WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Pulau Pinang juga tunjuk minat ambil alih operasi pelabuhan neger
- Najib: PRU-13 ‘boleh jadi awal atau mungkin lewat, biasalah’
- Di mana Umno kuat, di situ Melayu merempat
Pulau Pinang juga tunjuk minat ambil alih operasi pelabuhan neger Posted: 02 Dec 2010 05:54 PM PST Pulau Pinang juga tunjuk minat ambil alih operasi pelabuhan negeri December 03, 2010 KUALA LUMPUR, 3 Dis — Kerajaan negeri Pulau Pinang juga menunjukkan minat mahu mengambil alih Penang Port Sdn Bhd (PPSB) daripada Putrajaya, yang dilaporkan menerima beberapa tawaran menguasai pelabuhan utara Semenanjung ini yang mempamerkan keuntungan sejak kebelakangan ini. The Malaysian Insider difahamkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah mengemukakan bidaan kepada pemilik PPSB - Kementerian Kewangan baru-baru ini. Turut memperlihatkan minat ialah tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Datuk Siew Ka Wai, yang kedua-duanya rapat dengan pentadbiran Najib. "Pulau Pinang sudah pun mengemukakan tawaran mendapatkan PPSB. Ia yakin bahawa boleh melakukan kerja yang lebih baik berbanding pengurusan semasa," kata sumber kerajaan negeri kepada The Malaysian Insider. PPSB memperoleh keuntungan selepas cukai sebanyak RM77.74 juta pada tahun lalu, meningkat daripada RM22.70 juta yang dicapai pada 2008 meskipun pulangan merosot kepada RM268.54 juta berbanding RM277.04 juta pada 2008. Sumber-sumber kerajaan negeri memberitahu Lim mampu membawa cukup ahli perniagaan dan pakar untuk menguruskan PPSB yang kini memerlukan dana bagi mendalamkan saluran pelabuhan itu dan memodenkan dermaga. "Lim mempunyai beberapa idea untuk menyusun semula pelabuhan dan membolehkannya beroperasi dengan lebih baik," kata sumber itu dengan mengatakan bahawa Pulau Pinang memiliki tanah pelabuhan dan perairan, dan sebenarnya mempunyai kata dalam soal menentukan siapa sebenarnya memiliki PPSB. Rakan-rakan Lim dari DAP memberitahu Parlimen pada 24 November lalu bahawa Putrajaya seharusnya tampil menjelaskan sama ada Syed Mokhtar telah membeli pengurusan PPSB, yang diterajui oleh pemimpin-pemimpin Umno, antaranya Pengerusi PPSB Datuk Seri Dr Hilmi Yahya dan pengarah urusannya Datuk Ahmad Ibnuhajar. Konglomerat Syed Mokhtar diberikan lesen penyedia rangkaian 4G baru-baru ini manakala satu lagi subsidiarinya berminat untuk mendapatkan Lebuh Raya Utara-Selatan. Bagaimanapun Syed Mokhtar berhadapan dengan saingan daripada pengendali pelabuhan Siew, tokoh industri prokerajaan yang baru-baru ini memperluaskan syarikat media Red Berry untuk menyertakan bersama akhbar tabloid The Malay Mail, Bernama TV dan akhbar harian Malaysian Reserve. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat pimpinan Lim pula merupakan pesaing kepada kerajaan pusat Barisan Nasional (BN), yang baru-baru ini melantik Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai pengerusi badan kawal selia pelabuhan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC). PPC mengeluarkan lesen kepada PPSB untuk mengendalikan pelabuhan itu yang diswastakan pada 1 Januari 1994 iaitu ketika Pulau Pinang ditadbir oleh BN. Kepimpinan pentadbiran kerajaan negeri berubah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu. Ahli Parlimen Tony Pua mengemukakan persoalan semalam berhubung pengambilalihan PPSB oleh Syed Mokhtar dan menuntut penjelasan sepenuhnya daripada kerajaan mengenai proses penswastaan. Wakil rakyat Petaling Jaya Utara ini menekankan bahawa operasi pelabuhan itu diselubungi salah guna dan penyelewengan sebagaimana disebutkan oleh Laporan Audit Negara 2009 dan akan disiasat oleh oleh Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara dalam dua minggu ini. Dengan merujuk kepada laporan spekulatif Business Times Singapura Oktober lalu, Pua berkata, jika pengambilalihan menjadi kenyataan, ia akan menjadi satu lagi tindakan bertentangan dengan banyak janji kerajaan yang mahu bertindak telus dan penuh akauntabiliti, yang dijanjikan oleh Model Ekonomi Baru (MEB) Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Pua juga menggambarkan langkah itu sebagai satu lagi proses penswastaan "ala-Dr Mahathir" dan mempersoalkan mengapa kerajaan tidak mengadakan tender terbuka bagi pembida terbaik membangunkan pelabuhan tersebut. Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang merasakan "dihina dan ditipu" apabila penyerahan Pelabuhan Pulau Pinang tidak dilakukan secara terbuka. Justeru, beliau menggesa agar Ketua Pegawai Eksekutif PPSB digantung ekoran laporan salah guna dan penyelewengn dalam operasi pelabuhan. | |||
Najib: PRU-13 ‘boleh jadi awal atau mungkin lewat, biasalah’ Posted: 02 Dec 2010 06:46 AM PST Najib: PRU-13 'boleh jadi awal atau mungkin lewat, biasalah' December 02, 2010 PHNOM PENH, 2 Dis —Sokongan rakyat kepada Barisan Nasional semakin pulih setelah kerajaan menunaikan janji-janji pilihan rayanya dan komitmen yang diberikan, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata tanda-tanda awal juga menunjukkan bahawa rakyat menerima baik pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan BN bagi memenuhi kehendak dan harapan mereka. "Apabila kita kotakan janji-janji pilihan raya dan komitmen kita, kewibawaan kita, dari kaca mata rakyat, sudah meningkat," katanya dalam ucap utama pada perhimpunan agung keenam Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia (ICAPP) di sini hari ini. Najib (gambar) , yang juga Pengerusi BN, berkata keputusan sebenar sama ada BN telah memenuhi harapan rakyat akan hanya diketahui daripada keputusan pilihan raya umum akan datang. Bercakap pada sidang akhbar kemudian apabila ditanya sama ada BN boleh merasa lega sekarang hasil daripada petanda-petanda awal itu, beliau berkata BN tidak boleh berasa lega sekarang, sebaliknya perlu bekerja lebih keras lagi. Ditanya mengenai pilihan raya umum akan datang berikutan petanda-petanda awal tersebut, Najib berkata: "Itu bukan petanda awal tapi ia (pilihan raya umum) boleh jadi awal, boleh jadi lewat... biasalah." Menjawab soalan lain, Najib berkata: "Keputusan muktamad... bila sampai masanya, boleh jadi cepat, boleh jadi lambat. Biasalah." Ketika berucap pada perhimpunan agung itu mengenai usaha BN mendapatkan balik sokongan rakyat yang terjejas semasa pilihan raya umum 2008, Perdana Menteri berkata BN perlu menunaikan segala janjinya dan perlu juga dilihat sebagai memenuhi semua keperluan rakyat. Najib berkata tugas pertamanya apabila mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada April 2009, adalah untuk melaksanakan komitmen Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan di bawah gagasan 1 Malaysia. Sejak itu, katanya, kerajaan BN telah membuka Klinik 1Malaysia bagi menyediakan bantuan dan perkhidmatan perubatan percuma kepada rakyat, dan biasiswa 1 Malaysia kepada pelajar cemerlang tanpa mengira bangsa dan agama. Katanya pelbagai skim dan program untuk meningkatkan mutu kehidupan golongan berpendapatan rendah dan bagi membasmi juga diperkenalkan. — Bernama | |||
Di mana Umno kuat, di situ Melayu merempat Posted: 02 Dec 2010 02:05 AM PST
|
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan