Isnin, 6 September 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Zaid Ibrahim baru terjaga dari mimpi

Posted: 06 Sep 2010 10:55 PM PDT

by Rosli Ismail

.Sayang sikit orang yang nampak bijak,hebat dan bergaya macam Datuk Zaid Ibrahim boleh termimpi ingat politik ini ibarat Hikayat 1001 Malam .Semuanya dalam Parti Keadilan Rakyat itu indah belaka dan kisahnya selalu membawa kepada happy ending .

Kata orang dah kena baru tau langit tinggi rendah.Malah ada yang sinis menyindir kata bekas menteri itu patut merasa dirinya lampin@tuala pakai buang.Mau pampers untuk kanak-kanak atau jenama kotek untuk wanita.

Jangan marah Datuk.Ini tafsiran mereka yang nakal sikit dibuat dari hasil kenyataan Datuk sendiri yang meluah rasa dalam lamam blognya tentang nasib menimpanya dihentam kiri kanan bila umum nak bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

"Semasa saya diterima masuk setahun dahulu saya digelar wira, seorang yang berani dan berprinsip, pejuang politik yang tidak mementingkan jawatan dan kedudukan,"

" Dua belas bulan kemudian saya sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan akan menjual parti kepada UMNO. Tuduhan terhadap peribadi saya juga ditingkatkan. Teringat saya semasa di Hulu Selangor dulu, cuma masa itu UMNO yang membelasah saya," kata Zaid.

Berat kalau difikirkan begitu.Apa lagi baru saja memuja itulah parti yang terbaik untuk dirinya.

Siapa yang tidak geram kalau waktu 'nak pakai' macam jadi calon PKR Hulu Selangor dulu ditimang dan dijunjung dan tiba-tiba segala macam peluru dan meriam dihalakan padanya bila nak bertanding.

Lebih mengaibkan selepas berhijrah ke dalam PKR Zaid rajin mencerca UMNO,tempat lama beliau berteduh hingga menikmati jawatan menteri.

PKR dan pakatan rakyat dirasanya dapat menjadi wadah idealisma tentang perjuangan politik yang mengikut kayu ukurnya.

Zaid juga selalu mengambarkan dirinya seorang yang tidak gila jawatan dan ingin menghambakan diri untuk perjuangan politik yang mulus.

Kalau itulah pengikat diri sebenarnya beliau tidak sepatutnya merasa macam orang yang nak 'di nyah buang' bila nak cuba potong jalan Azmin Ali, anak emas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengidam jawatan Timbalan Presiden PKR.

Ramai pemerhati politik yang pelik melihat Zaid ' meletup' hingga meluah rasa dalam laman blognya tentang kemungkinan mengalami nasib macam bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba yang dibentis oleh Anwar semasa pemilihan UMNO tahun 1993.

Satu – siapa Zaid dalam PKR.Beliau baru saja masuk parti itu.Dua – kenapa beliau letak dirinya satu level dengan Ghafar .Tiga - hebat mana Zaid hingga merasa beliau paling layak untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.Empat- beliau tak sedarkah siapa jantung hati Anwar.

Apakah Zaid terpengaruh dengan analisis sesetengah media yang awal-awal letak dirinya sebagai orang yang paling layak mengetuai PKR dan juga pakatan rakyat jika Anwar kena dalam kes liwatnya?

Juga apakah beliau sudah termakan atau silap tafsir signal dan dendangan politik Anwar hingga merasa ' akulah orangnya'.

Dari sudut pandangan mata kasar ada kalangan pemerhati yang menilai Zaid sudah silap langkah untuk memandang rendah pada Azmin.

Politik membuka kepada segala macam kemungkinan,Apa lagi Azmin sudah main silat gayung dalam PKR sedangkan Zaid baru silat pulut.

Namun menyingkap balik sejarah naluri Zaid untuk bertanding merebut jawatan tinggi sudah terserlah sejak beliau dalam UMNO lagi.

Pada tahun 2004 beliau hanya berstatus seorang Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu.

Waktu itu tidak ada siapa yang berani bertaruh beliau boleh menang salah satu dari tiga jawatan Naib Presiden UMNO.

Biasanya hanya mereka yang berjawatan menteri yang berani cuba nasib.

Zaid tetap Zaid.Beliau redah juga menawarkan diri…dan semua orang tahu akhirnya terkangkang nombor corot dari enam calon yang bertanding - AgendaDaily

Pesawat terhempas di Gunung Pulai

Posted: 06 Sep 2010 09:20 PM PDT

Sebuah pesawat dua tempat duduk telah terhempas di Gunung Pulai semasa melakukan penerbangan latihan pada kira-kira jam 9.45 pagi ini.

Nasib juruterbang dan seorang pegawai dari Jabatan Penerbangan Awam masih belum di ketahui setakat ini. - the Star
TERKINI : Seorang terkorban dan seorang lagi tercedera dalam kejadian di atas.

Lagi nak minta Harussani buat fatwa ... macamana dengan kes ini?

Posted: 06 Sep 2010 07:24 PM PDT




Rosmah baru khatam Quran? ... tak kisah lah aku bila dia nak khatam itu hak dia ... atau khatam hanya untuk dapatkan publisiti atau simpati, promotkan diri, menunjuk-nunjuk dan macam-macam lagi dia ni sekoq boleh buat apa saja dalam negera yang dinamakan Malaysia ni, sebab dia ingat Malaysia ni laki dia punya ... Lantak korang lah ...
Tapi yang aku nak tunjuk pada korang semua ... minah sekoq ni memang tak boleh diajar dah ... lagi pun macam kata seseorang dalam komen pada artikel aku terdahulu "najib takut nak ajar dia ni ..." hahaha ... aku rasa pun macam tu. Kalau najib sendiri pun takut, macamana pula Harusani, yang kuat sangat melalak kalau terkena kepada pembangkang ... tapi diam membisu dengan apa-apa tindakan pihak umNOapco ... itu lah sebahagian Mufti di Malaysia yang aku labelkan sebagai Mufti cari makan ... bukan Mufti untuk mejaga hukum hakam Islam ...

Di hadapan Al Quran bini montel najib ni masih juga tidak menutup auratnya, masih menampakkan jambul nya , sama seperti Hannah Yeoh AP Subang Jaya diatas ...
Susah sangat ke nak menutup aurat ni ??????????????????

Harussani, siapa yang patut menutup aurat?

Posted: 06 Sep 2010 09:32 AM PDT


Ini adalah kenyataan Mufti Perak, Harussani Zakaria mengenai kes AP Serdang Teo Nie Ching yang dikatakan memberi tazkirah di surau Al-Huda Kajang baru-baru ini, dengan berada di dalam surau tersebut tanpa menutup aurat, lanjutan kepada kenyataan najib razak J/Kuasa surau nafi kenyataan Najib MP Teo sampaikan tazkirah yang dipetik TMI

Bagaimanapun Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bersetuju dengan Najib bahawa Teo telah melanggar fatwa yang sedia ada keputusan dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan terpakai kepada semua termasuk bukan Islam.

"Ia satu undang-undang dan semua orang terikat dengannya. Dalam kes ini, beliau bertindak bertentangan dengan fatwa kerana beliau tidak menutup rambut ketika masuk ke surau dan beliau juga menyampaikan ucapan di ruang solat," kata beliau.

"Bukan Islam boleh masuk masjid, tetapi mereka juga mesti menghormati peraturan dan kesucian (premis).
Ini bermakna mereka mesti tutup aurat," katanya.
STONE : Aku nak tanya Harussani ... Bagaimana dengan bini Najib? ... adakah kerana beliau bini seorang PM maka beliau dikecualikan dari fatwa tersebut. Sudah banyak gambar-gambar si gemuk tu berada di dalam masjid dengan menampakkan jambul nya, tapi sehingga kini baik Mufti, baik menteri agama tiada seorang pun berani bersuara tentang kejahilan rosmah? Kenapa mesti ada 'double standard di sini? Balik-balik kes Teo yang diulang cerita ... Kenapa? Adakah hanya kerana dia wakil rakyat pembangkang?
Kalau betul hendak mengikut fatwa tersebut rosmah juga patut dihalang dari memasuki masjid kerana rosmah juga tidak menutup aurat. ....
Sebagai wanita Muslim, Rosman WAJIB menutup aurat tak kira dimana beliau berada.
Harussani, bercakaplah atas landasan Islam, bukan kerana politik atau sekadar mahu menjaga periuk nasi kalau mahu dihormati sebagai seorang Mufti yang berwibawa. Pls .... be fair

S/U Politik MB Johor dijumpai mati

Posted: 06 Sep 2010 08:44 AM PDT

JOHOR BARU, Sept 6 — Dr Gunawan Mahmood, the political secretary to the Johor mentri besar, was found dead in his office in the Dato' Jaafar Muhammad building, Kota Iskandar here at 3pm today.

Gunawan, 51, a diabetic, had in the morning complained that he was not feeling well and had sought medical treatment at a private clinic before returning to his office, apparently to rest.

However, he was later found motionless and slumped in his seat, with his hands hanging downwards, by staff of the MB's office.

His nephew, Wahyu Budiman Rendra, said he received a call at 4pm from Gunawan's wife informing him of his death.

The body was taken to the Sultanah Aminah Hospital for a post-mortem.

According to Wahyu, Gunawan's body will be taken to Felda Ulu Tebrau for burial at the Felda Ulu Tebrau Muslim cemetery tomorrow.

Gunawan was appointed political secretary to the MB in 2008. He is survived by his wife, Norhayati Maarof, and four children aged between 13 and 21. — Bernama

Gambar 'superimpose' : umNO/BN marah sebab saya haramkan judi bola : LGE

Posted: 06 Sep 2010 01:25 AM PDT

PULAU PINANG, 6 Sept — "Saya masih waras dan tahu menilai majlis apa yang dibolehkan ketika bersama masyarakat Islam," kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika membidas dakyah terbaru Umno kononnya beliau menyembelih lembu korban.

Lim berkata, tindakan meletakkan gambarnya dengan wajah bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaludin sengaja dilakukan untuk mencetuskan kemarahan umat Islam selepas isu khutbah bulan lalu.

Justeru, kata Lim, beliau yakin yang rakyat tidak akan tunduk dengan fitnah tidak berasas seperti itu yang mempunyai maksud untuk merosakkan perpaduan kaum.

Ketua Menteri percaya bahawa punca utama kemarahan kepimpinan Umno dan BN terhadap kepimpinanya ialah apabila mengharamkan judi bola baru-baru ini.

Disebabkan pengharaman tersebut kerajaan kehilangan sumber pendapatan yang besar.

"Bila kerajaan Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan mengharamkan judi bola, ramai yang marah. Malah ada yang anggap ia tindakan jahat kerana menghalang sumber pendapatan negara," jelas Lim.

Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang berbuat demikian baru diikuti oleh beberapa negeri lain sehingga membuatkan kerajaan pusat terpaksa mengubah keputusan mengharamkan kononya mendapat bantahan banyak pihak.

Kelmarin, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan buruk yang semakin ketara ditonjolkan oleh Umno dan BN bagi mempengaruhi rakyat supaya menyokong mereka.

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata, fitnah yang semakin berleluasa kebelakangan ini bukan saja menggambarkan imej buruk parti tersebut tetapi juga menjatuhkan moral kepimpinan mereka.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menggesa masyarakat khususnya orang Melayu supaya tidak mempercayai segala muslihat terdesak yang cuba dipelopori oleh Umno dan BN.

Setiausaha Umno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim mencabar Pakatan Rakyat menunjukkan bukti berhubung tuduhan mereka yang mengatakan Umno menyebarkan gambar seumpama itu. - TMI

Sidang akhbar Azmin : Saya tak diberitahu tujuan sebenar kata seorang MP

Posted: 06 Sep 2010 12:44 AM PDT

G Vinod

PETALING JAYA: One of the PKR MPs who attended a press conference here to express support for Azmin Ali is fuming. According to him, he was not told what was on the agenda.

Speaking on condition of anonymity, the MP said: "I was not aware that it was to back Azmin and I am disappointed for not being told about this."

He claimed that it was "misleading" for PKR supreme council member Kamarul Bahrin Abbas to tell reporters that all the MPs present were in favour of Azmin becoming the next deputy president.

The MP said the situation was similar to what had happened with Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim previously.

"It is the same thing... I was caught by surprise then as well when they discussed about his removal," he added, referring to a meeting held in June.

Taking a swipe at Azmin, the MP said that the vice-president should not be resorting to such tactics to win in the upcoming party polls.

"Rather than pulling such stunts, why doesn't this ambitious person just focus on performing. I am sure if he performs, he can win without having to resort to these kind of charades," he told FMT.

He said PKR was now in need of a leader with a vision who could take the party to greater heights.

"We should not only be talking about dislodging Barisan Nasional and grabbing power. We should focus on how to address the problems plaguing the nation and how to take the country forward," he added.

Also present at the press conference were MPs Zuraida Kamaruddin (Ampang), S Manikavasagam (Kapar), Loh Gwo Burne (Kelana Jaya), Johari Abdul (Sungai Petani) and Amran Abdul Ghani (Tanah Merah).

Kamarul, who is the MP for Teluk Kemang, said that 20 MPs and senators were backing Azmin.

'I knew it was about Azmin'

Meanwhile, Manikavasagam said he was aware that the press conference was related to Azmin's bid for the number two slot.

"When I received the text message, I checked with Zuraida and Kamarul and they told me of their intention to show support for Azmin," he added.

However, he pointed out that despite their support, it was up to the members to decide who they wanted as deputy president.

"The PKR leadership will be determined by its members, unlike delegates before," he said, referring to the implementation of the direct election process.

"Therefore even if MPs support a particular candidate, it will be hard to predict who the members will vote for in the polls," he added - FMT

Tiada ulasan: