Jumaat, 3 Disember 2010

SharpShooter

SharpShooter


BN - Barang Naik..bila naik..baru naik..

Posted: 03 Dec 2010 01:39 AM PST

Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi. Petrol RON95 petrol, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu. Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Semua harga baru dijangka berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Malaysiakini turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.

Pengumuman rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri berhubung kenaikkan ini dijangkakan pada jam 8 malam. Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Jom bersama cipta sejarah....

Posted: 02 Dec 2010 07:44 PM PST

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah gerakan anak muda non structural yg yakin dengan penyusunan anak muda ke arah kebangkitan mendesak perubahan, telah memutuskan akan bersama dengan YAB Menteri Besar Selangor dalam satu himpunan aman bagi mengadap DYMM SPB Yang DiPertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda tuanku dalam isu hak air rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan KL.

SYABAS sebuah syarikat ciptaan regim yang terlalu kaya sehingga gaji CEOnya Tan Sri Rozali menjangkau RM425 ribu sebulan (itu belum masuk perbagai elaun keistimewaan) hanya dengan memperdagangkan air yang menjadi hak asas rakyat.
Bukan sahaja kenaikan harus ditolak tetapi Air seharusnya dikendalikan oleh kerajaan bagi pihak rakyat.

Himpunan aman merupakan hak rakyat. Rekod setakat ini himpunan aman hanya menjadi kacau dan menyebabkan gangguan trafik teruk apabila melibatkan gangguan pihak polis.

SAMM sudah bertemu dengan pihak penganjur bagi untuk bersama memastikan himpunan aman ini lancar. Sekurang-kurangnya 50 orang 'marsyal demo' yang berpengalaman akan diturunkan bagi memastikan kelancaran dan mengelakkan sebarang kejadian tak diingini. Mereka ini berpengalaman sejak 1998, mereka ini terdiri dari yang pernah mengendalikan himpunan BERSIH, kesas dll. Difahamkan seperti biasa unit sukarelawan merah (unit amal) akan menjadi petugas utama dalam acara tersebut. Maka petugas SAMM akan membantu dan bergabung dengan mereka.


SAMM menyeru semua anak muda untuk turun bersama atas semangat ketuanan rakyat mempertahankan hak asas. Ini juga kali pertama dalam sejarah himpunan anjuran kerajaan negeri.

Seharusnya semua anggota JKKK, ahli majlis dan jentera bawah kerajaan negeri harus hadir bersama mengiringi Menteri Besar. Semua ADUN tidak harus gagal hadir demi pertahan hak rakyat.

Difahamkan kerajaan negeri sudah berhubung dengan pihak istana. Acara 5 Disember 12 tengah hari itu ialah praktik membesarkan institusi beraja, rakyat mengadap raja mengadu masalah... Siapa yang mengganggu urusan rakyat mengadap raja boleh dikira derhaka.

SAMM juga merafak sembah ke atas DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke atas keprihatinan baginda menerima rakyat mengadap. Begitulah seharusnya hubungan raja dan rakyat. Ingat ketika Malayan Union dipaksa kepada bumi ini yang bakal menelan kuasa raja, rakyat bangkit membela.. Maka sewajarnya bila rakyat derita pertahan hak air sebagai hak asas semua pintu istana yang terbuka amat bermakna.

Kesudian tuanku mencemar duli membuka pagar istana untuk rakyat mohon menghadap amat dihargai dan sama sekali menghapuskan pandangan persepsi negatif bahawa Raja Melayu merupakan institusi yang tidak bermaya.

PDRM dipercayai akan bertindak lebih waras lagi terutama selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala lumpur yang membebaskan tertuduh himpunan bersih dengan kenyataan hakim yang menyatakan Masjid Negara tempat awam dan orang ramai bebas berkumpul.

Ayuh semua datang raikan pesta kuasa rakyat. Warna tema kali ini merah. Datang dengan baju merah, belon merah, payung merah pendek kata serba merah.

Jumpa di sana.

che'GuBard
Penyelaras/pengasas SAMM


Chegubard meneruskan perjuangan bersama rakyat, selepas ceramah di Penang, beliau berceramah pula di Selangor. Ikuti ucapan ceramah Chegubard di Selangor.












* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Bila ketuanan katak bersuara

Posted: 02 Dec 2010 04:40 PM PST



Bila katak bersuara....pokke atau tekek tergelak terguling-guling...hahaha....Alahai Zahrain...rasanya lebih elok jika anda bangkitkan isu ketuanan katak daripada ketuanan melayu. Katak sekarang tidak ada harga jika mahu dibandingkan dengan pokke atau tokke atau gekko atau tekek yang mencecah harga jutaan ringit.

Jadi zahrain kena bersungguh-sungguh memperjuangkan ketuanan katak yang telah jatuh harga berbanding dengan harga pokke sekarang yang melambung tinggi.

Berat sekilo sahaja boleh menjangkau harga tiga juta ringgit, bayangkan jika pokke seberat zahrain.....hahahaha....lumayan..lumayan..tapi sayang zahrain bukan pokke atau tekek tetapi katak...hahahahahaha.....jom layan video tekek di bawah..





* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Darurat - impian umno dan perkasa

Posted: 02 Dec 2010 03:41 PM PST

"Ketuanan Melayu" tidak wujud dalam perlembagaan negara, kata pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, sebaliknya menyatakan, dalam aspek sejarah, hanya "Ketuanan Raja" yang termaktub dalam Perlembagaan kerana rakyat perlu taat setia kepada raja.

"Sebelum ini, tidak pernah disebut "Ketuanan Melayu" dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam Perlembagaan cuma "Ketuanan Raja" iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

"Orang Melayu mendapat hak keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja, kerana itu raja yang penting. Kedudukan orang Melayu memang diberikan pertimbangan khas dan tidak perlu dipersoalkan," katanya kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai Ketuanan Melayu yang dibangkitkannya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh parti itu Ahad lepas.

Dr Wan Azizah meminta konsep itu diganti dengan visi "bangsa bermaruah" atau "Melayu bermaruah".

Khoo berkata istilah Ketuanan Melayu hanya dibangkitkan ahli politik bagi tujuan politik semata-mata, dan beliau melihat ahli politik sekarang sering membangkitkan isu yang boleh mendatangkan konfrontasi antara kaum.

"Ahli politik seharusnya memberi perhatian kepada perkhidmatan mereka kepada rakyat, menolong rakyat. Bukan menggalakkan rakyat untuk bergaduh," katanya.

Sharpshooter - Jika kita baca kenyataan ketua wanita perkasa dan ketua wira perkasa yang cukup kurang ajar dan biadap, ternyata hasrat yang tersirat adalah untuk menimbulkan isu perkauman terlampau yang ditaja oleh umno untuk menimbulkan ketegangan kaum dan kalau boleh mereka mahu mencetuskan darurat.

Inilah yang tersirat sebenarnya dan hari ini juga mereka adakan demontrasi selepas Jumaat di hadapan istana kayangan kononnya perarakan melayu terbesar Selangor untuk menghantar 30 memorandum kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Teringat kata Khairy...demontrasi bukan budaya kita...berok-berok mana yang keluar dijalanan...berok umno dan perkasa .hahahahahaha..

Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz terjawab semuanya jika kita berfikiran waras dan matang serta bukan emosi. Nak tunjuk hero melayu, Ketua Menteri P.Pinang pun hangpa serah pada cina, mana ketuanan melayu?


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: