Rabu, 1 Disember 2010

shalehudin

shalehudin


Wajib baca terutama orang Umno

Posted: 01 Dec 2010 05:19 AM PST

PENSWASTAAN AIR : MENGFARAIDKAN HARTA ORANG RAMAI

Sebelum dasar penswastaan diperkenalkan oleh Mahathir Muhamad bekalan air untuk warga diseluruh negara dikendali dan diuruskan oleh PWD - Public Works Department atau Jabatan Kerja Raya – JKR.

PWD/JKR ini bukan syarikat kroni dan tidak pernah berniat untuk mencari untung. Tidak ada individu atau Pun Seri yang memiliki saham dalam lembaga JKR. Saham JKR dimiliki oleh seluruh warga Malaysia kerana JKR ini adalah harta awam. Jabatan ini bertugas untuk menjaga kebajikan orang ramai. Berkhidmat untuk kebajikan semua warga negara adalah niat dan rukun iman JKR.

Semuanya berubah apabila dasar penswastaan diperkenalkan. Dasar penswastaan adalah dasar kapitalis dimana semua hak milik rakyat yang dibawah jagaan kerajaan di jualkan kepada orang ramai. Sebenarnya penswastaan ini adalah satu projek silap mata dimana harta rakyat disonglap oleh para kroni.

Caranya bagini:

Loji air dan semua yang bersangkutan dengan pembekalan air sebelum penswastaan adalah milik orang ramai. Penswastaan adalah dasar dimana harta milik orang ramai ini diambil alih dan difaraidkan kepada para kroni, cukong dan mereka yang berduit untuk membeli sham.

Cara mengfaraidkan harta orang ramai ini kepada kroni cukup senang – tak perlu silap mata. Loji dan semua yang bersangkutan dengan air yang awalnya milik orang ramai ini diubah suai untuk dijadikan sebuah syarikat. Lalu Menteri Keewangan meletakan nilai terhadap saham air syarikat ini

Kementerian keewangan mengeluarkan pink form. Tertera di pink form inilah jumlah saham yang telah difaraidkan kepada sang kroni. Sang kroni atau kawan atau kenalan Pak Menteri boleh membawa pink form ini ke bank. Bank dengan berbesar hati akan menyediakan pinjaman berlandaskan jumlah saham yang tertera di pink form. Pinjaman dari bank ini untuk membolehkan sang kroni membeli saham yang akan diapongkan.

Sebelum ini Menteri Keewangan akan meletakan harga terhadap saham air disyarikat baru ini. Biasanya akan dinilai dengan harga yang agak rendah. Ini untuk memastikan mereka yang dapat anugerah saham dan pink form akan dapat menjualkan balik dengan harga yang lebih mahal. Saham ini diapongkan – kerana dinilai murah - maka apabila diapongkan ramai pembeli sanggup membeli dengan harga yang mahal.

Maka tuan empunya pink form dan tuan empuya saham akan menjualkan saham dengan harga mahal. Inilah cara dasar penswastaan dimana kaum kerabat , kroni dan elit kawan kawan United Malays National Organisation dapat membuat – bukan mee segera tapi duit segera.

Justeru – para kroni, anak bini, kaum keluarga dan kawan kawan Pak Menteri akan jadi kaya raya melalui dasar penswastaan ini. Kerana mereka semua ini mendapat manafaat maka pastilah mereka akan menyokong dasar ini hingga ke liang lahad.

Tetapi bukankah amat jelas dasar penswastaan – memfaraidkan harta orang ramai - ini adalah kerja merompak disiang hari?

Betul. Ini satu rompakan resmi melalui penswastaan. Ini adalah dasar yang diajukan oleh United Malays National Organisation. Rompakan ini juga menggunakan parlimen untuk menghalalkan cara merembat harta orang ramai. Inilah caranya bagaimana air rakyat Selangor tetiba dimiliki oleh syarikat Syabas.

Kesah rompakan ini diteruskan lagi :

Untuk memastikan harta rompakan ini akan terus membawa keuntungan, United Malays National Organisation telah mengikat perjanjian dengan Syabas ketika menjual harta rakyat ini. Dalam perjanjian jual beli ini Untited Malays National Organisation telah memastikan setiap dua atau tiga tahun harga air wajib dinaikkan.

Kenapa kah ini berlaku? Tidak kah sesiapa nampak akan butir isi perjanjian ini?

Rompakan ini cukup licik – orang yang merompak dan orang yang membuat perjanjian adalah malaon yang sama. Ertinya Pak Menteri yang bertanggung jawab membuat perjanjian adalah juga pemegang saham dalam syarikat yang di swastakan ini. Pelik? Silap mata? Tidak!

Kalau diselidik nama menteri ini pasti tidak akan ditemui. Menteri ini bukan bangang. Pak Menteri akan menggunakan pelbagai cara – lihat bagaimana Khir Toyo menggunakan si pemandu pribadinya untuk menerima geran tanah seluas 200 ekar. Semua boleh diurus. Ini dasar Malaysia boleh !

Perlu diberitahu bahawa surat perjanjian ini tidak pernah diketahui oleh orang ramai. Perjanjian antara Syabas dan kerajaan Selangor telah menjadi rahsia dan jatuh di bawah Akta Rahsia Kerajaan. Ini lah cara si perompak merompak harta orang ramai dan menjaga hasil rompakan mereka.

Hanya apabila kerjaaan Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat barulah diketahui semua isi perjanjian ini. Kerajaan Selangor telah membakul sampahkan Akta Rahsia Kerajaan. Sekarang semua maklumat kerajaan Selangor boleh ditemui tidak ada lagi yang berahsia rahsia.

Rahsia Syabas sudah kantoi !

Hari ini kerajaan Pakatan di Selangor ingin mengambil alih kembali syarikat air Syabas. Ertinya dikembalikan kepada kedudukan asal dimana air dan semua yang bersangkutan dengan air di Selangor bukan milik syarikat atau saham individu tetapi milik kerajaan. Dari syarikat swasta dikembalikan untuk menjadi hak milik orang ramai sekali lagi.

Kenapa kerajaan Pakatan Selangor berbuat demikian?

Semenjak tahun 1997 apabila air di Selangor di swastakan amat jelas ianya telah merugikan orang ramai. Syarikat air Syabas selama 10 tahun ini telah dijadikan lombong emas untuk memperkayakan para kroni dan kaum keluarga. Buktinya amat jelas. Ini bukan fitnah dan tohmah. Bukti ini muncul dari laporan audit tahunan yang diteliti oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Tahukah warga Selangor dan warga Malaysia anak semua bangsa : bahawa gaji CEO Syabas, Tan Sri Rozali Ismail ialah 5.1 juta ringgit setahun atau 425,000 ringgit sebulan. Bayangkan kalau 5 juta ringgit ini duit lima sen sudah tenggelam seluruh tasik air di Hulu Langat.

Perlu juga diberitahu dari laporan audit ini , syarikat Syabas ini telah memberikan 72% kontrek bernilai 600 juta ringgit kepada syarikat kroni melalui rundingan sap sap sui. Juga dari laporan yang sama telah diketahui bagaiman 325 juta ringgit 'tenggelam lesap' entah kemana.

Melihatkan ini maka kerajaan Selangor sedang bertempur kuat untuk mengambil alih kembali kawalan terhadap syarikat Syabas. Sekarang ini warga Selangor telah mendapat 20 kubik meter air percuma. Air percuma ini diberi ketika Syabas masih lagi syarikat swasta. Bayangkan jika Syabas ini milik orang ramai. Berapa banyak keuntungan yang dapat kita sama sama rasa. Bukan hanya Tan Sri Ghazali sahaja yang dapat minum champagne Dom Perignon – malah seluruh warga Selangor dapat berenang dengan duit yang telah diselamatkan dari dirompak.

Apa yang sedang dilakukan oleh kerjaan Pakatan Rakyat di Selangor ini adalah permulaan untuk mengembalikan hak rakyat. Mengembalikan harta rakyat yang telah difaraidkan oleh Mahathir Muhamad dan konco-konconya. Perjuangan untuk mengembalikan hak rakyat masih jauh lagi. Api, lebuh raya, hospital, klinik – adalah diantara harta rakyat yang telah dirompak melalui dasar penswastaan.

Orang ramai – anak semua bangsa – tidak ada pilihan melainkan menolak dasar penswastaan. Amat jelas dasar ini adalah dasar yang tidak membawa kebajikan untuk orang ramai. Dasar ini hanya imembawa laba, untung, kekayaan dan kebajikan untuk pemilik saham.

Justru marilah kita turun sama berjuang di jalan raya pada 5 Disember ini. Pada hari Ahad yang akan datang ini warga Selangor akan berkumpul di Masjid Negara. Warga Selangor akan bersama Menteri Besar dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk berarak menyampaikan memo kepada Yang Dipertuan Agong. Memo menuntut hak air mereka dipulangkan kembali.

Anak semua bangsa mari kita bersetikawan dan bersolidariti dengan warga Selangor yang berjuang untuk mendapatkan hak air mereka Hari ini air Selangor - esok api leterik dan hopital yang perlu kita sama-sama perjuangkan.( TT )

Nak jadi tuan kena rajin dan pandai... kah... kah... kah...

Posted: 01 Dec 2010 04:47 AM PST

Anwar pertahan pendirian PKR tolak konsep Ketuanan Melayu
Oleh Clara Chooi


Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 1 Dis — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan pendiriannya menolak konsep "Ketuanan Melayu" sambil menjelaskan, ungkapan yang menjadi polemik itu merujuk kepada amalan "tuan dan hamba" dalam masyarakat.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu turut membidas kritikan sesetengah pihak terhadap pendirian partinya — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak konsep tersebut dengan mendakwa ia telah diputarbelitkan seolah-olah mereka tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Justeru Penasihat PKR ini mencela pemimpin-pemimpin terbabit terlalu tergopoh-gopoh dan tidak tepat dalam kenyataan dibuat mereka terhadap komponen PR itu.

"Saya berharap jika mereka mahu mempolitikkan isu ini, sama ada Umno atau Utusan Malaysia, itu hak mereka, tetapi saya berharap mereka tidak akan membohongi atau memutar belit kebenaran seolah-oalh bagi menggambarkan bahawa kami ini kurang Melayu, hanya kerana menolak konsep itu.

"Saya merasakan kenyataan mereka ini tidak tepat dan terlalu kasar," kata beliau pada sidang media di bangunan Parlimen petang ini.

"Berhubung kenyataan oleh presiden parti (Dr Wan Azizah), yang mana bukan sesuatu yang baru, kami pernah menjelaskan sebelum ini dalam kongres PKR dan agenda ekonomi Malaysia, bagaimana kami menolak Dasar Ekonomi Baru kerana ia hanya melindungi satu segmen masyarakat kita dan orang Melayu, Cina dan India yang miskin dipinggirkan.

"Jadi kalau kita melihat pada maksud tuan dalam Ketuanan Melayu, tuan bermaksud seseorang yang ada kuasa, seseorang yang ada milikan, seseorang berada dalam keutamaan teratas. Jadi, jika Melayu adalah tuan, maka bagaimana dengan kedudukan kaum-kaum lain... Iban, Cina dan India?" katanya.

Anwar juga menjelaskan rujukan langsung tuan adalah kepada kedudukan Raja-raja Melayu, bagaimana mereka diberi gelaran "Yang Dipertuan" atau "Yamtuan" bagi menggambarkan kedudukan mereka.

Jadi, menurut beliau, berlawanan kepada ungkapan tuan ialah hamba.

"Jadi bila kita bercakap mengenai ketuanan Melayu, soalan saya ialah ini — bagaimana dengan kaum-kaum lain?" kata beliau.

Dalam ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR Sabtu lalu, Dr Wan Azizah berkata, konsep Ketuanan Melayu harus "ditinggalkan" kerana ia hanya memperdayakan bangsa Melayu sendiri.

Beliau berkata, konsep tersebut hanya digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu.

"Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai demi kepentingan diri sendiri.

"Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan Bumiputera, masih tetap terabai," katanya.

Menurut Dr Wan Azizah, orang Melayu dan Bumiputera di negara ini sedang mengalami nasib hidup yang sangat menyedihkan.

Bagaimanapun seruan itu didakwa Umno sebagai usaha untuk meraih sokongan bukan Melayu selain cuba mengalih perhatian rakyat daripada masalah dalaman parti itu.

Antaranya, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata justeru rakyat harus berwaspada dengan strategi terbaru parti pembangkang tersebut yang cuba "menggula-gulakan" anggota bukan Melayunya,

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) pula menyifatkan Dr Wan Azizah sebagai "kacang lupakan kulit" kerana meminta agar konsep "Ketuanan Melayu" ditolak.

Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah turut menyifatkan Dr Wan Azizah sebagai "pelacur politik" apabila sanggup menolak konsep tersebut semata-mata mahu meraih simpati dan sokongan daripada orang bukan Melayu.

Bagaimanapun malam kelmarin pada majlis penutup Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri kerajaan Pakatan Rakyat, Anwar menggesa PR memperluaskan mesej konsep "Ketuanan Rakyat" di kalangan pengundi di negeri-negeri dikuasai perikatan tiga parti itu ekoran serangan Umno mengenai isu itu sejak Sabtu lalu.

Mengambil pendirian isterinya Dr Wan Azizah itu, Anwar mendakwa konsep "Ketuanan Melayu" telah diputarbelitkan oleh beberapa pemimpin elit dari Umno-BN.

"Tanggungjawab negeri-negeri (pimpinan Pakatan Rakyat) ialah untuk menegaskan pendirian dalam soal konep Ketuanan Rakyat," kata Anwar dalam ucapan penutup Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri kerajaan negeri Pakatan Rakyat di sini malam tadi.

"Ungkapan Ketuanan Melayu telah diputarbelitkan oleh satu kumpulan yang kaya raya dan orang Melayu yang berkuasa. Mereka kaya kerana dasar-dasar pro-Melayu," katanya.

Dalam ulasan kepada The Malaysian Insider, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz melahirkan pendirian lantangnya dengan menegaskan konsep "Ketuanan Melayu" telah disalah tafsir oleh pihak-pihak tertentu khususnya ahli-ahli politik.- MI

Pilihanraya Mac depan

Posted: 01 Dec 2010 02:18 AM PST

Anwar ramal pilihan raya umum tergempar Mac depan


KUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum tergempar sekitar Mac depan ekoran keputusan Umno menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan tahun depan.

Sehubungan itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat ini (gambar) berkata, beliau sebenarnya telah menjangkakan pilihan raya umum lebih awal ekoran perkembangan sejak kebelakangan ini.

Pilihan raya umum terakhi diadakan Mac 2008 dan mandat ini hanya akan berakhir Mei 2013.

"Saya telah meramalkan pilihan raya umum awal. Tetapi penangguhan menunjukkan Umno hanya bagus untuk menyerang PKR," kata Anwar kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Anwar juga mendakwa Umno tidak pernah berani mengadakan pemilihan parti kerana tidak cukup kuat untuk berhadapan dengan perwakilan mereka.

Umno sepatutnya mengadakan pemilihan pertama tahun depan selepas pindaan perlembagaan tahun lalu.

Ketua Pembangkang itu juga menggesa Najib selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) patut menyatakan tarikh awal mengenai kemungkinan pembubaran Parlimen.

"Beliau mesti beri kita tarikh awal, Mac atau April, dan kita serahkan kepada rakyart untuk buat keputusan... saya letakkan persoalan ini dan cabar perdana menteri kerana sudah ada petanda bahawa beliau mahukan pilihan raya umum lebih awal," katanya.

Dengan merujuk kepada kecaman Umno-BN mengenai kekecohan dan kelemahan mengadakan pemilihan secara langsung yang pertama baru-baru ini, Anwar menambah, Umno hanya pandai mengkritik PKR tetapi tidak berani mengadakan pemilihannya kerana parti itu tidak cukup kuat untuk berdepan dengan perwakilannya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan, Najib mesti mengadakan pilihan raya awal untuk menunjukkan beliau mempunyai mandat dari rakyat.

Malam tadi, Najib berkata Umno memutuskan untuk menangguhkan pemilihan semua peringkat – pusat, bahagian dan cawangan pada tahun depan bagi mengelakkan 2011 berubah menjadi tahun "medan pergelutan politik".

Perdana Menteri berkata Umno juga tidak mahu menjadikan tahun depan sebagai medan pergelutan politik yang boleh menimbulkan perbalahan dalam Umno walaupun parti yakin perkara itu dapat dibendung.

"Kita tidak mahu berlaku keadaan yang begitu tertekan seperti mana berlaku pada sebuah parti politik yang lain, jadi kita ambil keputusan supaya tangguh pemilihan berdasarkan kepada perlembagaan parti," katan Presiden Umno ini.

Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat malam tadi memutuskan untuk menangguhkan pemilihan 2011 yang dijadualkan diadakan bermula awal tahun depan selama 18 bulan bagi membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.- MI

Tiada ulasan: