Isnin, 6 September 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Zaid Ibrahim baru terjaga dari mimpi

Posted: 06 Sep 2010 10:55 PM PDT

by Rosli Ismail

.Sayang sikit orang yang nampak bijak,hebat dan bergaya macam Datuk Zaid Ibrahim boleh termimpi ingat politik ini ibarat Hikayat 1001 Malam .Semuanya dalam Parti Keadilan Rakyat itu indah belaka dan kisahnya selalu membawa kepada happy ending .

Kata orang dah kena baru tau langit tinggi rendah.Malah ada yang sinis menyindir kata bekas menteri itu patut merasa dirinya lampin@tuala pakai buang.Mau pampers untuk kanak-kanak atau jenama kotek untuk wanita.

Jangan marah Datuk.Ini tafsiran mereka yang nakal sikit dibuat dari hasil kenyataan Datuk sendiri yang meluah rasa dalam lamam blognya tentang nasib menimpanya dihentam kiri kanan bila umum nak bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

"Semasa saya diterima masuk setahun dahulu saya digelar wira, seorang yang berani dan berprinsip, pejuang politik yang tidak mementingkan jawatan dan kedudukan,"

" Dua belas bulan kemudian saya sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan akan menjual parti kepada UMNO. Tuduhan terhadap peribadi saya juga ditingkatkan. Teringat saya semasa di Hulu Selangor dulu, cuma masa itu UMNO yang membelasah saya," kata Zaid.

Berat kalau difikirkan begitu.Apa lagi baru saja memuja itulah parti yang terbaik untuk dirinya.

Siapa yang tidak geram kalau waktu 'nak pakai' macam jadi calon PKR Hulu Selangor dulu ditimang dan dijunjung dan tiba-tiba segala macam peluru dan meriam dihalakan padanya bila nak bertanding.

Lebih mengaibkan selepas berhijrah ke dalam PKR Zaid rajin mencerca UMNO,tempat lama beliau berteduh hingga menikmati jawatan menteri.

PKR dan pakatan rakyat dirasanya dapat menjadi wadah idealisma tentang perjuangan politik yang mengikut kayu ukurnya.

Zaid juga selalu mengambarkan dirinya seorang yang tidak gila jawatan dan ingin menghambakan diri untuk perjuangan politik yang mulus.

Kalau itulah pengikat diri sebenarnya beliau tidak sepatutnya merasa macam orang yang nak 'di nyah buang' bila nak cuba potong jalan Azmin Ali, anak emas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengidam jawatan Timbalan Presiden PKR.

Ramai pemerhati politik yang pelik melihat Zaid ' meletup' hingga meluah rasa dalam laman blognya tentang kemungkinan mengalami nasib macam bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba yang dibentis oleh Anwar semasa pemilihan UMNO tahun 1993.

Satu – siapa Zaid dalam PKR.Beliau baru saja masuk parti itu.Dua – kenapa beliau letak dirinya satu level dengan Ghafar .Tiga - hebat mana Zaid hingga merasa beliau paling layak untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.Empat- beliau tak sedarkah siapa jantung hati Anwar.

Apakah Zaid terpengaruh dengan analisis sesetengah media yang awal-awal letak dirinya sebagai orang yang paling layak mengetuai PKR dan juga pakatan rakyat jika Anwar kena dalam kes liwatnya?

Juga apakah beliau sudah termakan atau silap tafsir signal dan dendangan politik Anwar hingga merasa ' akulah orangnya'.

Dari sudut pandangan mata kasar ada kalangan pemerhati yang menilai Zaid sudah silap langkah untuk memandang rendah pada Azmin.

Politik membuka kepada segala macam kemungkinan,Apa lagi Azmin sudah main silat gayung dalam PKR sedangkan Zaid baru silat pulut.

Namun menyingkap balik sejarah naluri Zaid untuk bertanding merebut jawatan tinggi sudah terserlah sejak beliau dalam UMNO lagi.

Pada tahun 2004 beliau hanya berstatus seorang Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu.

Waktu itu tidak ada siapa yang berani bertaruh beliau boleh menang salah satu dari tiga jawatan Naib Presiden UMNO.

Biasanya hanya mereka yang berjawatan menteri yang berani cuba nasib.

Zaid tetap Zaid.Beliau redah juga menawarkan diri…dan semua orang tahu akhirnya terkangkang nombor corot dari enam calon yang bertanding - AgendaDaily

Pesawat terhempas di Gunung Pulai

Posted: 06 Sep 2010 09:20 PM PDT

Sebuah pesawat dua tempat duduk telah terhempas di Gunung Pulai semasa melakukan penerbangan latihan pada kira-kira jam 9.45 pagi ini.

Nasib juruterbang dan seorang pegawai dari Jabatan Penerbangan Awam masih belum di ketahui setakat ini. - the Star
TERKINI : Seorang terkorban dan seorang lagi tercedera dalam kejadian di atas.

Lagi nak minta Harussani buat fatwa ... macamana dengan kes ini?

Posted: 06 Sep 2010 07:24 PM PDT




Rosmah baru khatam Quran? ... tak kisah lah aku bila dia nak khatam itu hak dia ... atau khatam hanya untuk dapatkan publisiti atau simpati, promotkan diri, menunjuk-nunjuk dan macam-macam lagi dia ni sekoq boleh buat apa saja dalam negera yang dinamakan Malaysia ni, sebab dia ingat Malaysia ni laki dia punya ... Lantak korang lah ...
Tapi yang aku nak tunjuk pada korang semua ... minah sekoq ni memang tak boleh diajar dah ... lagi pun macam kata seseorang dalam komen pada artikel aku terdahulu "najib takut nak ajar dia ni ..." hahaha ... aku rasa pun macam tu. Kalau najib sendiri pun takut, macamana pula Harusani, yang kuat sangat melalak kalau terkena kepada pembangkang ... tapi diam membisu dengan apa-apa tindakan pihak umNOapco ... itu lah sebahagian Mufti di Malaysia yang aku labelkan sebagai Mufti cari makan ... bukan Mufti untuk mejaga hukum hakam Islam ...

Di hadapan Al Quran bini montel najib ni masih juga tidak menutup auratnya, masih menampakkan jambul nya , sama seperti Hannah Yeoh AP Subang Jaya diatas ...
Susah sangat ke nak menutup aurat ni ??????????????????

Harussani, siapa yang patut menutup aurat?

Posted: 06 Sep 2010 09:32 AM PDT


Ini adalah kenyataan Mufti Perak, Harussani Zakaria mengenai kes AP Serdang Teo Nie Ching yang dikatakan memberi tazkirah di surau Al-Huda Kajang baru-baru ini, dengan berada di dalam surau tersebut tanpa menutup aurat, lanjutan kepada kenyataan najib razak J/Kuasa surau nafi kenyataan Najib MP Teo sampaikan tazkirah yang dipetik TMI

Bagaimanapun Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bersetuju dengan Najib bahawa Teo telah melanggar fatwa yang sedia ada keputusan dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan terpakai kepada semua termasuk bukan Islam.

"Ia satu undang-undang dan semua orang terikat dengannya. Dalam kes ini, beliau bertindak bertentangan dengan fatwa kerana beliau tidak menutup rambut ketika masuk ke surau dan beliau juga menyampaikan ucapan di ruang solat," kata beliau.

"Bukan Islam boleh masuk masjid, tetapi mereka juga mesti menghormati peraturan dan kesucian (premis).
Ini bermakna mereka mesti tutup aurat," katanya.
STONE : Aku nak tanya Harussani ... Bagaimana dengan bini Najib? ... adakah kerana beliau bini seorang PM maka beliau dikecualikan dari fatwa tersebut. Sudah banyak gambar-gambar si gemuk tu berada di dalam masjid dengan menampakkan jambul nya, tapi sehingga kini baik Mufti, baik menteri agama tiada seorang pun berani bersuara tentang kejahilan rosmah? Kenapa mesti ada 'double standard di sini? Balik-balik kes Teo yang diulang cerita ... Kenapa? Adakah hanya kerana dia wakil rakyat pembangkang?
Kalau betul hendak mengikut fatwa tersebut rosmah juga patut dihalang dari memasuki masjid kerana rosmah juga tidak menutup aurat. ....
Sebagai wanita Muslim, Rosman WAJIB menutup aurat tak kira dimana beliau berada.
Harussani, bercakaplah atas landasan Islam, bukan kerana politik atau sekadar mahu menjaga periuk nasi kalau mahu dihormati sebagai seorang Mufti yang berwibawa. Pls .... be fair

S/U Politik MB Johor dijumpai mati

Posted: 06 Sep 2010 08:44 AM PDT

JOHOR BARU, Sept 6 — Dr Gunawan Mahmood, the political secretary to the Johor mentri besar, was found dead in his office in the Dato' Jaafar Muhammad building, Kota Iskandar here at 3pm today.

Gunawan, 51, a diabetic, had in the morning complained that he was not feeling well and had sought medical treatment at a private clinic before returning to his office, apparently to rest.

However, he was later found motionless and slumped in his seat, with his hands hanging downwards, by staff of the MB's office.

His nephew, Wahyu Budiman Rendra, said he received a call at 4pm from Gunawan's wife informing him of his death.

The body was taken to the Sultanah Aminah Hospital for a post-mortem.

According to Wahyu, Gunawan's body will be taken to Felda Ulu Tebrau for burial at the Felda Ulu Tebrau Muslim cemetery tomorrow.

Gunawan was appointed political secretary to the MB in 2008. He is survived by his wife, Norhayati Maarof, and four children aged between 13 and 21. — Bernama

Gambar 'superimpose' : umNO/BN marah sebab saya haramkan judi bola : LGE

Posted: 06 Sep 2010 01:25 AM PDT

PULAU PINANG, 6 Sept — "Saya masih waras dan tahu menilai majlis apa yang dibolehkan ketika bersama masyarakat Islam," kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika membidas dakyah terbaru Umno kononnya beliau menyembelih lembu korban.

Lim berkata, tindakan meletakkan gambarnya dengan wajah bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaludin sengaja dilakukan untuk mencetuskan kemarahan umat Islam selepas isu khutbah bulan lalu.

Justeru, kata Lim, beliau yakin yang rakyat tidak akan tunduk dengan fitnah tidak berasas seperti itu yang mempunyai maksud untuk merosakkan perpaduan kaum.

Ketua Menteri percaya bahawa punca utama kemarahan kepimpinan Umno dan BN terhadap kepimpinanya ialah apabila mengharamkan judi bola baru-baru ini.

Disebabkan pengharaman tersebut kerajaan kehilangan sumber pendapatan yang besar.

"Bila kerajaan Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan mengharamkan judi bola, ramai yang marah. Malah ada yang anggap ia tindakan jahat kerana menghalang sumber pendapatan negara," jelas Lim.

Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang berbuat demikian baru diikuti oleh beberapa negeri lain sehingga membuatkan kerajaan pusat terpaksa mengubah keputusan mengharamkan kononya mendapat bantahan banyak pihak.

Kelmarin, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan buruk yang semakin ketara ditonjolkan oleh Umno dan BN bagi mempengaruhi rakyat supaya menyokong mereka.

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata, fitnah yang semakin berleluasa kebelakangan ini bukan saja menggambarkan imej buruk parti tersebut tetapi juga menjatuhkan moral kepimpinan mereka.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menggesa masyarakat khususnya orang Melayu supaya tidak mempercayai segala muslihat terdesak yang cuba dipelopori oleh Umno dan BN.

Setiausaha Umno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim mencabar Pakatan Rakyat menunjukkan bukti berhubung tuduhan mereka yang mengatakan Umno menyebarkan gambar seumpama itu. - TMI

Sidang akhbar Azmin : Saya tak diberitahu tujuan sebenar kata seorang MP

Posted: 06 Sep 2010 12:44 AM PDT

G Vinod

PETALING JAYA: One of the PKR MPs who attended a press conference here to express support for Azmin Ali is fuming. According to him, he was not told what was on the agenda.

Speaking on condition of anonymity, the MP said: "I was not aware that it was to back Azmin and I am disappointed for not being told about this."

He claimed that it was "misleading" for PKR supreme council member Kamarul Bahrin Abbas to tell reporters that all the MPs present were in favour of Azmin becoming the next deputy president.

The MP said the situation was similar to what had happened with Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim previously.

"It is the same thing... I was caught by surprise then as well when they discussed about his removal," he added, referring to a meeting held in June.

Taking a swipe at Azmin, the MP said that the vice-president should not be resorting to such tactics to win in the upcoming party polls.

"Rather than pulling such stunts, why doesn't this ambitious person just focus on performing. I am sure if he performs, he can win without having to resort to these kind of charades," he told FMT.

He said PKR was now in need of a leader with a vision who could take the party to greater heights.

"We should not only be talking about dislodging Barisan Nasional and grabbing power. We should focus on how to address the problems plaguing the nation and how to take the country forward," he added.

Also present at the press conference were MPs Zuraida Kamaruddin (Ampang), S Manikavasagam (Kapar), Loh Gwo Burne (Kelana Jaya), Johari Abdul (Sungai Petani) and Amran Abdul Ghani (Tanah Merah).

Kamarul, who is the MP for Teluk Kemang, said that 20 MPs and senators were backing Azmin.

'I knew it was about Azmin'

Meanwhile, Manikavasagam said he was aware that the press conference was related to Azmin's bid for the number two slot.

"When I received the text message, I checked with Zuraida and Kamarul and they told me of their intention to show support for Azmin," he added.

However, he pointed out that despite their support, it was up to the members to decide who they wanted as deputy president.

"The PKR leadership will be determined by its members, unlike delegates before," he said, referring to the implementation of the direct election process.

"Therefore even if MPs support a particular candidate, it will be hard to predict who the members will vote for in the polls," he added - FMT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Musa Hassan dihambat penuh hina seperti anjing kurap?

Posted: 06 Sep 2010 08:36 PM PDT

Malay Mail semalam melaporkan berita bertajuk "Outgoing IGP says he was fed up with 3rd party interference" (untuk berita dalam BM sila lihat Malaysian Insider semalam "Musa kecewa ada pihak campur tangan urusan polis").

Bila Musa kata dia fed up, kita baca sajalah berita dia fed up tu. Tetapi, kita pun dah lama fed up dengan sikap berat sebelah polis. Kalau puak Umno Barisan Nasional (BN) terjerit-jerit atas jalan atau dalam masjid, bukan main mesra lagi polis menjadi rakan sekawan mereka. Siap senyum kerang busuk.

Tapi kalau puak yang melawan Umno berhimpun secara aman sekalipun, bukan main bengis polis mengentam dan mengganasi. Oleh kerana kita orang dan bukan plastik, semua itu kian mengapi-apikan rasa fed up kita.

Itu satu hal. Yang lebih menarik dari itu ialah mengapa Musa mengulangi lagi rasa tidak puas hatinya terhadap campur tangan pihak ketiga? Mac lalu, beliau telah membangkitkan perkara itu.

Umum melihat luahan rasa tidak puas hatinya ketika itu ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sehingga memaksa Mamat itu membikin kenyataan akhbar yang menyifatkan dakwaan hubungan beliau dengan Musa sebagai tegang adalah tidak berasas (lihat posting "Siapa percaya Hishammuddin?").

Sukar untuk menolak kemungkinan bahawa kenyataan Musa menjelang persaraannya itu juga ditujukan kepada Hishammuddin. Maklumlah, Musa sendiri mengakui beliau tidak tahu kontraknya tidak akan disambung sehinggalah pengumuman dibuat oleh Hishammuddin.

"Tiada orang bagi tahu saya mengenai perkara itu. Saya tahu sendiri apabila ia diumumkan," katanya.

Kita tidak tahu adakah benar Musa tak tahu. Tetapi apabila Musa memberikan kenyataan sedemikian, ia tidak menggambarkan hubungan yang sewajarnya antara beliau dan Hishammuddin.

Jawatan sebagai Ketua Polis Negara dilihat menyebabkan Musa merasa dirinya hebat sangat. Perbuatan mengumumkan bahawa beliau tidak lagi dikehendaki di dalam sidang akhbar yang turut dihadirinya dalam keadaan beliau tidak pun mendapat hint mengenai perkara itu dari orang yang membuat pengumuman boleh dilihat sebagai tindakan menghambatnya dengan penuh hina.

Adakah Musa dihalau dan dihambat dengan penuh hina seperti anjing kurap yang tidak diperlukan lagi oleh tuannya? Kita tidak tahu. Kita hanya mampu bertanya.

Ah, teringat pula bagaimana kita diperlakukan seperti anjing hampir setiap kali kita berhimpun secara aman.

Hak Melayu: Cabaran debat Nurul Izzah tepat

Posted: 06 Sep 2010 08:35 PM PDT


KUALA LUMPUR, 7 Sept: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr. Syed Husin Ali berkata, cabaran Nurul Izzah Anwar untuk berdebat berhubung 'hak Melayu' dengan Perkasa dilontar tepat pada sasaran.

Menurutnya, sekurang-kurangnya tiga orang menteri kanan, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menegur atau mengecam cabaran anggota Parlimen Lembah Pantai tersebut.

Pendirian Najib dan menteri itu jelasnya membuktikan dengan jelas bahawa Umno hanya bercakap tentang 1Malaysia, akan tetapi pada hakikatnya mereka tetap dengan golongan perkauman sempit Melayu.

"Sangat tepat pandangan Nurul Izzah bahawa frasa 'hak istimewa' Melayu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan; yang wujud hanya 'kedudukan istimewa'. Begitu jugalah tidak terdapat slogan 'ketuanan Melayu' dalam Perlembagaan," katanya.

Pendirian Nurul Izzah itu juga jelasnya selari dengan pendirian PKR dan Pakatan Rakyat yang mendukung seluruh semangat Perlembagaan Persekutuan.

Ianya termasuk kedudukan Agama Islam, Sultan serta Bahasa Melayu, dan juga kedudukan istimewa Melayu asalkan ia tidak disalahguna untuk memuaskan kerakusan golongan berkuasa yang memang sudah istimewa.

"Mana-mana perlembagaan negara bukannya seperti al-Quran ciptaan Allah yang tidak boleh diubah oleh manusia.

"Perlembagaan Persekutuan telah dipinda lebih 40 kali," katanya yang juga Ahli Dewan Negara.

Nurul Izzah pada pengh ujung Ogos lalu mendakwa idea "hak orang Melayu" dibawa oleh Perkasa hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan perlembagaan.

Beliau kemudian mencabar pertubuhan bukan kerajaan Melayu itu agar berdebat dengannya berhubung perkara tersebut.

Perkasa bagaimanapun Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mengetepikan cabaran Nurul Izzah dengan alasan aspek tersebut tidak boleh dipersoalkan sama sekali.

Beliau juga mendakwa Nurul Izzah bukan lawannya tetapi lawan sebenar beliau adalah bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahimyang juga Ketua Umum PKR.

HATI-HATI ORANG KELANTAN BILA RAYA NANTI!! UMNO DATANG SANA!!

Posted: 06 Sep 2010 08:28 PM PDT

kahkahkah tak sudah-sudah UMNO carik jalan nak bodek orang kelantan agar sokong depa... Lantak kat hangpala... Cuma untuk orang Kelantan Hati-Hati.. Pasai apa korang bukan tak tau UMNO nih..

Nak kasik jalan projek depa macam2 depa sanggup buat.. contohnya..

1. Guna gambar Anwar untuk jemput orang datang ceramah depa.
2. Guna nama orang lain untuk orang datang ceramah depa.
3. Guna pelajar SEKOLAH/IPT dengan mewajibkan cikgu besar antar wakil dari setiap sekolah.
4. Bagi reportkad selepas ceramah... 

Kahkahkah Semua dalam poket.. Sebab semua pernah jadik... Yang jadik mangsa...! Orang yang kene tipu tu.. ChioW!!

Klik bagi besar... Aku colek dari UTUSAN MELOYA!! kahkahkah

Bile nak bagi ROYALTI OI!

Rungutan, Keluhan dan Harapan...

Posted: 06 Sep 2010 08:27 PM PDT


Pepatah Melayu kata... Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Kesian.... itulah dia nasib si kuda pencen. Setelah tenaga dikerah dan diperah, akhirnya apabila dia tidak diperlukan lagi, dia ditolak ketepi begitu saja. Tak diberitahu pun, yang dia akan diketepikan. Tahu pun secara tetiba jer....

Aha... tahu tak per, Padan dengan muka!! Masa berkuasa.... fulaamakk, angkuh sekali. La ni, baru berani nak bersuara. Bersungut dan mengeluh akan nasib diri dan nasib institusi yang dikepalinya dulu. Tapi... kalau tak cakap pun, semua orang dah tahu. Cuma apa yang didedahkannya sekarang menjadi kenyataan yang sahih dan tak boleh nak disangkal lagi.

Apakah keluhan hati bakal mantan KPN ini sekadar nak cover diri yang terpalit dengan pelbagai tuduhan yang menjijikkan. Kecamlah KDN serta pihak-pihak yang telah mempergunakan PDRM semahu-mahunya, tetapi kenapa baru sekarang nak buka mulut. Betullah tanggapan sesetengah orang, yang pegawai kerajaan hanya ada 'telor' setelah pencen. Masa ada kuasa... masa pegang jawatan, eksyen bukan main tetapi menikus ya Rabbi.

Alahai.... demi jawatan dan pangkat serta kuasa, sanggup jadi anjing kerajaan yang asyik menggigit rakyat, yang sepatutnya dilindungi oleh mereka. Zalimi rakyat yang tak berdosa semata-mata hendak memuaskan nafsu syaitan sang pemerintah.

Sepatutnya, kalau kamu ada rasa tanggung jawab dan pegang pada amanah, dari dulu lagi kamu patut bersuara dan jika keadaan masih tak berubah, kamu sepatutnya letak jawatan saja. Barulah kamu akan lihat sebagai manusia yang ada maruah dan berintegriti. Ini tidak.... kamu, sebaliknya bersekongkol dengan kerja hina mereka, hinggakan institusi yang kamu terajui dimaki, dicerca dan dihina oleh rakyat.

Setelah kamu perlakukan rakyat macam penjenayah dan kamu zalimi mereka, kini... kamu nak mintak simpati agar warga institusi kamu dihormati dan diehsani. Rakyat sebenarnya tidak memusuhi mereka yang jujur pada amanah dan tugas,tetapi benci pada manusia kejam yang seangkatan dengan kamu dan kezaliman mereka.

Kalau itulah yang kamu terpaksa lalui selaku KPN, mana mungkin kerajaan akan memilih pengganti kamu, yang ada guts untuk menentang arus dan melaksanakan tugas dengan amanah. No way.... Keadaan tidak akan berubah selagi UMNO/BN memerintah negara. Bodohlah mereka jika mereka memilih orang akan menentang kehendak mereka dan menyusahkan mereka. Ismail Omar pasti akan tetap menjadi the next kuda tunggangan bagi UMNO/BN.

Yeee haaahhh!!!

Sumber dari sini

Azmin Dan Zaid Jangan Bawa Petaka Dalam PKR

Posted: 06 Sep 2010 08:23 PM PDT

SEBETULNYA tidak ada hak untuk saya merasai lebih bimbang daripada ahli PKR mengenai perkembagan parti itu menjelang pemilihan pemimpin yang sedang berjalan kini. Saya tidak perlu untuk merasa cemas dan tidak pun tahu kenapa harus bimbang. Saya bukan ahli PKR hanya pemerhati dan simpati tinggi kepada PKR yang bergabung dengan Pas dan DAP menerusi Pakatan Rakyat yang berazam untuk menumbangkan BN.

Sebagai orang yang telah lama diperintah oleh kerajaan UBN yang mengetahui akan kebaikan dan keburukkannya, saya mahu melihat Pakatan Rakyat mengubah suasana itu. Pengubahan ini tidak kira sama ada dengan mengambil alih kerajaan ataupun melakukan kritikan dan teguran sehinggakan kerajaan BN menjadi sebuah kerajaan yang benar-benar efisyen dalam membela rakyat.

Tetapi terus terang saya katakan, saya amat bimbang dan cemas dengan apa yang menjelang kongres parti itu untuk mengadakan pemilihan pemimpin waktu ini. Pertandingan merebut jawatan dalam PKR terutamanya di peringkat Timbalan Presiden menjadikan saya 'ugah' hati. Firasat saya kurang baik mengenai hal ini. Sekiranya tidak dialpakan dan tidak dibendung ia mungkin boleh menyebabkan berlaku keretakan dalam PKR yang semua orang tidak mahu menenguknya.

Sesuatu yang sungguh malang kalau PKR mengalami keretakan. Orang-orang seperti saya sedang menunggu-nunggu akan keupayaan dan kemampuan PKR bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Kemenangan besar PKR dalam pilihan raya didoakan akan menjadi lebih besar. Tetapi kalau takdir ini berlaku ia boleh merombak mood umum untuk menyaksi pilihan itu kelak berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Mulanya pertandingan ini dikira akan berlaku dalam suasana kekeluargaan dan penuh mahabbah saja. Ia tidak lebih dari satu kewajiban menurut pelembagaan saja. Pertandingan ini juga memberi peluang kepada mereka yang merasa layak untuk jadi pemimpin. Tidak lebih dari itu. Ia bukan satu peperangan yang haus mencederakan atau mematikan sesiapa. Pertandingan itu adalah demi menyihat dan mewaraskan semua pihak.

Itu sepatutnya berlaku. Tetapi melihat kepada gelagat dan penyokong dua orang calon yang akan merebut jawatan itu, iaini Zaid Ibrahim dan Mohd Azmin Ali, ia menyerlahkan kepada suasana yang kurang baik dan ada tanda-tanda menjadi kejam atau lebih kejam. Perasaan persauaraan dalam parti tidak terserlah. Demikiannya juga kualiti keduanya sebagai pemimpin tertinggi gagal ditunjukkan. Ingat kedua mereka dilihat sebagai aset penting parti kalaupun tidak bakal mengganti Anwar di masa akan datang.

Kenyataan-kenyataan, bentuk kempen, propaganda dilakukan kini memberi gambaran perebutan itu seperti berlaku antara dua ahli yang berbeza parti dan perjuangan. Seolah keduanya tidak berada di bawah renungan mata yang satu. Beberapa laporan dan kejadian berhubung itu yang masuk ke telinga saya amat amat mendukacitakan sekali.

Perhatikan apa yang telah dicatat Zaid dalam blognya. Beliau mendedahkan kononnya ada orang cuba mengupah bloger agar menulis sesuatu yang buruk mengenai dirinya. Kononnya juga bloger itu akan menulis yang beliau mengupah RM20,000 kepada cabang untuk memastikan beliau dicalon.

Kalaulah benar dakwaan Zaid itu betapa buruk dan busuknya proses pemilihan dalam PKR. Jelas sekali budaya dan tradisi syaitan yang diamalkan dalam Umno turut menular ataupun diguna pakai dalam PKR. (Saya harap tidak betul dan pendedahan itu sebagai satu tektik saja).

Zaid juga sebelum itu dakwa ada orang yang hendak jadikannya sebagai Ghafar Baba (Allahyarham) di mana telah dimalukan dalam Umno sehingga tidak cukup pencalonan untuk merebut jawatan timbalan presiden bersama Anwar. Ertinya menurut pendedahan Zaid itu ada usaha dijalankan supaya beliau tidak mendapat pencalonan mencukupi itu bertanding.

Kalaulah dakwaan Zaid itu benar, kenapa sampai jadi begitu sekali. Kenapa harus menggunakan tektik buruk dan celaka itu. Kenapa harus sampai hendak malukan Zaid. Bukankan Zaid aset penting kepada kemajuan PKR itu sendiri? Saya rasa sebagai parti baru yang sifatnya lebih terbuka, telus, ikhlas dan demokratik dari Umno seharusnya perbuatan itu tidak berlaku.

Begitu juga tindakan bersama oleh beberapa Ahli Parlimen dan Senator PKR yang membuat kenyataan menyokong Azmin Ali untuk jawatan itu tidak patut berlaku. Tindakan itu sekali lagi menggambarkan sikap kurang bijak dan cuba mempamerkan keretakan dalam PKR. Kenapa harus ada endorsement sebegitu?

Pada saya tektik untuk mempengaruhi perwakilan cabang dengan membuat kenyataan bersama itu boleh membuka ruang perbalahan dalam PKR. Keadaan yang dimulakan itu akan buruk sekiranya ada pula pihak-pihak lain membuat kenyataan sebaliknya dengan menyokong Zaid. Tindakan sebegitu telah membuka pekong PKR sendiri kepada musuh. Musuh dengan mudah menganggap yang ahli PKR dan Senatornya telah berpihak.

Selalu terjadi dalam parti politik pergaduhan yang mulanya kecil akan membesar dan kesannya terbawa sampai ke rumah. Ia kadang kala tidak akan mudah hapus dan akan dikenang sampai ke bila-bila. Sejarah sudah menunjukkan semua itu.

Apapun keadaan masih boleh dikawal. Ia belum melarat jauh lagi. Anwar Ibrahim selaku orang tua dan penasihat parti hendaknya bangkit segera membuat teguran. Beliau harus menegur kedua pihak supaya tidak menggunakan tektik kotor dalam perlawanan. Beliau tidak boleh membiarkan atas kepercayaan kedua mereka itu manusia cerdik. Apa juga yang penting mengingatkan mereka atau sesiapa saja bahawa pertandingan itu satu keperluan bukan satu kemestian mereka jadi pemimpin.

Kita tidak mahu rakyat akan membuat kesimpulan perebutan itu sebagai kegelojohan nafsu kedua-dua calon itu. Adalah malang kalau gara-gara itu nanti akan terdengar orang mengatakan PKR sebelum apa-apa sudah bergaduh, kalau Anwar jadi PM mungkin pergaduhan akan lebih teruk lagi kerana berebut jawatan dan kuasa.

Baik Azmin atau Zaid kalau hendak berseteru pun biarlah secara senyap. Bergaduhlah seperti laki bini yang educated di mana pertengakran mereka jangan sampai ke telinga anak-anak di luar bilik. Bergaduhlah dalam bilik. Amalkan apa yang dilakukan suami isteri yang bergaduh separuh malam saja kemudian baik sampai ke pagi. Itulah pemimpin yang bijak dan profesional. Jangan baik Zaid atau Azmin membawa petaka baru dalam PKR.
MSO.

Taib Nampak Sudah Sedia Pimpin BN Sarawak Hadapi Pilihan Raya

Posted: 06 Sep 2010 08:21 PM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Sept — Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud kelihatan sudah bersiap sedia untuk menerajui Barisan Nasional (BN) Sarawak menghadapi pilihan raya negeri, walaupun beliau sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mungkin akan berundur apabila tiba masanya.
Pendapat ramai di Sarawak ketika ini ialah beliau sememangnya pemimpin untuk Sarawak ketika ini.
Seorang penulis terkenal Amerika Denis Waitley pernah berkata: Ada dua pilihan utama dalam kehidupan, iaitu untuk menerima keadaan mengikut seadanya, atau mengambil tanggungjawab untuk mengubahnya.
Nampaknya anggota Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak mahu menggoncang kestabilan, kerana mereka berpendapat hanya beliau sahaja yang mampu mengekalkan perpaduan di kalangan pemimpin parti komponen dalam BN Sarawak.
Kriteria itu merupakan perkara penting untuk menerajui negeri dan mesej ini jelas disuarakan oleh mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di Kuching Ahad lepas, sekali gus menggambarkan kedudukan kukuh Taib dalam parti.
Menurut satu sumber parti, pemimpin-pemimpin penting PBB bimbang sekiranya Taib yang menjadi Ketua Menteri Sarawak sejak 1981 mengundurkan diri sebelum pilihan raya negeri, ia mungkin menggugat kestabilan parti dan juga BN Sarawak.
"Ramai di kalangan anggota BN Sarawak bimbang sekiranya Taib tidak cukup mantap untuk menerajui pilihan raya. Apa sahaja pendapat anda tentangnya, dia mempunyai kepimpinan yang kukuh bagi memastikan segalanya berjalan lancar semasa pilihan raya, dan jentera pilihan raya bersatu di bawah satu pentadbiran," katanya.
"Sekiranya Taib mengambil keputusan untuk berundur sekarang, bagaimana penggantinya dapat mengekalkan perpaduan dalam parti, terutama dalam menangani isu-isu seperti calon berpotensi dan permainan politik dalaman yang akan memberi kesan terhadap jentera semasa tempoh berkempen?" tambahnya.
Beliau berkata sebarang keputusan terlalu awal di pihak Taib untuk berundur ketika ini pastinya akan menggugat kestabilan parti.
Keadaan ini secara tidak langsung memberi penjelasan kepada tindakan timbalan presiden parti PBB Tan Sri Alfred Jabu yang mengumumkan bahawa 71 cawangan PBB menyuarakan ikrar taat setia kepada Taib untuk terus memimpin sebagai Ketua Menteri, Pengerusi BN Negeri dan Presiden PBB.
Katanya kepimpinan Taib amat penting dan diperlukan bagi mengekal kestabilan politik Sarawak, keamanan, keharmonian serta perpaduan yang tidak tergugat, dan kerajaan negeri memerlukan Taib untuk mengekalkan disiplin bagi memastikan kerjasama kukuh antara parti-parti komponen BN Sarawak, di samping menjanjikan prestasi yang cemerlang dan berintegriti dalam BN.
Satu lagi sumber dalaman parti berkata Taib sendiri memberi taklimat kepada anggota Majlis Tertinggi Ahad lepas mengenai rancangan bagi menggantikan tempatnya dan memberi penjelasan mengenai kontroversi yang timbul ekoran kenyataan beliau sebelum ini menegnai kesanggupannya untuk berundur.
Tidak ada anggota Majlis Tertinggi yang sanggup memberi komen mengenai rancangan itu kecuali berkata mereka memberi sokongan penuh kepada Taib untuk terus menerajui negeri dan parti.
Antara yang dilihat berpotensi menjadi pengganti Taib ketika ini selain Jabu ialah Timbalan Presiden II Datuk Seri Abang Johari Tun Abang Openg, dan Naib Presiden kanan 1 Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan.
Bagaimanapun masih ada kemungkinan lain yang tidak boleh diketepikan.
Contohnya Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu yang baru dilantik sebagai penasihat khas kepada pejabat Ketua Menteri yang bertanggungjawab kepada hal ehwal awam pada 2 April lepas yang memberikan beliau setaraf dengan menteri, Datuk Seri Adenan Satem.
Pelantikan bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu sebagai penasihat khas kepada Taib turut mencetuskan cakap-cakap politik dalam arena politik negeri.
Adenan sebelum ini pernah disebut-sebut untuk menggantikan Taib, namun beliau dikatakan tidak sefahaman dengan Ketua Menteri pada tahun 2006, dan sejak itu beliau ''menghilangkan diri'' buat seketika.
Sebelum ini ada beberapa pemimpin PBB yang dikatakan berpotensi untuk mengambil alih teraju kepimpinan, antaranya termasuk Allahyarham Tan Sri Dr Sulaiman Daud, Datuk Seri Effendi Norwawi, Datuk Bujang Ulis dan Datuk Abang Abu Bakar Mustapha, bagaimanapun ia tidak menjadi kenyataan.
Pada tahun 2006, Taib memberi petunjuk bahawa beliau akan kekal sebagai Ketua Menteri untuk penggal semasa yang akan berakhir Jun tahun depan.
Bagaimanapun bagi pilihan raya berikutnya, ketika ini nampaknya Taib akan terus menjadi kata pemutus kepada kepimpinan negeri. — Bernama

ANGKATAN MUDA KEADILAN dan PEMUDA KEADILAN.

Posted: 06 Sep 2010 04:16 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvwozuvGKVg8AIZ2f30R4SrquSXhJzoo1eEfcwcIQ5o1T6CHWLIirzoJxLl7cz0bqeSxWgsP2vThXM1Eg_aDDa8R1djVdlKM4IkaQ-3LtlJNYcWu4gjLWx70u_l_O1q_Biv8tBVS0rQnU/s1600/no_to_BN.jpg

Keahlian AMK sangat membanggakan.

Berduyun-duyun Anak Muda daftar masuk AMK dan pendaftaran keahlian ini tidak berhenti , berterusan. Ini tanda baik.

Ini membuktikan Anak Muda sebenarnya mahu terlibat secara langsung berbakti pada Negara tercinta.

Anak Muda pernah merasai dudok di bawah Ezam dan juga bawah Sam.

Pemilihan akan datang siapa akan memegang tampuk mengemudi puluhan ribu Angkatan Muda ini dan jutaan Anak Muda secara tidak langsung dari luar parti yang dahagakan
Kepimpinan Muda yang meniup nafas semangat Pembaharuan dan Perobahan ?


Menjadi Ketua AMK adalah satu jawatan yang cukup 'hot'.

Jawatan Ketua AMK ini nyata lebih menggiurkan dan seksi berbanding Jawatan Ketua Pemuda UMNO yang dibenci Rakyat.

Ketua AMK wajib BERANI DAN BIJAK.

INI DUA KUALITI UTAMA YANG DIHARAP OLEH AKAR UMBI.

Kalau bijak dengan berjela-jela ijazah dan pengalaman kerja sana sini tapi Penakut dan Pendiam macam tikus mondok pun tak guna jugak.

Kalau berani buat laporan polis sana sini , diheret FRU tapi tiada idea pembaharuan dalam melakar polisi dan urus tadbir Negara juga tidak guna.

Kedua-dua kualiti ini harus disulam jitu dalam melayar

BAHTERA HARAPAN JUTAAN ANAK MUDA MALAYSIA.

Aku bukan niat untuk melobi sesiapa.

Kalau kamu tanya aku , aku akan pilih xxxxxxxxxxxx (sensor). 

KETUA AMK WAJIB BERANI BERHUJAH DENGAN BIJAK MEROBEK KESEMPITAN AKAL PEMUDA UMNO !!!!

LANYAK HUJAHAN SEMPIT PEMUDA UMNO !!!

TAKKAN LA NAK HARAP NURUL IZZAH PULAK YANG LANYAK PERKASA ?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

BRAVO NURUL !!!

U TAKE DOWN PERKASA !!!

KAMU LEBIH GAGAH DAN BERANI !!!!

JANGAN APOLEGETIK BICARA ISU INTEGRASI KAUM !!!

JANGAN APOLEGETIK JUANG BANGSA MISKIN DAN TERPINGGIR !!!

HATTA KALAU YANG DIBANTU ITU ANAK IBAN TERBANYAK YANG MASEH MENAGIH BANTUAN !!!!

BUANG KERANGKA JUANG FIKIRAN LAMA ALA 70'AN !!!!

INI TAHUN 2010 !!!!!!!

CORAK PEMIKIRAN ITU HARUS BERNAFAS BARU !!!

AKU AKAN BANTU UNTUK BAKARKAN PEMILIHAN AMK INI !!!!

KALAU PEMILIHAN INI BENAR-BENAR DIBAKAR !!!

BARULAH BESI TEMBAGA ITU LULUH MENJADI LEBIH JITU DAN TERBENTUK.


SIAPA PUN YANG DINOBAT AKAN DISOKONG HABES HABESAN !!!

YANG INGIN DITOMBANGKAN ADALAH PENYAMUN UMNO !!!!

TERUS TERUSAN DALAM PERJUANGAN !!!!!!!

Lakonan Bangang Puak Umno...!!!!

Posted: 06 Sep 2010 04:16 PM PDT


Hanya dengan sekeping gambar jer... si Zam Erection (pinjam perkataan mamak zam sewaktu temubual dengan Al-Jazeera dulu Election = Erection.. hahaha.. bingai punya mamak) boleh buat kecoh hingga membuatkan PAS memfailkan saman fitnah terhadapnya.

Ada baik dan buruknya juga PAS failkan saman terhadap mamak yang tak sedar di untung tu..., rumah dah kata berambus kubur kata mai la..mai..la... pun masih nak buat fitnah kat orang, celaka dan terlaknatlah manusia yang sepertinya.

Baiknya berkemungkinan dengan sekeping gambar, maka akan terbongkar segala kebobrokkan parti penipu dan penipuan si mamak mandeliar nih.

Buruknya pula, berkemungkinan apabila mahkamah meminta bukti nama2 mereka yang terlibat nanti, si mamak tu akan sebutkan nama2 orang yang dah mati..... kah..kah..kah.... apa kejadahnya... takan nak pi korek kubur orang dah mati untuk dapatkan bukti...

Inilah permainan jahat umnoApco iaitu mencetuskan isu perkauman, lakonan pelakon porno hari tu tak berapa nak menjadi, sekarang mamak ni pula ambil alih.... hahaha.. sampai mampus la mamak sial ni jadi barua umnoApco, selepas ini gua yakin pasti ada sesiapa dari MIC pula akan bersuara... hindraf pun mungkin tak terkecuali...

Dalam waktu yang sama PM, TPM, Menteri KDN, Menteri Jolobu akan beri amaran beserta ugutan dalam media... "Jangan mencetuskan api perkauman bla..bla..bla... tindakan tegas akan di ambil terhadap mereka2 yang terlibat"... ha..ha..ha.... piiiiiiraaahhhhhhhhhhh mampus dengan lakonan lu orang semua... macam sial wa cakap lu...

PENYAMUN PKFZ HARAM JADAH CABAR HAK MELAYU !!!

Posted: 06 Sep 2010 04:15 PM PDT

http://dinmerican.files.wordpress.com/2010/08/pkfz-politicians.png


PENYAMUN PKFZ NI BUKAN CABAR HAK MELAYU KE ?

MANA PEJUANG HAK ISTIMEWA MELAYU ?

PEJUANG HAK ISITIMEWA MELAYU TENGAH KIRA SYER DALAM KOMPENI CUKONG CINA KE ?

PEGI LANCAU LA DENGAN PEJUANG HAK MELAYU ISTIMEWA !!!!

TANAH MELAYU 1000 EKAR DENGAN DUIT CUKAI MELAYU KENA REMBAT
RM 12 RIBU JUTA NI LA WAHAI PEJUANG HAK MELAYU ISTIMEWA !!!!

SAMUN PKFZ NI BUKAN CABAR ARTIKEL 153 KE ???


SAMUN PKFZ NI BUKAN CABAR HAK ORANG MELAYU KE ???

HABIS TU SAMUN PKFZ NI APA ???

PEJUANG MELAYU UMNO NI SEMUA PENIPU !!!!!!!!!!!!!

JANGAN PERCAYA LA BARUA PENCACAI CUKONG CINA NIH !!!

ANAK CINA MENCARUT RIUH SATU KAMPUNG !!!!!!!!!!!

PENYAMUN REMBAT TANAH 1000 EKAR DAN SAMUN RM 12 RIBU JUTA !!!

DIAM MACAM TIKUS MONDOK !!!

SEBAB ITU AKU KATA MELAYU UMNO INI BEBAL BENAK DAN BAHALOL !!!!

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

MELAYU JANGAN JADI BODOH NAK PERCAYA CAKAP BARUA CUKONG CINA MACAM IBRAHIM ALI NAK JUANG HAK MELAYU !!!

PEGI LANCAU DENGAN KO NAK MENYALAK HAK MELAYU !!!

KO KIRA SYER KO DALAM KOMPENI CUKONG CINA KAU !!!

KAMU BAGI DEKAT MELAYU PERKASA TU SKALI SYER KAMU TU IBRAHIM ALI!!!

SAMUN PKFZ NI ARTIKEL MANA DALAM PERLEMBAGAAN YANG DICABAR??

JANGAN MELANCAU LANCAU NAK CAKAP TOLONG MELAYU !!!!

HARAM LAGI MENGHARAMKAN KALAU KELUAR DARI MULUT PENYAMUN UMNO DAN IBRAHIM ALI YANG AKAL PENDEK DAN BAHALOL  !!!!

MAAFKAN AKU KERANA TERLEBIH MENCARUT !!!

SEKARANG MUSIM MENCARUT KEPADA PENYAMUN PKFZ !!!!

Umno takut kerana saya banyak bantu Melayu, Islam

Posted: 06 Sep 2010 04:00 PM PDT


Rashidi Hassan   
LIM Guan Eng sering menjadi sasaran media arus perdana. Ada sahaja yang tidak kena pada pentadbirannya. Beliau dituduh anti Melayu dan anti Islam oleh media talibarut Umno.

Di sebalik asakan itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, tetap tenang. Namun beliau tidak dapat menyembunyikan kegusarannya, kalau-kalau serangan media talibarut Umno-BN menjangkau sehingga kepada serangan fizikal.

Ikuti luahan hati beliau dalam wawancara wakil Harakah, AHMAD LUTFI OTHMAN, MOHD RASHIDI HASSAN, WAN NORDIN WAN YAACOB dan KHAIRUL HARTIMI bersama Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut di Terminal Tambang Murah (LCCT) pada 2 September lalu membincangkan isu-isu semasa.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

HARAKAH: Apa pandangan saudara mengenai Umno, yang sejak akhir-akhir ini semakin hebat memberikan tekanan terhadap Pakatan Rakyat, khususnya saudara selaku Ketua Menteri Pulau Pinang? (Bold)

LIM GUAN ENG: Pada saya, yang paling ketara ialah kajian Merdeka Centre di mana, di kalangan Melayu, hanya 44 peratus menyokong Umno dan selebihnya menentang Umno, kajian itu memperlihatkan Umno ini, lagi lama lagi teruk.

Mereka hanya memainkan isu perkauman sahaja, rasuah di kalangan mereka semakin tinggi. Mereka tidak boleh kikis imej rasuah, rakyat lagi lama lagi jemu, mereka (Umno) pun tahu hakikat ini.
Jadi Umno harus  buang imej rasuah?

Ya. Kalau mereka tidak buang rasuah mereka akan mati, tetapi kalau kitapun tidak buang rasuah kita pun mati juga.
Mutakhir ini mereka serang peribadi, mainkan isu agama dan perkauman?

Sekarang ini  bertubi-tubi mereka menghentam kita. Mereka hentam keromo sahaja isu-isu perkauman dan agama.

Itu menunjukkan keterdesakan dan mereka sudah bercelaru tidak ada isu mereka nak mainkan.

Saya rasa mereka (Umno) ini sudah hilang akal dan guna cara Firaun sahaja.
Sekarang ini apabila mereka sudah tidak boleh beli keyakinan rakyat, mereka guna fitnah sahaja dan gunakan kuasa rakus mereka melalui media yang menjadi talibarut mereka.
Bagaimana kesannya?

Kesannya ada kita akui, tetapi kesannya ialah di kalangan ahlinya (Umno). Serangan terhadap kita, hanya akan meningkatkan perasaan dan akan ada yang terbawa-bawa dengan sentimen perkauman yang mereka bawakan.

Tetapi kita juga kena waspada dengan api perkauman ini kerana mereka sentiasa berusaha, mereka guna sekarang dan kita kena hadapi menjelang pilihan raya.

Kita tidak mahu kita terus tidur lena tetapi kena hadapi serangan terakhir ini yang berbentuk perkauman sempit, serangan maut.
Dia (Umno-BN) mahu kita maut tetapi jika kita tidak maut mereka yang maut, tiada jalan yang senang sama ada hidup atau mati.....(ketawa).
Adakah saudara jangka serangan ini akan berterusan?

Ya. Mereka akan buat sampai saat-saat terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.  Ini kita harus hadapinya juga.

Terbaru mereka palsukan gambar, kononnya saya menyembelih korban. Gambar Nizar mereka ubah, letak gambar saya. Mereka sengaja buat provokasi.

Dalam isu masjid ini pula (membabitkan Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching) sengaja mereka mainkan dengan naikkan gambar Teo Nie Ching yang masuk ke surau, sedangkan Teo ini datang atas jemputan AJK Surau al- Huda.
Kalau dia (Teo) tolak lagi akan jadi orang pandang dia tak senonoh, soal boleh atau tidak dia duduk dalam surau atau masjid ini saya tak mahu campurlah. Biarlah ulama yang berikan penjelasan. Tetapi untuk meredakan kemelut ini beliau telah mohon ampun kepada Sultan.
Jadi janganlah perbesarkan isu ini, tetapi mereka (Umno) tidak mahu lepaskan isu ini, walaupun Teo telah memohon maaf. Tengok ini adalah politik. Kita mohon maaf kepada Sultan, dan kita mahu redakan perkara ini kerana ini bulan Ramadan yang suci, tetapi mereka (Umno) gunakan isu ini untuk dijaja seluruh negara bagi memburukkan kami (DAP) dan PAS.
Ini agenda politik mereka, ini satu cabaran hebat. Apa pun saya rasa gembira dan syukur kerana hubungan erat antara Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sangat kuat.
Baik PAS, baik DAP, kita sama-sama hadapinya, kita yakin rakyat pun tidak percayakan lagi dakyah mereka ini (Umno).
Tetapi saya rasa kita kena kerja kuat dan buat pelbagai program.

Apa program yang dibuat untuk menangkis serangan ini?

Dua minggu lepas dan esok, kita bagi penerangan kepada masjid-masjid, setiap kali kita pergi, kita bagi penerangan apa sebenarnya yang berlaku.

Kita hendak jelaskan semula kepada rakyat isu ini, kita tidak ada ruang sebab bila kita hendak jelaskan Utusan Malaysia tidak bagi ruang, hanya Harakah sahaja yang berikan ruang.

Tetapi Harakah pula diasak oleh kerajaan.

Mengapa Umno kelihatan konsisten membuat serangan?

Saya rasa serangan yang dibuat Umno menunjukkan mereka tidak ada akal, tidak ada isu dan tidak ada idea lagi.

Hanya kerana mereka mahukan pilihan raya nanti mereka ada kekuatan dengan sokongan kuasa dan media.

Mungkin pilihan raya umum akan diadakan lepas Mac depan (2011) saya rasa mungkin mereka buat persiapan, tetapi dengan cara ini ia boleh menjatuhkan Umno juga.

Saya rasa mereka benar-benar tertekan, mereka juga marah sangat sebab PAS dan DAP bekerjasama sangat erat.

Saya rasa kerjasama DAP-PAS sangat kuat bukan sahaja di peringkat atas tetapi lagi kuat di peringkat tengah dan bawah.

Sebab itulah mereka (Umno) merasa tertekan dengan situasi ini dan mereka rasa marah, mereka mahu pecahkan kita, mereka tarik PAS dengan cara perpaduan tetapi tidak berjaya, akhirnya mereka laga-lagakan PAS dan DAP dengan satu isu (Hudud) yang sudah selesai sebenarnya dahulu.

Mereka tidak berjaya buat, isu kalimah Allah mereka mainkan tidak jalan, isu judi sukan mereka jalankan tidak berjaya juga, sebab itulah mereka marah sangat kepada PAS dan DAP ini dan dia marah sangat kepada saya.

Pada pandangan saudara, mengapa Umno begitu marah pada saudara?

Kenapa Umno marah sangat kepada saya? Saya tahu kerana 'judi bola', Pulau Pinang negeri pertama haramnkan judi bola, sebab itu banyak negeri ikut termasuk Johor dan sebagainya.

Bila kita jadi peneraju kepada mengharamkan judi ini, mereka banyak rugi, ini mereka boleh buat untuk 'election fund' (dana pilihan raya), dalam jawapan Rais Yatim (Tan Sri Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan), mereka (Umno) kena luluskan judi bola kerana untuk orang Cina.

Ini mereka cerita kepada orang kampung, benda ini 'makan tau' (berjaya menghasut) kerana orang kampung. Mereka ini kurang bercampur dengan orang Cina mereka ingatkan orang Cina ini berjudi sebagai budaya.

Kononnya mereka mahu tanamkan pemikiran bahawa judi ini budaya masyarakat Cina. Jadi selepas saya umumkan mengharamkan judi bola di Pulau Pinang mereka punya modal habis..takkan dia nak cerita kepada orang kampung itu Guan Eng bukan orang Cina....(ketawa).

Takkan mereka (Umno) nak ceritakan soal saya haramkan judi kerana saya ini Cina yang jahat...takkan mereka nak ceritakan begitu kepada orang Melayu di kampung? Ini siapapun tak akan terima.

Saya dan kerajaan Negeri Pulau Pinang menjadi pelopor negeri yang pertama haramkan judi bola, sampai Johor pun terikut-ikut. Jadi macam mana pun yang luluskan judi bola Umno dan mereka juga nak nampak kononnya wira rakyat mereka pula tarik semula. Ini semua sudah terbalik.
Umno ini lain-lain perkara mereka tidak marah tetapi jika kita potong duit melalui judi mereka mereka akan marah sebab ini talian hayat mereka.

Mungkin Umno hilang modal lawan Pakatan Rakyat?

Sebab itu mereka kini gunakan apa sahaja isu untuk mengenakan kita (Pakatan Rakyat). Mereka juga mainkan isu Bazaar Ramadan di Komtar. Isu ini masih dimainkan lagi.

Kita dibayangkan kononnya kita ambil tindakan kepada peniaga, sedangkan penganjur yang bermasalah. Mereka sengaja mainkan isu perkauman, kononnya nak kata kita haramkan Bazaar Ramadan.

Mereka sengaja mainkan isu ini, kononnya nak bayangkan kita usik orang Melayu, sedangkan sejak kita memerintah satu orangpun orang Melayu atau bukan Melayu kita usik, sebaliknya kita membantu rakyat.

Kita harap boleh dapat satu penyelesaian yang baiklah. Bila mereka (Umno) usik orang semasa Barisan Nasional melalui Gerakan usik orang Melayu ini mereka diamkan, sengaja mereka tidak mahu dedahkan.

Umno-BN gambarkan saudara dan Nizar sebelum ini anti Melayu dan Islam?

Kita di Pulau Pinang, sebelum ini telah menggandakan bantuan bagi hal ehwal Islam pada tahun 2008 sejumlah RM 20.5 juta tahun ini RM 24.3 juta, dan kita bagi kepada hal ehwal Islam dan bantuan kepada NGO Islam ini macama mana? Mereka tidak nampakkah ini?

Sekolah Agama Rakyat, siapa yang potong bantuan SAR ini? Umno....siapa yang menghidupkan semula dan memberi bantuan, ialah kita Pakatan Rakyat, sampaikan kita buat satu makmal sains di Madrasah al-Aminiyah, ini madrasah utama di Pulau Pinang.

Mereka juga cerita kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak bagi kontrak kepada kontraktor kelas F yang kebanyakannya bumiputera.

Orang Umno yang tidak dapat kontrak sudah tentu mereka tak dapat kerana Umno yang tidak dapat. Cakap ini tidak betul. Kerajaan Pusat tidak berikan wang, kita terpaksa cari wang untuk membangunkan infrastruktur dan sebagainya. Ini kita kena tunggu sedikit kerana bantuan dari Kerajaan Pusat tiada.

Rumah kos rendah bukan murah, rumah pangsa kosnya dari RM80 juta ke RM100 juta, ini bukan senang mahu cari wang. Tetapi kita buat juga, cuma kita cari masa sedikit kerana kita tiada wang, bukan kita tidak mahu buat.

Sasaran masa depan DAP dan Pakatan Rakyat?

Bila saya lihat di Pulau Pinang saya rasa tidak ada masalah, tetapi negeri lain saya tidak tahulah ini secara amnya kita sekarang ini kuat.

Saya rasa PAS yakin dengan DAP ini kerana kita yakin tidak akan belot, kita telah berjuang begitu lama, apa perbezaannya kita semua tahu tetapi yang pasti Nik Aziz (Mursyidul Am PAS, Tok Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat) tahu siapa Lim Kit Siang (Penasihat DAP).

Lawan BN dan lawan sampai habis, lawan tetap lawan itulah yang mereka (Umno) cuba remehkan, tetapi dua tiga tahun ini hubungan kita dari bawah sampai atas semuanya erat.

Saya rasa kita ini sangat rapat, bila Teo kena hentam, semua datang beri sokongan kepada Teo, ini satu hubungan yang sangat baik. Umno sengaja mereka cipta cerita sahaja. Jadi saya rasa ini yang membuatkan mereka tertekan.

Saya rasa jika PAS renggang dengan DAP, Umno pun tidak berminat dengan PAS, mereka ini sengaja mahu jauhkan hubungan akrab kita( PAS-DAP) sekarang ini mereka gunakan isu perkauman untuk belasah kita, lagi kuat mereka buat lagi teruk mereka akan dipandang rakyat.

Tentu ada yang terkesan tetapi sedikit sangatlah. Saya rasa terasnya ialah kerjasama kita sangat kuat. Mereka pukulpun tidak akan berjaya.

Bolehkah Umno-Gerakan ambil semula negeri Pulau Pinang?

Saya rasa tidak boleh kerana sokongan rakyat kepada kita sangat kuat. Tetapi serangan mereka ini kita terpaksa jawablah, kita kena buang masa sedikit untuk jawablah, itu sahaja yang berjaya mereka lakukan.

Untuk mendapatkan sokongan rakyat ini saya rasa tidak kemana. Sebenarnya kita banyak bantu orang Islam macam skim takaful kifalah, bantuan kepada pelajar-pelajar dan sebagainya, ini yang mereka (Umno) takutkan.

Penyokong Umno di Pulau Pinang mereka lihat kita kerajaan negeri ada buat kerja, kita bagi kepada mereka khidmat. Ini semua buatkan Umno rasa tidak selesa, sedangkan kerajaan negeri terdahulu tidak beri.

Sekarang mereka dapat mengapa dulu tidak bagi, kita kongsi bagi sebab kita ada intergiriti kita tidak rasuah, sampaikan Transparency International (TI) pun puji pentadbiran kita yang berintergriti.

Kita ada rekod, apa mereka nak kritik kita mereka tidak ada asasnya. Mereka cuba gunakan isu rasuah, penyelewengan kuasa dan khidmat rakyat ini semua tidak boleh jalan juga.

Rakyat dapat lihat apa yang kita dapat buat dalam masa setahun dan rakyat juga membandingkan apa yang mereka tidak boleh buat selama mereka memerintah.

Kita telah pastikan seluruh keluarga dalam Pulau Pinang dapat RM500 sebulan, macam mana kita buat, kita pastikan jika mereka hanya dapat RM300 kita tambahkan RM200.

Kita hapuskan miskin tegar dan definisi miskin tegar di Pulau Pinang hanyalah RM450 sahaja. Kita hapuskan miskin tegar yang mana 90 lebih peratus Melayu.

Negeri pertama buat miskin tegar sifar ialah Pulau Pinang..Tiap-tiap bulan kita tambah pendapatan mereka.

Terima kasih kerana menemuramah saya.

Polis digesa perjelas isu 'balik China'

Posted: 06 Sep 2010 03:24 PM PDT

Pihak berkuasa diberi masa tempoh sehingga Jumaat ini untuk memberi maklum balas terhadap laporan polis berhubung isu seorang pegawai penyiasatnya yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Jika tidak, isu itu akan dimajukan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussien, kata ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Katanya, tidak sepatutnya pengadu, Loh See Mooi disuruh balik balik ke China semata-mata dianggap tidak memahami bahasa Melayu.

Lim menjelaskan suri rumah berusia 51 tahun itu, membuat laporan di balai polis Sentul pada 24 Ogos lalu selepas disamun yang menyebabkan beliau kehilangan dompet dan beberapa dokumen.

Lim mendakwa pegawai penyiasat yang ditugaskan untuk mengambil keterangan Loh bagaimanapun memberitahu dia dan anaknya supaya balik China kalau tidak pandai cakap Melayu selepas anak perempuan Loh mula bercakap dalam bahasa Inggeris.

Lim mendakwa Loh dan anak perempuannya berasa terkejut dengan jawapan pegawai terbabit lalu bertanya dalam bahasa Melayu, mengapa pegawai tersebut menanggap beliau tidak dapat bercakap atau memahami bahasa Melayu.

KDN campur tangan siasatan polis - Musa Hassan

Posted: 06 Sep 2010 03:19 PM PDT

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (gambar) semalam mendedahkan wujud campur tangan pihak ketiga ketika beliau menerajui pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketika ditanya siapakah pihak ketiga itu, Musa memberitahu: "Kementerian mana lagi yang jaga polis? KDN (Kementerian Dalam Negeri) lah."
Wartawan: "Kenapa wujud campur tangan itu?"
Musa: "Kerana politik, kepentingan peribadi dan agenda sendiri."
Selain itu, beliau yang akan bersara pada 13 September ini mengakui terdapat juga pihak-pihak luar yang bertindak mengeluarkan arahan tanpa pengetahuan beliau.
Jelas Musa, tindakan mencampuri tugas yang dilakukan oleh pihak berkenaan jelas bertentangan dengan arahan dan kawalannya sebagai Ketua Polis Negara.
"Kita tidak mahu orang (luar) bagi arahan salah, bila buat (ia) akan jadi salah.
"Arahan sepatutnya dikawal oleh polis bukannya daripada orang luar," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Kata Musa, arahan dalam pasukan tersebut sepatutnya dibuat oleh pegawai yang bertanggungjawab.
Jelas beliau, polis akan menjalankan tugas selepas mendapat laporan daripada orang ramai. Beliau menambah, campur tangan sedemikian boleh mengganggu siasatan.
"Kita mesti berlaku adil dalam menjalankan siasatan supaya dapat dihormati oleh masyarakat.
"Bila polis tidak dapat menjalankan tugas, orang ramai akan menuduh polis terima rasuah. Hakikatnya, ada arahan pihak lain tanpa pengetahuan polis," kata beliau.
Ditanya bagaimana wujud campur tangan sedemikian ketika beliau menjalankan tugasnya, Musa memberitahu, sesetengah orang ada kepentingan peribadi, politik dan agenda sendiri.

Ahli Parlimen PKR Sokong Azmin Jadi Timbalan Presiden

Posted: 06 Sep 2010 03:16 PM PDT

Pemilihan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat semakin hangat.
Dalam perkembangan terbaru,sekurang-kurangnya 18 dari 24 Ahli Parlimen dan Senator PKR menyatakan sokongan penuh untuk Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali bertanding sebagai Timbalan Presiden.
Jika bertanding, saingan utama Azmin adalah bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim.
Jurucakap ahli parlimen dan senator berkenaan, Kamarul Baharin Abas, berkata Azmin yang ketika ini menjadi naib presiden parti layak untuk tanggungjawab yang lebih besar kerana cukup berpengalaman sebagai ahli politik dan wakil rakyat,
 Selain itu ketabahan Azmin mengharungi pahit-maung bersama aktivis reformasi dan komitmen beliau kepada perjuangan  Parti Keadilan Rakyat turut terbukti.
Ketika berusia 23 tahun, Azmin dilantik sebagai pegawai khas kepada Anwar Ibrahim yang ketika itu Menteri Pelajaran.
 Pada 1989, beliau dilantik Setiausaha Peribadi Anwar dan menjadi pegawai kanan sehingga Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Azmin diburu oleh pimpinan umno-Bn dan pihak berkuasa dalam komplot menjatuhkan Anwar pada tahun 1998.
Berlainan dengan sesetengah rakan yang tidak tahan dengan tekanan dan melompat ke Umno, Azmin antara segelintir yang terus membawa obor perjuangan keadilan.
"Atas dasar dan asas ini maka kami ahli- ahli parlimen dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara PKR membuat ketetapan dan menyokong sepenuhnya Yang Berhormat Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan parti 2010," kata Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas.
Pemilihan untuk pucuk pimpinan PKR akan berlangsung pada November ini menggunakan sistem satu ahli satu undi.
Azmin dijangka menghadapi saingan daripada Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan timbalan presiden.
Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub dan Pengerusi Biro Persefahaman Agama PKR Dr Muhammad Nur Manuty turut diuar-uarkan akan bertanding untuk jawatan itu..
Penyandang jawatan Timbalan Presiden Senator Syed Husin Ali belum lagi  membuat pengumuman sama ada akan mempertahankan kerusinya.
Kamarul berkata sokongan terbuka yang diberikan oleh ahli parlimen PKR kepada Azmin bukan untuk memintas mana-mana pihak daripada mencabar Azmin untuk jawatan itu.
Sistem pemilihan yang diguna pakai oleh PKR memastikan hanya ahli akar umbi yang mempunyai kuasa mutlak untuk memilih pemimpin terbaik pada setiap peringkat parti.
"Kita tidak menghalang hak sesiapa untuk bertanding. Kita hanya menyarankan kesatuan suara daripada ahli- ahli parlimen bahawa kita semua bersetuju bahawa Azmin Ali layak bertanding sebagai Timbalan Presiden,"
"Kerana akhirnya anggota parti yang akan membuat keputusan dan bukannya ahli-ahli parlimen," tambahnya lagi.
Selain Kamarul, turut di senaraikan sebagai menyokong pencalonan Azmin adalah  Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Kapar, S. Manickavasagam, Ahli Parlimen Sungai Petani,  Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selantan, Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Ketereh, A Aziz A Kadir dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf.
Selain itu, Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran  Ghani, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo Burne Low, Ahli Parlimen Merbok, Rashid Din, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Selayang, William Leong, Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kassim dan Senator Datuk Mustafa  Kamal Mohd Yusof serta Senator Zamri Yusof.
Kamarul menambah, wakil rakyat terbabit juga turut menyokong sepenuhnya mana-mana pihak yang mahu bertanding  jawatan naib presiden.
"Pemilihan kali ini akan menjadi teras kepada gerakan membawa perubahan baru, maka penting siapa pemandu atau pemimpin- pemimpinnya kerana kekuatan kesatuan dalam Keadilan dapat menghayati semangat dan roh perjuangan parti untuk mencapai cita- cita dan hasrat rakyat," kata Kamarul lagi.

Air zam zam dicampur air kosong

Posted: 06 Sep 2010 03:13 PM PDT


SEORANG pengguna menunjukkan dua jenis air zam zam yang dijual
di bazar Jalan Penang, George Town semalam.


GEORGE TOWN – Air zam-zam merupakan antara buah tangan istimewa yang sering dibawa pulang oleh jemaah haji sekembali daripada mengerjakan ibadah haji atau umrah di Mekah namun minuman itu semakin mudah diperoleh di Pulau Pinang sejak lima tahun lalu.
Air itu mudah didapati ekoran terdapat sebuah syarikat dikatakan telah diberi kebenaran untuk membekalkan air tersebut kepada orang ramai dan ia dijual beberapa peniaga seperti di bazar Jalan Penang, Lorong Kulit, Pasar Tun Sardon, Bayan Baru dan Bayan Lepas.
Bagaiamanapun, sejak kebelakangan ini timbul kebimbangan di kalangan orang ramai kemungkinan ada pihak menjual air zam zam tiruan iaitu yang dicampur dengan air kosong.
Terdapat banyak keraguan yang timbul apabila minuman tersebut diisi di dalam botol lut sinar bersaiz 250 mililiter tanpa tanda perniagaan, sebaliknya hanya menggunakan kertas kosong yang dicetak dengan dakwat komputer.
"Malah, jika diminum, air zam zam tersebut tidak mengeluarkan sebarang rasa berbanding yang asli akan berasa payau," kata seorang pembeli, Zuraini Khadijah Abidin, 38.

Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Patut Dipersalahkan, Kata Mahfuz

Posted: 06 Sep 2010 03:11 PM PDT

6 Sept - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan patut dipersalahkan dalam kontroversi penyiaran iklan TV3 sempena Hari Raya tahun ini yang tidak menjaga sensitiviti umat Islam.
Pendirian Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ini berdasarkan kepada  jawapan bertulis Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi ketika itu, Datuk Shaziman Abu Mansor pada sidang Dewan Negara 2004.
Dalam jawapan itu, Shaziman menyatakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM bekerjasama dengan Lembaga Penapisan Filem untuk memastikan semua bahan siaran ditapis sebelum disiar TV swasta.
TV3 sejak Khamis lalu menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan, selain menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman Buddha.
Mengikut beberapa blog, iklan ini meminjam  konsep 1 Malaysia bagi menggambarkan amalan kesamarataaan agama di Malaysia.
Dalam hal ini, Mahfuz  menyalahkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim kerana terlalu memberi tumpuan kepada pemantauan di internet hingga mengabai bahan siaran TV3.
Mahfuz yakin Rais mungkin tidak memantau bahan siaran dalam TV3 kerana terlalu percayakan media arus perdana ini
Beliau yakin jika iklan sedemikian disiar media alternatif, Rais Yatim dan pimpinan Umno pasti akan melenting dan bertindak pantas serta tegas.
"Jelas membuktikan pemimpin Umno menilai sesuatu perkara dari sudut kepentingan politik mereka," kata Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden Pas.
Iklan terbitan Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 yang menggunakan teknik janaan pengimejan komputer, dihentikan selepas lima kali siaran.
Selepas ditegur untuk tempoh tertentu, TV3 akhirnya memohon maaf.

Kenal Para Perompak ini .....?

Posted: 06 Sep 2010 03:08 PM PDT

"Kerajaan Pakatan Rakyat
Tidak Rompak Harta Rakyat Seperti Umno-BN."

Wa tau siapa lu!!

Posted: 06 Sep 2010 03:08 PM PDT

Woi... Ibrahim Ali.I know you!!I know you... inside out!!Kah... kah... kah... kah...

Ceritanya di sini

Khoo Kay Kim: Hak istimewa Melayu tak boleh dipadam

Posted: 06 Sep 2010 03:07 PM PDT

Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Beliau berkata kedudukan orang Melayu sudah ditetapkan pada zaman dahulu iaitu ketika zaman penjajahan British lagi.

"Bila British sampai ke Tanah Melayu, mereka dapati terdapat beberapa tempat di Semenanjung sudah mempunyai kerajaan dan mereka mengiktiraf kerajaan tersebut.

"Kerajaan itu ada ramai rakyat (orang Melayu) dan bagi British, rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus, orang lain yang datang dan menetap di Tanah Melayu bukan rakyat raja, oleh demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada orang Melayu," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur.

Beliau berkata orang bukan Melayu di Semenanjung pada ketika itu bukanlah warga negara ataupun rakyat raja dan mereka hanya berpeluang untuk memohon kewarganegaraan apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Feb 1948.

"Apabila British mula merancang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara bangsa, apa yang sudah wujud disambung, menjelang tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan digubal dan dimasukkan perkara-perkara yang sudah wujud," katanya.

Justeru, kata Khoo, rakyat khususnya kaum-kaum lain perlu sama-sama menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan kerana pada ketika ia digubal dahulu, kaum lain sendiri sudah bersetuju dengan perkara-perkara yang dimasukkan dalam Perlembagaan tersebut.

"Kedudukan istimewa orang Melayu telah bermula sejak dahulu dan berasaskan sistem kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Di Semenanjung, sejak 1895 sudah ada sembilan kerajaan yang kekal sampai ke hari ini," katanya.

Perlembagaan telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian pada tahun 1956, Perlembagaan itu kemudian berkuatkuasa apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

Ia juga secara terperinci menjelaskan bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dengan menetapkan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, pemberian permit dan lesen perniagaan.

Khoo berkata punca mengapa kebelakangan kini terdapat pihak-pihak yang mempersoalkan mengenai hak-hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah kerana masyarakat pada masa kini sudah buta sejarah.

"Orang tak faham (Perlembagaan)...jahil, mereka tidak tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan, tidak perlu ada perbincangan atau perbahasan mengenai Perlembagaan kerana apa yang penting ikut saja undang-undang yang telah diguna pakai sejak dulu," katanya.

Beliau berkata sekiranya Perlembagaan mahu dipinda, persetujuan daripada dua pertiga Anggota Parlimen perlu dicapai dan mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, sesiapa yang mahu menghapuskan atau meminda Perkara 153 pula, perlu mendapatkan persetujuan orang Melayu dan Bumiputera terlebih dahulu selain majoriti di Parlimen dan perkenan Seri Paduka Baginda.

"Kalau Perkara 153 perlu dipinda atau dihapuskan, keseluruhan orang Melayu mesti setuju, kalau orang Melayu rasa belum sedia untuk pinda, maka ia tidak boleh dipinda," katanya.

Bulan lepas, MCA menggariskan 13 resolusi pada Kongres Ekonomi Cina antaranya meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota bagi memberi peluang kepada semua pihak untuk bersaing secara sihat dan adil.

Kenyataan ini secara tidak langsung menggesa kerajaan agar memansuhkan Perkara 153 dan cuba mempertikaikan tanggungjawab yang ada pada ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Agong yang memelihara hak dan keistimewaan orang Melayu.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria semasa menjadi panel wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Ipoh bulan lepas pula mendedahkan bahawa ada perlembagaan baru dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang akan menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Terbaru, pada Selasa lalu, Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menulis dalam portal berita The Malaysian Insider bahawa idea 'hak orang Melayu' yang dibawa oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan Perlembagaan.

Nurul Izzah berkata, adalah penting untuk ditekankan bahawa Suruhanjaya Reid, yang merangka Perlembagaan, melihat Perkara 153 sebagai pendekatan sementara dan tertakluk kepada kajian semula selepas 15 tahun oleh Parlimen.

Berang dengan kenyataan wakil rakyat PKR itu, penganalisis politik Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata Nurul Izzah perlu meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen kerana membuat tafsiran yang salah tentang hak-hak Melayu serta menyeleweng dan menipu rakyat.

"Dia jahil dan sedang keliru. Dia tidak tahu bahawa Laporan Reid hanyalah syor-syor yang dipinda oleh kertas putih yang diterbitkan di London tentang Perlembagaan Tanah Melayu," katanya.

Zainal turut mendesak kerajaan agar meneliti kenyataan Nurul Izzah itu kerana orang yang mempersoalkan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan telah melanggar undang-undang dan Akta Hasutan 1948.

"Kerajaan mesti teliti ucapan-ucapan seperti ini sama ada ia boleh disabitkan dengan Akta Hasutan, jika ya, maka pihak itu boleh didakwa," katanya.

Zainal, pensyarah di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), tidak menafikan bahawa wujudnya gerakan yang dilakukan oleh orang bukan Melayu untuk menghapuskan hak Melayu dan orang Melayu itu sendiri.

"Ia seperti ideologi asing yang dicetuskan di Singapura pada sekitar 1963-1964 yang ingin memecahkan Malaysia, seluruh rakyat harus menentang gerakan ini kerana ia akan menyebabkan pergolakan rakyat," katanya.

Beliau berkata kaum lain telah diintegrasikan sebagai warga negara melalui undang-undang, maka semua yang menjadi warga negara atau rakyat mesti patuh pada undang-undang dalam Perlembagaan, jika tidak perasaan taat setia dan cinta kepada negara mereka boleh dipersoalkan.

"Mereka jadi rakyat kerana Perlembagaan benarkan, jadi mereka mesti hormat sepenuhnya kepada Perlembagaan, dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menjunjung tinggi Perlembagaan negara. Kalau tak kita boleh persoalkan kerakyatan dan taat setia mereka," katanya.

Zainal berkata Perkara 153 amat penting bagi melindungi dan membantu orang Melayu dan Bumiputera khususnya yang berada di luar bandar dan pedalaman.

"Orang kampung, Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang duduk di luar bandar dan pedalaman mesti dibantu, kerajaan wajib laksanakan Perkara 153 demi kesejahteraan rakyat dan membela golongan yang tidak dapat menikmati kemudahan yang canggih seperti di bandar," katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata semua kaum di Malaysia perlu menghormati perkara yang termaktub dalam Perlembagaan kerana jika ia tidak dipelihara maka akan berlaku perpecahan dan ketidakstabilan di negara ini.

Beliau berkata ketika Tanah Melayu menuntut kemerdekaan lagi sudah wujud suasana tidak puas hati mengenai Perlembagaan tetapi ia hanyalah daripada golongan minoriti.

"Sekarang golongan minoriti ini sudah dapat akses ke dalam blog-blog dan media, dulu tidak ada, sekarang sudah ada kebebasan bersuara dan kita nampak seolah-olah ramai yang menentang, sebenarnya tidak," katanya.

Ahmad Atory berkata kaum lain tidak patut mempersoalkan mengenai kuota yang dinikmati oleh orang Melayu dan Bumiputera kerana dengan adanya kuota tersebut orang Melayu akan boleh bersaing dengan kaum lain yang lebih maju.

"Melayu ketinggalan, jika tiada kuota kaum lain akan bolot semua dan tiada yang tinggal. Kalau (benar dakwaan kononnya) kita nafikan hak kaum lain maka tiada orang Cina yang jadi bilionaire," katanya.

Ahmad Atory berkata kerajaan selaku pelaksana hak dan keistimewaan orang Melayu perlu ada mekanisme tertentu untuk mengurus pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Kerajaan perlu ada program kenegaraan, mata pelajaran Sejarah amat penting untuk generasi masa depan mengenal sejarah kemerdekaan negara, kerajaan juga perlu ada hujah dan fakta untuk menerangkan kepada golongan-golongan ini mengenai sejarah negara," katanya.

Beliau berkata pemimpin-pemimpin terdahulu yang merangka Perlembagaan telah "terlajak sejarah" iaitu mereka tidak menjangka sama sekali bahawa fasal-fasal yang termaktub dalam Perlembagaan ditentang hebat oleh kaum bukan Melayu pada zaman sekarang.

"Kalau mereka jangka mungkin ada beberapa perkara yang boleh dibetulkan, tetapi kita tidak boleh nak kata apa, sudah terlajak sejarah, bapa-bapa kemerdekaan sudah buat benda ini (Perlembagaan)," katanya.

Beliau berkata fenomena "terlajak sejarah" itu kini terpaksa dipikul oleh generasi sekarang di mana tanggungjawab yang ada adalah lebih berat daripada tokoh-tokoh terdahulu selaras dengan peredaran zaman.

--Bernama

Johan Jaafar, Farid Ridzuan Perlu Letak Jawatan

Posted: 06 Sep 2010 03:05 PM PDT

Oleh Faizal Ezzany
SHAH ALAM 7 Sept - Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaaffar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Eksekutif, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan didesak meletakkan jawatan segera dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya diatas kecuaian membenarkan penyiaran iklan Aidilfitri yang berunsur syirik sejak seminggu lalu.
Walaupun iklan tersebut telah ditarik balik sejak dua hari lalu namun kesan dan pengaruh elemen syirik yang dianjur oleh iklan tersebut dijangka memberi kesan mendalam kepada golongan belia serta kanak-kanak.
Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) yang dimiliki oleh Media Prima dianggap tidak langsung mengambil berat tentang isu sensitiviti agama Islam apabila menyiarkan iklan Aidilfitri yang mirip kepada sambutan perayaan Hari Natal.
Beliau berkata penyiaran iklan tersebut telah menimbulkan bantahan dan kemarahan umat Islam di negara ini malah iklan itu seolah-olah menggalakkan unsur syirik ditengah-tengah masyarakat Islam di Malaysia.
"Tindakan TV3 menamatkan penyiaran iklan tersebut bukan dapat menyelesaikan segala-galanya atau meredakan kemarahan umat Islam tetapi mereka yang berperanan seperti pengurusan tertinggi syarikat perlu mengambil seluruh tanggungjawab ke atas penyiaran iklan itu.
"Menamatkan penyiaran iklan tersebut bukan satu jawapan kepada bantahan yang diterima daripada rakyat dan ia tidak tamat disitu sahaja, apa yang pasti dan paling penting adalah Johan Jaaffar serta Farid Ridzuan perlu tampil untuk membuat penjelasan secara terbuka kepada rakyat dan memohon maaf bagaimana perkara tersebut boleh terlepas.
"Saya pasti bagi mengembalikan suasana tenang kedua-dua mereka perlu meletak jawatan, ini sebagai tanda mereka mengambil tanggungjawab atas segala apa yang berlaku," tegas Salahuddin kepada Suara Keadilan.
Salahuddin juga melontarkan persoalan samada firma komunikasi antarabangsa pro Zionis-Israel, Apco Worldwide menjadi dalang disebalik penyiaran iklan dan adakah Apco juga mahu rencah 1Malaysia dicapai melalui iklan tersebut.
Beliau juga menyarankan agar kerajaan memantau dengan tegas sebarang iklan yang mempunyai unsur syirik yang boleh memesong akidah umat Islam.
"Iklan tersebut jelas mempunyai unsur syirik yang mana boleh memesongkan akidah seseorang terutamanya kanak-kanak yang mempunyai sifat keinginan mengetahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam. Kita risau tanpa tindakan segera perkara yang memesongkan ini akan bersemadi di dalam diri kanak-kanak yang mengikuti iklan tersebut.
"Kita tidak mahu acuan yang digunakan untuk memastikan konsep 1Malaysia ini mendapat perhatian rakyat terus mencemar sambutan Aidilfitri yang bakal tiba nanti," ujar beliau lagi.
Dalam iklan yang disiarkan sejak Khamis lalu,  sempena sambutan Aidilfitri, TV3 menggambarkan seorang Pak Haji mengajak kanak-kanak menaiki beca ajaib sehingga melintasi bulan.
Penyiaran tersebut menyamai watak Santa Claus menaiki kereta salju yang dipacu oleh sekawan rusa kutub membawa hadiah Hari Natal untuk kanak-kanak.
Iklan itu juga menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman agama Buddha.
Iklan tersebut diterbitkan oleh Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 yang banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer atau 'computer generated imaging' (CGI).

KBGM Jahil Perlembagaan Telah Dipinda 40 Kali Dalam 53 Tahun

Posted: 06 Sep 2010 03:04 PM PDT

SHAH ALAM 7 Sept - Badan Peguam menyifatkan laporan polis yang dibuat oleh Kelab Belia Graduan 1Malaysia (KBGM) terhadap Kempen Perlembagaanku adalah akibat kurangnya pemahaman dan maklumat berkenaan kempen tersebut lebih-lebih lagi mengenai Perlembagaan Persekutuan.
Dalam satu kenyataan media semalam, PresidenBadan Peguam, Ragunath Kesavan berkata kebimbangan KBGM bahawa buku-buku panduan yang dikeluarkan oleh kempen itu (Buku Panduan Rakyat) yang bersifat menghasut adalah tidak benar sama sekali.
"Tujuan kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang Perlembagaan di kalangan rakyat Malaysia kerana ia memberi makna kepada negara kita. Ia langsung tidak menjadi matlamat Badan Peguam untuk cuba membuat pindaan terhadap Perlembagaan.
"Kempen ini tidak bersifat kepartian dan kami mengambil segala usaha untuk menjalinkan usahasama dengan semua pihak yang mahu bekerjasama dengan kami. Setakat ini, aktiviti-aktiviti kami telah dihadiri dan disokong oleh seorang Menteri dan seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, seorang Ketua Menteri, dua Menteri Besar, Ahli-ahli Parlimen termasuklah Yang DiPertua Dewan Rakyat dan Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat dan pihak lain," jelas Ragunath.
Beliau menegaskan kerisauan utama KBGM adalah berhubung kandungan Buku Panduan Rakyat yang mengatakan Perlembagaan boleh dipinda oleh ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat Malaysia.
"Ini sememangnya ada dinyatakan di dalam Perlembagaan. Dalam pengetahuan kami, Parlimen telah meminda Perlembagaan lebih daripada 40 kali dalam masa 53 tahun yang lalu dengan lebih kurang 650 pindaan individu.
"Secara amnya, pindaan Perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga ahli-ahli Parlimen. Namun demikian, terdapat beberapa peruntukan di dalam Perlembagaan seperti yang berkaitan dengan kedudukan istimewa orang Melayu, yang hanya dapat dipinda dengan kebenaran Majlis Raja-raja," kata beliau lagi.
Ragunath menolak dakwaan KBGM bahawa kempen tersebut dibiayai oleh NGO asing anti-kerajaan.
Beliau menjelaskan kempen PerlembagaanKu tidak mengaut sebarang keuntangan dan ia dibiayai sepenuhnya oleh Badan Peguam Malaysia disamping menerima sumbangan daripada pelbagai pihak, termasuklah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, badan politik dan bukan politik dan juga rakyat Malaysia.
"Kempen PerlembagaanKu bertujuan untuk memaklumkan rakyat Malaysia tentang apa yang dinyatakan di dalam Perlembagaan. Ia mengalakkan orang ramai untuk membaca Perlembagaan dengan sendiri dan mempelajari tentang apa yang terkandung dan tidak terkandung di dalam Perlembagaan.
"Dalam hal ini, kami percaya kebimbangan KBGM dapat diatasi dengan ilmu pengetahuan berkenaan Perlembagaan. Kami menjemput KBGM untuk mengadakan perbincangan dan sedia bekerjasama dengannya untuk bersama-sama 'Merakyatkan Perlembagaan'," ujar Ragunath.

Wanita di Bawah Naungan Islam : Taqlid (Ikut-Ikutan/Meniru)

Posted: 06 Sep 2010 11:20 AM PDT

28 Ramadhan 1431H.
oleh : Said Abdul Aziz al-Jandul

Berikut ini wahai saudariku perempuan muslimah, akan saya uraikan masalah ini agar saudari mengerti bahaya taqlid buta yang tidak berguna, dan anda mengetahui bahwa keanggunan perempuan itu terdapat pada sikap malunya, nilai dan harga dirinya itu terdapat pada sikap kesopanannya, dengan hilangnya ciri-ciri khas berharga itu berarti ia kehilangan barang yang paling berharga yang ia miliki dalam kehidupan ini.

Anda, wahai perempuan muslimah, adalah salah satu individu dari sekian individu yang ada di masyarakat, maka kesalihanmu adalah bagian dari kesalihan mereka, dan kerusakanmu –semoga Allah tidak menghendakinya- adalah bagian dari kerusakannya. Engkau adalah batu bata pertama (unsur yang paling menentukan) di dalam membangun suatu keluarga yang shalih.

Kalau lah suatu masyarakat selalu bersandar kepada persekolahan (madrasah) sebagai suatu lembaga sosial yang berperanan langsung di dalam mengarahkan generasi menuju kebaikan, maka sesungguhnya masyarakat lebih bergantung dan bersandar kepadamu, karena engkaulah ikutan tertinggi bagi tunas yang baru muncul, putra dan putrimu. Lalu engkau jua lah teladan yang baik bagi sesamamu dari kaum perempuan, tetanggamu dan setiap orang yang berada di sekitarmu. Teladan di dalam budi pekerti (akhlaq) dan di dalam setiap perilakumu baik yang khusus maupun umum. Dan ketika engkau menjadi sosok perempuan teladan yang shalih, maka itu berarti engkau telah membayar cukai untuk negerimu yang engkau nikmati segala kenikmatannya, dan berarti engkau sedang menunaikan kewajiban terhadap masyarakatmu yang menganggapmu sebagai bagian darinya.

Hal yang mendorong penulis untuk membicarakan masalah ini adalah kebejadan moral kaum perempuan muslimah yang terjadi di berbagai belahan negeri muslim dan tenggelamnya mereka di dalam lembah nafsu syahwat, tradisi kehidupan bertaklid kepada perempuan non muslimah tanpa memikirkan apa yang baik dan apa yang tidak. Indikasi-indikasi yang saya lihat di negeri ini (kota Suci tempat kelahiran Islam) berupa upaya-upaya bertaklid kepada tradisi-tradisi yang tidak diakui oleh 'urf (budaya setempat), dan tidak dibenarkan pula oleh agama, juga karena penulis merasa khawatir kalau wabak menular ini menyebar secara luas hingga sulit dicarikan jalan penyelesain nya di masa-masa yang akan datang dan kita terjerumus ke dalam berbagai masalah yang telah dialami oleh berbagai bangsa di mana kita tidak menghendakinya.

Sesungguhnya penulis di kala membicarakan kepada saudara tentang masalah ini, ingin mengingatkan saudari bahwasanya Islam yang kita banggakan itu sangat peduli dan mengharapkan agar setiap perempuan muslimah itu menjadi ikutan tertinggi dan teladan bagi semua kaum perempuan yang ada di dunia ini, di dalam keshalihan dan kesuciannya, kecerdasan dan keilmuannya, kemuliaan dan kejauhan pandangannya di dalam memahami kemuliaan itu.

Dan sesungguhnya berbudaya atau berperadaban itu tidak terletak pada membuka kepala, kedua lengan tangan, dada, betis dan pamer jasad lepas dari pakaian dan rasa malu, juga tidak terletak pada ikhtilat (pembauran) dengan lawan jenis di jalan-jalan raya, di dalam pertemuan-pertemuan dan gedung-gedung pertunjukkan; dan tidak pula terletak pada melencengnya perempuan dari tabiat keperempuanannya atau mengingkari nilai-nilai moral luhur dan jauh dari ajaran-ajaran Islam.

Namun berbudaya dan berperadaban itu terletak pada ilmu yang membuahkan amal, kefahaman yang diiringi pelaksanaan dan beriman atau meyakini bahwa perempuan di dalam kehidupan ini mempunyai pekerjaan yang harus ia lakukan dalam batas-batas kehormatan, kesucian, rasa malu dan dalam lingkup etika-etika umum yang diajarkan oleh Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam kepada semua umat manusia.

Adapun bertaklid secara membabi buta dan melampaui batas-batas kemuliaan dengan peradaban palsu, itu pada hakikatnya bukan peradaban melainkan rasa tidak malu, perbuatan menuruti hawa nafsu dan merupakan upaya dari orang-orang berjiwa jahat untuk menjadikan perempuan sebagai alat penghibur yang pada akhirnya mereka tidak akan peduli terhadap berbagai masalah yang ditanggung oleh kaum perempuan, termasuk masalah kehormatan dan martabatnya.

Maka dari itu penulis mengingatkanmu wahai saudariku untuk tidak terjerumus ke dalam kancah yang tidak layak bagimu dan hendaknya saudari mengambil pelajaran dari kerosakasn moral yang menimpa kebanyakan masyarakat sebagai akibat taklid buta. Pepatah mengatakan: Orang yang berbahagia itu adalah orang yang pandai mengambil pelajaran dari orang lain.

Kebangangan yang terlampau

Posted: 06 Sep 2010 11:18 AM PDT


Tak habis-habis lagi puak-puak jahil sebelah sana memainkan isu YB 'Surau' Teo Nie Ching. Sudah diperjelas berkali-kali oleh golongan bijak pandai Islam, tetapi pelik.... masih tak paham-paham lagi.

Tak paham atau sengaja tak nak paham atau memang betoi-betoi bangang.

Nak kata tak paham bahasa, perkara tersebut diulas dalam bahasa Melayu, bukannya diterangkan menggunakan bahasa Arab. Jadi, kalau tak paham jugak.... memang sah ler bangang!!

Pulak tu, yang bangang terlampau ialah Piem 1Malaysia. Mungkin jugak Piem dapat info yang kurang tepat.... yang salah dan yang diputar belitkan. Sebab tu, dia pun turut meroyan sama. Tetapi sebagai Piem... tunjuklah cerdik sikit. Tak banyak.... sikit pun jadilah. Takkan ler seorang Piem tak boleh digest apa yang bijak pandai Islam kata tentang isu tersebut. Rakyat pun boleh terima... Tolong ler jangan insult diri sendiri. Awak tu Prime Minister of 1Malaysia.... tak malu ke??

Weh... tazkirah dengan ucapan ada bezanya. Tazkirah menyentuh tentang Islam, termasuklah ajaran dan saranan dalam Islam. Itu penerangan versi ringkas. Ucapan pulak... apa-apa yang diperkatakan tentang hal-hal biasa dan yang specifik. Itu penerangan untuk murid tadika. Oleh sebab, mentaliti Pjem 1Malaysia ni, nampaknya macam tahap budak tadika, so... penjelasan pun ikut tahap itulah. Harap-harap.... sekarang dia boleh faham kot.

Si YB 'Surau' berucap tentang hal yang tidak ada kaitan dengan agama. Itu bukan dikategorikan sebagai tazkirah. Itu namanya ucapan ringkas bertujuan untuk memberi maklumat. Bijak pandai Islam kata, itu tak salah... Yang nampak tak cantik sikit, cuma dia tak bertudung. Tapi, bagi bukan-Islam itu tak salah. Cuma dia kena diberitahu agar berpakaian lebih sopan apabila memasuki surau atau masjid.

Tapi, YB 'Surau' ni kira ok what... Lepas kejadian tu, dia siap pakai tudung lagi. Mak oi.... ayu sekali.

Jadi... what's the problem?? Sepatutnya, ia bukan masalah pun. Kejadian tersebut hanya diperbesar untuk tujuan politik sempit UMNO. Sebenarnya, dalam banyak isu, mereka yang mula dulu memainkan isu-isu sensitif dan lepas tu dipersesar dan akhirnya, mereka menuding jari dan mempersalahkan pembangkang. Usiy.... mana aci!!

Sekiranya, Najib seorang yang bijak, jujur dan telus.... dia akan nilai penjelasan yang diberikan oleh bijak pandai Islam secara rasional dan mengambil tindakan terhadap pihak yang telah membekalkannya dengan info yang salah sehingga dia kelihatan amat bangang.

Itu tindakan seorang piem, yang bijak, tetapi... malang sekali, dia pun 2X5, meroyan sama dan join the club. The BBC Club!! The Bangang Bingai Club!!

Punca cerita dari sini.

Nik Aziz, "I Know You", Ibrahim Tersasul "I Love You"

Posted: 06 Sep 2010 11:16 AM PDT

Riuh dengan kontroversi yang dicipta Umno apabila Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching memasuki surau baru-baru ini. Riuh puak-puak Umno. Tok Guru Nik Aziz mempertahankan tindakan Teo itu. Ibrahim Ali pun turut serta untuk menampakkan yang dia nampak itu tidak betul.

Mengenai dakwaan Ibrahim, Tok Guru dengan sinis berkata "I know you". Terasanya begitu mantap jawapan Tok Guru kepada Ibrahim. Dengan jawapan itu Ibrahim terkena pukulan padu Tok Guru sehingga tersungkur tertelan pasir. Tok Guru bijak kerana hanya dengan sinis begitu kerana beliau tidak mahu melayan rentak putar alam Ibrahim. Jawapan itu juga membuatkan semua orang faham tentang Ibrahim.

Jadi kita dengar pula apa jawapan Ibrahim putar alam selepas ini. Mungkin Ibrahim akan tersasul dan menggelabah lalu menyebut "I love u".

Ameno dan Projek Ganyang Malaysia

Posted: 06 Sep 2010 11:11 AM PDT

Oleh pandu_puteri

"http://1.bp.blogspot.com/_O_tpTe1lwM0/SMXOTk4T9GI/AAAAAAAAAQU/Pwl52XaG9w8/s400/583px-LogoUMNO.svg.pngDalam bulan pose ni banyak bebeno hei2 politik di Malaysia. Hei kaum, hei agama, hei iklan, hei mufti dan pelbagei hei lagi termasukle hei Lim Guang Eng sembelih lembu. Tapi semua hei itu tidak menggugat sokongan pengundi PR kepade PR sebaliknye sokongan oghang ameno kepade ameno yang bermasalah. Oghang ameno yang dulunye kematu dengan ameno udah mule bepikio betui ke idak ameno ni? Semua isu yang dibawak oleh ameno untuk melumpuhkan PR menjadi sebaliknye. Pengundi PR semakin yakin dengan PR dan pengundi ameno pulak udah mula berdilema dengan ameno.

Kali ini teman nak nyentuh hei 'Ganyang Malaysia' oleh penunjuk perasaan di Indonesia. Meghepak bebudak muda Indonesia beghimpun dan membako bendeghe Malaysia. Bahkan deme juge dikatekan menggei taik ke dalam pago kedutaan Malaysia di Jakarta. Gambo PM Najibpun deme bako. Nampak bebeno maghahnye deme. Deme sanggup bepeghang dengan Malaysia dan yakin boleh menang. Puncanye pasei tiga pegawai deme yang sedang betugaih ditahan oleh polih Malaysia. Betui ke idak itu punca utamanye, wallahualam.
Kekadang teman tepikio yang isu ini juge disengajakan oleh ameno. Maklumle semua isu yang dicipta dalam negagha udah tak boleh jalan. PAS tak sio besatu dengan ameno. Kate2 mufti tak lagi didengo. Hubungan PAS, DAP dan PKR semakin mantap. Hubungan kekeluargaan ameno dengan MCA dan LDP umpama menunggu 'retak menjadi belah'. Apa yang dibuat oleh PR Pulau Pinang menjadi ikutan PM Najib. Bonus RM500 dibagi kepada setiap kakitangan kerajaan walaupun sebelum itu PM Najib telah mengurangkan subsidi diesel dan petrol. Jelas bahawa PM Najib telah membuat keputusan yang bercanggah dengan keputusan sebelumnye.
Ameno berharap agar rakyat khususnye Melayu akan bersatu menghadapi Indonesia. Tak guna PAS dan ameno bermusuhan sedangkan musuh utama pada mase ini adalah Indonesia. Kalo PAS dan ameno tak bersatu, pertahanan Malaysia akan lemah dan kelemahan ini akan digunakan oleh Indonesia untuk berperang dengan Malaysia. Oleh itu ameno akan kate, lupakanle persengketaan politik sesame kite.
Slogan Indonesia iaitu 'Ganyang Malaysia' begitu gah. Slogan ini mengingatkan kite kepada penentangan Sukarno terhadap usaha membentuk Malaysia pada tahun 1960-an dulu. Dan projek "Ganyang Malaysia' deme gagal setelah Malaysia berjaya merealisasikan Hari Malaysia pada 16 September 1963. Takkanle kerana sebab tiga pegawai deme yang ditahan oleh polih Malaysia boleh membawa kepade peperangan? Nampak benole tenginnye deme dan kite.
Sekiranye deme ndak berperang, udah tentu deme nyuruh rakyat deme yang berjuta bilangannye di Malaysia segera balik ke Indonesia. Balik teruih bukannye balik nak nyambut raye. Begitu juge Malaysia akan halang rakyat kite dari pegi ke Indonesia. Halang dengan undang2 bukan halang dengan nasihat. Nampak bebeno isu ini hanye dalam peringkat labun je. Kalo dengokan labun ...
Dalam keadaan rakyat Indonesia di Malaysia yang masih berjuta bilangannya ini, sesuaike dengan alasan berperang hanya kerana tak puas hati yang tiga pegawainye ditahan oleh polih Malaysia. Kartun betui deme ni ...
Sebagai rakyat marhaen, usahle kite nyambut kelaku deme dengan geram walaupun bila dipikio2kan memang geram. Kalo kite geram, ameno akan jadi hero. Memang ameno nunggu kita naik seh. Kalo kita naik seh, PM Najib akan terbang jumpa Susilo. Dan kesudahannye, ameno akan jadi hero kerana berjaya mengelak peperangan dan perbalahan antara dua negara serumpun dari terjadi. Pirahhh ...
Apa2pun kepada pengunjung dan pembaca di Dango Mamamat, teman ucapkan selamat berpose dan menyambut ketibaan Syawal.
Selamat Hari Raya Eidul Fitri. Maaf zahir dan batin.

GAMBAR-GAMBAR memBUTUHKANkan MEDIA UMNGOK! TV3

Posted: 06 Sep 2010 11:07 AM PDT


Mahapler kalau rasa ramai yang tak pueh hati kat iklan TV3... Tapi memang patutpun tak pueh hati.. Kalau NAMAWEE buat video kutuk CIKGU RANSIS leh kene tangkap tapi ini TV3 wat IKLAN kutuk agama ISLAM rilek je mintak mahap semberono.. APA KES?

Jadik aku collect gambaq dari FB yang mengecam tindakan TV3 nih.. Selamat ENJOY Yo!

 Padan muke MEDIA PRIMA!
 Nak samakan ngan agama kristian tu satu hal! Yang g terbalikan tulusan Jawi PEHAL? Dalam quran ada ke gambar BECA!?
 Aku tau nih... Ini mesti FARID ngan RAIS YATIM kate kebetulan sama ngan ILLUMINATI
 Banyak tul KEBETULAN... Semuanya diSALIBkan! Macam kerja blogger UMNGOK!
 Ini takleh Blah! Apekejadahnye MELAYU(songkok) terpegun ngan YAHUDI? Melayu UMNGOK jer terpegun ngan YAHUDI!
 Hamik Korang! Kenderaan resmi TV3
 Aku suka POSTER nih! Padan muke hangpa!
Poster nih paling Aku SUKA.. Nanti aku nak hias kat BLOG aku!

OI!! MANA RANSIS YATIM? BISU KA? KALAU ZAMAN SEREBY KECEK mesti dah kene dah.... DAH BUAT SALAH senang2 Mintak mahap jer? TUTUP jer TV3 tubuh baru TV3 SUKU!