Ahad, 16 Januari 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Tq Kerajaan Kelantan, kerana mendengar kami.

Posted: 16 Jan 2011 10:32 AM PST

Oleh : AdukaTaruna

Pes skali, gua mintak sorry kat Pok Nick Gua Musang pasal tak dapat call lu untuk pergi ke majlis ini bersama. Handphone gua kena rampas depan Hadi Awang. No tepon lu takdo. Gua dah mesej lu kat FB supaya bagi no tepon lu kat gua. Tapi, lambat gile lu balas. Takda rezeki ma.. Maybe majlis2 ilmu macam ni, lu tak layak kot. Majlis2 disko, baru lu layak. Kah3... Dah macam ulama Melayu siot gua.




Sebagai plan A, gua register kat Tarmizi Mohd Jam pada 3 Jan atas nama blog AdukaTaruna. Dan backup plan, gua register di Kelantan atas nama facebook. Sampai Grand Seasson, Level 2, gua check nama gua. Jeng3.... takdo.

Mata gua tidak sort nama. Tapi sort blog. 3 'buku' awek tu kasi gua check. Tapi takda nama AdukaTaruna. Hua3... padan muka gua. Member suruh gua masuk jer. Tapi gua fobia dikepung, dipukul dari belakang dan ditahan dalam bilik, membuatkan gua releks2 sambil menunggu Edyes. Sebab gua nampak nama blog EdyesDotCom.

Tak lama kemudian, pihak urusetia memaklumkan bahawa nama Khairul Nizam sebenarnya ada. Tapi didaftarkan atas nama facebook. Hanya tulis 'facebook' sahaja. Silap gua tidak sort nama sekali selepas sort blog menemui kegagalan. Mak aih.. ayat teknikal la plak. That mean, gua di register atas backup plan. Bukan plan A. Tafsiran gua lah.

Alhamdulillah. Penganjuran yang gua boleh beri 3.5 / 5. Dialog pertama kerajaan negeri di Malaysia bersama warga internet tak silap gua. Maybe akan menjadi perintis. Gua berjumpa dan bersalaman dengan ramai rakan baru dan lama. Dari TKO, usen, ibnukhir, zaki. Dari facebook juga. Bro Abu Nawas pun gua sempat berjumpa.

Edyes plak macam biasa. Dia kencing gua cara2 pegang sudu dan garfu di hotel. Pundek!

Mamat ni plak memang tak boleh bawak majlis. Dia ingat ni rumah Pak Menakan dia agaknya.

Ada ke bersila di hotel? Biadap macam ni, apa hukumannya, kawan2? Menyirap jer darah gua.

Then, 1 member memperkenalkan diri sebagai LeeSlimShady. Dari gua membelek2 isi beg 'buah tangan' kerajaan negeri, sampai ke gua cedok lauk, sampai ke jumpa Penarik Beca, dia kutbah gua. Biadap gak mamat nih. Nyaris2 gua belasah dia depan hotel dan rampas, dan kurung apa yang patut. Hua3...

Tak silap gua, soalan dimulakan dengan bro Ibnu Hashim. Dia mengutarakan kebimbangan mengenai kemerosotan pengunjung blog pro BR dan di atasi oleh blog pro BN.

Then, Azizi Abdullah, menyuarakan kebimbangan PAS menjadi semakin liberal. Bro Abu Nawas menyuarakan layanan BR terhadap blogger.

Edyes lebih berani. Depan audien, dia bernazar akan sujud syukur jika Presiden PAS berani buat dialog sebegini. Selain itu dia menyoal 'kemunduran' PAS dalam isu royalti minyak dan sikap tidak bersama pimpinan PAS yang lainnya dalam isu ini.

Kesemua soalan dijawab dengan baik oleh exco. Untuk setiap soalan, exco jawab dahulu, sebelum dirumus kembali oleh TGNA. Cuma satu soalan blogger (tak ingat) mengenai kelambatan pihak PAS menjawab fitnah zina Selinsing dijawab spontan pengacara sebagai jika ianya fitnah, tak perlulah jawab. Mujur, exco Kelantan tidak memberikan jawapan kualiti sebegitu.

Seperkara yang gua tertarik ialah gaya TGNA menjawab soalan yang berkelas orang tua. memang tahap orang tua. Dia duduk bersandar, tongkatnya disandar di antara atas kerusi dan lantai, dicelah peha. Dan kakinya mengepit dan bersilang di atas tongkat. Gua takda kamera jer nak snap.

Then, majlis tamat. Rasa sekejap sangat. Mereka bergambar ramai2. Bersesak2 bergambar dan bersalam dengan TGNA dan exco. Gua tak nak campur. Memang gua terpaksa begini. Time bersesak2 tu, gua ada terfikir juga nak rembat tongkat TGNA. Hua3... Gua bergambar dengan sahabat facebook dari Sepang. Zack Azwan. Dia kencing bini dia pergi surau. Ada tahlil. Pada hal dia bermuzakarah dengan budak2 facebook.

Banyak lagi gambar dalam pesbuk budak2 nih. Dan gua percaya bloggers pro Hadi akan selongkar dan download. Bagi mempublish gambar dalam artikel serangan mereka. Hua3.

Teringat pesanan Sivaji The Boss kat gua semasa on the way hantar Penarik Beca pulang.

"Aduka. You bagitau sama diorang."

"Apa dia Sivaji?"

"Singa datang berseorangan. Tapi babi datang berkumpulan."

"Cet! Yenna.."

"Ummi Hafilda adalah seorang pelacur,"

Posted: 16 Jan 2011 03:46 AM PST


"Ummi Hafilda adalah seorang pelacur," kata Aziz Shamsuddin.

Hari ketiga perbicaraan rayuan Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur menyaksikan pendedahan yang besar dibuat, iaitu apabila Christopher Rizal Fernando Abdullah (kini telah meninggal dunia - semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Rohnya - Al-Fatihah) membacakan transkrip dari perbicaraan sebelumnya, yang memetik Aziz Samsuddin sebagai berkata bahawa Ummi Hafilda Ali adalah seorang pelacur.

Fernando bermula dengan mengikhtisarkan prosiding hari sebelumnya, yang mana dia memberitahu mahkamah bahawa ayah Ummi tidak lagi mengaku Ummi sebagai anaknya selepas dia mengaku menulis surat kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, dalam rangka menuduh Anwar meliwat Azizan Abu Bakar, iaitu pemandu isteri Anwar, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Sejurus sebelum dia meninggal dunia, ayah Ummi yang merupakan seorang guru agama menulis surat terbuka kepada Harakah. Dalam surat itu, dia menjelaskan sebab dia tidak lagi mengaku Ummi sebagai anaknya, malah mengatakan dengan tegas bahawa Ummi adalah dalang utama di sebalik (dakwaan liwat oleh) Azizan.

"Ayah Ummi meninggal dalam keadaan patah hati tanpa pernah mengampunkan anaknya itu atas peranan yang dimainkannya dalam memerangkap Anwar dalam tuduhan liwat," kata Fernando.

Sebelum itu, Fernando membacakan keterangan Azmin Ali (abang Ummi) di mahkamah yang membuktikan bahawa dia (Ummi) memainkan peranan yang aktif dalam konspirasi itu.

Pendakwaan tidak pernah memanggilnya (Ummi) untuk memberi keterangan di mahkamah bagi menafikan dakwaan itu, tambah Fernando. Sebaliknya, mereka menyerahkan kepada Pembelaan untuk memanggilnya. Malah hakim perbicaraan menyebut tentang perkara ini dalam penghakiman bertulisnya.

"Tetapi Ummi pasti menjadi saksi yang 'liat'. Jadi, pihak Pendakwaanlah yang sepatutnya memanggilnya, dan bukannya pihak Pembelaan," Fernando berhujah.

Fernando berhujah bahawa mahkamah sepatutnya menggunakan Seksyen 114 (g) Akta Bukti bagi menangani kegagalan Pendakwaan memanggil saksi yang paling penting untuk memberikan keterangan di mahkamah.

Fernando kemudiannya membacakan keterangan daripada Raja Kamaruddin Raja Raja Wahid (Raja Komando), yang mana saksi itu mendedahkan secara terperinci tentang permulaan konspirasi terhadap Anwar dan peranan yang diberikan kepadanya dalam konspirasi itu.

"Keterangan saksi ini akan menunjukkan bahawa dia diminta untuk bersekongkol dalam konspirasi untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri," kata Fernando.

"Mesyuarat itu diadakan di pejabat Aziz Samsuddin, iaitu Setiausaha Politik Perdana Menteri, pada 26 Jun 1998."

Fernando mendedahkan bahawa dalam mesyuarat tersebut, Aziz menegaskan bahawa Ummi dan Azizan tidak akan menimbulkan masalah kerana "Ummi adalah seorang pelacur".

Raja Komando kemudiannya bertanya kepada Aziz tentang kemungkinan menggunakan cara lain bagi menjatuhkan Anwar.

Menurut Raja Komando, "Aziz menjawab bahawa (tuduhan) liwat adalah cara yang terbaik. Lain-lain cara tidak akan memberikan kesan."

"Peranan Raja Komando adalah bagi menguruskan pembunuhan kerjaya politik (Anwar)," tambah Fernando. "Dakwaan liwat pula 'ditugaskan' kepada Ummi dan Azizan."

"(Tugas) Raja Komando adalah mencanangkan dakwaan itu ke segenap ceruk. Dia juga bertanggung jawab untuk menyebarkan tuduhan bahawa Anwar adalah ejen CIA (Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat)."

Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Fernando kepada mahkamah pada hari ini, adalah jelas bahawa berdasarkan pertemuan antara Raja Komando dan Aziz Samsuddin, dia (Aziz) adalah Kepala Pengkomplot. Sementara itu, walaupun Ummi yang menulis 'surat Azizan' kepada Perdana Menteri, yakni yang menuduh Anwar meliwatnya, Azizlah yang menyunting dan menulis kembali surat berkenaan.

Menurut Fernando, surat itu adalah berdasarkan buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" – buku yang sekonyong-konyong dimasukkan ke dalam beg hampir 2,000 delegasi ke Perhimpunan Agung UMNO pada tahun itu.

"Hakim tidak memberikan perhatian yang sewajarnya kepada bukti ini," Fernando berhujah. "Dia melakukan kesilapan yang besar."

"Adakah dia akan mengeluarkan penghakiman yang sama seandainya dia memberikan perhatian yang sewajarnya kepada bukti ini?"

Tiada ulasan: