Sabtu, 29 Januari 2011

Addin

Addin


PRK Tenang : Bulan Di Hati Pengundi Cina

Posted: 29 Jan 2011 09:21 AM PST

Walaupun hujan lebat namun kira-kira 800 penduduk Cina pekan Labis setia mendengar ceramah yang diberikan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat malam tadi. Yang menariknya, mereka dengan penuh ghairah turut menyanyi bersama Datuk Seri Nizar Jamaludin apabila beliau menyanyikan lagu Cina, "The moon is my heart" (Bulan adalah hatiku).

Walaupun jam sudah menunjukkan waktu 11.30 malam namun mereka masih setia mendengar ucapan demi ucapan dari para pemimpin DAP, PAS dan PKR di pusat operasi DAP di pekan Labis itu. Di seberang jalan, MCA juga mengadakan majlis ceramah namun hanya kira-kira 30 penonton menyertainya. Jika suasana sokongan ini boleh diterjemahkan dengan undi esok, nescaya calon Pakatan dari PAS, Cikgu Normala Sudirman akan mendapat majoriti undi Cina esok.

Teresa Kok yang turut berada di situ menyifatkan hujan yang turun ini umpama kerja tuhan membersihkan segala daki rasuah di atas bumi Labis ini. Selain beliau, turut berada di situ adalah Teng Chan Khim dan Tony Pua. Selain di kawasan Cina, Pakatan juga mengandakan ceramah di 15 kawasan malam ini walau dalam hujan lebat./Harakahdaily

PRK Tenang : Tangan Yang Menghayun Buaian Boleh Menggegar Dunia

Posted: 29 Jan 2011 08:14 AM PST

Keputusan PAS-Pakatan Rakyat meletakkan calon wakil rakyat wanita pertama parti itu di Johor untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang mencetuskan spekulasi pelbagai pihak. Perkara yang digusarkan termasuk kewibawaan wanita untuk dipertanggungjawabkan membawa masalah rakyat ke sidang DUN Johor selain timbang semak dasar yang dibahaskan oleh kerajaan negeri itu.

Umno-Barisan Nasional (BN) pada awalnya turut membidas PAS dengan mempertikai pendirian parti itu meletakkan calon wanita, namun kepimpinan PAS melihat ianya bukan halangan dengan menambah bilangan kepimpinan wanita yang ada mewakili parti itu. Namun di sebalik kebimbangan yang berlegar di kalangan pemimpin dan masyarakat tentang kebolehan wanita, PAS menyatakan pendirian bahawa pilihan terbaik untuk calon wakil rakyat di daerah itu adalah seorang wanita.

Berpegang kepada peribahasa 'Tangan yang menghayun buaian boleh menggegar dunia' PAS akhirnya memilih Normala Sudirman Anak kelahiran Muar, Johor itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) Kemelah dan kemudian mengikuti kursus perguruan di Maktab Tuanku Bainun. Memegang jawatan sebagai Naib Ketua Dewan Muslimat Johor dan Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.

Anak perempuan kepada Sudirman Suratman, bekas Ketua Peserta FELCRA dan bekas Pengerusi Koperasi FELCRA Sekijang dalam menifestonya ingin membawa suara rakyat tertindas khususnya peneroka-peneroka Felda di tiga tanah rancangan di daerah itu ke meja Dewan Undangan Negeri Johor. Sepanjang 7 hari tempoh kempen PAS-Pakatan Rakyat di DUN Tenang, Normala diserang bertubi-tubi berhubung isu peribadi dan prinsip Islam yang dipegang beliau namun ianya tidak menjatuhkan semangat beliau untuk terus berkempen.

Justeru beliau turut dinobatkan sebagai 'Wanita Besi' oleh kepimpinan Pakatan Rakyat dalam sesi penerangan di sekitar bandar itu. Parti komponen MCA yang diketuai Datuk Seri Chua Soi Lek menimbulkan isu berjabat tangan antara Normala dan kaum lelaki sebagai bahan kempen pada awalnya segera ditangkis Normala dengan menjelaskan kepada rakyat bahawa prinsip agama Islam yang dipertahankan beliau tidak perlu dipersoalkan mana-mana pihak.

Sejurus selepas itu, Normala turut dituduh mempertikai penjualan arak di kedai minum berbangsa Cina Tionghua di Pekan Labis oleh anak kepada Presiden MCA, Chua Tee Yong. Namun tiada bukti yang dapat menyokong dakwaan tersebut. Selepas Umno-BN tidak berjaya memperdagangkan isu agama dalam kempen mereka kini suami beliau, Makrof Abdul Mutalib menjadi sasaran. Umno-BN mempersoal kesahihan sijil cuti sakit yang dikeluarkan doktor berhubung tekanan perasaan yang dihadapi beliau.

Tangan Yang menghayun Buaian Boleh mengegar Dunia

Justeru Normala dengan lantang mempertahankan suaminya daripada dikecam pihak tidak bertanggungjawab. Terbaru, Umno-BN terus memperhebatkan serangan peribadi terhadap Normala apabila mengaibkan beliau kepada umum tentang latarbelakang perkahwinannya. Kepimpinan PAS yang diketuai oleh Salehuddin Ayub sebagai Pengarah Pilihanraya mendesak agar Umno-BN menghentikan perbuatan tidak berperikemanusian itu. Karisma sebagai pemimpin terserlah dalam diri Normala setelah membuktikan beliau disenangi setiap lapisan masyarakat majmuk di daerah Tenang.

Penerimaan kaum Cina Tionghua terhadap beliau sangat menggalakkan menerusi respon yang diterima pada kempen-kempen anjuran Pakatan Rakyat berikutan kepetahan Normala bertutur dalam bahasa Mandarin dan pandai berpidato. Berbeza dengan calon Umno-BN, Azahar Ibrahim sejak dari awal tidak begitu disenangi masyarakat di DUN Tenang kerana kurang pandai berbicara dan sering kelihatan resah ketika berhadapan dengan masyarakat.

Ini ditambah dengan pendedahan oleh PAS di mana beliau terlibat dalam kes kecuaian melelong tanah Mansor Mohamad tanpa kebenaran kepada Rohana Mohd Ali dengan harga RM70 ribu ketika memegang jawatan sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat pada tahun 2003. Mahkamah Tinggi Muar Azahar membayar dengan kos kepada pemilik tanah pada tahun 2004.

Seolah-olah sudah jatuh ditimpa tangga, sejurus kemudian pembeli tanah tersebut , Rohana menfailkan tuntutan saman gantirugi sebanyak RM1.5 juta pada tahun 2008 dan mahkamah menetapkan tarikh sebutan kes pada 7 Februari nanti. Selepas pendedahan ini, rakyat di DUN Tenang mula mendapat gambaran tentang karakter sebenar calon Umno-BN yang ingin diangkat menjadi wakil rakyat untuk menyelesaikan masalah tanah di daerah tersebut.

Maka setelah dianalisa jelas membuktikan Normala semakin diterima oleh ramai pihak seraya didedahkan kepada orang ramai tentang keistimewaannya oleh para pemimpin dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Kecekalan Normala mengharungi pahit getir pengalaman dilantik menjadi calon pilihanraya kecil DUN Tenang membuktikan beliau adalah individu yang paling sesuai untuk dipilih menjadi wakil rakyat pada hari pengundian esok. Justeru keputusan pilihanraya kecil esok dilihat akan memberi implikasi besar bukan sahaja kawasan Tenang malah arena politik negara sekiranya PAS berjaya memperolehi kerusi tersebut./Tv Selangor

PRK Tenang : PAS Optimis Menang Esok..

Posted: 29 Jan 2011 05:42 AM PST

Laporan survey badan penyelidikan bebas ILHAM Centre yang dikeluarkan pagi ini menunjukkan calon BN mendahului PAS dengan majoriti sekitar 3,000 undi di mana BN dijangka memperolehi sekitar 6000 ke 7000 undi, manakala PAS, 4,000 undi. Berdasarkan hasil dapatan silang kaum dengan soalan parti mana dijangka menang, BN dijangka memperolehi 73.1% undi Melayu, Cina (48.6%), India (50%) dan Kaum lain (75%).

Tetapi itu hanya pada atas kertas, apapun boleh berlaku pada hari pengundian seperti berlaku di PRK Sibu. PAS masih optimis akan berlaku kejutan yang akan memihak kepada calon mereka Normala Sudirman. Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Tenang Salahuddin Ayub berkata, jentera parti komponen Pakatan Rakyat telah bergerak ke tahap paling maksimum sepanjang kempen pilihan raya kecil kawasan itu.

Kempen berakhir tengah malam ini. Pengundian bermula 8 pagi esok. Beliau juga mengakui menghadapi masalah untuk mendekati pengundi Melayu terutama di kawasan Felda yang merupakan kubu kuat BN. "Kita dah bergerak ke tahap paling maksimum, kita dah kerahkan kekuatan untuk pastikan segala maklumat dapat disalurkan seperti yang diharapkan. "Saya akui kita menghadapi saingan yang hebat di kawasan peti-peti undi Melayu tapi kita akan terus ke garisan penamat. "Walaupun sekarang kita tumpu kepada pengundi Melayu, namun kita tak tinggalkan pengundi bukan Melayu yang kita serahkan kepada PKR dan DAP," katanya.

Dengan menyasarkan hanya 75 peratus pemilih yang akan keluar mengundi esok, Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS berkata, Pakatan Rakyat berharap pengundi Melayu akan memihak kepada Normala. Kerusi DUN Tenang menjadi saingan Normala dan calon Umno-BN Mohd Azhar Ibrahim. "Kita hanya sasarkan lima hingga tujuh peratus undi Melayu termasuk kawasan Felda. Kita realistik, dulu pada 2008 kita dapat 28 peratus undi Melayu dan sekarang kita sasarkan antara 35 peratus hingga 40 peratus sahaja. "Bagi pengundi Cina, kita sasarkan antara 75 peratus hingga 80 peratus akan memihak kepada kita manakala pengundi India hanya 50 peratus sahaja. "Kita boleh menang walaupun majoriti kecil, kita harap akan berlaku sentuhan dan keajaiban esok," katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menambah, dengan kempen yang dilakukan Pakatan Rakyat, tidak mustahil sekiranya Normala akan memenangi pilihan raya kecil kawasan itu. Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau mahu BN mempertahankan DUN Tenang dengan majoriti lebih 5,000 undi pada pilihan raya kecil itu. Kerusi DUN Tenang mempunyai 14,735 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.

Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, 17 Disember lepas. Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran, dengan majoriti 2,492 undi.

Demonstrasi Di Mesir, Siapa Seterusnya...

Posted: 29 Jan 2011 02:22 AM PST

Kementerian Luar kini menyusun langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Mesir berikutan insiden rusuhan dan tunjuk perasaan di negara itu. Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata sehingga kini tidak ada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden tersebut. "Mereka dilaporkan selamat," kata kenyataan itu, di sini hari ini.

Wisma Putra juga berkata Kedutaan Besar Malaysia dan agensi kerajaan yang berkaitan di Kaherah sentiasa memantau perkembangan terkini di sana. Mereka juga sudah menghubungi dan menasihati semua pelajar dan rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Mesir termasuk syarikat berkaitan kerajaan dan Petronas, supaya mengambil langkah-langkah keselamatan sewajarnya dan mengelakkan dari berada di tempat yang berisiko tinggi tercetusnya rusuhan, kata kenyataan itu.

Sejak Selasa lepas beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan./ Bernama

Addin:

Kebangkitan rakyat Tunisia yang menggulingkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali telah merebak ke Mesir dan Yaman, selepas ini negara mana yang mengikut jejak langkah mereka. Ketidakpuasan hati rakyat menyebabkan mereka bangun menentang pemimpin diktator di negara mereka. Husni Mubarak telah menjadi Presiden Mesir hampir 30 tahun. Pelbagai polisi yang dilakukan membangkitkan kemarahan rakyat, seperti korupsi, penyelewengan kuasa serta kekayaan berlegar-legar dikalangan mereka sahaja. Rakyat terus tertindas dengan kenaikan harga barang, subsidi ditarik balik, pengangguran tinggi dan sebagainya. Adakah rakyat negara ini bersedia berubah seperti mereka? Biar masa menentukannya..

PRK Tenang : UMNO Samseng, Ugut Pengundi

Posted: 28 Jan 2011 09:10 PM PST

PAS-Pakatan Rakyat menyifatkan Umno-Barisan Nasional (BN) yang mengugut pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang agar mengundi parti itu pada 30 Januari ini seumpama taktik ala samseng,dakwa Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Ini merupakan kempen ala gangster (samseng) dengan mengugut rakyat. "Muhyiddin tidak patut peras ugut rakyat kerana ini tanggungjawab kerajaan pusat membangungkan daerah ini," ujar Mahfuz.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan media semalam berkata pengundi di DUN Tenang akan menanggung akibat sekiranya tersilap memilih PAS dalam pilihanraya kecil itu nanti. Mahfuz berkata, walaupun PAS menang pada 30 Januari nanti, kerajaan pusat masih bertanggungjawab terhadap pembangunan daerah itu.

Jelasnya lagi, institusi kerajaan tidak akan diambil alih Pakatan Rakyat sekiranya menang pilihanraya kecil, justeru peranan kerajaan pusat tidak akan disentuh dalam sektor pentadbiran. Mahfuz turut mengambil pendekatan PRK DUN Hulu Selangor pada 2010 yang bertukar tangan kepada BN, namun Pakatan Rakyat Selangor tetap menjalankan tugas sebagai kerajaan./Tv Selangor

Palestin : Mahmoud Abbas Hasut Zionis Serang Gaza

Posted: 28 Jan 2011 07:59 PM PST

Menurut dokumen sulit yang disebarkan oleh stesen Al-Jazeera, Presiden Fatah, Mahmoud Abbas, telah sedia maklum tentang rancangan Zionis untuk menyerang Gaza sebelum serangan sebenar dijalankan selama 23 hari berturut-turut ke atas kawasan tersebut 2 tahun lalu yang mengorbankan hampir 1500 nyawa rakyat Palestin.Sumber tersebut menyatakan bahawa Fatah turut terlibat dalam penarikan semula dokumen Goldstone yang mengandungi tuduhan terhadap pihak Zionis yang melancarkan jenayah perang Gaza ini.

Dalam pertemuan bersama wakil Amerika Syarikat ke Timur Tengah, George Mitchell, pada 21 Oktober 2009, wakil dialog PLO, Saeb 'Ereqaat, menyatakan bahawa pengerusi Biro Politik dan Ketenteraan Zionis, Amos Gil'ad, "telah bertemu Abu Mazen (Mahmoud Abbas) sebelum serangan (ke atas Gaza) dan bertanya hal ini kepada beliau.. Namun Abu Mazen menjawab bahawa beliau tidak akan pergi ke Gaza dibelakang kereta kebal Israel."/Palestinkini

Tiada ulasan: