Jumaat, 10 Disember 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


SYABAS kerajaan PAS Kelantan: "Penjawat awam Kelantan bersih rasuah" - SPRM

Posted: 10 Dec 2010 05:18 AM PST



SPRM akui penjawat awam Kelantan bersih

KOTA BHARU, 9 Dis: Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengakui penjawat awam di negeri Kelantan begitu rendah terlibat dengan gejala rasuah jika dibandingkan dengan negeri lain.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya SPRM ( Bahagian Pengurusan ) Datuk Zakaria Jaafar, perangkaan SPRM menunjukkan dalam tahun 2010 bagi tempoh hingga Oktober tahun ini hanya seramai dua orang sahaja penjawat awam negeri yang dikenakan tindakan dari pihaknya.

"Walaupun angka ini amat kecil jika dibandingkan dengan kakitangan awam kerajaan negeri seramai lebih 7000 orang, namun sekiranya ia tidak dikawal, ia mungkin akan merebak satu hari nanti,"ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Majlis Sambutan Hari Intergriti Peringkat Negeri Kelantan hari ini yang dirasmikan oleh Speaker Dun Kelantan Datuk Nassurudin Daud yang mewakili Menteri Besar Kelantan.


(Ternyata Umno gagal menjatuhkan kerajaan dibawah teraju Tok Guru sepanjang lebih 20 tahun..mereka mungkin tak sedar, semakin mereka menfitnah dan memburuk2kan Tok Guru, semakin rakyat simpati dan menyokong kerajaan Kelantan...)

Zakaria juga berkata pelbagai cabaran yang perlu di atasi oleh setiap individu iaitu rasuah,khianat, birokrasi, mungkir janji, kerja bertangguh, Membuang Masa dan Hasad Dengki bagi menjadikan diri sebagai yang kukuh dengan jati diri dan penuh intergriti.

Beliau juga mengingatkan penjawat awam negeri agar sentiasa mengawal diri terutamanya yang berkaitan dengan urusan rakyat dan hendaklah menjauhkan diri dari mendekati dengan unsur-unsur yang boleh membawa kepada tercalarnya integriti diri.

"Kalau kita sebagai ketua jabatan, janganlah cuba-cuba dekati orang yang ada kepentingan dan seolah-olah mengharapkan balasan dari mereka dalam sesuatu perkara,"kata beliau.

"Ada antara kita yang ada sedikit kuasa cuba memberitahu sesuatu masalah seperti kereta rosak kepada orang tertentu dan orang tu pulak akan cuba menyelesaikan masalah beliau terutamanya yang berkaitan dengan kewangan, ini juga adalah ciri-ciri yang membawa kepada berlakunya rasuah,"ujarnya lagi.

Sementara itu Speaker Dun Kelantan Datuk Nassurudin ketika merasmikan majlis tersebut berkata tokoh intergriti terkemuka ialah Rasulullah SAW yang seharusnya dijadikan contoh bagi kehidupan seharian termasuklah penjawat awam.

"Kerajaan Kelantan sentiasa menitik berat soal integriti terhadap kakitangan kerajaan dan juga pimpinan negeri, Alhamdulillah melalui tiga teras utama yang dilaksanakan di negeri ini iaitu Ubbudiyyah,Masuliyyah dan Itqan, kakitangan kerajaan dapat membendung diri darii perkara yang buruk,"ujarnya.

Nassruddin juga berharap kempen kesedaran integriti ini diteruskan dari masa ke semasa untuk kakitangan kerajaan agar sentiasa dapat dijadikan panduan semasa bekerja. - HD

Tutup Mulut!: Amaran keras peguam negara kepada bekas MB kesayangan Umno Selangor

Posted: 10 Dec 2010 04:43 AM PST



Tutup mulut: Peguam Negara tegur tindakan bekas Menteri Besar Selangor buat kenyataan di media, blog.

PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail semalam menegur Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo supaya jangan terus membuat kenyataan mengenai kesnya yang berkemungkinan boleh 'memakan diri sendiri'.

Beliau berkata, kenyataan keterlaluan yang dibuat bekas Menteri Besar Selangor berhubung kes itu boleh digunakan sebagai bukti terhadapnya dalam perbicaraan, selain subjudis.

Katanya, pihak pendakwaan hanya memerlukan dua atau tiga minggu bagi membuktikan kes terhadapnya dan meminta Dr Mohamad Khir yang didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Isnin lalu berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, bersabar sehingga mahkamah membuat keputusan.

Abdul Gani berkata demikian mengulas kenyataan Dr Mohamad Khir yang menyifatkan tuduhan terhadapnya itu sebagai peluang baginya membersihkan nama, selain berterima kasih kepada pendakwa raya kerana memberinya peluang menjelaskan isu berkaitan banglo dan tanah dimilikinya di mahkamah.


(Memalukan!!..dalam sibuk2 penyokong Umno mengatur program SSDE utk membongkar kononnya penyelewengan kerajaan PR Selangor..alih2, boss mereka dahulu dihadapakan mahkamah...sungguh mengharukan!...)

Dalam laman blognya, Dr Mohamad Khir turut menyatakan harapan supaya perbicaraan dilakukan secepat mungkin dan tidak ditangguh-tangguhkan bagi menghalangnya daripada bergiat dalam politik.

Kenyataannya itu mendorong pihak tertentu menganggap tuduhan terbabit hanyalah satu sandiwara atau gimik politik yang berkemungkinan menandakan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.

"Ini (pendakwaan) bukan sandiwara, pasukan pendakwaan sudah ada bukti mencukupi dan kukuh bagi menyokong kes kita terhadap Dr Mohamad Khir. Takkan saya sendiri mengetuai pendakwaan jika proses ini hanya untuk mengabui mata rakyat kerana ini juga membabitkan etika dan integriti saya.

"Malah, kita tidak mahu mengaibkan tertuduh sebelum mahkamah membuat keputusan. Apa saja tuduhan akan dibacakan di mahkamah. Itu prosedur sepatutnya. Kita tak boleh buat 'roadshow' semata-mata untuk memuaskan hati masyarakat umum, sebaliknya kena tengok pada fakta dan realiti.

"Membuat kenyataan mengenai kes ini, baik melalui media atau laman blog, adalah subjudis dan semakin banyak seseorang itu bercakap, semakin tinggi kemungkinan ia menjejaskan kesnya sendiri," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Dr Mohamad Khir, dalam laman blognya pada hari sama dia dituduh, mendakwa tuduhan terhadapnya secara tidak langsung membuktikan nilai hartanah miliknya ialah RM3.5 juta dan bukan RM24 juta, seperti didakwa sesetengah pihak dan beliau mematuhi semua prosedur termasuk pembelian tanah dan pembinaan rumah.

Abdul Gani berkata, adalah satu kebiasaan bagi ahli politik bercakap begitu tetapi jangan keterlaluan sampai seolah-olah melakukan perbicaraan melalui media sebelum didengar di mahkamah.

Katanya, Jabatan Peguam Negara sudah banyak kali mengingatkan mengenai perkara itu tetapi seolah-oleh tidak diendahkan pihak berkenaan.

"Saya sendiri sebenarnya mahukan perbicaraan yang pantas tetapi kita kena patuh kepada undang-undang, kita kena adil dan saksama kepada semua pihak. Sama ada sesuatu kenyataan itu subjudis atau tidak terpulang kepada mahkamah untuk tentukan.

"Pihak pendakwa tidak akan sekali-kali mencabuli undang-undang. Bagi kami, Dr Mohamad Khir adalah seorang tertuduh, sama seperti mana-mana tertuduh lain yang kita hadapkan ke mahkamah.

"Lihat saja kadar jaminan RM1 juta yang saya cadangkan. Rakan sekerja saya sendiri terkejut," katanya sambil menegaskan banyak lagi pendedahan akan dilakukan sepanjang perbicaraan itu.

Isnin lalu, Dr Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi, iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta, manakala Shamsuddin pula mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.

ADUN Sungai Panjang yang meletakkan jawatannya sebagainya Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, semalam, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Beliau mengaku tidak bersalah.

Di mahkamah sama, Shamsuddin, 52, turut mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Dr Mohamad Khir melakukan kesalahan itu di tempat, masa dan tarikh sama. Shamsuddin, didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Sekurang-kurangnya 16 saksi akan dipanggil, termasuk empat saksi utama, untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes itu dan mereka kini diberi perlindungan mengikut Akta Perlindungan Saksi, yang diluluskan Dewan Negara pada 6 Mei yang lalu. - BH

p/s: Kejap2..korang percaya ke lakonan dan sandiwara ni?...korang baca bawah ni..jangan mengharap sangat..tungguuu...;)

1. Penahanan Khir Toyo: Sandiwara atau 'korban' politik? (Warkahdaily)
2. Pendakwaan Khir Toyo: Satu Sandiwara????? (Malaysia Waves)
3. Khir Toyo korban PRU 13 (Harakahdaily)

Pakar ekonomi jangka kadar insflasi meningkat, harga barangan mengalami kenaikan sehingga 2015!

Posted: 10 Dec 2010 03:00 AM PST



"Kami menganggarkan kombinasi kenaikan harga ini akan menyebabkan kadar inflasi akan meningkat sebanyak 0.2% mata (petrol menyumbang +0.18% mata, gula +0.03% mata dan LPG +0.01% mata). Ketika harga naik bulan Julai, CPI meningkat 1.9% – 2.1% pada Julai-Ogos. Kami kekalkan anggaran inflasi 2010 pada 1.7%." - CIMB Research

"Harga barangan dan perkhidmatan dijangka mengalami kenaikan mulai 2011 hingga 2015 ekoran langkah pentadbiran Najib memutuskan untuk mengurangkan subsidi secara berperingkat dan merapatkan jurang defisit bajet...Usaha kerajaan untuk merasionalkan skim subsidi negara yang dikatakan terlalu besar akan menyebabkan pengaruh kenaikan dalam harga sepanjang tempoh ramalan (2011 hingga 2015)," - The Economist

"Apabila harga barang keperluan asas ini naik, ia bermakna gaji kaum pekerja menurun. Kuasa beli yang dimiliki melalui upah gaji pada hakikatnya semakin merosot. Dua puluh sen harga gula naik ertinya dua puluh sen pula duit gaji kita semua turun," - MTUC

BERITA 1

Inflasi dijangka meningkat tahun 2011

KUALA LUMPUR: Langkah rasionalisasi subsidi baru-baru ini dijangka tidak akan mempengaruhi kadar inflasi tahun ini tapi langkah rasionalisasi seterusnya akan meningkatkan kadar inflasi pada tahun 2011.

Pemotongan subsidi memberi tekanan kepada indeks harga pengguna (CPI), demikian menurut CIMB Research dalam laporan yang diterbitkan Isnin lalu.

Sungguhpun impak secara langsung ke atas CPI masih boleh diuruskan, tapi kita harus perhatikan kesannya secara tidak langsung," katanya.

Jumaat lalu, kerajaan menaikkan harga petrol RON95 sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter manakala harga diesel juga dinaikkan sebanyak lima sen kepada RM1.80 seliter. Harga gula meningkat 20 sen sekilo dan harga LPG meningkat lima sen kepada RM1.90 sekilo.


(Bagi sesetengah penyokong Umno tegar, mereka lebih gemar mempertahankan kenaikan harga barang oleh kerajaan mereka dari mendengar rintihan rakyat terbanyak...)

"Kami menganggarkan kombinasi kenaikan harga ini akan menyebabkan kadar inflasi akan meningkat sebanyak 0.2% mata (petrol menyumbang +0.18% mata, gula +0.03% mata dan LPG +0.01% mata).

"Ketika harga naik bulan Julai, CPI meningkat 1.9% – 2.1% pada Julai-Ogos. Kami kekalkan anggaran inflasi 2010 pada 1.7%.

Rasionalisasi subsidi yang berterusan akan meningkat kadar inflasi untuk 2011. "Oleh yang demikian, kami meningkatkan ramalan kenaikan CPI lebih tinggi kepada 3% dari 2.5% sebelumnya," kata laporan itu.

Apabila dihubungi, ketua ekonomis CIMB Lee Heng Guie menegaskan bahawa kesan inflasi akan lebih dirasai tahun depan.

"Kerajaan dijangka akan mengkajinya setiap enam bulan ketika mana rasionalisasi subsidi diteruskan," katanya, menambah, kadar inflasi akan berlegar di antara 2.5% dan 3% tahun depan. - theedegefinancialdaily

BERITA 2

Subsidi: Langkah Putrajaya bakal keringkan saku rakyat, ramal The Economist

KUALA LUMPUR, 8 Dis — Harga barangan dan perkhidmatan dijangka mengalami kenaikan mulai 2011 hingga 2015 ekoran langkah pentadbiran Najib memutuskan untuk mengurangkan subsidi secara berperingkat dan merapatkan jurang defisit bajet, demikian menurut laporan The Economist di sebalik spekulasi pilihan raya umum akan berlangsung awal tahun depan.



The Economist sendiri menolak cakap-cakap bahawa pilihan raya umum awal meskipun ia meramalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) kemungkinan akan kehilangan lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum ke-13 ekoran kemerosotan sokongan orang Melayu muda dan moderat.

Mandat semasa hanya akan berakhir Mac 2013.

"Usaha kerajaan untuk merasionalkan skim subsidi negara yang dikatakan terlalu besar akan menyebabkan pengaruh kenaikan dalam harga sepanjang tempoh ramalan (2011 hingga 2015)," kata laporan Intelligence Unit majalah itu mengenai Malaysia dalam edisi terbaru Disember.

Harga bahan api dan gula mengalami kenaikan mulai 4 Disember lalu — kali kedua selepas Julai lalu ekoran dasar pelarasan subsidi oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara berperingkat-peringkat mesipun sebelum ini seorang menteri Kabinet mengatakan bahawa tidak akan ada kenaikan harga sehingga hujung tahun ini.

Minggu lalu, Putrajaya mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kilogram (kg) bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen satu kg bagi gula.

Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.

Langkah pertama program rasionalisasi subsidi dilaksanakan pada 16 Julai lalu apabila subsidi bagi petrol RON95 petrol dan diesel dikurangkan sebanyak lima sen seliter, 10 sen bagi satu kg untuk LPG dan 25 sen bagi satu kg gula.

Putrajaya berkata rasionalisasi subsidi perlu dilakukan kerana kerajaan mendapati ia perlu terus mengurus kedudukan fiskalnya dengan cara meningkatkan jumlah kutipan hasil dan, pada waktu yang sama, mengurangkan perbelanjaan.

Program Transformasi Ekonomi (PTE) bertujuan meningkatkan per kapita pendapatan kepada AS$15,000 (RM46,500) menjelang 2020, kata Putrajaya.

Semalam, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendakwa kenaikan harga bahan asas ini pasti akan membawa padah terutama kepada kaum pekerja yang berpendapatan rendah. "Apabila harga barang keperluan asas ini naik, ia bermakna gaji kaum pekerja menurun.

"Kuasa beli yang dimiliki melalui upah gaji pada hakikatnya semakin merosot. Dua puluh sen harga gula naik ertinya dua puluh sen pula duit gaji kita semua turun," katanya.

MTUC juga berkata, harus disedari bahawa walaupun yang dinaikkan hanya harga hanya gula dan bahan bakar petroleum tetapi yakinlah barangan lain juga akan turut sama naik.

Laporan itu juga menjangkakan bahawa kerajaan akan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam beberapa tahun lalu dan meramalkan inflasi tahunan sebanyak 3.4 peratus antara 2011 hingga 2015.

"Risiko inflasi juga akan diakibatkan oleh GST, di mana kerajaan akan berusaha untuk memperkenalkan di bahagian awal tempoh itu," kata laporan tersebut.

"Tetapi pengaruh-pengaruh bukan inflasi juga akan kuat," kata laporan itu dengan merujuk kepada pemansuhan halangan-halangan perdagangan dan integrasi ekonomi serantau yang lebih kukuh.

Malah laporan itu juga meramalkan pertumbuhan lima peratus bagi Malaysia dari 2011 hingga 2015, yang seiring dengan jangkaan Bank Pembangunan Asia sebanyak lima peratus bagi tahun depan.

Bagaimanapun matlamat Najib mahu menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 memerlukan pertumbuhan enam peratus.

Penganalisis-penganalisis mendakwa Model Baru Ekonomi, yang bahagian kedua diumumkan Jumaat lalu kurang memperlihatkan pendekatan-pendekatan khusus untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Laporan itu juga menambah, suku ketiga tahun ini menyaksikan pertumbuhan perlahan, yang dijangka akan berterusan pada suku keempat.

Ekonomi Malaysia mengalami pertumbuhan 5.3 peratus pada suku ketiga tahun ini selepas suku kedua yang lebih kukuh ekoran permintaan luaran yang lembab dan pengurangan perbelanajaan kerajaan.

Ekonomi bertumbuh 10.1 peratus pada suku pertama dan 8.9 peratus pada suku kedua.

Laporan itu meramalkan pertumbuhan 6.8 peratus bagi Malaysia tahun ini iaitu kadar enam hingga tujuh peratus yang dianggarkan oleh kerajaan.

Ia juga menekankan pelaburan dan penggunaan swasta akan menjadi penggerak utama pertumbuhan dalam lima tahun akan datang.

Malah laporan itu juga meramalkan ringgit akan mengalami peningkatan nilai hampir 10 peratus pada kadar purata tahun 2010.

"Perbezaan kadar faedah positif dengan Amerika Syarikat akan wujud di peringkat awal tempoh kajian (2011-2015), yang mana secara berterusan akan menyediakan sokongan kepada ringgit.

"Oleh itu, kami menjangkakan kadar pertukaran akan kekal sama, mencecah purata tahunan RM2.95:AS$1 pada 2015," kata laporan itu.

Di samping itu laporan tersebut juga menekankan bahawa Bank Negara Malaysia dijangka membenarkan ringgit didagangkan di luar pesisir pada tempoh terkemudian sepanjang 2011 dan 2015, ekoran perkembangan susulan ke arah integrasi ekonomi serantau. - TMI

Artikel berkaitan 'Barang Naik':
- BN=Beban Negara: Harga RON95, Diesel, gula & gas naik lagi, BN menipu rakyat!
- Naikkan harga minyak: Bukti kerajaan Umno di bawah Najib menipu rakyat!
- Lagi RAKYAT didahulukan: Tarif elektrik pula bakal dinaikkan!
- Barang Naik: Ayuh naikkan banner, kain rentang, billboard di kawasan masing-masing!

Barang Naik: Ayuh naikkan banner, kain rentang, billboard di kawasan masing-masing!

Posted: 10 Dec 2010 01:44 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Penulis setuju 110% dengan cadangan dan saranan Ketua Penerangan PAS, Ust Idris Ahmad supaya semua cawangan, bahagian PAS seluruh negara menaikkan banner, kain rentang, poster, billboard tentang isu 'Barang Naik'..

Bahkan, usaha ini bukan shj patut dilakukan oleh PAS cawangan atau bahagian, tetapi juga organisasi bebas atau orang perseorangan yang sedar akan tanggungjawab menyampaikan maklumat dan kesedaran kepada orang ramai..

Penulis petik kata2 blogger Tulang Besi sebagaimana di dalam blognya, katanya:

"Tulang Besi ingin mencadangkan supaya tindakan ini dilakukan oleh SEMUA rakyat Malaysia yang mampu. Tidak perlu tunggu cawangan PAS atau Keadilan atau DAP untuk melakukannya. Kita sendiri boleh mengeluarkan sedikit wang dan membuat banner memprotes kenaikan harga barang ini.

Kita wajib ingat, bahana naikknya harga barang ditanggung oleh seluruh rakyat Malaysia, tidak hanya ahli dan penyokong PAS. Maka amat wajar sekiranya rakyat Malaysia sendiri mengambil inisiatif menaikkan banner, banting, poster etc sendiri tanpa menunggu cawangan2 PAS."
Ingat, Pilihan Raya umum semakin hampir!..kemenangan besar Umno/BN dlm PRU akan datang membawa isyarat gelap bagi rakyat Malaysia!..buktinya, kemenangan selesa Umno/BN pada 2 PRK yang lalu (Batu Sapi dan Galas) dibalas dengan kenaikan berganda harga barangan dan perkhidmatan..

Justeru, tidak dapat tidak, cara yang paling berkesan ialah mengasak dan menekan kerajaan supaya tidak lagi memainkan undi rakyat..

Akhir kalam..ingat BN, ingat Barang Naik...wallahua'lam..


Kenaikan 4-dalam-1: PAS naikkan kain rentang

Sebagai kempen membantah kenaikkan 4-dalam-1 harga petrol, diesel, gas dan gula semua cawangan PAS di seluruh negara diminta menaikkan kain rentang di setiap kampung untuk membangkitkan kesedaran bahawa negara di dalam bahaya apabila diperintah oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata seluruh jentera penerangan PAS dan Pakatan Rakyat mesti bangkit untuk menimbulkan kesedaran politik di kalangan rakyat terutama mereka yang tidak banyak menggunakan media baru.

"PAS mengharapkan rakyat dapat 'sekolahkan' pemimpin BN melalui kuasa politik. Pemimpin yang tidak memperdulikan rakyat ini hanya takut dengan azab dunia iaitu apabila kuasa mereka ditumbangkan oleh rakyat.

"Setelah mereka merasakan rakyat bertambah yakin melalui peti undi pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi maka mereka sudah lupa kepada rakyat dan tidak mahu mengambil tahu tentang derita rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


(Golongan anak muda dan mahasiswa juga digalakkan menyebarkan risalah, poster, handbill, dan yg berkaitannya tentang isu kenaikan harga minyak di lokasi masing2..ingat, anak muda pemangkin perubahan PRU akan datang!..)

Minggu lalu, harga petrol RON95 naik 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20sen menjadi RM2.10 sen.

Paling memeranjatkan, kata Idris, hujah yang cuba memperbodohkan rakyat dengan ungkapan penyelarasan dan subsidi dikurangkan.

"Singapura masih mahal berbanding dengan Malaysia. Kenapa tidak ambil contoh Brunei dan negeri yang ada minyak. Singapura walaupun mahal tetapi kuasa membeli rakyatnya tetap tinggi dan Singapura bukan negeri pengeluar minyak?" soalnya.

Menurut Idris menimbulkan kesedaran politik itu, kain rentang berkenaan akan diletakkan di tempat yang strategi dengan huruf yang besar dan ditukar dua minggu sekali untuk memaklumkan kepada rakyat supaya wajib tolak BN dalam pilihanraya akan datang.

Berikut cadangan perkataan di kain rentang yang akan dinaikkan di seluruh negara.

"Terima Kasih BN Kerana Naik Harga Petrol, Diesel, Gas dan Gula"

"Barang Naik,Rakyat Kena Dulu"

"Beri Kuasa Pada Pakatan Rakayta Kalau Tidak Boleh Jaga Rakyat"

"Kerajaan Pakatan Rakyat Teruji Dan Terbukti Membela Rakyat"

"Pemimpin Kaya Rakyat Terseksa"

"Pemimpin Joli Rakyat Tidak Dipeduli"

"Jangan Biarkan Anak Cucu Kita Melarat"

"Tolak BN Anda Mampu Mengubahnya"
"Kami Rakyat Bermaruah Akan Tolak BN"

"Barang Naik, BN Tidak Pandai Memerintah"

"Tugas Kerajaan Jaga kebajikan, Bukan Tekan Rakyat"

"Selamatkan Negara Daripada Muflis"

"Mana Wang Petronas Dihabiskan?"

"Negara Malaysia Bukan Padang Pasir Yang Tidak Ada Hasil"

"Ke mana hasil Balak, Kelapa Sawit,Getah, Mutiara, Pasir Dihabiskan?"

"Pemimpin BN Bela Kroni Dan Anak Bini"

"Anda Sayang Keluarga, Bangkit Tolak BN"

Tiada ulasan: