Isnin, 13 Disember 2010

shalehudin

shalehudin


Jerat liwat

Posted: 13 Dec 2010 06:33 AM PST

Kalau tanya orang orang kita dulu ni menatang apa Wikileaks tu, haram sekoq pun tak tau apa. Tapi la ni dah heboh, la ni dah kecoh tentang keberanian dan kelantangan Wikileaks membuat pendedahan demi pendedahan yang kononnya bocor dari sumber sumber tertinggi negara negara tertentu.

Terbaru adalah pendedahan akhbar Sydney Morning Herald yang melaporkan pendedahan dokumen dari Wikileaks mengatakan bahawa Anwar Ibrahim terperangkap ke dalam 'jerat liwat' yang sengaja dirancangkan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan karier politiknya. Suka tak suka, hukuman bagai telah dijatuhkan oleh Wikileaks pada Anwar dan kerajaan Najib. Jangan lupa bahawa Najib juga terpalit dengan pendedahan lidah lidah Yahudi ni. Dokumen tersebut secara tidak langsung mendedahkan bahawa Perisik Singapura membuat kesimpulan bahawa Anwar sebenarnya melakukan perbuatan liwat yang dinafikannya.

Memang la, tanya la sapa pun even Lee Kuan Yew sendiri yang namanya secara langsung dibabitkan dalam dokumen tersebut, kebenarannya pendedahan tersebut masih jauh dan samar samar. Baiknya kita berfikir secara positif, sekiranya dokumen ini merupakan satu bukti kukuh dan benar, maka ambil saja dokumen tersebut dan bawakan saja ke mahkamah agar kedua-dua pihak baik Anwar Ibrahim yang melakukan liwat serta pihak yang merancang perangkap ini diberikan tindakan yang adil! Kebenaran tidak harus disembunyikan.

Masaalahnya yang cuba dilupakan oleh Umno APCO ini ialah, dari mana Wikileaks memperolehi dokumen tersebut dan kesahihannya? Ia bagai satu teknik yang kerap dipakai perisik luar iaitu pintasan memintas perbualan telefon, atau dengan kata lainnya mencuri dengar perbualan telefon dari satu ke satu pihak yang lain.

Jadi perbualan siapa yang dicuri dengar sehingga mereka mengatakan isu liwat ini satu perangkap? Adakah mereka mencuri dengar perbualan telefon 'si pembuat perangkap'? Maka pembuat perangkap mendedahkan bahawa perangkap telah dipasang lalu didengari oleh perisik negara tertentu lantas mengesahkan Anwar melakukan liwat? Bolehkah ia dijadikan bukti Anwar melakukan liwat?

Lagi satu jangan kita lupakan, pendedahan ini sekaligus merupakan hanya cakap cakap kedai kopi atau gossip politik antara seorang pada seorang lagi yang dikira agak berpengaruh dalam politik kepartian negara negara tertentu. Apakah kita dengan begitu mudah mengguna pakai cakap cakap kedai kopi bagi menghukum insan lain dengan hukuman bagi kesalahan yang begitu serius?

Nampaknya bukan saja Anwar yang diperangkap malah seluruh rakyat Malaysia telah berjaya diperangkap oleh Wikileaks ini.

Lagi satu, kenapa si pembuat perangkap tu bengap sangat. Kalau dah berjaya menjebakkan Anwar melakukan liwat, mengapa sibodoh tu tidak berusaha mencipta bukti? Bukankah kalau sudah berjaya perangkap itu, ambillah gambarnya! Ambillah videonya supaya senang perbicaraan di mahkamah!

Tak la susah susah perlukan sampel DNA, tak perlu bukti-bukti alibi, dan bermacam lagi perkara mengarut!

Terpulang pada rakyat Malaysia, samaada mahu mempercayai maklumat wikileaks ini atau tidak. Apakah perlu Anwar dipersalahkan dan dihukum dengan hanya laporan dari Wikileaks yang berasaskan cakap cakap kedai kopi saja. Lagipun maklumat ini hanya mendedahkan bahawa Anwar diperangkap, tidak lebih dari itu!

Ibrahim Ali kembali ke...

Posted: 13 Dec 2010 04:43 AM PST

Rindu jugak aku, lama dah tak mengata kat Presiden PERKASA, Ibrahim Ali ni... ahakss... dah cuti sakit dari kemmbali ke Parlimen selama sebulan, berihat cukup... makan pun cukup... tetiba kembali dengan penuh 'garang' bagai harimau lapar...

Tapi tak patut betoi la bila ada samdol mana tah yang buat fitnah kata dia kononnya koma dan tenat... mana boleh pendekar dan panglima perang bangsa Umno ni jadi macam tu, pengadangnya kuat iaitu Mahathir. Mesti petua petua panjang umor dan hidup sihat dah habis dipelajarinya dari Mahthir kan... Hari ini adalah kali pertama Ibrahim kembali mengikuti sidang Parlimen selepas menjalani pembedahan pintasan jantung Oktober lalu walaupun doktor menasihatinya berehat lagi tiga bulan... wah.. wah.. semangat Melayu betoi la dia nih... memang layak memimpin PERKASA... wakaka... Kasihan dengan mereka mengharapkan beliau meninggal dunia atau berada dalam koma... hihi...

Tapi macamana biasa la, Ibrahim dan PERKASA ni memang hidup dan cari makan atas isu kontroversi. Dia takkan boleh hidup tanpa isu dan takkan dikenali umum tanpa kontroversi. Sekali lagi 13 Mei menjadi sasaran bagi memaklumkan pada umum bahawa dia telah kembali ke... lapangan politik negara dan bersedia menggegarkan Utusan Meloya dan TV3 suku dengan keletahnya.

Apa hal pulak Wikileaks...

Posted: 12 Dec 2010 07:12 PM PST

Wikileaks hanya pandangan peribadi - PKR
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Dis: PKR menyifatkan, pendedahan Wikileaks tentang maklumat diplomatik dari Singapura tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pandangan peribadi tanpa sokongan bukti yang sah, oleh itu tidak perlu diambil berat.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataannya bagaimanapun berkata, pihaknya memandang serius cubaan memanipulasikan maklumat yang didedahkan mengenai komen-komen bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara tersebut berkenaan fitnah sodomi yang dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saifudin dipercayai mengulas laporan media Australia yang mendedahkan kononnya perangkap di pasang untuk Datuk Seri Anwar oleh musuhnya dan Anwar 'memasuki petangkap itu'. Ia dikatakan bersumberkan laporan para diplomat Singapura dan Menteri Mentornya, Lee Kuan Yew.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, laporan itu adalah hasil kerjasama para SB (polis cawangan khas) Malaysia.

Manakala itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdiam diri dengan pendedahan Wikileaks ini. Nama beliau turut didedahkan yang antara lain "Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa. Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa." yang jelas mengaitkan beliau dengan kes Altantuya Shariibuu.

"Pertamanya, rakyat perlu faham kaedah operasi dan fungsi Wikileaks untuk menilai sama ada komen-komen tersebut boleh diterimapakai. Wikileaks adalah sebuah laman yang memberi ruang kepada orang ramai menghantar maklumat-maklumat sulit yang dirahsiakan dari pengetahuan orang ramai," kata Saifudin.

Orang ramai, katanya, bebas menghantar apa-apa jenis maklumat pun, jadi ada maklumat yang datangnya dari kajian terperinci, ada juga hanyalah rakaman perbualan di antara ahli-ahli diplomat. Maklumat yang didedahkan kali ini dan dipetik akhbar hanyalah catatan komen-komen peribadi yang dibuat oleh ahli diplomat Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara itu.

Laporan The Sydney Morning Herald ditulis berdasarkan catatan pendapat peribadi ahli diplomat Singapura mengenai jiran serantau di dalam ASEAN, Jepun, China dan India. Ia adalah pendapat peribadi mereka, bukannya fakta, kata Saifudin/\.

Untuk memahami dengan lebih dekat bahawa catatan tersebut adalah pendapat peribadi mereka yang disensasikan, kata Saifudin, rakyat perlu juga meneliti secara keseluruhan maklumat-maklumat lain yang turut didedahkan olehWikileaks yang terkandung di dalam kabel yang sama merakamkan pandangan peribadi pegawai-pegawai diplomatik Singapura:

Bilahari Kausikan

Menurut satu kabel yang merakamkan satu mesyuarat pada September 2008, En Kausikan memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan AS David Sedney bahawa "ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia" yang akan menyebabkan orang Cina "meninggalkan" Malaysia dan "menyusahkan" Singapura.

Mengenai kepimpinan Barisan Nasional pula, kata beliau: "Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa. Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa", secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan perempuan Mongolia Altantuya Sharibu. Dia mengulangi pendapatnya bahawa "Najib Razak terancam disebabkan kes pembunuhan itu".

Dia juga memanggil bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra seorang yang mengamalkan "rasuah", "sama seperti yang lain termasuklah pembangkang di Thailand". Ujarnya dalam kabel itu lagi, Thaksin "membuat kesilapan berbuat baik dengan Putera Mahkota Thailand apabila Thaksin membayar hutang judi putera itu". Katanya , putera itu "tidak keruan dan sangat mudah dipengaruhi".

Komen-komen yang lain termasuklah kenyataan beliau "lebih selesa dengan Korea Utara sebagai kuasa nuklear berbanding jika Iran mempunyai senjata nuklear". Beliau juga mengkritik Russia, yang menurutnya "berekonomi dunia ketiga dan sistem kesihatan Russia pula kucar-kacir".

Peter Ho

Dalam Mac 2008, En Ho mengutuk mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kerana "membaling batu" kepada penggantinya, Tun Abdullah Badawi. Komennya terhadap Ketua Pemuda Umno, YB Khairy Jamaluddin adalah lebih kasar.

Menurutnya, "Khairy Jamaludin akan ditikam di dalam Umno kerana tiada orang yang sukakannya (Khairy) kerana Khairy naik dalam politik akibat pertalian keluarga".

Seperti juga rakan sekerjanya, En Ho mengulangi tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya Sharibu. Katanya, "Najib adalah seorang yang suka mengambil kesempatan. Walaupun setakat ini dia masih belum mengkritik Singapura, dia tidak teragak-agak sekiranya tindakan itu menguntungkannya. Masa depan politik Najib akan terus dihantui oleh skandal pembunuhan (Altantuya)".

En Tommy Koh

Seorang lagi diplomat kanan Singapura yang dipetik oleh kabel yang didedahkan oleh Wikileaks itu mengkritik negara-negara lain yang ada pengaruh di rantau ini, dalam catatan mesyuarat dalam bulan September 2009.

Dia menggelarkan Jepun sebagai "orang gemuk yang kalah dan merajuk" apabila membandingkan hubungan China dan ASEAN yang makin rancak. Dia juga menyalahkan keadaan itu kepada "kepimpinan Jepun yang bodoh, lemah dan tidak ada wawasan".

Pandangannya terhadap India juga buruk, melalui gambarannya bahawa "kawan India yang bodoh dan teragak-agak untuk berkecimpung dengan ASEAN".

Justeru, kata Saifudin, kabel sulit yang mengandungi pandangan peribadi Lee Kuan Yew dan perisikan Singapura mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim perlu dilihat di dalam konteks yang sama dan sebetulnya, iaitu komen-komen peribadi yang menghina semua pihak di Malaysia tanpa mengira parti dan latar belakang.

PKR, katanya, mengulangi pendirian parti bahawa pandangan-pandangan tersebut, walaupun terkandung di dalam kabel sulit diplomatik yang dibocorkan oleh Wikileaks, adalah pandangan peribadi individu-individu tersebut yang tidak disokong oleh fakta. Untuk berlaku adil kepada semua pihak, komen-komen itu perlu dianggap sebagai cakap-cakap kosong dan pendapat peribadi mereka.

"Jika tidak, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri yang perlu berhempas pulas menjawab dakwaan demi dakwaan yang terkandung di dalam kabel sulit yang sama; yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya Sharibu," katanya.

Akhirnya, kata beliau, semua pihak kena kembali kepada perkara pokok yang meruntun negara dan rakyat iaitu integriti sistem kehakiman yang dinodai sehingga menidakkan keadilan. Ini dapat diselesaikan dengan mudah sekiranya Anwar Ibrahim diberikan ruang sepenuhnya membela diri tanpa manipulasi atau campur tangan politik; agar beliau mendapat perbicaraan yang adil dan telus.

"Fitnah terhadap beliau dan keluarga telah mengheret seluruh negara ini diselubungi igauan sejak tahun 1998 lagi. Igauan tersebut boleh dihentikan sekiranya integriti dan kredibiliti institusi kehakiman dipulihkan.

"Makanya, PKR akan mengalu-alukan mana-mana maklumat (sulit atau tidak) dari mana-mana pihak yang boleh menegakkan kebenaran, asalkan maklumat itu adalah tepat dan berasaskan fakta. Malangnya, komen-komen yang terkandung di dalam kabel sulit yang dibocorkan itu tidak lebih dari maki hamun terhadap semua perkara yang bukan Singapura, bertepatan dengan rekod hubungan diplomatik yang dingin di antara Malaysia dan Singapura," tegas beliau.

Tiada ulasan: