Jumaat, 28 Januari 2011

Addin

Addin


PRK Tenang : Program MCA Di Sambut Dingin Pengundi Cina

Posted: 28 Jan 2011 06:51 AM PST

Meskipun PRK Tenang menyaksikan pertarungan antara UMNO-Barisan Nasional dengan PAS-Pakatan Rakyat, namun kelihatan rakan partinya lebih bersungguh-sungguh sepanjang tempoh kempen. Antaranya, MCA menurunkan 7 orang Timbalan Menteri untuk mengetuai pasukan kempennya, malah Presidennya Chua Soi Lek dan anaknya, Chua Tee Yong, juga penyandang kerusi parlimen Labis, melawat ke semua tokong Cina dan pasar malam di situ.

Sementara itu, DAP pula mencurahkan sokongan sepenuhnya kepada PAS untuk menangkis serangan isu Negara Islam yang memanah Pakatan Rakyat. Selain strategi kreatifnya yang bertemakan "TUKAR" sempena Tahun Baru Cina, kenyataan demi kenyataan media dikeluarkan untuk menyanggah setiap tuduhan yang dilemparkan MCA, malah mencabar agar Chua Soi Lek tampil berdebat.

Ceramah anjuran DAP juga mendapat sambutan yang memberangsangkan di kawasan yang majoritinya pengundi Cina. Hampir setiap ceramah yang diadakan DAP pada waktu malam menarik kira-kira 500 orang - bukan sahaja penuh sesak, tetapi orang yang datang berdiri sepanjang malam sehingga ceramah tamat.

Sebaliknya, jamuan malam anjuran MCA menerima sambutan yang dingin daripada penduduk tempatan. Kekosongan meja dan kerusi kelihatan di merata-rata sungguhpun Chua Soi Lek turun sendiri ke jamuan tersebut. Malah, Chua Soi Lek kelihatan kekok apabila tidak ramai yang menyahutnya ketika beliau melontar soalan untuk memanaskan suasana. Situasi ini berbeza dengan apa yang berlaku di ceramah anjuran DAP - meriah dengan sorakan dan tepukan.

Jika dilihat kepada statistik PRU ke-12 - di kawasan Bandar Labis Tengah yang 96% terdiri daripada pengundi Cina, PAS memperolehi 66.8% undi. Namun, untuk kerusi parlimen Labis pula, DAP memperolehi 73.8% undi. Dengan kata lain, DAP mampu melonjakkan sokongan pengundi Cina di Bandar Labis Tengah ke paras 73.8%, sebagaimana yang diraihnya dalam PRU ke-12.

MCA yang semakin terasa bahangnya membariskan lebih ramai pemimpin untuk ceramahnya, misalnya Naib Presiden Ng Yen Yen, Gan Ping Sieu; Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong, Timbalan Ketua Pemuda merangkap EXCO kerajaan negeri Perak Mah Hang Soon dan sebagainya. Bagaimanapun, usaha ini digagalkan cuaca yang menurunkan hujan pada Khamis lalu. Begitu juga dengan ceramah PR, yang terjejas bilangan kehadiran lantaran cuaca hujan, sungguhpun membariskan Nik Aziz, Lim Kit Siang, Speaker DUN Selangor Teng Chang Khim, bekas Menteri Besar Nizar Jamaluddin dan sebagainya.

MCA yang mengasak dengan isu Negara Islam, akhirnya berdepan dengan tuntutan pertubuhan Cina, yang mahu agar Sekolah Menengah Swasta Cina (SMSC) di Segamat diwujudkan semula. MCA agak lambat dalam langkahnya untuk mengendalikan isu ini, sehingga Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berjaya mengambil kesempatan untuk mendesak MCA-BN.

Chua Soi Lek cuba melontar balik isu ini dengan mencabar agar kerajaan PR di Pulau Pinang dan Selangor mengambil mereka yang tamat pengajian di sekolah swasta Cina sebagai kakitangan awam. Malah, Timbalan Presiden MCA, Liow Tiong Lai mendakwa ini kali pertama dirinya tahu isu "mewujudkan semula sekolah menengah swasta" ini, yang pada hakikatnya janji BN pada 25 tahun lalu.

Sejauh manakah isu sekolah cina swasta ini mempengaruhi pola pengundian hanya diketahui pada malam 30 Januari. Apa yang pasti, PR memiliki kelebihan dalam penguasaan undi Cina. Dan ia menjadi cabaran kepada Chua Soi Lek, lebih-lebih lagi kawasan DUN Tenang berada di bawah kerusi parlimennya, yang diwarisi dari bekas Presiden Ling Liong Sik, sebelum dilepaskan kepada anaknya ekoran skandal seksnya.

Najib Takut Putera Arab Saudi Biayai Anwar PRU 13

Posted: 27 Jan 2011 07:53 PM PST

Laporan Cable News Network (CNN) yang bertajuk "Saudis discover new funding channels for Taliban, al Qaeda" memperlihatkan ketakutan Perdana Menteri Najib untuk berhadapan Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Laporan CNN yang baru sahaja beredar beberapa jam lalu menyebut antara lainnya, Presiden UMNO itu menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada Kerajaan Arab Saudi kerana terdapat dua Putera Arab Saudi yang menyokong dan membiayai saya untuk Pilihanraya Umum yang akan datang.

Laporan ini menyerlahkan ketakutan serta rekayasa Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha kami demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah.

Kehadiran Buku Jingga, sebuah dokumen yang mengandungi hasrat serta saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari terus parah akibat kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan UMNO-BN, memunculkan rasa takut Najib. Beliau sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi upaya pemulihan yang didendangkan UMNO-BN kepada rakyat. Presiden UMNO itu pastinya tahu rakyat tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan.

Ketakutan ini malah membuat beliau enggan berdebat secara terbuka berkenaan kedudukan ekonomi negara dengan saya. Malah, Perdana Menteri tidak segan silu menyerang saya secara peribadi sedangkan hasrat debat terbuka itu semata-mata mahu menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia.

Saya tidaklah terkejut sekiranya Perdana Menteri sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmah saya. Mereka sebenarnya sudah mula merasai angin Perubahan yang bakal melanda. Mereka sedar rakyat Malaysia sudah mulai mual dengan segala macam kebobrokan. Kepimpinan UMNO-BN sebenarnya fobia dengan kemaraan rakyat./Merdekareview

Tiada ulasan: