Addin |
- Pengasas Facebook Berada Di Bangkok
- Inkues Teoh : Koroner Putuskan Bukan Bunuh Diri
- Prof. Aziz Bari Sangkal Laporan Utusan Meloya
- Kenyataan 'Rasmi' Menteri Jaga Minyak
| Pengasas Facebook Berada Di Bangkok Posted: 05 Jan 2011 06:26 AM PST Pengasas laman sosial Facebook yang anggaran kekayaannya sebanyak AS$7 bilion (RM21.6 bilion), Mark Zuckerberg dilihat memasuki sebuah bar di Bangkok bersama seorang rakan wanita pada Isnin lalu, lapor sebuah akhbar semalam. Seorang peminat filem The Social Network, Nattawat Samattadol memberitahu bahawa dia melihat Zuckerberg memasuki pub itu dengan memakai baju T, seluar jean dan selipar.Filem The Social Network mengisahkan kehidupan Zuckerberg semasa dia mencipta laman Facebook. Nattawat berkata, dia terlebih dahulu mencari gambar Zuckerberg di laman Google bagi memastikan lelaki yang dilihatnya itu merupakan pengasas Facebook sebelum menegurnya dengan bertanya: "Adakah kamu Mark Zuckerberg?" Zuckerberg menjawab: "Ya. Tetapi kenapa tempat ini dipenuhi dengan ramai orang?" Menurut Nattawat, seorang wanita kemudian datang ke arah Zuckerberg dan memberitahu pengasas Facebook itu bahawa tempat duduk dalam bar tersebut sudah penuh kerana terdapat persembahan band Room 36. Zuckerberg kemudian keluar dari bar tersebut bersama rakan wanitanya itu. Dia turut menghadiri majlis perkahwinan Naib Presiden Facebook, Chris Cox dengan seorang wanita Thailand di sebuah restoran di tengah Bangkok pada Rabu lalu. Cox berkahwin dengan Visra Vichit-Vadakan yang merupakan anak pengasas bersama pembekal perkhidmatan Internet, CS Loxinfo PCL. Bapa Visra, Vivatvong memberitahu akhbar Thailand bahawa Zuckerberg meminta dia merahsiakan kedatangannya ke Bangkok. "Saya mengucapkan terima kasih kepada Zuckerberg kerana menghadiri majlis perkahwinan anak saya di Bangkok selama tiga hari. Kami tidak berbual berhubung perniagaan atau mengenai Facebook dan rangkaian sosial di Thailand semasa dia datang untuk menghadiri majlis perkahwinan," kata Vivatvong. Menurutnya, Zuckerberg kelihatan seperti seorang lelaki yang mesra dan suka merendahkan diri."Dia tidak seperti yang digambarkan dalam filem The Social Network," katanya./Kosmo |
| Inkues Teoh : Koroner Putuskan Bukan Bunuh Diri Posted: 05 Jan 2011 02:21 AM PST SHAH ALAM, 5 Jan: Koroner Azmil Muntapha Abas yang membacakan keputusan kes kematian Teoh Beng Hock hari ini tidak dapat memutuskan samaada mendiang dibunuh atau membunuh diri, justeru mengumumkan kes tersebut "open Verdict". Azmil ketika membuat penghakiman terbuka tersebut berkata masih ada isu-isu yang belum diselesaikan pada kes bunuh diri dan menegaskan bahawa untuk menentukannya secara telahan adalah tidak boleh diterima.Berikutan itu, Azmil memutuskan kematian Teoh bukan kerana bunuh diri. Ekoran itu juga, ahli keluarga mendiang menggesa supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi mendapatkan keadilan TBH. Sebelum itu, suasana penuh sesak di tingkat dua, bangunan Mahkamah Majistret Shah Alam ekoran menunggu keputusan inkues kematian pembantu politik kepada seorang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Teoh Beng Hock. Selain anggota keluarga Teoh dan peguam yang mewakili pelbagai pihak, turut kelihatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bersama barisan exco dan beberapa pemimpin pakatan rakyat. Antaranya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengarah Strategi PKR, Tian Chua, Naib Presiden baru PKR, Nurul Izzah Anwar dan AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkely Ahmad. |
| Prof. Aziz Bari Sangkal Laporan Utusan Meloya Posted: 04 Jan 2011 06:00 PM PST Pakar Perlembagaan mempertikaikan laporan Utusan Malaysia hari ini yang menyebut bahawa Sultan Selangor mempunyai kuasa eksekutif dan boleh memberikan perkenan dalam perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK). Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Malaysia (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari berpendapat Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani samada tidak memahami ataupun salah mentafsir kedudukan Sultan seperti termaktub dalam perlembagaan."Saya rasa memeranjatkan dan bertentangan dengan apa yang disebut oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor selepas menghadap Ke Bawah Duli Tuanku semalam, di mana kata Tan Sri, Sultan mengaku bahawa baginda sudah tidak ada kuasa dalam hal ini kerana sudahpun dipindahkan ke persekutuan melalui satu pindaan yang dibuat oleh pentadbiran Umno pada tahun 1993," jelas beliau. Beliau berkata kenyataan Munir yang disiarkan dalam Utusan hari ini amat bercanggah dengan kenyataan Khalid selepas menghadap sultan semalam yang menyebut berkenaan titah Tuanku dalam usaha mencari penyelesaian kepada isu perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Negeri yang baru. "Kalau dah peruntukkan itu dipinda maknanya Sultan sudah tidak ada kuasa dan pada saat ini bagaimana Setiausaha Sulit Sultan boleh mengatakan bahawa Sultan masih ada kuasa eksekutif, begitu juga dengan pihak kerajaan khususnya Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan yang menyebut soal perkenan Tuanku," kata beliau lagi. Katanya lagi, kuasa eksekutif itu tak boleh disamakan dengan kuasa eksekutif dalam syarikat sebab yang disebut dalam perlembagaan adalah 'authority' atau kuasa pemerintahan yang diletakkan di dalam tangan Sultan tetapi dilaksanakan atau dijalankan oleh kerajaan yang memerintah yakni MB dan Exconya. Tambah Aziz lagi, kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Sultan tidak selari dengan KSN; satu pihak mengatakan kuasa itu telah dipindahkan dan sebagainya, dan satu pihak lagi mengatakan kuasa itu masih ada di tangan Tuanku. Aziz mendakwa upacara mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor tidak relevan kerana perlembagaan negeri memperuntukkan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru perlu mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar. 'Anehnya pula terus mahu buat upacara angkat sumpah di depan Tuanku jadi kalau sudah tidak ada kuasa melantik, nak angkat sumpah buat apa? "Dalam perlembagaan negeri pun ketetapan yang dibuat disitu adalah bahawa setiausaha kerajaan perlu mengangkat sumpah dihadapan Menteri Besar," tegas beliau./Tv Selangor Addin: Sebenarnya Setiausaha Sulit dan KSN mempunyai agenda politik tersendiri yang di arahkan oleh pihak atasan UMNO bertujuan untuk mengkucar kacirkan pentadbiran negeri Selangor. Umum mengetahui krisis perlembagaan yang didalangi UMNO pada tahun 1993 telah mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu itu sendiri. Mereka yang bertindak sedemikian, mereka juga mahu mempergunakan kuasa Raja-Raja Melayu bila terdesak. Inilah sifat hipokrit UMNO yang terang-terang amat menjengkelkan. Justeru cadangan kerajaan negeri untuk mengadakan sidang DUN tergempar untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar adalah tindakan yang tepat. |
| Kenyataan 'Rasmi' Menteri Jaga Minyak Posted: 04 Jan 2011 05:06 PM PST |
| You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan