan meminta kes rogol itu ditutup," petik laporan Anis.

~MK~

DUN tergempar bagi kembalikan kuasa Sultan

Posted: 03 Jan 2011 08:48 AM PST

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan sidang dewan undangan negeri tergempar bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang.

Keputusan itu diambil setelah perjumpaan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, semalam di mana baginda bertitah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikkan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

"Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan, kata Khalid pada sidang media yang penuh sesak dengan kehadiran wartawan.

Menurut Khalid, Baginda mencadangkan kepada kerajaaan negeri bagi membincangkan perkara berkenaan dengan SPA untuk mencari "jalan penyelesaian yang terbaik".

"Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.

Calon yang layak

"Justeru, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut," katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau tidak akan menghadiri upacara mengangkat sumpah oleh Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru yang dijadualkan pada 6 Januari ini.

"Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Datuk Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio," katanya lagi.

Sehingga kini, Khalid belum berjumpa dengan Khusrin meskipun bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu melaporkan dirinya hari ini.

~MK~

Tiada ulasan: