Ahad, 5 Disember 2010

SharpShooter

SharpShooter


Gantung tanpa bela diri bukti dakwaan apco itu benar

Posted: 04 Dec 2010 06:09 AM PST

ai-apco1PETALING JAYA 3 Dis - Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ura-ura Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang bermesyuarat hari ini untuk menggantung beliau daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat satu tindakan yang melampau, memeranjatkan serta tidak wajar dibiarkan berterusan.


Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah berjanji untuk memberikan perbicaraan yang adil serta dibenarkan membela diri dengan hujah dan bukti beliau.

"Apabila saya dirujuk ke jawatankuasa itu, Speaker berjanji perbicaraan adil dengan segala dokumen dibenatngkan dan saya akan dibenarkan membela diri dengan fakta-fakta.

"Namun, sekarang, ini tidak dilakukan. Ini adalah ketidakadilan dan satu titik hitam dalam sejarah Parlimen kita dan di antara Kesatuan Antara Parlimen.

"Jawatankuasa hak akan memanggil sesiapa yang perlu, dokumen yang penting baru bawa rekomendasi. YB Ipoh Timur, Kit Siang bangkit lagi bersama Balik Pulau dan lain-lain. Ini jawapan Speaker.

"Bila seorang itu dirujuk, ahli yang berhormat demikian akan dipanggil oleh jawantankuasa mengemukakan keterangan," jelas beliau pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) petang tadi.

Menurutnya, terdahulu beliau hadir ke mesyuarat jawatankuasa pada 8 Jun lalu dan kemudian ditangguhkan tanpa pihaknya memberi sebarang jawapan lisan pada prosiding tersebut.

"Saya sehingga hari ini tidak dipanggil walaupun dalam agenda mesyuarat, saksi dipanggil dan dalam keterangan di parlimen bila diulang kerana usul itu bunyinya dihukum," kata Anwar.

Tindakan pengantungan itu mula dibincangkan dikalangan anggota Dewan Rakyat Barisan Nasional setelah Anwar mendedahkan semasa perbahasan Parlimen Mac lalu berhubung hubungkait konsep 1Malaysia yang dicernakan oleh firma komunikasi pro Zionis Israel, Apco Worldwide yang juga mencipta konsep One Israel untuk Perdana Menteri Ehud Barak pada 1991.

"Ini mengesahkan tuduhan saya selama ini bahawa Apco itu begitu berkuasa. Satu surat dia boleh batalkan keterangan saya dan semua dokumen yang akan saya kemukakan.

"Saya siapkan bersama Puan Ambiga dan kakitangan semua dokumen termasuk perjanjian Apco dengan Myteams, 4 Ogos 2009. Saya siapkan beberapa dokumen lain untuk dibentangkan dan beberapa keputusan yang penting tentang kedudukan syarikat berkenaan. Tapi jawatankuasa parlimen menafikan hak saya sebagai ahli parlimen yang tertuduh.

"Saya bukan sahaja kesal tetapi membantah cara yang sedemikian menghina Parlimen dan mengaibkan kedudukan dan kemuliaan Parlimen," tegas Anwar.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang turut hadir pada sidang media itu berkata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen telah bermesyuarat hari ini tanpa agenda khusus di mana sepucuk surat dari Apco bertarikh 19 Ogos dibincangkan.

"Tiba-tiba Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim menggerakan usul supaya perkara itu didengar hari ini dan usul itu disokong oleh Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Fong Chan Onn," katanya.

"Turut hadir adalah Ahli Parlimen (Subang Jaya) R Sivarasa dan kami membuat protes. Saya persoalkan mengapa tergesa-gesa dan jawapan Razali adalah mengapa tidak?" katanya.

Mendengar respons sedemikian dari Razali, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor bersama Sivarasa mengambil keputusan mesyuarat tersebut sebagai tanda protes.

Ditanya bentuk tindakan yang bakal diambil terhadap langkah jawatankuasa tersebut, Karpal menjelaskan setakat ini beliau belum mendapat maklumat terkini mengenai mesyurata itu dan akan menunggu keputusannya kelak.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dianggotai Pandikar Amin, timbalannya, Datuk Ronald Kiandee, Karpal Singh, Sivarasa, Nancy Shukri, Chan Onn dan Razali.

Parlimen akan bersidang semula untuk sesi baru bermula 7 mac 2011.

Sharpshooter - Baru ku tahu rupanya gantung tanpa bela diri rupanya tindakan ala APCO :-)

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Lampu hijau dari istana

Posted: 04 Dec 2010 05:59 AM PST

Penyelaras kempen perhimpunan menentang kenaikan harga air, Badrul Amin Bahrom berkata perhimpunan yang akan diadakan di Kuala Lumpur, esok tetap diteruskan kerana wakil Istana Negara telah memberikan lampu hijau bagi pihaknya menerima memorandum berkenaan.

NONELagipun, katanya perhimpunan itu terpaksa diteruskan kerana Umno telah meletakkan 'precedent'.

"Seperti lazimnya, polis akan memberikan amaran dan mendakwa ini perhimpunan haram.

"Tetapi pada masa yang sama, strategi Umno adalah untuk menganjurkan satu lagi demonstrasi.

"Mereka sebegitu serius sehingga mengadakan raptai semalam dan berarak dari masjid Shah Alam ke Istana Selangor. Kira-kira 100 orang yang hadir, termasuk ketua Umno bahagian Shah Alam dan tidak ada seorangpun yang ditahan polis," kata Badrul Hisham ketika dihubungi.

Beliau percaya polis akan menjadikan alasan demonstrasi oleh kumpulan anti-Pakatan bagi mengagalkan perhimpunan mereka.

"Saya jangka kumpulan itu juga akan mendapat liputan media supaya memberikan persepsi negatif bahawa kami akan bertindak ganas dan akan berlaku pergaduhan.

NONE"10,000 daripada kita akan berjumpa dengan 100 daripada mereka. Jadi jangan risau, marshal kami akan memastikan perhimpunan diadakan secara aman dan mereka akan diberi peluang menghantar memorandum mereka dulu," katanya yang lebih popular dengan panggilan Chegubard.

Sementara itu, ahli parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menganggap perhimpunan 'Kembalikan Hak Air Untuk Rakyat' bagi menghantar memorandum kepada Yang di- Pertuan Agong esok sebagai kesinambungan kepada perjuangan rakyat menentang penindasan Umno terhadap rakyat.

"Yang jelas patut dipaparkan kulit yang sebenar, kerajaan negeri telah bertungkus lumus membantu rakyat. Umno terus menekan rakyat dengan mewakilkan kepada SYABAS.

NONE"Dan SYABAS berperanan dalam permainan ini untuk memangsakan rakyat Selangor dan Wilayah. Kerajaan Selangor tidak boleh mengkompromi lagi dan YDP Agong adalah tempat rakyat mengadu." kata beliau di siaran TV Selangor di Shah Alam hari ini.

Perhimpunan di Masjid Negara yang dijadualkan esok itu dijangka akan dihadiri ribuan rakyat berpakaian merah sebagai meluahkan rasa tidak puas hati mereka mengenai cadangan kenaikan tarif air Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Ia akan diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini menawarkan untuk membeli dan mengambil alih SYABAS dan empat syarikat pengurusan Air lain di negeri ini bagi memastikan perkhidmatan air lebih efisien dan baik.

Seperti biasa PDRM telah menjalankan amalam biasa mereka iaitu memberikan amaran dengan menyatakan perhimpunan yang akan diadakan ialah haram.

Memang sejak beberapa himpunan besar yang lepas Umno telah menggunakan strategi yang baru iaitu menaja himpunan serentak dengan himpunan yang bakal kita adakan. Kali ini himpunan pemuda baju hitam konon akan diadakan serentak. Menggambarkan seriusnya himpunan tersebut maka mereka mengadakan 'raptai' Jumaat lepas di Masjid Shah Alam dan berarak ke Istana Selangor. Seramai 100 orang berarak termasuk Ketua Umno Shah Alam. Polis mengawal dengan baik, tiada tangkapan aau halangan.

Himpunan yang mereka konon akan adakan serentak pula ahad ini untuk membantu polis menambah alasan bagi mengganggu himpunan kita kononya untuk elak kekocohan. Himpunan baju hitam juga dijangka mendapat liputan media agar menakutkan yang nak turun dengan harapan membina persepsi pertempuran akan berlaku dan tak aman.10,000 kita akan bertembung 100 orang baju hitam (pinjam gelak tukar tiub kah kah kah) maka jangan kuatir petugas kita akan beri laluan kepada mereka untuk hantar memo dulu nanti dalam keadaan aman.

Menurut penganjur Istana juga telah memberi lampu hijau bersetuju menerima memorandum tersebut.

Kepada semua di ingatkan :
  1. Jangan gusar datang ramai - ramai dengan keluarga dan kawan - kawan, petugas yang cukup disediakan untuk membantu dalam sebarang kemungkinan.
  2. Peguam yang cukup disediakan oleh Kerajaan Selangor.
  3. Hakim Mahkamah Seksyen KL , Datuk Jagjit Singh yang membebaskan orang kena tangkap (OKT) daripada semua pertuduhan kes perhimpunan Bersih 2007 lalu dengan menyatakan adalah salah polis menahan orang yang berada di kawasan Masjid Negara.
  4. Semua dinasihat datang awal, terus masuk ke masjid negara untuk solat jemaah Zuhor berjemaah dengan pimpinan yang hadir. Nak solat Zuhor tak kan tak boleh juga ??
  5. Untuk elak halangan, simpan baju merah dahulu. Pakai bila tiba di masjid.
  6. Bawa garam, towel kecil, air mineral untuk sebarang kemungkinan.
PDRM diminta bertindak waras, ikut undang - undang bukan arahan regim semata. Semalam (Jumaat) PDRM boleh tunjuk baik iring dan jaga 'raptai' himpunan baju hitam dengan siap lengkap berarak ke Istana maka apa alasan himpunan esok perlu diganggu.

Pimpinan PR di Selangor diwajibkan hadir. Semua jentera negeri wajib hadir. Ahli Majlis kerajaan tempatan, Pengerusi dan JKKK seluruh Selangor juga wajib hadir. Jangan bila nak lobi jawatan bersungguh tapi bila nak bersama MB pertahankan hak takut. Exco dan ADUN sudah pasti wajib hadir.

SAMM dan sekumpulan bloggers akan cuba catat rekod kehadiran. Siapa tak hadir atau hadir dan lari kalau kena tempelak selepas ini mohon maaf dahulu.

Kenaikan '4some' tengah malam tadi juga seharusnya menyemarakkan lagi kesungguhan rakyat untuk hadir.

Esok diharap bukan sahaja pengguna air Selangor dan WP KL sahaja hadir tetapi rakyat keseluruhanya harus hadir. Himpunan esok ialah kuasa rakyat melawan regim.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: