Jumaat, 31 Disember 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Nik Aziz Perjelaskan Bahawa Islam Tidak Larang Sebarang Kegiatan Termasuk 'Acara Senamrobik' Di Lakukan Dalam Kawasan Masjid Sebenarnya !

Posted: 30 Dec 2010 11:48 PM PST

KOTA BHARU, 31 Dis [12.32 pm] - Islam tidak pernah melarang sebarang kegiatan termasuk senamrobik dilakukan dalam kawasan masjid asalkan kegiatan itu tidak bercanggah dengan syariat Islam, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto). Menteri Besar Kelantan itu berkata, tidak menjadi masalah untuk melakukan kegiatan di luar atau dalam masjid sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam. "Adalah tidak salah dalam Islam pihak tertentu mengadakan kegiatan dalam rumah ibadah orang Islam, kerana zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulupun, ada orang kafir masuk (kawasan) masjid kerana ia menjadi pusat segala kegiatan termasuk politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini. Beliau mengulas tindakan Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor dengan memakai baju ketat semasa melakukan senamrobik bersama jemaah masjid itu, yang disifatkan tidak menghormati rumah suci itu, yang dilaporkan di muka depan Utusan Malaysia semalam. Menurut Nik Abdul Aziz, soal anggota Parlimen itu berpakaian tidak sopan atau tidak menutup aurat, adalah perkara kedua yang perlu diperbetulkan. "Yang pasti kita kena beritahu mereka perkara-perkara yang ditegah agama ketika berada dalam masjid...kena beritahu kaedah dan pantang larang dari segi Islam sebelum seseorang itu memasuki masjid," kata Nik Aziz.

[Nampaknya, kenyataan Nik Aziz ini pasti akan menimbulkan kemarahan dan ketidakpuasan hati dikalangan para penyokong UMNO BN kelak. Mereka sudah pasti akan membuat tuduhan membabi buta terhadap Tok Guru Nok Aziz, gara-gara kenyataan tersebut. Sedangkan da;am masa yang sama mereka itu sendiri tidak faham konsep Islam sebenarnya. Dek kerna itu jugalah mereka pasti akan memainkan isu yang akhirnya akan memakan diri sendiri kelak. Sama-sama kita tunggu apakah komen puak-puak UMNO BN atas kata-kata Nik Aziz ini hendaknya. Semakin mereka bercakap, maka semakin jelas kebodohan mereka terhadap ilmu agama tersingkap satu persatu kelak. Ahli Parlimen Serdang, YB Nie Ching sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi kerana menyampaikan "ceramah" di dalam sebuah surau di Kajang Sentral, Kajang pada bulan Ogos lalu].

Edisi Pahang: "Banjir Mula Melanda", 64 Mangsa Sekitar Daerah Kuantan Di Pindahkan Pagi Tadi!

Posted: 30 Dec 2010 07:01 AM PST

KUANTAN 30 Dis [8.20 pm] – Pusat pemindahan banjir pertama dibuka di Pahang hari ini dengan menempatkan seramai 64 orang mangsa yang terdiri daripada 14 keluarga di daerah Kuantan. Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, kesemua mangsa mula dipindahkan pada 10.30 pagi tadi ke Sekolah Kebangsaan Sungai Karang Darat selepas kawasan penempatan mereka di Sungai Karang Darat dinaiki air setinggi satu meter. "Bagaimanapun, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan selain daerah-daerah lain di negeri ini masih belum terjejas," katanya ketika dihubungi. Sehingga 5 petang tadi, jalan di Km 18 Jalan Gebeng-Kuantan masih ditenggelami air sedalam 0.5 meter dan hanya dibuka kepada kenderaan berat, manakala jalan di Km 23 Jalan Gebeng-Kuantan yang turut dinaiki air sedalam 0.3 meter pagi tadi kini boleh dilalui semua kenderaan.

[Hujan yang berlarutan sejak semalam, jelas sekali menunjukkan akan berlakunya banjir besar di Pahang kali ini. Hujan yang kadangkala lebat dan kadangkala perlahan ini seakan memberi petanda musim tengkujuh di negeri ii baru bermulla. Oleh itu, semua pihak digesa berwaspada dan berhati-hati mulai sekarang. Simpan dokumen penting dan harta benda di tempat yang tinggi bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku. Apapun, dikala situasi yang tidak menentu ini makan semua pihak perlu melupakan seketika perbezaan politik dan idealogi masing-masing. Bersatu dan berjaga-jaga menghadapi semua dugaan ini].

Tiada ulasan: