Ahad, 19 Disember 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


"DAP akan pertahankan agama ISLAM sebagai agama rasmi negara" - Karpal Singh

Posted: 19 Dec 2010 08:02 PM PST



Oleh: Pria Malaya

Jika Umno mengambil pendirian utk menjauhkan diri dan memusuhi DAP selama2nya, PAS perlu cuba dekati dlm konteks tahalluf siyasi, dlm masa yg sama sebarkan dakwah dan terbiah...

Penulis xdpt bayangkan jika semua parti dan organisasi menjauhkan diri dari DAP, sebuah parti yg dianggotai majoriti rakyat non Muslim...sudah pastilah yg tak faham Islam semakin jahil ttg Islam, yg takutkan Islam semakin menjauhi Islam, yg berfikiran buruk ttg Islam akan menentang Islam...

Ingat, mereka juga sebahagian dari rakyat Malaysia, dan tugas kta utk berdakwah kpd mereka...tunjukkan Islam agama yg sempurna dan terbaik..



Dan alhamdulillah, tanggapan sebahagian mereka ttg Islam mulai positif, bahkan Kelab Penyokong PAS dari India mengatakan pemerintahan Islam adalah pemerintahan yg adil dan terbaik..(klik)..

Penulis harap, MCA dan Chua Soi Lek tidak menghasut orang2 Cina supaya menolak Pakatan Rakyat atas isu negara Islam ini, seperti lazim mereka lakukan..lik di SINI utk baca..

Bak kata Lim Guan Eng, "‎Umno kata, PAS di perkudakan DAP manakala MCA pula kata, DAP diperalatkan PAS. Yang sebenarnya, kita hanya diperalatkan oleh rakyat," kata Lim Guan Eng

Semoga umno dapat mentarbiah pemimpin2 MCA dan Gerakan yg semakin lantang mempertikaikan Melayu dan Islam..jgn hipokrit dlm perjuangan...fikir2kan..wallahua'lam..


1. Isu negara Islam

Versi TMI:

Karpal Singh mahu dasar negara Islam yang menjadi isu 'duri dalam daging' dalam hubungan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini diselesaikan dengan segera agar tidak digunakan sebagai senjata oleh musuh-musuh politik mereka.

Sehubungan itu, Pengerusi DAP Kebangsaan ini berkata, beliau yakin perkara tersebut boleh dibincangkan dan dicari jalan penyelesaian.

"Saya mahu perkara ini diselesaikan dengan segera supaya tidak dijadikan isu oleh musuh kita," kata Karpal ketika menggulung perbahasan Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini hari ini.

Versi mStar Online:

DAP berikrar akan mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dengan syarat PAS turut mempertahankan hak penganut agamalain.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, PAS perlu 'beri muka' kepada parti itu memandangkan DAP sedia mempertahankan hak Islam di negara ini habis-habisan.



"Islam adalah perkara utama dalam Perlembagaan Persekutuan kerana ia adalah agama rasmi di negara kita... DAP akan pertahankan habis-habisan tapi dengan syarat hak bukan Islam untuk beragama harus ada.

Versi Malaysiakini:

Beliau menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan mempertahankan perlembagaan dan segala peruntukan yang terkandung dalamnya.

"Isunya ialah negara Islam dan ia harus diselesaikan secepat mungkin. DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Soal bersabit negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh berunding dan saya yakin kita boleh mencapai konsensus," kata Karpal.

Ini kali pertama Karpal membuat ketetapan sedemikian dan menzahirkan permuafakatan yang semakin kukuh antara ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat.

2. Kenyataan 'Over my dead body' disalah tafsir

Versi mStar Online:

Pada 1990 Karpal yang juga Ahli Parlimen Gelugor pernah memberi amaran kepada PAS supaya langkah mayatnya dahulu jika ingin menjadikan Malaysia sebagai negara Islam.

Bagaimanapun menurut Karpal, kini beliau sedar bahawa kenyataannya 20 tahun lalu sudah tidak releven.



"Perkara ini (isu Islam)boleh dibincangkan dengan baik, saya tak mahu Barisan Nasional (BN) mengeksploitasi isu ini lagi.

"Kita boleh bincang dengan baik... saya sedia berbincang dengan Tuan Guru Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) dan Tuan Guru (Abdul) Hadi (Awang)... ia perlu dibincang dengan segara," katanya sambil disambut dengan tepukan gemuruh kira-kira 2,000 perwakilan yang hadir.

Versi TMI:

"Apa yang sayakan 20 tahun lalu dibaca di luar konteks Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan rakyat agama lain juga ada hak"

"Oleh itu tidak baik untuk mengatakan Perlembagaan Persekutuan membolehkan mengadakan negara Islam tetapi yang ini boleh dibincangkan saya tidak mahu BN mengesksploitasikan isu ini, ini boleh dibincang, dengan (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Presiden PAS) Tok Guru Datuk Seri Abdu Hadi Awang," kata beliau.

"Ini adalah satu isu yang harus dibincang dengan segera kena dipercepatkan " kata Karpal lagi.

3. Puji PAS parti yang paling berdisiplin

DAP mengiktiraf PAS sebagai parti yang paling berdisiplin dalam Pakatan Rakyat kerana wakil rakyatnya sangat setia dan tidak pernah bertindak keluar parti.

Pengerusi DAP, Karpal Singh sebaliknya berkata, wakil rakyat partinya sendiri bertindak keluar seperti yang berlaku di Perak.



"PAS paling berdisiplin kerana tak ada seorang pun daripada mereka yang undur diri. DAP pernah ada seorang di Perak, PKR pun ada ramai (keluar parti)," katanya pada Konvenyen Pakatan Rakyat Kedua di sini.

Sepanjang tahun ini, wakil rakyat PKR paling ramai melompat parti termasuk mengakibatkan kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak sepanjang tahun ini.

4. Iktiraf Anwar teraju Pakatan Rakyat Malaysia

Versi Malaysiakini:

"Saya yakin konvensyen ini akan diadakan di Putrajaya tahun depan tetapi kita tidak akan ke sana tanpa tanpa Anwar," katanya.

Menurutnya, isu di sini adalah mangsa yang digantung tidak didengari pembelaan mereka sebelum diambil tindakan.

"Ini adalah isu mangsa tidak didengari sebelum dijatuhkan hukuman ke atas mereka," kata Karpal dalam ucapannya.

Versi TMI:

Dalam ucapannya Karpal juga berkata Pakatan Rakyat tidak harus membentuk kerajaan pusat jika memenangi pilihan raya umum ke-13 tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini merupakan Ketua Pembangkang dan ketua umumnya.

"Kita tidak boleh pergi ke Putrajaya membentuk kerajaan persekutuan tanpa Anwar " kata Karpal sambil menambah beliau akan menggunakan segala keupayaan yang ada untuk membebaskan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu

Karpal merupakan peguam utama kes liwat dihadapi Anwar yang menurutnya merupakan satu fitnah Sehubungan itu Karpal juga mahu parti-parti komponen Pakatan Rakyat memilih calon yang terbaik dan integriti dan tidak mahu kesilapan pilihan raya umum 2008 berulang.

Malah Karpal juga menyindir Anwar tidak mendengar nasihatnya agar tidak menerima masuk Datuk Zaid Ibrahim yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat PKR baru-baru sebagai ahlinya tahun lalu.

"Saya ada beri Anwar amaran bukan nasihat tetapi dia tak dengar " kata beliau yang turut mengungkit personaliti Datuk Seri Zahrain Hashim dan Zulkifli Noordin masing-masing ahli Parlimen Bayan Baru dan Kulim-Bandar Bahru yang keluar PKR awal tahun ini.

Oleh itu kata Karpal Pakatan Rakyat memerlukan pemilihan calon terbaik untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

PENUTUP

Negara Islam: Karpal tutup mulut Umno

KUALA LUMPUR, 20 Dis: Penegasan Karpal Singh bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan sedia berbincang dengan PAS berhubung isu negara Islam, dilihat membuka satu episod baru, muafakat dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, biarpun duduk sebumbung dibawah payung Pakatan Rakyat, isu negara Islam antara yang dilihat masih menjadi tembok pemisah antara PAS-DAP.

Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pendirian terbaru Karpal itu ujarnya adalah satu kejayaan baru Pakatan Rakyat sekaligus meletakkan keakraban ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP kini pada tahap terbaik.

Ketika dihubungi Harakahdaily hari ini, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, PAS mengalu-alukan keterbukaan DAP itu dan melihat ianya satu perkembangan sangat positif dalam Pakatan Rakyat.

"Kita sangat alu-alukan kenyataan positif sebegini. Kesediaan untuk berbincang isu negara Islam ini adalah satu anjakan pemikiran besar oleh tokoh DAP itu," katanya.

Penegasan terbaru DAP itu juga katanya memperlihatkan komitmen sebenar Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Islam dan apa sahaja yang terkandung dalam Perlembagaan negara.

Ianya juga sekaligus menolak dakwaan bahawa Pakatan Rakyat akan menjual Islam dan Melayu jika menguasai pemerintahan negara.

Beliau juga yakin, kenyataan Karpal itu akan menutup mulut Umno BN dari terus memanipulasi isu yang sejak dahulu membelengu PAS dan DAP itu, khususnya berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

"Dalam isu negara Islam ini, kita sebenarnya dikelirukan oleh permainan musuh-musuh kita.

"Namun keterbukaan Karpal menerima Islam sebagai agama rasmi, memperlihatkan satu komitmen bersungguh-sungguh DAP mempertahan Islam dan perlembagaan negara," katanya lagi.

Karpal yang juga Pengerusi kebangsaan DAP, sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Kepala Batas semalam berkata,
beliau mahu isu negara Islam segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.

DAP katanya boleh membincangkan isu tersebut dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, mursyidul am PAS yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Karpal juga meletakkan keyakinan, isu tersebut boleh mencapai konsensus sekira satu perbincangan bersama diadakan.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim memaklumkan satu pertemuan antara pemimpin ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu akan dibuat secepat mungkin bagi merealisasikan hasrat itu.

Artikel berkaitan (mesti baca):
- Najib Razak setuju dengan kenyataan 'over my dead body' Karpal!

PANAS: Ahli Umno dakwa UMNO tipu peniaga Melayu, mungkir janji bayar hutang!

Posted: 19 Dec 2010 10:13 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Umno juara Melayu? Umno perjuang ketuanan Melayu?
Dasar 'ketuanan Melayu' yg jenis tak sedar diri, jenis penipu rakyat dan munafiq!

Luahan seorang penyokong Melayu Umno dibawah jelas membuktikan, Umno telah menganaktirikan sesama bangsa Melayu..peniaga Melayu terhimpit demi sesuap rezeki gara-gara ketuanan Melayu Umno yang menipu rakyat...

Korang baca sendiri luahan seorang penyokong tegar Umno, yang pernah mengambil bahagian dalam membekal bahan dan khidmat semasa Perhimpunan Agung UMNO Oktober 2010 yg lalu..

Keluhan beliau ini disampaikan kepada blogger Minaq Jinggo (blogger pro-Umno) dengan harapan supaya dipanjangkan kepada Presiden Umno, Najib Tun Razak..



(Sekadar gambar hiasan: Umno dan medianya sering melemparkan tuduhan kononnya PR menindas peniaga Melayu termasuk isu peniaga Melayu menara Komtar Pulau Pinang awal Ogos yg lalu..)

Ternyata, ahli Umno sendiri yang mengaku Umno tak mengotakan janjinya, berdolak dalik, hanya menipu Melayu dan membuat orang benci dan meluat..bak kata ahli Umno tegar ini, "pemimpin yang sombong, bongkak dan berlagak dan tidak menyelami masalah rakyat maseh ada lagi didalam parti keramat ini"...

Akhir kalam, terbukti sudah, bukan PR yang hina Melayu, bukan DAP yang tekan Melayu, tetapi dasar penipu 'ketuanan Melayu' di kalangan pemimpin2 Umnolah yang menghina dan memiskinkan Melayu!...fikir2kan..


Mesej Kepada Memanda PM - Keluhan Rakyat

By: Minaq Jinggo

Ini adalah amanah dan rayuan yang diberikan kepada saya oleh seorang kenalan rapat yang juga salah seorang peniaga Melayu yang telah mengambil bahagian dalam membekal bahan dan khidmat semasa Perhimpunan Agung UMNO yang baru lalu.

Beliau bersama sekumpulan peniaga lain yang juga merupakan ahli UMNO merasa amat kecewa dan tertekan dengan sikap pentadbiran pejabat pengurusan UMNO Pusat yang berdolak dalik dalam urusan pembayaran kepada mereka. Saya pernah melalui amat memahami tekanan yang kenalan saya alami ini tambahan pula beliau juga seorang ahli UMNO.
Mesej kepada Memanda Perdana Menteri, Mereka lebih sibuk tabur harapan dari memahami yang rakyat jelak dengan keangkuhan. Kita perlukan pemimpin yang bukan lupa asal usul tapi pemimpin yang boleh deliver satu kerajaan yang di pimpin oleh rakyat, untuk rakyat, kepada rakyat. Bukan kah rakyat yang memilih mereka menjadi wakil rakyat tetapi mereka terus ingat mereka yang bagus sangat dan lupa yang mereka itu wakil kita.

Berbuih buih mulut PM mengingatkan peranan dan semangat ummo yang baru. menjadi juara rakyat, mendahuluikan rakyat, merasa nadi dengupan rakyat. Semuanya sia-sia. Pemimpin pemimpin UMNO terus memperlecehkan impian PM ini.

Mengambil kisah berita terkini bayangkan lah berapa ramai peniaga peniaga Melayu yang telah menderita dan sengsara akibat perkara kecil yang tak mampu diselesaikan dengan segera oleh pentadbiran UMNO. Hutang hutang semasa perhimpunan UMNO yang lalu hinggalah sekarang maseh tidak dibayar oleh pihak umno.

Sedih dan kesian, parti yang berjanji mendukung perjuangan orang orang Melayu rupa rupa nya indah khabar dari rupa. Mereka tak mengotakanya, Mereka tak serik serik membuat rakyat benci dan meluat. Fikir fikir kan lah. Jangann lah susah sangat mencari sebab kenapa pengundi menyampah dengan BN dan parti parti kompenannya.

Pemimpin pemimpin yang sombong, bongkak dan berlagak dan tidak menyelami masalah rakyat maseh ada lagi didalam parti keramat ini. Renungi dan kaji lah rintihan dan keluhan peniaga peniaga Melayu dibahagian UMNO Malaysia."
Sumber: minaq-jinggo

PRK N.05: Ketua wanita Umno Labis calon Umno DUN Tenang?

Posted: 19 Dec 2010 08:09 AM PST





Ketua Wanita Labis Calon UMNO/BN di DUN Tenang??.. Khabarnya begitulah...Haslinda Bte Salleh (38) Masih bujang serta berasal dari Chaah ini adalah calon yg disebut2 mewakili UMNO/BN pada PRK Tenang nanti..

Bahkan media banyak menemuramah beliau selepas kematian ADUN Tenang tempoh hari..dan beliau sendiri mengesahkan arwah rapat dengan pergerakan wanita Labis...

Apakah benar Umno mempertaruhkan calon wanitanya pada kali ini?..sama2 kita tunggu dan saksikan..


Sumber: FB

EKSLUSIF: Gambar KM Serawak, Taib Mahmud kahwin gadis Lubnan berumur 28 tahun..

Posted: 19 Dec 2010 01:52 AM PST



Oleh: Pria Malaya

'Besar sungguh' selera KM Serawak kita ni ya...sudah la orang pilihannya nun dari negara Lubnan, muda remaja plak tu, bekas pramugari katakan..;)

Utk makluman, isteri Taib sebelum ini, iaitu Allahyarhamah Puan Sri Laila telah meninggal dunia akibat kanser pada bulan April tahun 2009..beliau berasal dan berketurunan Poland..Taib telah mengahwininya ketika di Adelaide, Australia pada 13 Januari 1959..



Bicara mengenai bekas isteri Taib, teringat penulis dgn kata-kata Taib Mahmud apabila ditanya samada beliau akan berkahwin lagi selepas kematian isterinya itu..katanya:

"I am already 74. It's too old for me to get a new partner now." (Usia saya sudah mencecah 74 tahun. Terlalu tua untuk saya mendapat pasangan baru.)...
Apa pun, Alhamdulillah...kerja jodoh semua ditangan tuhan..tak salah berkahwin dgn pilihan hati, Islam tak melarang bahkan digalakkan berkahwin asalkan mengikut kehendak agama dan bukan melalui 'bomoh'..

Cuma, bolehlah nnt Taib Mahmud tarbiah isterinya itu agar mengikut hukum Islam dgn menutup aurat, lagi comel apabila dipandang..;)

Pada KM Taib Mahmud, selamat pengantin baru penulis ucapkan, semoga kekal sehingga ke akhir hayat..wallahua'lam..










Tan Sri Abdul Taib Mahmud kahwin wanita Lubnan

KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selamat dinikahkan dengan gadis Lubnan berusia 28 tahun di Kuching , malam tadi.

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selamat dinikahkan dengan seorang wanita Lubnan berusia 28 tahun dalam majlis tertutup yang diadakan di kediaman rasminya, di sini, malam tadi.

Terdahulu, anggota keselamatan yang bertugas di kediaman Taib memaklumkan satu majlis tertutup diadakan dengan pihak media tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan.

Majlis itu hanya dihadiri orang kenamaan dan ahli keluarga terdekat bermula dengan majlis tahlil dan doa selamat yang turut dihadiri kira-kira 200 tetamu khas.

Antara orang kenamaan yang dilihat masuk seawal jam 6 petang ialah Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Openg; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Penasihat Khas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Mohd Naroden Majais dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi.

Taib dan isteri, seorang wanita Lubnan dinikahkan Mufti Sarawak, Kipli Yassin, kira-kira jam 9.30 malam dengan satu majlis persandingan sederhana turut diadakan di ruang utama kediaman rasmi beliau. Antara saksinya, anak kedua Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir.

Majlis tepung tawar mempelai dan persembahan hadrah dan berzanji turut diadakan ketika Taib dan isteri bersanding dengan kenalan dan keluarga terdekat diberi peluang menepung tawar pasangan.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Ketua Menteri, Amin Sahmat yang ditemui pihak media, memaklumkan majlis itu adalah tertutup dengan hanya jemputan khas dibenar memasuki kediaman Ketua Menteri.

"Ini hanya majlis doa selamat, pengumuman lanjut akan dibuat kemudian dengan majlis kepada umum akan diadakan pada Januari," katanya.

Bagaimanapun, Amin enggan mengulas lanjut mengenai majlis yang sebelum itu dipercayai adalah bagi meraikan pasangan Taib dan pilihan hatinya itu.

Artikel berkaitan:
- [Kemaskini] Bung Mokhtar & Zizie Ezette 'berbulan madu' di nite club?...

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Gambar puteri UMNO yg bergetah bogel tersebar di internert(disebarkan blogger PERKASA pro-Islam)

Posted: 19 Dec 2010 06:37 PM PST

yg belum baca surat khabar..

sila baca surat khabar..

dapatkan berita hairan..

wooooooohoooooooooo

harga tayar sudah naik..

hal ini berikutan kenaikan harga getah..

wow..dah bergetah2 la ini mcm..

kat malaysia tarak kilang tayar ke??

bumiputera tk da yg mengusahakan tayar nasional negara tk???

bukan apa..

mana la tau..

kerajaan bn nk tawarkan insentif bebas cukai dan subsidi..

dan2..dalam surat kabau yg sama..

seorang penoreh getah di kelantan..

ore kelate kena sere nge berue madu..

balik rumah petang smalam terus di serang..

kenapa beruang itu mengamuk??

adakah kerana kenaikan harga tayar???

ahahahahahahaha

makan sate buang lidi

lepas tu plak try makan kebab

cuba teka siapa dia malam tadi??

dapat peluk awek arab???

ahahahahahahaahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahahhahaa

Taib Mahmud bernikah dengan pengganas(terrorist)Lubnan(sumber blogger PERKASA pro-Melayu Semenanjung)

Posted: 19 Dec 2010 05:25 AM PST

yg tak baca surat khabar..

sila baca surat khabar...

tk de la pengganas betul2 pun..

bg aku yg slalu jumpa orng arab..

mmg arab ni layak dipanggil terrorist..

sbb apa???nk tau pi layan mana2 arab..ahahahhaa

taib mahmud dan wanita lubnan terrorist slamat di ijab qabulkan..

riuh smua blog..

tapi dinafikan..

tup2 pagi ni kluar berita hairan..

aku pun naik hairan..

inilah dia inspirasi yg ko dapat kat Kaabah ye taib???

amboi cantek ang na...

inspirasi dapat bini..

konon dapat tarik prn sarawak..

tup2 malam ni hang dapata bantal peluk...huaaaaaaaagh

apa2 pun kalau dah jodoh tk ke mana??

kalau jodoh aku ngn awek yg muka dan body cam tiz zaqyah pun..

aku terima je..

huahuahua..

pak taib berbini baru..

berbini plak ngn orng sarawak

slamatlah wahai pengantin baru

wahai ketua menteri gambir sarawak..

ahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahahhahahahahahahahhaa

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Memang nyata Anwar anugerah Allah buat Malaysia

Posted: 19 Dec 2010 02:47 PM PST

Oleh IBNU OMAR AT-TELUNGI

KETIKA mengikuti kenyataan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR pada Kongres ke-7 di Petaling Jaya pada 28 Disember lalu yang mengatakan bahawa Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah anugerah Allah untuk rakyat Malaysia maka saya terpanggil untuk memberi sedikit ulasan daripada seorang rakyat berfikiran bebas dan kritis.

Ulasan ini tidak sesekali bersifat mengampu ataupun memihak kerana saya adalah seorang rakyat Malaysia yang tidak diikenali oleh Anwar hatta jika saya tidak menggunakan nama samaran sekalipun.

Dan saya bukan ahli parti PKR dan tidak berniat pun menyertai PKR. Oleh itu, tulisan saya tentang Anwar tidak bersifat memuja atau menyokong membabi buta tetapi berdasarkan sejarah perjuangan beliau dan fakta yang akan saya bentangkan.

Bagi saya kenyataan Wan Azizah itu adalah tepat sekali kerana Anwar adalah satu-satunya tokoh politik negara Malaysia yang banyak sekali menerima tribulasi dipenjara beberapa kali dan juga pernah menikmati peranan sebagai antara orang penting di dalam mencorakkan pemerintahan Malaysia.

Sejak muda lagi jiwa beliau bersifat kerakyatan dan banyak memperjuangkan nilai-nikai keadilan dan kemanusiaan.

Di zaman beliau menuntut tahun 70- an beliau antara orang yang ke depan memperjuangkan nasib rakyat miskin di Baling pada masa itu. Dan itulah rasanya kali pertama beliau meringkok dalam tahanan (ISA). Walaupun semasa zaman beliau itu para graduan sangat mudah mendapat kerja yang bergaji lumayan tetapi beliau memilih untuk bersama berbakti kepada rakyat dengan mengketepikan kemewahan peribadi. Sebab itu beliau menubuhkan Yayasan Anda untuk memberi pendidikan kepada rakyat yang miskin menuntut pelajaran dan bukan sedikit Memang nyata Anwar anugerah Allah buat Malaysia mereka yang berjaya dalam pelajaran hasil keluaran dari yayasan itu.

Pendidikan dan penghayatannya dalam agama Islam dan gerakan Islam juga amat kuat memandangkan beliau pernah memegang jawatan paling tinggi dalam ABIM. Kemasukan beliau dalam kabinet pun mengambil masa yang lama setelah ramai rakan-rakannya telah kenyang dan mewah dengan bekerja kerajaan atau dah lama terlibat menyertai kabinet dan orang kuat kerajaan. Itupun kerana merasakan itu adalah cara yang sesuai untuk memperjuangkan Islam dan nasib rakyat. Kemasukannya itu ada baik dan buruknya.

Kebaikannya ialah banyak juga isu rakyat marhaen yang diperjuangkannya. Dan banyak lagi perkara-perkara lain yang semua orang tahu yang tak perlu diulas dengan terperinci sebab dah banyak tulisan dan buku tentang beliau. Keburukanpun banyak juga di antaranya wujud sedikit perpecahan di antara jemaah Islam yang ada dan umat Islam menjadi keliru untuk mengenal yang mana satu Islam yang tulen.

Tidak sedikit segala ucapan Tun Mahathir serta dasar-dasarnya walaupun bercanggah dengan Islam dan kepentingan rakyat tetapi kuat disokong oleh Anwar kerana Tun Mahathir adalah bosnya pada masa itu. Saudara Ahmad Lutfi Othman yang sentiasa memerhati gerak geri beliau tentu lebih maklum tentang perkara ini. Pada masa itu lah beliau mengecapi segala kesenangan dan kekuasaan sebagai orang nombor dua paling berkuasa di Malaysia.

Ketokohannya di dalam negara dan luar negara usah diperkatakan lagi. Setelah nampak tanda-tanda ia akan menjadi orang nombor satu memimpin negara maka beliau pun dijatuhkan dengan tuduhan rasuah, liwat dengan beberapa orang, melanggan pelacur dan zina dengan isteri orang melalui mahkamah, buku atau tulisan yang cuba mengaibkannya.

Setelah lama mengecapi kemewahan dan kemahsyuran maka bermulalah semula penderitaannya diperlakukan dengan tuduhan yang amat jijik, diperlakukan seperti banduan jenayah berat, dibogelkan, ditumbuk sehingga matanya lebam, dan dipenjara semula beberapa tahun.

Akhirya, sedikit demi sedikit kebenaran memihak kepadanya setelah mahkamah sedikit demi sedikit membersihkan namanya dari segala tuduhan itu dan para penuduh dan pemfitnahnya menerima balasan atau pun makin dilupakan orang.

Anwar mengepalai KeADILan dalam keadaan orang menganggap tiada masa depan berhadaan dengan gergasi BN dengan segala bala tenteranya.

Ujian datang lagi dengan orang kuatnya seperti Ezam yang sangat gigih membelanya sehingga sanggup dipenjara sekarng menjadi antara pejuang di barisan depan dalam mengutuk dan memakinya.

Ditakdirkan Allah KeADILan dengan gabungan parti pembangkang DAP dan PAS memenangi banyak kerusi dalam tsunami pilihan raya tahun 2008 dan akhirnya beliau berjaya menjadi pencatur politik utama di Malaysia.

Malangnya ujian datang lagi di mana tuduhan liwat dengan skrip lama tetapi pelakon baru menerpa menguji kesabaran buat sekian kali dan tidak dapat dipastikan sama ada beliau akan meringkok di dalam penjara atau pun terlepas dari tuduhan itu.

Kalau mengikut ramalan Subky Latif dalam tulisannya , Harakah 6-9 Disember 2010, menyimpulkan bahawa untuk memastikan beliau tak dapat bertanding dan akhirnya menjadi pemimpin Malaysia maka cara nak hapuskan politiknya ialah dengan membiarkan ia meringkok dalam penjara kerana kes liwat yang dihadapi sekarang ini.

Nampaknya penjara seperti rumah kedua kepada beliau. Beliau nampaknya sangat berani menghadapi sepak terajang pemerintah sekarang ini.

Saya secara peribadi walaupun usia muda melebih 20 tahun berbeza dengan beliau terus terang saya katakan tidak sanggup menghadapi tekanan pihak polis, dilokap, direman, penjara, diISA, ditumbuk, dibogel dan berpisah dengan anak isteri.

Tetapi beliau dengan tenang nampaknya masih sanggup menghadapi itu semua walau usia dah lebih 60 tahun! Sebab itu saya tabik kepada beliau dan tidak semena-mena ketika menziarahi rumah terbuka hari raya hampir 4 tahun yang lampau saya mencium tangan beliau ketika bersalam kerana mengkagumi ketabahan beliau menanggung keperitan ujian dan tribulasi itu. Beliau tidak perasan sedikitpun kerana ribuan orang yang bersalam dengannya dan langsung tak kenal saya sehingga sekarang ataupun sampai bila-bila.

Itu saya tak kisah kerana saya tiada kepentingan dalam tulisan ini. Syabas Anwar, kalau anda dah jadi PM jangan sombong dan ingatlah betapa peritnya dizalimi seperti anda pernah dizalimi supaya bila anda memerintah maka anda tidak akan berani menzalimi rakyat walau sezarah pun!

Memang anda anugerah Allah untuk Malaysia baru kerana siapakah tokoh politik di Malaysia ini pernah lalui dua perkara yang amat berbeza iaitu menahan penderitaan sebegitu rupa dan mengecapi kesenangan sebegitu rupa dalam sejarah perjuangannya hatta tokoh pejuang di zaman awal kemerdekaan dulupun.

Kuala Terengganu

kalam Perantau

kalam Perantau


Hindraf ancam PR?

Posted: 19 Dec 2010 11:00 PM PST

HRP kepada Pakatan: Beri kami 15 kerusi parlimen

Parti pelampau – Hindraf-Parti Hak Asasi Manusia (HRP) telah memberi kata dua kepada Pakatan Rakyat supaya memberi laluan kepada parti kaum India itu bertanding satu lawan satu dengan BN di 15 kerusi parlimen dan 38 kerusi negeri dalam pilihanraya umum akan datang.

Dalam surat yang dihantar hari ini kepada ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, penasihat DAP Lim Kit Siang dan presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang, setiausaha agung penaja HRP, P Uthayakumar berkata jika Pakatan tidak memenuhi permintaan parti itu, gabungan itu akan berdepan dengan pertandingan tiga penjuru di kawasan berkenaan.

Sebagai ganjaran tidak bertanding, menjanji sokongan dan menyediakan bantuan jentera kepada HRP, Pakatan akan mendapatkan “sokongan tidak berbelah bagi dan kerjasama di semua 207 kerusi parlimen dan 538 kerusi DUN untuk memenangi semula sokongan pengundi India.

Beliau berkata, pihaknya telah menyokong (Pakatan) dalam pilihanraya umum ke-12, dan sekarang “kami meminta anda membalas budi itu.”

Uthayakumar berkata, pihak berharap Pakatan tidak akan meletak calon di kawasan berkenaan sehingga menyebabkan berlakunya pertandingan tinga penjuru “menentang musuh politik bersama kita (Umno-BN).

Dikehendaki: Ijok, Lembah Pantai, Padang Serai

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat HRP di di Bangsar, Kuala Lumpur, Uthayakumar berkata bahawa kerusi yang dipilih itu mempunyai jumlah besar pengundi India, termasuk kerusi yang kini diwakili wakil rakyat PKR seperti Padang Serai di Kedah, Ipoh di Perak Barat, Kota Raja di Selangor dan Lembah Pantai di Kuala Lumpur.

Mereka juga berminat dengan kerusi parlimen Sungei Siput, Perak, yang kini diwakili oleh anggota jawatankuasa pusat PSM, Dr D Jeyakumar.

Uthayakumar berkata, 15 aktivis setia Hindraf telah disenarai-pendekkan sebagai calon.

“Mereka telah teruji, telah menjadi sebahagian daripada Hindraf sejak hari pertama, tidak akan melompat ke parti lain dan sama kuat dengan calon PAS,” katanya.

Ditanya mengapa HRP memilih untuk tidak menyokong calon Pakatan di kawasan pilihan raya berkenaan, Uthayakumar berkata, ia kerana isu yang dihadapi oleh masyarakat miskin India di situ tidak di bawa ke Parlimen.

Bagaimanapun, HRP tidak menolak kemungkinan bertanding di bawah tiket Pakatan jika mereka gagal mendaftarkannya sebagai parti

politik dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menjelang pilihan raya umum akan datang.

Uthayakumar berkata, pihaknya telah mengemukakan semua dokumen yang diperlukan oleh ROS pada 25 November.

Menurutnya sama ada didaftar atau tidak, mereka akan bertanding, termasuk sebagai calon Bebas.

Kerusi parlimen yang dituntut bahawa HRP ialah:

1. Padang Serai (Penyandang: PKR-N Gobalakrishnan)
2. Batu Kawan (DAP-P Ramasamy)
3. Sungei Siput (PSM-Dr D Jeyakumar)
4. Ipoh Barat (DAP-N Kulasegaran)
5. Bagan Datoh (Datuk Zahid Hamidi BN-Ahmad)
6. Cameron Highlands (BN-SK Devamany)
7. Hulu Selangor (BN-P Kamalanathan)
8. Kuala Selangor (PAS-Dzulkefy Ahmad)
9. Klang (DAP-Charles Santiago)
10. Kota Raja (PAS-Siti Mariah Mahmud)
11. Rasah (DAP-Anthony Loke)
12. Teluk Kemang (PKR-Kamarul Baharin Abbas)
13. Alor Gajah (BN-Fong Chan Onn)
14. Tebrau (BN-Teng Boon Soon)
15. Lembah Pantai (PKR-Nurul Izzah Anwar)

Malam ini, Uthayakumar juga akan dilancarkan buku kedua yang ditulisnya ketika 514 hari berada dalam tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Berjudul ’25 November Hindraf Rally 2007 “, buku setebal 400 halaman itu merupakan catatan peribadinya mengenai peristiwa yang membawa kepada perhimpunan bersejarah yang disertai oleh 30,000 kerana memprotes diskriminasi terhadap kaum India, dan pengalamannya di bawah ISA.


Umno Biadab Dengan Raja-Raja Melayu

Posted: 19 Dec 2010 09:12 PM PST

Oleh : Idris Hj Ahmad 
 
Sah, pemimpin umno layak untuk menerima anugerah terbaik dalam festival filem drama politik Malaysia.  Contohnya umno yang sesak nafas dan tidak cukup oksigen untuk bernafas, maka cuba memanjangkan talian sampai ke pagar istana. Mereka cuba memainkan sentimen bahawa sekarang  ada pihak yang hendak menggugat Raja-Raja  Melayu. Tindakan umno sama seperti pepatah Arab yang mengatakan "dia pukul aku, dia menangis, dia maki aku maka dia mengadu orang yang maki dia". Sebenarnya  pemimpin umno silap, bahawa sejarah tidak boleh menipu, walaupun pemimpin umno kaki penipu dan putar alam dalam isu Raja-Raja Melayu. Di bawah ini sebagai bukti yang menghina Raja-Raja Melayu ialah pemimpin umno. 

  1. Pengasas Umno Dato' Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta. 
  2. Tahun 1974  Tan Sri Ghazali Jawi (bapa Dato' Seri Tajul Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya. Tiba-tiba Datuk Seri Tajul Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.( UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya.
  3. Begitu juga pada tahun 1979 kes Dato' Rahim Bakar bekas Menteri besar Pahang yang berselisih dengan Sultan pahang. Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka.
  4. 1983  Umno hendak meminda supaya kuasa DYMM Yang Di Pertua Agong mengenai pengisytiharan darurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut.
  5. Pada  tahun 1991 dalam  Persidangan Agung Umno,  Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan. 
  6. Dalam Persidangan Agung Umno juga, perwakilan Umno meminta  harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan. Apakah ini bukan derhaka?
  7. Satu demontrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas? Apakah ini bukan derhaka namanya.?
  8. Pada 18hb Jan 1993 Pindaan Perlembagaan Persekutuan  yang membolehkan raja di bawa ke mahkamah. Apabila Raja-Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja. (BH 19/1/1993)
  9. Beberapa siri rapat umum haram Umno di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Tun Mahathir dan mengecam raja-raja Melayu.
  10. Sebab itu Ku Li dengan sinis menyatakan "Mana satukah yang lebih merbahaya Pindaaan 1993  atau tindakan rakyat  tidak menunjukkan hormat pada sultan Perak pada 6/2/09. Ku Li tidak bersetuju dengan tindakan Karpal saman Sultan Perak, tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang pemimpin Umno yang beri laluan pada tahun 1993.  (Star On Line 17/2/09). Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno kena buat demo depan pejabat Umno. Saya yakin hak yang pergi demo itu memang zero IQ, yang tidak sedar bahawa pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh dibawa ke mahkamah.
  11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti  Sutan Ismail Putera 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Dato' Annuar Musa . Ini lagi memalukan, apakah ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya?  Budaya mana pemimpin umno ambil 
  12. Kenyataan biadab  Shahidan Kasim bekas MB Perlis mengatakan " Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dia ada bukti" (BH 11hb Jun 1993)
  13. Dato' Muhamad Taib kata Nizar derhaka, Dia lupakah yang dia  bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?. 
  14.  23 daripada 24 ADUN Terengganu ugut boikot angkat sumpah Dato' Ahmad Said  selepas pilihanraya 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Idris Jusoh juga jadi MB Terengganu.  Manakala penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina sultan. Apakah pihak polis buta sampai tidak tahu siapa yang pegang kain rentang yang menghina sultan sebagai binatang. Kenapa polis boleh tangkap mereka yang demo di depan Istana Kuala Kangsar 6hb Feb 2009. 
  15. Shahidan Kasim  boikot perlantikan Dr Isa Sabu sebagai MB Perlis, bukankah ini derhaka namanya. 
  16. Tan Sri Rahim Tamby Chik sewaktu menjadi Ketua Menteri Melaka meminta supaya amalan panggilan 'patik' yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan 'saya tuanku'. BH 3/2/1993. Ini ungkapan yang biadab dan derhaka kepada Raja Melayu. 
  17. Dato' Ahmad Zahid Hamidi ketika menjadi Ketua Pemuda Umno mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta kerana beliau bukan waris yang sah (BH 11/2/1993). Ini sikap biadab yang ditunjukkan oleh Zahid Hamidi terhadap sultan yang cuba campurtangan soal pelantikan raja-raja melayu.
    Banyak kenyataan yang berupa penghinaan kepada Raja-Raja Melayu ketika pemimpin Umno bergaduh dnegan Raja-Raja melayu. Dr Mahathir mengatakan Raja tidak henti meminta daripada kerajaan BH 30/1/1993 
  18. Berita harian 23/1/1993  mengaibkan mendedahkan pesta arak di majllis sultan dan membawa perempuan cantik kadang-kadang lapan orang.

Sekarang jelas siapa derhaka dan tidak hormat Raja. Siapakah penderhaka sebenarnya di negara  ini. Jawabnya tentulah pemimpin Umno . Pemimpin Umno hanya menggunakan istana untuk talian hayat mereka sahaja. Mereka bukan jujur, merekalah yang menjatuhkan martabat raja-raja Melayu.


INTIPATI UCAPAN PRESIDEN PAS SEMPENA KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KE-2

Posted: 19 Dec 2010 03:30 PM PST

Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang

19 Disember 2010

Mukaddimah

Yang Dihormati Saudara Pengerusi, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), YAB Saudara Lim Guan Eng – Setiausaha Agung DAP – Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Dihormati Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail – Presiden PKR, Seluruh Anggota Kepimpinan  PAS – PKR – DAP, YAB Menteri Besar Kelantan – Kedah – Selangor, NGO, para tetamu dalam dan luar negara, Wakil-wakil Kedutaan Asing, Ahli-ahli Yang Berhormat serta seluruh perwakilan dan pemerhati sekalian.

Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita sekali lagi berada dalam kesempatan yang sangat bermakna di penghujung tahun 2010, setelah setahun lalu kita sama-sama melakarkan sejarah dengan mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama di Shah Alam pada bulan Disember 2009.

Tentunya Konvensyen Pakatan Rakyat kali kedua ini pula akan menjadi medan kita bermuhasabah, menilai keperluan, menanda aras pencapaian dan menambahbaik tindakan, setelah kita diberikan amanah menguruskan kerajaan di empat buah negeri dan seterusnya memimpin rakyat untuk membuat perubahan di negeri-negeri yang lain, insyaAllah.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Ketetapan Konvensyen Pertama

Setahun yang lalu, kita telah sama-sama menerokai dasar bersama yang dipersetujui, dengan rangka matlamat melaksanakan muafakat yang sangat bermakna dalam negara kita ini bagi membebaskan negara dari kemelut yang sangat menekan rakyat dan penuh dengan penyakit di segenap sudut, seterusnya membentuk gagasan alternatif terbaik untuk negara.

Maka kita telah mencorakkan dasar bersama yang penting di bawah Muafakat Rakyat iaitu untuk (1) Mengembalikan demokrasi telus dan tulen, (2) Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil, (3) Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan dan (4) Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara.

Semua dasar bersama ini akan terus dilaksanakan selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan suatu  penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka.  Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya.

Dalam hal ini, PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan kita adalah dalam ruang lingkup undang-undang negara dengan mengambilkira Islam sebagai agama rasmi negara, dengan meletakkan Islam berdasarkan kepada maknanya yang sebenar. Dalam masa yang sama agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana sahaja di negara kita ini.

PAS percaya bahawa kekeliruan terhadap Islam yang adil yang ingin dibawa oleh PAS berlaku kerana contoh dan tafsiran salah terhadap Islam yang ditunjukkan oleh UMNO selama ini, sehingga melahirkan pemimpin yang tidak amanah, dan berkuasa melalui rasuah serta penipuan.

PAS percaya bahawa keadilan sejagat Islam yang sememangnya bersesuaian dengan fitrah manusia boleh menjadi tiang seri yang mampu untuk menyatukan hati manusia. Kita mesti menyedari bahawa di sana ada perkara yang sama dan berbeza dalam kalangan manusia yang perlu diraikan. Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai kaum, dan perpaduan itu mestilah berteraskan rasa saling hormat menghormati dan kenal mengenal di atas sifat kemanusiaan serta dilayan dengan adil, walaupun berbeza agama dan kaum.

Firman Allah SWT  :

Maksudnya :

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [49:13]

Kita juga telah bersetuju untuk terus melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan, memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, dan dalam masa yang sama melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

Seluruh ketetapan yang sama-sama kita lakarkan dalam konvensyen yang lalu, sebenarnya telah menjawab segala tohmahan jahat dari pihak musuh politik kita bahawa kononnya Pakatan Rakyat adalah golongan yang tidak memahami perlembagaan dan akan menjual rakyat dengan harga yang murah.

Hakikatnya, merekalah yang sebenarnya tidak menghormati tonggak demokrasi berparlimen, apabila dengan penuh keangkuhan telah menggunakan kuasa bagi menyingkirkan Ahli Parlimen kita dari Parlimen Malaysia. Apa yang berlaku hingga kini ialah, mereka takut untuk berhujah dan gagal memberikan apa-apa jawapan yang meyakinkan mengenai isu yang diperkatakan. Merekalah sebenarnya yang telah memberikan nama buruk negara ke persada dunia.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Persidangan Shah Alam 2010

Selain dari itu, kita juga menjadikan persidangan yang dihadiri oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan Negeri, semuanya dari Negeri Pakatan Rakyat pada 29 November lalu sebagai komitmen kita untuk menambahbaik aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran kerajaan yang kita pimpin.

Saya amat berharap agar segala buah fikiran dan perancangan yang begitu baik itu tidak menjadi bahan yang tinggal di atas kertas sahaja, tetapi di berikan kefahaman kepada pegawai pentadbiran kerajaan agar mereka memahami aspirasi kita dan seterusnya melaksanakannya. 

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Masa Bergerak Ke Depan

Hari ini juga kita berhimpun, dengan penegasan yang lebih bermakna, bahawa kita ingin terus melakukan perubahan, di atas prinsip Tahalluf Siyasi, yang menggariskan prinsip kebersamaan kita  dengan menekankan persamaan untuk memerangi kezaliman, ketidakadilan serta rasuah tanpa menafikan asas pembentukan negara Malaysia dan struktur masyarakatnya.

Pada hari ini juga kita menghasilkan satu dokumen kerja dan sasaran yang ingin kita capai dalam berbagai sudut.  Cabaran terbesar kita nanti ialah bagaimana kita menterjemahkan perancangan ini ke dalam bentuk tindakan yang bukan sahaja difahami oleh pelaksana yang terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan di bawah negeri Pakatan Rakyat, tetapi juga difahami oleh rakyat yang berada di bawah kerajaan Pakatan Rakyat khususnya, dan rakyat dalam negara kita ini umumnya. Rakyat lah nanti yang akan menjadi hakim di atas kesungguhan dan komitmen kita untuk melaksanakan perubahan. Jangan kita sekali-kali membiarkan rakyat menghukum kita dalam pilihanraya umum yang akan datang nanti.

Kita juga sedar dan insaf, bahawa perubahan menyeluruh yang diimpikan oleh gagasan Pakatan Rakyat tidaklah mudah dicapai, kerana kita berdepan dengan konsep federalisme sonsang yang dipegang oleh Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional, yang tidak lagi menghormati pilihan yang dibuat oleh rakyat dalam negeri yang telah memilih Pakatan Rakyat.

Selain dari itu, kita juga berdepan dengan kekangan pentadbiran yang sudah membarah selama puluhan tahun di bawah Kerajaan BN. Dalam masa yang sama, kita juga dibelenggu dengan kelemahan diri sendiri apabila ada di antara kita yang mula hilang tumpuan, setelah kita mula diserang dari segenap penjuru oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional ini. Kadangkala kita berhadapan dengan perbezaan pandangan dan pendekatan untuk menyelesaikan masalah, dan di sinilah cabaran terbesar kita yang perlu dirungkaikan supaya kita menjadi gagasan terbaik untuk negara ini.

Saya menyeru kepada semua para hadirin yang menjadi petugas kepada perubahan dalam negara kita ini, supaya kita tidak sekali-kali tersasar dari tujuan kita untuk melakukan perubahan menyeluruh yang bermakna kepada generasi yang akan datang.

Dengan perasaan penuh keikhlasan kita menyedari akan kelemahan-kelemahan ini, tetapi kita bukanlah seperti komponen musuh yang saling bercakaran sesama sendiri, lalu bertindak menyembunyikan masalah mereka sehingga ianya menjadi seperti 'api dalam sekam' yang menunggu masa untuk menjahanamkan negara kita yang tercinta ini. Inilah beza nya pakatan kita dengan mereka, di mana kita berani untuk berdepan, berbincang, berbahas, semuanya dalam semangat yang tulin bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dalam gagasan kita ini. Inilah yang ingin kita sampaikan kepada rakyat.

Perlu kita ingat, bahawa Pakatan kita ini bukan sahaja bergerak untuk menafikan kekebalan pemerintahan Barisan Nasional semata-mata, tetapi adalah untuk melaksanakan perubahan yang adil di mana keharmonian dan keupayaan masyarakat memahaminya di jadikan teras dalam perubahan dalam negara kita ini.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Perlu muhasabah

Marilah sama-sama kita bermuhasabah akan pencapaian kita, setelah diberi tanggungjawab melaksanakan amanah pemerintahan di negeri-negeri Pakatan Rakyat, menilai dengan penuh kejujuran akan kelemahan dasar dan pelaksanaan, kita mencelikkan mata-telinga kita seluas-luasnya dan berlapang dada dengan kritikan rakyat, seterusnya melakukan rombakan pentadbiran dan perubahan menyeluruh apabila difikirkan perlu. Berdasarkan maklumat kelemahan kita ini, maka kita perlu bangkit kembali dengan terus melaksanakan penambahbaikan dalam pemerintahan kita dan memperkemaskan jentera parti di negeri-negeri yang belum bersama kita.

Asas perubahan

PAS ingin menyatakan bahawa dasar yang ingin kita laksanakan dalam negeri di bawah Pakatan Rakyat perlulah bertitik tolak dari pemahaman bahawa (1) kita membaiki kerosakan yang ada dalam negara kita, (2) kita ingin meletakkan negara dan negeri di atas dasar yang sepatutnya, (3) semuanya dilaksanakan dengan semangat dalam perkara yang menjadi Dasar Bersama kita.

Tetapi kita tiada masa yang panjang untuk melakukan semua ini kerana musuh akan sentiasa mencari jalan untuk meruntuhkan negeri di bawah Pakatan Rakyat yang telah kita sama-sama bina. Negeri yang sama-sama kita bina ini pula tidak akan memberikan sebarang makna dalam politik baru negara kita, sekiranya kita gagal menunjukkan kaedah pemerintahan yang jauh lebih baik dari negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional.

Pemerintahan yang lebih baik yang ingin kita capai ialah bukan hanya berkaitan dengan pencapaian ekonomi semata-mata, dan juga bukan hanya mengenai dasar perindustrian serta pelaburan sahaja, kerana kita juga tidak mahu melahirkan masyarakat yang hanya melihat pembangunan material yang berselerakan di kiri kanan persekitaran mereka dan dalam masa yang sama jiwa mereka kosong sehingga melahirkan berbagai penyakit kemanusiaan dalam masyarakat kita ini.

Apa yang kita mahu, bahawa kita perlulah juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani, yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupan rakyat di bawah jagaan kita. Indeks kesejahteraan yang ingin kita capai juga perlu mengambil kira persekitaran masyarakat beragama berbagai kaum dan fahaman yang wujud dalam negara kita ini, apatah lagi ianya mungkin berbeza dengan pentafsiran kesejahteraan di negara-negara lain. Kita inginkan kerukunan sebuah keluarga, yang mampu untuk berdepan dengan krisis moral dan akhlak yang semakin berleluasa di zaman yang serba moden ini.

Dalam melaksanakan dasar dalam negeri yang diperintah Pakatan Rakyat secara bersama, maka penting juga untuk kita berhati-hati dengan cuba lebih memahami betapa pentingnya bagi setiap parti untuk menguruskan sensitiviti masyarakat – tanpa perlu untuk kita menongkah kepercayaan agama dan budaya setiap kaum di negara ini. Jangan pula kita untung secupak tetapi rugi segantang dalam pertimbangan kita.

Kegagalan untuk memahami perkara asas ini akan membuka ruang kepada UMNO dan BN untuk menyebarkan dakyah mereka menerusi media massa yang dikawal oleh mereka. Kita akan berada dalam keadaan yang sangat 'defensive' untuk melawan kuasa media mereka yang akhirnya membuatkan rakyat terbanyak akan menjadi keliru. Akhirnya kita semua akan rugi.

Pendekatan bertahan ini perlulah diubah, dengan kita sendiri menentukan agenda kita bersama rakyat, dan bukan hanya responsif terhadap serangan musuh. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya untuk kita memasuki fasa seterusnya dalam gerakerja kita, dengan kita menggunakan media kita sendiri yang boleh sampai kepada rakyat. Gerakerja ini perlulah disusun secara bersama di kalangan negeri Pakatan Rakyat, petugas parti dan semua kalangan pengamal media yang bersama dengan kita.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Persediaan Pilihan Raya

Belum pun kita sempat melaksanakan amanah dengan sempurna, angin yang bertiup kencang di waktu ini telah memberi gambaran bahawa saat dan ketika untuk kita berdepan dengan Pilihanraya Umum ke 13 detiknya semakin hampir. Suasana sebegini dizahirkan oleh pimpinan utama BN bahawa mereka merasakan semakin selesa dan kononnya rakyat akan kembali bersama mereka.

Kepada mereka, marilah kita pertegaskan pada hari ini bahawa kita bukan sahaja komited untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di empat buah negeri ini, tetapi kita akan bangkit untuk merubah kedudukan percaturan politik yang menjadi dominasi Barisan Nasional selama ini, insyaAllah.

Kita juga mencabar pimpinan Barisan Nasional untuk berani turun ke gelanggang secara amanah dan jujur, tanpa bergantung kepada agensi dan institusi kerajaan, tidak memperkudakan media massa serta menaburkan janji kosong pilihanraya yang saban tahun menjadi rasuah mereka kepada rakyat. Marilah kita turun ke gelanggang secara penuh demokrasi, bukannya berpaut kepada demokrasi yang rosak.

Kepada saudara saudari yang hadir dalam konvensyen ini, ingatlah bahawa sekiranya kita ingin mencapai kejayaan yang lebih baik dari pilihan raya umum yang lalu, maka pada ketika dan saat ini kita perlu memperkemaskan jentera pilihan raya, mempersiapkan petugas, merangka strategi berkesan, membaiki kelemahan, dan seterusnya menampilkan calon yang amanah dan jujur kepada rakyat.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Akhirnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh jawatankuasa konvensyen, pimpinan Pakatan Rakyat, para perwakilan dan pemerhati, dan rakyat yang bersama kita di merata tempat, serta sekalung terimakasih kepada tuan rumah konvensyen yang menjayakan perhimpunan yang bersejarah ini.

Mudah-mudahan konvensyen kali kedua ini mampu untuk mencapai objektif yang dicita-citakan.

Wassalamualaikum wbr.