SharpShooter |
| Posted: 09 Dec 2010 11:19 PM PST Assalamualaikum, Salam Maal Hijrah pada seluruh umat Islam didunia.. Dikala kita melepasi hari pertama tahun baru dengan penuh kesyukuran, masih ada yang masih sugul dan bingung tatkala masalah yang manusia timbulkan.Tarikh 26 Mei 2005 dan 30 November 2006 merupakan tarikh keramat buat mereka yang caknakan suburnya Islam di Malaysia. Dua peristiwa yang takkan dilupakan penduduk Kg. Bujal, Kemaman dan Kg. Berembang, Ampang : Surau kampung mereka dirobohkan. Atas alasan-alasan yang nampak seperti diadakan, kerja-kerja pembantaian tetap dijalankan oleh PBT bahkan ditolong oleh pihak polis. Saya berbangga dengan penduduk kedua-dua kampung tersebut yang bermati-matian mempertahankan rumah Allah dari dizalimi tangan-tangan kotor rejim pemerintah. Mahasiswa turut sama menyatakan pendirian dan mengerahkan keringat menjadi benteng terakhir rumah Allah tersebut. Bahkan Presiden GAMIS ketika itu, Tarmizi Mohd Din antara sosok paling hadapan membawa suara rakyat Kg. Berembang sehingga beliau ditangkap polis. Seperti yang dijangka, surau-surau tersebut tetap menyembah bumi, tewas pada jentolak. Namun, apa yang dibanggakan, peluh dan darah marhain yang tumpah mempertahankan rumah Allah tersebut.Nah, bukti kecintaan pada Allah dan Islam dizahirkan. Di Berembang ada yang pengsan dan dipukul. Bahkan ada yang merantai diri di dalam masjid. Ini bukan tribulasi baru bagi Islam. Di Palestin fenomena ini telah berlaku. Dan hingga kini rejim zionis merancang menghancurkan Baitulmaqdis. Kisah rumah Allah cuba dirobohkan bermula saat lahirnya Rasulullah. Tidak Asing lagi bagi kita dengan nama Abrahah dan burung ababil. Dan kini nasib sama menimpa Surau al-Falah, Kerinchi. Di atas sebab-sebab yang samar. Katanya pembangunan tapi entah apa yang ingin dibangunkan. Persis di Kg. Berembang, kononnya tanah tersebut akan dimajukan lantas rumah penduduk dan surau dirobohkan sebelum perbicaraan tentang hak tanah tersebut selesai di mahkamah. Lagi menjengkelkan bila keputusan mahkamah nyata memihak kepada penduduk kampung. Jawatankuasa Surau al-Falah telah diberi tarikh sehingga 9 Disember untuk kosongkan surau sebelum dilunyai kuku besi sang rejim. Ada penduduk mendakwa ianya kerana aliran politik yang berbeza dan keberadaan surau berkenaan tidak memberi manfaat kepada kerajaan bahkan mengancam mereka. Sudahlah syariat Islam dipandang sunyi, syiar Islam juga diinjak-injak. Inilah padahnya bila 'raja' tanpa takhta memerintah. Kali ini saya cuba mengajak pembaca sekalian untuk mengambil ibrah dari kalam Allah yang Maha Suci. Di mana keyakinan kita pada surah al-Fiil? Benar, mereka yang memusuhi Allah bakal dilaknat. Bukan kerja kita untuk melaknat mereka tapi tanggungjawab kita menjulang tinggi keizzahan Islam. Allah boleh sahaja menghantar Ababil ke Kerinchi kerana Dia Maha Berkuasa atas segalanya. Tapi perlu diteliti dan ditelusuri lanjut apakah kita sudah mencukupi syarat untuk didatangkan nusrah langsung dari ALLAH. "Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan." Berkata seorang sahabat: "Adakah kerana jumlah kita yang sedikit?" Rasulullah menjawab: "Tidak, sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih-buih ketika banjir. Allah mencabut rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu." Sahabat bertanya: "Apakah dia al-wahan?" Rasulullah bersabda: "Cintakan dunia dan takutkan mati!" (riwayat Abu Dawud) Sangat bimbang andai al-wahan makin sebati dalam hati kita. Buktinya nyata kini, umat islam sekitar Lembah Klang bagai tidak endah bahkan tidak tahu langsung isu al-Falah ini. Satu ujian dari Allah terhadap janji setia yang senantiasa dilafazkan kita. Kita berjanji akan hidup dan mati kita untuk Islam setiap kali solat namun masih ada keraguan akan ketetapan Allah. "(Setengah dari) mereka berkata: "Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya." (al-anbiya') Ayat diatas berkisar kisah keberanian Nabi Ibrahim berdada dengan thagut penyembah berhala. Keberanian Baginda memecahkan berhala-berhala sembahan Namrud dan penduduk Babylon ketika itu. Di dalam ayat di atas Allah Taala menyebut perkataan 'anak muda' kepada Nabi Ibrahim. Ini kerana anak muda adalah golongan yang paling hadapan dalam menegakkan kebenaran serta ejen perubahan. Cukuplah kita selaku anak muda yang menjadi 'ababil' mempertahankan rumah Allah dari serangan Abrahah moden. Saya menyeru seluruh anak muda dan seluruh umat Islam untuk menyatakan kebersamaan kita kepada penduduk Kerinchi dalam mempertahankan rumah Allah. Juga ucapan tahniah dan syabas kepada Komuniti Mahasiswa Kerinchi yang berpatisipasi penuh dalam usaha menggagalkan perancangan merobohkan rumah Allah ini. Juga kepada PMIUM, PERMADAH UM, PMKUM, PERMAS dan PKPIM yang turut bersetuju untuk memjadi suara rakyat dalam mempertahankan surau al-Falah. Ayuh, biarlah keberadaan kita dirasai! Lupakan Politik seketika.. Tegakkan maruah agama! - sumber FB Orenji Ren Oren * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| Posted: 09 Dec 2010 06:10 PM PST Liputan negatif media ke atas krisis dalaman Keadilan yang berlaku ketika pemilihan parti itu bulan lalu memberi kesan ketara terhadap keyakinan awam kepada parti itu dan ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bancian yang dijalankan oleh Universiti Malaya. Menurut bancian yang dijalankan di Kuala Lumpur dan Selangor itu, 52 peratus daripada 1124 responden berkata konflik dalaman telah menghakis keyakinan terhadap kepimpinan Anwar manakala 49 peratus pula berpendapat mereka kecewa dengan Keadilan Berikutan trend itu, 43 peratus pula berkata perkembangan tersebut akan mempengaruhi keputusan mereka sama ada untuk mengundi atau tidak Keadilan pada pilihan raya akan datang.Responden berkenaan disoal oleh Pusat Demokrasi dan Pengajian Pilihan Raya UM (Umcedel) dan dijalankan pada November. Mereka termasuk pengundi di kerusi yang dikuasai oleh Keadilan, termasuk di Ampang, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai. Daripada jumlah itu, 37.8 peratus menerima maklumat mengenai pemilihan Keadilan daripada akhbar arus perdana dan media elektronik.Hanya 11.6 peratus bergantung kepada Internet atau portal berita. Meskipun 41 peratus berpendapat Anwar tidak lagi relevan dalam politik di Malaysia tetapi 43 peratus terus bergantung harapan kepadanya. 16 peratus lagi tidak pasti. "Apabila ditunjukkan keputusan bancian, Anwar berkata ia bukan sesuatu yang tidak dijangkakan sambil mendakwa kempen memburuk-burukkan dirinya dan Keadilan tidak berkesan," petik laporan bancian itu. Sharpshooter - Anwar dan Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat tidak harus pandang ringan dan ambil mudah dengan bancian yang dibuat oleh Universiti Malaya. Jika kenyataan tersebut datangnya dari mulut najib, mat sembab atau khairy dan kuncu-kuncunya, bolehlah ia dianggap sebagai propaganda murahan politik umno b-end. Ambil iktibar dari apa yang berlaku dalam pemilihan Keadilan 2010, jangan buat pekak dengan segala aduan dan laporan, jangan dibakul sampahkan segala aduan, jangan dilanda sindrom 'NAFI', jangan selalu kata kita akan siasat tapi tunggu siasatan bagai punggok rindukan bulan, jangan asyik kata kita akan siasat tetapi badan siasatan pun tidak ditubuhkan, jangan selalu dibuai mimpi indah ke Putrajaya. Dalam masa yang sama sharpshooter tidak pernah lupa musuh utama umno b-end dan matlamat menawan Putrajaya tak pernah hilang dari fokus dan akan terus serang umno b-end tetapi dalam masa yang sama juga Keadilan kena siasat seadil-adilnya sesuai dengan nama Parti Keadilan Rakyat. Jika keadilan tidak dapat diberi kepada ahli Keadilan, apakah mungkin keadilan dapat diberi kepada rakyat? * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| Kabinet butik dan aksesori untuk dilelong Posted: 09 Dec 2010 05:47 PM PST ![]() ![]() ![]()
Set kabinet penuh untuk 1 kedai sesuai untuk memulakan perniagaan aksesori wanita, tudung, baju dan sebagainya.. Set kabinet mempunyai rak bertingkat,cermin & ruang untuk menyimpan barang termasuk kaunter kashier. kabinet berkenaan masih lagi baru.... Sesuai untuk kedai berkeluasan 1200sf Berminat sila hubungi Asrol tuan punya barangan tersebut di talian 0194759527 Barangan tersebut ada di belakang rumah sharpshooter di Bukit Mertajam. Boleh beli mana yang berkenan tidak semestinya ambil semua. Nak lelong saja...dah lama dah ada dibelakang rumah... kata orang negeri Sembilan...dah somak kopalo den nengok baghang-baghang ni kek umah den...poning dibueknyo...lamo bonar baghang-baghang kek umah den..moh la boli nak lelong yor....kok sapo yang bokonan tipon nombor di ateh atau nombor den 016-469 5343. |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Menurut bancian yang dijalankan di Kuala Lumpur dan Selangor itu, 52 peratus daripada 1124 responden berkata konflik dalaman telah menghakis keyakinan terhadap kepimpinan Anwar manakala 49 peratus pula berpendapat mereka kecewa dengan Keadilan
Berikutan trend itu, 43 peratus pula berkata perkembangan tersebut akan mempengaruhi keputusan mereka sama ada untuk mengundi atau tidak Keadilan pada pilihan raya akan datang.
Daripada jumlah itu, 37.8 peratus menerima maklumat mengenai pemilihan Keadilan daripada akhbar arus perdana dan media elektronik.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan