Rabu, 8 Disember 2010

SharpShooter

SharpShooter


umno 3P - penipu, perkauman, pengkhianat.

Posted: 08 Dec 2010 12:00 AM PST

UMNO atau United Malays National Organisation di tubuhkan secara rasmi di Istana Besar, Johor Bahru pada 11 Mei 1946.

Umno percaya Umno adalah melayu dan melayu itu adalah Umno. Pada ketika itu Sultan dianggap simbol 'Ketuanan Melayu'. Tetapi pada masa sekarang Umno tidak lagi menggangap Sultan sebagai simbol: Ketuanan Melayu, tetapi mahu Umno menjadi 'Ketuanan Melayu' supaya boleh di anggap hero dan lebih releven untuk membela orang melayu.

Pada era zaman Mahathir tidak hairanlah di sebabkan gila kuasa, Umno sanggup mengkhianati Raja-raja dengan menghapuskan kekebalan kuasa raja-raja melayu itu sendiri.

Umno sebenarnya hanya sebuah parti yang hanya pandai mengambil kesempatan menjadi hero segera memerdekakan negara tanpa mengangkat senjata dan menumpahkan darah. UMNO dan Utusan Melayu ketika itu mengambil kesempatan meniup api perkauman dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan memujuk semua bangsa melayu di tanah melayu menyokong mereka bersatu menentang Malayan Union yang di perkenalkan oleh Inggeris.

Perlaksanaan dasar Malayan Union diterima oleh orang bukan melayu kerana mereka mendapat taraf kewarganegaraan dan hak yang sama. Malayan Union memberikan hak kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli. Jus soli bermakna hak mendapat kerakyatan di sebuah negara dengan berdasarkan kelahiran di negara itu.

Selanjutnya di sini.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Posted: 08 Dec 2010 12:00 AM PST

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...Amizudin Ahmat (Din Binjai)http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Satu lagi usaha terakhir umno b-end mahu kekal berkuasa

Posted: 07 Dec 2010 09:46 PM PST

Pemuda PAS membantah sekeras-kerasnya cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mahu menjadikan golongan doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan sebagai pengundi pos — tambahan kepada sistem yang ada sekarang dan dipertikaikan Pakatan Rakyat.

Sayap PAS itu berpendapat menggunakan sistem undi pos terhadap golongan profesional terbabit menutup lagi ruang demokrasi negara yang kian dipertikaikan rakyat.

"Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menegaskan undi pos adalah talian hayat kerajaan Umno-BN.

"Cadangan SPR seakan mahu menambah jangka hayat pemimpin Umno-BN terutama di kawasan yang mereka tidak selamat. Apakah SPR mahu menjadi sebuah lagi parti komponen BN dengan menjalankan usaha yang licik buat membantu memenangkan Umno-BN dalam PRU ke-13?" kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Fadhil Osman dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sambil menegaskan sistem undi pos telah lama dipertikaikan rakyat, pemimpin muda ini mempersoalkan apakah jaminan SPR ketelusan undi pos dapat dijalankan dengan baik memandangkan ada pengalaman anggota tentera yang tidak dapat mengundi pos semasa mereka bertugas kerana telah diundi oleh pihak atasan mereka.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar semalam dipetik berkata, pihaknya sedang menimbang untuk meletakkan golongan yang sibuk bertugas semasa pilihan raya dalam kategori pengundi pos. Antara yang ditimbangkan para doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan.

Kata beliau, keutamaan untuk berbuat demikian akan diberikan kepada golongan itu memandangkan mereka tidak dapat mengundi hanya disebabkan kesibukan membantu melancarkan rutin masyarakat seharian termasuk semasa pengundian.

Mengikut Akta Pilihan Raya, hanya empat kategori rakyat layak membuang undi pos iaitu anggota tentera, kakitangan awam yang bertugas di luar negara, pelajar sepenuh masa dan keluarga kumpulan berkenaan.

"Dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang, daftar pemilih SPR tidak sama dengan daftar pemilih tentera, serta kertas undi boleh dserahkan di mana-mana termasuk di kompleks beli-belah.

"Bagaimana kertas undi yang dipos dua hari sebelum mengundi mampu dipulangkan balik tepat pada masanya tanpa berlau kesilapan," kata Fadhil sambil menambah, hampir setiap pilihan raya kecil atau umum, kemenangan besar calon BN diraih melalui undi pos dan terlalu sedikit yang mengundi calon pembangkang.

"Mungkinkah semua anggota tentera adalah ahli BN atau pengundi tegar BN di mana-mana kawasan?" katanya lagi.

Dalam kes anggota tentera, kata beliau, pihaknya mempersoalkan keperluan SPR menjadikan golongan ini sebagai pengundi pos memandangkan suasana negara yang tidak mendesak sedemikian.

"Dalam keadaan aman dan tenteram sebeginilah, ruang demokrasi perlu dibuka seluas-luasnya dengan memberi peluang anggota tentera mengundi sebagaimana pengundi yang lain," katanya.

Menurut Fadhil, alasan SPR mahu menjadikan kumpulan profesional sebagai pengundi pos hanya semata-mata mahu memberi peluang kepada mereka untuk mengundi kerana terlalu sibuk bekerja adalah alasan yang tidak boleh diterima.

"Golongan ini bekerja mengikut jadual dan syif.

"Dewan Pemuda tidak fikir sekiranya mereka turun mengundi mengikut jadual sepertimana golongan profesional yang lain, menyebabkan operasi kerja mereka terjejas.

"Kalaulah mereka tidak berpeluang mengundi kerana sedang bekerja, mereka tidaklah mewakili golongan majoriti yang perlu dijadikan sebagai pengundi pos," katanya lagi.

Dalam hal ini, kata beliau, SPR perlu mengelak hari bekerja sebagai hari mengundi sepertimana yang dibuat ketika beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini.

"Ini lebih menyukarkan semua golongan bekerja untuk turun mengundi," kata beliau lagi.

Jelas beliau, sekiranya SPR berkeras juga mahu menjadikan golongan doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan sebagai pengundi pos, Dewan Pemuda PAS mengesyorkan agar menjadikan semua golongan profesional sebagai pengundi pos.

"Bukan setakat itu, mahasiswa yang layak mengundi, penoreh getah, pekebun, pemandu teksi dan bas, nelayan, peniaga dan lain-lain juga boleh dijadikan sebagai pengundi pos memandangkan semua golongan ini sibuk bekerja dan tidak mampu meninggalkan tempat kerja mereka untuk turun mengundi.

"Dengan demikian, mudahlah BN meraih kemenangan besar dalam PRU ke-13 akan datang," katanya lagi.

Sharpshooter - SPR - Suruhanjaya Penipu Rakyat


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

BN atau PR akan hilang banyak kerusi PRU13?

Posted: 07 Dec 2010 08:39 PM PST

KUALA LUMPUR, 7 Dis — The Economist meramalkan Barisan Nasional (BN) kemungkinan akan hilang lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum tergempar - yang disebut-sebut akan diadakan pada suku pertama tahun depan, antara lain disebabkan kemerosotan sokongan kalangan pengundi Melayu muda dan yang moderat.

Laporan Economist Intelligence Unit juga menggariskan kekecewaan di kalangan golongan muda yang semakin meningkat dengan sikap Umno dilihat terus diselubungi skandal politik dan begitu kuat mengembangkan nilai-nilai Islam.

Semalam, ahli politik veteran Tengku Razaleigh Hamzah juga menyifatkan peluang BN untuk memperoleh kemenangan dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-13 sememangnya "sukar" kerana terpaksa berhadapan dengan pengundi semasa yang sudah banyak berubah citarasa.

Justeru Tengku Razaleigh mengingatkan BN yang mengadakan konvensyen sehari semalam supaya tidak terlalu yakin untuk mendapat kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 kerana sehingga kini masih tiada jaminan gabungan 13 parti komponen itu boleh mendapat kemenangan besar.

Tengku Razaleigh telah memainkan peranan besar bagi Umno-BN memperoleh kembali kerusi Dewan Undangan Negeri Galas pada pilihan raya kecil diadakan awal bulan lalu.

"Kemungkinan besar keputusan pilihan raya umum akan datang ialah BN akan kalah lebih banyak kerusi memandangkan pengundi muda Melayu, yang moderat, kecewa dengan skandal-skandal politik dan Umno yang (dilihat) kuat menggalakkan nilai-nilai Islam, enggan memberi sokongan mereka kepada parti yang memerintah," kata majalah itu dalam laporan edisi terbaru Disember mengenai Malaysia.

Semalam, bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dihadapkan di mahkamah berhubung isu pemilihan tanah. Beliau juga ketua pembangkang Selangor.

Bulan lalu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan BN, yang parti terasnya Umno, akan merampas balik satu atau dua negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat, tetapi kemungkinan tidak akan memperoleh balik majoriti dua pertiga di Parlimen. Laporan itu juga menekankan bahawa golongan Melayu liberal dan kelas pertengahan sudah pun beralih daripada parti Melayu terbesar itu untuk menyokong Pakatan Rakyat - pembangkang peringkat persekutuan.

"Meskipun pengundi-pengundi muda di kawasan luar bandar di Semenanjung Malaysia terus menyokong Umno, sejumlah (pengundi) dalam jumlah yang signifikan di kalangan golongan Melayu berpelajaran, kelas pertengahan beralih daripada parti Melayu yang memerintah untuk memihak pembangkang," kata laporan itu.

Bagaimanapun laporan itu juga menyebut Pakatan Rakyat kemungkinan akan gagal untuk menawan Putrajaya walaupun boleh menerokai kejayaan lebih baik berbanding 2008.

"Pakatan Rakyat akan memperoleh kejayaan, walaupun akan berhadapan dengan masalah dalaman selepas kemungkinan Anwar dikeluarkan daripada arena politik (masuk penjara), tetapi perikatan pembangkang tidak mungkin akan memperoleh kerusi secukupunya untuk membentuk sebuah kerajaan (persekutuan)," kata laporan itu.

Malah laporan itu juga meramalkan bahawa Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disabitkan kesalahan berhubung tuduhan liwat kedua yang sedang dihadapnya.

Kes itu sedang didengar oleh Mahkamah Tinggi.

Meskipun banyak pihak membuat spekulasi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum pada Mac 2011, laporan Economist Intelligence Unit masih kekal dengan hujahnya bahawa beliau hanya akan menetapkan tarikh itu selepas pilihan raya negeri Sarawak, yang mandatnya akan berakhir Julai 2011.

"Kami masih percaya bahawa Najib akan menetapkan tarikh pilihan raya selepas pilihan raya negeri Sarawak.

"Keputusan pilihan raya negeri Sarawak akan menyediakan petanda baik mengenai sokongan bagi kerajaan dan pelan pembaharuannya," kata laporan itu lagi.

Minggu lalu Umno memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan - dipercayai sebahagian besar daripada usahanya menghadapi pilihan raya umum ke-13.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: