Ahad, 13 Jun 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kami akan bertahan - Mandat lebih besar dalam PRU13 : Exco Kedah

Posted: 13 Jun 2010 05:36 PM PDT

Oleh G. ManimaranJune 14, 2010KOTA BARU, 14 Jun — Meskipun desas-desus bakal tumbangnya Kedah masih kedengaran, PAS negeri itu yakin kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) ini akan terus bertahan, malah mampu untuk mengekalkan pentadbirannya dengan "mandat lebih besar" pada pilihan raya umum ke-13.

"Saya yakin kami akan terus bertahan, malah akan memperoleh kejayaan lebih baik pada pilihan raya umum akan datang," kata Ketua Penerangan PAS Kedah Amirudin Hamzah.

Beliau yang juga ahli Jawatankuasa Pusat PAS melahirkan keyakinan itu berdasarkan perkiraannya terhadap jumlah kerusi yang dimiliki PR dan Barisan Nasional (BN) dengan mengambil kira senario semasa.

"Berdasarkan perkiraan dan perhitungan saya, saya yakin kami tiada masalah untuk kekal memerintah sehingga pilihan raya umum akan datang... melainkan perkiraan saya silap, mungkin anda boleh buktikan saya silap," kata beliau ketika ditemui di sisi Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di sini.

Sehari selepas pertemuan ini, pemimpin kanan PAS Pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman semalam melontarkan kejutan Selangor dan Kedah di ambang kejatuhan jika tidak menggiatkan pendaftaran pengundi-pengundi baru dalam waktu terdekat.

Amirudin yang juga Exco kerajaan negeri mengakui walaupun perbezaan kerusi tidak jauh berbeza antara PR dan BN, yang dikatakan mempunyai sokongan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas, PAS Kedah percaya tiada masalah untuk kekal berkuasa.

"Berdasarkan daripada kiraan saya, dengan kerusi 20 kerusi yang kami ada berbanding mereka ada 16 dengan dua Adun dari Bebas, kami yakin... tiada masalah," kata beliau yang mengakui BN cuba mendampingi wakil-wakil rakyat PR termasuk PAS.

The Malaysian Insider difahamkan lima wakil rakyat PR telah didampingi BN setakat ini.

Jelas Amirudin, pihaknya merumuskan keyakinan itu kerana atas kertas BN "sudah pun kehilangan" dua kerusi — status Kota Seputih yang akan didengar oleh Mahkamah Rayuan manakala seorang wakil rakyat MCA berhadapan dengan 'masalah dalaman' parti dan sedang mengambil cuti.

Kedah mempunyai 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 16 wakil rakyat dari PAS, tiga PKR, seorang DAP. BN mempunyai 14 wakil rakyat dan dua lagi Bebas setelah keluar PKR.

Untuk membolehkan kerajaan negeri Kedah pimpinan PR jatuh, BN memerlukan empat lagi Adun menyokongnya.

Selain dua wakil rakyat BN yang dikatakan masih menjadi tanda tanya, Amirudin berkata, Adun Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim juga menjadi tumpuan kerana isu yang berkaitan dengan masalah peribadi beliau.

Justeru kata Amirudin, umumnya kini BN adalah 'masalah' dengan tiga kerusi dan "mereka sedang melengah-lengahkan masa" bagi mengelakkan kemungkinan pilihan raya kecil.

Berdasarkan undang-undang pilihan raya, pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika kekosongan wujud dalam tempoh dua tahun sebelum mandat semasa berakhir.

Laporan sebelum ini menyebut wakil rakyat hendak keluar Umno-BN tetapi beliau ada pengesahan.

"Jadi mengambil kira keadaan ini, selepas campur tolak, saya masih yakin dengan kedudukan Pakatan di Kedah," katanya.

"Kami masih yakin wakil-wakil rakyat PAS dan PKR tidak ada yang akan keluar," kata beliau dengan merujuk kepada pengakuan terbuka dibuat oleh tiga Adun PKR bulan lalu.

"Begitu juga dengan wakil rakyat (tunggal) DAP... dia tak akan keluar parti," katanya.

Ketiga-tiga Adun PKR itu merupakan Exco Kerajaan Negeri.

Dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider, BN Kedah membayangkan mempunyai peluang cerah untuk melihat beberapa Adun PR akan keluar parti komponennya, sekali gus mengubah landskap pentadbiran negeri semasa.

Sehubungan itu, Umno salah satu komponen BN meramalkan sama ada Kedah akan berubah tangan ataupun sekurang-kurangnya membawa kepada pilihan raya umum negeri yang baru.

Umno melihat kemungkinan tersebut berdasarkan perbezaan empat kerusi DUN antara PR dan BN yang mendakwa menerima sokongan wakil rakyat Bebas.

"Saya lihat ada peluang (untuk beberapa Adun Pakatan) keluar parti... saya melihat kemungkinan itu kerana sudah ada yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti mereka," kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ir Nawawi Ahmad.

Nawawi juga berkata, pihaknya mempunyai maklumat beberapa wakil rakyat PR juga tidak berpuas hati dengan parti masing-masing buat masa sekarang.

Percaturan Umno-BN ialah antara dua hingga tiga Adun kemungkinan keluar.

"Jika dua wakil rakyat parti (komponen Pakatan) keluar bermakna keseimbangan anggota di DUN iaitu 18:18... sama di pihak Pakatan dan juga BN, jika ini berlaku kerajaan negeri tidak boleh berfungsi, dan pilihan raya umum negeri perlu diadakan, tiada pilihan.

"Jika tiga wakil rakyat keluar dari Pakatan, kami akan ada sokongan lebih satu kerusi iaitu 19:17. Dalam keadaan ini, BN boleh mengambil alih kerajaan, seperti yang berlaku di Perak," katanya lagi.

Mengenai dakwaan Umno bahawa wakil-wakil PR akan bertindak keluar parti, Amiruddin berkata, "mereka terpaksa berbuat demikian (menyebarkan berita) untuk kekalkan semangat ahli-ahli mereka."

"Tetapi kami yakin menang lebih baik, bagi PAS kami yakin menguasai kesemua 24 yang ditandingi (dalam pilihan raya umum ke-13)," katanya.

Pada Mac 2008, PAS bertanding di 24 kerusi dan menang di 16 kawasan.

"Kami yakin akan memperoleh mandat lebih besar," kata Adun Anak Bukit ini - TMI

UMNO Johor tentang judi bolasepak

Posted: 13 Jun 2010 03:33 AM PDT


UMNO Johor yang diketuai oleh Datuk Ghani Othman hari ini menyuarakan pandangan ramai di Johor - menentang Judi Bolasepak. Satu tindakan berani menentang keputusan tok ketua mereka najib razak. Demi agama, Ghani Othman secara terang-terang menentang perlaksanaan pertaruhan bolasepak sempena Kejohanan Bolasepak Piala Dunia yang bermula dua hari lalu.

Aku rasa - perbetul lah kalau salah ya - ini lah penentangan yang pertama dari UMNO sendiri terhadap isu judi sukan ini, walaupun sebelum ini KJ juga ada meminta najib memberikan kenyataan muktamadnya selepas ramai yang menentang termasuk lah dari yang bukan Islam. Setakat ini najib masih membisu.

Apakah penentangan Ghani Othman ini satu permulaan kepada lain-lain negeri yang dikusai BN untuk turut sama mengikut jejak langkah murni ini? Tapi setakat ini aku di fahamkan si mamak Perak tu tidak ada apa-apa bantahan terhadap judi sukan ini untuk dijalankan di Perak.
Tapi apakah MB Johor itu akan mengikut jejak langkah Selangor dan Pulau Pinang - pihak majlis-majlis tempatan nya tidak akan mengeluarkan lesen pertaruhan ini. Kita tunggu tindakan Johor selanjutnya
Bagaimana dengan Pahang, Melaka, Perlis, Terengganu dan negeri-negeri yang seangkatan dengan nya?

Lapuran BERNAMA tentang penentangan UMNO JOhor terhadap isu judi sukan DI SINI

PAS : Selangor dan Kedah akan jatuh jika ...

Posted: 12 Jun 2010 11:31 PM PDT

Oleh G. Manimaran

13 June 2010 : KOTA BARU : Selangor dan Kedah diberi ingatan "tegas" oleh pucuk kepimpinan PAS, kedua-dua kerajaan negeri itu berada di "ambang keruntuhan" jika tidak mempergiatkan pendaftaran pengundi baru dalam jumlah yang besar.

Peringatan itu diberikan oleh Ketua Lajnah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Hamid Abdul Abdul Rahman ketika menggulung perbahasan Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di sini hari ini.

Dengan mengambil kira prestasi Pakatan Rakyat ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Selangor, Abdul Hamid berkata, PAS perlu mempergiatkan usaha mendaftar pengundi-pengundi baru.

"Berdasarkan (prestasi ketika) pilihan raya kecil Hulu Selangor, saya hendak ingatkan pesuruhjaya PAS dan Yang Dipertua PAS kawasan di Selangor, kita kena tingkatkan pendaftaran pemilih... di Hulu Selangor kita kehilangan enam peratus pengundi Melayu dan 10 peratus pengundi India.

"Kalau kita tidak daftar pengundi muda yang baru, Selangor di ambang keruntuhan. PAS 'out', cuma (boleh dapat kerusi)," katanya.

Pakatan Rakyat menurunkan calon dari Parti Keadilan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

"Kedah pun kena tambah pengundi-pengundi baru, kalau tidak Kedah pun di ambang kejatuhan," kata beliau hari ini.

Semalam PAS meluluskan pelan tindakan 15 strategi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Salah satu strategi ialah mendapatkan sejuta pengundi baru.

Strategi itu diluluskan bersama usul persediaan menghadapi pilihan raya yang diterima oleh Muktamar Tahunan PAS Ke-56 semalam.

Muktamar yang berakhir hari ini banyak memberi tumpuan ke arah persediaan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13 bersama Pakatan Rakyat.

Dalam ucapan dasarnya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menekankan bahawa secara umumnya, semua organisasi parti termasuklah jentera pilihan rayanya perlulah diperkemaskan di semua lapisan peringkat untuk berhadapan dengan pilihan raya umum ke-13. Dengan pendaftaran pengundi yang menyeluruh, kata PAS, tumpuan serius dan sistematik perlu diberikan termasuk melancarkan gerak kerja khas pendaftaran pemilih, terutama pemilih baru, secara besar-besaran.

"Sasaran minimum ialah satu juta pendaftaran baru di seluruh negara," kata PAS dalam laporan itu yang diperoleh The Malaysian Insider.

Ketua Dewan Pemdua PAS menyasarkan untuk memberi tumpuan ke atas 2.2 juta pengundi muda.

Masih ada lebih empat juta pengundi yang layak tetapi belum mendaftar sebagai pemilih.

Abdul Hamid juga menyentuh prestasi PAS mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan dengan majoriti tipis.

Menurut beliau, di Manek Urai PAS kemerosotan undi sebanyak 6.3 peratus ketika pilihan raya kecil tahun lalu.

"Dengan mengambil kira tiada tsunami politik (2008 berulang) dan kita menurunkan anggaran undi diperoleh lima peratus, kita merosot 6.3 peratus undi di Manek Urai, di Kelantan kita boleh mengekalkan dengan memperoleh 24 kerusi," katanya.

Sehubungan itu kata beliau, kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat perlu membantu parti-parti politik ikatan tersebut.

Katanya, PAS meneruskan prestasi di Kelantan disebabkan sokongan kepimpinan kerajaan negeri kepada jentera parti-parti politik.

"Kekuatan menghadapi pilihan raya di Selangor dan Kedah, tidak sama dengan kekuatan menghadapi pilihan raya di Kelantan," katanya.

"Ini satu ingatan... diharap PAS pusat akan membuat panduan untuk membantuk menghadapi pilihan raya umum ke-13," kata beliau - TMI

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Kapal Israel di Pelabuhan Klang: Bukti Umno hipokrit!

Posted: 13 Jun 2010 08:34 PM PDT



Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) hari ini mendesak kerajaan Umno-Barisan Nasional menjelaskan kenapa membenarkan kapal Israel Zim Genova yang berdaftar di Israel berlabuh di Pelabuhan Barat , Klang Isnin lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini dua pertubuhan itu berkata pendedahan yang dibuat di dalam rencana Utusan Malaysia pada 9 Jun lalu membuktikan pada haikatnya kerajaan tidak konsisten dalam hal hubungannya dengan Israel.

"Makluman bahawa ada juga barangan dari negara rejim Yahudi ini memasuki negara ini, semada secara terus atau dari negara ketiga adalah amat mengejutkan.

"Persoalan yang ditanya benarkah Israel diizinkan memasuki ke pelabuhan kita dan mengadakan aktiviti perdagangan dengan negara ini, dan ini secara jelas telah dijawab oleh Menteri Pengangkutan.

"Mapim dan Shura amat kesal dengan pendedahan yang menunjukkan hiprokasi yang amat nyata," kata kenyataan itu yang diemel kepada Suara Keadilan.



Menurut Setiusaha Agung Mapim, Azmi Abdul Hamid dan Pengerusi Shura, Abdul Ghani Samsuddin adalah anehnya ketika usul khas di Parlimen dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 7 Jun lalu berkaitan dengan kecaman dan tindakan yang akan di bawa oleh kerajaan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk bertindak ke atas Israel, tiba-tiba pada hari yang sama dilaporkan kapal Zim Genova milik syarikat Zim Israel Navigation Company berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo yang besar.

"Lebih pelik lagi dilapor oleh rencana tersebut selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain).

"Mapim dan Shura terkejut bagaimana pula ada rundingan senyap hubungan perdagangan atau perkhidmatan pelabuhan dilakukan dengan syarikat perkapalan Israel dengan Malaysia.

"Ini sudah pasti suatu penipuan kepada rakyat Malaysia dan dunia umumnya, betapa Malaysia bertalam dua muka dalam perhubungannya dengan Israel.

"Kenyataannya bila kapal kemanusiaan Mavi Marmara dan Rachel Corrie yang disertai rakyat Malaysia kita dihalau dan diserang di pengairan antarabangsa kenapa pula kapal Israel sewenang-wenangnya dibenarkan berlayar dan berdagang di negara ini!," tegas kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu mencabar sama ada kapal MISC milik Malaysia dibenarkan memasuki Pelabuhan Haifa di Israel.

Mapim dan Shura berpendirian dengan jawapan jelas pihak Kementerian Pengangkutan bahawa kapal Israel dibenar berdagang di Malaysia, membuktikan Malaysia telah mengkhianati rakyat Palestin.

"Walau apapun syarat dan peraturan dikenakan ke atas kapal Israel, membenarkan kapal tersebut berlabuh itu sendiri adalah suatu tindakan yang bertentangan dengan sikap yang diambil oleh seluruh rakyat Malaysia dan semangat dari usul yang diluluskan di Parlimen baru-baru ini.

"Penjelasan Kementerian bahawa pihak West Port menetapkan syarat kepada kapal Israel itu tidak boleh diterima samasekali. Jika Malaysia mempunyai dasar tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan negara yang tidak ditiktiraf, kenapa kapal itu dibenarkan masuk dan berlabuh di Klang?

Mapim dan Shura dengan itu mendesak supaya kerajaan mengarahkan kapal itu keluar dari Pelabuhan Klang dan menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada lagi kapal Israel yang akan dibenarkan berlabuh di pengairan Malaysia," desak pertubuhan itu lagi.

Aksi 'bebas' Ketua UMNO Bahagian Ranau, Datuk Masidi Manjun

Posted: 13 Jun 2010 07:20 AM PDT



Ketua UMNO Bahagian Ranau, Datuk Masidi Manjun ! Sedap tak pegang/sentuh atas perempuan macam tu??? Kenapa ? terlalu syoks ke? Dari UMNO, kan? Melayu, kan? Muslim , kan?

Opss! lupa lah, dia pegang jawatan sebagai Ministry of Tourism, Culture and Environment, Sabah, Malaysia (Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar) oh.... itulah Culture Malaysia, itulah culture Melayu, Muslim yg dialu alu kan oleh UMNO ke????
- Facbook "Kami Benci Saiful Bukhari!"

http://www.facebook.com/?ref=home#!/photo.php?pid=4907322&id=124838741203

PAS tampilkan 'ikon' bola anti-judi

Posted: 13 Jun 2010 06:18 AM PDT


(Gambar: Radhi bersama pasukan Kedah)

PAS kini menampilkan bintang bola sepak negara Radhi Mat Din sebagai 'ikon' kempen menentang pemberian judi sukan di negara ini.

Dalam ceramah perdana sempena muktamar PAS ke-56 malam tadi, Radhi diminta merasmikan Gerakan Rakyat Mansuhkan Judi (GMJ) - gabungan NGO dan pembangkang khusus khusus untuk menggagalkan usaha kerajaan itu.

Tampil dalam gaya kasual - berseluar trak dan berkemeja-T di hadapan kira-kira 3,000 penyokong pembangkang - Radhi mengimbau kembali bagaimana 'runtuhnya' kegemilangan bola sepak di zamannya lebih 10 tahun lalu akibat perjudian haram dan rasuah.

Menceritakan pengalaman peribadinya, Radhi berkata, ketika mengetuai pasukan Kedah pada tahun 1996 berlaku "peristiwa malang" apabila seramai 136 orang telah dituduh terlibat dalam rasuah yang diakibatkan oleh aktiviti pertaruhan haram.

"(Permainan) bola ini tiada kaitan langsung dengan judi. Malangnya sekarang sukan bola sudah dipalitkan dengan judi yang haram di sisi semua agama di dunia ini. Ini umpama lain yang sakit, lain pula yang diubatnya.

"Kerajaan seharusnya mengetatkan penguatkuasaan terhadap judi haram bukannya bertindak menjadikan judi sebagai halal setelah tidak mampu membenterasnya," katanya yang kini berkhidmat sebagai jurulatih pasukan Kedah.

Radhi, anak kelahiran Kedah merupakan kapten paling lama dalam skuad hijau-kuning. Pemain tengah itu pernah mewakili negara dan menempa populariti dalam liga semi pro negara sekitar 90-an.

Penampilannya malam ini dilihat bagi menarik sokongan peminat bola sepak tempatan yang merindui aksi-aksi menarik sekitar zaman bola sepak tempatan yang mendapat perhatian besar ketika itu.

Ajak Dr M, Pak Lah berdemo

Berkongsi pentas bersama Mursyudul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Radhi menyuarakan kebimbanganya terhadap kemerosotan mutu bola sepak negara secara lebih serius.

"Yang menjadi pertimbangan utama kepada penontong selepas ini bukan kualiti permainan tetapi untung atau rugi, kaya atau miskin, dapat duit atau tidak," katanya.

Dalam ceramah di Pusat Tarbiyyah Islamiah Kelantan (PUTIK), Radhi membuat 'pendedahan' yang mengejutkan sebahagian penyokong yang hadir.

"Sebenarnya judi sukan bola sepak ini boleh dipecahkan kepada perbagai pertaruhan.

"Antaranya pertaruhan menentukan pasukan bertanding, minit jaringan pertama, penjaring gol pertama, pemain terbaik, pasukan yang menang, pasukan yang kalah dan macam-macam lagi," katanya.

Katanya, jika usaha bagi meluluskan pemberian lesen judi tidak dihalang, apa bakal ditonton bukanlah permainan bola sepak sebenar tetapi hanyalah "lakonan permainan bola", katanya.

Radhi juga menyeru dua bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdulah Ahmad Badawi supaya turut serta dalam perhimpunan di Istana Negara pada 3 Julai depan bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Saya berjanji akan menarik lebih ramai lagi rakan-rakan saya yang pernah terlibat dengan bola sepak untuk sama-sama menyokong Gerakan Rakyat Membantah Judi ini.

"Ini penting bagi mempastikan judi bola ini akan dimansuhkan oleh pihak kerajaan," tambahnya.- malaysiakini

Patah berganti: Tamrin 'Ganti' Ibrahim Ali Dalam PAS

Posted: 13 Jun 2010 06:12 AM PDT



KEHILANGAN dan pengkhiantan Ibrahim Ali kepada Pas tidak begitu menyakitkan hati orang Pas. Pas memang sebuah parti bernasib baik. Walaupun tindakan Ibrahim Ali mengencing Pas yang membantunya kembali ke Parlimen dalam pilihan raya umum lalu dengan memberi lambangnya namun itu hanya sebagai rempah ratus politik saja. Ternyata orang Pas marah peringkat awal saja, selepas itu mereka dapat menerima apa yang Ibrahim lalukan

Anihnya juga perasaan marah atas sikap tidak mengenang budi Ibrahim itu ada yang bertukar menjadi simpati. Iya, kalau Ibrahim waras dan sihat mungkin dia tidak akan melakukan apa-apa kerja yang beliau lakukan dari dulu hingga sekarang. Makanya ada yang berdoa agar Ibrahim diberikan kekuatan oleh Allah dan dipulihkan kesihatannya. Amin.

Bukan orang tidak kenal siapa Ibrahim dalam dunia politik. Dia lebih ligat dan licit daripada bola yang dilarikan oleh para bintang handalan dunia dalam pesta piala dunia yang sedang berlangsung kini.

Bagaimana pun Tuhan mahal adil. Tuhan tidak pernah menzalimi makhluk kejadian-Nya. Dan Tuhan juga akan membalas setiap apa kebaikan yang dilakukan oleh makhluk-Nya. Cuma kadang kala manusia tidak dapat memahami dan sempat menerima budi baik Tuhannya. Manusia adakalanya begitu gopoh dan rakus dalam mentafsir dan menilai sesuatu yang penuh berhikmat dan memerlukan ketajaman akal mentafsirnya.

Misalnya tidak siapa menduga bahawa kehilangan Ibrahim dari persada Pas diganti Allah dengan watak yang sebelum ini tidak terfikir oleh sesiapa yang mereka akan bertandang ke majlis Pas. Tetapi itulah yang berlaku hari ini apabila anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Ghafar dan Zaid Ibrahim menjadi tetamu istimewa Pas pada muktamar ke 56 ini yang berlangsung hari ini. Kedua mereka adalah tokoh hebat dalam Umno sebelum ini. Bahkan Tamrim pernah menjadi Exco Pergerakan Pemuda Umno dan masih lagi ahli Umno.

Kehadiran Tamrin dan Zaid ternyata mendapat perhatian umum. Keberadaan Zaid mungkin tidak hairan lagi sebab beliau sudah dipecat dari Umno dan kini menyertai PKR. Sebelum itu pun Zaid sudah pun berjinak-jinak dengan Tok Guru dan sudah mula membaca bunga sepatu MB itu dan juga melihat berapa lilitan serban MB itu. Tetapi Tamrim masih ahli Umno.

Kehadiran Tamrin itu menjadi tanda tanya. Apakah kehadiran beliau itu sebagai satu isyarat bahawa beliau sudah tidak yakin dengan Umno lagi? Kerana belum berlaku dalam sejarah pemimpin malahan ahli Umno yang ternama hadir dalam muktamar Pas. Kehadiran seperti itu dilihat songsang dan menyebabkan mereka yang hadir akan dipersoalkan oleh partinya.

Tengku Razaleigh Hamzah pernah hadir dalam majlis Pas. Misalnya dalam majlis penjelasan isu royalti minyak, Tengku Razaleigh berada atas pentas sama dengan pemimpin Pas. Tetapi Tengku Razaleigh tidak pernah menghadiri muktamar Pas semasa beliau masih menjadi ahli Umno. Kehadiran Tengku Razaleigh sebelum ini ialah sesudah beliau tidak menjadi ahli Umno.

Persoalan kini apakah Umno akan mengambil tindakan ke atas anak bekas Timbalan Perdana Menteri itu? Atau pun Umno akan membiarkan begitu saja. Sebelum ini Tamrin juga membuat kejutan apabila beliau muncul di atas pentas PKR pada pilihan raya kecil Hulu Selangor baru-baru ini. Penampilan beliau itu mengejutkan ramai pihak.

Atau apakah Umno membiarkan Tamrin terus dengan gelagaknya itu? Umno akan mengambil sikap tidak peduli di mana dengan itu aksi Tamrim itu akan mati begitu saja? Ataupun Umno akan bermesyuarat dan surat tunjuk sebab akan diambil terhadapnya tidak lama lagi.

Bagaimana pun jika dilihat dari sisi lain, kebebasan dan demokrasi, kedatangan Tamrin itu tidak menjadi kesalahan. Malahan kedatangan beliau itu dilihat sebagai boleh membuka suasana baru dalam dimensi politik orang Melayu. Dengan kehadiran itu membolehkan Tamrin mengenali bagaimana politik Pas dan suasana mereka bermesyuarat, di mana situasi dan kondisinya berbeza dengan apa yang berlaku pada perhimpunan agung Umno.

Tentu kalau Tamrin berkesempatan untuk mengeliling Putik tempat berlangsungnya muktamr itu beliau akan dapat menyaksikan bagaimana humblenya orang Pas. Bagaimana gigih dan sabarnya orang Pas dalam perjuangan. Mereka datang bukan diangkut dengan bas dan diupah duit seratus dua, tetapi mereka datang sendiri, datang dengan dipandu dan ditolak oleh semangat perjuangan Islam.

Mereka cukup simple dan mudah, datang dengan membawa sebidang tikar dan duduk di mana-mana saja untuk mengikut dan memerhati muktamar berkenaan. Mana-mana ada anak kecil dibawa dan digantungkan buai di bawah bayangan pokok dan mereka bersantai di situ. Itulah perjuangan Pas. Walaupun zaman berubah namun sikap, pembawaan dan komitmen mereka tetap sama.

Apakah keserdarhanaan dan jiwa hamba Pas itu menyebabkan Tamrin sudah tertarik dengan Pas?

Saya tidak setuju kalau Umno mengenakan tindakan ke atas Tamrin. Sebaliknya Umno akan penggil Tamrin dan mendapat maklum balas bagaimana cara dan stail Pas bermuktamar. Baik Najib Razak atau Muhyiddin Yassin akan dapat input secara real daripada wakilnya itu. Mudah-mudahan selepas Najib dan Muhyiddin mendengar penjelasan dan takruf dari Tamrin mereka akan insaf dan sedar serta mengetahui bentuk dan rupa perjuangan Pas sebenarnya.

Dan seelokknya pula selepas ini biarlah Umno mengundang pula pemimpin Pas untuk menjadi tetamu pada perhimpunan agungnya. Kalau ini dapat dilakukan dan berlaku, saya merasakan banyak masalah politiking orang Melayu akan dapat diselesaikan.

Bagaimana pun kita perhatinkan apakah nasib yang akan diterima Tamrin kelak. Apakah Umno tidak akan mengenakan apa-apa tindakan ke atasnya atau sebaliknya. Kalau Umno mengenakan tindakan disiplin ke atas Tamrin, jelas Umno jauh lagi untuk muncul menjadi sebuah parti yang demokratik dan terbuka dalam menerima sesuatu pembaharuan. Apapun kemunculan Tamrin di muktamar berkenaan ia tetap memberi kelabaan kepada Pas walaupun mungkin bagi Umno Tamrin adalah melukut di hujung gantang!
Oleh Mohd Sayuti Omar

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Sepakat ke Putrajaya, PAS persiapkan kekuatan parti!

Posted: 13 Jun 2010 09:30 PM PDT

WAN NORDIN WAN YAACOB
(analisa)

Meskipun Muktamar PAS ke-56 telah secara rasminya tamat pada 13 Jun lalu, namun aspirasi perjuangan dari muktamar yang dicetuskan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membawa makna yang sangat besar dalam usaha Pakatan Rakyat menuju Putrajaya.


Ucapan penggulungan yang disematkan Ustaz Hadi membungkam semangat juang yang tinggi para perwakilan dan ahli PAS untuk sama berikrar memperkukuhkan parti bersama Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dari tangan BN.

Laungan Ustaz Hadi "Adakah anda tahu Putrajaya? Adakah anda pernah ke Putrajaya? Suatu hari kita akan mengambil alih Putrajaya," mempersona seluruh perwakilan yang menyahut dengan laungan Takbirr "Allahukahbar".

Kelangsungan ucapan Ustaz Hadi membawa kepada pelan bertindak yang telah disenaraikan dalam ucapan dasarnya sebelum ini ketika merasmikan Majlis Pembukaan Muktamar ke-56 di Pusat Tarbiyyah Islam Kelantan (Putik).

Setelah ucapan dasar dihadam dan diperbahaskan oleh perwakilan yang datang dari pelbagai latar belakang termasuk dari bukan Islam, gagasan "Islam Adil Untuk Semua" dapat diterjemahkan untuk menjadi santapan dalam menggerakkan strategi.

Idea yang sangat baik disampaikan Ustaz Hadi ini perlu dilunaskan dengan pendekatan-pendekatan yang telah digariskan setiap dewan, dan PAS Pusat untuk memastikan gerak kerja menjelang pilihan raya umum ke-13 bertambah mantap.

Sasaran pendaftaran pengundi yang disebutkan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman kepada unit peti undi (UPU), Kawasan dan Negeri perlu dipandang serius.

Selain itu, dana da penyediaan tenaga kerja, jurulatih dan kepimpinan negeri, kawasan yang berkualiti perlu direalisasikan dengan wujudnya Institut Latihan Pilihan Raya PAS (ILPAS).

Pastinya sesi permukiman pimpinan tertinggi PAS selama tiga hari-kira-kira seminggu dari 13 Jun untuk membincangkan cadangan dan perbincangan sepanjang muktamar kali ini bagi memperkukuhkan parti dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang akan membawa makna yang besar.

Paling penting, pelan bertindak itu perlu sama-sama juga digarab untuk memfokuskan usaha menarik undi tradisi PAS iaitu dikalangan orang Islam sementara meneruskan kerjasama dengan bukan Islam.

Benar seperti kata Perwakilan Perak, Drs Idham Lim Abdullah, PAS atau mana-mana komponen Pakatan Rakyat kini perlu menumpukan terus 'serangan' kepada musuh iaitu Umno/BN.

Insya-Allah, katanya, selepas bulan Ramadhan tahun ini, PAS akan bersiap sedia menghadapi pilihanraya umum ke-13.

Pada masa yang sama, PAS juga akan melaksanakan beberapa inisiatif baru yang mensasarkan segmen pengundi.

Usaha yang dicanangkan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan dalam rancangan sayapnya untuk melancarkan gerakan mendaftar ahli dan pengundi baru (Gempa) bagi meningkatkan sokongan rakyat terhadap PAS tepat pada masanya.

Gerakan Gempa yang mensasarkan kira-kira 2.2 juta golongan muda yang layak mengundi tetapi belum lagi mendaftar sejajar dengan peringatan oleh Ustaz Halim dan selari dengan kehendak Presiden PAS.

Sementara usaha Pengerusi Lajnah Tanah dan Wilayah PAS, Mazlan Aliman yang akan memperhebat usaha untuk mendidik dua juta orang Melayu di kawasan luar bandar berpotensi untuk membawa perubahan kepada politik negara.

Demikian juga peranan Muslimat PAS yang digariskan dalam Ucapan Dasar Ketua Muslimat yang mendambakan ahlinya istiqamah membantu parti dalam menggerakkan massa.

Usul yang dibawa mengecam kekejaman Israel Laknatullah sangat bermakna dalam menggerakkan arus massa memandangkan kerajaan Umno/Bn juga kini dipalitkan skandal perjanjian dengan APCO Worldwide sebuah syarikat perunding berkepentingan Yahudi.

Namun jangan terlupa gerakan mentarbiyah dan memperkasakan parti seperti yang dilaungkan Dewan Ulama PAS Pusat dalam muktamar dan seterusnya semasa membawa usul ke Muktamar Pusat adalah faktor penting untuk menentukan kejayaan menawan Putrajaya nanti satu kejayaan yang hakiki.

Hanya dengan dasar Islam yang syumul, dan keadilan yang dijanjikan oleh Islam, sesebuah gerakan itu akan menuju ke mercunya dengan pengertian yang sebenar.

Dengan agenda 'Sepakat Menuju Putrajaya' dan aspirasi "Islam Adil Untuk Semua" yang disebut Presiden PAS yakinlah gerakan Islam tertua di negara ini (PAS) akan berupaya melakukan perubahan besar termasuk menawan Putrajaya bersama komponen Pakatan Rakyat.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SAYA MAHU ANWAR JADI PM - NIK AZIZ

Posted: 13 Jun 2010 10:19 PM PDT

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak mahu menjadi pemimpin nombor satu dalam pakatan pembangkang jika mereka berjaya menawan Putrajaya.

Sebaliknya Menteri Besar Kelantan itu berkata orang yang paling layak meneraju pakatan ialah penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya tak mahu jadi orang nombor satu, walaupun ada orang yang mencadangkan saya begitu. Dari dulu lagi saya sentiasa menyebut orang paling layak ialah Anwar sebab dialah orang yang telah lalui tahap peperiksaan (ujian) fizikal dan mental.

"Kalau orang lantik saya, saya akan beri pada dia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Persatuan Biologi Gunaan Malaysia Ke-11, di sini hari ini.

Beliau berkata Anwar juga lulus daripada segi moral.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas saranan seorang perwakilan pada muktamar ke-56 PAS yang berakhir semalam agar Menteri Besar Kelantan itu dilantik peneraju pakatan pembangkang berasaskan kewibawaan dan kejayaannya memimpin Kelantan selama 20 tahun.

Dalam saranannya, perwakilan dari Perlis Wan Khairizal Wan Hazim berkata gaya kepimpinan Nik Abdul Aziz juga diterima semua pihak dalam komponen pakatan pembangkang itu.

Mengulas mengenai pandangan wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS Islam yang menyamakan beliau dengan pemimpin ulung India Mahatma Gandhi, Nik Abdul Aziz berkata: "Tidak mengapa, saya terima daripada segi sifat orang melihat saya." (Bernama)

PERHIMPUNAN `MELAYU BANGKIT' YANG TIDAK BANGKIT ? SERIBU SAJA HADIR ?

Posted: 13 Jun 2010 10:02 PM PDT

Perhimpunan 'Melayu Bangkit' di KT
Jun 14, 10


Perhimpunan 'Melayu Bangkit' anjuran Gerakan Tindakan Rakyat (Gertak) bermula jam 10 pagi ini dengan dihadiri kira-kira 1,000 orang di Stadium Negeri Kuala Terengganu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di perhimpunan tersebut sebentar tadi.

Kehadiran menteri besar Terengganu adalah di luar dugaan.

Ketibaan mantan perdana menteri itu disambut dengan persembahan pencak silat oleh dua pasangan lelaki dan wanita.

Antara yang hadir ialah anggota Perkida yang pakaian mereka berwarna hijau muda dan berikat kepala serta anggota pencak silat.

Bunyi pukulan gendang silat kedengaran sebagai menyambut ketibaan orang ramai dan para jemputan ke majlis tersebut.

Kira-kira 10 anggota polis berpakaian seragam kelihatan di dalam stadium, manakala yang lainnya bertugas di luar.

Dalam ucapannya , pengasas Gertak Razali Idris mengecam mereka yang mengkritik perhimpunan tersebut - yang pada mulanya dijadual pada 13 Mei lalu, tetapi ditangguhkan ke hari ini - serta kehadiran Dr Mahathir.

Razali mengakhiri ucapannya dengan menggesa mereka yang hadir supaya bangkit mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan kedaulatan Raja Melayu.

Beliau juga menegaskan bahawa orang bukan Melayu tidak harus takut kerana gelombang kebangkitan orang Melayu itu merupakan satu anjakan pradigma untuk mempertingkatkan masyarakat Melayu, dan pada masa yang sama, menghormati kaum lain.

Antara 45 NGO yang hadir yang bergabung dengan Gertak ialah Pekida, Pewaris, Sahabat Laut Malaysia and Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu.

Dalam ucapannya pula, Dr Mahathir pula berkata pembatalan perhimpunan itu pada 13 Mei lalu adalah disebabkan oleh fikiran singkat sesetengah pihak yang bimbang perhimpunan orang Melayu itu diadakan pada tarikh berlakunya rusuhan kaum pada 1969.

Dr Mahathir berkata walaupun ada yang menyifatkan tindakan GERTAk mengadakan perhimpunan pada 13 Mei sebagai rasis, peristiwa itu tidak harus dilupakan.

Katanya tindakan melupakan sejarah akan menyebabkan kita akan mengulangi kesalahan berkali-kali.

Menurutnya, tarikh tersebut dipilih secara kebetulan dan tanpa maksud tersembunyi.

Mahathir menambah, rakyat perlu diingatkan mengenai peristiwa tersebut "jika kita ingin belajar daripadanya"./Malaysiakini

WAKAKA...PADAN MUKA BLOGGER ?

Posted: 13 Jun 2010 09:02 PM PDT

Cerita setahun yang lalu. Cerita Muktamar. Cerita blogger.

"..Sumbangan media baru khususnya media siber termasuk portal berita dan blog memainkan peranan untuk menyediakan maklumat alternatif kepada rakyat yang selama ini di cengkam oleh media arus perdana yang dikuasai kerajaan UMNO BN telah berjaya mencelikkan rakyat sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum lalu, " kata Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Sebenarnya, walaupun tiada majlis penghargaan khusus untuk para blogger dan wartawan internet pada majlis muktamar pada tahun ini. Namun pengiktirafan yang diberikan oleh Presiden PAS itu telah lama ditunggu oleh para blogger sekalian yang telah bertungkus-lumus selama ini memperjuangkan kebenaran dan keadilan melalui alam siber membantu Pakatan Rakyat mencapai kemenangan.

Moga-moga ibadah dan perjuangan kita ini dapat membantu kita berhadapan dengan ALLAH SWT di akhirat kelak. Tapi betul ker pimpinan atas menghargai bloggers ni..tapi hakikatnya blogger tetap dipandang sebagai 'nobody'...kalau benar seperti yang TGHH sebut..blogger ini diiktiraf, kenapa bila kita nak mintak pas media dari urusetia tak dilayan.

''kami tak berikan pas media kepada blogger..hanya media perdana sahaja diberi pas media muktamar''..alasan mereka,"kalau beri kat sorang blogger nanti semua blogger nak.." susah sangat ke kalau berikan untuk 2 @ 3 orang blogger pas media..? blogger bukan nak mintak keistimewaan apa sangat..dapat masuk semasa PC pun dah cukup la.

Kalau kita dengar ucapan dari perwkilan negeri Melaka disebut bagaimana media perdana ini mensensasikan akhbar mereka dengan memburukkan pimpinan PAS..tapi mereka2 ini juga la yang diiktiraf..blogger2 yang membawakan liputan yang benar tak diberi keistimewaan seperti media perdana..apa ni ? Bila saya tanya ada wifi ke? pakai password ke..?..."ha'ah ada password..hanya unit IT aje yang boleh guna line wifi ni..orang lain tak boleh. "hangin tol saya bila dia jawab macam tu...tapi sebagai muslim kita telah ditarbiyyah supaya bersabar...takpa lah saya tetap ucapkan terima kasih...bukan kebuluq sangat pun, pasal saya ada bawak broadband sendiri..cuma saya saja tanya tapi jawapan memang menghanginkan hatiku.

Saya telah mengikuti 2 program besar oleh 2 parti..satu semasa Kongres PKR di tempat yang sama Stadium Melawati Shah Alam...dan yang terkini Muktamar Tahunan PAS ke 55...2 parti yang besar. Saya sebagai ahli PAS tapi tidak menjangka ini cara pengurusan PAS, berbanding dengan PKR..kami blogger mendapat tempat bersama media perdana.

Memang saya kecewa dengan pengurusan PAS..untuk mendapat pas media kami telah ditolak mentah2 apatah lagi untuk mendapat liputan di dalam sidang media ... kami memang tak dapat..nak mintak letak recorder pun tak kasi..hina sungguh blogger ni rupanya.

Saya tunjuk kad media yang saya dapat dari kerajaan Pakatan Rakyat Perak oleh DS Nizar sendiri..tapi tetap tak diiktiraf. "akak ni ada pas media.., tapi pas yang bukan dari media perdana.." kata petugas. "Ini pas dari kerajaan PR Perak. DS Nizar yang iktiraf blogger sebagai media kerajaan PR" "kami tak kisah siapa yang beri..Nizar ke siapa ke..tapi akak bukan dari mana2 yang boleh kami beri pas media" Padan muka aku, aduiii hangat hati betul la dengar ayat tu...kalau nak bukak cerita dalam kain PAS ni memang banyak sungguh..tapi disebabkan sayangkan jemaah ummi tak sanggup nak bukak buruk parti sendiri..seperti bukak pekung di dada la pulak.

Tapi ummi luahkan ketidakpuasan hati ummi kerana perkara in tak sepatutnya berlaku terhadap blogger jemaah sendiri, kerana pimpinan sendiri telah memberi pengiktirafan kepada blogger kerana sumber berita yang kita sampaikan tidak seperti media arus perdana yang bermuka2. Bak kata MSK sapa suruh gatai jadi blogger...sendiri tanggung la...kalau Topeng Perak pulak cakap..blogger ni dapat apa..dapat maki aje..kalau Cenangau kata pulak..blogger ni macam daun kari, untuk menyedapkan bau masakan hang buh la..masa nak makan hang daun tu kena tolak ketepi dan buang terus ke longkang.

Saya mengharapkan agar perkara ini diberi ruang sedikit untuk dipertimbangkan..permintaan blogger tidaklah besar sangat..tidak minta dilayan seperti media perdana pun sekurang2nya beri sedikit ruang untuk kami blogger berdiri dibelakang para media perdana pun tak apalah..jangan dihalau terus jauh2.

Sebelum para blogger rasa bosan dengan layanan yang begini harap ada sedikit perubahan minda dalam pengurusan pada majlis besar yang akan datang. Wallahualam. (sumber asal dipetik dari tulisan UmmiAnni blog)

UNDIAN KEPERCAYAAN TERHADAP EZAM

Posted: 13 Jun 2010 08:14 PM PDT

SEBELUM ini Senatak Ezam sesumpah ada menyebut bahawa beliau mempercayai bahawa DS Anwar sememangnya mempunyai kelakuan yang menjijikkan sepertimana tuduhan liwat yang dihadapinya sekarang setelah DS Wan Azizah sendiri pernah memberitahunya. Sebelum itu, mari kita imbas apa yang pernah Senatak Ezam sesumpah pernah sebut berkaitan isu liwat terhadap DS Anwar.

Sewaktu Ezam sesumpah mula-mula keluar dari PKR, menyertai Gerak dan kemudiannya menyertai Umno semula, apabila ditanya tentang isu liwat tersebut, Ezam menyebut bahawa kita mesti serahkan kepada mahkamah menentukannya dan beliau sendiri di dalam ceramahnya selepas itu selalu menyebut bahawa biar mahkamah menentukannya. Jangan menuduh Saiful membuat fitnah dan jangan pula menganggap DS Anwar melakukannya. Kemudiannya, apabila kes ini bermula, dan Saiful ada menyebut pernah memberitahu Ezam tentang dirinya diliwat, Ezam kemudiannya mengakui mempercayai bahawa DS Anwar melakukannya setelah mendengar sendiri pengakuan dari Saiful.

Kemudiannya lagi, Ezam menyebut beliau mempercayai bahawa DS Anwar sememangnya memunyai tabiat sedemikian rupa setelah DS Wan Azizah pernah memberitahunya sewaktu beliau berada di dalam parti KeADILan lagi. Maka, persoalannya asas yang mana satukah yang membuat Ezam mempercayai tentang kelakuan DS Anwar tersebut? Kenyataan berbelit-belit Ezam itu memperlihatkan beliau memang layak diangkat menjadi Senatak di dalam kabinet Najib. Bukankah Najib juga sering berbelit kenyataannya? Isu lesen judi bola contohnya.

Blog ini ingin mendapatkan pandangan pengunjung terhadap isu ini. Pengunjung ditanya tentang isu ini seperti berikut; EZAM MENYEBUT DIA TAHU ANWAR SEORANG PELIWAT KERANA DS WAN AZIZAH PERNAH MEMBERITAHUNYA. APA PANDANGAN ANDA ?

Dari sejumlah 679 pengunjung yang mengambil bahagian, keputusan terhadap soalan tersebut adalah seperti berikut:

1. Ezam salah seorang konspirasi terhadap Anwar - 21 %
2. Ezam mahu cari makan - 19 %

3. Ezam kaki putar belit - 19 %

4. Ezam berdendam dengan Anwar dan keluarga - 16 %

5. Ezam terpaksa balas budi Najib - 11 %

6. Ezam mengampu Najib - 10 %

7. Ezam benar - 4 %


Di sini, hanya 4 % yang mempercayai kata-kata Ezam. Mungkin sudah sampai masanya Ezam kembali berfikir apakah berbaloi buatnya dengan jawatan yang disandang sekarang dari apa yang dilakukannya, kecuali beliau berpatah arang dengan DS Anwar. Mudah-mudahan Ezam insaf dan segera bertaubat dari bersubahat dengan pembuat fitnah jahat ini./wfauzdin.blogspot.com

KERJASAMA DENGAN BUKAN ISLAM, KETEGASAN NIK AZIZ DAN HJ HADI MENYESAKKAN UMNO

Posted: 13 Jun 2010 03:18 AM PDT

Nik Aziz: Perlu bergantung pada bukan Islam
Jimadie Shah Othman
Jun 13, 10


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, bagi menjayakan perjuangan Islam, umat Islam masih perlu bergantung kepada masyarakat bukan Islam bagi menjayakannya.

Katanya, Nabi Muhammad - yang diibaratkannya sebagai "pemandu pertama" ajaran Islam - juga melakukannya pada zaman awal penyebaran agama Islam, termasuk mendapatkan perlindungan daripada bapa saudaranya Abu Talib yang tidak memeluk agama itu.

Mengaitkannya dengan politik semasa di mana PAS bergabung bersama parti bukan Islam seperti DAP, Nik Aziz berkata, tahaluf atau kerjasama politiknya dalam Pakatan Rakyat mengambil iktibar daripada sunah Rasulullah itu.

"Bagaimana hendak bawa Islam kalau timbul lagi isu tahaluf (kerjasama), dulu dengan Semangat 46, sekarang ini dengan DAP? (Hendak) marah kita kawan dengan DAP.

"Tolong beritahu pada Umno, bagaimana susah nabi (berjuang) sampai kena potong perkataan 'rasulullah' dalam perjanjian dengan Mekah. Sampai begitu Nabi buat asal Islam boleh bertahan," katanya yang juga menteri besar Kelantan.

Nik Aziz berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan mursyidul am dalam muktamar PAS ke-56 bertemakan "Islam Adil untuk Semua" di Pengkalan Chepa petang ini.

Dalam perjanjian Hudaibiah antara Nabi Muhammad dan kafir Quraish, baginda terpaksa menggugurkan perkataan "rasulullah" sebagai gandingan namanya kerana bagi menjayakan 'gencatan senjata' dengan golongan itu.

Hadi: Politik berbeza dengan sembahyang

Walaupun ditentang banyak sahabatnya, tindakan itu akhirnya membawa banyak faedah kepada kerajaan Islam yang baru bertapak di Madinah ketika itu.

Sementara itu, berucap selepas itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula kali ini konsisten menyuarakan pandangan yang sama dengan Nik Aziz, walaupun tahun lalu beliau sering dikaitkan dengan isu kerajaan perpaduan dengan Umno.

Abdul Hadi menjelaskan, kerjasama politik yang diamalkan dalam Pakatan - bersama PKR dan DAP - sekarang ini dibuat berdasarkan al-Qurdan dan diizinkan syarak.

"(Sebaliknya) kerjasama (dengan) umno dalam menggadaikan prinsip dan akhlak. Dan ia tidak boleh dijadikan contoh dalam Islam," katanya yang juga ahli parlimen Marang.

Katanya, berdasarkan al-Quran dan muzakarah ulama yang dirakamkan dalam kitab-kitabnya, umat Islam dibenarkan melibatkan masyarakat bukan Islam dalam urusan politik.

"Amalan politik dalam Islam berbeza dengan sembahyang. Dalam sembahyang jemaah, imam (mesti) Islam, makmumnya Islam.

"Dalam politik, pemimpinya Islam, (tetapi) petugasnya boleh diambil daripada kalangan Islam dan bukan Islam," kata Abdul Hadi lagi.

Dengan ucapan itu, muktamar PAS selama tiga hari melibatkan kira-kira 1,500 perwakilan mulai Jumaat lalu dengan rasminya ditangguhkan./Malaysiakini

NAJIB, ROSMAH DAPAT PEMBELAAN TOK GURU ?

Posted: 13 Jun 2010 03:00 AM PDT

Nik Aziz tegur perwakilan PAS sindir Najib, Rosmah
Jimadie Shah Othman
Jun 13, 10


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menegur sikap perwakilan dalam muktamar parti itu yang menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai isteri kepada Rosmah Mansur.

Katanya, tindakan itu boleh menyakitkan hati orang lain dan menyebabkan perasaan dendam.

"Hendak suka bolehlah, tetapi menyakitkan hati. Bila sakitkan hati apa jadi?

"Hanya (mewujudkan) dendam sahaja akhirnya," katanya yang juga menteri besar Kelantan.

Semalam, ketika sesi perbahasan usul di muktamar PAS ke-56 di Pengkalan Chepa, seorang perwakilannya memperli Najib sebagai isteri kepada Rosmah.

Di kalangan penyokong pembangkang, perkara tersebut sering menjadi bahan gurauan, dipercayai ekoran penampilan Rosmah dilihat lebih 'agresif' berbanding isteri perdana menteri lain sebelumnya.

Menyampaikan ucapan penangguhannya tengah hari ini, Nik Aziz menjelaskan Islam mengajar umatnya memanggil seseorang itu dengan gelaran yang paling disukai dan amat disenanginya.

"Bila hendak sebut nama orang, kita (mesti) sebut nama yang paling disukainya, (misalnya) pakcik, ayah haji, yang amat berhormat.

"(Kesimpulannya) katalah pekataan yang amat disenangi," tambahnya.

Menurut menteri besar lagi, perkara itu selari dengan landasan hikmah dan dasar kesederhanaan dalam Islam./Malaysiakini

DUA-DUA SUKA JUDI, TAPI MANA SATU YANG BERCAKAP BENAR?

Posted: 13 Jun 2010 02:48 AM PDT

Berjaya tetap bertegas telah dapat kelulusan
Regina Lee
Jun 12, 10


Mega-konglomerat Berjaya Corporation terus berusaha untuk menutup mulut pengkritiknya, dengan sekali lagi menegaskan bahawa ia telah mendapat kelulusan kerajaan untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan secara sah.

Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat itu mempertahankan pengumumannya kepada bursa pada 12 Mei lalu mengenai cadangannya untuk mengambil alih 70 peratus pegangan dalam Ascot Sports Sdn Bhd - syarikat yang mempunyai lesen pertaruhan tersebut - bernilai RM525 juta.

Menurutnya, terdapat banyak percanggahan perbahasan mengenai status sebenar kelulusan yang diberikan kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan di negara ini.

Dalam mematuhi arahan Bursa, syarikat itu mengulangi kembali bahagian-bahagian tertentu dalam pengumuman 12 Mei lalu yang menyatakan bahawa menteri kewangan telah memberi kelulusan untuk menerbitkan semula kepada Ascot lesen untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan mengikut terma dan syarat-syarat tertentu.

Menurutnya, dalam perenggan 8 yang menyenaraikan Kelulusan Diperlukan, perenggan kecil (d) menyatakan, "Menteri kewangan untuk menerbit semula lesan pertaruhan sukan dan perubahan pemegang saham dan pengarah di Ascot, jika perlu."

Dengan demikian, katanya terbukti daripada kenyataan di atas bahawa Ascot telah mendapat kelulusan daripada menteri kewangan untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan dan bahawa lesen rasmi yang pertama kali diberikan pada 1987 adalah menunggu untuk diterbitkan semula.

Sebanyak 70 peratus saham Ascot Sukan diilik oleh pengerusi Berjaya Corp Tan Sri Vincent Tan./Malaysiakini

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Muhyidin Cuba Menghapuskan Ketuanan Bahasa Melayu

Posted: 13 Jun 2010 09:13 PM PDT

Sound Direct:uik..tu gobindkan???ahahahahahahaha politik..politik...ahahahaha...bagus jugak semua orng belaja tamil..besar sikit market filem tamil..aku pun penah ada cadangan nak produce filem tamil ni...checkmate pandai tulis skrip.. ahahahahahahaha


Berita TV1 malam tadi menyiarkan bahawa subjek Bahasa Cina dan Bahasa Tamil bakal menjadi subjek wajib di setiap sekolah dan perkara ini sedang DIKAJI.

TPM menyatakan bahawa pelaksanaan ini dapat membantu pelajar daripada setiap kaum berinteraksi dan mengenal budaya masing-masing(????????).Apa,adakah selama ini pelajar antara kaum tidak boleh berinteraksi dengan baik?

Persoalannya,JIKALAU perkara ini dilaksanakan,apakah sudah terjadi dengan ketuanan Melayu?Maksudnya ketuanan BM itu juga.Bukankah dalam ini telah termaktub dalam perlembagaan.Jikalau kedua-dua bahasa ini juga turut dijadikan wajib diajar,adakah relevan lagi apa yang dikatakan bahawa BM sebagai bahasa rasmi?

Lagi satu,kalau sudah menjadi subjek wajib,adakah subjek wajib ini juga bakal menjadi subjek wajib dalam peperiksaan?Kalau subjek ini juga menjadi subjek wajib peperiksaan,memang bebanlah semua pelajar(tapi tak kisah...budak2 skang dah pandai...20 a pun leh dapat apa).

Tambahan lagi.tidak lama lagi mesti ramai NGO-NGO yang membantah,macam PPSMI yang lalu.Maklumlah,BM sepatutnya menjadi bahasa bangsa Malaysia,apa sudah terjadi dengan misi Malaysia untuk mewujudkan negara bangsa?

Lebih-lebih lagi,bolehkah semua pelajar mendapat faedah dalam pelaksanaan ini?Memang benar boleh membantu mengeratkan hubungan antara kaum,tetapi,lihat sahajalah,tidak semua pelajar Melayu lulus BM,tidak semua pelajar Cina lulus BC,dan tidak semua pelajar India lulus BT.

Alamatnya nanti,duit kerajaan nak kena keluar untuk buku teks,belum tambah promosi lagi,bukankah kerajaan tidak ada duit dan banyak hutang?

Kesimpulannya,menteri UMNO,dasar macam DAP(ahahahahahah)(DAP juga mempunyai dasar untuk mensamatarafkan semua bahasa pelbagai bangsa).

Apa-apa pun,semua ini masih dalam kajian,nak buat sekolah satu aliran,tak jadi,akhirnya budak-budak sekolah kena belajar semua bahasa.BI pun masing-masing tidak lepas(ahahahaha).

Sekian,

Assalamualaikum warahmatullah dan Selamat sejahtera

Wallahu'alam

BM BUKAN LAGI BAHASA KEBANGSAAN!!!!!
INI SEMUA HASIL LAWATAN NAJIB PEGI SINGAPURA LA NI!!!!!
BAHASA RASMI DAN KEBANGSAAAN TU CUMA ATAS KERTAS!!!!!!
AHAHAHAHAHA
SEMUA NEGARA KALAH PERANG BOIKOT GUNA BI
SEMUA GUNA SATU BAHASA SENDIRI..LAIN LOGHAT TU BIASALAH
YANG MALAYSIA BEKAS NEGARA PENJAJAH NI?

Kerajaan BN Mungkir Janji Lagi

Posted: 13 Jun 2010 05:03 AM PDT

Fiction from the Photo

Najib:ni model baru ni...leh la aku pakai memburu katak...


Buletin Utama,TV3 sebentar tadi menyiarkan bahawa kenaikan gaji minimum bagi pegawai keselamatan atau "Pak Guard" ditangguhkan.

Hal ini kerana merupakan keputusan kabinet kerana kononnya memberikan masa buat semua yang terlibat dalam sektor itu melakukan penyelarasan dan sebagainya.

Nampaknya,satu lagi konsep 1Malaysia telah diamalkan,iaitu rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan,setiap keputusan,belum dimuktamadkan.

Apa-apa pun,buat "Pak Guard",tabahkan hati,teruskan kerja anda yang mulia itu.Sesungguhnya kerajaan BN memang mengarut.Takkanlah,syarikat semua boleh gulung tikar,kalau benar boleh gulung tikar,gabunglah syarikat masing-masing,sama-sama boleh untung,apa-apa pun boleh selaras,kan?

Selepas itu Buletin Utama turut menyiarkan bahawa kabinet telah membuat keputusan dengan berdasarkan dasar baru mereka untuk menaikkan gaji pekerja dalam sektor pembuatan.(pembuatan kereta ke apa ntah..aku tk leh catchup..la..).Untunglah mereka yang terlibat.

Sekian,

Wallahu'alam

HIDUP PAK GUARD!!!!!!!

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Bekas bintang bola sepak negara Radhi Mat Din bersama Gerakan Rakyat Mansuhkan Judi (GMJ)

Posted: 13 Jun 2010 05:19 AM PDT




PAS kini menampilkan bintang bola sepak negara Radhi Mat Din sebagai 'ikon' kempen menentang pemberian judi sukan di negara ini.

Dalam ceramah perdana sempena muktamar PAS ke-56 malam tadi, Radhi diminta merasmikan Gerakan Rakyat Mansuhkan Judi (GMJ) - gabungan NGO dan pembangkang khusus khusus untuk menggagalkan usaha kerajaan itu.

Tampil dalam gaya kasual - berseluar trak dan berkemeja-T di hadapan kira-kira 3,000 penyokong pembangkang - Radhi mengimbau kembali bagaimana 'runtuhnya' kegemilangan bola sepak di zamannya lebih 10 tahun lalu akibat perjudian haram dan rasuah.

Menceritakan pengalaman peribadinya, Radhi berkata, ketika mengetuai pasukan Kedah pada tahun 1996 berlaku "peristiwa malang" apabila seramai 136 orang telah dituduh terlibat dalam rasuah yang diakibatkan oleh aktiviti pertaruhan haram.

"(Permainan) bola ini tiada kaitan langsung dengan judi. Malangnya sekarang sukan bola sudah dipalitkan dengan judi yang haram di sisi semua agama di dunia ini. Ini umpama lain yang sakit, lain pula yang diubatnya. "Kerajaan seharusnya mengetatkan penguatkuasaan terhadap judi haram bukannya bertindak menjadikan judi sebagai halal setelah tidak mampu membenterasnya," katanya yang kini berkhidmat sebagai jurulatih pasukan Kedah.

Radhi, anak kelahiran Kedah merupakan kapten paling lama dalam skuad hijau-kuning. Pemain tengah itu pernah mewakili negara dan menempa populariti dalam liga semi pro negara sekitar 90-an. Penampilannya malam ini dilihat bagi menarik sokongan peminat bola sepak tempatan yang merindui aksi-aksi menarik sekitar zaman bola sepak tempatan yang mendapat perhatian besar ketika itu.

Ajak Dr M, Pak Lah berdemo

Berkongsi pentas bersama Mursyudul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Radhi menyuarakan kebimbanganya terhadap kemerosotan mutu bola sepak negara secara lebih serius.

"Yang menjadi pertimbangan utama kepada penontong selepas ini bukan kualiti permainan tetapi untung atau rugi, kaya atau miskin, dapat duit atau tidak," katanya.

Dalam ceramah di Pusat Tarbiyyah Islamiah Kelantan (PUTIK), Radhi membuat 'pendedahan' yang mengejutkan sebahagian penyokong yang hadir. "Sebenarnya judi sukan bola sepak ini boleh dipecahkan kepada perbagai pertaruhan. "Antaranya pertaruhan menentukan pasukan bertanding, minit jaringan pertama, penjaring gol pertama, pemain terbaik, pasukan yang menang, pasukan yang kalah dan macam-macam lagi," katanya.

Katanya, jika usaha bagi meluluskan pemberian lesen judi tidak dihalang, apa bakal ditonton bukanlah permainan bola sepak sebenar tetapi hanyalah "lakonan permainan bola", katanya.

Radhi juga menyeru dua bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdulah Ahmad Badawi supaya turut serta dalam perhimpunan di Istana Negara pada 3 Julai depan bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Saya berjanji akan menarik lebih ramai lagi rakan-rakan saya yang pernah terlibat dengan bola sepak untuk sama-sama menyokong Gerakan Rakyat Membantah Judi ini. "Ini penting bagi mempastikan judi bola ini akan dimansuhkan oleh pihak kerajaan," tambahnya. - malaysiakini.com


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

Pengalaman Jamaluddin Elias semasa Mavi Marmara diserang komando Israel Laknatullah

Posted: 12 Jun 2010 08:45 AM PDT

Saudara Jamaluddin Elias adalah salah seorang aktivis yang berada diatas kapal Mavi Marmara iaitu salah sebuah kapal dari beberapa buah kapal dalam konvoi Gaza Flotilla. Beliau menceritakan pengalaman beliau semasa kapal tersebut diserang oleh komando Israel Laknatullah. Ucapan beliau ini dibuat pada Ceramah Khas sempena Muktamar PAS kali ke-56 di PUTIK Kelantan.



Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.comPhotobucket