WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- ZAHRAIN HARUS BERTAUBAT
- Tangguh pemilihan: Najib perlu masa selesai ‘konflik’ dalaman Umno, dakwa Pakatan
- BERTEMBUNG: SEMUA RAKYAT HARUS TURUNMENYOKONG BAJU MERAH AHAD INI
- Ketuanan Melayu: PKR Bayan Baru dakwa Zahrain khianat, bukan Anwar-Azizah
Posted: 01 Dec 2010 06:24 PM PST Kenyataan Ketua Cabang Bayan Baru YB Sim Tze Tzin berkenaan kenyataan Zahrain. 1hb December 2010 Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru berasa kesal ke atas kenyataan Dato Seri Zahrain yang mendesak pingat Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Seri Dr Wan Azizah ditarik balik. KEADILAN Bayan Baru berpendapat bahawa ini adalah politik murahan Zahrain yang sekarang ini menjadi pencacai UMNO dan Barisan Nasional. Beliaulah pengkhianat besar dalam sejarah politik Malaysia. Beliau mengkhianati mandat rakyat yang diberikan kepada beliau sebagai ahli Parlimen KEADILAN dengan melompat keluar parti. Beliau mengkhianati prinsip perjuangan KEADILAN yang memperjuangkan politik pelbagai kaum dan keadilan untuk semua. Beliau mengkhianati rakyat kerana tidak lagi bekerja untuk kawasan Bayan Baru tetapi lebih ghairah mengikut Dato Seri Najib ke Amerika Syarikat. Beliau mengkhianati pingat "Dato Seri" yang dianugerahkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang berprinsipkan politik pelbagai kaum. Kalau ingin dipertikaikan kelayakan penerimaan pingat, Zahrain harus dilucutkan pingat beliau terdahulu. KEADILAN Bayan Baru walau bagaimanapun tidak ingin memperlekehkan isu pingat. Pingat penghargaan adalah hak dan kuasa Raja-Raja serta Yang Dipertua – Yang Dipertua Negeri. KEADILAN Bayan Baru ingin mengingatkan semua pemimpin UMNO-Barisan Nasional dan juga Zahrain jangan memainkan sentimen perkauman sempit. Jangan jadi jaguh kampung melaung-laungkan sentimen perkauman tetapi menggadaikan negara. KEADILAN memperjuangkan prinsip "Ketuanan Rakyat" dan Keadilan untuk Semua. "Ketuanan Melayu" adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. Mereka adalah pimpinan UMNO yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib kelompok ramai Melayu, Bumiputra Sabah dan Sarawak, India, Orang Asli dan Cina masih tetap terabai. Pakatan Rakyat akan terus berjuang membela nasib semua rakyat Malaysia yang terpinggir bukan pembesar-pembesar UMNO-BN. Zahrain harus bertaubat. Kalau beliau betul-betul memperjuangkan hak Melayu, mengapa pula lompat parti akibat tidak dapat kontrak, sedangkan ramai lagi rakyat yang susah di kawasan Parlimen Bayan Baru? Apakah program dan khidmat yang beliau lakukan kepada rakyat sejak menjadi ahli Parlimen? YB Sim Tze Tzin Ketua Cabang Bayan Baru, Parti KEADILAN |
Tangguh pemilihan: Najib perlu masa selesai ‘konflik’ dalaman Umno, dakwa Pakatan Posted: 01 Dec 2010 06:20 PM PST Tangguh pemilihan: Najib perlu masa selesai 'konflik' dalaman Umno, dakwa Pakatan December 02, 2010 Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, Najib mungkin takut hilang sokongan sebagai Presiden Umno sekiranya pemilihan secara langsung dilaksanakan seperti yang dijadualkan awal tahun depan. Ini kerana menurut beliau, dasar liberalisasi politik dan ekonomi yang diperkenalkan Najib sejak menjadi Perdana Menteri April tahun lalu seakan menggamit protes senyap daripada akar umbi Umno sendiri. "Najib sebenarnya nak pastikan bahawa selepas pilihan raya umum ke-13 nanti, beliau kekal sebagai Perdana Menteri. "Mungkin selepas beberapa dasar liberalisasi ekonomi dan politik yang dilaksanakannya sebelum ini dia (Najib berasa) sedang menerima protes dalaman Umno sendiri. Ditambah dengan karisme Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno yang dilihat tegar mempertahan kepentingan Melayu serta pernah mempersoal hala tuju gagasan "1 Malaysia" Najib sebelum ini, Mahfuz yakin bahawa pertimbangan politik Najib kian mencemaskan sekarang. "Najib mungkin bertambah cemas apabila akar umbi Umno melihat Muhyiddin sekarang lebih 'Umno' daripada Najib. "Najib menghitung semua ini sekarang kerana jika diadakan juga pemilihan (agung Umno) juga boleh menyebabkan beliau (Najib) hilang jawatan dalam parti (presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional) dan dalam kerajaan (perdana menteri)," katanya.Tambah Mahfuz, Najib sendiri mungkin yakin bahawa BN kekal mendapat mandat rakyat pada pilihan raya umum depan berdasarkan beberapa perubahan politik yang ditempuhi oleh PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Disebabkan itu, Mahfuz berkata, Najib tidak mahu dikhianati oleh Muhyiddin pada ketika rakyat menyokong Umno dan BN. "Kalau Barisan Nasional kekal memerintah selepas pilihan raya umum nanti, mungkin Najib mempunyai kekuatan politik untuk mempertahankan jawatannya (presiden Umno) dari dikhianati oleh kem Muhyiddin, bagaimana kalau Najib kalah (jika pemilihan agung Umno 2011 diadakan) sekarang. Pun begitu, sekiranya Umno dan BN ditolak rakyat nanti, mungkin Najib sendiri pasrah sekiranya akar umbi parti menolaknya pada pemilihan tersebut. "Kalau Barisan Nasional kalah pada pilihan raya umum depan, mungkin tidak masalah bagi Najib (jika hilang kepercayaan sebagai Presiden Umno)," ujar Mahfuz ketika dihubungi The Malaysian Insider. Justeru, Mahfuz menegaskan bahawa penangguhan pemilihan agung Umno 2011 demi menghadapi pilihan raya umum yang dijangka awal tahun depan, bukanlah untuk membuat persiapan jentera Umno dan BN. Naib Presiden PKR Chua Tian Chang yang lebih dikenali sebagai Tian Chua turut berpendapat bahawa Najib takut untuk menghadapi Pakatan Rakyat, khususnya PKR yang kononnya kian kecoh lagi lemah pascapemilihan peringkat cabang dan pusat baru-baru ini. "Kalau pentadbiran Najib cukup kuat, kenapa takut nak menghadapi pilihan raya umum ke-13 dalam senario mereka (Barisan Nasional) menganggap Pakatan Rakyat semakin lemah dan PKR hilang kepercayaan rakyat. "Walaupun Muhyiddin menafikan bahawa penangguhan itu tiada kaitan dengan pilihan raya umum, tafsiran yang paling kuat begitulah kerana Najib takut," ujar Tian Chua yang juga Pengarah Strategi PKR. Kata Ahli Parlimen Batu ini, penangguhan pemilihan agung Umno 2011 tersebut mungkin disebabkan Najib tidak berupaya lagi menangani konflik dalaman antara Umno dan parti-parti komponen BN yang lain. "Ketakutan kali ini ketara apabila Najib tidak lagi berupaya selesaikan konflik dalaman dalam Barisan Nasional serta memenuhi tuntutan rasis dari pertubuhan-pertubuhan tertentu, yang sebenarnya adalah daripada kalangan mereka (penyokong Umno). "Najib masih Perdana Menteri, mengetuai sebuah kerajaan yang sudah tentu mempunyai kuasa politik dalam kerajaan serta boleh menggunakan semua media arus perdana, tetapi Najib tetap takut kerana masalah dalaman Umno dan Barisan Nasional tidak diselesaikan lagi," ujar beliau. Tian Chua turut tidak menolak kemungkinan bahawa Najib takut dikhianati oleh akar umbi parti termasuk Muhyiddin sendiri jika pemilihan agung Umno 2011 diteruskan juga pada awal tahun depan. "Najib tak mahu teruskan (pemilihan agung Umno 2011) seoalah-olah memperlihatkan dia cukup takut dan tidak yakin dengan kesetiaan ahli-ahli Umno khususnya mereka yang menyokong Muhyiddin akan berpaling tadah," beliau menambah. Naib Pengerusi DAP Kebangsaan M. Kulasegaran pula (kanan) berkata, penangguhan pemilihan agung Umno 2011 itu merupakan "titik kelemahan" yang cuba diselesaikan oleh Najib. "Ini menunjukkan Perdana Menteri mengambil kesempatan pada 'titik kelemahan' yang dihadapi oleh Umno dan Barisan Nasional ketika ramai orang mempertikai pentadbiran beliau di (peringkat) pusat dan negeri-negeri yang ditadbir Barisan Nasional seperti Perak. "Beliau berasa tidak senang hati dengan membuat penangguhan (pemilihan agung Umno 2011) ini yang sekali gus menyebabkan beliau tidak mahu menghadapi musuh-musuh partinya (Pakatan Rakyat). "Waktu menjadi Perdana Menteri popularitinya 40 peratus, sepatutnya sekarang beliau lebih yakin kerana popularitinya dikatkan 80 peratus... mengapa perlu takut pada pembangkang," ujar Kulasegaran ketika dihubungi The Malaysian Insider. Menurut Ahli Parlimen Ipoh Barat itu lagi, perasaan takut itu sekali gus menggambarkan bahawa Najib sendiri tidak percaya dengan ramalan Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu BN mampu merampas satu atau dua negeri daripada Pakatan Rakyat tetapi gagal mendapatkan majoriti dua pertiga di Parlimen pada pilihan raya umum depan. "Dr Mahathir yang macam bomoh itu kata Barisan Nasional akan bertambah baik dan mampu menang, Najib nampaknya ada masalah untuk mempercayai perkara karut itu," ujarnya lagi. Jelas Kulasegaran, Najib mungkin tidak yakin dengan sokongan pengundi atas pagar yang pernah menyokong Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008 akan kembali semula kepada BN kelak. Kali pertama Majlis Tertinggi Umno menunda pemilihan parti ialah pada 1999 sebelum pilihan raya umum tahun itu. Untuk menghadapi pilihan raya umum lalu, Umno turut menangguhkan pemilihan agung parti itu. |
BERTEMBUNG: SEMUA RAKYAT HARUS TURUNMENYOKONG BAJU MERAH AHAD INI Posted: 01 Dec 2010 12:33 AM PST stana Negara menjadi tumpuan dua kumpulan anti dan pro-kerajaan Selangor yang mahu menghantarkan memorandum masing-masing kepada Yang di-Pertuan Agong Ahad ini. Bagaimanapun, angka kumpulan berbaju merah yang diketuai Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka jauh melebihi peserta perhimpunan yang menamakan diri mereka Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dengan pakaian hitam. Khalid dijadual menyerahkan memorandum dan petisyen 100,000 rakyat Selangor meminta Yang di-Pertuan Agong campurtangan menyekat kenaikan harga air sebanyak 37 peratus di negeri itu. Manakala Gaps pula mahu menyerahkan memorandum dan 'bukti penyelewengan 30 perkara' di negeri itu, antaranya berhubung isu pembelian hutang syarikat Talam Corporation, penutupan Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) dan 'kegagalan' mengutip hasil pasir seperti yang dijanjikan. Mengulas kemungkinan berlakunya pertembungan, penyelaras kempen antikenaikan harga air Selangor Badrul Amin Bahrom menyifatkan tindakan Gaps merancang berhimpun pada hari yang sama sebagai satu provokasi. "Apa yang yang kita boleh buat, menasihatkan peserta kita tidak termakan provokasi mereka. "Mereka hendak bawa, bawalah. Itu hak mereka. Cuma, kita 20,000, mereka 2,00 orang. Jadi faham-fahamlah, kita pun manusia juga," katanya yang juga pengarah komunikasi di pejabat menteri besar. Tiada permit Manakala Gaps pula dalam sidang media di Shah Alam pagi ini menegaskan "tak mahu bertembung dengan siapa-siapa". "Kalau kita berkumpul pun kita berkumpul secara aman kita bukan nak bertembung pun, kalau dia (kumpulan prokerajaan negeri) nak bersalaman (pun) tiada masalah. Kita buat kerja kita, kita maksudkan demonstrasi aman. "Gaps bukan sebuah pertubuhan politik tetapi kita rasa prihatin terhadap rakyat Selangor dianggarkan 58 peratus bangsa Melayu cuba diketepikan," jelas presidennya Hamidzun Khairuddin (gambar, tidak berikat kepala). Kumpulan berbaju merah dijadual berkumpul di Masjid Negara pada jam 12 tengah hari sebelum berarak ke Istana Negara, tidak jauh daripada tempat itu. Manakala Gaps pula akan berkumpul di Masjid Jamek setengah jam selepas itu. Laluan yang akan digunakan kedua-dia pihak setakat ini masih belum jelas. Menurut kedua-dua penganjur, mereka tidak memohon permit polis dan hanya memaklumkan kepada pihak berkuasa. Dalam perkembangan berkaitan, Gaps juga akan menyerahkan memorandum yang sama kepada Sultan Selangor Jumaat ini. |
Ketuanan Melayu: PKR Bayan Baru dakwa Zahrain khianat, bukan Anwar-Azizah Posted: 30 Nov 2010 10:21 PM PST NI SEKOQ LAGI...KATA NAK SAMAN GUAN ENG SOAL CLUB GOLF...TAPI SAMPAI LA DIAM...ORANG BAYAN BARU BAGI AMANAH KAT DIA ...DIA LOMPAT...MINTA PINGAT ..ORANG DAH BAGI...DAH KAYA RAYA....SUDAH LA.... December 01, 2010 KUALA LUMPUR, 1 Dis — Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Bayan Baru mendakwa bekas ketuanya Datuk Seri Zahrain Hashim membawa politik murahan dengan mendesak agar pingat "Datuk Seri" dikurniakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ditarik balik. "PKR Bayan Baru berpendapat bahawa ini adalah politik murahan Zahrain yang sekarang ini menjadi pencacai Umno dan Barisan Nasional (BN). Beliaulah pengkhianat besar dalam sejarah politik Malaysia," kata ketuanya, Sim Tze Tzin dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Sim, Adun Jerejak menegaskan, Zahrain yang keluar PKR awal tahun ini mngkhianati mandat rakyat yang diberikan sebagai Ahli Parlimen parti itu dengan melompat keluar parti. "Beliau mengkhianati prinsip perjuangan PKR yang memperjuangkan politik pelbagai kaum dan keadilan untuk semua. "Beliau mengkhianati rakyat kerana tidak lagi bekerja untuk kawasan Bayan Baru tetapi lebih ghairah mengikut (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) ke Amerika Syarikat. Beliau mengkhianati pingat Datuk Seri yang dianugerahkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang berprinsipkan politik pelbagai kaum. "Kalau ingin dipertikaikan kelayakan penerimaan pingat, Zahrain harus dilucutkan pingat beliau terdahulu," kata Sim. Bagaimanapun jelas Sim, PKR Bayan Baru tidak ingin memperlekehkan isu pingat kerana ia adalah penghargaan hak dan kuasa Raja-raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri. "PKR Bayan Baru ingin mengingatkan semua pemimpin Umno-BN dan juga Zahrain jangan memainkan sentimen perkauman sempit. "Jangan jadi jaguh kampung melaung-laungkan sentimen perkauman tetapi menggadai negara," kata beliau. Zahrain merupakan bekas ketua PKR Bayan Baru. Semalam, Zahrain mencabar Anwar, bekas ketuanya agar menyerahkan gelaran "Datuk Seri" jika terus-menerus menolak konsep "Ketuanan Melayu". Zahrain membuat cabaran atas alasan tindakan Anwar menolak konsep itu bersamaan dengan langkah mempertikaikan Raja-raja Melayu, yang kedaulatannya termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Wakil rakyat Bebas ini berkata jika Anwar dan orang-orangnya di PKR masih "tebal muka" untuk kekal dengan gelaran masing-masing, beliau akan memohon agar Raja-raja Melayu yang menganugerahkan gelaran dan darjah agar melucutkan. Sim juga menambah, PKR memperjuangkan prinsip "Ketuanan Rakyat" dan keadilan untuk semua. "Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. Mereka adalah pimpinan Umno yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lain. "Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib kelompok ramai Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, India, Orang Asli dan Cina masih tetap terabai. "Pakatan Rakyat akan terus berjuang membela nasib semua rakyat Malaysia yang terpinggir bukan pembesar-pembesar Umno-BN," katanya. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan