wartamaya |
- Ketuanan Melayu .. muakakak !!!
- Rindu kampung halaman .. muakakak !!!
- Kalau bukan Singapore ... siapa?
- PRU 13 serentak dengan pilihanraya Sarawak?
- Ketuanan Melayu: Siapa Tuan di Kampung Berembang?
- Tangkap ... bukan tembak tau .. wakakak !!!
Ketuanan Melayu .. muakakak !!! Posted: 14 Dec 2010 07:05 AM PST Pekerja Puncak Niaga dakwa dipecat secara tidak adil Seramai 14 daripada 17 kakitangan Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) yang dipecat kerana prestasi kerja yang didakwa lemah oleh pihak pengurusan mengadakan piket secara aman di hadapan bangunan syarikat konsesi air di Shah Alam, pagi tadi.[ lagi ] Perghh .. semangat melayu yang dipecat .. Muakakak !!! Cerai isteri .. cerai kakitangan ... wakakakka !!! |
Rindu kampung halaman .. muakakak !!! Posted: 14 Dec 2010 07:02 AM PST RPK Serang PKR: Pembangkang Tak Layak Perintah Negara PETALING JAYA: Pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang tidak sebulu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus `menyerang' parti pembangkang itu dengan menyatakannya tidak layak memerintah negara ini. Raja Petra berkata, ketika dia menegur parti itu mereka amat kecoh mendakwanya disogok oleh Umno atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Sheesh, macam ini nak memerintah negarakah?," tulis Raja Petra dalam ruangannya, No Holds Barred semalam.[ lagi ] Kritik kena terima .. Tapi kalau dapat lepak kat kedai .. makan roti canai .. perghhhh ... syoknya .. Muakakak !!! |
Kalau bukan Singapore ... siapa? Posted: 14 Dec 2010 06:59 AM PST KUALA LUMPUR, 14 Dis — Kerajaan Singapura menafikan maklumat pendedahan WikiLeaks bahawa pegawai-pegawai republik itu pernah memberikan pandangan politik yang memperlekehkan kepimpinan Malaysia termasuk Datuk Seri Najib Razak. "Mengenai aduan khusus yang dibangkitkan oleh rakyat Malaysia, dakwaan WikiLeaks (kononnya) diperkatakan oleh pegawai-pegawai Singapura tidak sepadan dengan rekod-rekod pada kami. Pertemuan yang didakwa tidak diadakan," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Singapura hari ini. Dalam kenyataan itu, jurucakap Kementerian Luar Singapura mengesahkan bahawa Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur T Jasudasen telah dipanggil oleh Menteri Luar Datuk Anifah Aman pagi ini untuk menyerahkan nota protes berhubung laporan media mengenai maklumat kabel-kabel diplomatik Jabatan Negara Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh WikiLeaks baru-baru ini.[ lagi ] Siapa yang mempermain .. siapa yang dipermain ... muakakaka !!! |
PRU 13 serentak dengan pilihanraya Sarawak? Posted: 14 Dec 2010 06:58 AM PST Pengumuman penangguhan pemilihan kedua-dua parti komponen terbesar Barisan Nasional, UMNO dan MCA telah mengundang ramalan bahawa pilihan raya umum mungkin diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak pada tahun depan. Seandainya begitu, maka percaturan strategi Perdana Menteri Najib Razak adalah untuk memecah-belahkan kekuatan Pakatan Rakyat di Sarawak, untuk mengelakkan keputusan pilihan raya Sarawak daripada mempengaruhi peratus kemenangan BN dalam PRU yang akan datang.[ lagi ] Wakakaka !!! Aku setuju .... ! |
Ketuanan Melayu: Siapa Tuan di Kampung Berembang? Posted: 14 Dec 2010 06:55 AM PST Malah saya tidak lupa kata-kata penduduk Kampung Berembang, Abdullah bin Ismail, 61, yang menjumpai cenderamata tertera "1968-1998", sebagai penghargaan terhadap sumbangannya selama 30 tahun dalam institusi kerajaan. Beliau berkongsi "kemegahannya" dengan saya yang berada di situ, sambil menoleh dan menuding jarinya ke arah serpihan rumah di belakangnya, "Sumbangan 30 tahun, dan ini dia balasannya." Sambil menahan sebak Abdullah Ismail berkata, "Saya percayalah, kalau komunis pun, dia akan bagi masa, bukan robohkan rumah awak serta-merta."[ lagi ] Cehhhh ... cakap tak serupa bikin ... muakakak !!! |
Tangkap ... bukan tembak tau .. wakakak !!! Posted: 13 Dec 2010 02:55 PM PST Polis Yahudi tangkap kanak-kanak Palestin pada waktu malam BAITULMAQDIS 13 Dis. - Polis Israel di Baitulmaqdis menjalankan kempen untuk menangkap kanak-kanak Palestin pada waktu malam dan menyoal siasat mereka tanpa kehadiran ibu bapa mereka, semata-mata kerana disyaki membaling batu ke arah polis dan pendatang haram Yahudi. Pertubuhan hak asasi manusia Israel, B'Tselem hari ini berkata, polis melanggar undang-undang dalam tindakan mereka terhadap golongan bawah umur di kawasan kediaman Silwan, Baitulmaqdis timur, di mana hubungan antara pendatang haram Yahudi dengan penduduk Palestin sangat tegang.[ lagi ] Sana tangkap, sini tembak ... HIsh .. Zionis ni tak la hebat sangat ... muakakakak !!! |
You are subscribed to email updates from wartamaya To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan