WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- SAYA MAHU ANWAR JADI PM - NIK AZIZ
- PERHIMPUNAN `MELAYU BANGKIT' YANG TIDAK BANGKIT ? SERIBU SAJA HADIR ?
- WAKAKA...PADAN MUKA BLOGGER ?
- UNDIAN KEPERCAYAAN TERHADAP EZAM
- KERJASAMA DENGAN BUKAN ISLAM, KETEGASAN NIK AZIZ DAN HJ HADI MENYESAKKAN UMNO
- NAJIB, ROSMAH DAPAT PEMBELAAN TOK GURU ?
- DUA-DUA SUKA JUDI, TAPI MANA SATU YANG BERCAKAP BENAR?
| SAYA MAHU ANWAR JADI PM - NIK AZIZ Posted: 13 Jun 2010 10:19 PM PDT Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak mahu menjadi pemimpin nombor satu dalam pakatan pembangkang jika mereka berjaya menawan Putrajaya.Sebaliknya Menteri Besar Kelantan itu berkata orang yang paling layak meneraju pakatan ialah penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya tak mahu jadi orang nombor satu, walaupun ada orang yang mencadangkan saya begitu. Dari dulu lagi saya sentiasa menyebut orang paling layak ialah Anwar sebab dialah orang yang telah lalui tahap peperiksaan (ujian) fizikal dan mental. "Kalau orang lantik saya, saya akan beri pada dia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Persatuan Biologi Gunaan Malaysia Ke-11, di sini hari ini. Beliau berkata Anwar juga lulus daripada segi moral. Nik Abdul Aziz diminta mengulas saranan seorang perwakilan pada muktamar ke-56 PAS yang berakhir semalam agar Menteri Besar Kelantan itu dilantik peneraju pakatan pembangkang berasaskan kewibawaan dan kejayaannya memimpin Kelantan selama 20 tahun. Dalam saranannya, perwakilan dari Perlis Wan Khairizal Wan Hazim berkata gaya kepimpinan Nik Abdul Aziz juga diterima semua pihak dalam komponen pakatan pembangkang itu. Mengulas mengenai pandangan wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS Islam yang menyamakan beliau dengan pemimpin ulung India Mahatma Gandhi, Nik Abdul Aziz berkata: "Tidak mengapa, saya terima daripada segi sifat orang melihat saya." (Bernama) | ||||||
| PERHIMPUNAN `MELAYU BANGKIT' YANG TIDAK BANGKIT ? SERIBU SAJA HADIR ? Posted: 13 Jun 2010 10:02 PM PDT
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di perhimpunan tersebut sebentar tadi. Kehadiran menteri besar Terengganu adalah di luar dugaan. Ketibaan mantan perdana menteri itu disambut dengan persembahan pencak silat oleh dua pasangan lelaki dan wanita.
Bunyi pukulan gendang silat kedengaran sebagai menyambut ketibaan orang ramai dan para jemputan ke majlis tersebut. Kira-kira 10 anggota polis berpakaian seragam kelihatan di dalam stadium, manakala yang lainnya bertugas di luar. Dalam ucapannya , pengasas Gertak Razali Idris mengecam mereka yang mengkritik perhimpunan tersebut - yang pada mulanya dijadual pada 13 Mei lalu, tetapi ditangguhkan ke hari ini - serta kehadiran Dr Mahathir. Razali mengakhiri ucapannya dengan menggesa mereka yang hadir supaya bangkit mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan kedaulatan Raja Melayu. Beliau juga menegaskan bahawa orang bukan Melayu tidak harus takut kerana gelombang kebangkitan orang Melayu itu merupakan satu anjakan pradigma untuk mempertingkatkan masyarakat Melayu, dan pada masa yang sama, menghormati kaum lain. Antara 45 NGO yang hadir yang bergabung dengan Gertak ialah Pekida, Pewaris, Sahabat Laut Malaysia and Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu. Dalam ucapannya pula, Dr Mahathir pula berkata pembatalan perhimpunan itu pada 13 Mei lalu adalah disebabkan oleh fikiran singkat sesetengah pihak yang bimbang perhimpunan orang Melayu itu diadakan pada tarikh berlakunya rusuhan kaum pada 1969. Dr Mahathir berkata walaupun ada yang menyifatkan tindakan GERTAk mengadakan perhimpunan pada 13 Mei sebagai rasis, peristiwa itu tidak harus dilupakan. | ||||||
| Posted: 13 Jun 2010 09:02 PM PDT Cerita setahun yang lalu. Cerita Muktamar. Cerita blogger. "..Sumbangan media baru khususnya media siber termasuk portal berita dan blog memainkan peranan untuk menyediakan maklumat alternatif kepada rakyat yang selama ini di cengkam oleh media arus perdana yang dikuasai kerajaan UMNO BN telah berjaya mencelikkan rakyat sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum lalu, " kata Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang. Sebenarnya, walaupun tiada majlis penghargaan khusus untuk para blogger dan wartawan internet pada majlis muktamar pada tahun ini. Namun pengiktirafan yang diberikan oleh Presiden PAS itu telah lama ditunggu oleh para blogger sekalian yang telah bertungkus-lumus selama ini memperjuangkan kebenaran dan keadilan melalui alam siber membantu Pakatan Rakyat mencapai kemenangan. Moga-moga ibadah dan perjuangan kita ini dapat membantu kita berhadapan dengan ALLAH SWT di akhirat kelak. Tapi betul ker pimpinan atas menghargai bloggers ni..tapi hakikatnya blogger tetap dipandang sebagai 'nobody'...kalau benar seperti yang TGHH sebut..blogger ini diiktiraf, kenapa bila kita nak mintak pas media dari urusetia tak dilayan. ''kami tak berikan pas media kepada blogger..hanya media perdana sahaja diberi pas media muktamar''..alasan mereka,"kalau beri kat sorang blogger nanti semua blogger nak.." susah sangat ke kalau berikan untuk 2 @ 3 orang blogger pas media..? blogger bukan nak mintak keistimewaan apa sangat..dapat masuk semasa PC pun dah cukup la.
Kalau kita dengar ucapan dari perwkilan negeri Melaka disebut bagaimana media perdana ini mensensasikan akhbar mereka dengan memburukkan pimpinan PAS..tapi mereka2 ini juga la yang diiktiraf..blogger2 yang membawakan liputan yang benar tak diberi keistimewaan seperti media perdana..apa ni ? Bila saya tanya ada wifi ke? pakai password ke..?..."ha'ah ada password..hanya unit IT aje yang boleh guna line wifi ni..orang lain tak boleh. "hangin tol saya bila dia jawab macam tu...tapi sebagai muslim kita telah ditarbiyyah supaya bersabar...takpa lah saya tetap ucapkan terima kasih...bukan kebuluq sangat pun, pasal saya ada bawak broadband sendiri..cuma saya saja tanya tapi jawapan memang menghanginkan hatiku.
Saya telah mengikuti 2 program besar oleh 2 parti..satu semasa Kongres PKR di tempat yang sama Stadium Melawati Shah Alam...dan yang terkini Muktamar Tahunan PAS ke 55...2 parti yang besar. Saya sebagai ahli PAS tapi tidak menjangka ini cara pengurusan PAS, berbanding dengan PKR..kami blogger mendapat tempat bersama media perdana. Memang saya kecewa dengan pengurusan PAS..untuk mendapat pas media kami telah ditolak mentah2 apatah lagi untuk mendapat liputan di dalam sidang media ... kami memang tak dapat..nak mintak letak recorder pun tak kasi..hina sungguh blogger ni rupanya. Saya tunjuk kad media yang saya dapat dari kerajaan Pakatan Rakyat Perak oleh DS Nizar sendiri..tapi tetap tak diiktiraf. "akak ni ada pas media.., tapi pas yang bukan dari media perdana.." kata petugas. "Ini pas dari kerajaan PR Perak. DS Nizar yang iktiraf blogger sebagai media kerajaan PR" "kami tak kisah siapa yang beri..Nizar ke siapa ke..tapi akak bukan dari mana2 yang boleh kami beri pas media" Padan muka aku, aduiii hangat hati betul la dengar ayat tu...kalau nak bukak cerita dalam kain PAS ni memang banyak sungguh..tapi disebabkan sayangkan jemaah ummi tak sanggup nak bukak buruk parti sendiri..seperti bukak pekung di dada la pulak. Tapi ummi luahkan ketidakpuasan hati ummi kerana perkara in tak sepatutnya berlaku terhadap blogger jemaah sendiri, kerana pimpinan sendiri telah memberi pengiktirafan kepada blogger kerana sumber berita yang kita sampaikan tidak seperti media arus perdana yang bermuka2. Bak kata MSK sapa suruh gatai jadi blogger...sendiri tanggung la...kalau Topeng Perak pulak cakap..blogger ni dapat apa..dapat maki aje..kalau Cenangau kata pulak..blogger ni macam daun kari, untuk menyedapkan bau masakan hang buh la..masa nak makan hang daun tu kena tolak ketepi dan buang terus ke longkang. Saya mengharapkan agar perkara ini diberi ruang sedikit untuk dipertimbangkan..permintaan blogger tidaklah besar sangat..tidak minta dilayan seperti media perdana pun sekurang2nya beri sedikit ruang untuk kami blogger berdiri dibelakang para media perdana pun tak apalah..jangan dihalau terus jauh2. Sebelum para blogger rasa bosan dengan layanan yang begini harap ada sedikit perubahan minda dalam pengurusan pada majlis besar yang akan datang. Wallahualam. (sumber asal dipetik dari tulisan UmmiAnni blog) | ||||||
| UNDIAN KEPERCAYAAN TERHADAP EZAM Posted: 13 Jun 2010 08:14 PM PDT Sewaktu Ezam sesumpah mula-mula keluar dari PKR, menyertai Gerak dan kemudiannya menyertai Umno semula, apabila ditanya tentang isu liwat tersebut, Ezam menyebut bahawa kita mesti serahkan kepada mahkamah menentukannya dan beliau sendiri di dalam ceramahnya selepas itu selalu menyebut bahawa biar mahkamah menentukannya. Jangan menuduh Saiful membuat fitnah dan jangan pula menganggap DS Anwar melakukannya. Kemudiannya, apabila kes ini bermula, dan Saiful ada menyebut pernah memberitahu Ezam tentang dirinya diliwat, Ezam kemudiannya mengakui mempercayai bahawa DS Anwar melakukannya setelah mendengar sendiri pengakuan dari Saiful. Kemudiannya lagi, Ezam menyebut beliau mempercayai bahawa DS Anwar sememangnya memunyai tabiat sedemikian rupa setelah DS Wan Azizah pernah memberitahunya sewaktu beliau berada di dalam parti KeADILan lagi. Maka, persoalannya asas yang mana satukah yang membuat Ezam mempercayai tentang kelakuan DS Anwar tersebut? Kenyataan berbelit-belit Ezam itu memperlihatkan beliau memang layak diangkat menjadi Senatak di dalam kabinet Najib. Bukankah Najib juga sering berbelit kenyataannya? Isu lesen judi bola contohnya. Blog ini ingin mendapatkan pandangan pengunjung terhadap isu ini. Pengunjung ditanya tentang isu ini seperti berikut; EZAM MENYEBUT DIA TAHU ANWAR SEORANG PELIWAT KERANA DS WAN AZIZAH PERNAH MEMBERITAHUNYA. APA PANDANGAN ANDA ? Dari sejumlah 679 pengunjung yang mengambil bahagian, keputusan terhadap soalan tersebut adalah seperti berikut: 1. Ezam salah seorang konspirasi terhadap Anwar - 21 % 2. Ezam mahu cari makan - 19 % 3. Ezam kaki putar belit - 19 % 4. Ezam berdendam dengan Anwar dan keluarga - 16 % 5. Ezam terpaksa balas budi Najib - 11 % 6. Ezam mengampu Najib - 10 % 7. Ezam benar - 4 % Di sini, hanya 4 % yang mempercayai kata-kata Ezam. Mungkin sudah sampai masanya Ezam kembali berfikir apakah berbaloi buatnya dengan jawatan yang disandang sekarang dari apa yang dilakukannya, kecuali beliau berpatah arang dengan DS Anwar. Mudah-mudahan Ezam insaf dan segera bertaubat dari bersubahat dengan pembuat fitnah jahat ini./wfauzdin.blogspot.com | ||||||
| KERJASAMA DENGAN BUKAN ISLAM, KETEGASAN NIK AZIZ DAN HJ HADI MENYESAKKAN UMNO Posted: 13 Jun 2010 03:18 AM PDT
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, bagi menjayakan perjuangan Islam, umat Islam masih perlu bergantung kepada masyarakat bukan Islam bagi menjayakannya. Katanya, Nabi Muhammad - yang diibaratkannya sebagai "pemandu pertama" ajaran Islam - juga melakukannya pada zaman awal penyebaran agama Islam, termasuk mendapatkan perlindungan daripada bapa saudaranya Abu Talib yang tidak memeluk agama itu.
"Bagaimana hendak bawa Islam kalau timbul lagi isu tahaluf (kerjasama), dulu dengan Semangat 46, sekarang ini dengan DAP? (Hendak) marah kita kawan dengan DAP. "Tolong beritahu pada Umno, bagaimana susah nabi (berjuang) sampai kena potong perkataan 'rasulullah' dalam perjanjian dengan Mekah. Sampai begitu Nabi buat asal Islam boleh bertahan," katanya yang juga menteri besar Kelantan. Nik Aziz berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan mursyidul am dalam muktamar PAS ke-56 bertemakan "Islam Adil untuk Semua" di Pengkalan Chepa petang ini. Dalam perjanjian Hudaibiah antara Nabi Muhammad dan kafir Quraish, baginda terpaksa menggugurkan perkataan "rasulullah" sebagai gandingan namanya kerana bagi menjayakan 'gencatan senjata' dengan golongan itu. Hadi: Politik berbeza dengan sembahyang Walaupun ditentang banyak sahabatnya, tindakan itu akhirnya membawa banyak faedah kepada kerajaan Islam yang baru bertapak di Madinah ketika itu. Sementara itu, berucap selepas itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula kali ini konsisten menyuarakan pandangan yang sama dengan Nik Aziz, walaupun tahun lalu beliau sering dikaitkan dengan isu kerajaan perpaduan dengan Umno. Abdul Hadi menjelaskan, kerjasama politik yang diamalkan dalam Pakatan - bersama PKR dan DAP - sekarang ini dibuat berdasarkan al-Qurdan dan diizinkan syarak. "(Sebaliknya) kerjasama (dengan) umno dalam menggadaikan prinsip dan akhlak. Dan ia tidak boleh dijadikan contoh dalam Islam," katanya yang juga ahli parlimen Marang. Katanya, berdasarkan al-Quran dan muzakarah ulama yang dirakamkan dalam kitab-kitabnya, umat Islam dibenarkan melibatkan masyarakat bukan Islam dalam urusan politik. "Amalan politik dalam Islam berbeza dengan sembahyang. Dalam sembahyang jemaah, imam (mesti) Islam, makmumnya Islam. "Dalam politik, pemimpinya Islam, (tetapi) petugasnya boleh diambil daripada kalangan Islam dan bukan Islam," kata Abdul Hadi lagi. Dengan ucapan itu, muktamar PAS selama tiga hari melibatkan kira-kira 1,500 perwakilan mulai Jumaat lalu dengan rasminya ditangguhkan./Malaysiakini | ||||||
| NAJIB, ROSMAH DAPAT PEMBELAAN TOK GURU ? Posted: 13 Jun 2010 03:00 AM PDT
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menegur sikap perwakilan dalam muktamar parti itu yang menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai isteri kepada Rosmah Mansur. Katanya, tindakan itu boleh menyakitkan hati orang lain dan menyebabkan perasaan dendam. "Hendak suka bolehlah, tetapi menyakitkan hati. Bila sakitkan hati apa jadi? "Hanya (mewujudkan) dendam sahaja akhirnya," katanya yang juga menteri besar Kelantan. Semalam, ketika sesi perbahasan usul di muktamar PAS ke-56 di Pengkalan Chepa, seorang perwakilannya memperli Najib sebagai isteri kepada Rosmah. Di kalangan penyokong pembangkang, perkara tersebut sering menjadi bahan gurauan, dipercayai ekoran penampilan Rosmah dilihat lebih 'agresif' berbanding isteri perdana menteri lain sebelumnya. Menyampaikan ucapan penangguhannya tengah hari ini, Nik Aziz menjelaskan Islam mengajar umatnya memanggil seseorang itu dengan gelaran yang paling disukai dan amat disenanginya. "Bila hendak sebut nama orang, kita (mesti) sebut nama yang paling disukainya, (misalnya) pakcik, ayah haji, yang amat berhormat. "(Kesimpulannya) katalah pekataan yang amat disenangi," tambahnya. Menurut menteri besar lagi, perkara itu selari dengan landasan hikmah dan dasar kesederhanaan dalam Islam./Malaysiakini | ||||||
| DUA-DUA SUKA JUDI, TAPI MANA SATU YANG BERCAKAP BENAR? Posted: 13 Jun 2010 02:48 AM PDT
Mega-konglomerat Berjaya Corporation terus berusaha untuk menutup mulut pengkritiknya, dengan sekali lagi menegaskan bahawa ia telah mendapat kelulusan kerajaan untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan secara sah. Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat itu mempertahankan pengumumannya kepada bursa pada 12 Mei lalu mengenai cadangannya untuk mengambil alih 70 peratus pegangan dalam Ascot Sports Sdn Bhd - syarikat yang mempunyai lesen pertaruhan tersebut - bernilai RM525 juta. Menurutnya, terdapat banyak percanggahan perbahasan mengenai status sebenar kelulusan yang diberikan kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan di negara ini. Dalam mematuhi arahan Bursa, syarikat itu mengulangi kembali bahagian-bahagian tertentu dalam pengumuman 12 Mei lalu yang menyatakan bahawa menteri kewangan telah memberi kelulusan untuk menerbitkan semula kepada Ascot lesen untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan mengikut terma dan syarat-syarat tertentu. Menurutnya, dalam perenggan 8 yang menyenaraikan Kelulusan Diperlukan, perenggan kecil (d) menyatakan, "Menteri kewangan untuk menerbit semula lesan pertaruhan sukan dan perubahan pemegang saham dan pengarah di Ascot, jika perlu." Dengan demikian, katanya terbukti daripada kenyataan di atas bahawa Ascot telah mendapat kelulusan daripada menteri kewangan untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan dan bahawa lesen rasmi yang pertama kali diberikan pada 1987 adalah menunggu untuk diterbitkan semula. Sebanyak 70 peratus saham Ascot Sukan diilik oleh pengerusi Berjaya Corp Tan Sri Vincent Tan./Malaysiakini |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan