PENYAPU SIAL |
- Umno-Yahudi pengganas politik malaysia, ketepikan kehendak rakyat
- Raja raja dan sultan tak sedar diri ...UMNO pukimak beraja di mata bersetan di hati...
- hanya orang tak waras totok kepada UMNO aje yang tolak.....
| Umno-Yahudi pengganas politik malaysia, ketepikan kehendak rakyat Posted: 30 Dec 2010 04:24 AM PST ![]() Tindakan kerajaan pusat melantik Datuk Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor membuktikan bahawa Umno lebih pentingkan politik mereka dari menjaga kepentingan rakyat negeri itu. Semua orang yakin dan percaya bahawa kemasukan Khusrin tidak ada maksud lain melainkan untuk menggagalkan segala usaha yang dirancang oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu. Selain membelakangi semangat faderalisme, perlantikan itu juga merupakan percubaan Umno mensabotaj kerajaan negeri dalam usaha merampas kembali Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang disebut-sebut akan berlaku awal tahun hadapan. Perlantikan itu bukan sahaja tidak menghormati rakyat Selangor, malah nak sabotaj usaha kerajaan Pakatan Rakyat. Ini menunjukkan betapa tidak demokrasinya kerajaan BN yang telah mengancam faderalisme.... Khusrin yang kini Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuatkuasa 1 Januari. Beliau menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang akan menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember ini. Perlantikan itu bagaimanapun dipertikai pihak kerajaan negeri yang mendakwa tidak dimaklumkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Dalam pada itu, kita secara peribadi menasihatkan Khusrin agar menolak perlantikan tersebut jika beliau bermaruah. Menerima jawatan itu hanya akan menjadikan diri beliau sebagai musuh rakyat negeri itu yang telah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri. Islam ajar kita, macam kenduri lah, kalau orang tak jemput, tak payah la nak datang. Jadi kalau orang tak nak kat kita, tak payah la nak kedepan juga seperti, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong,... Tindakan Khusrin sebagai pengarah Jais sering di pertikai sebelum ini khususnya dalam isu orang bukan Islam memasuki masjid yang pernah menghangatkan politik tanah air baru-baru ini. Khusrin dakwanya dilihat berpihak kepada Umno BN dalam banyak tindakannya khususnya berkaitan pentadbiran dan pengurusan hal ehwal agama di negeri itu. Dalam isu orang bukan Islam memasuki masjid, Khusrin bermati-matian mendakwa tindakan pemimpin Pakatan Rakyat itu salah, namun berdiam diri bila perkara sama berlaku kepada Umno BN. Kita rasa itulah sebab kenapa dia dilantik oleh Umno sebagai SUK walaupun dari segi kelayakan, dia tidak penuhi kreteria... |
| Raja raja dan sultan tak sedar diri ...UMNO pukimak beraja di mata bersetan di hati... Posted: 30 Dec 2010 03:57 AM PST ![]() Terlalu malang andainya Sultan dan Raja-Raja Melayu bertindak sesuatu bersandarkan kepentingan sesuatu kaum atau golongan yang berkepentingan demi mengekalkan kuasa politik mereka. Sejarah telah banyak membuktikan betapa kealpaan, kerakusan dan ketidakadilan para Sultan terdahulu berakhir dengan malapetaka menimpa jajahan mereka. Rangkaian peristiwa hitam yang menimpa rakyat Malaysia sejak berpuluh tahun telah membuktikan betapa campurtangan institusi Raja-Raja Melayu dalam alunan politik negara lebih banyak membawa bahana daripada ceria. ~ YB. Nik Nazmi Nik Ahmad Saya mengikuti kemelut terbaru melanda perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor atas beberapa sebab. Pertama, tentulah sebagai rakyat Selangor yang cintakan Perlembagaan. Kedua sebagai wakil rakyat yang berinteraksi dengan perkhidmatan awam Selangor secara berterusan. Ketiga sebagai anak seorang pesara kerajaan. Bapa saya bekerja dengan Kerajaan Persekutuan sejak beliau tamat belajar pada tahun 1958 hinggalah beliau besara 30 tahun kemudian. Beliau merupakan anggota Malayan Civil Service ketika negara masih baru-baru merdeka, dan bersara sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik semasa memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos. Perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di peringkat Kerajaan Persekutuan. Bab 3 LII (1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor menyebut: "Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan." Justeru kenyataan sesetengah pihak bahawa DYMM Sultan ataupun Menteri Besar mempunyai kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri tidak timbul. Undang-Undang Tubuh tidak menyebut kedua-dua pihak. Namun tindakan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan perlantikan Pengarah JAIS Dato' Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hanya melalui memaklumkan Sultan tanpa memaklumkan Menteri Besar Selangor boleh dianggap melanggar protokol. Adakah Menteri Besar, Ketua Kerajaan di mana Khusrin akan berkhidmat sebagai pegawai kerajaan paling kanan wajar dimaklumkan melalui media? Undang-Undang Tubuh menyebut bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri harus mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar – menggambarkan hubungan yang sepatutnya wujud antara beliau dan Menteri Besar, bebas tetapi saling hormat-menghormati untuk melancarkan jentera kerajaan. Protokol sebenarnya, walaupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang punya kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, tetapi sewajarnya dimaklumkan kepada Sultan dan Menteri Besar sebelum mengeluarkan kenyataan media. Apatah lagi apabila kita mengambilkira bahawa Khusrin sebagai Pengarah JAIS dikenali dengan sikapnya yang seolah-olah ingin sabotaj Kerajaan Negeri Selangor selama ini. Ramadan lepas, misalnya, Datuk Seri Najib Tun Razak ingin mengadakan program UMNO di Masjid al-Ihsan, Taman Medan. Hanya ketegasan nazir masjid yang mengikut titah DYMM Sultan yang tidak mahu masjid dipolitikkan berjaya mempertahankan kesucian masjid. Khusrin sendiri terlibat melobi agar program UMNO tersebut dibenarkan, sedangkan sebelum ini pelbagai sekatan dikenakan sekiranya pemimpin PAS atau KEADILAN ingin mengadakan program ilmiah di masjid. Khusrin jugalah yang engkar dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan menimbulkan kontroversi berikutan lawatan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau al-Huda, Kajang. Khusrin diam membisu pula apabila Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan menyampaikan cek di Masjid Sungai Tengi, Hulu Selangor. Sebelum itu Khusrin 'menempa nama' dengan kes penangkapan bekas mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin dalm majlis yang turut dihadiri wakil rakyat Pakatan. Adakah individu yang sanggup menjadi perkakas politik dan mempermainkan sentimen agama layak menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor? Kerajaan Negeri sudahpun menghantar tiga calon daripada pegawai-pegawai kanan di negeri Selangor untuk menjadi calon Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru. Ketiga-tiga nama dipilih selepas melalui mekanisme pemilihan Kerajaan Negeri yang sudah dimaklumkan kepada Setiausaha Kerajan Negeri yang ada hari ini. Dari segi rekod Khusrin juga wajar dipertikai. Khusrin sendiri sekadar dalam gred Jusa C, justeru melangkah Jusa B untuk menjawat Setiausaha Kerajaan Negeri yang bergred Jusa A. Khusrin sekadar menghabiskan 3 daripada 27 tahunnya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di peringkat Persekutuan, selebihnya beliau cuma berkhidmat di negeri Selangor. Seolah-olah kelayakan Khusrin hanyalah sikapnya yang memang menentang Kerajaan Negeri yang diambilkira! Kerajaan Persekutuan kelihatan begitu terdesak untuk mendapatkan semula Selangor dan sanggup mengheret istana semata-mata untuk kepentingan sempit politik mereka. Di Perak, Dato' Dr Abdul Rahman Hashim sememangnya Setiausaha Kerajaan Negeri sejak sebelum PRU-12 lagi. Apabila Kerajaan Pakatan Rakyat mengambilalih tampuk pemerintahan Perak, beliau kekal di jawatannya. Ketika Kerajaan Negeri pimpinan Datuk Seri Nizar Jamaluddin dirampas pada Februari 2009, Dr Rahman memainkan peranan penting untuk memastikan agenda BN terlaksana. Perkembangan di Selangor menyaksikan seolah-olah Najib membuat rancangan yang sama, apatah lagi selepas rombakan pengerusi perhubungan UMNO menyaksikan Najib kekal sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor! Kerajaan Negeri Kelantan juga menghadapi masalah ketika Datuk Wan Hashim Wan Daud menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri. Jelas sekali peranan Setiausaha Kerajaan Negeri, sebagai ketua perhidmatan awam di sesebuah negeri amat penting bagi memastikan perjalanan kerajaan. Mustahil Kerajaan Negeri dapat berfungsi dengan baik dengan Setiausaha Kerajaan yang sememangnya mempunyai agenda yang bertentangan dengan Menteri Besar dan Kerajaan Negeri. Di sebalik sepak terajang politik sempit, kesan kemelut ini ialah semangat Federalisme yang diperjuangkan bapa-bapa kemerdekaan kita dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan semakin punah. Kesannya, jika tidak diubati, akan berpanjangan sehingga membelengu anak cucu kita. Saya terhibur melihat ada pihak UMNO cuba menyebut tentang Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh dalam hal ini. Jelas sekali mereka tak faham semangat Perlembagaan tersebut. Apatah lagi, apabila menggantung ahli Parlimen, melantik JKKKP mahupun menafikan royalti negeri Kelantan, tak pernah pula UMNO merujuk Perlembagaan! Sekali lagi saya ulang, jangan ada pula yang cuba mainkan kononnya sesiapa yang mempertikai perlantikan Khusrin sebagai anti-istana. Tindakan Datuk Seri Najib yang mengheret KSN dan Istana Selangorlah yang wajar dipertikai! |
| hanya orang tak waras totok kepada UMNO aje yang tolak..... Posted: 29 Dec 2010 03:07 PM PST Bagi kita hanya orang tidak waras yang menolak tawaran program 100 hari PR memerintah. Ini kerana semua program yang ditawarkan itu benar-benar memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Orang yang tidak waras sahaja menolak tawaran kebajikan tersebut. Antara tawaran yang jelas memberikan kelebihan dan meringankan beban rakyat ialah tawaran penghapusan tol dan menaikkan elaun guru-guru sebanyak RM500. Negara tidak akan bankrap sekiranya Pakatan Rakyat (PR) melaksanakan apa yang telah dipersetujui dalam Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) ke-2, baru-baru ini. Begitu juga dengan cadangan untuk memansuhkan tol serta pembayaran kepada para pendidik. 10 janji yang dinyatakan oleh PR bukannya satu retorik politik. Ia juga bukannya omongan kosong yang akan memufliskan negara. Apa yang kita nyatakan adalah hasil dari perkiraan dan congak yang telah dilakukan oleh kepimpinan sebelum ianya dijadikan sebagai satu matlamat untuk dicapai sekiranya PR berjaya memerintah negara. Sepatutnya Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak harus merasa gentar dengan janji yang kita buat sebagai sebuah kerajaan yang akan memerintah negara sekiranya berjaya memenangai pilihan raya umum yang akan datang. Dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin bahawa negara akan muflis sekiranya apa yang dicadangkan oleh PR dalam janji 100 hari itu dilaksanakan juga merupakan lemparan dakwaan yang meleset. Negara akan bertambah bankrap sekiranya sokongan terus diberikan kepada BN untuk memerintah negara. Dengan kuasa yang ada pada BN maka rasuah akan berleluasa, korup dan penyelewengan akan bertambah parah. Rakyat akan menjadi mangsa apabila harga barangan dinaikkan hasil dari tindakan pemimpin BN yang tidak cekap mentadbir negara. Selama ini pun kita telah merasai bagaimana kenaikan harga barangan keperluan yang memberi kesengsaraan kepada rakyat dalam jangkamasa panjang. Sekiranya kita tidak mahu kuasa disalahgunakan oleh BN yang memimpin, maka rakyat mesti yakin dan mengubah sokongan mereka secara drastik kepada PR. Fakta : Bagaimana PR selamatkan duit rakyat untuk pulangkan kepada rakyat? Jawapannya menghapuskan subsidi kepada syarikat penjana bebas IPP (RM20 bilion dapat diselamatkan); menghapuskan rasuah, penyelewengan (Selamatkan RM20 bilion setahun); menghentikan projek-projek membazir seperti (Pembinaan Menara Warisan, baik pulih rumah Najib - RM65juta dan lain-lain). |
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan