Isnin, 6 Disember 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


SANTAI: Why is Umno so ANNOYING?? (Must See)

Posted: 06 Dec 2010 10:53 PM PST















Sumber: obefiend.blogspot.com

p/s: Just kidding...;)

TERBARU: Kerajaan Najib-Rosmah akui dana negara bercampur dengan sumber JUDI!

Posted: 06 Dec 2010 09:09 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Berikut adalah jawapan bertulis terbaru isu dana JUDI negara, yg dilaporkan oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Siti Zailah Mohd Yusuf...renung dan fikir2kan...



(Sekadar gambar hiasan: Umno patut malu dengan orang bukan Islam...)

1.Sumber JUDI antara sumbangan terbesar negara

Pendapatan negara dari sumber hasil judi untuk mengurus dan membangunkan negara...

Dalam soalan jawapan bertulis diparlimen ,kak lah telah meminta kerajaan memberi penjelasan tentang pendapatan negara kita sejak tahun 2000 hingga tahun 2010 dari sumber pendapatan hasil dari lesen judi yang dikeluarkan.jawapan oleh menteri kewangan menyatakan bahawa:

Tahun 2000 = Rm 1,958,380,415.89
Tahun 2001 = Rm 1,972,252,986.48
Tahun 2002 = Rm1,922,115,807.15
Tahun 2003 = Rm 1,797,401,240.15
Tahun 2004 = Rm 1,849.176,119.10
Tahun 2005 = Rm 1,984,615,754.74
Tahun 2006 = Rm 2,266,814,152.52
Tahun 2007 = Rm 2,416,963,021.54
Tahun 2008 = Rm 2,561,892,892.66
Tahun 2009 = Rm 2,606,378,658.57
Tahun 2010 = Rm 1,952,406,090.08 (Sehingga 30 hb Sept 2010)



(Hasil judi pada tahun 2008 mengikut pecahan syarikat2 judi negara...)

2. Wang judi untuk urus 1Malaysia!

Pengakuan kerajaan bahawa semua pendapatan dari hasil judi dicampur dalam kumpulan wang yang disatukan

Jawapan menteri: "untuk makluman yang berhormat kesemua hasil perjudian tersebut dimasukkan sebagai hasil ke dalam kumpulan wang yang disatukan. hasil dalam kumpulan wang yang disatukan ini digunakan sebagai sumber perbelanjaan mengurus dan membangun negara tanpa disasarkan kepada sesetengah golongan sahaja."


sumber: http://sitizailah.blogspot.com/

p/s: Jom pakat tanya penyokong fanatik Umno, apa hukum dana kerajaan ni..mereka sedar tak selama ni kerajaan Umno sumbat mulut dan kantung poket mereka dari sumber yg haram?..

Artikel berkaitan:
- Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..(video inside)

PANAS: 500 lubang kubur untuk VIP-VIP negara bernilai RM70 Juta!

Posted: 06 Dec 2010 07:50 AM PST



Oleh: Pria Malaya

RM70 juta untuk kubur pemimpin2 tertinggi negara? perlukah dalam suasana negara dan rakyat dicengkam masalah ekonomi dan sara hidup?..apa keistimewaan mati pemimpin negara dengan rakyat bawaha?...di mana slogan rakyat di dahulukan??

Korang fikirlah sendiri...wallahua'lam...


Projek pusara negara peruntukan RM70 Juta..

"Rasanya ramai di antara anda dah tahu pasal projek Pusara Negara yang diletakkan bersebelahan dengan Tugu Negara.

Dan kos peruntukan yang diberikan untuk projek ini adalah sebanyak RM 70 juta. Cuma satu kami nak anda jawab. Perlukah?

Dalam projek Pusara Negara tersebut, akan disediakan 500 lubang kubur untuk VIP-VIP negara. 250 lubang kubur untuk orang Islam dan 250 lagi untuk VIP yang bukan islam. Kalau nak dihitung, satu lubang kubur bermakna RM 140,000 seorang. Banyak tu. Tempat nak mati je pun.

Sekali lagi kami ingin menyuarakan kekecewaan kami terhadap projek-projek kerajaan yang kami anggap, tidak relevan dalam waktu ini. Sudahla hidup membebankan rakyat, nak mati pun pun rakyat juga kena tanggung ke? Tak boleh fikir ke semua ini?


(Sekadar gambar hiasan...)

Sekalipun nak buat projek macam ini, perlulah di ambil dulu suara rakyat, samada menyokong projek tersebut atau tidak. Dan peruntukannya juga tak perlulah sebegitu banyak. Kalau dah tanah kerajaan kat sebelah Tugu Negara tu, dah sah-sah tak perlu banyak keluar duit. Takkan nak buat kubur pun, nak "tax" juga.Pakai main contractor dan sub-contrator bagai.

Perlu ingat sikitlah, RM 70 juta bukan sedikit. Kalau buat tambah baik prasarana dan kemudahan ataupun buat satu projek bertemakan ekonomi seperti membina peluang ekonomi untuk rakyat pun, lagi baik. Pakai kain kapan sutera ke atau lubang kubur bertatahkan berlian gelang ACK Konsortium ke sampai kos satu kubur RM 140,000.

Kami tak kisah kalau nak teruskan Projek Pusara Negara ini. Pada hemat kami, bagus juga untuk kita letakkan pemimpin-pemimpin yang betul berkaliber tak kira apa bidang dan jawatannya, samada berjuang untuk keselamatan negara dan sebagainya. Tapi, yang kami ragui, adakah ciri-ciri tersebut dalam pemimpin sekarang?

Kalau masa zaman pendudukan Jepun, komunis, mungkin ramailah yang memang layak untuk duduk dalam Pusara Negara ni. Tapi, kalau melihat keadaan sekarang, rasanya tak ada yang layak lagi. Lagi pun, lepas mati kita nak bertemu tuhan. Tak ada tanya apa jawatan, kubur kat Pusara Negara, harga kubur saya RM 140,000. Yang dihitung adalah amalan semasa di dunia.



Dah macam zaman firaun pulak, tempat bersemadi nak berhias bagai sampai RM 140,000 seorang. Dekat negara lain pun ada juga tempat macam ini, tapi kos tak ada la sampai melampau. Agak-agak la sikit. Salahuddin Al-ayubi pun meninggal tak ada duit.Tapi pengorbanan,keperibadian dan perjuangan dia memang tidak dapat dinafikan. Hatta orang-orang Eropah juga kagum dengannya.

Secara jelasnya di sini, kami merasakan agar Projek ini perlu disemak semula kosnya. Tidak perlulah berlebihan.Ingat-ingat sikit. Apa pandangan anda mengenai isu pusara negara ini?

Sumber: beritasemasa.com

Bekas pemain Red Warriors puji kerajaan PAS Kelantan, kesal dengan Presiden KAFA, Anuar Musa..

Posted: 06 Dec 2010 04:22 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Masih terngiang2 lagi di benak fikiran penulis, Umno dengan para blogger gerombolannya menuduh kerajaan negeri Kelantan lepas tangan dan tidak membantu sukan bola khusus di negeri Kelantan...

Dakwa mereka lagi, Umnolah yang banyak berjasa menyumbang itu dan ini kepada pasukan bola Kelantan..Najib dan Anuar Musa diangkat menjadi hero setelah Kelantan menjuarai Piala Malaysia musim yg lalu...

Tak cukup dengan itu, dipolitiknya isu bola ini ketahap yg menjijikkan..piala diarak di dalam kempen Umno semasa berlangsung Pilihan Raya Kecil Galas, konon kemenangan Kelantan adalah dari sumbangan Umno...



Hari ini, bekas penyerang Kelantan sendiri mengakui kerajaan negeri Kelantan telah berjasa kepada mereka dengan sumbangan bonus sebanyak RM200,000..dlm masa yg sama melahirkan kekesalan terhadap presiden KAFA yang telah memungkiri janjinya sebelum ini...fikir2kan..


AKMAL RIZAL PUJI KERAJAAN PAS KELANTAN & KESAL DENGAN KAFA

KOTA BHARU – Bekas penyerang Kelantan, Akmal Rizal Rakhli Amengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pas Kelantan kerana memberikan bonus RM200,000 dan kesal dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang didakwanya tidak berpegang kepada janji dan tidak adil dalam isu pembahagian bonus kemenangan Piala Malaysia musim lalu.

Akmal mendakwa, dia bersama lima lagi pemain tidak diberikan bonus kerana mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan Kelantan sebaik sahaja musim Liga Malaysia 2010 berakhir.





"Saya bersama Hairuddin Omar, Indra Putra Mahayuddin, Azizi Mat Rose, Nor Farhan Mohamad dan Syed Adney Syed Hussin tidak mendapat bonus sedangkan kami berada dalam skuad utama.

"Pada masa yang sama, saya mendapat tahu pemain yang kekal telah diberikan bonus kemenangan itu mengikut kadar tertentu tetapi saya berharap Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa akan dapat menyelesaikannya selepas pulang daripada luar negara nanti," dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Difahamkan, pembayaran bonus mengambil kira persembahan dan gaji pokok pemain yang rata-rata dipercayai antara RM3,000 hingga RM20,000.

Sepanjang musim lepas, pasukan Kelantan dilihat sebagai skuad yang mantap tanpa sebarang masalah membabitkan pemain, bagaimanapun sebaik sahaja menjulang Piala Malaysia beberapa tonggak dikatakan akan berhijrah ke pasukan lain.

Dua pemain iaitu Akmal Rizal dan Hairuddin sah akan beraksi dengan Perak serta Negeri Sembilan, bagaimanapun kedudukan kapten pasukan, Indra Putra, Azizi dan Syed Adney masih belum diketahui biarpun desas-desus mengatakan mereka akan berhijrah ke T-Team.

Misi SSDE berjaya: Bekas Menteri Besar kebanggaan Umno Selangor berjaya dibawa kemuka keadilan!

Posted: 06 Dec 2010 01:35 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Anda tahu apa yang dimaksudkan dengan SSDE? SSDE adalah nama singkatan 'Selamatkan Selangor Darul Ehsan'..gerakan atau kumpulan yg menggelarkan diri sebagai SSDE ini diilhamkan oleh Umno Selangor...

Penulis petik salah satu kenyataan yang diambil di dalam blog pro-Umno:

Spy kagum dengan semangat yang ditunjukkan Umno Selangor yang diterajui oleh DS Khir, Datuk Noh dan juga kepimpinan lainnya yang berkerjasama dengan seluruh jentera maya termasuk bloggers dan portal KMU bagi melakukan gerak saraf menghentam kerajaan PR.

Gelombang SSDE yang terhasil bermula dari isu pasir telah berjaya mengucar kacirkan dan mendedahkan perilaku sumbang kerajaan PR yang diterajui oleh Khalid Ibrahim.
Ya...gerakan ini diterajui oleh pemimpin2 Umno Selangor dan dibantu oleh barisan bloggernya...nampaknya misi SSDE utk menyelamatkan Selangor hampir berjaya..

Permulaannya, ketua misi SSDE iaitu Dr Khir Toyo didakwa ke mahkamah..dilaporkan juga ada beberapa lagi 'jerung' yang bakal ditahan dan dihadapkan ke mahkamah..mereka inilah penjanayah, perompak harta rakyat selama dibawah pemerintahan kerajaan Umno/BN yg lalu..



Inilah keberkesanan SSDE..semoga Selangor berjaya dibersihkan dari pemimpin2 seperti ini..bersama gerakkan misi Selamatkan Selangor Darul Ehsan...harap2 blogger Umno tak sakit hati..;)

Akhir kalam, sama ada mereka berjaya disabitkan kesalahan, atau terlepas dari pertuduhan, sama2 kita tunggu dan saksikan...wallahua'lam...


Khir Toyo didakwa atas tuduhan rasuah

Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah.

Kedua-duanya tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.
Khir Toyo, 45, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam.

Beliau mengaku tidak bersalah ketika tuduhan itu dibaca di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.



Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Khir Toyo didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

ADUN Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Shamsuddin didakwa di bawah akta yang sama serta satu tuduhan tambahan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan Khir Toyo.

Pendakwaan dijalankan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang dibantu Ketua Unit Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

Azhanis menetapkan ikatjamin sebanyak RM750,000 tiap seorang.

Khir Toyo diwakili peguam M Athimulan dan Mohd Afifuddin Hafifi.



Beliau menjadi menteri besar Selangor ke-13 dari Ogos 2000 hingga Februari 2008.
Sebelum itu, SPRM menahan Khir Toyo ditahan di pejabatnya di Shah Alam kira-kira jam 9 pagi tadi sebelum dibawa ke mahkamah.

Difahamkan kedua-duanya disoalsiasat pagi ini di ibupejabat SPRM Selangor di Wisma PKPS di Shah Alam.

Ketua pendakwaraya SPRM, Abdul Razak Musa tiba di mahkamah kira-kira jam 11.10 pagi dan terus menuju ke kamar DPP.

Khir Toyo pula tiba kira-kira jam 11.25 pagi.

SPRM telah menyiasat kes tersebut ekoran dakwaan yang dibuat oleh ADUN Sekincan, Ng Suee Lim.
Ng mendakwa hartanah seluas 50,000 kaki persegi itu dibina pada anggaran kos RM20 juta, manakala tanah itu dibeli dengan harga RM3.8 juta.

Khir Toyo telah menafikan dakwaan tersebut, dengan mengatakan beliau membeli rumah dan tanah tersebut pada harga RM4 juta. Beliau juga telah memfailkan saman fitnah terhadap Ng. - MKini

"Mahasiswa boleh serta demontrasi yg dianjurkan kerajaan negeri" - Ketua Jabatan Pengajian Tinggi..

Posted: 06 Dec 2010 12:14 AM PST



Tindakan Unisel benarkan penuntut berdemonstrasi diteliti

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Radin Umar Radin Sohadi berkata, Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (Akta 555) melarang mahasiswa menyertai sebarang demonstrasi yang dianjurkan oleh parti politik.

Namun jelasnya, golongan mahasiswa boleh menyertai sesuatu demonstrasi sekiranya ia dianjurkan oleh sesebuah kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan yang dipilih oleh rakyat.

"Buat masa ini, kita masih lagi belum tahu perinciannya (pembabitan pelajar Unisel) dan kita akan sandarkan perkara itu sama ada ia selaras atau bercanggah dengan Akta 555.

"Antara perkara yang akan diperhatikan adakah sepanduk parti politik dibawa (dalam demonstrasi) dan sebagainya. Dalam konteks ini kita ada kerajaan negeri di pihak Barisan Nasional (BN) dan pembangkang," katanya.

Radin Umar mengulas tindakan Naib Canselor Unisel, Prof. Datuk Dr. Rosti Saruwono membenarkan para penuntutnya menyertai demonstrasi itu seperti dipetik daripada laporan portal propembangkang, Malaysiakini kelmarin. - Utusan Malaysia

p/s: Lagi gambar dan video 'demo air' oleh mahasiswa2 dari lensa kamera minaq jinggo...





















VIDEO: Mahasiswa UNISEL - demo bantah kenaikan tarif air SYABAS



Artikel berkaitan:
1. [Kemaskini] VIDEO SENSASI: Pensyarah tegar Umno di'terlanjang' secara LIVE di TV3..
2. PANAS: Kelab Umno luar negara puji pemimpin PR dan Anwar, hentam pemimpin Umno!
3. Koleksi bergambar (bukti), Umno politikkan mahasiswa dan IPT!!
4. 'Halal' bagi Umno, 'Haram' bagi PR: Siswa UKM sertai raptai perhimpunan Umno..(video inside)

Tiada ulasan: