Sabtu, 1 Januari 2011

Addin

Addin


3 Pemimpin Pemuda PAS Jasin Di Tahan Polis

Posted: 01 Jan 2011 08:39 AM PST

AYER KEROH, 1 Jan: Tiga pemimpin Dewan Pemuda PAS Jasin ditahan polis di Dataran Ayer Keroh awal pagi tadi atas tuduhan mengedarkan risalah tanpa permit yang melanggar akta mesin cetak dan penerbitan.Ketiga-tiga mereka termasuk ketuanya, Aminuddin Abdul Jalil, 40; bendahari, Rashidi Ismail, 32 dan AJK, Daud Dalip, 24.

Mereka telah ditahan pada jam 12.15 pagi tadi selepas selesai mengedarkan risalah di Dataran Ayer Keroh pada program ekspedisi bertemu rakyat sempena sambutan tahun baru 2011. Aminuddin berkata, sebaik sahaja selesai mengedarkan risalah mereka telah ditahan oleh ASP Mohamed Yusoff Basha dari Balai Polis Ayer Keroh."Kami telah disoal siasat di Balai Polis Ayer Keroh sehingga jam 2.45 pagi dan dipindahkan ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di Bandar Hilir."Soal siasat tersebut berlangsung sehingga jam 12.00 tengah hari baru kami dibebaskan dengan jaminan polis," katanya yang juga bekas calon PAS Dun Sungai Rambai pada Pilihan raya Umum 2008.

Menurutnya, penahanan itu tidak melemahkan semangat beliau dan rakan-rakannya untuk terus membongkar segala penyelewengan dan salah laku kerajaan negeri Melaka dan kerajaan pusat.Beliau berkata demikian sebaik dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, petang ini. Daud pula kesal dengan tindakan pegawai penyiasat polis yang tidak membenarkan mereka menunaikan solat Subuh sehingga waktu solat hampir habis baru dibenarkan.

"Saya minta untuk solat Subuh tetapi polis tidak benarkan sehingga 5 minit hendak habis waktu baru saya dibenarkan untuk solat Subuh. "Ini merupakan satu tindakan yang zalim dan melanggar hak asasi saya sebagai orang Islam, lebih malang lagi pegawai itu pun Islam juga," katanya kesal. Rashidi pula berkata, tindakan polis menahan mereka merupakan tindakan yang tidak masuk akal kerana mereka tidak melakukan sebarang kesalahan, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia sepatutnya bebas menyuarakan pandangan dan idea masing-masing. "Kami tidak menerima sebarang bantahan atau cemuhan dari para pengunjung Dataran Ayer Keroh itu, cuma pihak Penguatkuasa Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPTHJ) yang bersikap kasar menghalau kami.

Menurutnya, penahanan beliau bersama rakan-rakannya itu merupakan satu pencabulan kepada kebebasan bersuara rakyat yang melambangkan bahawa negara ini adalah sebuah negara yang tidak bebas dan sentiasa mencengkam rakyat. Kira-kira 30 orang pimpinan dan ahli Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka hadir pada program Ekspedisi Dakwah yang bermula pada jam 11.00 malam tadi. Program tersebut diketuai sendiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek.

Addin :

Saya terlibat juga dengan program Ekspedisi Dakwah Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka ini. Namun, kumpulan saya ditugaskan untuk mengedarkan risalah di kawasan Bandar Hilir berhampiran Hang Tuah Mall. Alhamdulillah, kumpulan kami tidak menghadapi sebarang gangguan daripada pihak berkuasa. Saya berharap, penahanan itu tidak melemahkan semangat para sahabat seperjuangan untuk terus membongkar segala penyelewengan dan salah laku kerajaan UMNO BN selama ini. Semoga kerja buat kita diberkati Allah S.W.T. dan di kira amal soleh.

Cukai Perkhidmatan Naik Hari Ini

Posted: 01 Jan 2011 02:59 AM PST

SHAH ALAM 1 Jan : Selesaikan dahulu masalah gaji minima yang membelenggu nasib pekerja di negara ini sebelum menaikkan cukai perkhidmatan yang ternyata cukup membebankan bukan sahaja rakyat miskin bahkan memberi kesan kepada golongan kelas pertengahan.Ahli Parlimen Klang Charles Santiago yang dihubungi TV Selangor berkata kenaikan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 kepada 6 peratus berkuatkuasa hari ini akan menyebabkan caj hospital,bil elektrik serta bil-bil perkhidmatan yang lain sekaligus memberikan tekanan kepada rakyat yang kini terbeban dengan kenaikkan harga barangan keperluan.

"Bukan sahaja golongan berpendapatan rendah sahaja merungut tetapi golongan kelas pertengahan turut merungut bahawa harga barang keperluan naik tetapi gaji tidak naik."Menurut laporan Bank Dunia menunjukkan 34 peratus daripada pekerja Malaysia, gaji mereka kurang daripada RM700, iaitu kurang daripada garisan paras kemiskinan di negara kita," katanya.

Tegasnya, dalam keadaan begini apakah tindakan kerajaan dalam membela nasib mereka soal beliau."Apa keluarga ini akan buat dalam membela nasib mereka jika harga naik seperti itu."Oleh kerana itu, kita hendak satu gaji minima (bukan gaji minima seperti dicadangkan oleh kerajaan untuk pengawal keselamatan). Apa yang kita hendak adalah gaji minima yang berpatutan bagi menyara keluarga mereka," ujar beliau.

Menurut Charles, gaji minima yang dicadangkan oleh kerajaan daripada apa jumlah yang digunakan bagi menampung keluarga mereka khusus yang tinggal di bandar-bandar."Apa yang jelas ialah selepas 53 tahun Barisan Nasional menguruskan ekonomi negara kita, kebanyakkan nasib pekerja di Malaysia masih lagi berada di bawah paras kemiskinan."Oleh kerana itu, kita hendaklah adakan konsep baru dalam menetapkan gaji minima," katanya.

Sebelum itu, dalam ucapan Bajet 2011 Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak, Oktober lalu mengumumkan kadar cukai perkhidmatan atas semua perkhidmatan bercukai dinaikkan daripada berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.Cukai perkhidmatan itu akan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar yang juga akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.

Pelakon Faizal Yusof Meninggal Dunia

Posted: 01 Jan 2011 01:45 AM PST

KUALA LUMPUR: Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung. Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul. Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi. "Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu.

Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat. Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital. Sementara itu, bekas isterinya, penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, yang ditemui berkata Faizal ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, tetapi anaknya tiada bersama Nana pada ketika itu.

Bagaimanapun, pada petang Sabtu, Nana mendapat panggilan telefon mengatakan Faizal dimasukkan ke hospital dan dia mahu melihat anaknya. Berikutan itu, Nana sempat membawa Muhammad Rayyan ke hospital dan Faizal sempat berjumpa dengan anaknya itu. Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.

Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hospital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson. Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Sentul, Sabtu dan dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi Ahad.

Sumber

Kisah-Kisah Salahlaku Seks Pemimpin UMNO?

Posted: 31 Dec 2010 10:18 PM PST

KL, 1 JAN 11: SETELAH Datuk Seri Utama Rais Yatim Menteri Komunikasi, Multimedia dan Warisan di bawah kabinet Malaysia kini, dituduh memperkosa seorang amah Indonesia seperti yang di gambar di atas dan belum ada penjelasan lagi, tiba-tiba timbul pula khabar baru, kes perzinaan bekas Menteri Besar Perlis', Datuk Seri Shahidan Kassim.

Benarkah? Lihat dua berita di bawah ini, disunting dari Sabahkini Net..

Berita Satu:
PAK LAH HALALKAN ROGOL, UMNO HALALKAN ZINA?


Written by Admin
Saturday, 01 January 2011 02:27

Oleh: MALAYSIALEAKS

TINDAKAN Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Badawi (Tun) bersubahat menyembunyikan kes 376 Kanun Keseksaan yang dilakukan oleh Menteri Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, (Februari 2006 sehingga 15 Februari 2008) Datuk Seri Utama Rais Yatim pada 2007 merupakan tindakan tidak bermaruah Perdana Menteri ketika itu.

Selain kes Datuk Rais Yatim, Pak Lah juga menyembunyikan kes perzinaan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dengan membenar beliau bertanding dalam pilihanraya umum ke 12 telah menandatangani watikah perlantikan Shahidan sebagai Menteri Besar Perlis sekalipun tanpa persetujuan Raja Perlis.

Ketika itu, Pak Lah meresetui perzinaan antara Shahidan dengan seorang gadis sehingga gadis tersebut mengandung dan Shahidan memaksa gadis berkenaan menggugurkan kandungan.

Murut fakta kes, mangsa telah bertemu Pak Lah bersama Doktor yang menggugurkan kandungannya dan beberapa VIP yang mengetahui Skandal Seks Shahidan, namun Pak Lah enggan mendengar aduan mereka kerana begitu sayang kepada Shahidan.

Perkara ini bukan rahsia lagi kerana semua jemaah menteri tahu Skandal Seks Shahidan, namun Pak Lah mempertahankan Shahidan atas sebab yang tidak diketahui.

Walaupun selepas 10 Adun telah menulis surat rasmi kepada Pak Lah untuk menolak kepimpinan dan perlantikan Shahidan sebagai Menteri Besar Perlis, namun Pak Lah mengganggap sepuluh adun berkenaan memfitnah Shahidan.

Bahagian Penerangan UMNO Perlis telah menghubungi Bernama Kuala Lumpur memaklumkan bahawa Shahidan akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis di Istana Raja Perlis di Kuala Lumpur ketika itu.

Menurut satu sumber, Hashim Suboh yang memainkan peranan sebagai jurucakap media Shahidan dan mengetuai pakatan untuk menjatuhkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Mohd Radzi bagi membolehkan Shahidan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dan enggan mendengar nasihat dan pandangan menteri kanan seperti Radzi.

Ketika itu, Shahidan telah mengarahkan Hashim memungut nama para pemberita dan wartawan yang membantu beliau dalam kempen pilihanraya umum ke 12 lalu dengan menjanjikan Pakej Umrah secara percuma.

Mereka ini mengatakan bahawa Tuanku Raja Perlis lembut hati dan akan tetap melantik Shahidan sebagai Menteri Besar.

Menurut maklumat daripada sumber terdekat dengan Istana bahawa pada hari tersebut sahaja, Shahidan telah berulang alik sebanyak tiga kali dari Kuala Lumpur ke Perlis untuk mengejar Raja Perlis agar merestui perlantikannya sebagai Menteri Besar.

Namun, Baginda Raja Perlis masih enggan menandatangani Watikah Perlantikan Shahihan atas sebab kebejatan moral walaupun Pak Lah telah memberi watikah sendiri kepada Shahidan dan meminta Shahidan berundur.

Selain skandal seks berkenaan, Shahidan turut terpalit dengan pelbagai skandal kerana disifatkan ramai pemimpin Perlis sebagai 'Beraja Di Mata dan Bersultan Di Hati.'

Tanpa mempedulikan Skandal Seks Shahidan, UMNO Malaysia pula menghalalkan perlakuan zina dengan melantik Shahidan sebagai Timbalan Badan Perhubungan UMNO Perlis pada 27 Disember 2010.

Selain kebejatan moral pemimpin UMNO Semenanjung, Pak Lah turut melindungi Skandal Seks pemimpin UMNO Sabah dan berkenan memilih mereka sebagai calon yang bertanding pada pilihanraya umum Mac 2008.

Adun Lahad Datu, Datu Nasrun Datu Mansur (Datuk) terpalit juga dengan Seksyen 376 Kanun Keseksaan dengan isteri orang yang juga bekas pekerja di syarikat guamannya.

Walaupun Nasrun telah membayar sejumlah RM500,000 kepada suami mangsa dan mangsa telah menarik balik laporan polis, namun kes berkenaan telah ditutup begitu sahaja, termasuk Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga ramai penduduk Lahad Datu beranggapan bahawa 'Rogol' bukanlah kes jenayah kerana boleh ditutup sekalipun semua bukti telah terdedah.

Seorang lagi Adun yang mengalami kebejatan moral yang dipilih bertanding mewakili UMNO ialah Adun Tempasuk, Datuk Haji Musbah Jamli yang mempunyai Skandal Seks dengan pembantu rumah dan adik iparnya serta mempunyai kes dengan BPR, namun Pak Lah telah memilih beliau mewakili Tempasuk.

Manakala seorang lagi Adun yang pernah menjadi banduan di Indonesia, Datuk Haji Harman Mohammad yang dibenarkan bertanding di DUN Sulabayan, Sabah sekalipun beliau tidak layak kerana baru setahun dibebaskan daripada penjara Indonesia (atas ehsan UMNO) sedangkan Anwar terpaksa menunggu selama lima tahun sebelum boleh aktif dalam politik.

Berita Dua:

PKR DESAK RAIS YATIM LETAK JAWATAN



Written by Admin
Thursday, 30 December 2010 23:55
Oleh: SURIATI MAHMUD

PARTI Keadilan Rakyat Sabah mendesak Menteri Komunikasi, Multimedia dan Warisan, Datuk Seri Rais Yatim meletakkan jawatan SERTA MERTA dan mencabar Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail menjalankan siasatan dan mendakwa Rais di mahkamah atas kesalahan melakukan jenayah di bawah Seksyen 376, Kanun Keseksaan; sebagaimana yang didedahkan Wikileaks.

Ketua Cabang PKR Silam, Johani Abdul Halim ketika menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi kesal kerana Kabinet Malaysia di era Pak Lah melindungi menteri berkenaan yang telah mencemarkan kesucian agama Islam, menjatuhkan imej Negara dan melakukan jenayah rogol terhadap pembantu rumahnya pada 2007.

"Jika pemimpin yang rendah moral seperti ini dilindungi, maka ramai lagi akan bertindak mencemarkan imej Malaysia di mata dunia. Jika pemimpin Pakatan Rakyat dilemparkan pelbagai tuduhan, kini tibalah masanya pemimpin UMNO/BN membuktikan kejujuran dan ketegasan mereka membanteras jenayah," ujar Johani yang kesal kerana Mantan Perdana Menteri tergamak bersubahat menutup kegiatan sumbang yang dilakukan oleh menteri kabinet.

Johani memuji sebuah NGO, Migrant Care yang dilaporkan telah menemuramah pembantu rumah yang menjadi mangsa keganasan seksual Rais (Gambar di atas) sebagaimana laporan yang didedahkan Wikileaks.

Sehubungan itu, Johani turut mencadangkan agar gelaran 'Datuk Seri' Perogol berkenaan ditarik balik kerana mencemarkan duli Sultan yang menganugerahkan pingat kebesaran berkenaan.

Selain daripada Rais, seorang menteri Kabinet Sabah juga dikatakan mempunyai Skandal Seks dengan gadis bawah umur sejak dua tahun lalu namun didiamkan oleh ibu bapa dan keluarga gadis kerana bimbang dengan pengaruh menteri berkenaan dan setelah mendapat imbalan yang cukup besar.

Manakala seorang Pembantu Menteri yang masih berkhidmat di Sabah juga mempunyai rekod merogol pembantu rumah dan adik iparnya namun kes tersebut ditutup begitu sahaja. Pembantu menteri berkenaan kini mempunyai Skandal Seks dengan Ketua Puteri UMNO. Sabahkini.net akan membuat pendedahan lengkap setelah mendapat nasih peguam.

Berikut merupakan dokumen yang didedahkan Wikileak yang menyebut nama Rais tetapi hitamkan atas tujuan tapisan. Sila lihat bukti-bukti tersebut di bawah tajuk berikut..

Weblog Ibnu Hasyim mengharapkan pihak Perdana Menteri Malaysia membuat penjelasan segera, agar kegelisahan rakyat akan segera berakhir.. (IH)

Sumber

Tiada ulasan: