Tempayan Retak |
- Berapa harga Speaker Dewan jika mahu dibeli?
- Inilah sebab blogger pro-kerajaan menguasai hit di Alexa
- Sandiwara baru untuk tutup isu kenaikan harga barang
| Berapa harga Speaker Dewan jika mahu dibeli? Posted: 08 Dec 2010 04:15 AM PST Dewan kecoh: Enam MP digantung S Pathmawathy Usul tergempar untuk mempersoal hasrat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa diberi peluang membela diri, ditolak hari ini. Perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan 2011 pada peringkat jawatankuasa terganggu apabila Azmin Ali (PKR-Gombak) bangkit dan membentangkan usul tergempar mengikut Peraturan Dewan 18(1). Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata keputusan jawatankuasa itu belum dibentangkan di Dewan rakyat, justeru usul itu tidak perlu disegerakan. Berikutan penolakkan usul itu, semua ahli parlimen Pakatan Rakyat meninggalkan dewan dalam protes. Azmin sebelum itu membidas Pandikar Amin kerana menolak saksi, bukti dan dokumen yang membantu Anwar membela dirinya di Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Katanya, Dewan Rakyat sama-sekali tidak boleh bersetuju dengan tindakan jawatankuasa yang sengaja melanggar prosedur dan prinsip 'natural justice'. Boleh dibeli "Kalau hakim boleh dibeli, doktor boleh dibeli beri keterangan palsu, saya tidak mahu Speaker Dewan dibeli oleh Umno Barisan Nasional," kata Azmin ketika meminta penjelasan dari mengapa usulnya berhubung tindakan jawatankuasa itu ditolak. Pandikar Amin bagaimanapun menegaskan keputusannya adalah tepat kerana pihak jawatankuasa berhak untuk menolak mana-mana bukti yang dikemukakan. Kenyataan Pandikar bagaimanapun mengundang kritikan keras. "Bagaimana jawatankuasa boleh mengatakan bukti dan saksi yang akan dipanggil tidak berkaitan tanpa melihat atau mendengarnya terlebih dahulu?" soal Azmin. Dalam perkembangan yang sama, speaker sekali lagi dibidas kerana enggan berundur dan memberi laluan kepada timbalannya untuk mendengar hujah Azmin. Karpal Singh berkata Pandikar Amin tidak layak kerana beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. "Tuan Speaker harus berundur. Sekiranya tidak, maka berlakulah conflict of interest," kata Karpal. Pandikar bagaimanapun enggan berbuat demikian. Beliau sebaliknya mengarahkan sidang diteruskan tetapi tidak berjaya kerana ahli-ahli parlimen terus bertikam lidah. Enam digantung Akibatnya, Pandikar menggantung enam ahli parilimen Pakatan rakyat yang terus berdiri sehingga Dewan Rakyat bersidang semula selepas makan tengahari pada jam 2.30 petang. Mereka yang digantung itu adalah Azmin, Tian Chua (PKR-Batu), Yusmadi Yusoff (PKR-Balik Pulau), N Gobalakrishnan(PKR-Padang Serai), Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam). Minggu lalu, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dilaporkan tidak akan mendengar lagi keterangan saksi, termasuk dari Anwar dan akan membuat rumusan berdasarkan sepucuk surat penjelasan oleh firma perhubungan antarabangsa, Apco Worldwide. Kerajaan pada April lalu mendesak tindakan diambil ke atas Anwar kerana membidas slogan 'Satu Malaysia' yang diilhamkan oleh Apco, diodakwanya ditiru dari konsep 'One Israel' yang digunakan oleh perdana menteri Israel, Ehud Barak pada 1999. Pada 3 Disember lalu, ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh - yang juga anggota jawatankuasa itu berkata ahli-ahlinya diberikan sepucuk surat dari Apco bertarikh 19 Ogos dan memutuskan telah membuat rumusan mereka. Berikutan itu, beliau dan seorang lagi anggota - ahli parlimen PKR Subang Jaya bertindak meninggalkan mesyuarat dalam protes. |
| Inilah sebab blogger pro-kerajaan menguasai hit di Alexa Posted: 08 Dec 2010 03:26 AM PST Nik Aziz sakit tenat, fitnah Salmah Mat Husain KOTA BHARU, 8 Dis: "Selesai mengerjakan solat Zohor berjemaah di pejabat. Insya Allah sekejap lagi akan menghadiri majlis menandatangani perjanjian Projek Nukleus Green Valley Lojing di Langgar," tulis Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman twitter kira-kira jam 2.00 petang ini. Katanya, perjanjian itu antara Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad dengan Fresh Momentum Sdn Bhd. Sebelum ini, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yussof, menafikan khabar angin yang mendakwa Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sakit tenat. Beliau yang menghubungi HarakahDaily pagi tadi memberitahu, dakwaan itu bukan sahaja tidak benar, sebaliknya berunsur fitnah. Menurutnya, Tuan Guru Menteri Besar Kelantan hanya kepenatan selepas menghadiri majlis besar dua hari berturut-turut ditambah pula sejak pulang dari Makkah menunaikan fardu haji baru-baru ini beliau belum berehat. "Kerana itu beliau kepenatan, dakwaan mengatakan beliau ke hospital malam tadi kerana sakit tenat dan dikejarkan dengan ambulans hanya palsu semata-mata," ujarnya. Menurutnya lagi, pagi tadi Tuan Guru menunaikan solat Subuh di Masjid Pulau Melaka sebagaimana biasa. Wan Nik seterusnya berkata, beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Sulit Khas MB, Rushdi bahawa Tuan Guru ingin ke pejabat hari ini sebagaimana biasa, apa lagi dua majlis sedang menunggu beliau. "Bagaimanapun, beliau dinasihatkan supaya berehat di rumah sahaja," ujarnya. Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya orang ramai bertenang dan jangan menelan bulat-bulat khabar angin tersebut. |
| Sandiwara baru untuk tutup isu kenaikan harga barang Posted: 08 Dec 2010 03:10 AM PST KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pada Rabu mengesahkan perletakan jawatannya sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri dalam sepucuk surat yang difakskan ke pejabat Speaker, Teng Chang Khim. Surat perletakan jawatan itu dikirimkan ke pejabat Teng pada lebih kurang jam 11.20 pagi tadi. Salinan yang sama dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Badan perhubungan Ummno Selangor. Dalam perkembangan yang berkaitan, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan kepada para wartawan bahawa pihak pendakwa raya meletakkan nilai jaminan yang tinggi ke atas Khir kerana beliau adalah seorang yang ada kedudukan dalam masyarakat. "Beliau adalah seorang yang ada kedudukan dalam masyarakat dan menyandang jawatan yang tinggi dalam institusi sebab itulah pihak pendakwa meletakkan jumlah yang tinggi sebagai wang jaminan dalam kes beliau," kata Gani kepada para wartawan ketika ditemui selepas perbicaraan kes Tun Dr Ling Liong Sik, Rabu. Ketika Khir didakwa di mahkamah Isnin lalu, pihak pendakwa raya telah memohon mahkamah mengenakan RM1 juta sebagai wang jaminan. Bagaimanapun setelah mendengar hujah daripada pihak pembelaan, Mahkamah Sesyen Shah Alam membebaskan Khir dengan wang jaminan sebanyak RM750,000. Khir, 45, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sg Panjang telah didakwa membeli dua plot tanah di Seksyen 7 Shah Alam untuk membina sebuah banglo daripada Ditamas Sdn Bhd pada tahun 2007 pada harga RM3.5 juta iaitu di bawah paras harga pasaran atau semasa sedangkan Ditamas dikatakan telah membeli tanah tersebut pada harga RM6.5 juta pada Disember 2004. Khir berhadapan dengan kemungkinan dijatuhkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda jika didapati bersalah. |
| You are subscribed to email updates from Tempayan Retak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan