shalehudin |
Wallawoiii... Malaysia 2 - 0 Vietnam Posted: 15 Dec 2010 06:02 AM PST Wallawoiii... macam tak percaya... Bagaimanapun tahniah pada pemain pemain Malaysia yang bertungkus lumus membenamkan Vietnam 2-0 sebentar tadi. Gambar menunjukkan, pemain Vietnam Tram Dong cuba merampas bola daripada pemain kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha semasa perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Bukit Jalil sebentar tadi.Malaysia mengalahkan Vietnam 2-0. Foto THE STAR |
Posted: 14 Dec 2010 08:40 PM PST Lagi MP Pakatan Rakyat terus digantung Hazlan Zakaria Dis 15, 10 Ahli parlimen Pakatan Rakyat R Sivarasa (PKR-Subang) diarahkan keluar Dewan Rakyat sehingga esok kerana didakwa mengenkari arahan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Sivarasa, yang bangkit pada akhir sesi soalan mempersoalkan tindakan speaker yang menolak usul yang dikemukakannya semalam meminta perbahasan diadakan bagi membincangkan pendedahan oleh WikiLeaks berhubung dakwaan diplomat Singapura yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razah dengan kematian warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu dan juga memalit Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 'perangkap seks'. Menurut Pandikar, kebimbangan yang ditimbulkan oleh Sivarasa adalah tidak berasas dan mengarahkannya untuk duduk. Namun apabila ahli parlimen itu terus berhujah dan enggan duduk, Pandikar mengarahkan beliau digantung sehingga esok. Anwar (PKR-Permatang Pauh), kemudian bangkit dan mempertahankan Sivarasa bersama Azmin Ali (PKR-Gombak). Ini menimbulkan pertikaman lidah yang hangat antara speaker dan juga ahli parlimen Pakatan Rakyat yang juga mula campur tangan. Pandikar kemudian mengarahkan Azmin pula supaya keluar dewan. Pertikaman lidah masih berlansung dengan Sivarasa enggan meninggalkan dewan.- Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan