Rabu, 26 Januari 2011

Addin

Addin


Segamat, Keluang Di Landa Banjir, UMNO BN Ingin Jadi "Juara Rakyat"

Posted: 26 Jan 2011 06:59 AM PST

Hujan yang turun sejak semalam menyebabkan dua daerah iaitu Kluang dan Segamat, menyebabkan mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir, hari ini. Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri Johor, Mohamad Yusri Hashim, berkata sehingga lewat petang ini, 27 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan Balai Raya Kampung Lembah Bakti, Labis, selepas kawasan perumahan mereka dinaiki air sehingga paras lutut dan pinggang.

"Daripada 27 keluarga, dua keluarga adalah dari Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah Lama (15), Kampung Kangkar Chaah (enam) dan Kampung Orang Asli Selai (empat)," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohamad Yusri berkata seramai 124 mangsa di kawasan Air Panas, Labis, turut dipindahkan ke Sekolah Agama Air Panas apabila rumah mereka dinaiki air. Banjir di Kampung Orang Asli Selai menyebabkan kawasan itu sehingga kini terputus hubungan manakala bah di Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah dan Kampung Kangkar Chaah dilaporkan semakin surut, katanya.

Di Kluang, sebanyak 19 rumah melibatkan Kampung Muhibbah dan Kampung Chamek dekat Paloh, dinaiki air. Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan di daerah itu dibuka setakat ini. "Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," katanya./Bernama

Addin:

Difahamkan di Pekan Labis, disekitar DUN Tenang hujan lebat melanda sejak semalam namun tiada pusat pemindahan banjir di buka. Dikhabarkan dari rakan blogger, UMNO BN bersiap sedia untuk menggempur Kg. Paya Merah yang terletak 1 km dari Pekan Labis. Kebiasaanya kampung tersebut akan dilanda banjir kilat sekiranya hujan berterusan beberapa jam. Dikhabarkan juga, UMNO BN akan berlakon menjadi "Juara Rakyat" sekiranya banjir kilat ini berlaku. Inilah standard politik minda kelas ke 3 UMNO BN yang sentiasa mendungukan rakyat..

UMNO BN Desparado,Kering Idea Dan Meracau Di Tenang

Posted: 25 Jan 2011 08:55 PM PST

Hari yang cerah untuk bekerja. Sosok Normala Sudirman atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala kelihatan bersalaman dan beramah mesra menyantuni para pengundi diiringi beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat. Ibu kepada tiga orang anak ini mengambil langkah berani dengan melepaskan jawatan guru yang telah disandangnya sejak 12 tahun lalu, dan menjadi calon PAS untuk pilihanraya kecil DUN Tenang. Tempoh hari kempen yang pendek tidak membantutkan hasrat pendidik ini untuk bertemu seramai mungkin pengundi di kawasan DUN Tenang sejak hari penamaan calon 22 Januari baru-baru ini.

Dilema Mohd Azhar Ibrahim dan Bebal UMNO Labis

Pilihan raya kecil ini laluan berduri untuk BN. Calon BN DUN Tenang ini pernah kalah dengan teruk dalam pemilihan UMNO Bahagian Labis. Penulis melihat Mohd Azhar Ibrahim menghadapi dua dilema terbesar. Pertama adalah sokongan generasi kedua dan ketiga FELDA yang dilihat berpihak kepada Pakatan Rakyat. Dilema kedua adalah protes senyap UMNO Labis sendiri. Bayangkan bagaimana seseorang yang tiada jawatan dalam UMNO Labis menjadi calon! Perkara ini amat janggal dan menjadi "pantang tok nenek" dalam tradisi pemilihan calon dalam UMNO. Ya. Calon BN yang mendapat gelaran Tok Ai ini sudah langgar pantang. Rata-rata AJK dan ahli akar umbi UMNO Labis terperanjat dengan keputusan mencalonkan Mohd Azhar Ibrahim (gambar kanan) dan mempersoalkan mengapa Muhyidin Yassin kelihatan obses dengan calon "luar" ini sehingga ada laporan dalaman UMNO mengatakan terdapat markas UMNO yang ditutup kerana protes.

BN desperado: kering idea-meracau?!

Okay...ia adalah pilihanraya kecil, jadi isunya juga kecil-kecil? Tidak sama sekali. "Lelaki tua" yang terbukti terpalit dengan skandal seks iaitu Chua Soi Lek salah perhitungan apabila memainkan isu "salam" Cikgu Mala manakala Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe kelihatan meracau seolah-olah jika PAS menang di Tenang, Malaysia akan jadi sebuah "negara Islam yang ekstrim". Amat memalukan sekali apabila adab bersalam dalam Islam ini gagal difahami walaupun sudah lebih 50 tahun negara mencapi kemerdekaan.

Isu "negara Islam" adalah isu lapuk tetapi tetap disebut oleh Muhyiddin Yassin manakala MB Johor Abdul Ghani Osman kelihatan sangat "concern" dengan hukum "potong tangan orang yang mencuri". Selain itu, Mahathir Mohamad juga menyentuh isu wanita jadi calon PAS padahal Mahathir sudah lupa bahawa Khadijah Sidek pernah menjadi Ahli Parlimen wanita pertama dari PAS yang memenangi kerusi Dungun pada tahun 1959. Rata-rata pemerhati politik bebas melihat isu-isu yang ditimbulkan BN ini tidak lain mencerminkan ketandusan isu dan tidak lebih dari sebuah tindakan desperado. Baca seterusnya..

Merdeka review

Tiada ulasan: