Isnin, 3 Januari 2011

Addin

Addin


Harga Minyak Masak Di Ramal Naik..

Posted: 03 Jan 2011 07:27 AM PST

SHAH ALAM 3 JAN: Situasi ketiadaan minyak masak di beberapa negeri seperti Kelantan, Perlis, Kedah, dan Selangor bertujuan untuk menaikkan harga bagi barangan tersebut, kata Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman.Jelas Mohd Yusof perkara sama seperti yang berlaku kepada gula yang disorok dan beberapa hari kemudian kerajaan mengumumkan kenaikan barang itu. Dan Tindakan ini ternyata menyusahkan pelbagai pihak terutama rakyat.

"Mungkin juga sama macam berlaku kepada gula dulu, kalau kita tengok dulu kalau bekalan gula kurang lepas itu kerajaan naikkan harga dan masalah itu selesailah. Jadi saya rasa mungkin perkara yang sama juga akan berlaku."Jadi kemungkinan mungkin pengeluar dan pemborong beranggapan bahawa kerajaan akan naikkan harga dalam masa yang terdekat, jadi mungkin ada sesetengah menyorok bekalan dan ini sebab kekurangan bekalan," katanya.

Menurut Yusof lagi, isu sorok minyak ini adalah disebabkan pengeluar dan pemborong yang mengandaikan bahawa harga barang ini akan naik pada Disember tahun lalu. "Sebenarnya kalau kita lihat berdasarkan kepada pelarasan subsidi pun minyak masak merupakan salah satu cadangan untuk dinaikkan, kalau tak silap saya 20 sen akan dinaikkan pada akhir tahun 2010," katanya. Minyak masak adalah barangan terkawal dengan harganya ditetapkan RM3.30 sekilogram bagi sawit tulen, sawit campuran (RM3.60).


Pegawai Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Pahang Di Tangkap Khalwat

Posted: 02 Jan 2011 06:55 PM PST

Berikut adalah berita yang didedahkan oleh Pahang Daily Online berkenaan kes penangkapan khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang ke atas seorang pegawai kanan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Pahang pada 25 Nov lalu, pendedahan ini dijangkakan lebih panas apabila Pahang Daily Online akan mendedahkan lebih 'detail' wajah sebenar pegawai dan pasangannya (gambar atas) ;

Sebelum ini kami pernah mendedahkan perihal kes seorang pegawai kanan Malis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang ditangkap khalwat bersama pasangannya yang juga kakitangan terbabit di bilik 416, Grand Continental Hotel Kuantan pada 25 November lalu. Susulan pendedahan tersebut, ramai yang terkeut dan tidak menyangka ianya boleh berlaku. Malah, ramai yang tertanya-tanya siapakan individu terbabit. Kami tidak tergamak untuk mengeluarkan laporan penuh insiden berkenaan, demi menjaga nama baik pegawai kanan terbabit.

Difahamkan beliau telah ditangkap oleh beberapa orang Pegawai Penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) ketika operasi cegah maksiat sedang dijalankan. Berdasarkan kepada rekod semasa, mana-mana pasangan yang ditangkap pasti akan didakwa atas tuduhan berkhalwat. Namun, dalam kes ini secara jelas didapati adanya campurtangan pihak atasan JAIP sendiri yang mahu "membuang kes" tersebut. Malah, terdapat maklumat yang mengatakan, jika kes tidak dibuang sekali pun ia tetap akan ditukar. Kes khalwat akan dihilangkan, dan pasangan terbabit akan dituduh atas kesalahan berkahwin diluar mukim tanpa kebenaran yang sah.

Maknanya, bagi mengelirukan orang ramai maka dibuat skrip agar tangkapan yang berlaku itu bukanlah tangakapan khalwat biasa tetapi kerana kesalahan berkahwin di Thailand (luar mukim). Makanya, pertuduhan juga akan dipinda bagi menjaga nama baik pegawai yang berkenaan serta imej majikannya sendiri./Pahang Daily Online

Tiada ulasan: