Jumaat, 7 Januari 2011

Addin

Addin


Migrant Care Sahkan Laporan Robengah Di Rogol

Posted: 07 Jan 2011 09:31 AM PST

NGO buruh Indonesia, Migrant CARE dalam satu sidang media di Jakarta hari ini mengakui telah membuat siasatan berhubung dakwaan seorang menteri Malaysia yang telah merogol pembantu rumahnya seorang wanita warga Indonesia. Dalam kenyataan bersama yang dibuat oleh Pengarah Eksekutif, Anis Hidayah dan Penganalisis Polisi, Wahyu Susilo, mereka juga mengesahkan dokumen rahsia bertajuk 'Laporan Investigasi Robengah (BMI)' yang didedahkan beberapa blog politik adalah laporan hasil siasatan mereka.

"Migrant CARE pada pertengahan bulan Juli 2007 silam, memang telah melakukan investigasi mengenai kasus dugaan perkosaan yang dialami oleh RB dengan pelaku majikannya selama menjadi PRT migran di Malaysia. Dan majikannya adalah seorang menteri. "Namun pihak korban tidak mau kasus tersebut diungkap ke publik dan tidak menuntut secara hukum. Dan Migrant CARE kemudian menyerahkan hasil investigasi tersebut kepada pihak pemerintah yakni, Mabes Polri dan KBRI Kula Lampur," kata mereka seperti kenyataan media yang diterima Harakahdaily.

Menurut mereka lagi, sehingga ianya didedahkan oleh Wikileaks pada akhir Desember 2010, Migran Care tidak pernah menghebahkan kes tersebut kepada mana-mana pihak ekoran permintaan magsa, Rubingah. Bagaimanapun kata mereka, dengan terungkapnya kes tersebut mereka berharap agar pemerintah Indonesia mampu berbuat sesuatu untuk keadilan mangsa. "Kasus ini juga memberikan pelajaran kepada pemerintah Indonesia dan Malaysia untuk segera menuntaskan revisi MoU antara Indonesia-Malaysia tentang perlindungan PRT migran.

"Diharapakan revisi MoU tersebut akan menjadi inastrumen hukum yang melindungi sekaligus meminimalisir kerentanan-kerentanan PRT migran Indonesia terhadap berbagai bentuk pelanggaran HAM, seperti kekerasan fisik, kekerasan seksual dan perkosaan," kata kenyataan media mereka./Harakahdaily

Tarikh PRU 13 Bakal Terjawab Esok?

Posted: 07 Jan 2011 04:11 AM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak memberikan petunjuk kuat berhubung Pilihan Raya Umum mengejut dengan mengesahkan beliau akan mengadakan perjumpaan dengan semua Ahli Parlimen Umno-Barisan Nasional, esok. Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata perjumpaan itu adalah dengan "tujuan biasa" untuk mengetahui keadaan di kawasan masing-masing."Ini merupakan satu usaha dalam proses transformasi politik yang telah saya nyatakan. "Saya perlu memberitahu mereka tentang apa yang mereka harus lakukan dan saya perlukan pendapat mereka," katanya kepada pemberita di sini.

Ditanya sama ada pertemuan itu adalah sebagai persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13, Najib menjawab. "Semuanya telah digerakkan bagi Pilihan Raya Umum kerana kita mahu dipilih semula," katanya. "Kita mahu berkhidmat dan biar rakyat tentukan," katanya lagi. Mesyuarat secara tertutup itu akan diadakan dengan kesemua 137 Ahli Parlimen Umno-Barisan Nasional dalam pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Menurut sumber, kesemua Ahli Parlimen Umno-BN akan diberikan lima minit untuk memaklumkan Najib yang juga pengerusi BN mengenai isu mengenai kawasan masing-masing serta janji-janji pilihanraya yang belum lagi dilaksanakan dan isu yang melibatkan parti pembangkang. Mesyuarat itu diadakan di tengah-tengah spekulasi panas Najib akan memanggil pilihanraya mengejut tahun ini, dua tahun sebelum penggal sebenar berakhir.

Mesyuarat yang akan diadakan esok, pada awalnya dirancang di kediaman Perdana Menteri, tetapi pada saat-saat akhir, dipindahkan ke PWTC daripada pukul 9.30 pagi hingga 4.30 petang. Mandat semasa hanya akan berakhir 20 April 2013. Ia pertemuan pertama seumpama itu sejak Najib menjadi perdana menteri April 2009. BN juga sedang membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.

Penasihat-penasihat Najib pula dikatakan menggesa beliau agar mengadakan pilihan raya umum seawal Jun ekoran kebimbangan bahawa ekonomi dunia kemungkinan perlahan, sehingga boleh memberi kesan ke atas ekonomi tempatan pada suku ketiga.Najib, perdana menteri keenam, telah memperkenalkan pelbagai projek untuk merangsang ekonomi negara meskipun ramalan menunjukkan ia akan perlahan tahun ini.

Ia termasuklah projek transit aliran massa (MRT) yang akan menelan RM36 bilion, menara Warisan Merdeka RM5 bilion, Daerah Kewangan Antarabangsa KL RM26 bilion, projek ekoresort RM3 bilion di Karambunai, Sabah dan pembangunan kawasan seluas 1,084 hektar milik Institut Penyelidikan Getah (RRI) di Sungai Buloh.Bank Pembangunan Asia (ADB) baru-baru ini meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam lingkungan lima peratus, satu peratus lebih rendah daripada diharapkan oleh pentadbiran Najib.

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS, dua minggu lalu mengadakan konvensyen kedua mereka di Kepala Batas, Pulau Pinang dan menerima Buku Jingga yang menggariskan Program 100 Hari. Seminggu sebelum itu BN telah mengadakan konvensyen mereka, yang memfokus usaha ke arah persiapan pilihan raya umum./Malaysia Today

Suruhanjaya Diraja Siasat Kematian Teoh Beng Hock ..Betul Ke Ni?

Posted: 06 Jan 2011 08:18 PM PST

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijangka mengadakan sidang media mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian bekas Setiausaha Politik, Teoh Beng Hock pada tengah hari Jumaat. Mahkamah Koroner pada Rabu, tidak dapat memutuskan sama ada kematian Teoh adalah disebabkan oleh bunuh diri atau dibunuh.

Koroner Azmil Muntapha Abas yang membuat keputusan terbuka itu hanya mengesahkan Teoh, 30, mati antara pukul 7.15 dan 11.15 pagi, 16 Julai 2009 di luar koridor tingkat lima, Plaza Masalam, Seksyen 9, di sini. Sebelum ini, keluarga mendiang Beng Hock turut mendesak Perdana Menteri mengotakan janji untuk mengadakan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian anak mereka.

Prosiding inkues bermula pada 29 Julai 2009 dan berlangsung selama 55 hari meyaksikan 57 saksi inkues memberi keterangan. Ia melibatkan 12 saksi pakar, termasuk empat orang doktor, iaitu Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar (melakukan bedah siasat kali pertama) dan Dr Shahidan Mohd Noor (bedah siasat kedua) yang diperhatikan oleh Dr Pornthip Rojasunan dan Dr Peter Venezis./mStar

Addin:

Betul ke ni? Selepas 2 tahun kematian Teoh Beng Hock ni baru nak di tubuhkan suruhanjaya, amatlah memalukan. Adakah suruhanjaya ini ditubuhkan kerana tekanan dan paksaan dari pelbagai pihak atau bagi menutup mulut masyarakat umum? Jikalau ini tujuannya, pasti keputusan suruhanjaya sama sepertimana inkues. Keputusan terbuka, tiada siapa di persalahkan.. Adakah Teoh Beng Hock mati kerana mencengkik dirinya sendiri sama seperti kes Anwar yang dikatakan menumbuk matanya sendiri. Hanya Allah S.W.T dan SPRM sahaja yang mengetahui..

Tiada ulasan: