Isnin, 31 Januari 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Bangsat sungguh la Hosni ni..

Posted: 31 Jan 2011 09:25 AM PST

Oleh : AdukaTaruna

Internet Mesir dipotong la plak. Cane bebudak Malaysia nak bagitau perkembangan kepada kita, dan bagitau perkembangan dan arahan 'kita' kepada mereka? Apa yang Mesir buat nampaknya bakal ditiru oleh negara jakun lain, terutama Malaysia seandainya berhadapan dengan situasi begitu.

Walau gua selalu kutuk Al-Azhar, tapi gua ada ramai gak member yang studen Al-Azhar. Ym, facebook pun takda dah. Melayu Tenang punya Hosni Mubarak. Ke guane gu?

Ulama2 lembab Al-Azhar tu dah keluar guide line ke blom?

Dalam kemuncak asakan golongan cerdik terhadap Hosni Mubarak, dah ada blom guide line yang dikeluarkan oleh ulama2 yang bersepah2 dalam Al-Azhar tu? Gua bab2 berita luar negara ni selalu tertinggal sket. Ke diorang keluar ijtihad Kerajaan Perpaduan bersama semua atas nama Islam?

Pelajar Malaysia perlu tolak bantuan perpindahan.

Ni kalau kita bercakap soal keimanan kepada Allah lah. Cakap jer. Sebab gua pun blom sure lagi. Lu study sana, kerana Allah. Allah dulu, kemudian, baru kerana nak kerja kerajaan, nak jadi kebanggaan mak ayah di kedai kopi bahawa anak Pak Leman Ostad Al Azhar.

So, bila first kerana Allah, sepatutnya lu tolak perpindahan. Sebaliknya bersama-sama dengan muslim Mesir bangkit melawan Hosni. Ketika Hosni goyah inilah pelbagai sumber masuk ke Gaza. Hamas seolah2 menerima bantuan Allah akibat kelonggaran sekatan sempadan Mesir.

So, lu berada di Mesir kerana Allah, atau kerana nak jadi ustaz JQAF di Malaysia? Sebab Mesir takda internet, maknanya, budak2 Al-Azhar tak dapat mesej, dan kita tak dapat mesej dari dia.

Melayu Johor sungguh la..

Sunnah Allah terhadap penggiliran kerajaan.

Untuk penggiliran kerajaan secara total, memang tiada jalan undi. Untuk penggiliran kerajaan secara terbatas, ada berlaku melalui jalan undi. Di Malaysia, Kelantan berevolusi melalui undi. Selangor, Perak, Kedah, Penang.

Orang bodoh yang diberikan hak memilih.

Lu tengok kalau UMNO-BN mengadakan ceramah. Sikit jer yang datang. Yang datang pun mereka yang telah diwajibkan. Seperti kakitangan kerajaan. malah terpaksa bawa artis bogel sini-sana.

Tapi bila undi? Ramai!! Mengapa? Kerana golongan bodoh, lemah dan malas, golongan yang sifar aktivis, terlalu ramai. Itu piramid kasta sistem alam.

Mereka ini semua tidak ada guna. Jika kerajaan lama jatuh, mereka paling kurang pun merungut sehari dua. Mereka sifar aktivis. Akan mengikut pihak yang menang. Jika BN kebetulan memerintah lama dengan segala doktrin sejak kecil, maka itulah pilihan mereka. Jika Jepun perintah, itulah mereka. Jika Lee Kuan Yew perintah, itulah juga mereka.

Penjana perubahan.

Yang berdemo, yang mati, yang berjuang adalah golongan yang mempunyai nilai aktivis. Ada maruah, yang berfikir walau tidak semestinya cerdik. Mereka mencorak lanskap.

Golongan bernilai aktivis boleh dikumpulkan di jalan raya mungkin berjumlah sejuta. Kelihatan sangat berkuasa. tetapi, jika disuruh mengangkat jari, mereka akan tewas dengan 50 juta golongan sifar aktivis. Mereka menentukan kerajaan sambil menonton Akademi Fantasia sahaja.

SMS rakan.

Rakan gua mengatakan jika UMNO yang memerintah Mesir, kebangkitan rakyat akan berjaya dipadamkan. Gua mengatakan salah. Pembolehubahnya bukan UMNO atau tidak, tetapi pembolehubahnya ialah pendemo / pendesak itu. Jika pendesak itu cap Melayu macam kita, memang kompom tak jadi apa.

Mesir mungkin boleh belajar dari kegeniusan Lee Kuan Yew.

Ketika amukan rakyat kes Anwar dulu, Lee Kuan Yew mencadangkan team Mahathir mengadakan maklumat palsu kononnya Singapura bersedia menyerang Malaysia. Ini bagi memecahkan fokus tentera dari berpihak kepada rakyat. Jika Mahathir tumbang, maka Lee Kuan Yew berhadapan dengan Malaysia baru dan matang.

Skang ni di Mesir, tentera berada dalam dilemma memilih Hosni atau rakyat. So, Hosni boleh mengadakan maklumat kononnya Israel bersedia menyerang Mesir. Dengan nasihat ijtihad ulama Al-Azhar, mudarat dijajah Israel lebih teruk dari mudarat pemerintahan kekal Hosni disokong tentera; maka; gua ingat rakyat Mesir boleh melupakan angan2 tentara memihak kepada mereka.

Ijtihad ulama Melayu kalau salah 1 pahala. Betul 2 pahala. Tapi ijtihad ulama Al-Azhar, gua ingat benar atau salah, tetap 2 pahala tu bai.

Maklumat Mesir.

Sekarang ni kita terputus hubungan dengan suasana Mesir. Muslimat2 kita di sana tu yang kita khuatir. Gua minta tolong lu orang semua, seandainya ada apa2 maklumat berkaitan dengan sahabat andai, anak isteri di Mesir, sila kongsikan di Facebook ini. Harap, maklumat anda disertakan perawi bagi mengurangkan risiko maklumat jahat.



Facebook ini, setakat ini, adalah Maklumat Setempat yang ada untuk kita di Malaysia. Kira macam media rasmi lah. Harap sebarkan Facebook ini kepada semua.

Melayu kan suka cuti.. ngeee...

Posted: 30 Jan 2011 11:15 PM PST

Oleh : AdukaTaruna

Peniaga Cina hanya cuti pada hari yang berkenaan dengan mereka. Peniaga Melayu cuti apa sahaja perayaan yang ada. Majoriti lah. Hua3... termasuk gua.

So, target gua untuk siapkan beberapa tempahan sebelum gua cuti, nampaknya macam berjaya. Kalau Allah izinkanlah. So, yang lain-lain tu, gua sambung lepas raya Cina lah yer..

Tempahan yang telah disiapkan.

Baju Gempur Emas. Dinar Dan Dirham. Depan baju.


Belakang Baju plak. Pos sebundle by bas kurang RM20. Tapi lu kena pikap sendiri kat stesen bas la.


Orang tua ni tahu sengeh jer bai. Bukan nak tolong. Masa gua mula2 nak bisnes, nak siapkan bengkel koboi ni, gua jadi penguatkuasa MPKB tengah pagi buta. Turunkan banner tamat lesen. Nak buat dinding ma.. Muahahaha. Ijtihad gua kalau salah takper. Dapat 1 pahala. Kalau betul, 2 pahala. Tak gitu SFH?


Cetak beg cenderahati Annual Dinner kilang Rohm-Wako. 


1500pcs. 2 Warna kena cetak. Harga boleh dirunding.


Hah! Hambek lu! Cara orang miskin dan biadap niaga. Tak mampu buat dinding, rembat banner tarikh luput. Tak mampu beli mesin pengering, guna kereta tengah panas sebagai oven. Ngeee....

Tiada ulasan: