Isnin, 13 Disember 2010

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Kemalangan: Saga vs Gen 2

Posted: 13 Dec 2010 03:03 AM PST

Kemalangan ini berlaku di kilometer 15 ke Merlimau melibatkan sebuah kereta proton saga dari arah Merlimau dengan sebuah kereta proton Gen 2 dari arah Melaka. Keadaan kereta proton saga remuk di bahagian hadapan namun pemandu dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Manakala keadaan kereta Gen 2 remuk dibahagian sisi pemandu. Kereta tersebut membawa sebuah keluarga yang singgah membeli barangan di sebuah kedai untuk menuju ke Muar. 

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Merlimau oleh pemilik proton saga tersebut namun belum menerima sebarang laporan dari pihak proton Gen 2 setakat jam 5 petang tadi. Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 3.30 petang.

UMNO Kibar Bendera Dalam Perkarangan Masjid

Posted: 12 Dec 2010 09:22 AM PST

Teruskan berkibar

Maka berkibarlah bendera UMNO dan BN dalam perkarangan masjid yang sebelum ini melarang unsur-unsur politk di bawa ke dalam masjid. Maka siapa yang termakan dengan isu murahan ini? Apabila seperti anjing tersepit, maka melolonglah ia untuk dilepaskan dari tersepit itu.

Bagaikan tidak yakin dengan sokongan rakyat tempatan, maka UMNO/BN telah menjadikan masjid untuk menunjukkan parti kebangsatannya yang kononnya membela Islam tetapi menjadikan perangai hasad dengki meraka itu sebagai ikutan dari makhluk halus. Ia bagaikan dirasuk oleh jin.

Kibar dan terus berkibar di dalam perkarangan masjid. Biar UMNO/BN sahaja yang kibar dalam masjid tetapi mengharamkan PR. Adakah sebelum ini PR mengibarkan bendera dalam masjid? Maka terbukti UMNO/BN sebuah parti yang tenat menunggu zaman kematian.

Bukan bendera UMNO sahaja yang dikibar berdekatan dengan masjid itu, malahan bendera komponen yang lain turut dikibarkan bagaikan ada konvensyen BN dalam masjid tersebut. Walhal program tersebut adalah program Maal Hijrah.

Sebelum ini kecoh ada orang bukan Islam masuk masjid tetapi UMNO bacakan yasin untuk kemenangan Ahli Parlimen Hulu Selangor sekarang, Kamal Alan Nathan. Calon 1Malaysia yang memenuhi kehendak Najib al-Mongolia.

Hari ini mereka sudah tersepit seperti anjing. Bendera MIC,MCA, PPP, GERAKAN dan UMNO turut berkibar disepanjang jalan raya. Konvensyen BN Melaka agaknya.

Tiada ulasan: