Khamis, 6 Januari 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Langgar Hadi 7 Jan : Petang ni gua bertolak. Insyaallah.

Posted: 05 Jan 2011 07:16 PM PST

Oleh : AdukaTaruna

Alhamdulillah. Ada 2 peminjam handycam yang akan bertemu gua petang ni. Harap2 tak lewat. Sebab gua ingin bertolak ke Rusila awal. Petang ni gua ada sekitar KB. Sesiapa nak joint, atau bermurah hati nak beri pinjam handycam, gua alu2kan.

Kalau boleh siap tuannya as jurugambar skali, gua nak pinjam. Ini kerana akibat kesuntukan masa yang diuruskan Batu Api (7 Jan), gua hanya mampu pergi berdua asalnya. Satu pegang kamera, satu lagi tukang jumpa. So, kita boleh konvoi ke Rusila bersama2. Solat Jumaat belakang TGHA dan berjumpa dengan TGHA selepas itu. Songkok Putih telah mengesahkan pertemuan kita ini dalam perancangan pihak Rusila.

Jika ada apa2 provokasi, jangan layan. Just rakam jer. Jika Allah menunjukkan kita silap melalui asbab hujah TGHA, kita perlu akur dan terima dan sebarkan supaya semuanya beroleh manfaat. Dan gua janji kepada lu orang semua, gua akan berbahasa dengan baik, dan mengawal tingkah laku di depan pihak Rusila.

Apa pun, terima kasih atas sokongan. Dan jangan lupa doakan kami. Semoga pertemuan kita ke Rusila termasuk dalam kumpulan lelaki yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Amin.

Pergh.. umo gua 30 siot.

Posted: 05 Jan 2011 05:39 PM PST

Oleh : AdukaTaruna

Pagi2 lagi gua bukak email. Nak settlekan prob gua pasal handycam. Ada 2 setakat ni bermurah hati nak bagi pinjam. Alhamdulillah. Gua dah bagi no tepon. Jangan handycam tu kat Perlis dah. Mau gua tempeleng Seltan Melayu kang. Tarikh yang diberi 7hb bai. Esok ni.

Kontek Batu Api, dia baru balik dari luar negara. Persidangan main chess bersama ulama dunia untuk diclaim kepada pengikut tempatan sebagai pejuang mujahiddin.

"Ana akan hadir. Ana hadir. Tunggu kat tingkat 1. Ini semua Songkok Putih punya kelemahan. Tak pasal2 ana terpaksa guna kaedah Anatoly Karpov."

"Lu Rooney pun gua peduli apa? Lu hadir ke tak hadir ke apa beza? Lu alat. Pembolehubahnya ialah Hadi. Cabut Hadi, 80% masalah selesai. Insyaallah. 80% yang berjawatan melalui jubah Hadi, bukan melalui merit akan gugur. Allah suruh kita serahkan sesuatu itu mengikut keahlian. Mengikut merit. Bukan mengikut jubah ulama."

"Ana hadir. Ana hadir. Ana jenis agresif."

"Mana handycam?"

"Ana jenis jenis keras."

"Mana handycam ni, bro?"

"Ana jenis kasar."

"Yer la, yer la. Lu ganas, kasar dan agresif. Nanti gua sembah lu dalam masjid Rusila tu minta ampun, minta perlindungan. Mana handycam?"

"Ana bukan macam SP. SP lembut. Ana kasar."

"Lu guna Hadi suruh sekat Terengganukini dari bantuan handycam ke apa bro? Supaya gua gagal hadir?"

"Ana bukan macam SP. SP terlalu lembut. SP mudah dieksploitasi. Ana akan hadir. Ana akan hadir."

"Pergi mampos la sama gangster lu tu. Janji Hadi tidak keluar negara 7 Jan, yakni esok hari."

Gua baca blog EdyesDotCom tadi. Dia mengamuk pasal harga teh beng RM2. Hipokrit punya member. Dulu masa dia nak adjust Farah awek kampung gua, teh ais RM1 pun dia marah makcik tu depan Farah. Tak reti niaga katanya. Murah sangat. Seolah2 menghina Melayu.

Tapi yang menariknya, dia sebut angka umur. 30. 30 beb. Bagi yang dah lepas, memang biasa la. Tapi gua macam tak percaya jer. Baru jer semalam gua rasa gua ramai2 naik beskal pergi mandi lombong Taman Ampangan. Hahaha. 30 siot gua.

"Ana lagi tua, Aduka. Ana agresif dan kasar. Ana bukan Suhaimi Embong."

So, ikut teorinya, gua sepatutnya sudah berubah kepada stendet 30. Gua pun tak tau sama ada gua sudah berada dalam stendet 30. Kena tanya uma nih. Apakah stendet lelaki 30. Kena bela janggut ala Nik Abduh ke, kena pakai kopiah sentiasa ke. Haha.

Umur gua 30, beb. Huhu... tak Tomok jer gua dengar angka 30 nih. Ok lah. Sambung restudy Langgar Hadi sambil tunggu pemberi pinjam handycam tepon gua. Chow.

Kisah Lobai Mandul.

Posted: 05 Jan 2011 04:57 PM PST

Oleh : Dayat

Dihantar kepada gua melalui email.

3 org lobai dpanggil malaikat..maka malaikat pn brtanya..

"wahai lobai2 sekalian..apkah tujuan utamo korang umat muhammad..Allah ciptakan kek dunio tu?"
mnjawabla mereka serentak..'sbgai khalifah Allah!..sambil kombang kompih idung sbb bule jawab.

Brtanya malaikat lg.."khalifah tu apo?"

'pewaris,pntadbir penegak&penyebar syiarMu ya Allah!'..jorit ali(lobai1) semangat!..2 org lg(labu&labi) trangguk2 tando stuju.Dlm kepalo dh trbayang kono bolai kek bidadari jap g nih..

Dio tnya lg.."4living..apo kojo ko buek dulu?"

Ali jawab..'wiring'
labu..'kojo kilang'
labi lak..baguih skt..'enjinyeeer'

"Ooo..4ME? apolak kau buek?!!"..sergah malaikat bilo tgk 3eko ni xhabih2 ngelamun.

'eerrr..PASTI, bro '..lg skali srentak tp dlm mode yg prlahan sbb sedar dh masuk bab yg lobeh 'dalam'..

Malaikat   : "kek pasti ko sbg apo?"
Ali   : 'pengurus'    
Labu : 's/u'   
Labi  :  'bndahari'
Malaikat   : "story skit kojo korang nih"

Maka 3 eko mngkuk ayun ni pn mulala brstory spt yg d kehendaki.

'bla..bla..g miting kawasan..bla..bla..ana anta..bla bla..pasti kureng smbutan..bla..bla..umno jahat..bla..bla..prk tenang..bla..bla..maya karin..bla..bla..eh,cite pasti blk la..bla..bla..unipom xcukop..bla..bla..buku lambat..bla..bla..husnuzon laa..bla..bla..dlm parti lobai laa..bla..bla..' mnceceh2 airliur 3 eko ni brobot2 brcrito smbil muko kompiden je..

Tibo2 malaikat jerit.."stop!!!..Aku bkn nk dgr yg tu..tu..kek sano tu..nmpak x?kona sapo?"

'wooiihh..rosmah laa..apehei dio ado skali kek sini?'..bisik 3eko tu dlm hati..

"ni bhgian utk tadika..lopeh korang..turn dio lak"..jwb malaikat walaupun 3mngkuk tu x tnya lg..
"woii!!..pandang sini!..dasar lobai melayu mudah lupa..Aku kek dopan ni pun..korang bole lupo..sompek kenyit2 mato ngn dio yo.." zaaass!!!ambk sedas!

"Balik pd jwapan korang td tu..Aku tnya kek rosmah pn boleh..yg Aku nk tahu..apo aktiviti yg korang (as a khalifah) buek kek pasti..yg mmungkinkn dgn adanye aktiviti tu..Aku boleh bukakkn pintu hidayah utk korang..parent atas pagar..parent umno&msyarakat skeliling utk paham& mngundi islam? pasti korang xdo duit ko?".

'adaaa, bro..siap brlobeh lg tiap2 bulan'..labu&labi dh stat mnyorok blakang ali..mklumla..pngurus kaaann..

"habih??!!..ko korang ingt nk simpan duit tu utk mase dpn?korang yakin ngn duit ke..ngn Aku?"malaikat malik dh stat jeling kek 3eko tuu..

"dh la x buek aktiviti..namo nk tolong pasti2 daif yg lain lagila xdo ..punyala kodokot korang ni..rezeki yg dlimpahkn ikut korang..ekau tahan2 dr poei ke org lain..namo jo lobai..tp x brmanfaat..MANDUL!!"..piannnggg!!!..ambk 3das sorang..murka betol Allah..lg murka dr sultan mlayu nih..

'kami xde masela bro'..jwb ali nk mencilok mrangkap nk cover line..

'xcukup ke kami dh pegang jawatan tu..miting pn kami pegi..lg pun keje kami 4living lg penting dr keje kami 4U..alakadar dh la..kn islam ajar gitu..4living dapat duit..4U..'glup..ali telan air liur..bila 2eko lg tu buntangkn mata..'sib baik xtrlepas ckp..'bisik ali..

gedegaanngg!!!!!kono jogak!ingat ckp ngn ketua kampong ko?!kali ni torok skt..berpuluh kilo trbonam ke dalam..3-3skali!!..dulu sape suruh subhat!"lobai MANDUL!..nk mnciloookk je keje korang yo"..sound malaikat keras..

Kali ni bro 'malek' dh stat buat woming up..salah jwb..konpem 3 eko ni ke dalam..'balai crita'..."

Aku bg korang las can jwb..apo tugas korang kek pasti sobona eh?!"...

labu&labi yg tgh lap muko yg comot sbb trbenam td..dgn slamber bluehyppo mnjwb..'alaaa..ape susah2 sngt nk mnjwb bagai ni..bukankah kami dr parti 'kpimpinan ulama'?hari2 kami claim kami brjuang ikut cara nabi..ana anta,jubah,sarban,janggut sbg bukti..aktiviti pasti..lbh2 lg yg brbntuk keagamaan..sabar laa..kendian kite buekla..kn kite org islam..kn bnyk brsabaaarr..masuk syurga punye'..

sekepala betol 2eko ni..muko ned lak tu..mcm xbrsalah je..&tiba2 trdengar suara ali yg trkial2 br smpai ke atas..(trbonam td kan)mnjerit kegabraran..'hampeh kaauu!!!..kite dh mati laaaa...nk sabar ape lagiiiiiii??!!..

Komen gua selaku Ketua Pengarang. (hua3..)

Weih Yat, cuba la tulis elok2, huruf bosar-kocik, perenggan. Mampos gua nak edit. Pastu, gua nak tanya, umur lu dah 33 dah. Bukan 15 tahun. Tulis la penuh. Jangan tulis stail sms budak2 remaja. Kat sini semuo pembaca orang2 dewasa.

Lepas ni, kok ekau tak boghubah, den plak jadi malaikat Malik. Gua sebat lu 33 kali, 33 hasta ke dalam bumi. Pergh.. ganas siot gua.

RESPON KEPADA ISU TERMINAL BERSEPADU SELATAN DI BANDAR TASIK SELATAN

Posted: 05 Jan 2011 04:34 PM PST

Oleh : ikhqoi

Dihantar kepada gua melalui email.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada jam 8.15 malam tadi, Astro Awani membincangkan dengan panjang lebar tentang isu Terminal Bersepadu (ITT) Selatan di Bandar Tasik Selatan. Antara yang menjadi topik perdebatan adalah mengenai Perintah daripada Datuk Halimah Mohd Sadique (Pengerusi LPKP) yang mengarahkan semua bas operator (bas ekspress ke Selatan) memulakan operasi di Terminal Bersepadu Selatan selewat-lewatnya 16 Januari 2011 ini atau bakal dikenakan tindakan.

Maka dalam perbincangan tadi saudara Razali Endun (wakil Persatuan Pengusaha Bas Pan Malaysia) dan saudara Muhammad Zulkarnain Hamzah dari TRANSIT - Malaysia bersepakat menyatakan rasa tidak kepuashatian mereka terhadap caj yang bakal dikenakan oleh Maju Holdings terhadap bas – bas yang masuk ke terminal tersebut.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, projek Terminal Bersepadu (ITT) yang dibina di Bandar Tasik Selatan merupakan antara 3 ITT yang bakal dibina oleh kerajaan dalam mengambil alih peranan Hentian Puduraya.

Dua lagi ITT yang bakal dibina adalah di Gombak dan Kota Damansara yang mana pembinaannya bakal dilaksanakan penghujung tahun ini. Tujuan Bandar Tasik Selatan dipilih sebagai lokasi terminal pengangkutan bersepadu adalah kerana kedudukan geografinya yang mudah diakses daripada Selatan yang mana ia juga berperanan mengelak bas – bas daripada Selatan ini memasuki Bandar (Baca:Puduraya).

Di samping itu juga, ia dipilih kerana lokasi ini mudah dicapai oleh pelbagai rangkaian mod pengangkutan yang sedia ada seperti LRT, Komuter, ERL dan teksi. Mengikut perancangan asal juga, sebaik sahaja terminal ini siap PRASARANA akan meningkatkan kekerapan basnya ke terminal tersebut.

Mengikut kertas dasar asal terminal ini, projek ini dimiliki oleh Kementerian Pengangkutan dan Kontraktor Turnkey nya adalah Maju Holding. Manakala perundingnya pula dari KLIA Consultancy Services Sdn Bhd yang pernah terlibat secara langsung dalam mengurus Projek Pembangunan Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Dan apabila siap, Terminal Bersepadu ini akan diurus oleh PRASARANA selaku anak syarikat Minitsry of Finance.

Mengapa PRASARANA dan bukannya Maju Holding? Ini kerana mengikut dasarnya, Syarikat Prasarana Negara Berhad (PRASARANA) adalah sebuah syarikat milik penuh Kerajaan yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan, bagi memudah, melaksana dan mempercepatkan projek infrastruktur yang telah diluluskan oleh kerajaan. PRASARANA dan syarikat kumpulannya adalah pemilik dan pengendali kepada beberapa perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang.

Apa yang malangnya, dengan menggunakan kedudukan dan pengaruh politik, Maju Holding berjaya mendapatkan hak selaku pengendali terminal ini dan menafikan peranan PRASARANA yang turut terlibat sedari awal lagi dalam merancang pembangunan terminal ini.

Kesan daripada pelacuran ekonomi dan politik ini mengakibatkan pengusaha bas ekspress dan pengguna bakal dibebani kos yang meningkat. Pengusaha – pengusaha bas ekspress terpaksa melaksanakan 'cross subsidy' bagi membolehkan semua bas mereka bergerak atau mereka terpaksa berhadapan permit mereka ditarik balik. Dan apabila Maju Holding cuba menangguk air keruh dalam industri pengangkutan ini, ia merupakan tindakan kurang ajar dan tidak berperi kemanusian.

Semua dari kita sedia maklum, industri pengangkutan awam bukan industri yang kaya. Sebagai contoh, kerajaan terpaksa mengeluarkan Billion ringgit untuk mengambil alih Syarikat Bas Intrakota, Putra LRT dan STAR LRT bagi memastikan rakyat tetap menikmati pengangkutan awam dengan harga yang mampu bayar. Dan berapa billion lagi yang perlu kerajaan tanggung untuk berdepan dengan satu lagi kegagalan dek tangan – tangan yang rakus ini.

Di samping itu juga, LPKP dan SPAD yang sepatutnya berperanan sebagai payung yang mendasari pengangkutan awam negara, tidak berperanan dengan sewajarnya. Sehingga berita ini ditulis, Pengerusi SPAD tidak langsung bersuara dalam permasalahan 'caj' yang dikenakan oleh Maju Holding ini. Hanya kelibat Pengerusi LPKP yang bersuara, itupun untuk memberi kata dua kepada 'penguasaha bas eskpres' ini.

Malah yang paling mengecewakan, mengikut sumber En Zaharin[i] terminal ini tidak mempunyai CF daripada DBKL. Entah apa yang nak jadi dengan negara ini, apabila negara diurus dengan keadaan caca marba sehinggakan Menteri Kabinet langsung tidak punya kuasa dan melihat harta rakyat dirompak sebegitu sahaja.

Justeru itu, saya mendesak supaya operasi Terminal Bersepadu Selatan ini dikembalikan kepada PRASARANA supaya segala kos yang tidak perlu dapat dikurangkan dan pengusaha bas serta rakyat tidak akan terbeban dengan segala kos yang melampau. Di samping itu juga segala pencabulan undang – undang perlu disiasat bagi mengenal pasti bagaimana Maju Holding dipilih sebagai Pengendali Terminal Bersepadu ini seraya menafikan peranan PRASARANA selaku GLC Kerajaan.

Akhir kalam, sesungguhnya bumi yang kita diami sekarang bukanlah hak milik kita, tetapi kita hanya meminjam dari generasi akan datang. Oleh itu, janganlah kita menjadi tangan – tangan hantu yang merosakkannya.

ikhqoi

MOHD IKHMAL BIN MOHD ISKANDAR (IKHQOI)
BBA(HONS)TRANSPORT, UiTM
Mantan Bendahari Sekretariat Pemuda Dun Selat Klang


Singkatan.

1, ITT : Integrated Transport Terminal / terminal pengangkutan bersepadu
2. LPKP : Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan
3. SPAD : Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
4. PRASARANA : Syarikat Prasarana Negara Berhad

Tiada ulasan: