WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- AYUH BERHIMPUN, BUKAN ORANG PR SAHAJA YANG AKAN MENANGGUNG NANTI..
- SIAPA ITU ANAK-ANAK API DALAM SERKAM?
- KERIS TELANJANG UMNO UMPAMA KERIS PENGANTIN
- CHEGU BARD KELUAR PKR ? TINGGINYA HARAPAN MEREKA
- `3 A' LEBIH BERMARUAH DARI `2 Z'.....
- KETUANAN MELAYU - NIK AZIZ PERTAHAN PRESIDEN PKR
- NAJIB TAKUT HADAPI PEMILIHAN DI DALAM UMNO KERANA APA ?
- SIAPA ITU ANAK-ANAK API DALAM SERKAM?
- TPM - NIK AZIZ SEDIA TERIMA DAP KERANA.....
- PEMIMPIN UMNO INI MAHU CABAR PAS DENGAN SOALAN YANG MENYESATKAN
AYUH BERHIMPUN, BUKAN ORANG PR SAHAJA YANG AKAN MENANGGUNG NANTI.. Posted: 01 Dec 2010 11:00 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS PADA 05hb Dis (Ahad) jam 12.00 Tgh ini semua masyarakat terutamanya di Lembah Kelang dan seluruh Negeri Selangor tidak kira apa pun bangsa, ugama dan fahaman politik mereka wajib turun dan berhimpun di Masjid Negara. Terutamanya kepada kaum Melayu yang tidak sudah-sudah dengan `ketuanan Melayu'nya. Kali ini mereka akan tahu sejauh mana `tuan'nya mereka di tanahair sendiri. Pada hari tersebut, satu kempen `Kembalikan Air Kami' akan diadakan dan satu memorandum akan diserahkan kepada Ke Bawah Duli YMM Seri Paduka di Istana Negara. Bukan untuk membuat kecuh atau ingin menunjuk kekuatan, tetapi hanya untuk mengadu nasib ke bawah Duli YMM Tuanku. Maka, usah lagi difikirkan samada kita ini ahli atau penyokong Umno, PKR, PAS, DAP atau parti apa pun, yang penting tuntutan kita bersama ini adalah untuk faedah bersama. Jika kadar bil air dinaikkan, bukan ahli PKR atau PAS juga DAP sahaja yang terpaksa membayar, tetapi seluruh rakyat di Negeri Selangor akan terlibat. Untuk menzahirkan kita ini `tuan' kepada negeri atau negara ini, maka tiada jalan lain kita terpaksa menghentikan hasrat pihak yang mahu `mencekik' darah rakyat ini. Baru-baru beberapa hari minyak telah pun dinaikkan. Ada yang dangkal menyebut, minyak RON 97 dinaikkan tidak mengapa kerana majoriti rakyat menggunakan minyak Ron 95. Persoalannya, sampai bila kita ingin diperbodohkan? Tergamak kerajaan membiarkan rakyat menikmati minyak kualiti sedemikian sedangkan minyak yang ada di perut bumi negara ini hak rakyat bersama. Di dalam isu minyak, kerajaan berani berbuat apa saja asalkan kita masih berfikiran cetek. Sekarang isu air pula. Bersusah payah Kerajaan Negeri Selangor memikirkan kaedah tertentu untuk memberi nikmat kepada rakyat agar air yang diturunkan oleh Allah ini dapat dinikmati oleh semua. Tiba-tiba ada pihak yang ingin `berniaga' dengan mencari untung berlebihan hasil dari nikmat Allah ini. Mereka akan berbuat apa sahaja asalkan mereka boleh hidup mewah dengan `menghisap darah' rakyat. Masakan kita masih berdiam diri juga? Ayuh, kita masih ada tempat untuk mengadu. Kita mengadu ke bawah Duli YMM Tuanku, kemudiannya kita akan mengadu kepada yang Maha Esa. Berdoalah agar mereka yang `merompak' air ini agar terbuka hatinya sebelum mati di mana liang lahadnya nanti ditenggelami air./wfauzdin.blogspot.com | |||||
SIAPA ITU ANAK-ANAK API DALAM SERKAM? Posted: 01 Dec 2010 10:00 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS SEDIKIT untuk saya mengulas apa yang ditulis oleh BatuApi di dalam blognya. Beliau mengulas tentang apa yang saya ulas terhadap tulisan seorang lagi penulis, dan akhirnya saya dan juga Penulis yang saya ulas dipanggil `anak-anak api dalam serkam' oleh BatuApi. Saya juga tidak berminat asalnya untuk membincangkan siapakah yang patut mengetuai PR atau menjadi PM jika PR berkuasa. Tulisan saya itu sekadar untuk menjawab tulisan rakan saya yang banyak memperlekehkan PKR serta mengungkit-ngungkit kisah lalu. Itu yang menyebabkan saya terasa untuk menulis. Seperti juga BatuApi yang tidak habis-habis menyebut isu UG, Anti Hadi dan sebagainya. Untuk apa? Saya faham kerana BatuApi ingin menjawab segala tuduhan tentang isu tersebut, walaupun saya merasakan isu ini sudah lama tidak dimainkan. Namun, di dalam mengulas tulisan saya itu pun BatuApi sempat selitkan pasal UG. Jadi, saya pun bertujuan begitu juga kerana saya rasa tidak manis jika kita sibuk bercerita tentang parti kita lebih layak jadi ketua, parti kita lebih banyak berjasa dan sebagainya. Tentu BatuApi pun bertujuan begitu mengapa beliau terlalu fobia dengan sesiapa jua yang menyebut UG. Jika kesemuanya ini difikirkan, tentu kita bertiga termasuk BatuApi boleh digelar `anak-anak api dalam serkam'. Tidak kah begitu?/wfauzdin.blogspot.com | |||||
KERIS TELANJANG UMNO UMPAMA KERIS PENGANTIN Posted: 01 Dec 2010 09:00 PM PST Ketuanan Islam: Alternatif yang enggan difikirkan? Oleh: Nasrudin Hassan Seusai Kongres PKR , kini UMNO dan BN seperti mendapat peluru tembaga untuk dibidik tepat ke jantung PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya. Biadab , kurang ajar , khianat , pelacur politik dan 1001 kata - kata kesat dihamburkan ekoran kenyataan dari presiden PKR Datin Seri Wan Azizah binti Dato' Wan Ismail .Saya tidak sempat menghadhiri Kongres PKR kerana menerima undangan saat akhir sedang saya telah mempunyai komitmen untuk menghadhiri Hari keluarga DPP Malaysia di Pulau Pangkor . Walau bagaimana pun saya mengikuti perkembangan dan berita mengenainya . Terlebih dahulu saya ucapkan syabas kepada PKR dan AMK yang telah selesai berkongres semoga PKR dan AMK semakin utuh dan mantap selepas ini mendepani cabaran dan halangan perjuangan yang sukar ini . Tidak puas - puas UMNO dan BN membelasah PKR . Sebelum dan selepas kongres , ada sahaja peluru baru yang dilepaskan oleh pelbagai agensi mereka untuk membunuh PKR dan sekaligus dilihat sebagai percubaan untuk melemahkan Pakatan rakyat. Terkini isu Ketuanan Melayu menjadi turning point UMNO dan BN untuk memperbaharui serangan ke atas Pakatan Rakyat . Wartawan pula bertalli arus menghubungi saya untuk mendapatkan pandangan mengenai kenyataan tersebut dan saya tegaskan atas 3 point penting : A. ] Sejak merdeka sehingga kini sudah lebih 50 tahun , Melayu belum menjadi tuan .UMNO dan BN awal - awal lagi sebenarnya tidak layak pun hendak bercakap soal Ketuanan Melayu , apalagi bersilat untuk mempertahankannya . Keris panjang tidak bersarung milik UMNO selama ini tidak ubah seperti keris sisip di pinggang sang pengantin . Bukan sahaja tidak berfungsi malah sedikit pun tidak menambah keberanian sang pengantin selain hanya menurut sahaja apa yang disuruh . Disuruh bangun mereka bangun , disuruh duduk mereka duduk , disuruh senyum mereka senyum , disuruh suap mereka suap , disuruh makan mereka makan , disuruh basuh periuk belanga mereka basuh. Menurut saja apa yang disuruh walau keris tersisip dipinggang , bersampin dan bertanjak .Sepanjang tempoh 50 tahun lebih inilah , menyaksikan melayu hilang maruah , hilang jati diri , hilang tanah , hilang kuasa , hilang upaya ekonomi dan hilang kehebatan . Malah fenomena ini diakui sendiri oleh pemimpin UMNO dan BN apabila sehari dua ini mereka selalu bertanya kemanakah hilangnya kuasa politik orang melayu ? . Walaupun soalan itu seperti mahu menyalahkan Pakatan Rakyat tetapi rakyat umumnya mengetahui bahawa Pakatan Rakyat belum sepenggal mengurus pemerintahan beberapa buah negeri yang dimandatkan oleh rakyat , sementara Kerajaan Persekutuan masih berada di bawah pemerintahan UMNO dan BN malah berkuasa penuh sejak lebih 50 tahun yang lalu . Pertanyaan itu seperti UMNO meludah ke langit dan akhirnya menimpa muka sendiri . B. ] Tidak salah perjuangkan bangsa dan pertahankannya sebagaimana yang telah termaktub di dalam perlembagaan .Melalui perlembagaan Malaysia yang sedia ada telah dimaktubkan hak keistemewaan orang melayu . Saya tidak prejudis mengenainya bahkan mempertahankan hak bangsa dan berbangga dengan bangsa kita melayu juga adalah adalah suatu yang tidak bertentangan dengan Islam . Sebagaimana nabi saw sendiri berbangga sebagai bangsa Arab Quraisy . Terutama majoriti penduduk negara ini ialah melayu dan mereka pula rata - ratanya masih perlu pembelaan kerana taraf hidup yang rendah angkara amalan kronisme dan dasar ekonomi yang korup oleh kerajaan UMNO dan BN sejak 53 tahun yang lalu .[ Lantaran selama ini hanya segelintir melayu yang kaya raya dan harta negara berlegar dari kalangan pembesar dan kroni mereka. ] Memperjuang dan mempertahankan hak bangsa yang saya maksudkan tidaklah menjadikan bangsa kita tuan dan bangsa lain pula hamba . Pertahankan hak bangsa kita malah berbangga menjadi bangsa melayu adalah suatu yang positif dan wajar namun jangan sekali - kali kita menzalimi bangsa lain serta tidak berlaku adil terhadap bangsa lain sekalipun berbeda agama justeru inilah yang dilarang. C. ] Saya mencadangkan Ketuanan Islam menggantikan Ketuanan Melayu tajaan UMNO dan BN .Justeru Islam adalah agama Allah tuhan yang mencipta manusia dan seluruh alam ini. Allah swt , tuhan yang namanya mahu digunakan oleh seluruh agama samawi dalam negara kita . Islam pula bukan hak orang melayu sahaja , bahkan bangsa India dan China jauh lebih awal menerima Islam . Islam adalah agama yang adil untuk semua .Islam dirujuk kepada kitab suci al Quranul Karim yang rata - rata pemimpin Pakatan Rakyat termasuk non muslim mula memetiknya untuk berhujjah justeru ia satu pengiktirafan kepada kebenaran yang dibawa oleh Islam . Islam adalah satu agama yang lengkap merangkumi semua persoalan hidup termasuk perkara yang melibatkan hubungan sesama manusia seperti ekonomi , sosial , politik dan undang - undang , juga hubungan manusia dengan tuhan seperti ibadah . Negara dan dunia serta seluruh isinya memerlukan Islam . Saya menegaskan demikian bukan bermakna Islam memaksa manusia menganutnya . Menerima bukan semestinya menganut Islam . Ahli zimmah [ non muslim yang tidak menentang Islam ] boleh menerima sistem dan dasar kepimpinan serta pemerintahan Islam sementara mereka kekal dengan agama dan kepercayaan mereka. Seperti kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjadikan Khlaifah Umar bin Abdul Aziz sebagai idola dan contoh kepimpinannya , maka perlu difahami bahawa Khalifah umar bin Abdul Aziz menjadi hebat kerana Islam yang diyakininya./DetikDaily | |||||
CHEGU BARD KELUAR PKR ? TINGGINYA HARAPAN MEREKA Posted: 01 Dec 2010 07:00 PM PST Bekas MPP Keadilan dan calon Angkatan Muda keluar parti Tuesday, 30 November 2010
| |||||
`3 A' LEBIH BERMARUAH DARI `2 Z'..... Posted: 01 Dec 2010 04:00 PM PST APA kata Zul Kulim firaun besar di dalam blognya, begini bunyinya, "Bagi teman, kalau Pakatan 3A ini benar-benar ada maruah, dan ada harga diri, teman cabar mereka supaya memulangkan kembali kesemua anugerah pingat dan darjah kebesaran yang di anugerahkan oleh Raja-Raja Melayu kepada mereka selama ini.(zul4kulim.blogspot.com) Pakatan `3 A' yang dimaksudkan oleh Zul firaun besar ini adalah Anwar, Azizah dan Azmin. Kenyataan di atas yang dipetik dari blog Zul firaun besar adalah lanjutan dari modal sahabat karibnya Zahrain. Mereka terkenal juga dengan `2 Z' iaitu Zul firaun besar dan Zahrain. Bezanya `3 A' lebih bermaruah dari `2 Z' yang duduk di kerusi yang di`haram'kan oleh pengundi-pengundinya. Tetapi kerana muka tak tahu malu dan mahu cari makan maka menenggek lagi mereka di situ, Sebelum mahu suruh DS Anwar pulangkan kesemua anugerah yang mereka sebutkan itu, cuba tengok dulu `punggung' mereka duduk di atas kerusi siapa? Jika ada maruah, pulangkan dulu kerusi itu sebelum menyuruh DS Anwar pulangkan anugerah. Raja-Raja tidak minta suruh pulang, mengapa DS Anwar perlu biadab dan ego mahu pulangkan? Sedangkan kamu `2 Z', rakyat sudah lama suruh kamu pulangkan kerusi itu, mengapa tidak dipulangkan? Takut tidak boleh makan kah anak bini kamu? Aku malas mahu tulis banyak-banyak, aku nak tunggu `2 Z' ni jawab mengapa mereka masih menenggek kat kerusi itu./mandor.blogspot.com | |||||
KETUANAN MELAYU - NIK AZIZ PERTAHAN PRESIDEN PKR Posted: 01 Dec 2010 02:26 PM PST Islam lebih besar: Nik Aziz PASIR MAS - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengenai konsep ketuanan Melayu di negara ini. Menurutnya, memperteguh agama Islam adalah lebih penting berbanding mempertahankan konsep ketuanan Melayu yang digunakan oleh pihak-pihak tertentu sebelum ini. "Menggunakan nama Islam ini lebih mustahak dan diterima oleh bangsa lain serta tidak menimbulkan permasalahan. Bangsa Cina atau India dan sebagainya yang masuk Islam boleh menerima agama ini berbanding ketuanan Melayu yang hanya menunjukkan kepada satu bangsa sahaja," katanya. Beliau berkata demikian ketika melawat mangsa kebakaran di Kampung Ubi Keling, Nibong Lemal di sini, semalam. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun, ADUN Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman dan Ketua Jajahan Pasir Mas, Nik Kazim Nik Yusoff. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan dasar Wan Azizah pada Kongres Nasional PKR Ahad lalu yang mahukan konsep ketuanan Melayu dihapuskan supaya anak dapat membesar dengan visi ' bangsa bermaruah atau Melayu bermaruah'. Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sekiranya masyarakat sering menggunakan perkataan ketuanan Melayu, sudah tentu bangsa lain mahukan bangsa mereka diangkat seperti mana bangsa Melayu. "Dengan menggunakan ketuanan Islam ini, tidak akan timbul sikap dengki dari bangsa lain sebaliknya diterima baik oleh mereka. Itulah kelebihan Islam yang boleh diterima semua bangsa tanpa ada sebarang masalah," katanya. Mengenai ketuanan Melayu yang ditinggalkan Pakatan Rakyat (PR), Nik Aziz berkata, "Bumi yang dipijak hari ini adalah Tanah Melayu dan kini sudah ditukar kepada Malaysia serta pertukaran nama itu sudah lama berlaku," katanya. Dalam pada itu, Nik Aziz menegaskan bantuan yang mahu diberi kepada mangsa yang menerima bencana tidak mengira kebakaran ataupun banjir ini, tidak boleh meletakkan sepenuhnya daripada Kerajaan Negeri. "Bantuan ini haruslah datang dari ahli keluarga, jiran dan sebagainya dan kerajaan ini adalah pihak yang ketiga memberi bantuan. "Kita perlulah menghulurkan bantuan sesama manusia dan berkorban dalam membantu mereka yang menghulurkan serta tidak mengharapkan sumbangan daripada kerajaan semata-mata," katanya ketika menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Banggol Ubi Keling, Nibong Lemal di sini, semalam. Beliau berkata, hidup susah dan senang adalah lumrah manusia dan bagi mereka yang mempunyai rezeki yang lebih, boleh disumbangkan kepada mereka yang ditimpa bencana. Katanya, memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan adalah persediaan untuk akhirat./Sinar | |||||
NAJIB TAKUT HADAPI PEMILIHAN DI DALAM UMNO KERANA APA ? Posted: 01 Dec 2010 01:00 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS NAJIB akhirnya mengaku jika pemilihan Umno diadakan dalam masa terdekat ini, akan berlaku ketegangan dan kekecohan, cuma beliau yakin Umno mampu atasinya. Sebab itu beliau menangguhkan pemilihan di dalam Umno. Terbukti PKR lebih berani dari Umno. PKR berani menghadapi pemilihan walaupun memang ada berlaku sedikit kekecohan tetapi tidak satu pun yang melibatkan rasuah politik wang. Najib bimbang, jika Umno mengadakan pemilihan ini bermakna bukan sahaja berlaku kekecohan tetapi banyak wang yang akan keluar. Najib amat bimbang setelah mereka bersama media haprak menyerang PKR baru-baru ini, bila tiba masa pemilihan Umno keadaan berkali ganda lebih teruk dari PKR. Bukan Najib tidak tahu, Umno tidak boleh lahirkan pemimpin jika tidak ada wang. Ketua Pemuda Umno sendiri terpalit dengan rasuah politik. KM Melaka pun begitu. Adun Bagan Pinang, Isa Samad pun lebih kurang. Tidak mustahil muka-muka baru yang akan naik dengan wang ringgit di dalam Umno nanti. Itulah yang amat ditakuti oleh Najib. /wfauzdin.blogspot.com | |||||
SIAPA ITU ANAK-ANAK API DALAM SERKAM? Posted: 01 Dec 2010 08:37 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS SEDIKIT untuk saya mengulas apa yang ditulis oleh BatuApi di dalam blognya. Beliau mengulas tentang apa yang saya ulas terhadap tulisan seorang lagi penulis, dan akhirnya saya dan juga Penulis yang saya ulas dipanggil `anak-anak api dalam serkam' oleh BatuApi. Saya juga tidak berminat asalnya untuk membincangkan siapakah yang patut mengetuai PR atau menjadi PM jika PR berkuasa. Tulisan saya itu sekadar untuk menjawab tulisan rakan saya yang banyak memperlekehkan PKR serta mengungkit-ngungkit kisah lalu. Itu yang menyebabkan saya terasa untuk menulis. Seperti juga BatuApi yang tidak habis-habis menyebut isu UG, Anti Hadi dan sebagainya. Untuk apa? Saya faham kerana BatuApi ingin menjawab segala tuduhan tentang isu tersebut, walaupun saya merasakan isu ini sudah lama tidak dimainkan. Namun, di dalam mengulas tulisan saya itu pun BatuApi sempat selitkan pasal UG. Jadi, saya pun bertujuan begitu juga kerana saya rasa tidak manis jika kita sibuk bercerita tentang parti kita lebih layak jadi ketua, parti kita lebih banyak berjasa dan sebagainya. Tentu BatuApi pun bertujuan begitu mengapa beliau terlalu fobia dengan sesiapa jua yang menyebut UG. Jika kesemuanya ini difikirkan, tentu kita bertiga termasuk BatuApi boleh digelar `anak-anak api dalam serkam'. Tidak kah begitu?/wfauzdin.blogspot.com | |||||
TPM - NIK AZIZ SEDIA TERIMA DAP KERANA..... Posted: 01 Dec 2010 07:54 AM PST Nik Aziz sedia terima Kit Siang sebagai TPM Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia menerima pelantikan Lim Kit Siang sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan rakyat menerajui kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. Nik Aziz, yang juga menteri besar Kelantan bagaimanapun berkata pelantikan itu tidak seharusnya bercanggah dengan syarat-syarat yang termaktub dalam dasar kebangsaan negara dan Islam. "Bagi kami, kita anggap ini negara demokrasi. Jadi kita tidak boleh melihat pada satu-satu bangsa. "Apa yang penting kita mesti lihat dasar (parti yang memerintah negara)," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini.Beliau mengulas kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan Lim dilantik sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan Rakyat berkuasa. Menurut Nik Aziz, pakatan Rakyat mempunyai kelebihan kerana PAS sebagi parti Islam bertanggungjawab menegur mana-mana parti dalam gabungan itu berhubung perkara berkaitan Islam. Justeru, sebarang perbalahan jika Pakatan Rakyat melantik seorang timbalan perdana menteri bukan Islam tidak timbul. "Bagi saya, MCA dan DAP sama saja kerana kedua-dua parti tidak mempunyai elemen Islam. Tetapi DAP dalam Pakatan Rakyat ada kelebihan kerana PAS boleh tegur," katanya./Malaysiakini | |||||
PEMIMPIN UMNO INI MAHU CABAR PAS DENGAN SOALAN YANG MENYESATKAN Posted: 01 Dec 2010 01:00 AM PST OLEH: WFAUZDIN NS MAKA terserlah lagi kejahilan pemimpin Umno berkaitan agama, apabila Ketua Umno Bahagian Kota Raja iaitu Ir Kamaruzzaman Johari bangkit mengulas isu ketuanan Melayu. Apabila ramai pemimpin Umno mengulas isu tersebut, beliau pun ingin mengulas tetapi ingin nampak hebat maka dikaitkan isu ketuanan Melayu dengan Islam. Cabaran beliau kepada PAS untuk mendapat reaksi PAS di dalam isu ini ternyata mempamirkan kejahilannya. Baca kenyataan beliau di sini. Hajatnya mungkin untuk melaga-lagakan PAS dengan PKR, kerana Presiden PKR yang mula menyentuh isu ini semasa Kongres PKR baru-baru ini. Sebenarnya Ketua Umno tersebut tidak faham langsung apa yang diperkatakan oleh DS Wan Azizah, bertambah lagi beliau tidak faham apa yang terkandung di dalam Perlembagaan dan teramat jahilnya beliau tentang dasar perjuangan PAS. Apa kena mengena ketuanan Melayu dengan dasar PAS? PAS bukan dasarnya Kebangsaan, PAS dasarnya Islam dan Islam itu lebih menyeluruh melangkaui kaum. Itu beliau kena faham dahulu sebelum ingin mencabar PAS. Lebih menyesatkan lagi, beliau menyebut, "Sekiranya Pas ikhlas mempunyai agenda mahu memperjuangkan agama Islam di negara ini, mereka harus terlebih dahulu ada tanggungjawab dan peranan membela nasib orang Melayu yang beragama Islam bukannya terlibat sama dengan idealisme PKR menghumban Ketuanan Melayu," katanya (Sinar). Maksudnya, Melayu adalah penentu kepada Islam? Ertikata, Islam kena bergantung dengan kaum Melayu? Mati Melayu, maka hancurlah Islam? Di mana pemimpin Umno ini belajar saya tidak tahu. Selama 50 tahun lebih Umno berjuang untuk Melayu kununnya, tetapi di mana kedudukan Islam sekarang? Cuma sekadar diletakkan di dalam Perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi, itu sahajakah perjuangan Umno? Teramat sesat lagi menyesatkan orang yang mendakwa bahawa jika ingin lihat Islam kuat dan berdaulat, kena kuatkan kaum Melayu dahulu. Ini memberi erti Islam itu berada di bawah telapak kaki kaum Melayu, dan pandangan ini satu pandangan yang teramat jahil lagi sesat. Jika beginilah kefahaman beliau terhadap Islam, lebih baik beliau tidak perlu bercakap lagi. Kita bimbang, percakapannya nanti akan merosakkan akidahnya sendiri dan menyesatkan golongan yang jahil. Orang seperti inilah yang ahli-ahli Umno mahu angkat sebagai pemimpin mereka. Oleh yang demikian, tidak perlu PAS menjawab cabaran dari pemimpin Umno ini kerana cabaran beliau itu sendiri sudah cukup menyesatkan. Sebab itu jangan hairan mengapa PAS tidak mahu bersama Umno./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan