Khamis, 16 Disember 2010

SharpShooter

SharpShooter


Guan Eng dan TKM 1 bidas pemaju mahu roboh rumah

Posted: 16 Dec 2010 03:11 AM PST

December 16, 2010
KUALA LUMPUR, 16 Dis — Lim Guan Eng hairan dengan tindakan KL Metro Land Development Sdn Bhd yang didakwa begitu tergesa-gesa mahu meroboh rumah di Kampung Teluk Kumbar, Pulau Pinang tanpa perundingan susulan dengan penduduk terbabit.

Bahkan, pemaju turut dipersoal kerana memaksa, mengancam dan mengugut penduduk terbabit supaya berpindah keluar dari kampung tersebut tanpa meneruskan jalan perbincangan yang baik.

"Usaha meroboh rumah Kampung Teluk Kumbar oleh pemilik tanah KL Metro Land Development menimbulkan soalan sama ada ia adalah syarikat pemaju yang tulen dan bukannya bermotif lain untuk sengaja mahu menyusahkan rakyat dan kerajaan negeri.

"Syarikat pemaju masih beria-ria nak teruskan tindakan dan menakutkan penduduk akan datang minggu depan. Adakah ini tingkah laku seorang peniaga yang waras?" kata Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kelmarin, Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang memberi amaran kepada pemaju KL Metro supaya tidak mengambil tindakan meroboh rumah-rumah di Kampung Pekan Teluk Kumbar kerana ia masih dalam proses rundingan.

Kata beliau, kerajaan negeri bersedia untuk mewakili penduduk kampung tersebut untuk berbincang dengan pemaju.

"Berikutan desas-desus yang menyatakan pemaju akan meroboh kampung tersebut pada Isnin depan, kami ingin memberi amaran kepada pemaju supaya jangan bertindak untuk meroboh kampung tersebut kerana ianya masih dalam proses rundingan," katanya.

Beliau berkata pihaknya berharap masalah yang membabitkan 15 keluarga di atas tanah seluas lebih kurang empat hektar (10 ekar) itu dapat diselesaikan sebelum akhir Januari tahun depan.

"Kami ingin mengadakan perbincangan dengan pemaju bagi menyelesaikan masalah tersebut," katanya.

Pada 12 November lalu, kesemua penduduk telah mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah keputusan pemaju setelah Mahkamah Tinggi mengeluarkan notis pengosongan kediaman tersebut berkuat kuasa 1 November bagi memberi laluan kepada projek pembinaan hotel.

Bercakap di depan 50 penduduk terbabit di Komtar semalam, Lim turut mempersoal kedegilan pemaju yang tergesa-gesa mahu tanah tersebut dikosongkan tersebut walaupun setelah dinasihat oleh kerajaan negeri serta masih tidak mendapatkan pelan kebenaran merancang pembangunan daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sejak setahun yang lalu.

Walaupun pemaju telah mengumumkan rancangan membina hotel di kawasan tersebut sebelum ini, kata Lim, pengumuman tersebut adalah tidak memadai untuk mengusir penduduk terbabit.

"Tidakkah syarikat ini bimbang bahawa permohonan mereka berkemungkinan tidak akan diluluskan sekiranya ia terus berdegil tidak pedulikan kerajaan negeri.

"Sekiranya syarikat ini mahu teruskan pembangunan, maka ia harus dapat pelan kebenaran merancang dan adalah jelas bahawa tidak ada sebarang pelan kebenaran merancang diluluskan oleh MPPP," ujarnya.

Lim yang juga Setiausaha DAP Kebangsaan berkata, walaupun pemaju itu mendapat perintah mahkamah, mereka juga mendapat kebenaran MPPP untuk merobohkan kediaman-kediaman di kampung tersebut.

Sehubungan itu Lim berkata, pihaknya bersedia menunggu Pengerusi KL Metro Datuk Mat Hassan Esa untuk datang berjumpa dan membincangkan perkara ini dengan kerajaan negeri.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Cadang heret Speaker ke mahkamah

Posted: 16 Dec 2010 02:49 AM PST



KUALA LUMPUR,16 Dis: Pakatan Rakyat hari ini sekali lagi membantah keras keputusan Speaker meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi ahli Parlimen daripada menghadiri persidangan selama enam bulan.

Usul itu diluluskan tanpa bahas selepas berlaku kekecohan.

Anwar berkata, bantahan itu ekoran sikap berat sebelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang dipengerusikan sendiri oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak memberi peluang kepada beliau untuk membela diri.

Tiga lagi ahli Parlimen yang digantung termasuk Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Sivarasa Rasiah (PKR-Subang).

"Kita saksikan tadi cara Speaker mengendalikan sidang. Usul Bukit Gelugor agar speaker berundur kerana percanggahan kedudukan beliau dalam beberapa contoh termasuk pencelaan kepada Bukit Gelugor kerana dibuat secara langsung pertelagahan dalam mesyuarat di antara Bukit Gelugor dan Speaker.

"Tidak wajar Speaker yang buat laporan,dia yang siasat dan dia yang hukum.Dia enggan ambil keputusan yang tegas dalam hal ini maka kita juga enggan teruskan. Bagaimanapun dalam sidang tadi saya bangun untuk meneruskan ucapan tapi dia kata tak ada orang nak berucap.

"Jadi sebenarnya saya nampak dia begitu bias. Jadi kita ambil pendirian keluar membantah proses ini kerana tidak ada keadilan dan cara Umno BN yang begitu ganas dan rakus menjalankan kuasa,memperolokkan proses dan menghina Parlimen," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga berkata, Pakatan Rakyat akan membincangkan langkah seterusnya yang akan diambil berhubung perkara itu.

"Ini pendirian kita setakat ini dan kita dalam Pakatan akan bincang langkah seterusnya," katanya.

Karpal Singh pula bertegas akan membawa perkara itu ke mahkamah dengan merujuk Pandikar sendiri.

"Kita tidak mahu beliau terlepas dari perkara ini untuk masa depan. Counter productive to BN," katanya yang juga Pengerusi DAP.

Speaker terima arahan menteri

Sementara itu, Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok), berkata, Pandikar harus berundur dari mempengerusikan dewan kerana sudah hilang kelayakan.

Ini tegasnya jelas terbukti apabila Pandikar menerima arahan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz untuk membuat keputusan.

"Jelas sebelum kita keluar tadi kita melihat bagaimana speaker menerima arahan daripada menteri.Kita lihat pertukaran nota berlaku dari meja menteri kepada speaker dan di sini jelas menunjukkan speaker kita bukanlah seorang individu yang bebas membuat keputusan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang ataupun peraturan mesyuarat.

"Di sini mengiyakan lagi bahawa apa yang berlaku hari ini ialah speaker gagal untuk melaksanakan tugasnya daripada awal minggu hingga hujung minggu ini kerana arahan yang diterima daripada Barisan Nasional," katanya yang juga Timbalan Presiden PAS.

Sehubungan itu tegasnya, integriti Pandikar sebagai Speaker sudah hilang dan beliau harus berundur.

"Beliau sebenarnya tidak layak lagi mempengerusikan mesyuarat dalam Parlimen kerana hilang kayakan dari segi integriti, kebebasan beliau sebagai Speaker," katanya.

Ujarnya juga, Parlimen juga telah menjadi seperti institusi-institusi lain yang dipersoalkan integritinya.

"Sudahlah institusi yang lain menjadi isu,satu lagi institusi yang menjadi tunggak demokrasi dalam negara kita sekali lagi dicengkam oleh pihak pemerintah.Ini menunjukkan negara kita menjunam dari segi amalan demokrasi," katanya.

Sebelum itu, dewan kecoh apabila berlaku pertikaman lidah di antara ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan Pandikar yang enggan berganjak daripada keputusannya tidak membenarkan Anwar membela diri.

Kekecohan hampir sejam itu menyebabkan ahli Parlimen Pakatan bertindak keluar dewan beramai-ramai sebagai tanda protes.

Sivarasa dan Azmin digantung kerana didakwa membuat kenyataan di luar dewan berhubung prosiding jawatankuasa berkenaan.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Dewan kecoh usul gantung Anwar

Posted: 16 Dec 2010 02:26 AM PST



KUALA LUMPUR, 16 Dis: Perbahasan usul penggantungan Anwar selama 6 bulan, sedang berlangsung di Dewan Rakyat.

10.00 am: MP Shah Alam, Khalid Samad bangun mengemukakan usul projek sakit, Hospital Shah Alam lambat siap, sehingga menyebabkan seorang pesakit terpaksa menangguh rawatan dan pergi hospital lain.

10.15 am: Speaker, Tan Sri Pandikar Amin tolak usul Shah Alam dan mahu teruskan untuk bahas usul gantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

10.30 am: MP Pakatan Rakyat bagaimanapun dibantah oleh MP PR termasuk Sivarasa Rasiah, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Kamarudin Jaffar dan Yusmadi.

Mereka masing-masing mempertikai tindakan Speaker dan menyatakan Speaker salah dalam menafsirkan, peruntukan 83 (1) peraturan mesyuarat.

Akibat bantahan itu, kekecohan terus berlaku antara MP Pakatan Rakyat dengan wakil rakyat kerajaan.

11.00 am: Dalam suasana kecoh, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bangun membaca usul untuk menggantung Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk dibahaskan.

Usul yang dibaca Nazri hanya sayup kedengaran dicelah suara kekecohan yang tidak terkawal oleh Speaker.

11.15 am: MP Rembau, Khairy Jamaludin, bagun untuk bahas, selepas Nazri pergi ketempat Khairy, namun terus dibantah MP Pakatan Rakyat.

MP Pakatan Rakyat memberi alasan Speaker belum buat rulling terhadap dakwaan salah prosedur terhadap beberapa peraturan mesyuarat.

Mereka juga mendesak Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berundur, kerana didakwa gagal menjalankan tanggungjawab dan mengawal keadaan.

11.20 am: Speaker bagaimanapun cuba meneruskan membaca perbahasan, dan mengugut akan nama Ahli Parlimen yang tidak mendengar arahan Speker untuk digantung.

11.25 am: Tidak berpuas hati dengan tindakan itu, semua MP Pakatan Rakyat diketuai Anwar, keluar dewan dan mengadakan sidang media di lobi parlimen.

11.30 am: Datuk Nazri Aziz kemudian mengemuka usul kedua, iaitu untuk menggantung tiga lagi Ahli Parlimen iaitu, Bukit Gelugor, Subang dan Gombak.

11.40 am: Dalam keadaan MP PR sedang mengadakan sidang media, Ahli Parlimen BN kini sedang berbahas sesama sendiri.

Dalam kenyataan sebelum ini, PAS membantah syor pihak tertentu untuk menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jika keptusan penggantungan itu dilaksanakan, bermakna satu lagi tragedi hitam akan terpahat dalam demokrasi negara.

"Jika benar penggantungan ini akhirnya dilaksanakan, ianya adalah merupakan satu tragedi demokrasi di negara kita.

"Keadaan ini terjadi dalam keadaan pemimpin negara melaungkan hasrat untuk mengangkat kedudukan Parlimen Malaysia ke taraf antarabangsa, tetapi pihak yang sama juga terlibat dalam meruntuhkan institusi yang mewakili rakyat dalam negara kita ini," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, lebih malang apabila Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dinafikan hak untuk membela diri.

"Penafian hak ke atas Datuk Seri Anwar untuk membela diri dalam isu ini, merupakan satu kesilapan besar dan menyerlahkan kepada umum kejahilan yang memalukan pihak yang terlibat dalam proses menjatuhkan hukuman," kata Ahli Parlimen Marang itu lagi.

Apa yang berlaku hingga kini katanya, kerajaan bukan sahaja gagal memberikan hujah balas, tetapi juga gagal mengemukakan apa-apa jawapan yang meyakinkan terhadap isu dibangkitkan Anwar sebelum ini.

"Sikap hanya bergantung kepada sekeping surat dari pihak yang berkepentingan tentunya bukan satu tindakan yang adil," tambahnya lagi.

Menurut Islam, katanya, setiap pihak yang dituduh, wajib diberi hak membela diri.

Malah di zaman Rasulullah SAW sendiri, ujarnya sudah adanya pemisahan kuasa di antara eksekutif, legaslatif dan kehakiman.

"Apabila suatu peristiwa yang melibatkan Rasulullah SAW sendiri, penyelesaian kes masih diserahkan kepada hakim untuk dibicarakan dengan adil, walaupun Rasulullah SAW adalah pemimpin ulung ummah," katanya.

Sehubungan itu, PAS tegasnya mahu kesilapan yang sedang berlaku dalam kes Anwar ini diperbetulkan segera.

"PAS ingin mempertegaskan bahawa kami bersama Pakatan Rakyat adalah secara konsisten menyertai sistem demokrasi dalam usaha membangunkan negara.

"Namun jika komitmen kami ini gagal dihormati, malah pihak pimpinan Barisan Nasional sengaja menutup pintu demokrasi ini, kita tidak mampu memberi jaminan bahawa rakyat akan terus bersama dapat menghormati sistem ini," tegasnya.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Guan Eng jawab cabaran Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia

Posted: 15 Dec 2010 04:44 PM PST

Kontraktor Melayu dapat 100% daripada nilai projek JPS dan 98% daripada nilai projek JKR yang di bawah peruntukan kerajaan negeri. Projek JPS dan JKR di bawah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

TENDER YANG TELAH DILULUSKAN OLEH JAWATANKUASA TENDER JPS

BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2010






Kontraktor Bumiputera

Kontraktor Bukan Bumiputera

Jumlah

Jumlah (RM)

40,944,933.80

0

40,944,933.80

% Dari Segi Nilai

100%

0

100%

Jumlah Bilangan

18

0

18

Jumlah Bilangan (%)

100%

0%

100%

TENDER YANG TELAH DILULUSKAN OLEH JAWATANKUASA TENDER JKR DARI 1 JANUARI 2008 HINGGA 30 NOVEMBER 2010 (KERAJAAN NEGERI)


Kontraktor Melayu

Jumlah

Jumlah (RM)

20,407,640.94

20,814,640.94

% Dari Segi Nilai

98%

100%

Jumlah Bilangan

16

17

% Bilangan

94%

100%

Ini dengan sekaligus mematahkan fitnah jahat pemimpin UMNO dan juga sekutu UMNO seperti Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang (PKMM), Datuk Mohamed Fadzill Hassan. Datuk Mohamad telah mendakwa kenyataan saya bahawa 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri dimenangi kontraktor bumiputera tidak benar dan tidak mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil.

Datuk Mohamad Fadzill telah mencabar saya mendedahkan secara nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera kerana nilainya mungkin jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan habuan kontrak yang diterima kontraktor bukan bumiputera.

Angka sedemikian dengan sendirinya membuktikan bahawa kontraktor UMNO seperti Datuk Mohamad Fadzil hasad dengki dan marah terhadap kerajaan negeri PR semata-mata kerana mereka tidak memenangi kontrak seperti yang dulu. Atas kepentingan politik sempit UMNO dan BN, mereka sedia menabur fitnah kerana tidak dapat kontrak dulu sebagai kroni UMNO. Kalau Datuk Mohamad seorang beriman, maka lebih baik beliau meminta maaf dan menarik balik fitnah kepada kerajaan negeri PR Pulau Pinang.

Urustadbir CAT yang cekap akauntable dan telus telah berjaya memartabatkan kontraktor Melayu dengan sistem tender terbuka. Urustadbir CAT dan sistem tender terbuka telah membuktikan bahawa kontraktor Melayu memang berdaya saing secara terbuka. Yang tak mampu saing hanya kontraktor UMNO yang lembik, dayus dan bodoh sehingga terpaksa bergantung kepada kabel politik UMNO dan hidup sebagai kontraktor kroni.Ini telah menyebabkan banyak projek kerajaan bermasalah sebelum ini. Demi mengelakkan projek kerajaan negeri bermasalah kerana terbabit dengan kontraktor kroni UMNO, maka arahan telah dikeluarkan kepada semua jabatan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memantau dengan teliti dan rapi sekiranya kontraktor UMNO ini membida projek.

Saya ingin menasihatkan Datuk Mohamad Fadzil supaya janganlah berpura-pura sebagai kontraktor kalau lebih berminat jadi orang politik yang sentiasa serang kerajaan negeri Pulau Pinang. Adalah lebih baik beliau letak jawatan sebagai YDP Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang dan bertanding dalam pilihanraya besar kalau nak jadi orang politik.

Sekiranya Datuk Mohamad tidak mahu letak jawatan, beliau harus mengakui salah dan meminta maaf kepada kerajaan negeri PR Pulau Pinang kerana menabur fitnah yang tidak berasas. Macam mana kerajaan negeri boleh bekerjasama dengan persatuan sedemikian yang dipimpin oleh seorang kroni UMNO yang begitu tebal sekali yang menabur fitnah melulu?

Sebelum ini saya telah menyatakan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang menjadi amalan kerajaan negeri terbukti apabila kira 70 peratus bidaan kontrak di Pulau Pinang berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu. Utusan Malaysia dan pemimpin rasis BN sering menggambarkan beliau sebagai anti-Melayu sedangkan kerajaan negeri pimpinannya memartabatkan usahawan bumiputera yang berkebolehan dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-Perolehan.

Sudah sampai masanya kita jangan lihat daripada sudut perkauman tetapi professionalism dan kemampuan yang boleh martabatkan kita semua.

LIM GUAN ENG

Sebelum itu, Lim Guan Eng dicabar mendedahkan secara terperinci nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera dan bukan bumiputera bagi membuktikan kepimpinannya benar-benar telus dalam mengagihkan projek kerajaan negeri.

Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohamed Fadzill Hassan menegaskan, kenyataan Guan Eng bahawa 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri dimenangi kontraktor bumiputera tidak mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil.

Ini kerana, kata beliau, sebanyak mana pun kontrak yang diterima kontraktor bumiputera, nilainya mungkin jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan habuan kontrak yang diterima kontraktor bukan bumiputera.

''Kalau Guan Eng mahu membuktikan sesuatu dengan menyatakan peratusan besar projek yang diterima kontraktor bumiputera, sila nyatakan sekali nilai projek yang diperolehi supaya orang ramai mendapat gambaran sebenar pengagihan projek yang dibuat.

''Tiada guna mengutarakan peratusan kononnya orang Melayu dapat banyak projek sedangkan nilainya mungkin tidak sebesar mana, perlu juga didedahkan siapa kontraktor bumiputera yang mendapat projek-projek kerajaan negeri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guan Eng dalam kenyataannya kepada portal berita propembangkang Malaysiakini hari ini menyatakan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang menjadi amalan kerajaan negeri terbukti apabila lebih 70 peratus bidaan kontrak di Pulau Pinang berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu.

Guan Eng dipetik sebagai berkata, UMNO melalui lidahnya, Utusan Malaysia sering menggambarkan beliau sebagai anti-Melayu sedangkan kerajaan negeri pimpinannya memartabatkan usahawan bumiputera dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-Perolehan.

Mohamed Fadzill yang juga Yang Dipertua PKMM Pulau Pinang berkata, tiada gunanya Guan Eng memberikan statistik dalam bentuk peratus jika ia hanya projek-projek mini kepada kontraktor kelas F yang hampir 100 peratus dimiliki bumiputera.

''Kita sudah nyatakan sebelum ini, kalau Guan Eng ikhlas, kita minta beliau dedahkan nilai serta siapa kontraktor bumiputera yang mendapat projek berkenaan tetapi sehingga hari ini kerajaan negeri tidak dedahkan.

''Kerajaan negeri menggambarkan kontraktor bukan bumiputera memperoleh tender yang sedikit tetapi ia benar dari segi peratusan tapi kita juga mahu tahu nilai projek yang mereka perolehi, barulah kita dapat gambaran sebenar," katanya.

Malah katanya, kontraktor bukan bumiputera juga mendapat faedah daripada projek yang ditawarkan kepada kontraktor Melayu memandangkan pasaran bahan-bahan binaan seperti simen, pasir dan besi didominasi oleh mereka.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Video Panas - 3 MP digantung

Posted: 15 Dec 2010 04:12 PM PST




Dewan Rakyat sekali lagi gempar apabila tiga lagi ahli parlimen Pakatan Rakyat diusul untuk digantung selepas didakwa menghina dewan.

Satu usul untuk menggantung tiga wakil rakyat berkenaan atas dakwaan menghina dewan tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini. Keputusan itu, bagaimanapun didakwa dilakukan tanpa mengemukakan notis tujuh hari. parliament pandikar amin anwar ibrahim lim kit siang dap pkr pc 121108 07

Ia dibuat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi tadi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz membuat usul berkenaan terhadap Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R Sivarasa (PKR-Subang).

Azmin yang ditemui media di lobi parlimen berkata keputusan Speaker berubah dalam masa satu hari untuk menggantung ahli parlimen Pakatan Rakyat. "Semalam mereka mahu menggantung ahli parlimen Permatang Pauh dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Tapi dalam masa satu hari keputusan diubah di mana saya, Sivarasa dan Karpal Singh akan digantung enam bulan bermula esok. "Jadi saya mahu tanya Speaker peraturan mana yang digunakan ke atas kami kerana saya tidak diberikan notis," katanya. NONE

Menurut Azmin, berdasarkan Peraturan Mesyuarat 27, dewan perlu memberi notis tujuh hari sebelum tindakan menggantung mana-mana ahli dewan. "Ini tidak dilakukan kerana nama saya tidak ada di situ semalam. "Kecuali Speaker setuju dengan usul menteri. Itu yang kita mahu tahu daripada Speaker atas dasar apa beliau setuju dengan menteri," katanya.

Azmin berkata ahli parlimen yang digantung, sekurang-kurangnya dibenarkan untuk merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk membenarkan beliau mempertahankan diri. "Beliau (speaker) terus berkata saya telah membuat keputusan.

Anda tidak ada hak menentang," katanya. Azmin, pagi tadi diarahkan keluar dewan sehingga jam 2.30 petang. Karpal Singh dan Sivarasa, adalah ahli Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Mereka didakwa menghina dewan selepas membuat kenyataan di luar parlimen berhubung prosiding jawatankuasa itu pada 3 Disember lalu.

NONEKedua-dua mereka didakwa telah mendedahkan keterangan dan surat Apco semasa berlangsungnya mesyuarat jawatankuasa. Tindakan itu dikatakan menyalahi Peraturan Mesyuarat 85, apabila menyatakan bahawa kenyataan dan surat yang diberikan kepada ahli jawatankuasa itu tidak boleh disiarkan kepada sesiapa sehingga notis itu dibentangkan di Dewan Rakyat.

Sementara Azmin pula, dalam notis bertarikh 6 Disember di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), didakwa telah menyentuh keterangan dan surat Apco yang telah diserahkan kepada jawatankuasa itu. NONETindakan ketiga-tiga, mereka itu dikatakan melanggari hak keistimewaan mereka sebagai ahli parlimen dan menghina dewan, katanya.

Usul menghina dewan ke atas ketiga-tiga ahli parlimen tersebut dikatakan berkaitan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihadapkan ke jawatankuasa itu selepas mendakwa kempen 1Malaysia mempunyai persamaan dengan 'One Israel' melalui syarikat perundingnya, Apco Worldwide.

Jawatankuasa itu telah membentangkan keputusannya di Dewan Rakyat dan mencadangkan Anwar digantung daripada Parlimen selama enam bulan.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Isu Altantuya - Mengapa Najib tidak berani menyaman akhbar?

Posted: 15 Dec 2010 03:32 PM PST

WikiLeaks - Najib diibarat telur di hujung tanduk kerana dakwaan pembabitannya dengan pembunuhan wanita Mongolia itu.

Peter Ho menganggap politik Najib terus dibayangi skandal pembunuhan kejam tersebut dan sebagai seorang opportunis beliau tidak akan teragak-agak mengambil pendirian kritikal terhadap Singapura jika keadaan mendesak beliau berbuat demikian.

Laporan media luar tentang Altantuya: Akhbar Perancis - Liberation

Timbalan Perdana Menteri Najib Razak pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Razak Baginda.

Najib pernah bergambar bersama pasangan kekasih itu yang sekali gus menidakkan penafian timbalan perdana menteri itu kononnya beliau tidak mengenali Altantuya.

Malah Najib pernah bersumpah tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.

Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersekongkol dengan anggota polis berkenaan, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut dalam keputusan yang dipertikaikan oleh pelbagai pihak.

Wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.

Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan sebelum mayatnya dibungkus dalam beg plastik hitam.

Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.

Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.

Laporan Akhbar Perancis, Nik Aziz Gesa Najib Bersihkan Tuduhan

Pendedahan dibuat akhbar Peranchis, Liberation yang membuat tohmahan membabitkan bakal Presiden Umno Dato' Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaaribu perlu dibersihkan kerana dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia .

"Jadi dalam kes Najib itu, apabila dituduh begitu hebat, dia senyap, maka amat sukar bagi rakyat untuk membersihkan diri bakal Perdana Menteri itu.Oleh itu beliau mesti membersihkan dirinya.

Mengapa Najib tidak mahu Saman Isu Altantuya, Najib Rahsiakan Sesuatu?

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali menyokong cadangan Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar agar Majlis Raja-raja menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi memulihkan nama baik negara.

Kata Mustafa Ali, cadangan itu wajar kerana nama negara kini kian tercemar akibat laporan media antarabangsa yang melibatkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Walaupun sebelum ini terdapat desakan oleh pelbagai pihak agar Najib atau kerajaan Malaysia menyaman akhbar-akhbar asing yang membuat laporan itu.

Namun kata Mustafa, Najib atau kerajaan masih terus berdiam diri, dan hanya membuat penafian sahaja.

"Penubuhan suruhanjaya ini wajar kerana sebelum naik jadi PM lagi, Najib memiliki 'bagage' yang sarat dengan isu-isu yang dikaitkan dengannya,"

Beliau juga melihat, semacam ada kebimbangan atau rahsia yang disimpan apabila Najib enggan menyaman akhbar asing berhubung tuduhan ke atas Perdana Menteri itu.

Malah beliau juga melahirkan persoalan samada ada perkara yang disembunyikan agar tidak terdedah berikutan keenganan Najib atau kerajaan membersihkan namanya dengan landasan undang-undang.

"Najib atau kerajaan boleh memanggil kedutaan negara-negara yang mana akhbar mereka melaporkan isu tersebut untuk meminta kerjasama memberi penjelasan," katanya.

Namun hingga kini, tindakan tersebut juga gagal dilakukan Najib hingga pelbagai persepsi atau spekulasi yang timbul kerana kegagalan itu.

Anwar Cabar Najib Minta Singapura Dedahkan Maklumat Pembunuhan Altantuya

"Bukan saya yang cakap Datuk Najib terlibat dalam pembunuhan tapi kerajaan Singapura yang berkata. Jadi kalau Najib kata dia tidak terbabit langsung saya cabar dia minta kerajaan Singapura dedahkan maklumat yang mereka ada mengenai pembunuhan Altantuya.

"Najib takut didakwa kemudian hari sebab itu di takut kehilangan Putrajaya. Pemimpin Umno-BN semuanya takut kalau Anwar jadi Perdana Menteri semua rahsia rasuah dan bagaimana mereka bolot kekayaan secara haram akan saya bongkarkan. Saya tahu banyak rahsia mereka jadi saya beri amaran jangan cabar saya (mendedahkannya),"

Altantuya: Najib Perlu Perjelas Laporan WikiLeaks

Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan penjelasan mengenai laporan portal Wikileaks yang mendakwa beliau terlibat dalam skandal pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

"Pelbagai dakwaan yang dibuat ini sangat penting kerana membabitkan Perdana Menteri semasa bukan bekas Perdana Menteri. Ini akan memberikan satu kesan kepada ekonomi negara kita.

"Menteri tidak boleh bersikap tidak endah terhadap laporan Wikileaks sedangkan media dalam negara kita mengendahkan laporan wikileaks dengan memuatkan hal-hal berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim tapi Perdana Menteri kata perkara yang berkaitan beliau itu tidak perlu diendahkan,"

Kalau Najib tak ada kaitan atau salah, ni caranya: Anwar Akan Saman Akhbar, Dr Mahathir

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi arahan kepada peguamnya bagi mengemukakan saman ke atas beberapa akhbar dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan dakwaan salah lapor berhubung pendedahan WikiLeaks.

Tetapi mengapa hingga ke hari ini, Najib tidak pernah menafikannya malah tidak pernah menyaman mana-mana akhbar yang menuduhnya terlibat dengan penglibatan Altantuya?

Malah Raja Petra pernah menuduh suami puakanya rosmah berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh. Mengapa suami puaka najib, Rosmah juga tidak berani menyaman Raka Petra?

Benarkah najib dan suami puakanya rosmah terlibat? orang umno yang bangang dari dulu ini dan selamanya amat percaya najib dan suami puakanya tidak terlibat setelah bersumpah. Memang mudah perdayakan orang umno hanya dengan bersumpah. :-D

Siapa arah bunuh Altantuya? mengapa sirul dan azilah c4 kan Altantuya? Sebab apa Altantuya dibunuh? Mengapa mahkamah tidak umum motif pembunuhan Altantuya?

Malah anak muda paling lantang dan berani bernama Chegubard telah menerbitkan sebuah buku bertajuk Di sebalik misteri pembunuhan Altantuya. Chegubard menjual buku in secara terbuka di setiap ceramahnya.

Mengapa Chegubard yang sudah 4 kali ditahan kerana buku ini dan rumahnya digeledah tetapi hingga kini Chegubard tidak pernah didakwa di atas penerbitan buku ini? Tidakkah pelik namanya? ya menang pelik tetapi benar.

Chegubard dalam ceramahnya selalu sebut "sey kalau tak sobut citor Altantuya, nanti sey balik gatal-gatal satu badan.."

Begitulah stail Chegubard satu-satunya anak muda yang begitu lantang dan berani menbongkar di sebalik misteri pembunuhan Altantuya.

Utusan meloya memang padam pendedahan wikileaks tentang isu najib dan Altantuya. Sian Melayu dari dulu kini dan selamanya diperbodohkan oleh utusan meloya dan tv3 suku.

Jadi kesimpulannya dan sifirnya mudah. Berani kerana benar, takut kerana salah. Beranikah najib dan suami puakanya rosmah menyaman akhbar? lu fikirlah sendiri....


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

SPRM tutup kes TG Nik Aziz dan menantu

Posted: 15 Dec 2010 03:05 PM PST

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup dua kes berprofil tinggi melibatkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menantunya yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.

Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil berkata, kedua-dua kes itu berhubung dakwaan yang Nik Abdul Aziz menerima wang tajaan RM65,000 untuk mengerjakan haji dan pelantikan Abdul Ariffahmi sebagai CEO PMBK.

Menurutnya, pejabat Peguam Negara (AG) telah meneliti laporan siasatan yang dijalankan SPRM dan berpendapat bahawa pelantikan Abdul Ariffahmi sebagai CEO PMBK (ditukar dari ketua pegawai operasi kepada CEO) lebih kepada pertukaran nama jawatan.

Jelasnya, berdasarkan enakmen PMBK, menteri besar mempunyai kuasa penuh untuk melantik pegawai dan kakitangannya.

"SPRM juga meneliti laporan siasatan terhadap Nik Abdul Aziz yang dikatakan menerima suapan berupa pakej mengerjakan haji pada 2009 bernilai RM65,000 daripada pemilik sebuah syarikat.

"Selepas siasatan dijalankan dan diteliti oleh AG, diputuskan tiada sebarang tuduhan boleh dibuat kerana berdasarkan keterangan yang diperolehi, Nik Abdul Aziz tidak pernah meminta pembiayaan kos mengerjakan haji tersebut.

"Perjalanan untuk mengerjakan haji juga tidak dilaksanakan dan oleh yang demikian, kedua-dua kes berprofil tinggi melibatkan Menteri Besar Kelantan itu dan menantunya ditutup," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau dan beberapa Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM mengadakan mesyuarat di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Jalan Duta di sini.

SPRM pada hujung tahun lalu membuka kertas siasatan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam PMBK membabitkan Abdul Ariffahmi, sementara Nik Abdul Aziz pula disiasat atas pengakuannya bahawa beliau dan keluarga menerima tajaan haji bernilai RM65,000.

Dalam pada itu, Hadenan memberitahu bahawa SPRM turut menutup kes penyelewengan kuasa dan rasuah ke atas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong.

Ka Siong dikatakan gagal mengisytiharkan dirinya sebagai pengarah dan mempunyai pegangan saham dalam sebuah syarikat perunding.

"Hasil siasatan SPRM dan penelitian AG, tiada pendakwaan dibuat kerana Ka Siong telah melepaskan semua jawatannya sebagai pengarah dalam syarikat berkenaan.

"Beliau (Ka Siong) juga telah mengisytiharkan segala hartanya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Sharpshooter - Pemimpin di Malaysia yang paling sharpshooter hormati dan sanjungi dan wajar menjadi ikutan dan contoh teladan pemimpin lain adalah Tuan Guru Nik Aziz. Terlalu sukar mencari pemimpin seperti Tuan Guru Nik Aziz.

Bila teringat zahid mat arip yang sanggup dan tergamak memaki hamun Tuan Guru Nik Aziz hanya kerana politik dan duit, memang patutlah beliau pernah diludah oleh rakyat di pasar malam.


Alhamdulillah....Manusia merancang...Allah juga merancang...Sebaik-baik perancangan adalan perancangan Allah....TAKBIR...



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: