Selasa, 14 Disember 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ANWAR CABAR NAJIB, MAMPUS NAJIB TAK BERANI

Posted: 14 Dec 2010 10:00 PM PST

Anwar Cabar Najib Minta Singapura Dedahkan Maklumat Pembunuhan Altantuya
Oleh Dzulkarnain Taib
IMG_4200KUALA LUMPUR 14 Dis - Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri supaya meminta kerajaan Singapura mendedahkan bukti pembabitannya dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sekiranya Datuk Seri Najib Razak yakin beliau tidak berkait langsung dengan jenayah tersebut.

"Bukan saya yang cakap Datuk Najib terlibat dalam pembunuhan tapi kerajaan Singapura yang berkata. Jadi kalau Najib kata dia tidak terbabit langsung saya cabar dia minta kerajaan Singapura dedahkan maklumat yang mereka ada mengenai pembunuhan Altantuya.

"Tapi saya juga nak beritahu kepada Singapura supaya jangan masuk camour hal ehwal kita. Jaga urusan kamu jangan nak tunjuk angkuh dan song dengan kita. Hal kita dengan Najib, biar kita sahaja yang lawan, jangan pulak nak masuk campur urusan dalaman Malaysia," Anwar memberi amaran.

Bercakap kepada lebih 3,000 penyokong Pakatan Rakyat di Ceramah Isu Semasa di Tapak Pasar Malam, Taman Melati malam tadi juga menyelar Umno-Barisan Nasional yang bersungguh-sungguh menghentam beliau dalam media milik mereka berhubung pendedahan laman web Wikileaks mengenai dakwaan kononnya beliau "masuk perangkap" yang dirancang oleh kerajaan dalam pertuduhan fitnah kali kedua.IMG_4194

"Dia (Umno-BN) kita bodoh ka? Dia ingat satu hari Musa Aman (bekas Ketua Polis Negara) kata hari ini pukul 3.00 petang kita nak perangkap Anwar, bawa seorang 'budak jambu' dalam bilik lepas tu lakukan apa yang mereka dakwa. Kalau betul-betul perangkap dan saya masuk perangkap mana buktinya? Sekurang-kurang mesti ada video macam kes VK Lingam tu, baru boleh panggil sebagai 'entrapment' (perangkap) ataupun nota perubatan.

"Ini tidak bila kita mina laporan perubatan, mereka kata ada tapi bila minta tak mahu beri. Jadi dia ingat ni bodoh macam dia," sindir Anwar.

Anwar menjelaskan sekiranya apa yang didakwa oleh Singapura terhadapnya adalah benar beliau bersedia menemui bekas Perdana Menteri negara itu Lee Kuan Yew di mahkamah.

"Jangan pakai cakap sahaja. Kalau ada bukti sila bawa ke mahkamah, saya akan pertahankan diri saya cara begini.

"Umno-BN pun boleh bawa Lee Kuan Yew ke mahkamah bagi pihak Najib kalau mahu," cabar beliau.

IMG_4197Beliau yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat membidas media milik Umno-BN yang tidak berhenti menaburkan fitnah dan tohmahan terhadap beliau dan Pakatan Rakyat.

"Media dan jentera kerajaan digunakan sepenuhnya untuk mengekalkan kekuasaan Umno-BN. Selama 12 tahun mereka mengatakan Anwar bersalah, saya rasa sekurang-kurangnya 221 kali (ketawa) bukan sekarang. Jadi apa nak hairan sangat kalau hari ini dok ulang yang Anwar salah, dah 12 tahun mereka lakukan ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga berkata kenyataan Najib yang mahu mempertahankan Putrajaya ke titisan darah terakhir menunjukkan beliau berada dalam keadaan amat takut.

"Najib takut didakwa kemudian hari sebab itu di takut kehilangan Putrajaya. Pemimpin Umno-BN semuanya takut kalau Anwar jadi Perdana Menteri semua rahsia rasuah dan bagaimana mereka bolot kekayaan secara haram akan saya bongkarkan. Saya tahu banyak rahsia mereka jadi saya beri amaran jangan cabar saya (mendedahkannya)," tegas Anwar lagi.

Anwar seterusnya memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka boleh menumbangkan Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita mesti ada keyakinan dan semangat yang kuat bahawa dengan kerjasama erat PKR, PAS dan DAP kita akan sama-sama tumbangkan BN. Yang penting setiap daripada kita harus memainkan peranan kita dengan menyebarkan maklumat yang ada kepada kaum keluarga, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling baru kita boleh timbulkan kesedaran mengenai perubahan yang ingin kita bawa.IMG_4195

"Percayalah Pakatan Rakyat akan membawa agenda Malaysia baru, Malayisa yang jauh lebih adil berdasarkan negara hukum, menegakkan keadilan serta melindungi hak rakyat dan menghancurkan segala kebobrokan Umno-BN," kata Anwar yang terpaksa mengakhiri ucapannya lebih awal atas arahan pihak polis./SK

FOTO - WIKILEAKS PUNYA PASAL, CERAMAH ANWAR TIADA SAMBUTA?

Posted: 14 Dec 2010 08:00 PM PST

Taman Melati menjadi saksi, adakah Anwar tidak popular lagi..

(Gambar)
Berikut adalah sedikit gambar-gambar dari sekitar Ceramah Isu Terkini yang telah diadakan pada 14 December 2010 di Tapak Pasar Malam Taman Melati untuk dikongsikan bersama.


Antara penceramah yang hadir ialah DS Anwar Ibrahim,Tian Chua, Khalid Samad, Teresa Kok dan Ketua AMK kebangaan ahli-ahli AMK.. he..he..he.. dan juga Dato Tan Kee Kwong..

Permit dipohon sehingga 12.00 Tengah malam tapi pihak Polis hanya membenarkan sehingga jam 10.30 malam sahaja dengan syarat jika hadirin terlalu ramai ceramah akan dihentikan (syarat baru untuk ceramah PR)

Saksikan...

Polis yang menjaga keselamatan pemimpin PR










Gambar-gambar adalah hasil kerja Saudara Tripodone TKO..

Sumber: Anak Sungai Derhaka

MENGAPA BAPA SAIFUL MENGGELABAH ?

Posted: 14 Dec 2010 05:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA sudah tertekan, bapa kepada mangsa kes liwat Saiful Bukhari yang melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azlan Mohd Lazim hari ini menyerahkan sepucuk surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menarik perhatian Seri Paduka supaya kes itu yang sedang dibicara dipercepatkan. Mengapa mahu dipercepatkan?

Mengapa bapa pemuda yang mengaku tidak basuh duburnya beberapa hari itu tertekan? Adakah jika lewat kes ini selesai maka `payment' lewat juga diterima? Atau kedua beranak ini tidak sanggup lagi berkurung di dalam rumah akibat malu berhadapan dengan masyarakat yang memandang jijik pengakuan anaknya? Bak kata orang, sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. Maka, tanggung sahajalah. Berani buat, berani tanggung.

Masalah kes ini cepat atau lewat tidak penting, yang pentingnya kes ini diadili dengan betul untuk memberi keadilan kepada sidituduh mahu pun mangsa. Adakah kes yang sedang dibicarakan sekarang kelihatan adil? Mengapa beliau tidak mengadu kepada DYMM YDP Agung mengapa mahkamah tidak membenarkan beberapa dokumen penting yang diperlukan oleh DS Anwar seperti laporan klinikal diserahkan kepada pihak Pembela agar kes ini lebih cepat diselesaikan secara adil?

Mengapa bapa Saiful tidak merayu agar kes yang menimpa anak kesayangannya itu disebut di Mahkamah Syariah kerana ianya melibatkan salah laku `suka sama suka' (mengikut Pertuduhan) sesama orang Islam? Beliau sepatutnya merayu agar perundangan mengikut Islam dikuatkuasakan kerana perundangan Islam dijamin memberi keadilan kepada anaknya. Sewajarnya bapa Saiful ini merasa gembira kerana seluruh jentera kerajaan, media termasuk beberapa pihak asing mempercayai `hayalan' anaknya itu bahawa beliau telah diliwat.

Lojiknya DS Anwar yang sepatutnya merasa tertekan kerana seluruh media di bawah Umno, termasuk pihak luar yang memberi gambaran seolah-olah sememangnya beliau bersalah. Namun, kita lihat DS Anwar tenang menghadapi semua tekanan ini malahan beliau bertambah semangat untuk melawan kerja jahat mereka itu. Ketenangan DS Anwar di samping majoriti rakyat yang cerdik berfikir yang menolak segala fitnah jahat ini menunjukkan bahawa kebenaran tetap mengalahkan kebathilan. Orang yang merasa bersalah sudah pasti tertekan, dan nampaknya bukan Saiful sahaja yang tertekan bahkan bapanya juga.

Oleh itu, tidak perlulah bapa Saiful menunjukkan kegelabahannya. Mungkin sekarang beliau sudah merasa menyesal dengan apa yang telah dilakukan oleh anaknya. Tidak berbaloi sekiranya dua beranak ini mendapat imbuhan walau sebanyak mana pun kerana maruah diri tidak boleh dinilai dengan wang ringgit./wfauzdin.blogspot.com

ANWAR SAMAN MAHATHIR DAN AKHBAR

Posted: 14 Dec 2010 03:00 PM PST

Anwar Ibrahim telah memberi arahan kepada peguamnya bagi mengemukakan saman ke atas beberapa akhbar dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan dakwaan salah lapor berhubung pendedahan WikiLeaks.

Sankara Nair berkata beliau telah menerima arahan itu yang berkuatkuasa hari ini daripada ahli parlimen Permatang Pauh berkenaan.

"Saya tidak boleh dedahkan butirannya kerana kami masih membincangkannya. Namun saya sahkan bahawa saman ke atas Mahathir akan dikemukakan.

"Ini dijangka menarik dan sedikit ironi untuk melihat sama ada Mahathir akan mendapatkan bantuan daripada 'seterunya', Lee Kuan Yew bagi membina pembelaannya," katanya kepada Malaysiakini.

Mahathir dan Lee, mantan perdana menteri Singapura seringkali tidak bersependapat dalam banyak perkara dan hubungan kedua-dua negarawan itu dikatakan sentiasa goyah.

Menurut akhbar Australia, The Sun-Herald, kabel Jabatan Negara Amerika yang bocor mendedahkan bahawa pegawai kanan kerajaan mengesahkan bahawa tuduhan liwat ke atas Anwar adalah akibat 'diperangkap' oleh musuhnya.

Ia juga mendedahkan pegawai perisikan Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew (kiri, bertali leher biru) telah memberitahu pejabat Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang dihadapinya'."

Semalam, Mahathir pada sidang akhbarnya melahirkan rasa ragu-ragunya bahawa bekas timbalannya itu adalah sasaran 'perangkap seks oleh musuhnya'."Tidak, saya tak fikir ada sebarang perangkap," kata Dr Mahathir.Dalam pendedahan WikiLeaks yang diperolehi daripada kabel komunikasi Jabatan Negara US, agensi risikan Singapura dilaporkan memaklumkan agensi risikan Australia yang mereka mempunyai maklumat diperolehi daripada 'risikan teknikal' mengesahkan tuduhan dalam kes Fitnah II.

Sememntara itu, Naib Presiden Keadilan, Tian Chua bersama pimpinan dan ahli KEADILAN akan menghantar surat meminta penjelasan kerajaan Singapura berhubung tuduhan yang dilemparkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Surat tersebut, yang akan diserahkan kepada kedutaan Singapura di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur petang ini, meminta penjelasan Singapura berhubung maklumat risikan yang dihantar kepada Australia, menuduh Anwar Ibrahim terlibat dalam kes fitnah 2. Ketua AMK Batu, Rozan Azen Mat Rasep dalam laman facebooknya menyatakan surat bantahan itu akan diserahkan kepada kedutaan terbabit pada pukul 3 petang ini.

lee kuan yew state visit to malaysia 110609 02

Baru-baru ini Lamanweb Antarabangsa, WikiLeaks mendedahkan mengenai maklumat risikan Singapura yang dihantar kepada Australia yang menyatakan Anwar memang melakukan kesalahan tersebut, akibat diperangkap oleh seteru politiknya, meskipun Anwar menyedari tentang perkara itu.

'Maklumat' itu yang disiarkan oleh akhbar Australia, Herald Sun (Sydney Morning Herald), menimbulkan kecaman pemimpin Pakatan Rakyat yang menyifatkan pendedahan itu sengaja di ada-adakan tanpa sebarang bukti kukuh.

Pakatan menyifatkan pendedahan itu sengaja diadakan kerana kekhuatiran Singapura bahawa tsunami politik yang melanda Malaysia bakal beralih ke republik itu. Ia juga merupakan usaha Lee KuanYew mengekalkan hegemoni kekuasan Perdana MenteriMalaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana Najib dilihat lebih tunduk kepada desakan republik itu dalam pelbagai isu melibatkan hubungan dua hala antara Malaysia-Singapura./Sharp Shooter

NAJIB TERLIBAT KES ALTANTUYA?

Posted: 14 Dec 2010 11:58 AM PST

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR,14 Dis: Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan penjelasan mengenai laporan portal Wikileaks yang mendakwa beliau terlibat dalam skandal pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Najib tidak boleh bersikap tidak ambil peduli berhubung dakwaan ini kerana ia melibatkan kepimpinan negara dan boleh memberikan kesan kepada sosial dan ekonomi negara.

"Pelbagai dakwaan yang dibuat ini sangat penting kerana membabitkan Perdana Menteri semasa bukan bekas Perdana Menteri. Ini akan memberikan satu kesan kepada ekonomi negara kita.

"Menteri tidak boleh bersikap tidak endah terhadap laporan Wikileaks sedangkan media dalam negara kita mengendahkan laporan wikileaks dengan memuatkan hal-hal berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim tapi Perdana Menteri kata perkara yang berkaitan beliau itu tidak perlu diendahkan," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen siang tadi.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS sebelum itu membangkitkan perkara itu dalam perbahasan di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar Negeri.

Menteri, Datuk Seri Anifah Aman dalam jawapannya memberitahu beliau akan mengambil perhatian terhadap laporan itu.

Sementara itu, ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, laporan ini mengambarkan seolah-olah Singapura menganggap Perdana Menteri anti Cina apabila membuat dakwaan mengenai kemungkinan berlakunya rusuhan di Malaysia.

"Perdana Menteri diberi gambaran yang begitu berat oleh diplomat dan pemimpin Singapura sehinggakan dalam Perdana Menteri cuba untuk promosi konsep 1Malaysia dan sebagainya, kerajaan Singapura memberi gambaran bahawa akan berlaku rusuhan kaum dan orang Cina akan banjiri Singapura.

"Ini memberi implikasi bahawa Singapura menganggap Perdana Menteri anti Cina sebab akan berlaku rusuhan kaum seperti yang dilaporkan dan ini bercanggah dengan usaha Perdana Menteri untuk menunjukkan semangat perpaduan dan sebagainya. Najib mesti ambil berat atas tuduhan itu," kata beliau.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul bimbang laporan ini merupakan permainan Singapura untuk menguji kewibawaan Malaysia.

"Kita lihat pemikiran pegawai risikan dari singapura mereka mengatakan mereka ambil sumber ini dari sumber tertentu. Kita sedar hubungan antara Malaysia dan Singapiura ada pasang surutnya.

"Kita bimbang tindakan singapura ini bertujuan menguji kewibawaan Malaysia dan permainan mereka untuk menyekat pelabur asing ke Malaysia," katanya.

Sementara itu, ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memulakan usaha mendapatkan sepenuhnya semua kabel-kabel berhubung Malaysia daripada sumber-sumber yang sah seperti Kedutaan Amerika Syarikat, akhbar Sydney Morning Herald, akhbar The Guardian selain Wikileaks sendiri.

Mereka juga akan membantu memulakan kempen untuk mendapatkan kesemua kabel-kabel ini untuk dinilai secara adilnya oleh rakyat Malaysia.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang juga pengarah strategik PKR petang tadi ke Kedutaan Singapura bagi menyerahkan memorandum dari PKR kepada kerajaan republik pulau itu.

Baru-baru ini laman web antarabangsa, Wikileaks mendedahkan mengenai maklumat risikan Singapura yang dihantar kepada Australia yang menyatakan Anwar memang melakukan kesalahan tersebut, akibat diperangkap oleh seteru politiknya, meskipun Anwar menyedari tentang perkara itu.

'Maklumat' itu yang disiarkan oleh akhbar Australia, Herald Sun (Sydney Morning Herald), menimbulkan kecaman pemimpin Pakatan Rakyat yang menyifatkan pendedahan itu sengaja di ada-adakan tanpa sebarang bukti kukuh./Harakahdaily

Tiada ulasan: