Ahad, 5 Disember 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Isu Ketuanan Melayu: Jawapan bernas Tok Guru yang gagal dijawab penyokong rasis Umno..

Posted: 05 Dec 2010 10:27 PM PST



Oleh: Pria Malaya

Setakat ni, para penyokong Umno belum lagi menjawab hujah yang dikemukakan oleh Tok Guru di bawah...Kata-kata yang halus tetapi maksud yang mendalam...

Mari perhatikan antara kata2 Tok Guru yang menyebabkan Umno terkedu diam seribu bahasa...


1. "Seolah-olah Umno satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu."

2. "Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya"

3. "Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi ketua menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno?

Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini? "

4. "Peliknya apabila Tun Dr Mahathir (Mohammed) sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?"

Ada kalangan penyokong atau blogger tegar fahaman melayu Umno nak jawab?...tidak, kerana mereka akui itulah kelemahan parti mereka...

Berbicara mengenai ketuanan melayu ni, teringat pula kenyataan oleh parti Gerakan, sekutu rapat Umno...kata penasihat parti Gerakan,

"Penasihat parti Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik berkata, tiada mana-mana kaum mempunyai hak untuk menjadi tuan kepada kaum lain di negara ini. Oleh itu, kata bekas presiden parti tersebut, tiada ruang bagi ketuanan Melayu, Cina atau India di Malaysia.

Sehubungan itu, katanya, jika ada sesiapa yang mendukung ketuanan Melayu, maka orang itu adalah seorang ektremis rasis. Akhbar berbahasa Cina memetik Lim berkata demikian ketika berucap di majlis makan malam ulangtahun ke-41 parti itu di Ipoh malam tadi.



Sehubungan itu, Lim menggesa semua ahli parti itu supaya bercakap terhadap mereka yang mendukung isu ketuanan Melayu, walaupun ia boleh mengakibatkan mereka diheret ke penjara. Bekas menteri kabinet itu berkata, ketuanan Melayu harus dibantah walaupun ianya didokong oleh Umno.

"Mengapa diam diri? Adakah kamu takut masuk penjara," katanya dalam laporan tersebut. "Jangan bimbang, jika kamu masuk penjara, saya lawat kamu setiap hari dan membawa bersama sup 'shark fin'," katanya lagi."
Fuh, sungguh tegas lagi pedih kenyataan penasihat Gerakan ni..siap kata siapa yg perjuangkan ketuanan melayu adalah "ektremis rasis"..itu belum lagi dihimpunkan kenyataan2 para pemimpin MCA, Gerakan, MIC yg kesemua mereka agak jelek dan muak dengan istilah 'ketuanan melayu', termasuk sebilangan pemimpin dlm Umno seperti Nazri Aziz..

Persoalan kini, kenapa mereka juga tidak digasak, dihentam, dimaki dan dicadangkan dikenakan ISA seprti yg berlaku pada pemimpin PR??..dayuskah Umno? double standart kah Umno? hipokritkah Umno? fikir2kan...


BERITA PENUH...

Ketuanan Melayu: Usah sorok sebalik songkok

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu supaya tidak melupakan sejarah tanah air dan mengenali siapa pengkhianat bangsa dan agama sebenarnya.

"Hari ini, isu pelantikan timbalan perdana menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik Umno dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin Umno segenap lapisan untuk memberikan ulasan.



"Seolah-olah Umno satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebar luas ke dalam minda masyarakat pada hari ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Umno serah kerusi Ketua Menteri

Nik Aziz mengulas laporan media yang membidas kenyataan ketua pembangkang bahawa jawatan timbalan perdana menteri diserahkan kepada bukan Melayu jika Pakatan Rakyat berkuasa pada pilihan raya umum ke-13 menjejaskan konsep ketuanan Melayu di negara ini.

"Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi ketua menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini?

"Peliknya apabila Tun Dr Mahathir (Mohammed) sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?" soalnya.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, isu perlantikan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang selaku timbalan perdana menteri sebenarnya dimanipulasikan oleh media milik Umno untuk kepentingan politik mereka.

"Sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini.

Salah lapor budaya media Umno

"Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik Umno?" soalnya.

Nik Aziz berkata salah lapor dan salah dengar adalah satu budaya di kalangan petugas media milik Umno.

"'Islam plastik' yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai 'Islam Palestin'.

Menurut mursyidul am PAS itu lagi, pendiriannya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam.

"Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya.

Songkok tiga jengkal

"Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai," katanya.

Menurut Nik Aziz yang penting ialah dasar dan jika dasar Islam, sesiapapun boleh menjadi pemimpin.

"Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa menteri besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh.

"YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang Muslim yang soleh. Seorang Muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!" katanya mengakhir kenyataan akhbar berkenaan.

Naikkan harga minyak: Bukti kerajaan Umno di bawah Najib menipu rakyat!

Posted: 05 Dec 2010 10:09 PM PST



Oleh: Pria Malaya

Genap sebulan rakyat Malaysia khususnya para penyokong dan blogger jumud Umno ditipu hidup2 oleh para menteri Umno dan sekalian sekutunya..

Jika kalian masih ingat, 3 November lalu terpampang di dada2 akhbar kenyataan menteri yang menyatakan kononnya harga minyak petrol RON95 tidak naik bagi tahun ini..



Kenyataan rasmi dari kerajaan ini dilihat bagi meredakan kegelisahan dan kemarahan rakyat ekoran pengumuman kenaikan harga RON 97 sebanyak lima sen kepada RM2.15 seliter pada tarikh berkenaan...

Boleh rujuk pada link di bawah:
- Harga RON 95 kekal tahun ini (Kosmo)
- Harga RON 95 tidak naik (Utusan Meloya)

Namun pada 3 Disember lalu, iaitu genap sebulan dari tarikh 3 November 2010, kerajaan telah mengumumkan LAGI kenaikan bagi petrol RON95 sebanyak lima sen..tidak cukup dengan itu, harga diesel, gula dan gas turut mengalami kenaikan..kenaikan 4 dlm 1...



Akhir kalam..mohon jasa baik korang utk sebarkan keratan akhbar ini ke seluruh pelusuk ruang maya..fikir2kan...wallahua'lam..


Kenapa bila taip perkataan "beruk", keluar nama Ketua Pemuda Umno?

Posted: 05 Dec 2010 09:54 PM PST



Oleh: Pria Malaya

Cuba buka Google, kemudian search keyword atau perkataan "beruk", perhatikan hasil carian yang pertama sekali.

Siapa yg tersenarai? seeokor haiwan atau seorang manusia?...

Penulis pun tak pasti kenapa nama beliau yg tersenarai...mungkin ada kaitan dgn demo jalanan sekitar tahun 2007 dahulu..dan jangan terkejut jika penulis katakan, penyokong Umno sendiri yang menggelarkan ketua pemuda mereka sebagai "beruk"...;)



(Sekadar gambar hiasan: Beruk juga dikaitkan dengan ketua pemuda sebuah parti Melayu....sumber gambar, FB Mtd Kota Lama...)

Mungkin ini hanyalah kebetulan...en.google sengaja nak bergurau kot..teringat juga sebelum ini, pasal en.google juga..bila taip perkataan "najib buka puasa", keluar perkataan "anjing buka puasa"..



Sungguh nakal en.google...selepas heboh di blog2, barulah en.google mengubah balik perkataan itu kepada perkataan asal (mcm mana dorang ubah ye?)...tapi si Khairy ni, sampai sekarang bila ditaip perkataan "beruk", sejarah tentang diri beliau paling atas sekali muncul...

Nasiblah Umno dan ketua pemudanya...jgn perangai mcm beuk sudah la ye...sekadar gurauan...wallahua'lam...

Kenapa demo rakyat 5 Disember dianggap berjaya?

Posted: 05 Dec 2010 05:01 AM PST



Oleh: Pria Malaya

1. Pertama kalinya, tahniah diucapkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri Selangor atas kejayaan menyampaikan memorandum kepada pihak istana...inilah tujuan dan matlamat yang sebenar..

2. Terima kasih juga diucapkan kepada wakil istana yang menyambut baik memorandum yang disampaikan..




3. Kandungan penuh memorandum yang disampaikan boleh dirujuk di SINI..

4. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada seluruh hadirin dan peserta demo rakyat 'kembalikan hak air' yang turut serta bersama kerajaan negeri!..(gambar dan video perhimpunan sila rujuk di SINI..)

'Perhimpunan peringkat negeri'

5. Kehadiran lebih kurang 10,000 dalam satu perhimpunan 'peringkat negeri' adalah suatu yang amat membanggakan!..tujuan perhimpunan ini adalah untuk mendesak supaya pihak SYABAS (dan berkaitan) mengembalikan hak air kepada rakyat Selangor..




6. Maka sudah pastilah majoriti peserta yang hadir adalah terdiri dari rakyat Selangor yang semestinya terkesan dengan 'muslihat' Syarikat Air Selangor (SYABAS)..termasuklah dari kumpulan ini adalah dari golongan mahasiswa2 dan pekerja luar Selangor yg bekerja dan menetap di Selangor..

6. Perhimpunan kali ini berbeza dengan perhimpunan 'mega' rakyat sebelum2 ini yang biasanya dibuat pada peringkat Nasional, seperti perhimpunan BERSIH, Anti-ISA, Anti-PPSMI, perhimpunan bantah TOL, bantah minyak naik dan lain2..

'Lokasi tunggal'

7. Kerana itulah perhimpunan kali ini hanya menumpukan kepada satu lokasi (tempat berkumpul) iaitu di Masjid Negara memandangkan ianya adalah perhimpunan peringkat negeri, tidak seperti demo atau perhimpunan peringkat nasional sebelum2 ini yang biasanya melibatkan 3 atau 4 lokasi berkumpul (sbg strategi)..






8. Ini sekaligus memudahkan pihak polis dan FRU membuat sekatan bagi menghalang orang ramai dari memasuki kawasan terbabit...dilaporkan banyak sekatan2 jalan raya menghala ke Masjid Negara..mereka yang disyaki akan terlibat dgn demo ini akan ditahan atau diarah untuk mengubah laluan...

9. Selain itu, lokasi tunggal yg ditetapkan penganjur menyebabkan ribuan hadirin 'terperangkap' di dalam satu kawasan...kesannya, pihak polis berjaya memecahkan kumpulan besar peserta kepada kumpulan2 yang kecil apabila mereka mula berarak keluar dari Masjid Negara...








10. Tembakan gas pemedih mata dan water cannon secara berterusan sehingga setengah jam lamanya ternyata telah memecahkan kumpulan besar orang ramai menyebabkan hadirin bertebaran di merata2 tempat..kerana itu gambar dalam posisi menarik iaitu ketika rakyat sedang berarak secara beramai2 gagal dirakamkan...

Pihak polis dianggarkan berjumlah lebih 300 berjaya memecahkan kelompok besar mereka tidak sampai 5 minit berarak selepas mereka keluar dari Majis Negara..




Matlamat tercapai!

11. Apa pun, perhimpunan hari ini dianggap berjaya mencapai matlamatnya apabila berjaya menghimpunan ribuan rakyat Selangor (termasuk yg terkesan dengan air Selangor) untuk bersama2 MB Selangor menyerahkan memo kpd pihak istana...




12. Itu belum lagi kehadiran ketua dan pemimpin2 utama PAS, PKR dan DAP (Pakatan Rakyat)..itu belum lagi dikerahkan kehadiran rakyat dari seluruh negara seperti lazim perhimpunan rakyat sebelum ini...namun, kempen yang tidak sampai 2 minggu ternyata mampu menggerakkan ribuan warga Selangor dan rakyat prihatin pada perhimpunan kali ini...

13. Kehadiran sebahagian kecil pemimpin2 kanan Pakatan Rakyat (luar Selangor) adalah tanda solidariti dan cakna mereka terhadap kerajaan negeri Selangor yg ditadbir Pakatan Rakyat...kesatuan yang dipamerkan menunjukkan setiap pemimpin dan kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa saling membantu di atas semangat setiakawan..Syabas diucapakan kepada wakil pemimpin2 ini...

Apa khabar demo GAPS (pro-Umno)?

14. Sementara di satu lokasi yang lain, iaitu di Stadium Merdeka, kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Anti Penyelewengan Selangor, GAPS (ada juga yg menggelarkan mereka sebagai Gabungan Anak Pondan Selangor) telah awal2 lagi mengangkat 'bendera putih' walaupun beberapa hari sebelum itu berlagak di media2 kononnya mampu menghimpunan ribuan penyokong...






15. Dilaporkan mereka hanya mampu mengumpulkan puluhan orang sahaja walaupun blog2 otai Umno sejak dari beberapa hari lalu bertungkus lumus berkempen di dalam blog2 dan facebook mereka supaya rakyat Selangor turun sebagai tanda sokongan kepada GAPS..namun ternyata mereka gagal-segagalnya..

16. Dua hari sebelum itu, iaitu Jumaat petang 3 Disember, mereka telah mengadakan demontrasi dan berarak di jalanan secara beramai2 sehingga berjaya menghantar memorandum kepada pihak istana..boleh lihat artikel penulis terdahulu di SINI..

Bukti GAPS turut berdemo dan berarak secara haram tanpa permit polis boleh rujuk dllm blog2 pro-Umno di SINI, di SINI, dan di SINI...








17. Lihatlah, dua suasana demo yang berbeza..satu matlamat, tapi dua situasi yang begitu berbeza....satu demo (pro-Umno) mendapat layanan yang baik dari polis walaupun mereka berarak beramai2 di tengah2 jalan...satu lagi kumpulan (pro-PR) dilayan dengan gas pemedih mata dan water cannon walaupun ianya berlangsung secara aman, dan diberi jaminan sendiri oleh kerajaan negeri...

Demo bantah "BN" (Barang Naik)

18. Untuk yang terakhirnya..penulis menyeru pemimpin PR supaya memikirkan utk mengadakan satu siri demo besar membantah kenaikan harga minyak dan barangan yang lain sebelum Mac tahun depan (tarikh kemungkinan PRU diadakan)...

19. Selain mengunjuk rasa menzahirkan perasaan tidak senang dengan kenaikan harga2 barangan, termasuk minyak RON95 yang awalnya dijanjikan tidak dinaikkan tahun ini, perhimpunan peringkat nasional ini juga sebagai menjawab tohmahan segelintir penyokong Umno bhw demo rakyat anjuran PR kini semakin tidak mendapat sokongan rakyat...(penyokong Umno berani cabar tak kali ni??..)

20. Untuk yg terakhirnya, tahniah sekali lagi kerajaan negeri Selangor yg bersungguh2 mempertahankan hak rakyat mereka..syabas juga kepada peserta2 yg berani turun sehingga ada yg dikasari, ditangkap, disembur gas dan lain2..kamulah hero dan pejuang rakyat!..semoga rakyat Selangor sejahtera dibawah pimpinan kerajaan negeri PR dan tuanku Sultan Selangor....wallahua'lam...


p/s: Gambar dan video perhimpunan rakyat boleh dirujuk pada artikel penulis di bawah:
- [Kemaskini] Laporan berGAMBAR sekitar demontrasi rakyat bantah SYABAS!..(video inside)

Tiada ulasan: